Followers

Bab 26 (Extra) : Aku Bukan Mistress

Mya sedang menyusun pinggan berisi popiah goreng dan sekole air kopi panas ketika Mikail melangkah masuk ke ruang dapur. Lelaki yang masih berpakaian pejabat itu tersenyum penuh kasih kepadanya tatkala mata mereka berlaga pandang.


“Hai sayang, awak masak apa hari ni?” Teguran Mikail membuatkan Mya tertawa. “Kenapa awak gelak ni?” Mikail kehairanan, duduknya dilabuhkan di atas kerusi meja makan.


Mya mematikan tawa namun bibirnya masih mengukir senyum. Kopi panas dituang ke dalam cawan di hadapan Mikail. “Takdelah, awak ni macam dah ada skrip tau, balik-balik je mesti tanya soalan tu dulu. Tak boring ke?”


Mikail tersengih malu. Benarkah dia bertanyakan soalan yang sama setiap hari? Entahlah, mulutnya tanpa disuruh akan mengeluarkan ayat itu apabila dia pulang dari pejabat. Berangan menjadi suami agaknya.


“Kenapa sengih-sengih ni? Awak fikir apa?” Pertanyaan Mya mengejutkan Mikail. Wajah gadis yang sudah mengambil tempat di hadapannya ditatap lama. Sungguh hatinya jatuh sayang kepada Mya. Perasaan itu terlalu sukar diungkapkan dengan kata-kata, hanya hatinya yang rasa kembang kempis melayan bahagia yang bertamu saban waktu.


“Tak ada apa-apa.” Mikail tersenyum dan meneguk kopi. “Hari ni awak buat apa je kat rumah.”

Mya tersenyum mendengar soalan rutin Mikail. “Tak buat apa pun, saya kemas rumah sikit-sikit, masak sikit-sikit, dan tidur banyak-banyak.”


Mikail tertawa senang. “Tidur aje, nanti awak gemuk baru tahu.”

“Kalau gemuk kenapa? Ada orang nak lari ke?”

Mikail ketawa mendengar soalan Mya, masakan dia mahu lari jika Mya gemuk gedempol sekalipun, di mata hatinya Mya tetap si cantik rupawan yang disayanginya sepenuh hati.


“Mestilah, kalau awak gemuk saya susah hati nanti, makwe dah tak hot.” Mikail sekadar menyakat Mya dan bibirnya tersenyum lebar melihat Mya menarik muka, pura-pura merajukbarangkali.


“Eleh, tak hot konon. Biarlah, nak sangat yang hot carilah lain..” Bibir Mya memuncung. Popiah goreng ditangannya dikuis-kuis persis hilang selera. Mikail tersenyum dan dia bangun menghampiri Mya. Dia duduk berlutut di tepi Mya dan tangannya mengusap lembut rambut gadis itu.


“Oloh buruknya muka awak merajuk.” Usiknya nakal. “Pernah tak tengok muka awak time merajuk depan cermin? Horror, boleh kencing malam budak-budak tau.”

Mya menjeling tajam. Orang merajuk macam ni ke cara dia pujuk?

Mikail ketawa melihat gelagat Mya yang semakin mencuka wajahnya. “Sayang, saya gurau je. Awak ni sensitif sangat macam orang tua.”


Mya mengetap bibir. Kata aku tua pulak?Namun cepat sahaja hatinya sejuk. Kenapa dia perlu mengada-ngada merajuk bagai nak rak, bukan dia tidak tahu lelaki itu hanya bergurau. Faham dengan kehendak hati sendiri yang ingin dipujuk dan dimanja, kerana itu dia bersikap kebudak-budakan dengan Mikail. Anehnya, rajin pula Mikail melayan rajuknya.


“Dahlah, pergi makan popiah awak tu.” Arah Mya apabila menyedari Mikail masih melutut di tepinya. Kasihan lelaki itu, pasti dia penat seharian di pejabat dan di rumah terpaksa melayan kerenahnya pula.

Mikail bangun dan sempat mencuit pipi Mya. Geram benar dia kepada pipi gebu Mya yang kemerahan itu.


“Oh, i want to show you something. Sekejap eh.” Mikail menghilang ke ruang depan seketika sebelum kembali dengan senaskah majalah di tangannya. Wajah itu jelas beriak ceria dan senyumannya lebar. Senang hati Mya melihat Mikail yang kelihatan serba sempurna ini.


“Apa ni?” Tanya Mya sebaik Mikail menghulurkan majalah itu namun matanya tertancap kepada gambar di dada majalah tersebut.


“Oh my god, gambar awak!” Ujar Mya penuh teruja. Sungguh tampan sekali Mikail di dalam gambar tersebut. Dengan pakaian formal yang sangat sesuai dengan bentuk tubuhnya, rambut yang berkilat tersisir kemas malah wajah lelaki itu disempurnakan dengan lesung pipit menghiasi kedua belah pipinya. Memang bisa cair hati wanita yang merenung gambar itu.


“Handsome tak saya?”

Mya masih tidak lepas-lepas memandang gambar Mikail. Kagum dengan ketampanan buah hatinya sendiri. Ah, beruntungnya dia!


“Not bad.” Disembunyikan fakta sebenar didalam hatinya. Sengaja tidak mahu Mikail tahu betapa dia terlalu mengkagumi wajah tampan itu.


“Not bad je? Huh, awak ni rabun ke?” Giliran Mikail pula menarik muka. Dia teringin benar mendengar bibir comel tu memujinya.


Mya tersengih. “Alah, terimalah komen membina orang sikit. Lain kali awak boleh handsomekan lagi diri awak tu depan kamera. Jangan keras aje bila posing tu.” SengajaMya memerli Mikail yang satu masa dahulu pernah mengutuknya tidak pandai bergaya di hadapan kamera.


Mikail mencebik. Dia tahu Mya sengaja membalas dendam mahu menggiatnya. Dia tidak kisah diusik atau dibuli Mya kerana dia berperasaan baik dan indah dilayan begitu. Wajah Mya yang masih mengomel dan mengomen tentang gambarnya dipandang lama. Dia bagaikan tidak mendengar apa yang dikatakan Mya kerana fikirannya jauh melayang dibuai perasaan yang indah.


Sungguh, cinta yang dirasakan bersama Mya berbeza sekali dengan cinta pertamanya bersamaLisa. Bersama Lisa dulu dia tidak pernah merasai perasaan sebegini, perasaan yang membuatkan dia terasa seolah-olah kakinya tidak jejak ke bumi, perasaan yang bisa membuatkan dia tersenyum walaupun ketika itu dia bersendirian.


“Mika.” Panggilan Mya melenyapkan angan-angan indahnya. Wajah Mya yang sedikit kemerahan dipandang kehairanan. “Ini apa..” Mya mengunjukkan sesuatu di dada majalah. Mikail menjenguk dan matanya melorot kepada jari Mya yang menunding ke arah huruf-huruf kecil yang elok bersusun.


“Kenapa?” Mikail tidak dapat menangkap maksud pertanyaan Mya tadi. Mikail menarik perlahan majalah itu supaya matanya boleh membaca dengan jelas tulisan tersebut.


Terbuntang mata Mikail tatkala terbaca sebaris ayat itu. Ah sudah, kenapa begini pula jadinya? Dia tidak ada mengeluarkan ayat itu ketika ditemuramah tempohari. Wajah Mya yang menunduk dan hilang bias ceria dipandang penuh mengharap. Janganlah Mya berkecil hati dan salah sangka.


Mikail berdehem beberapa kali, kemudian tangannya meraih tangan Mya dan digenggam erat seolah-olah mahu mengalirkan seluruh rasa cintanya kepada Mya. Dia tidak mahu Mya meragui keihlasan dan keluhuran hatinya.


“Kenapa dekat artikel tu kata awak menggayakan rekaan girlfriend awak sendiri. Siapa Suzanne tu?” Mya pura-pura tidak mengenali Suzanne padahal dia sudah bertemu empat mata perempuan tidak tahu malu itu beberapa bulan lalu. Entah kenapa hatinya sakit dengan api cemburu yang marak membakar dadanya.


Mikail merenung Mya dalam-dalam, mahu Mya mempercayai akan dirinya. “Sayang, sumpah saya tak tahu kenapa dia tulis macam tu.” Suaranya lembut memohon pengertian. “Suzanne cousin saya je, saya tak tahu kenapa dia orang salah sangka.”


Mya mengeluh perlahan. Dia tidak berniat menghukum Mikail, jauh sekali mengamuk tidak tentu hala. Dia bukan jenis perempuan begitu namun rasa cemburu ini sukar untuk dia elakkan apatah lagi mengingatkan kata-kata Suzanne dahulu.



“Awak mesra-mesra sangat dengan dia kot.” Ujar Mya mendatar. Dia tidak mahu membayangkan semua itu, bimbang hatinya tidak kuat menanggung sakit.



Mikail menggeleng laju. Seingatnya dia tidak langsung mesra berlebihan dengan Suzanne, malah dia sibuk beraksi dihadapan kamera pada hari kejadian, mana ada masa mahu bersama Suzanne. “Sumpah tak ada Mya, cuit dia pun tidak. Please, jangan salah sangka okey..” Rambut Mya dibelai penuh sayang.


Mya mahu menelan semua kata-kata Mikail itu tanpa ragu. Dia mahu mempercayai setiap patah perkataan yang meniti di bibir Mikail kerana hatinya sudah mendambakan lelaki itu. Pasti hatinya akan remuk redam jika Mikail berbohong padanya.


Mya melepaskan nafasnya yang panjang. Wajah Mikail yang masih merenungnya dengan pandangan redup ditatap dalam-dalam. Cuba mencari riak negatif yang boleh menuduh Mikail berdusta namun tiada di situ. Yang ada cuma wajah penuh kasih yang merenung memohon pengertian darinya.


Mya tersenyum tawar, cuba memotivasikan dirinya supaya tidak memandang Mikail dari perspektif yang buruk. Mana tahu Suzanne sengaja mengatur semua ini untuk menjauhkan Mikail darinya. “Okey, I trust you.” Kata-kata Mya membuatkan Mikail tersenyum lega.


“Thanks Mya, Saya takkan berani tipu awak.”

Mya tertawa kecil. “Kenapa tak berani pulak?”


“Nanti awak makan banyak-banyak, lepas tu gemuk, lepas tu awak penyek saya sampai pengsan.” Pecah ketawa Mya mendengarkan gurauan Mikail, hilang rajuk dan rasa sangsinya.

“Bagus. Awak bagi saya idea ni.” Balas Mya dengan tawa yang masih bersisa. “Lepas ni memang saya bercita-cita nak gemuk. Baru awak takut.”


Mikail tergelak lagi, dalam hati dia memanjatkan kesyukuran kerana rajuk Mya tidak panjang. Harapnya gadis itu tidak menyimpan apa-apa rasa sangsi di dalam hati, dia tidak mahu Mya berasa susah hati kerana perkara yang langsung tidak benar ini.


Mengenangkan artikel palsu itu, Mikail mengetap bibir, pastinya ini kerja si Suzanne!






19 Baca Laju-Laju:

Anonymous said...

bgusnye mya +ive mind...syg nye mika kat mya..*sgt2 jealous kat mya dpt mika*..hehehe..

Anonymous said...

mika berangan jd suami mya..hahah..kalo camtu nikah la cpt2...suzzane go to hell..grrrr ..i hate u badly...

itu_aku +_^ said...

hohohoho
kekalkan la mya mcm ni..
hopedoirg cpt kawen

itu_aku +_^ said...

*diorg

Anonymous said...

nk mya n mika bahagia mcm ni selalu...suzzane lu g berombos la..wat semak je..sakit ati gua same lu..

Anonymous said...

amboii mika...hik3..sian mya..adess..

kdg2 mls nk bc part wtk org jahat ni..baraaaa jer hatii..hua3

cpt smbg aciklana syg...:)

Anonymous said...

aku rase nk sepak terajang sampai mompos je suzan ni..grrrrrr..geramm sgttt..

mika cptlah buat mya jd bini..heee

Anonymous said...

mika i love u soo much..*ampun mya*..hahah.

xia said...

nk mya n mika bahagia selama-lamaye..x mau r ade 'setan2' jahat..

fallenmoon said...

Mika!! Adoi, handsomenya!

aFaiSh said...

huhuhuhuu
sweet...
ingat arini xde n3.. dr mlm td tertunggu2 :)

nana_cunoi said...

ARRR..sukenye aku baca entry nie..
Mika..ur so romantik..time kasih krn membhgiakan mya..

Anonymous said...

cyg mika...tc care mya lek lok.. :)
rse cam nk hntr suzan kat tnjung rambutan je...grrrrrr...adam sekali..gerrrrammmmm

Anonymous said...

sangat2 suka dgn mya and mika... swit kapel.. loving it...

aqilah said...

best..........apapun,akak follow.........

akira_bita said...

suzane2... teruk tol pompuan sorg tu! hahahah!

cikgu lizz said...

sy sudah tangkap cintan sama Mya n Mika...huhu...bila nk kawen??..

fyda said...

nak husband cam mika!!!!
sweeeeetttt sangat..
mmg xley nak majok lelame.hihihi
acik lana,,
tolong carikkan satu,,..
kuikuikui..

Anonymous said...

soooo...sweet lama dah x baca novel camni...anyway good job to acik lana... :)

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI