Followers

Bab 1: Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Suasana di dalam kelab malam terkemuka di tengah ibukota itu semakin hangat dengan kunjungan para pengunjung yang tidak putus-putus tiba. Sebilangan gadis-gadis dan pemuda leka meneguk minuman keras dan ada di antara mereka sudah terhuyung hayang kemabukan.

Itu pemandangan biasa di malam minggu malahan keseronokan tanpa batasan itu bagaikan tiada penghujungnya. Manusia yang datang silih berganti dan jerit pekik mereka yang menari mengikut rentak muzik yang rancak bagaikan satu hiburan yang dapat memuaskan hati masing-masing.


Melina duduk memerhati sekitarnya yang hanya disinari lampu berwarna warni menyuluh liar. Sekali sekala dia menggoyangkan kepala menghayati rentak lagu yang dimainkan DJ bertugas. Dia leka dengan suasana yang menenangkan jiwanya ini. Di sini dia bebas dan gembira melakukan apa sahaja, tiada lagi bayang papa atau mamanya yang saban hari mengkritik dan mengutuk gaya hidupnya.


“Hello, Mel!” Satu sentuhan lembut di belakangnya membuatkan dia menoleh pantas. Terpandangkan gadis berskirt pendek dan baju sendat mendedahkan seluruh bahu itu,bibir Melina mengukir senyum lebar.

“Apasal kau lambat ni?” Melina mencapai kotak rokok dan mengeluarkan sebatang isinya. Kemudian tanpa kekok dia meletakkan batang rokok itu di bibirnya sebelum dinyalakan dengan lighter Zippo kesayangannya. Asap berkepul-kepul keluar dari bibir yang disapu lipgloss merah terang itu.


“Sorrylah, kau ingat senang aku nak keluar malam ni? Kena tunggu bapak aku tidur dulu.” Balas Yuni dengan sengihan melebar. Kepala dan tubuh gadis itu turut bergoyang mengikut alunan muzik yang rancak.

“Mana Zetty?” Pertanyaan Melina yang separuh menjerit akibat melawan bunyi muzik yang kuat disambut dengan jungkitan bahu Yuni.

“I don’t know. Aku ingat dia dah sampai.” Yuni mengambil tempat di sisi Melina kemudian dia menggamit pelayan di bar dan memesan minuman untuknya.

“Takkan dia tak datang kot, kata malam ni nak celebrate birthday dia.” Melina memuncungkan bibir tanda tidak puas hati. Dia baru sahaja terbayangkan kemeriahan sambutan harijadi Zetty tahun lepas, dan disangkanya malam ini dia akan merasai keseronokkan itu lagi. Malangnya Zetty langsung tidak nampak muka.

“Maybe dia lambat agaknya. Kau dah try call dia?” Tanya Yuni seraya mencapai kotak rokok Melina. “Eh, mana Hariz? Tak nampak muka pun.”


Pertanyaan Yuni disambut dengan senyum sinis Melina. Gadis itu kemudian menaikkan jari telunjuknya ke arah sekumpulan manusia yang sedang leka menari di ruang tengah.

Yuni mengecilkan matanya, cuba mengesan objek yang ditunjuk Melina dan beberapa saat kemudian dia ternampak bayang Hariz yang leka menari dengan beberapa orang gadis. Malah lelaki kacak itu beraksi bebas dengan memeluk dan mencium gadis-gadis itu. Langsung tiada rasa bersalah dan segan.

“Oh my god. Kau tak jealous ke, Mel?”

Melina tergelak sinis. Cemburu? Kenapa dia mahu cemburukan teman lelakinya itu kerana dia mengenali Hariz di kelab malam juga. Dan dia memang tahu sikap hidung belang Hariz yang pantang nampak perempuan itu. Dia tidak kisah kerana selagi mereka saling menghormati hak masing-masing, dia tidak akan ambil pusing perkara yang lainnya.

“Jealous? So not me la.” Balas Melina sepatah. Minuman keras yang sudah sedia di dalam gelas di hadapannya diteguk rakus.

“Lepas ni kita nak ke mana? If Zetty tak jadi buat party, kau balik terus ke?”

Melina menggelengkan kepalanya. Jika dia balik, pasti dia terpaksa menghadap wajah mama dan papanya dan seperti biasa, pasti bertimbun-timbun ceramah yang terpaksa dia tadahkan telinga.

“Tak kuasa aku nak balik. Kau ada idea?”


Belum sempat Yuni menjawab, telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja bar bergetar dan segera gadis itu mencapai dan membelek dada skrinnya. Seketika kemudian wajahnya berseri-seri memandang Melina.

“Guess what?”

“What?” Melina mengerutkan dahinya melihat wajah Yuni yang ceria.

“Zetty’s party is on!” Ucapnya riang sambil bertepuk tangan. “Dia buat dekat rumah dia, parents dia tak ada.”

“Oh my god! Serious?” Melina turut sama teruja. Dia yakin jika Zetty yang menganjurkan pesta, pasti ianya hebat dan liar.

“We’re going to be wild tonight.” Ujar Yuni sambil menari-nari kegembiraan.

Melina tergelak besar. Segera dia menggamit pelayan untuk membayar bil minuman.


“Kau pergi panggil Hariz, aku tak nak lambat sampai sana.” Melina memberi arahan kepada Yuni sebelum gadis itu berlalu mendapatkan Hariz yang masih di ruang tari. Setelah membayar wang dan tips kepada pelayan bar itu, Melina segera melangkah keluar. Dia akan menanti Hariz dan yuni di luar.

Langkahnya diiringi senyuman manis. Hari ini malamnya akan lebih panjang!






7 Baca Laju-Laju:

Anonymous said...

menarik..rasanya boleh saing dgn ABM jer neyh...mesti mellina jatuh hati kat seseorang yang xpenah ada dlm hidup..hehehehe...i'm wait..

ieda ismail said...

br bc sinopsis da gase citer ni best, hehehehhe

Anonymous said...

BESTNYE.....TP LMBT LAGI LAH NAK TERBIT... HUHU...NEXT YEAR...KAKI NOVEL LAGI KE?

Lieya said...

lia bru nak mula baca e-novel acik ni..aritu x sempat nak jengah memandangkan busy dgn tender dan lain2 keje...tpi bru baca part 1..dh rasa seronok dan mencabar je jln ceritanya..mesti mampu dan lebih baik lgi dri ABM acik nti...all the best ye acik...nti keluaran ni jgn lupa inform pada lia sama....nak buat koleksi peribadi....^_^

nabila said...

just tgk ttg novel ni kat kn, hrp2 meletop cam ABM jgk

arilman0224 said...

dh bc ABM acik, meletop hbs,
yg MJATS x beli ag, ni bru start bc on9,
apepn, xsabo nk tau cm ner lak enovel kali ni...
anyways thnx acik 4 all ur novels...like it all...muahhh

SK Tanah Merah(2) said...

MELINA DN LUQMAN SANGAT SESUAI SEKALI.BOLEH TAK KALAU SAYA NAK TUMPANG BERGEMBIRA.

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI