Kesayangans : Thank u soo soo much!! :')

Bila Kawan Dapat Pelok Ciom

Memang acik tak popular..

tapi tengok analytics, setiap hari ribu-ribu unique readers (lap airmata terharu. thank u darling) tapi kenapakah hanya secoet aje yang bertegur sapa? Tak suruh komen pun, tegur kat chat pun tak apa.. :)

Malu? Segan? Takut kena makan? come on guys..let me know who u are. u should take all the credits, kerana tanpa anda siapalah saya. (statement menang award lagi.haha!)

Jom kawan! =)

Wednesday, May 23, 2012

Sneak Peek : Kalau Memang Harus Begitu.. (Edited version)





Putra asyik menelek jam yang kemas melingkari pergelangan tangannya. Sesekali mata menjeling ke arah pintu besar yang menjadi laluan utama untuk tetamu keluar dan masuk ke dalam Grand Ballroom itu. Dia mengeluh perlahan. Sungguh hatinya kurang senang, menggelisah sejak tadi selagi mata tidak menatap seraut wajah itu. Hati jangan cerita, berdebar tanda tidak sabar. Bibir merengus pula. Kenapa tak sampai-sampai lagi ni? Takkanlah sesat pulak..

Iefa yang berdiri di sisi Putra tidak habis-habis tersengih lebar. Sesekali dia melambai ke arah pekerja-pekerja syarikat Putra yang tertoleh-toleh melihatnya. Suka benar dapat menayang kekasih barunya ini di khalayak ramai, lebih-lebih lagi kekasih sehebat Zidan Adiputra yang didamba ramai wanita itu. Sempat mata mengerling pakaiannya yang seksi dan ketat, cukup menarik digandingkan dengan Putra yang begitu tampan malam ini. Hati semakin kembang mekar, perasaan bangga meluap-luap di dada. Terasa bagaikan dialah perempuan paling bertuah di dunia! Namun terpandangkan riak wajah Putra yang sejak tadi tidak ceria, hati diterjah rasa geram pula. Takkanlah Putra tidak terusik melihat kecantikannya malam ini? Jangankan terusik, mahu mendengar pujian lelaki itu pun bukan main payah lagi. Pandang pun setakat sipi-sipi di ekor mata, macam sudah tidak berminat.

"Darling, you tengok baju ni sesuai ke tak dengan I? You tak puji I pun..." Manja suara Iefa bertanya, jari jemari memaut lengan Putra bersahaja.
Putra menjeling Iefa sekilas. Memang gaya Iefa nampak cantik dan menggoda habis, cukup untuk memberikan gadis itu spotlight yang banyak di ruang itu. Ramai juga yang terpusing-pusing kepala memandang, tapi anehnya dia tidak pula terasa apa. Nak menjeling pun dia tak ada perasaan, inikan pula nak tabur puji-pujian.

"Erm, you looks gorgeous as usual." Balasnya pendek, cukup untuk mendiamkan omelan Iefa. Kemudian matanya kembali menghala ke pintu, menunggu dan terus menunggu. Perasaan semakin berkecamuk dengan pelbagai andaian, bimbang kalau-kalau Adara tersesat untuk ke sini. Matanya mencari pula kelibat Riyad dan dia nampak sepupunya itu sudah mengambil tempat di meja utama.
Bagus, maknanya Riyad tidak bersama Adara..

"Darling, what is wrong with you? Dari tadi I nampak you semacam aje." Iefa mencebik kecil Geram kerana dia gagal mencuri perhatian Putra. Hati mula terasa tidak enak kerana dia tahu Putra ini jenis lelaki yang mudah mengalih hati dan perhatian kepada perempuan lain. Mahu tidak mahu dia perlu giat berusaha mengikat Putra supaya kekal dengannya sampai bila-bila. Dia tidak mahu kalah di tangan mana-mana perempuan, dia tidak pernah kalah!
“Putra, are you listening? I’m talking to you..” Iefa mengawal rasa geram, tangannya menarik lengan Putra namun lelaki itu menepisnya perlahan.

"I’m fine, okay?” Kedua belah tangan diangkat ke sisi persis menolak sentuhan Iefa. Rimas sungguh dengan sikap Iefa yang meleseh-leseh macam kucing miang.
“Hmm.. jomlah duduk kat tempat kita, penatlah berdiri macam ni." Iefa mengendurkan suara, seram dengan reaksi tegang Putra. Bimbang juga kalau dia berterusan mendesak, lelaki itu semakin bosan dan rimas. Memang sia-sia kena tinggal!

Putra mengeluh perlahan dan akhirnya dia akur membawa Iefa ke meja VIP yang terletak berhadapan dengan pentas. Beberapa minit berlalu dengan penuh kepayahan. Sudahlah yang ditunggu belum sampai, yang disebelah ini pula pot-pet-pot-pet tak berhenti. Anehnya, kenapa dulu dia rasa Iefa terlalu menarik? Cakap gadis itu selalu kedengaran bergaya dan mempersonakan, namun kali ini berbeza seratus peratus. Dia tidak lagi rasa tertarik malah semakin rimas.

Ketika emcee bertugas mula naik ke atas pentas untuk memulakan acara, Putra semakin menggelabah. Mata meliar memandang ke pintu, kemudian pandangan menyusuri pula celah-celah kelibat manusia yang semakin ramai memenuhi ruang ballroom yang dingin itu.
Mana Adara ni? Ada benda tak baik berlaku tengah jalan ke? Hisy, risau sungguh hati. Itulah, tadi orang nak hantar driver, jual mahal sangat! Ini entah dah sesat ke mana-mana dah.

Bebola mata melekat ke arah Riyad yang sedang bercakap di telefon dan kemudian lelaki itu tergesa-gesa melangkah keluar di pintu utama. Putra mengerut kening kehairanan. Rasa kurang senang mula berputik di celah hatinya, fikiran mula terganggu dengan pelbagai andaian. Apa juga yang disampaikan oleh juruacara di atas pentas tidak lagi dia dengari, sudah hilang minat dan keterujaannya mahu melalui malam yang meriah ini.  Mata masih melekat ke arah pintu tanpa sedikit pun beralih, dia yakin seseorang akan muncul di situ.. sedikit masa lagi.

Beberapa saat kemudian, matanya bersinar-sinar menatap pemandangan itu. Jantung yang tadi bagaikan lemah berdegup kini berkocak kencang, meriah bergendang bagaikan ada pesta sedang berlangsung. Mata masih menatap, sedikit pun tidak berkalih. Nun jauh di sana dia nampak Riyad dan dua orang gadis melangkah masuk.
Kerana semua tetamu sudah duduk di meja masing-masing, kelibat mereka bertiga mencuri perhatian. Sorakan dan siulan nakal bergema memecah ruang ballroom luas yang menempatkan puluhan meja itu.
Putra menelan liur. Matanya menyorot pandang ke arah Adara yang melangkah perlahan di sisi Riyad. Wajah kemerahan dan tersipu-sipu malu itu membuatkan dadanya melantun lebih deras daripada tadi, rasa nak gugur dan tergolek ke lantai pun ada!

Dia terpaku untuk kesekian kalinya. Cantiknya Adara… bagaikan bidadari yang turun dari kayangan. Tidak terfikir oleh otaknya yang dress ringkas berwarna hitam itu boleh menjadi begitu indah di tubuh gadis itu. Kulit putih mulus Adara begitu serasi dengan warna pakaian itu, sempurna berkombinasi. Setiap langkah santun yang diambil membuatkan dress labuh itu bagai melayang-layang lembut, seperti Adara sedang terbang di awangan. Bidadari berterbangan penuh indah, menarik sungguh..
Mata Putra masih melekat di wajah Adara yang menghampiri meja utama. Solekan yang tidak keterlaluan itu masih mengekalkan kecantikan asli milik gadis itu. Rambut panjang mengurai pula disanggul tinggi dan aksesori seperti anting-anting, rantai dan gelang tangan menjadi pelengkap gaya sempurna. Putra menelan liurnya berkali-kali, tekak terasa begitu perit. Dunia yang riuh rendah di sekelilingnya terasa sunyi, seolah-olah cuma ada dia dan Adara.

"Darling, what are you looking at? Ternganga macam orang lapar!" Iefa menyiku Putra yang berada di sisinya. Rasa tercabar hatinya dengan kecantikan perempuan yang berjaya mengalihkan seluruh perhatian Putra. Sakit jiwa!
Putra melarikan pandangannya daripada Adara kepada Iefa. Seketika matanya memerhati. Wajah bersolek tebal di sisinya ini tidak seindah wajah Adara, jauh  benar bezanya.
"Nothing." Putra cepat-cepat meneguk air kosong yang berada di hadapannya. Dia mencuri pandang lagi ke arah Adara yang duduk di sisi Riyad. Ah, sakitnya hati dia ni! Sudahlah dia yang buat semua itu untuk Adara, last-last Riyad jugak yang dapat seronoknya!

Bibir diketap rapat. Rasa panas dan berbahang di dalam dadanya semakin meninggi. Rasa nak tarik dan bawa Adara jauh-jauh dari Riyad. Tapi mustahil semua itu, Adara tidak pernah tahu apa rahsia yang ada di sebalik hatinya. Kisah lelaki bertepuk sebelah tangan, cerita lelaki yang bagaikan pungguk rindukan bulan..


 ********

"Saya tak selesalah duduk sini encik, tak boleh ke saya duduk dengan Husna kat meja dia?" Tanya Adara separuh berbisik. Rasa tidak sesuai pula dia mahu menyibuk-nyibuk duduk di meja VIP, semeja dengan Datuk Hamdi pula tu.
"Eh, kenapa pulak? Hari ni awak bukan staff biasa tau, awak kan partner saya. Dan sebagai partner saya, tempat awak di sisi saya." Riyad mengenyit mata kepada Adara dengan perasaan ceria. Cantik betul makhluk Allah yang sorang ni, rasa nak terjatuh hati pun ada.
"Erm, kenapa ya awak tak pakai dress saya bagi? Tak cantik?"

Adara tersenyum kelat, terasa serba salah. "Oh, baju tu tak berapa sesuai dengan sayalah encik. Sorry sebab tak dapat pakai malam ni.."
Riyad tersenyum dan mengangguk. Dia tidak kisah sangat tentang dress itu, mungkin itu memang sudah pendirian Adara, takkanlah dia nak paksa-paksa pulak.
"Takpelah, saya tak kisah. Tapi bagus jugak awak tak pakai baju tu, sebab awak nampak lagi cantik dalam dress ni." Puji Riyad sambil tersenyum memandang Adara yang dah tersipu-sipu malu.
"Thanks." Balas Adara sambil tersenyum malu. Kalau Encik Riyad tahu yang dress ini dihadiahkan oleh rakan seterunya, silap-silap tak jadi nak puji.

Perbualan terhenti dan mereka diam menumpukan perhatian kepada majlis yang sudah bermula. Majlis makan malam itu dimulakan dengan ucapan aluan daripada Datuk Hamdi dan beberapa ‘orang besar’ yang langsung tidak Adara kenali. Sesi ucapan berlangsung agak panjang sehingga perutnya semakin pedih kerana kelaparan. Sibuk sangat bersolek tadi, satu apa pun tak dijamah sebelum bertolak ke sini.
Sesekali pandangannya bertembung dengan Tuan Putra yang duduk berselang empat lima kerusi di hujung sana. Tajam pandangan lelaki itu merenungnya namun Adara buat muka selamba. Meluat dengan perangai Tuan Putra yang suka sangat ajak main lawan mata.
Makwe bukan main seksi kat sebelah, tak nak pulak dia pandang beria. Sibuk nak pandang-pandang orang, cucuk mata tu kang baru tahu! Omelnya geram.

Setelah selesai acara memberi ucapan dan penghargaan, tetamu dijemput menjamah makanan sambil dihiburkan dengan artis undangan iaitu Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. Adara biasa-biasa saja, tak adalah menggelupur teruja kerana dia kurang berminat dengan dua penyanyi itu.
Berada di meja VIP yang dipenuhi orang-orang kaya dan hebat, Adara disapa rasa segan. Macam kera sumbang dia di situ, kekok mahu bercakap dan mencapai makanan.  Namun apabila Datuk Hamdi menegurnya supaya membiasakan diri, barulah hatinya sedikit lega. Pelik, dia tengok Datuk Hamdi begitu baik berbahasa dan melayan staf-staf lain yang datang menyapa, langsung tidak nampak angkuh dan sombong. Jadi macam mana lelaki sebaik itu boleh memandang rendah kepada orang tak berpelajaran sepertinya? Ah, manusia… apa nak peliknya, ramai pandai berlakon baik dan bersikap hipokrit.

Selesai majlis makan malam, ratusan tetamu yang terdiri daripada kakitangan dan pasangan masing-masing mula menyertai aktiviti yang disediakan di atas pentas. Terdapat pelbagai game show disediakan untuk memeriahkan majlis dan hadiah yang ditawarkan memang hebat-hebat belaka.
Adara sekadar memerhati dari meja makan, dia tidak bercadang mahu turut serta biarpun berkali-kali Encik Riyad mempelawa. Sudahlah dia pakai dress labuh dan kembang, nampak macam tak sesuai pulak nak terkinja-kinja tak tentu pasal dekat atas tu. Si Husna bukan main lagi, macam-macam hadiah dia bolot. Sahabatnya itu memang suka ‘aci redah’ segala, tak peduli apa orang nak cakap pasal dia.

Adara mengalih pandang ke arah ruang ballroom yang masih meriah itu. Semua nampak ceria, gembira dan leka berbual-bual sesama sendiri.  Encik Riyad pula entah ke mana menghilang, katanya ada panggilan penting untuk dijawab. Panggilan dari siapa dia tidak tahu pula, takkanlah dia sibuk-sibuk nak menyoal siasat. Tak sesuai betul..
"Dah makan?"
Adara tersentak apabila sesusuk tubuh tinggi dan tegap mengambil tempat di sebelahnya. Laju dia menoleh ke sisi biarpun suara itu sudah cukup dia kenal, pendek kata bunyi berdeham pun dia sudah boleh cam siapa. Mata memandang wajah lelaki itu yang beriak serius, kemudian bau rokok pula menyapa hidungnya. Patutlah dia tak nampak Tuan Putra sejak tadi, pergi merokok rupanya. Tapi sejak bila pulak mamat ni merokok? Tak pernah nampak pun selama ni.
"Dah." Jawab Adara sepatah. Matanya dihalakan semula ke arah pentas.

"Cantik baju."
Adara menjeling Tuan Putra. Ayat memuji ke macam tu? Dengan muka masam mencuka, dengan nada macam menyindir, nampak sangat tak ikhlas! Alah, tahulah baju dia belikan, nak cakap taste dia yang cantik la tu.
 Adara malas mahu melayan. Dia kurang senang sebenarnya, risau kalau Cik Iefa nampak Tuan Putra menebeng sebelah dia. Dia juga tidak selesa dengan mata-mata yang memandang, nanti timbul gosip dengan bos sendiri pulak. Ei.. mintak dijauhkan!

"Hmm.. Riyad mana?" Putra memandang tepat ke wajah Adara yang acuh tidak acuh melayannya. Kalau dengan Riyad tadi, bukan main melebar senyum tunjuk gigi. Geram betul!
"Ntah, tak tahu."
"Kenapa sampai lambat?"
"Hmm?" Adara buat muka 'blur', terpinga-pinga memandang lelaki yang masih berwajah serius itu.
"Saya tanya kenapa awak lambat sampai sini tadi?" Putra mendengus geram sekali.
"Oh, sesat. Husna tak ingat jalan." Balas Adara selamba.

Putra terdiam. Dia mencuri peluang memandang wajah Adara sepuas-puasnya. Cantiknya budak kampung ni, cantik sangat-sangat. Walaupun dia sudah biasa melihat perempuan yang jauh lebih cantik, tapi entah kenapa perasaannya tidak sama seperti dia memandang wajah Adara. Ada debar halus mengusik-usik hatinya. Setiap kali pandangan mereka berlaga, debar halus itu mula berentak laju dan kencang.
"Kenapa tak join game show tu?" Putra turut sama menjeling ke arah pentas. Nampak Iefa begitu seronok bergelak ketawa. Perempuan tu memang, sukakan perhatian orang ramai. Suruh dia duduk atas pentas sampai habis majlis pun pasti Iefa rela.

"Malas."
"Awak ni memang semua malas kan? Bercakap pun malas!" Bentak Putra tiba-tiba. Geram apabila Adara bersikap dingin dengannya, jawab pun mahu tidak mahu saja.
Adara menjeling Tuan Putra. Tiba-tiba nak naik angin dah kenapa? Dah memang dia tak ada mood nak bercakap dengan lelaki itu, takkanlah nak paksa-paksa pulak!

"Excuse me, ni macam tempat aku aje ni."
Satu suara menyapa membuatkan Adara dan Putra serentak mengangkat kepala. Terpandangkan Riyad, semakin meluap-luap rasa kurang senang di hati Putra. Bengkak habis hati dia diperli sebegitu.
Tunggulah kau Riyad, sekejap lagi baru kau tahu siapa lagi hebat. Desis hatinya membungkam.
Mahu tidak mahu Putra bangun juga dengan riak wajah tegang, dia kembali semula ke tempat duduknya di hujung meja dengan mata masih tajam memerhati ke arah Adara dan Riyad.

"Kenapa dia tu?" Tanya Riyad sebaik melabuhkan duduk di sisi Adara.
Adara menjungkitkan bahu dengan wajah selamba. "Entah, terlebih makan kot."
Riyad tergelak kecil dengan kata-kata itu. Matanya kaku menjamah wajah Adara yang begitu cantik dan tenang.  "Awak cantik sangat malam ni, dia dah syok kot.."
Bulat mata Adara memandang Encik Riyad. Kemudian dia tergelak sinis. "Syok kat saya? Takde maknanya encik, saya ni manusia dia paling menyampah tau."

Riyad tersenyum nipis. Adara ini lurus betul, langsung tidak dapat membaca apa yang ada di hati Putra. Memang dahulu Putra suka marah-marah kerana menyampah dan benci kepada Adara, tapi sekarang lelaki itu marah kerana cemburu dan sakit hati. "Hmm.. kalau saya yang syok kat awak?"
Adara tersentak. Terasa darah panas menyimbah ke muka, terkebil-kebil dia memandang Encik Riyad yang masih tersenyum. "Apa encik cakap ni..” Kepala ditundukkan sedikit, tidak mahu Encik Riyad nampak pipinya yang kemerahan.
"Saya tanya, kalau saya syok kat awak boleh ke?"

 Adara mula gugup, mata serba tidak kena mahu hinggap di mana. Jantungnya jangan cerita, berdegup laju macam guna kuasa kuda. Betul ke Encik Riyad sukakan dia? Dia sendiri pun sukakan lelaki itu.. aduh malunya!
Riyad menarik nafas dalam-dalam. Sesuaikah waktu ini untuk dia menceritakan tentang perasaannya? "Adara, mungkin semua ni masih awal lagi, tapi.. tapi saya.. saya rasa saya sukakan awak."
Berderau darah Adara. Dia menelan liur berkali-kali apabila pandangannya bertaut dengan riak segan Encik Riyad. Semua ini mimpi? Ah, dia tak mahu terjaga kalau macam ini indahnya..
"Adara, seriously.. saya memang sukakan awak. Kalau awak belum ada yang special, boleh tak awak bagi peluang padat saya?" Tanya Riyad berani. Dia mahu mencuba nasib, mahu lebih pantas meninggalkan Putra yang kian galak mengejar langkahnya.

Adara kematian kata, buntu mahu membalas. Sesaat kemudian dia menghela nafas lega apabila suara juruacara majlis bergema di seluruh ruang. Terasa seperti mahu pecah dadanya menahan pelbagai rasa yang menyesakkan dada. Patutlah Encik Riyad begitu baik melayannya selama ini, rupa-rupanya lelaki itu sukakan dia. Memang tepat ramalan Husna..
Adara pura-pura khusyuk mendengar kata-kata daripada juruacara majlis, sengaja membiarkan Encik Riyad ternanti-nanti jawapannya. Acara permainan sudah selesai dan juruacara mengumumkan tentang acara kemuncak malam itu iaitu majlis tari-menari. Pasangan yang paling hebat menari akan mendapat ganjaran yang sangat lumayan.

Adara tersenyum sendiri. Dia ini memang tak ada harapan nak menang, bukannya dia pandai menari. Mata hanya memerhati keadaan sekeliling yang mula hingar bingar apabila para tetamu mengambil tempat di ruang tengah ballroom luas itu. Dia juga nampak kelibat Husna yang bukan main seronok di sisi Zaquan. Eh, sejak bila pulak Husna rapat dengan Zaquan si duda tu?
"Shall we?"
Adara tersentak tatkala Encik Riyad yang sudah bangun berdiri menghulur tangan kepadanya. Adara tercengangEncik Riyad ajak dia menari? Ya Allah.. jangan malukan dia, dia mana pandai menari. Perlahan-lahan kepala digelengkan dengan senyuman kelat.  "Saya tak pandai menari encik.."

"Takpe, saya pun bukannya pandai sangat. Don’t worry, kita belajar sama-sama..”
Adara memandang tangan Encik Riyad yang masih dihulur kepadanya, serba salah. Lagipun muzik berentak perlahan itu pasti memerlukan tarian romantis, berpeluk-peluk dengan pasangan, dia tidak mahu begitu.
Namun sesaat kemudian Adara terpaku apabila ada sepasang tangan halus muncul dari belakang Encik Riyad. Laju tangan itu menjalar ke wajah Encik Riyad dan menutup mata lelaki itu.  Adara terpinga-pinga dan jelas Encik Riyad turut sama terkejut dengan apa yang berlaku.

"Surprise! Guess who, handsome?"
Bulat mata Adara apabila pandangannya singgah kepada seorang gadis cantik yang berdiri di belakang Encik Riyad. Siapa perempuan ni? Hati mula disapa rasa tidak enak, melayang pergi rasa indah yang singgah sebentar tadi.
Riyad segera menarik tangan yang menutup matanya sebelum dia berpaling ke belakang. Kyra? Bulat matanya memandang wajah yang muncul tidak terduga ini. "You? What are you doing here?"
"Suprise baby! I miss you so so so so much!" Gadis itu mendakap erat tubuh Riyad yang segak mengenakan tuksedo hitam.

Adara membuang pandang ke sisi. Dadanya terasa sebak dan sesak secara tiba-tiba.
"How you.. I mean macam mana you boleh sampai sini? You cakap you balik sini next week.." Riyad sedikit gugup dan serba salah. Wajah keruh Adara dijelingnya sekilas, cukup yakin hati Adara terguris dengan apa yang berlaku. Semuanya berlaku selepas dia membuat pengakuan berani mati tadi,
"I guess it’s just the perfect time to spend with you. Come, dance with me, I'll tell everything to you later." Kyra memeluk mesra leher Riyad, menggambarkan rasa rindu yang tidak tertanggung.

Riyad semakin serba tidak kena mahu bereaksi. Terlukakah Adara jika memang ada perasaan antara mereka berdua? Namun dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Adara, Kyra lebih pantas menarik tangannya ke ruang tari.
Mata Adara mengekori langkah Encik Riyad dan gadis bernama Kyra itu yang semakin menjauh. Perlahan-lahan rasa perit dan pedih menjalar di hati. Dia tidak pasti sama ada rasa itu disebabkan apa. Mungkinkah kerana dia juga sukakan lelaki itu dan sekarang dia diusik cemburu?
Pandangannya mula kabur dan berkaca-kaca tatkala Encik Riyad berdakap mesra dengan Kyra. Hatinya semakin pedih apabila melihat dress yang tersarung di tubuh Kyra. Sama dan tak ada beza langsung seperti dress yang Encik Riyad berikan kepada dia kelmarin.

Agaknya Encik Riyad berikan dress seperti itu kepada semua perempuan yang dia dekati. Dan hatinya sedikit kesal kerana mempercayai pengakuan yang Encik Riyad sebutkan tadi. Konon sukakan dia, entah-entah ramai lagi perempuan dekat luar sana tu mendengar ayat yang sama!
Adara diam membatu. Dia tidak berminat lagi dengan apa yang ada di sekelilingnya, dia tidak mahu lagi ambil peduli.

Dan tanpa Adara sedari, ada sepasang mata merenungnya tanpa lepas..



Monday, May 7, 2012

Bab 39 : Pelangi Cinta Buat Suami...




Pandangan yang berbalam-balam hinggap tepat ke dada siling yang terbentang di hadapan mata. Tangan pula naik memicit-micit dahinya yang terasa berdenyut kuat. Terasa tangan menyentuh tuala lembab yang berlipat di atas dahi, dia mula mengerti yang dia diserang demam malam tadi.
Bibir menghela keluhan berat. Ya Allah, lama sungguh rasanya dia tertidur. Letih dan tak sedap badan, sendi-sendi seluruh tubuh pun rasa sakit semacam. Imanina memejamkan mata, terlupa dengan keadaan sekelilig dek kepala yang masih mamai. Berat kelopak matanya untuk dibuka, seberat kepala yang tidak mampu diangkat dari bantal.

“Good morning sunshine..”
Namun kerana suara lembut lunak itu yang menegur mesra, spontan matanya terbuka luas. Anak mata mengekori langkah suaminya yang menghampiri dengan sebekas air di tangan. Ada tuala kecil tersangkut di bahu lelaki itu. Bibir mengorak senyum dalam kepayahan. Kalau boleh dia tidak mahu suaminya nampak dia lemah atau sakit.
“Morning abang..” Jawabnya dengan suara serak. Aisey, patutlah perit tekak rupa-rupanya dah hampir hilang suara.

“Hmm.. suara pun dah hilang, kesian isteri abang. Kita pergi klinik ye sekejap lagi..” ucap Tengku Qalif seraya melabuhkan duduk di birai katil tempat isterinya berbaring. Tangan mencapai tuala di dahi Imanina sebelum melekapkan belakang tangannya di situ. Wajahnya berubah serius, mahu memberi kosentrasi penuh kepada suhu badan isterinya.
“Dah macam muka doktor..” Imanina tersenyum kecil. Jari jemari mencari tangan suaminya, dibawa dekat ke bibir dan mengucupnya lembut. Terharu dengan perhatian Tengku Qalif yang nampak begitu risau dengan keadaannya. Padahal demam aje pun..

“Apa dia sayang?”
“Nina cakap abang dah macam doktor, muka serius je..” Ulang Imanina dengan suara tenggelam timbul. Parah sungguh sakit tekak dia ni, dah macam suara Ramli Sarip pun ada!
Tengku Qalif tergelak kecil. Tangan mengelus-elus pipi isterinya penuh kasih. “Sayang ni ada-ada ajelah. Tapi doktor ni handsome kan?”
“Ha’ah, rasa macam nak sakit selalu..”
Bersambung lagi gelak di bibir Tengku Qalif. “Sayang, sayang rindu umi ke? Malam tadi sayang tidur sambil sebut-sebut nama ummi…”

Imanina ternganga. Aduhai, tak hilang-hilang lagi tabiatnya yang satu tu! Dia memang tak boleh demam, sebab asal demam aje merengek-rengek nak ummi. Tak sangka pulak dah ada laki ni, otak dia belum switch ke mode yang elok sikit. Malunya…
“Err.. Nina memang camtu kalau demam. Tak perasan pulak sebut nama ummi.” Bibir menyengih ke arah suaminya. Tak macho betul kau ni Nina, anak emak sungguh! Teringatkan sesuatu, dia kembali memandang suaminya dengan pandangan berbeza. “Abang tak tidur ke malam tadi? Nina bising ye sampai kacau tidur abang?”

Tengku Qalif menggelengkan kepala, bibir mengukir senyuman nipis. “Tak kacaulah sayang, cuma abang tak berapa lena sebab risau badan sayang panas sangat. Abang nak selalu tukar towel untuk sejukkan badan sayang tu..”
Imanina telan liur, rasa tersentuh benar hatinya. “Kesian abang.. Nina..”

“It’s okay, itu kan tanggungjawab abang.” Pintas Tengku Qalif laju. Dia tunduk mengucup pipi isterinya sekilas. “Cuma abang harap lepas ni sayang sebut nama abang pulak bila sayang sakit. Sebab sayang sekarang ni tanggungjawab abang, dah jadi kesayangan abang…” usiknya seraya mencuit hidung Imanina.
Terasa dingin seluruh ruang dada Imanina dengan ucapan lembut itu. Ya Allah, betapa sempurnanya lelaki ini untukku..  
“Abang…” Panggil Imanina dengan suara serak.

 Seakan memahami apa yang mahu dikatakan isterinya, Tengku Qalif menggeleng perlahan. Dia tahu Imanina mahu melimpahkan beribu-ribu kata penghargaan untuknya. “Dah, jangan bercakap sangat nanti makin sakit tekak tu. Abang tukar towel baru ye, kasi sejuk sikit badan sayang. Tengahari nanti kita keluar pergi klinik.”

Imanina diam dalam rasa terharu. Lama matanya menatap wajah tampan yang begitu tekun menguruskannya. Dah habis menukar tuala lembab di dahi, lelaki itu memicit-micit pula lengannya, kemudian beralih ke sisi dahi pula. Cukup faham yang dia memang sedang sakit kepala, dibuat tanpa disuruh. Nafas ditarik dalam-dalam, rasa nak menitis airmatanya dilayan seumpama permaisuri raja. Memang terasa begitu disayangi, dilindungi dan dikasihi oleh suaminya. Tidak dapat dinafi akal dan hati, dia memang cukup bertuah kerana mempunyai suami seperti lelaki ini. Betapa Allah  itu Maha Adil, mengujinya di awal perkahwinan mereka dan kemudian memberinya perasaan seindah ini pula.

“Ni kenapa muka cembeng ni? Sayang sakit eh?” Tegur Tengku Qalif lembut.
Imanina menggelengkan kepala dengan senyuman kelat. Airmata yang bergenang di kolam mata membuatkan dia mengalih pandang ke sisi, tidak mahu suaminya nampak dia menangis. Entah kenapa kebelakangan ini hatinya cepat benar terusik. Sedih menangis, merajuk menangis, gembira pun dia nak menangis jugak! Penyakit apa entah..

“Sayang..” Tengku Qalif menegakkan tubuh, memandang tepat ke arah isterinya yang masih memandang ke sisi. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum meneruskan kata. “Kenapa sayang tak berterus terang dengan abang?”
Imanina terpinga-pinga kehairanan. Mata segera mencari wajah suaminya, dan dia nampak riak serba salah terpeta di raut itu. “Ap.. apa maksud abang?”

“About yesterday sayang. Kenapa tak cakap sayang tunggu abang dekat pantai?” Tengku Qalif mendengus perlahan. Rasa kesal menerjah hati setiap kali terkenangkan peristiwa itu. Dia boleh bayangkan apa yang dirasai Imanina. Hampa, kecewa, dan paling sadis isterinya pasti menggigil kesejukan di situ.
Imanina bungkam. Macam mana pulak suaminya tahu? Dia ada meracau yang bukan-bukan ke semalam?

“Sayang, please jangan rahsiakan apa-apa dari abang. Abang tahu sayang tunggu abang semalam, kenapa sayang tipu abang?” Soal Tengku Qalif lembut. Dia memang sudah ada jawapannya, cuma dia mahu mendengar dari mulut Imanina sendiri. “Sayang takut abang rasa bersalah ye?”
Imanina menahan sebak di dada. Lagi ditanya, lagi dia rasa sedih. Memang dia buat semua itu kerana tidak mahu suaminya susah hati, atau juga rasa bersalah. Apalah salahnya dia berkorban sedikit demi menjaga perasaan suaminya yang sarat dengan rasa duka itu.

“Abang, Nina mintak maaf sebab tak cakap betul-betul dengan abang. Bukan niat Nina nak tipu abang..” Ucap Imanina tersekat-sekat. Jari jemari lelaki itu digenggam erat, memohon pengertian suaminya. “Cuma Nina tak nak abang susah hati..”
Tengku Qalif mengeluh perlahan. Tangannya mengelus-elus jari runcing yang menggengam erat jemarinya. “Should you sacrifice your own feelings for me? Abang tak nak sayang fikir pasal hati dan perasaan abang aje, hati dan perasaan sayang macam mana?”
“Nina okay..” Jawab Imanina perlahan.

“Okay? Sampai demam-demam macam ni sayang kata sayang okay? Ya Allah, abang rasa berdosa sangat sayang. Sebab janji abang sayang jadi macam ni..” Keluh Tengku Qalif. Wajah sendu Imanina dipandang sedalam-dalamnya. Mengertikah Imanina betapa dia menyesal atas apa yang telah berlaku? Dia yang cuai… dia selalu cuai!
“Dahlah abang, Nina tak salahkan abang.” Tekak yang perit membuatkan kata-katanya terhenti, dia terbatuk-batuk beberapa kali. “Betul Nina tak marah, lagipun abang ada hal lebih penting, Nina faham…” Bibir mengukir senyuman biarpun pandangan matanya sudah berkaca-kaca dikaburi air jernih.

“Sayang…” Suara Tengku Qalif berubah ke ton sayu, begitu juga pandangan matanya yang sarat dengan berjuta rasa. “I am so sorry. But please janji dengan abang, jangan sorok apa-apa dari abang. Kalau sayang pentingkan perasaan abang, abang lagi pentingkan perasaan sayang….”
Imanina memejamkan matanya. Airmata yang sejak tadi bertakung di kolam mata akhirnya tumpah jua. Esakan kecil ikut sama mengiringi tangisannya yang berlagu. Jiwanya meruntun hiba dengan kata-kata penuh luhur dari bibir suaminya. Rupa-rupanya sebanyak itu Tengku Qalif menyayanginya…

“Shhh.. tak maulah nangis sayang. Sayang kan tak sihat…” Tubuh dibongkokkan, memeluk sekujur tubuh isterinya yang masih teresak-esak menangis. Bibir perlahan dirapatkan ke telinga isterinya. “Abang cintakan sayang sangat-sangat… percayalah, sampai bila-bila pun perasaan abang takkan berubah. And now I know, I need you each and everyday…”

Tangisan yang semakin lebat membuatkan Imanina hilang di dada suaminya. Pelukan Tengku Qalif yang hangat membelai ke segenap hatinya, memberikan dia sedikit ketenangan dan kekuatan.
Ya Allah, semoga suamiku sentiasa bersama aku Ya Allah.. doa Imanina berkali-kali di dalam hati.



******************


“Macam mana boleh sampai demam ni?”
Suara cemas Puan Salmah memutikkan senyum di bibir Imanina. Ummi ni memang suka menggelabah dan cemas macam ni kalau tahu dia sakit. Indahnya, terasa begitu ramai orang yang menyayangi dan mengasihinya.

“Nina kena hujan ummi..” Jawab Tengku Qalif bagi pihak isterinya. Dia memapah Imanina yang berwajah sedikit pucat ke sofa di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Setelah mendudukkan Imanina dengan selesa di atas sofa, dia menghampiri Puan Salmah dan menghulur tangan. Seketika dia tunduk mengucup tangan ibu mertuanya pernuh hormat.

“Kena hujan? Eh Nina, dekat PD tu dah takde tempat berbumbung ke sampai kamu nak tadah kepala kamu tu? Hisy, dah tahu tak boleh kena hujan kenapa tak jaga diri tu baik-baik..” Bebel Puan Salmah tanpa berselindung. Mata mengerling ke arah Imanina yang melentok manja di bahu Tengku Qalif. Pucat semacam wajah anak sulungnya itu, risau juga hati tuanya.
“Qalif yang salah ummi, Nina tunggu Qalif dalam..” Belum sempat Tengku Qalif menghabiskan ayat, Imanina menepuk perlahan pahanya. Isyarat supaya dia tidak meneruskan kata-katanya.

“Ayah mana ummi?” Sampuk Imanina laju. Dia tidak sedap hati mahu membiarkan suaminya terus menanggung rasa bersalah. Lagi-lagi depan ummi, takut ummi salah anggap tentang suaminya itu.
“Ayah keluar dengan Yaya pergi Sunway Pyramid. Yaya tu dah merengek-rengek nak laptop baru.” Jawab Puan Salmah ringkas. Mata masih meneliti wajah Imanina yang baginya nampak sedikit berubah. Pucat Imanina bukan pucat biasa, nampak macam ‘berisi’ pula. Ya Allah, kalau betul memang seronoklah dia nanti, dapat menimang cucu sulung katakan.
“Nina tidur sini ke?”

Imanina yang menyandarkan kepala di bahu suaminya mendongak mencari wajah ummi kesayangannya. “Taklah ummi, Nina nak kena balik kondo. Abang nak naik rig esok, Nina nak kemaskan baju-baju abang dulu..”
Tengku Qalif terpana. Kepala beralih ke sisi menatap wajah isterinya. “Sayang, kan abang cakap abang boleh buat sendiri. Sayang nak rehat dekat sini pun takpe, abang datang jenguk sayang esok sebelum abang pergi ye?” Bisik Tengku Qalif perlahan.
Bimbang pula nanti ibu mertuanya fikir yang bukan-bukan. Iyalah, Imanina tengah sakit tapi dia duk kerah suruh buat kerja pulak.

Pandangan Imanina beralih pula ke arah suaminya, kepala diangkat sedikit. Sayu renungannya membalas pandangan mata Tengku Qalif. “Sampai hati abang, nanti kan dua minggu tak jumpa.. biarlah Nina spend banyak-banyak masa dengan abang.” Rengeknya perlahan. Terkenangkan perpisahan yang bakal tiba, perasaan mula kacau bilau. Dua minggu terlalu lama, susah dia mahu menambak rindu yang semakin menyarat nanti.

“Bukan macam tu maksud abang..” Tangan mengelus  pipi Imanina, terlupa terus kewujudan Puan Salmah yang duduk di atas sofa bertentangan. “Abang cuma nak sayang dapat jagaan rapi dengan ummi, biar sayang selesa.” Pujuknya lembut.
“I’m fine with you, tadi kan dah pergi klinik.” Balas Imanina bersungguh-sungguh. Demi Tuhan, seminit pun dia tidak mahu bazirkan waktu sebelum mereka berpisah, dia mahu sentiasa melekat dengan suaminya.

“Dah-dah..” Puan Salmah tiba-tiba mencelah. Naik rimas pulak dia tengok Imanina merengek-rengek macam budak kecik. Dah jadi bini orang tapi perangai manja tu makin menjadi-jadi! “Qalif bawak balik ajelah isteri kamu tu. Dia duduk sini pun nanti makin teruk pulak demamnya, sibuk memikirkan pasal kamu. Rindulah, apalah, rimas ummi nanti.” ucap Puan Salmah dengan mata menjeling Imanina. Anak sulungnya itu mencebik bibir, tahu dirinya disindir.
“Ummi ni.. kan Nina demam ni!”

“Tahulah demam, tapi kamu tu kalau demam sebab hujan bukannya lama pun. Malam karang eloklah tu. Jangan nak menyusahkan Qalif pulak nanti, kuat-kuatkan badan tu walaupun tak larat.” Puan Salmah yang sudah masak dengan perangai anaknya mula bukak syarahan. Risau juga kalau-kalau Imanina merumitkan hidup anak bekas majikannya itu.
“Ummi…” Imanina ketap bibir tatkala melihat senyuman di bibir umminya. Suka sangat nak malukan dia depan Tengku Qalif tau! Kantoi aje dia ni suka bermanja-manja secara percuma. Sakitnya sikit, tapi nak bermanja yang lebih.

“Tak betul ummi cakap? Qalif, jangan dilayan sangat mengada si Nina ni. Nanti terlebih manja susah, tak boleh nak dimarah sikit terus menangis.”
Tengku Qalif tergelak kecil melihat Puan Salmah dan Imanina berlawan cakap. Dia tahu ibu mertuanya sekadar menyakat Imanina, cuma kesian dia tengok wajah isterinya merah padam menahan segan. Sesungguhnya, dia tidak kisah langsung melayan isterinya penuh kasih. Itu memang sudah tanggungjawab yang tergalas di bahu seorang lelaki bergelar suami.

“Berapa lama dekat rig tu Qalif?” Soal Puan Salmah mengalih topik perbualan. Kalau dilawan keletah si Nina tu, sampai esok pun tak habis.
“InsyaAllah, kalau takde apa-apa memang dua minggu kat sana.” Jawab Tengku Qalif dengan senyuman kecil. “Ummi, boleh Qalif mintak tolong something?”
Imanina yang sejak tadi melentok manja, mengangkat muka memandang suaminya. Lelaki itu masih memandang tepat ke arah ummi, langsung tidak menoleh kepadanya. Mintak tolong dengan ummi? Tak pernah-pernah lelaki itu mahukan pertolongan ummi selama ni, tapi pertolongan macam mana suaminya mahu?

“Tolong apa, Qalif? InsyaAllah kalau mampu ummi tolong..” Puan Salmah menatap wajah anak muda yang beriak tenang di hadapannya. Riak berbeza kalau nak dibandingkan beberapa bulan yang lalu.
Tengku Qalif tersenyum kecil, nafas ditarik panjang dan dihembus perlahan. “Tolong tengok-tengokkan Nina bila Qalif takde nanti..”

Imanina tersentak. Jantung tiba-tiba berdegup deras dan entah kenapa ada rasa sayu yang begitu pedih mencelah di hatinya. Dia tidak pasti apa rasa itu, cuma perasaan itu tidak seindah biasa. Ada getaran yang begitu sukar untuk dia mengerti. Mata melekat lama di wajah tenang itu, mencari apa yang kurang, atau juga apa yang ganjil untuk dia rungkaikan tentang perasaan di hatinya ini.

“Pasal tu tak payahlah kamu risau. Selama ni Qalif pergi sana pun, memang ummi suruh Nina tidur dekat rumah ni. Kadang-kadang tu aje Nina tak nak, degil nak duduk sana jugak.” Puan Salmah tersenyum juga, rasa terharu dengan keprihatinan menantunya terhadap Imanina.
Tengku Qalif menoleh ke arah isterinya yang merenungnya tepat, tidak beralih langsung pandangan itu. Tangan Imanina digenggam erat, mahu isterinya mengerti dan faham dengan jelas. “Sayang jangan degil-degil please. Duduk dengan ummi bila abang takde nanti, okay?”

Terkelip-kelip mata Imanina menatap wajah suaminya. Ya Allah.. kenapa perasaan ini semakin aneh? “Bi.. bila abang takde?”
“Hmm?” Tengku Qalif mengerutkan kening, hairan melihat pandangan isterinya yang berkaca-kaca. Dia ada tersalah cakap atau apa?
“Kenapa abang cakap ‘bila abang takde’? Kenapa tak cakap ‘masa abang takde’?” Soal Imanina tersekat-sekat. Dia tak tahu kenapa dia boleh bertanyakan soalan pelik ini, cuma perasaannya rasa semacam!

Tengku Qalif tergelak kecil. Imanina ni kalau demam perangainya jadi sensitif semacam. Ayat pun nak kena ikut tatabahasa yang betul agaknya. “Sayang ni, kan sama aje tu..”
“Tak sama! Maksud dia tak sama..” Imanina menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Nina ni kenapa? Hisy, pening ummi tengok kamu ni. Qalif duduk kejap ye nak, ummi pergi dapur buat air sekejap.” Puan Salmah meminta diri. Biarlah Imanina nak merajuk bermanja dengan suaminya, dia malas nak masuk campur.

Melihat ibu mertuanya menghilang ke dapur, Tengku Qalif membetulkan posisi tubuh supaya berhadapan dengan isterinya. Ada takungan jernih di dalam kolam mata isterinya membuatkan dia tidak selesa. Kedua belah bahu Imanina dipegang erat. “Kenapa ni sayang? Takkan pasal ayat abang berterabur tatabahasa sayang nak nangis macam ni..”
Imanina menggeleng perlahan. “Ni.. Nina tak suka ayat abang tu.”
“Tak suka ayat abang?” Tengku Qalif tergelak pula. “Okay, then sayang nak abang cakap macam mana sayang?”

“Jangan cakap ‘bila abang takde’, Nina tak suka..” Kepala ditundukkan memandang jari jemari yang diramas sesama sendiri. Sungguh, jiwanya sensitif melampau, memang terlampau!
“Okay-okay.” Tengku Qalif menepuk-nepuk bahu Imanina persis memujuk anak kecil. Lebar senyumnya melihat ragam manja isterinya. “Sayang nak abang betulkan ayat abang dengan ummi tak? Abang pergi dapur ye jumpa ummi?” Tengku Qalif pura-pura mahu bangkit dari duduk namun pantas Imanina menarik tangannya.
“No need.. cukup kalau abang cakap dengan Nina.”

Tengku Qalif tersenyum lagi. Dibelai pipi mulus isterinya penuh kasih. “Sayang, please jaga diri masa abang takde ye. Duduk rumah ummi baik-baik dan jangan degil-degil tau..”
Imanina mengerling suaminya yang tergelak kecil. Dia tahu lelaki itu mengusiknya dan akhirnya bibir mengukir senyuman terpaksa. Dia tidak mampu ketawa atau tersenyum penuh ikhlas kerana perasaannya masih terasa aneh. Biarpun ayat sudah bertukar ganti, namun rasa itu masih ada, masih tidak berubah walau sedikit. 

Dan saat pelukan erat melingkar di tubuhnya, hati diterpa rasa sayu. Ini bukan perpisahan pertama, sudah berkali kali berlaku. Cuma entah kenapa sayunya berlainan, sedihnya menyentap sampai ke tangkai hati.
Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepadaMu kami berlindung. Lindungi suamiku Ya Allah... Begitu banyak doanya dipanjatkan tanpa dia sedari..

Thursday, May 3, 2012

Bab 38 : Pelangi Cinta Buat Suami...




Suasana yang tadinya riuh rendah dengan suara mengalunkan ayat-ayat suci, kini lengang. Kebanyakan tetamu sudah beransur ke kanopi di luar rumah untuk menjamu selera. Cuma Tengku Qalif masih setia bersila di atas karpet di tepi dinding. Masih belum puas mengutuskan ‘hadiah’ indah untuk arwah isterinya di sana.

Dia rasa kesal, rasa bersalah dan rasa berdosa kerana terlupa hakikat yang satu itu. Tidak teringat langsung yang hari ini genap setahun Liyana hilang dari sisinya. Tangan  tidak lagi tercapai, mata tidak lagi terlihat, telinga tidak lagi terdengar, semuanya sudah lenyap. Hilang dan terus pergi meninggalkan rasa kosong di jiwanya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Suaranya yang tersekat-sekat masih mampu mengalunkan bacaan Yassin untuk kali ketiga. Genangan airmata sejak tadi sukar benar mahu dihilangkan, mengaburi pandangannya untuk menatap dada Surah Yassin di tangan. Tidak dia hiraukan mata-mata yang memandang penuh simpati, atau juga teguran yang berkali-kali menyuruhnya keluar menjamah makanan. Biarlah dia di sini buat sedikit waktu lagi. Dia masih rasa terkilan dengan sikapnya yang sambil lewa, yang terlupa dengan kehilangan besar yang telah berlaku.

Berada di ruang yang begitu banyak memori Liyana membuatkan dia semakin sayu.  Keadaan rumah teres dua tingkat ini tidak banyak yang berubah keadaan, masih sama seperti yang dilihatnya beberapa tahun yang lalu. Dahulu, Liyana yang mengatur sususan perabot, menghias dinding dan menggubah bunga. Memang gadis itu cukup bijak mendekorasi, berbakat dan cukup kreatif. Sayang seribu kali sayang, angan-angan Liyana untuk menghias rumah mereka sendiri tidak kesampaian. Dan impian itu akhirnya tergantung, membuatkan dia rasa terkilan dan bersedih.

Ketika sampai ke sini petang tadi, terasa longlai dan lemah kakinya untuk berdiri. Mahu melangkah masuk ke dalam pagar pun kaki terasa menggigil, seram sejuk seluruh tubuhnya. Menatap pula wajah emak, abah, Abang long, Ateh dan Hani, hatinya bersepai lagi. Keluarga Liyana masih menyayanginya, masih menerima dia dengan tangan terbuka biarpun ikatan di antara mereka sudah terurai. Cuma dia yang alpa, membuang dan melepaskan segalanya tatkala Liyana pergi.

Bukan mudah untuk dia bertabah hati duduk di ruang yang penuh kenangan ini. Terpandangkan bingkai-bingkai gambar Liyana dan gambar perkahwinan mereka, luluh hancur hatinya. Baru dia tahu yang rasa rindu di hatinya tidak pernah padam, masih sarat seperti dahulu. Cuma perasaan itu tidak terlalu jelas kerana dia hanyut dengan kasih sayang Imanina. Tidak salah merindu yang tiada asalkan dia tidak mengabaikan yang ada di depan mata. Imanina mengambil tempat di hatinya setelah Liyana mengosongkan ruang itu, jadi bukan salah Imanina jika dia terlupa yang lainnya. Walaupun Liyana telah pergi, dia tetap akan mengingati gadis itu sebagai kurniaan indah dari Allah untuknya. Rasa cinta itu akan dia bawa sehingga ke akhir nyawanya, berkongsi dengan rasa yang ada terhadap Imanina.

“Sadaqallahul azim…” ucapnya lirih di akhir bacaan. Surah Yassin sebesar tapak tangan diraup ke muka beberapa kali. Hati terasa sedikit lapang, terasa lega berbanding tadi. Pandangan hinggap ke arah Mazri yang dipanggil abang long melangkah bersama Hani menghampirinya. Bibir mengukir senyuman kelat tatkala Hani yang baru berusia lima tahun itu tersengih-sengih ke arahnya. Tanpa dipinta si kecil itu melingkarkan tangan di lehernya, menyerlahkan rasa rindu setelah sekian lama mereka tidak bertemu. Tengku Qalif membalas dengan pelukan mesra, membuahkan rasa sayu dan pilu di hati.

“Hani, jangan kacau Pak Ngah sayang..” Tegur Mazri lembut.
“It’s okay abang long..” Balas Tengku Qalif dengan senyuman kecil. Tangan melurut lembut rambut Hani yang ikal keperangan. Dikucup sekilas pipi gebu anak saudara kesayangan arwah Liyana itu. “Hani rindu pak ngah ye?”
Hani menganggukkan kepala dengan senyuman lebar. “Rindu. Hani pun rindu mak ngah jugak, tapi mommy kata mak ngah pergi jauh..”

Tengku Qalif tersentak. Berderau darahnya dengan ayat yang meruntun hati itu. Memang Liyana sudah pergi jauh, terlalu jauh meninggalkan orang-orang yang mengasihinya.
“Hani, jom ikut daddy naik atas tukar baju. Tadi Hani kata Hani panas pakai baju kurung..” Ucap Mazri yang sudah melabuhkan duduk di hadapan Tengku Qalif. Wajah segak bekas birasnya yang beriak sayu dipandang tepat. Dia tahu Tengku Qalif masih bersedih, masih trauma dengan kehilangan Liyana. “Qalif, kau pergilah makan dulu. Dari petang tadi kau tak jamah apa-apa lagi..”

Tengku Qalif yang leka melayan sembang Hani mengangkat muka, tersenyum ke arah Mazri yang begitu baik dengannya selama ini. “Sekejap lagilah, abang long. Biar Qalif layan Hani ni dulu, rindu sangat dengan dia. Sekarang dah banyak mulut ye anak sedara pak ngah ni..” Tengku Qalif tersengih pula ke arah Hani yang leka mengusap bawah dagunya yang sedikit kasar. Dicapai jari kecil itu dan digeselkan di bawah dagunya, mengekek Hani ketawa kegelian.

Mazri sekadar tersenyum dan menganggukkan kepala. Lama dia duduk memerhati Tengku Qalif yang mesra melayan anak tunggalnya. Bukan dia tidak dengar kisah sedih yang dikhabarkan, berbulan-bulan lelaki itu hidup bagaikan orang hilang pedoman, menderita kerana kehilangan arwah isterinya. Memang semua orang tahu cinta Tengku Qalif dan Liyana bagaikan kisah dongeng. Bercinta berbelas-belas tahun lamanya dan bukan sedikit bukti kesetiaan yang ditunjukkan lelaki tampan itu. Terpisah di antara benua sekalipun, perasaan Tengku Qalif seinci pun tidak berganjak. Dan apabila Liyana dan Tengku Qalif disatukan di dalam ikatan perkahwinan, semua orang berasa gembira dan bahagia. Begitu yakin ikatan di antara mereka berdua akan kekal sehingga ke hujung nyawa. Namun takdir Tuhan tidak ada sesiapa dapat menyangkal dan menolak, segalanya sudah tertulis akan berakhir sekelip mata.

“Kenapa kau tak bawak Imanina sekali?”
Pertanyaan Mazri mengalihkan perhatian Tengku Qalif. Dari wajah ceria, riaknya bertukar sedikit keruh. Bukan dia tak mahu bawa Imanina ke sini, cuma dia cukup yakin Kak Jasmin tak akan suka. Tengok saja tadi, merah telinga dia kena sindir dan perli dengan kakak sulung arwah Liyana itu. Kak Jasmin macam seolah-olah tidak boleh terima yang dia sudah punya pengganti arwah Liyana sekelip mata. Sesiapa pun takkan mengerti betapa jerih dia menanggung perasaan untuk memutikkan rasa cinta kepada isteri barunya. Bukan sekelip mata rasa itu bercambah, dia jenuh memupuk dan belajar menyayangi gadis itu. Tapi mujur juga Imanina tak ikut sama, silap-silap isterinya pun terkena tempias sindiran Kak Jasmin. Dia tak mahu Imanina berkecil hati atau terluka dengan kata-kata sinis orang sekeliling.

“Hmm.. Nina tak berapa sihat.” Dalih Tengku Qalif. Dalam hati dia berdoa agar isterinya sudah pulang ke hotel, tak perlu menunggunya di pantai seperti yang dijanjikan. Resah hati kerana sejak tadi dia gagal menghubungi gadis itu.
“Nina tu siapa pak ngah?” Sampuk Hani yang duduk di atas ribaannya. Tengku Qalif tersenyum kecil. Diusap lembut kepala Hani yang comel dan bermata bulat, mengingatkannya kepada seraut wajah Liyana.
“Aunty Nina tu, isteri pak ngah..” Balas Tengku Qalif berterus terang. Sempat matanya mengerling Mazri, namun lelaki itu beriak tenang. Tidak terusik atau marah dengan jawapannya.

“Isteri pak ngah? Macam mommy dengan daddy?” Hani terkebil-kebil memandang Tengku Qalif menagih jawapan.
“Ya sayang, macam mommy dengan daddy..”
“Habis tu, mak ngah isteri siapa?”
Tengku Qalif mengetap bibir, sedikit tersindir dengan kata-kata spontan dari bibir Hani yang tidak mengerti apa. Nafas dihela terasa memberat. Susah untuk membuatkan Hani faham dengan cerita orang dewasa, dia pun kurang senang mahu bercakap tentangnya.

“Hani, go to your mom. Suruh mommy tukar baju Hani..” Sampuk Mazri tatkala melihat Tengku Qalif serba salah mahu mencari jawapan. Hani ni pun satu, petahnya tak boleh dilawan. Kalau dah bagi soalan, memang seboleh-boleh anaknya mahukan jawapan yang memuaskan hati. Serupa dengan perangai Jasmin, banyak mulut.
“Hani nak duduk dengan pak ngah..” Rengek Hani mendayu-dayu. “Pak ngah tidur sini dengan Hani ye?”
Tengku Qalif tergelak kecil, terhibur. “Tak boleh sayang, aunty Nina tunggu pak ngah dekat rumah. Hani good girl kan? Hani tidur dengan opah macam selalu ye..” Pujuknya lembut. Semua sudah maklum dengan sikap Hani yang begitu manja dengan opahnya. Sejak kecil ibu mertuanya memang menjaga Hani ketika Kak Jasmin ke pejabat.

Bibir Hani memuncung menayang rajuk. “Nanti pak ngah datang lagi?”
“InsyaAllah sayang..”
“Promise?” Jari kelingking kecil itu disuakan ke wajahnya. Tengku Qalif tergelak lagi, teringat dahulu Hani selalu menyuruhnya buat benda yang sama. Ditaut jari kecil itu dengan jari kelingkingnya, mengikat janji.
“Promise.”
“Bawak mak ngah sekali ye?” Pinta Hani dengan muka penuh teruja.
Tengku Qalif tersentak. Rasa perit dadanya menatap mata Hani yang bersinar terang tatkala nama mak ngah kesayangannya disebut. Hani belum mengerti apa, Hani belum faham yang Liyana sudah pergi untuk selama-lamanya.

“Hani…” Mazri menarik perlahan lengan Hani. Dia nampak riak wajah Tengku Qalif berubah sugul. “Dahlah tu, nanti pak ngah datang lagi. Jom kita naik atas tukar baju.”
Tengku Qalif sekadar tersenyum tawar ketika Mazri menepuk perlahan bahunya. Hati diruntun sayu, bercampur dengan rasa rindu yang tidak terperi. Entah kenapa perasaannya terlalu meruntun-runtun rindukan arwah isterinya. Mungkin suasana, atau juga kerana tempat ini terlalu banyak menyimpan kenangan di antara mereka berdua.
“Qalif, kau pergilah makan dekat luar tu. Mak dan abah ada dekat khemah, suruh ajak kau makan. Makanlah sikit sebelum balik ya..”

“Iyalah, abang long. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan saya..” Balas Tengku Qalif perlahan. Kepala ditundukkan sedikit, merenung karpet berwarna merah darah berbelang hitam di hadapannya.
“Apa-apa pun, kami dah anggap kau macam keluarga sendiri. Pintu rumah ni sentiasa terlapang luas untuk kau, itu yang mak dan abah selalu cakap. Jadi bila-bila pun kau boleh datang sini..” Ucap Mazri ikhlas.
Nafas ditarik dalam-dalam oleh Tengku Qalif. Bibir mengukir senyuman kelat, menelan semua kata-kata Mazri sehingga ke hati. “Tapi saya serba salah dengan kak long..”

Mazri mengeluh perlahan. Sikap Jasmin memang melampau tadi, teruk Tengku Qalif kena sindir dan perli. Bagi dia, dia tidak kisah apa juga keputusan Tengku Qalif. Lelaki itu terlalu menderita, terlalu merana kerana kehilangan Liyana, jadi apa salahnya mencari penawar hati pada perempuan lain. Jodoh itu kan di tangan Tuhan, kenapa masih nak persoalkan semua itu.
“Pasal sikap kak long kau tu, abang long mintak maaf bagi pihak dia. Dia masih bersedih lagi tu, dia kan rapat sangat dengan arwah..”

Tengku Qalif sekadar diam. Kata-kata Mazri selepas itu tidak lagi singgah di kepala. Demi Tuhan, dia bukan sengaja mahu menduakan Liyana. Dia cuma perlukan seseorang seperti arwah isterinya untuk memimpin dia berjalan, untuk menarik tangannya ketika tersungkur, untuk memenuhkan ruang-ruang kosong di hati lelakinya, untuk berkongsi suka dan duka, cuma itu niatnya. Dan Imanina adalah perempuan paling layak memiliki hatinya selepas arwah Liyana…

Dan sungguh, perasaannya kepada Imanina bukan wujud dari rasa sepi… tapi kerana dia memang ikhlas cintakan gadis itu.


**********


Loceng di tepi pintu bilik hotel itu ditekan sekali lagi. Sesekali mata meliar ke kiri dan kanan, kemudian berpindah pula kepada nombor bilik yang tertera di dada pintu. Dia tidak salah bilik rasanya, memang bilik bernombor 1318 ini yang didaftarkan isterinya. Dia sendiri sudah memeriksanya di kaunter reception sebentar tadi.
Beberapa minit menanti, akhirnya pintu bilik terkuak dari dalam. Terpandangkan wajah isterinya yang menutup kepala dengan tuala mandi, bibir menguntum senyuman manis.

“Hi sayang, I thought I knocked the wrong door…” Tengku Qalif melangkah masuk ke dalam bilik dan kemudian Imanina meraih tangannya untuk bersalam. Tangan kiri menyentuh kepala isterinya yang tunduk mengucup belakang tangannya, diusap penuh kasih. Sentiasa tenang hatinya melihat Imanina begitu hormat dan taat kepadanya.
“Sayang dah makan?”

Imanina yang menapak di belakang suaminya mengerling geram. Boleh tanya dah makan ke belum? Dia tahu tak sekarang ni dah dekat pukul sepuluh malam? Langsung tak rasa bersalah sebab tak datang tadi! Geram sungguh… kurang-kurang mintaklah maaf, tak pun bagi penjelasan panjang berjela!

Tengku Qalif yang sedang merungkaikan butang baju kemeja mengerutkan kening. Mata mengekori langkah Imanina yang laju menuju ke arah katil. Takkanlah Imanina tak dengar dia tanya tadi? Melihat isterinya merebahkan tubuh dengan selimut menutupi kepala, dia bertambah hairan. Imanina tunjuk gaya-gaya merajuk nampaknya, tapi sebab apa? Sebab dia balik lambat atau sebab dia terlupa janji nak ke pantai? Ah, mesti pasal pantai tadi ni.
Tengku Qalif mengukir senyuman nipis. Kemeja di tubuhnya dicampak di kepala sofa sebelum dia melangkah perlahan ke arah katil. Berdiri beberapa saat memerhati Imanina yang ‘hilang’ di dalam comforter tebal. Merajuk macam budak kecik, comel betul.

Satu sikap Imanina yang dia suka, isterinya itu tidak akan meninggi suara dengannya. Marah, merajuk atau cemburu macam mana sekalipun, gadis itu sekadar tunjuk muka protes dan mendiamkan diri. Tengku Qalif menggelengkan kepala sambil tersenyum, kemudian dia melabuhkan duduk di birai katil di sisi isterinya yang masih diam seribu bahasa.
“Sayang, kenapa ni? Sayang merajuk dengan abang?” soalnya lembut. Comforter ditarik namun Imanina pantas menarik semula, masih mahu berselubung di dalamnya. “Sayang tak nak tengok muka abang ya? Tapi kenapa sayang merajuk sangat ni… come, talk to me.”

Imanina masih keras membatu di dalam sana. Macam selesa pulak duduk berselubung macam ni. Sebenarnya tubuh dia tak berapa enak selepas bermandi hujan sejak petang tadi. Bila balik ke bilik, cepat-cepat dia bilas dengan air suam namun masih rasa semacam. Sekarang hidung dia pun dah mula tersumbat, tanda-tanda nak kena selsema. Itulah, tunjuk bollywood sangat tepi laut tu. Padan muka! Kutuk hatinya sendiri.

“Sayang, please talk to me. Mana hadiah abang?” Mendayu-dayu suara itu memujuknya.
Imanina mencebik. Hadiah? Wah, dah tinggal kita tengah-tengah hujan, ada hati lagi nak mintak hadiah tu! Ya Allah.. dia benar-benar tidak mahu merajuk atau marahkan suaminya, tapi hatinya sakit benar. Bukan sekejap dia basah dalam hujan tadi, lama okay! Sampaikan ada dua tiga orang mat salih datang tegur dia sebab risau ingat dia nak bunuh diri tepi laut.

“Sayang, please tengok abang..” Tengku Qalif menarik perlahan comforter yang menutup wajah isterinya, namun Imanina masih mengelak. Tengku Qalif mengeluh perlahan, dia tidak mahu terlalu memaksa atau mendesak isterinya berterus terang. Dia yakin Imanina marah kerana dia lewat sampai ke sini. “Abang mintak maaf abang balik lambat…”
“Abang pergi mana?” Laju suara dari dalam sana menyoal. Tengku Qalif tersenyum kecil. Ingatkan dah tak nak bercakap langsung dengan dia.

“Sayang tunggu abang lama ye? I’m sorry darling…” Tangan mengelus kepala Imanina yang tersorok di dalam gebar. “Abang tadi.. hmm, abang tadi pergi rumah arwah Liyana…”
Imanina tersentak. Ya Allah, kenapa jelas sangat suaminya lebih sayangkan arwah Liyana berbanding dia? Patutlah tak datang, singgah rumah Liyana dekat Seremban rupanya. Hati dipagut rasa sayu yang menggila. Berkali-kali dia cuba memenangi hati suaminya, tetap juga arwah Liyana mengatasinya. Bukan dia nak cemburu dengan orang yang dah meninggal dunia, cuma sakit hati kalau dikenangkan dia jadi minah tiang tepi pantai tadi. Dalam hujan pulak tu!

“Hari ni.. genap setahun arwah Liyana tinggalkan abang, sayang..”
Sayu suara itu membuatkan Imanina terpana. Sudah genap setahun rupanya, tapi kenapa Tengku Qalif tak cakap awal-awal? Kalau tahu, tak adalah dia nak jadi bodoh sangat duduk tengah-tengah hujan tu! Dalam rasa simpati, rasamarah tetap juga mahu menyelit sama. Imanina diam memasang telinga. Dia dengar jelas keluh kesah suaminya, macam susah hati benar lagaknya. Dia tahu suaminya bersedih dan masih terkenangkan arwah Liyana. Kejam ke kalau dia cemburu?

“Abang langsung tak teringat yang hari ni ulangtahun pertama Liyana pergi. Abang tak teringat langsung sayang…” Sayu suara Tengku Qalif mengadu nasib. Suaranya semakin bergetar melawan sebak di dada. “Abang memang teruk kan sayang, baru setahun abang dah lupakan dia. Kalau mak tak telefon tadi, sampai ke sudah abang tak ingat pasal ni..”

Imanina yang sejak tadi berlakon kayu, mula tidak sedap hati. Tak keruan hatinya mendengar rintihan sedih suaminya. Ya Allah.. kesian betul Tengku Qalif. Lelaki itu mungkin terlupa kerana terlalu bahagia menyemai cinta dengan dirinya. Jarang dia lihat suaminya termenung macam dulu sejak hubungan mereka semakin erat.
Perlahan-lahan Imanina menarik comforter dari mukanya. Mata merenung wajah suaminya yang sedikit menunduk. Jari jemarinya merayap ke tangan Tengku Qalif yang kaku di sisi tubuhnya, digenggam erat persis menyalirkan semangat ke tubuh sasa itu.

“Are you okay abang?” Soal Imanina lembut. Hilang nak merajuk, dia jatuh simpati dengan kesedihan suaminya. Lelaki itu mengalih pandang ke arahnya, mempamer senyuman pahit yang jelas menunjukkan kepedihan di hati.
“Abang rasa bersalah…” Tengku Qalif tunduk sedikit, menyembunyikan genangan airmata di kolam matanya. Dia nampak dari ekor mata Imanina bangkit duduk di atas katil. Kemudian isterinya merapatkan tubuh, memeluknya erat dari belakang. Nyama terasa tatkala Imanina menyandarkan kepala di belakang tubuhnya.

“Do you miss her, abang?” Soal Imanina perlahan. Dikucup sekilas bahu suaminya sebelum kembali melentokkan kepala. Dia mahu Tengku Qalif selesa berbual-bual tentang apa sahaja, biar lega sedikit hati suaminya itu.
“Sayang tak marah kalau abang rindukan dia?” Tangan Imanina yang berlingkar di dadanya dicapai dan dikucup lama. Sungguh dia rasa serba salah dengan isterinya. Sudah berkahwin tapi masih sukar mahu melupakan kenangan lama.
Imanina menarik nafas panjang-panjang. Dia tidak pernah cemburukan Liyana, dia tahu Liyana lebih berhak ke atas suaminya. Dia cuma menjadi yang kedua. “Nina tak jealous pun, asalkan abang tak keterlaluan sampai abaikan Nina..”

“Macam hari ni?” Laju Tengku Qalif membalas. Melihat isterinya diam membisu, dia semakin serba salah. “Tell me sayang, sayang tunggu abang dekat pantai ke tadi?”
Imanina mengetap rapat bibirnya. Kalau dia berterus terang, mungkin suaminya akan semakin serba salah. Tak cukup rasa terkilan sebab terlupa tarikh kematian Liyana, ditambah pula dengan rasa bersalah sebab membiarkan dia menunggu lama tadi. Imanina menggeleng perlahan.
“Nina tak tunggu abang pun, sebab hari nak hujan tadi..”
“Betul ke ni sayang? Sayang tak tipu abang kan?”

“Hmm.. batul. Nina bukan bodoh nak pergi melangut tengah-tengah hujan tu. Nina tahu abang mesti ada hal lain..” balas Imanina perlahan. Sebak dadanya dengan kata-kata sendiri. Sebenarnya dia memang dah jadi bodoh dah petang tadi, menunggu dan terus menunggu.
“Abang mintak maaf. Abang try call sayang banyak kali tapi tak dapat..” Tengku Qalif memeluk tubuh, mengeratkan pelukan Imanina di tubuhnya.
“Nina tahu abang akan call tapi phone dah habis bateri. Langsung tak boleh on..” Mata yang berkaca-kaca dikelipkan beberapa kali. Bimbang nanti suaminya nampak dia menangis.

“Sayang tak marah abang lagi?”
“Tak..”
“Sayang abang tak?”
“Sangat..”
“I love you more sayang. Abang bersyukur sayang faham keadaan abang..” Luah Tengku Qalif lirih. Dia benar-benar menyayangi gadis ini dan dia berharap Imanina tahu dan yakin tentang itu.
“Abang pergilah mandi..” Imanina meleraikan pelukan dan menepuk perlahan belakang tubuh suaminya. Rasa sebak dengan kata-kata suaminya bergumpal di dada membuatkan dia tidak senang duduk. Bimbang kalau dia termenangis tanpa sengaja.

“Abang busuk ye? Ke sayang nak cepat-cepat kasi hadiah special?” Tubuh dipusingkan menghadap isterinya. Imanina menjeling seraya mencebik. “Kenapa cebik? Tak jadi bagi hadiah?” usiknya lagi.
“Abang ni kan mengada tau. Malas nak layan!”
Melihat isterinya kembali merebahkan tubuh, makin lebar senyuman di bibir Tengku Qalif. Spontan dia ikut sama berbaring di sisi isterinya, memeluk tubuh itu rapat ke tubuhnya. Bibir laju saja mencari sasaran, kucupan sayang hinggap di pipi Imanina.
“Siang tadi pandai sangat bagi SMS notty kan? Saja buat abang tak senang duduk. Abang nak tuntut hadiah, now.”

Bulat mata Imanina tatkala suaminya menyerang lembut. Alahai… dahlah badan tak sihat, tapi nak menolak macam dah mungkir janji pulak!
“Serius tak nak mandi dulu?” Dada sasa suaminya ditolak sedikit, menatap sepasang mata yang redup memandang ke arahnya.
“Tak sudi ya?” Kening Tengku Qalif terjungkit sebelah.
“Err.. bukan macam tu. Abang selesa ke tak?” Imanina mengalih pandang ke siling, berdebar-debar menatap renungan menggoda suaminya. Kalau dah tayang muka macam ni, nak merajuk pun tak larat!

“Abang ni macam-macam mana pun selesa…” Bisik Tengku Qalif nakal. Hujung hidung Imanina dikucup sekilas. “Stop talking sayang…”
Dan benar, Imanina tidak lagi berniat meneruskan perbualan. Di saat ini jiwanya berserah, terasa indah dan melayang bebas. Hilang merajuk, hilang kecil hati, hilang sentap dengan kelakuan suaminya siang tadi. Dia faham yang kadangkala suaminya tersesat arah, terpesong ke jalan kelam dihimpit bayang-bayang arwah Liyana. Sekelam mana pun jalan yang dilalui Tengku Qalif, dia berjanji dia akan setia menemani.. sampai bila-bila.




Usai membersihkan diri, langkah Tengku Qalif termati di hadapan pintu bilik mandi tatkala pandangan tertarik ke sebelah kanan. Kening berkerut-kerut melihat baju yang dicampak ke dalam laundry bag. Mata beralih pandang ke arah Imanina yang sudah terlena panjang. Perlahan dia tunduk, mencapai baju milik Imanina yang diletakkan di dalam laundry bag itu. Basah? Sekali lagi mata memanah ke arah Imanina dengan perasaan aneh.

Ya Allah.. Imanina betul-betul menunggu dia petang tadi. Dalam hujan lebat? Patutlah isterinya nampak kurang bermaya ketika mereka bermesra tadi. Kenapa Imanina tak berterus terang dengan dia? Takut dia rasa bersalah? Dada mula berdebar-debar, tidak sedap hati dengan apa yang berlaku.
Baju di tangan dicampak semula ke dalam bakul plastik itu sebelum langkah dihala laju ke arah katil. Dia berdiri kaku, memandang tepat ke arah isterinya yang masih terlena. Nafas Imanina yang hangat dirasainya tadi bukan kerana rasa teruja dengan sentuhannya, tapi kerana isterinya tidak sihat. Ah, kenapalah dia tak tahu nak bezakan!

Perlahan duduk dilabuhkan di birai katil. Penuh hati-hati jari telunjuknya dihulurkan ke hidung Imanina, merasa suhu badan gadis itu. Panas. Tangan berpindah pula ke dahi, dan jelas suhu di situ semakin meningkat. Tengku Qalif sedikit cemas. Tangan mencapai remote control penghawa dingin yang diletakkan di atas meja sisi dan menekan butang off.
Perhatian kembali teralih kepada isterinya. Kenapa Imanina sanggup buat macam ni kepada dia? Kenapa Imanina terlalu menjaga hatinya sampai hati sendiri tak terjaga? Keluhan berat terhela keluar. Terharu dan pilu dengan pengorbanan si isteri yang begitu mementingkan perasaannya sedangkan perasaan sendiri terguris berkali-kali.

“Sayang…” Panggilnya dengan nada tertahan. Kepala tunduk mengucup dahi hangat Imanina yang masih belum tersedar. “Why you did this to me.. you don’t have to do this…” Luahnya kesal. Entah seteruk mana hati Imanina terluka tadi. Menunggu dan menanti dia penuh harapan namun dia langsung tidak memunculkan diri.

Lama Tengku Qalif memeluk tubuh Imanina, mahu mengurangkan kekesalan di atas kecuaiannya sendiri. Dia bertekad di dalam hati, biar apa pun yang berlaku suatu hari nanti, Imanina tetap diangkat dan dijulang tinggi olehnya.
Sampai bila-bila pun, tempat Imanina teratas di hatinya….