Followers

Bab 20 : Aku Bukan Mistress

Mya sedang membasuh sayur sawi untuk digoreng ketika Mikail melangkah masuk ke dapur. Masuk hari kedua, demam Mikail sudah beransur pulih dan lelaki itu sudah boleh bergerak keluar dari biliknya. Mungkin kerana ubat-ubatan yang dibekalkan oleh Doktor Hadi semalam bertindak balas dengan baik terhadap tubuh Mikail.

.

Menyedari Mikail melangkah semakin dekat dengannya, Mya pura-pura tekun membelek daun sawi. Dia tidak betah apabila Mikail berada terlalu dekat dengannya. Sudahlah 2 hari ini Mikail bagaikan mahu berbaik-baik dengan dia, cuba mencipta kemesraan yang mungkin tiada ertinya. Dia tidak selesa dengan situasi seperti itu.

.

“Mya.” Mya berpaling mendengar Mikail memanggilnya. “Kenapa paper dalam bakul tu berconteng-conteng semua. Banyak bulat-bulat color merah, apa tu?”

Mya mengeluh. Ingatkan apa yang penting sangat, Mya kembali berpaling dan tangannya ligat memotong sayur sawi. “Saya cari kerja.” Jawabnya sepatah.

.

Mikail menghampiri Mya dan berdiri betul-betul di sisi Mya yang masih sibuk dengan sayur sawinya. Lincah jari-jari runcing itu membuat kerja di dapur.

“Cari kerja untuk apa? Yang awak bulat-bulat tu semua kerja kilang.” Ujar Mikail sambil tangannya mencapai gelas yang disusun di kabinet bersebelahan sinki. “Best sangat ke kerja kilang?

.

“Mana saya tahu. Saya tak pernah kerja kilang lagi.” Balas Mya acuh tidak acuh. Dia bukan bencikan Mikail, dia cuma tidak mahu Mikail terlalu mesra dengannya. Bimbang perkara yang bukan-bukan boleh berlaku.

,

“Tak payahlah awak kerja dekat sana, nanti ramai pulak abang-abang dekat kilang tu mengacau awak.” Suara Mikail berbaur keresahan yang cuba disembunyikan dari pendengaran Mya. Air sejuk yang dituang di dalam gelas diteguk perlahan.

.

“Mengacau saya?” Mya tersenyum sendiri, tidak sangka sampai sejauh itu Mikail berfikir. “Saya nak cari duit, nak bayar hutang awak tu.Orang kacau ke tidak belakang cerita, janji dapat duit.”

.

Hati Mikail tersentak tatkala perkataan ‘hutang’ meniti di bibir Mya. Mahu sahaja dia memberitahu Mya bahawa syarat itu sudah dibatalkan berkuatkuasa serta merta dan dia mahu Mya terus tinggal di sini selama mungkin. Tapi perkataan-perkataan itu hanya bergema dalam hatinya sahaja. Tidak terluah di rongga tekaknya.

.

“Tak payahlah, awak kerja je dekat rumah ni, nanti saya tolak la hutang sikit-sikit.” Entah logik atau tidak, Mikail tidak peduli. Kalau boleh dia tidak mahu Mya pergi ke tempat yang tidak boleh dilihat dengan mata kasarnya. Dia risau kalau-kalau hati Mya jatuh tergolek kepada lelaki lain di sana nanti.

.

Mya tergelak kecil mendengar cadangan Mikail. “Berapa pulak awak nak bayar saya jadi orang gaji ni dan berapa tahun baru boleh habis hutang saya pada awak tu?”

Mikail pura-pura berfikir “Mungkin dalam 15 tahun baru habis. Okey tak?”

.

Mya pantas berpaling memandang Mikail dengan pandangan tajam. “Banyak cantik muka awak, lama betul saya kena cuci pinggan dekat sini.”

Mikail tersengih-sengih memandang wajah Mya yang berubah.”Mestilah, kalau prestasi kerja tak memuaskan , tambah lagi 5 tahun.”

.

“Oh my god..awak memang majikan yang keji.” Balas Mya dengan jelingan tajam sebelum kembali menyambung kerjanya.

.

“Mestilah, kalau nak majikan sayang, kenalah kerja sungguh-sungguh.” Alang-alang sudah berada terlalu hampir dengan Mya, Mikail mengambil kesempatan merenung wajah itu sepuas-puas hatinya.

Rindu benar dia pada kemesraan Mya, dan penyakitnya kali ini bagaikan memberi hikmah apabila Mya sudah mahu berbual-bual dengannya seperti dulu.

.

“Mya, awak pindahlah tidur dekat bilik..”

Belum sempat Mikail menghabiskan kata-katanya Mya sudah menyampuk laju. “Saya dah kata kan, saya tak mahu lagi macam tu. Awak ni kenapa?” Sedikit keras nada suara Mya, matanya juga menjeling tajam kepada Mikail.

.

“Aik, marah?” Mikail tersengih. Mya sudah salah anggap pada kata-katanya tadi. “Siapa suruh awak pindah bilik saya, buat sempit aje.”

.

Mendengarkan suara Mikail yang berbaur mengejek, Mya terdiam. Rasa malu pula bertindak melulu tanpa membiarkan lelaki itu menghabiskan ayatnya sebentar tadi.

“Habis tu, apa maksud awak tadi?”

.

“Saya nak cakap, awak pindahlah bilik tetamu sebelah bilik saya tu.” Cadang Mikail dengan tenang. “Bilik tu besar sikit, selesa la awak. Tulah, suka nak menyampuk cakap orang, kan dah salah sangka.”

.

Mya tersenyum malu namun enggan pula membiarkan Mikail perasan riak bersalahnya itu.

“Tak payahlah, tidur kat bawah ni pun sama aje, selesa jugak.”

.

“Tapi jauh dari saya kot.” Mikail terpaku. Alamak, dia sudah terlepas cakap! “Maksud saya, kalau apa-apa jadi kat awak dekat bawah ni, mana saya perasan.” Pantas dia mencipta ayat menutup keterlanjuran mulut sendiri.

.

“Tak ada apa nak berlakulah, duduk dalam rumah jugak.” Balas Mya menolak cadangan Mikail. Lagipun dia sudah cukup selesa di bilik tetamu itu. Mudah untuk dia ke dapur kalau tekaknya haus di tengah malam.

.

Mikail sekadar diam. Tidak ada daya untuk memujuk Mya lagi. Sebenarnya dia berharap sangat Mya boleh berpindah ke bilik di sebelahnya. Kalaupun tidak dapat berbual dengan Mya, sekurang-kurangnya dia masih boleh terserempak dengan gadis itu. Hilang juga rindunya. Ah, mengada betul hatinya ini.

.

Bukan dia tidak tahu kalau Mya tinggal di bawah, gadis itu lebih suka memencilkan diri di dalam bilik. Kadangkala sampai berhari-hari wajah itu hilang dari pandangannya. DIa tidak betah begitu, hatinya sakit membawa beban rindu yang semakin memberat.

.

“Hurm, tak apalah. Ikut suka awak.” Balas Mikail perlahan. “Eh, handphone awak dah jumpa?”

Mya menggeleng. Pening juga kepalanya memikirkan mana pergi telefon bimbit pemberian Mikail itu. Lesap secara tiba-tiba. Mustahil dia tersalah letak. Dia yakin dia meletakkannya di kabinet berhampiran TV. Anehnya, terus hilang begitu sahaja.

.

“Nanti saya belikan yang baru untuk awak.”

“Eh,no need. Saya tak guna sangat pun. Tak payahlah awak susah-susah ye.”

.

Mikail sekadar mengangguk. Lega juga apabila Mya tidak mengesyaki dia yang mengambil telefon bimbit itu. Sengaja dia menyorokkannya, bimbang Mya menghubungi ‘bantuan luar’ untuk memperolehi wang 50 ribu yang disyaratkan olehnya tempohari.

.

“Mya, teruk sangat ke kerja awak kat rumah ni?” Pertanyaan Mikail membuatkan Mya mengerutkan dahinya penuh kehairanan. Namun dia tergelak kecil.

“Awak ni kenapa, tadi suruh sangat saya kerja rajin-rajin, sekarang macam tak sampai hati pulak suruh saya buat kerja.”

.

Mikail menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sekarang cenderung benar dia bertanyakan benda yang bukan-bukan. Bimbang pula Mya tersalah sangka.

“Err..I’m just asking. Kalau awak rasa banyak sangat, kita boleh ambil maid Indonesia tolong awak.”

.

Mya terlopong dan selang beberapa saat dia tergelak kecil lagi. Gila apa lelaki ini?

“Awak ni makin demam,makin mengarut kan.” Masih ada sisa ketawa dihujung kata-kata Mya.”Setakat hidup berdua dengan awak, banyak mana sangatlah kerjanya. Tak perlu orang gaji Indon ke apa, saya boleh buat semua. Mengarutlah awak ni.”

.

Mikail tersenyum kelat. Terasa malu pula dengan cadangan bodohnya tadi. Bukan apa, dia bimbang jika Mya terikat dengan terlalu banyak kerja rumah dan lambat laun gadis itu akan bosan dan mencari kerja lain di luar. Mahu tidak senang duduk dia nanti.

.

“Saja je saya buat kelakar lah.” Balas Mikail menutup perasaan sendiri. Air sejuk tadi dituang lagi dan diteguk sehingga habis. Gelas yang masih berwap sejuk itu diletakkan di dalam sinki.

“Mikail!” Panggilan Mya yang tegas membuatkan dia sedikit terkejut. “Apa awak buat ni?” Wajah Mya yang merenungnya tajam membuatkan dia terpana. Apa pula salah dia kali ini?

.

“Err..apa? Saya buat apa?”

“Ini apa?” Mya mengangkat gelas dari sinki dan ditayangkan kepada Mikail. “Siapa suruh awak minum air sejuk ni? Kan Doktor Hadi kata awak tak boleh minum air sejuk macam ni. Tekak awak kan sakit.”

Mikail terkulat-kulat. “Saya lupa. Sorry nurse..”

.

Mikail tersenyum senang hati melihat bibir comel itu membebel entah apa. Asalkan perkataan itu keluar dari mulut Mya, semuanya kedengaran indah dan mengasyikkan.

.

Dia tidak kisah jika Mya mahu membebel sampai esok sekalipun.

.

.

*************************


11 Baca Laju-Laju:

Anonymous said...

sygnye mya kat mika...x bg num air ..sejuk...hahaha..mya jd isteri mika lg bgos..

epy elina said...

klu dah mika angau kat mya...
kawen je la...
mika kan llki....
x kan nak mya yg mlamar mika...

Anonymous said...

sukelah tgk mya n mika boleh bergelak tawa...lg best kalo diarong jd suami isteri

Anonymous said...

comey nye mya marah mrh mika minom air sejuk..lol..

Anonymous said...

nape la mika ni xdpt idea untuk kawin ngn mya..isk2..

sweet tol dorang ni..
hope dorang kawin la...

Acik Lana said...

hehehe..tulah..bila la mika ni nak berani.. ishk3

fallenmoon said...

Acik Lana, hehe..sweetlah pulak tgk diorg ni :D.

Dr.LoVe said...

boleh giler kerana cinta.....

Anonymous said...

sweet la diorg ni...mika n mya mmg padan...mmg sesuai jd suami isteri..^_^

YONG JIAO XIU said...

sweettttttttttttt
bila dah cinta, cakap dulu seelom pk

fyda said...

da angau gler la mika ni..
hahaha

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI