Followers

Bab 1 : Aku Bukan Mistress

Jam loceng di sisi meja mengejutkan lena Mya. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba menekan butang ‘Off’ pada jam loceng digital berwarna putih susu dihiasi bunga-bunga kecil berwarna biru. Suasana kembali sunyi.


Ah, malasnya nak bangun! Dia menggeliat malas sambil menguap kecil. Pagi yang sama seperti hari yang biasa. Dia menoleh ke kanan dan kelihatan lelaki di sisinya masih dibuai lena yang panjang seolah-olah bunyi jam loceng tadi langsung tidak berbekas di halwa telinganya.


Tido mati gamaknya! Getus hatinya sambil mencebik.


Dengan malas Mya melangkah ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Tak ada maknanya dia nak mandi seawal jam 7 pagi itu, bukannya dia yang kena berkejar ke sana sini untuk bekerja. Hidupnya terlalu mudah walaupun payah..hmm.


Tak sampai 10 minit, Mya sudah berada di tingkat bawah menyediakan sarapan. Itu lah rutin hidupnya, tak ada yang berubah sejak dia bersama Mikail. Segala keperluan Mikail dijaga sebaik mungkin. Makan minumnya, pakaiannya, kebersihan rumahnya, kerana dia tahu lelaki itu amat teliti dan cerewet. Kadangkala terlalu cerewet dan membuatkan dia rimas.


Mya tersenyum puas melihat sarapan pagi sudah siap terhidang di atas meja kaca di ruang makan. Nasi goreng cina, telur dadar, jus oren dan susu segar semua disusun elok. Malah sengaja dia meletakkan hiasan bunga segar di sisi meja kerana itu adalah kegemaran Mikail.


‘Makin bertambah baik skill memasak aku, lama-lama confirm boleh bukak restoran!’ Mya tersengih sendiri.


“Ehem, baik sangat ke mood awak hari ni?”


Mya tersentak dan segera menoleh. Sudah tentu la Mikail, siapa lagi yang ada dalam rumah ni kalau bukan mereka berdua. Mya pura-pura tidak mendengar pertanyaan Mikail tadi. Sebenarnya dia termalu sendiri, entah apa la si Mikail akan fikir bila tengok dia menyengih macam tu pagi-pagi. Dah la belum mandi!


Mikail mengambil tempat di meja makan, dan pastinya di hujung meja. 'Port' rasmi lelaki berusia 28 tahun itu. Mya pantas menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Mikail namun hatinya sedikit aneh.

‘Tak kerja ke mamat nie hari ni? Elok je pakai t-shirt gan seluar pendek.’ Namun bimbang Mikail menyedari pandangan matanya, pantas dia beralih ke hujung meja.


Mya mengambil tempat berhadapan dengan Mikail dan masing-masing mendiamkan diri seperti kebiasaannya, seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Sunyi tanpa bicara mesra.


Sekali sekala dia menjeling ke arah Mikail yang leka menyudu nasi sambil membaca akhbar Inggeris. ‘Haih, janganlah dia tak keje hari ni.Takkan lah, selalu bukan main workoholic , tak menyempat-nyempat nak keluar rumah pegi pejabat.’


“Awak ada nak tanya saya apa-apa ker?” Pertanyaan Mikail membuatkan Mya tersentak. Hampir-hampir dia tersedak nasi goreng.

“Ehh mana ada apa..” Mya pura-pura meneguk jus oren. “Saya ok je..”

Mikail meletakkan akhbar di sisi dan mencapai segelas susu segar lalu meneguknya perlahan. Matanya merenung Mya yang kelihatan sedikit gelisah. “Hari ni saya tak kerja.Public Holiday kan.”


‘Hah? Tak kerja? Rosak plan aku. Eeeee.’ Mya menjerit di dalam hati. Jika Mikail tak bekerja, bermakna dia terpaksa terperap dalam apartment mewah itu sehari suntuk. Dia perlu melayan dan menatang Mikail bagai minyak yang penuh. Eh, bosan la!


“Awak ni kenapa?” Mikail menjeling sekilas. Macam dia tak tahu gadis di hadapannya ini kelihatan resah dan tak senang duduk bila mengetahui dia tidak ke pejabat pagi ini. “Kalau awak nak keluar, keluar aje lah.”


Mata Mya membuntang memandang Mikail. ‘Oh magicnya..macam mana dia tahu??’

“Eh, ada ke saya cakap saya nak keluar?” Mya meneguk jus sekali lagi, tanda menghilangkan gelabahnya. “ Saya takde plan pun lagi.”


“Tak payah la awak nak berlakon pulak Mya. Saya nampak SMS Adam dalam telefon awak.” Kata-kata Mikail bagai mencucuk jantung Mya, terasa seperti dia mahu menghentak kepalanya sendiri ke meja makan kaca itu. Walaupun hati kecilnya sedikit bengang dengan tindakan Mikail menceroboh privasinya namun dia tidak berani mengatakannya secara berdepan.


Selama ini dia sendiri tidak pernah mengusik harta benda peribadi milik Mikail, kerana dia tahu adab yang sewajarnya. Bukan seperti lelaki itu yang bebas bertindak sesuka hati tanpa berfikir.


“Oh, memang dia ajak saya keluar. “ Mya berlakon tenang sambil mengangkat pinggan ke sinki. “ Tapi saya tak kata la confirm nak keluar dengan dia. Banyak keje nak buat kat rumah kan.” Tangannya ligat mencuci pinggan, namun dadanya berdebar kencang. Saat ini dia tidak boleh berlaga pandang dengan Mikail.


“Tahu pun. Jadi jangan ada hati nak keluar.” Serius nada suara Mikail membuatkan dia sedikit seram. Bukan dia tak tahu sikap baran lelaki itu, Cuma belum sampai tahap naik tangan ke badan dia aje. Setakat mencampak menghempas barang tu, dah lali dah dia tengok.

“Kemas meja ni cepat, lepas ni naik atas.” Arah Mikail dengan muka mencuka. “Naik atas? Err..Kenapa?” Mya berpaling memandang Mikail.


“Jangan banyak soal boleh?” Tajam Mikail menjelingnya. “Jangan lupa mandi dulu.” Sempat lelaki itu berpesan sebelum dia menghilang di sebalik dinding yang memisahkan ruang makan dan ruang tamu itu.


Mya mengeluh seakan memahami maksud Mikail.

************


Mya membuka mata apabila terasa badannya lenguh-lenguh. Perlahan dia mengalihkan tangan sasa Mikail yang melingkari tubuhnya di bawah selimut tebal itu. Dia memandang Mikail di sisinya yang masih lena dalam dengkur halus. Wajah lelaki itu terlalu dekat dengan wajahnya, jadi dia punya waktu meneliti seraut wajah itu sepuas-puasnya.


Mikail memang kacak bergaya. Kulitnya yang cerah, tubuhnya yang tinggi dan sasa pasti membuatkan ramai gadis mungkin tersungkur di kakinya. Itu belum kira bila dia tersenyum menayangkan lesung pipit di kedua belah pipi, memang mencairkan hati dan bisa jatuh ke longkang! Hatinya sendiri sudah lama tertawan dengan rupa paras ini, tapi dia sedar siapa dirinya. Dia sedar dari mana Mikail mengutipnya, jadi dia tidak layak mengidamkan lelaki ini.


Jemari runcing Mya hampir menyentuh pipi Mikail, sungguh dia teringin membelai seraut wajah itu penuh kasih, tapi bila mengingatkan amaran Mikail suatu masa dulu, dia kecut. Tapi setiap kali mereka ‘bersama’ Mya dapat merasakan perasaan aneh yang terbit dari Mikail untuknya. Atau itu sekadar nafsu seorang lelaki terhadap seorang perempuan?


Mya mengeluh perlahan, dia tidak perlu memikirkan semua itu. Antaranya dan Mikail tidak mungkin ada pertalian hati. Mereka terlalu berbeza dari segi darjat dan pangkat, harta dan rupa.


Enggan melayan perasaan, Mya bangkit dari katil menuju ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri dan kembali menyiapkan kerjanya yang tergendala sejak pagi tadi.


‘Mana mungkin enggang mahu terbang dengan pipit. Apatah lagi pipit yang kotor macam aku...’




************

Mya leka mengelap pinggan mangkuk di sinki sambil sekali sekala dia menyanyi kecil melayan perasaan. Entah apa-apa lagu semua dia hentam saja menyanyi. Nasib baik dia terlupa lirik lagu Ramlah Ram, kalau tidak mahu bergegar dapur tu dengan lontaran vokalnya mendendangkan lagu Kau Kunci Cintaku.


“Mya...” Hampir terlepas pinggan di tangan Mya disapa secara tiba-tiba dari belakang. Pantas dia menoleh sambil mengurut dada menghilangkan rasa terkejutnya.


“Awak ni lain kali jangan terkejutkan saya boleh tak?” Mya menjeling kepada Mikail. “Lama-lama saya boleh mati keras tau.”

Mikail tidak menunjukkan respon selain menayangkan ‘Muka Serius 24jam’nya itu. Mya mencebik.Macam penjenayah je muka!

“Awak pergi bersiap sekarang.Kita keluar.”


Mya terlopong mendengar kata-kata Mikail. Huh, kena sampuk jin mana pulak mamat ni?

“Awak ajak saya keluar?Kita nak pergi mana?” Mya mencari-cari jawapan di wajah Mikail. Jarang sangat-sangat Mikail mengajaknya keluar, dan tiba-tiba hari ni mood terlalu baik? Terima kasih la Hari Thaipussam.


“Saya nak keluar lepak dengan Adam.” Mikail sengaja menekankan nama ‘Adam’ dalam nadanya. Sekali lagi Mya terlopong, dan kali ini pastinya lebih luas. ‘Keluar dengan Adam dan ajak aku? Motif?’

“Takpelah, awak jelah keluar dengan dia. Saya sibuk.” Mya pura-pura mengelap permukaan kabinet di sisinya.Disental sungguh-sungguh padahal kabinet itu memang sudah bersih berkilat.


“Ini bukan pilihan, so you don’t have one. Pergi bersiap sekarang.” Tegas suara Mikail membuatkan Mya pasrah. Kalau dijawab dengan pelbagai alasan, confirm Mikail akan memekik padanya. Macam dia tak tahu vokal soprano lelaki itu memang hebat mengalahkan Ning Baizura!



Mya bersiap seringkas mungkin malam itu. Dia hanya mengenakan Tank Top berwarna putih dan seluar pendek paras paha berwarna coklat serta digayakan dengan beg GUESS hadiah dari Mikail semasa harijadinya tahun lepas. Solekan nipis dikenakan sebagai pelengkap gaya. Rambutnya yang lurus separas pinggang dan sedikit ikal di hujungnya dilepas bebas, dan akhir sekali dia menyarung wedges berwarna senada dengan seluar.


Setelah berpuas hati membelek tubuhnya di cermin, Mya segera turun ke bawah. Bimbang pula Encik Singa tu memekik melolong mencarinya.Lelaki itu paling pantang dengan orang yang lembab, alamatnya memang merasa la kena bambu dengan lidah umpama petir tu.Perangai mengalahkan Guru Disiplin.


Sampai saja di tingkat bawah, Mya mencari-cari kelibat Mikail. ‘Mana pulak mamat ni. Suka betul hidup dalam misteri, alih-alih kang entah dari celah mana dia keluar sergah aku.’


“Dah siap?” Mya hampir terlompat gara-gara terkejut dengan sapaan Mikail yang tiba-tiba muncul di belakangnya. ‘Kan aku dah cakap, mamat ni memang sengal!’ gerutunya dalam hati. Kadangkala dia rasa Mikail sengaja menyergahnya, seronok agaknya tengok dia melompat macam orang bodoh.


“Terima kasih la eh..nyawa saya sikit lagi nak tercabut tadi.” Mya menjeling sinis kepada Mikail yang berwajah selamba, mmg muka takde perasaan. Segera Mya berlalu ke arah pintu, malas nak dilayan rasa sakit hatinya. Memang takkan ke mana pun perasaan tu. Namun hatinya sempat memuji Mikail yang kelihatan kacak bergaya dengan t-shirt Polo yang menyerlahkan susuk tubuh sasanya dan seluar panjang khakis.


Setelah mengunci pintu, mereka beriringan menuju ke arah lif namun masing-masing masih membisu seribu bahasa. Cuma sekali sekala pandangan mereka berlaga namun cepat-cepat dialihkan ke arah lain.


Ting! Pintu lif terbuka di Tingkat 11 dan cepat-cepat Mya melangkah masuk. Dia kurang senang dengan situasi berdua-duan dengan Mikail. Bukan tidak biasa, cuma makin lama perasaan yang dirasai dari celah hatinya semakin aneh. Perasaan yang tak pernah dia rasakan selama ini. Tapi dia malas nak memikirkan semua itu, tak penting baginya. Sudah pasti tidak penting juga bagi Mikail.


Suasana di dalam lif lengang, hanya ada mereka berdua dan seorang pemuda yang mungkin dari tingkat atas, tingkat 12 barangkali. Sedari Mya melangkah masuk tadi, mata lelaki itu tertancap tepat ke arahnya. Malah dia merenung tajam ke arah Mya dari atas ke bawah, disusuli senyuman nakal dari bibirnya. Mya sekadar pura-pura tidak nampak.


Bukan dia tak biasa dengan jelingan dan godaan lelaki seperti itu, dia dah masak dengan perangai mereka. Cara terbaik, buat tak tahu saja atau buat muka bodoh sombong. Nak lagi hebat, berlakon kena sawan di situ.


Tapi pemuda miang tu semakin berubah bertukar menjadi ulat bulu, cuba merapat-rapatkan tubuhnya dengan Mya. Mya mula tak keruan, sudah la Mikail berdiri jauh darinya.


Tiba-tiba Mya terasa badannya ditarik dan dirangkul erat. Sedar-sedar wajah Mikail berada tepat di hadapan wajahnya. Kedudukan mereka sangat rapat sehingga Mya mampu mendengar nafas lembut Mikail di cuping telinganya, malah dia mula menggelabah kerana bimbang Mikail dapat mendengar detak detik jantungnya yang bergendang hebat kini.


Mata mereka bertaut erat dan entah mengapa Mya dapat merasakan kenyamanan meresap jauh ke tangkai hatinya. Sungguh renungan mata lelaki ini penuh racun yang bisa membunuh setiap ketenangan di dalam jiwanya.

“Jantan sial tu nak kena pukul ke apa?Macam tak pernah tengok perempuan.” Rungut Mikail geram dan disambut keluhan kecil oleh Mya. ‘Orang baru nak layan Hindustan, dia terus masuk scene hero tamil. Potong sungguh.’


Mya meleraikan rangkulan erat Mikail. Namun jemari Mikail masih bertaut erat dengan jemarinya. Dia biarkan saja, malas nak melayan kepala angin si Mikail. Namun dia perasan yang pemuda tadi terus menghadap dinding, mungkin dia tidak meyangka Mikail pasangannya kerana awalnya tadi mereka kelihatan dingin. Oh pasangankah mereka? Jangan berangan Mya.


Sesampainya di lobby, Mikail segera menarik tangan Mya keluar dari lif. Terkial-kial Mya cuba menyaingi langkah panjang Mikail. ‘orang tua ni kalau dah berangin memang cepat aje langkah dia. Ussain Bolt pun boleh kalah.’


Tak sampai 10 minit, mereka sudah berada di dalam perut kereta Nissan Fairlady berwarna Silver milik Mikail yang laju membelah lebuhraya.

“Lain kali jangan pakai baju dan seluar nie.” Kata-kata Mikail mengejutkan Mya. Apa yang tak kena dengan baju aku nie?Buruk sangat ke?

“What do you mean?” Wajah Mikail dijeling sekilas. Inilah yang aku malas kalau dia berangin, semua benda nampak buruk di mata dia.

Ada je dia nak kompelin. Hai lelaki.


“Boleh tak jangan banyak tanya!” Tiba-tiba meninggi suara Mikail memecah kesunyian. Malah pedal minyak ditekan kuat bagai melepaskan geram yang amat sangat. Berdesup dan mengaum keretanya memecah kesunyian.


“Awak ni kan, sakit mental eh?” Tingkah Mya geram. “Kenapa dari tadi tak kata yang awak tak suka? Boleh la saya tukar pakai baju kurung ke, baju kebaya ke. Sekarang baru nak cakap ke?” Bentak Mya. Sakit pulak hatinya melayan kepala gila si Mikail. Ikut suka dia je nak sembur orang. Agak-agak la kan.


“Sejak bila dah pandai menjawab ni?” Pekik Mikail. Dia cukup pantang kejantanannya dicabar, dicabar oleh perempuan pula tu. Mya diam membatu. Malas dia nak melayan Mikail. Makin dijawab nanti makin berlarutan perangnya. Serius dia tidak nampak di mana silapnya cara dia berpakaian. Malah baju-baju tu Mikail yang belikan, dan sekarang kenapa banyak bunyi pulak?


“Awak jangan nak melebih-lebih..” Sinis suara Mikail menusuk telinga Mya. “Ingat sikit bumi mana awak berpijak sekarang.” Kata-kata Mikail sudah cukup untuk memecahkan hati Mya satu persatu.Hancur luluh dia kerana lidah yang satu itu. Kenapa perkara itu juga yang diungkit berulang-ulang kali oleh lelaki ini? Tak ada perkataan lainkah nak disebutkan padanya? Hati Mya bungkam, sebak silih berganti dengan perasaan geram.



“Please. Stop it.” Bergetar suara Mya menahan sebak, tidak pernahkah lelaki ini memikirkan hati dan perasaannya walau sedetik? Airmata mula bergenang di tubir matanya. Dia wanita biasa..cuma wanita biasa.


Mikail menjeling sekilas dan menghela panjang nafasnya. Memang terbit rasa bersalah kerana bermulut puaka seperti itu, tapi untuk dia meminta maaf adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan kini.


Maka dia biarkan kesunyian menjadi peneman mereka saat itu.


*********************

Suasana bingit di dalam Kelab Malam Zouk di tengah-tengah ibu kota itu sedikit pun tidak menganggu ketenangan Mikail. Yang menganggu ketenangannya kini adalah aksi lincah gadis di ruang tari yang padat dengan pengunjung yang kemarukkan hiburan itu. Sekali sekala dia mengetap bibir menahan perasaan yang entah apa.


Gadis itu kelihatan lincah menari dengan pasangannya, sekali sekala tubuh mereka kelihatan rapat dan si lelaki acap kali memaut pinggang si gadis, dan sekali sekala menyentuh pipi mulusnya. Mikail menjeling tajam. Sumpah tatkala itu hatinya bagaikan dihimpit kuat. Sakit dan pedih di situ. Dia tidak mengerti kenapa dia merasai semua perasaan sakit ini. Cemburukah dia?


Mikail menyedut coke dengan harapan dia bisa melenyapkan rasa sakit ini, namun hampa. Pantas dia menggamit seorang pelayan dan membuat pesanan. Selang 5 minit, sebotol Jack Daniel sudah berdiri megah di hadapan mejanya. Pantas dia menuang ke dalam gelas dan menghirupnya perlahan. Rasanya keras, namun dia meneguk lagi dan lagi. Dia mahu hindarkan perasaan ini dari hatinya..


Sedar-sedar saja bahunya ditepuk dan kelihatan Mya mencekak pinggang dihadapannya. “What are you doing Mika?” Wajah Mya kelihatan serius dihiasi sedikit rintik-rintik keringat, mungkin kerana terlalu asyik menari tadi. Adam di sisinya sekadar tersengih memandang Mikail.Malah tanpa rasa bersalah dia menuang air dari dalam botol tersebut ke dalam gelasnya.


“What?What? Awak tak nampak ke saya tengah buat apa?” Ejek Mikail sambil meneguk lagi minuman keras di tangannya. Mya mendengus keras. “Tapi awak kan dah berhenti minum!” Tingkah Mya serius. Bukan dia tidak tahu yang sudah hampir setahun Mikail tidak menyentuh minuman haram itu. Entah angin apa tiba-tiba hari ini dia kembali ke tabiat lamanya.


“Jangan menyibuk..” Mikail mula meracau-racau dan cakapnya meleret-leret tanda dia sudah mabuk. Kandungan alkohol sudah tersebar dalam tubuhnya. Saat itu dia merasakan dirinya terawang-awang dan rasa sakit dihatinya tadi sudah berlalu pergi.


Kemudian semuanya gelap gelita.




********************

Mya dan Adam melepaskan lelah setelah berjaya membaringkan Mikail di atas katil. Inilah bahana jika dia mabuk, memang takkan sedarkan diri, sudahnya satu kerja pula orang nak memapah dia balik ke rumah. Mya membuka kasut dan stoking Mikail. Lantas dia menyelimutkan Mikail agar lelaki itu tidur dengan selesa dan hangat. Sekali sekala jarinya singgah di dahi Mikail merasa suhu badan lelaki itu.


“Selalunya dia ni demam bila mabuk. “ Ucap Mya lebih kepada dirinya sendiri. Namun Adam sudah tersenyum-senyum memandangnya. Sungguh hati lelakinya cemburu melihat Mikail memiliki gadis secantik Mya. Cantik dan penuh menggoda, siapa tak ingin memiliknya.


Bukan sekali dua dia cuba ‘memasang umpan’ namun sia-sia. Mya bagaikan burung merpati, dari jauh dia kelihatan jinak tapi bila cuba disentuh dia lari. Gadis macam inilah idaman hati, baru rasa tercabar sikit naluri jantannya.


“Mya..” Mya menoleh memandang lelaki tinggi lampai dihadapannya. Entah bila Adam menghampirinya dia sendiri tidak perasan, sedari tadi dia terlalu sibuk menguruskan Mikail. Renungan tajam Adam menerbitkan rasa seram dihatinya.



“Err..I rasa elok la you balik. Dah lewat ni.” Mya pura-pura sibuk membetulkan letak duduk bantal di kepala Mikail. Dia tahu Adam mengidamkannya, sejak dulu lagi dia sudah tahu. Tapi dia tidak pernah ambil peduli.Adam kawan baik Mikail, jadi dia cuma menganggap Adam kawan biasa sahaja. Tidak mungkin lebih dari itu.



“You ni tak sporting la..” Adam menyentuh lembut bahu Mya yang terdedah. Putih mulus kulit itu menggodanya. “I ingat nak tidur sini la malam ni.” Mya kaku terdiam. Dadanya berombak penuh kerisauan, sudah la Mikail tidak sedarkan diri. Entah siapa nak menolongnya jika Adam dah naik hantu jembalang.


“Eloklah you balik..” Mya berundur sedikit dari Adam yang kelihatan tidak keruan merenungnya. “I hantar you ke pintu.” Mya melangkah keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah. Hatinya sedikit lega apabila Adam mengekorinya dari belakang.


Tiba di ruang tamu yang suram dengan cahaya lampu, Adam tiba-tiba menerkam dan merangkul Mya dari belakang dengan erat dan kuat membuatkan Mya meronta-ronta namun gagal melepaskan diri.

“Adam!Apa you buat ni??” jerit Mya apabila bibir Adam mula meliar di tengkuknya. Makin kaut dia meronta, makin kuat genggaman Adam di pinggangnya. “Let me go!Let me go!” Jerit Mya berulangkali.


“Tidak kali ini Mya.” Ucap Adam dengan nada bergetar malah bibirnya semakin rakus mencium kulit Mya. “I dah lama idamkan you.”

“Adam!You kawan Mika, tergamak you buat macam ni?” Mya mula merasa takut yang teramat sangat.Airmata mula bergenang di tubir matanya. Bagaimana dia mahu mendapatkan bantuan, Mikail sendiri sudah rebah di tingkat atas.


“You ingat Mika peduli?” Sinis suara Adam mempersendakannya. “Dia tak peduli Mya. You bukan sesiapa, you cuma mistress dia je.Perempuan simpanan!” Kata-kata Adam cukup meledakkan kemarahan di jiwa Mya. Tergamak lelaki yang berpura-pura baik selama ini mengeluarkan kata-kata itu terhadapnya.


Mya meronta-ronta dan menangis. “Please Adam..Please! Don’t do this to me.” Rayunya penuh simpati.Dia tahu kudratnya tidak kuat melawan lelaki ini, namun dia sama sekali tidak akan membiarkan Adam melayannya seperti pelacur. Lengan Adam digigit kuat sehingga lelaki itu menjerit kesakitan dan terlerai rangkulannya.


Kesempatan ini diambil oleh Mya untuk melarikan diri namun Adam lebih pantas menerkam dan menghumban tubuhnya ke atas sofa.

“Perempuan celakal!Kau tu pelacur dulu.Lupa ke?” Tengking Adam dan seraya itu tapak tangannya melekat di pipi Mya. Mya menangis kuat.Terasa maruahnya kini diinjak sesuka hati oleh lelaki durjana bernafsu binatang ini.


“kalau Mika tak kutip kau dulu, kau mungkin tengah melayan jantan kat tepi lorong-lorong tu. Dah lupa ke?” Adam mencengkam kuat bahunya.”Dan sekarang kau nak berlakon suci pulak?” Mya tidak mampu berkata apa-apa. Lidahnya kelu untuk mematahkan hujah Adam.


“Dan kau ingat aku nak biarkan Mika makan sorang-sorang?Selama ni dia tak kisah pun aku share stok dengan dia. Percayalah, dia takkan marah dan kau kena ikut kemahuan aku.” Ucap Adam penuh riak namun sudah cukup membuatkan hati Mya pecah berderai satu persatu. Dan airmatanya menitis laju saat Adam meruntuhkan maruahnya buat kesekian kali.



Benarkah Mikail benar-benar tidak kisah?







6 Baca Laju-Laju:

zura asyfar said...

salam..first zura bc kat p2u..tak tau ade blog..da follow dah..emm kalau ade mz singgah blog zura jugak http://mydarwisyashome.blogspot.com

- nape tak letak shoutbox? :)

Acik Lana said...

Hehe. Thanks zura. Baru je create blog utk novel ni. Nak tunggu keluar kat p2u lambat nau.

Ok. Nti acik follow back. Thanks for reading!

Wild Cherry said...

besttttt

Farrah Izzlorna said...

Nice :)

kumari meena said...

nice Intro...

Anonymous said...

novel mistress tu kenapa bab 2 saye tak bole baca ye? tak keluar pulak.

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI