Followers

Jump to : Bab 37 Aku Bukan Mistress

* sebab ramai sangat rindukan Mya dan Mika, acik taruk la sikit kisah mereka yer. terus lompat Bab 37 sebab acik tak boleh publish semua entry yer kesayangans semua.*

okey, tapi takut you all tak faham, acik ringkaskan sikit. Mika dan Mya bergaduh besar, so Mya lari pergi duduk rumah Nadia buat sementara waktu, then boleh baca bawah utk seterusnya. Love u guysss! muacks!

----------------------------------

Huluran telefon bimbit dari tangan Nadia membuatkan Mya sedikit tekejut. Beg-beg kertas berisi barang yang dibeli tadi dipindahkan ke tangan kiri sebelum tangan kanannya menyambut telefon bimbit Nadia.


Sempat dia berbahasa isyarat dengan Nadia bertanyakan siapa di hujung talian namun Nadia membalas dengan menjungkitkan bahunya namun ada senyuman di bibir Nadia.

“Err. Hello.”

“Mya..” Hampir menitis airmata Mya, suara yang amat dia rindui menyapa penuh lembut Sudah hampir 3 minggu Mikail menghilangkan diri tanpa khabar berita malah tidak pula mencari dirinya. Dia sudah berputus harap kepada Mikail, disangkanya Mikail sudah membuangnya jauh-jauh.


Namun hari ini, lelaki itu tiba-tiba sahaja menguhubunginya.Tapi kenapa lemah benar suara lelaki itu, masih marah dan merajuk pada dirinyakah?

“Mika, awak kat mana?” Mya cuba menahan gelojak hati. Jika tidak difikirkan malu, mahu sahaja dia menjerit kepada Mikail betapa dia merindui diri lelaki itu. Setiap hari dia rasa mahu menangis memikirkan tentang diri Mikail.


“Saya dekat kondo.” Suara Mikail sedikit serak dan tiada langsung riak ceria. “Awak dekat mana, Mya?”

“Err..” Mya serba salah. “Saya dekat Pavillion dengan Nadia. Temankan dia shopping.” Mya bimbang Mikail akan marah kerana keluar sesuka hati tanpa memberitahunya. Manalah tahu jika lelaki itu berfikir yang dia bersenang lenang setelah apa yang berlaku di antara mereka beberapa minggu yang lalu.


Mya mencuit Nadia sebelum mengisyaratkan dia mahu duduk sebentar di bangku yang disediakan di tepi ruang korridor pusat membeli belah itu. Tidak selesa dia berbual di telefon sambil berjalan apatah lagi tangannya sarat membawa beberapa buah beg kertas. Lagipun suasana agak bising di situ. Nadia mengangguk sebelum gadis itu masuk ke dalam salah sebuah butik pakaian di hadapan tempat Mya melabuhkan duduk.


“Awak dah makan?” Suara Mikail masih seperti tadi. Lemah tidak bermaya.

“Dah.” Mya menarik nafas lega apabila Mikail tidak langsung menunjukkan reaksi marah dia keluar bersama Nadia. “Awak okey tak ni? Kenapa suara macam tak sihat aje?” Jelas dia mendengar Mikail terbatuk beberapa kali.

“Saya demam sikit aje.” Balas Mikail perlahan.

“Siapa jaga awak kat sana?” Nada suara Mya sedikit cemas. Bimbang jika Mikail sendirian di kondo mewah itu, kalau sesuatu berlaku pasti tiada siapa yang membantu. “Dah berapa lama awak demam?”

Mikail diam seketika. “Entah, dah tiga hari kot.”


Mya mengeluh perlahan. Risaunya dia kepada Mikail. Entah bagaimana makan pakai lelaki itu selama dia tiada di sana. Atau ada orang lain menemani Mikail di sana? Hatinya diusik cemburu. Manalah tahu 3 minggu mereka berjauhan dan Mikail sudah menemui orang baru.

“Erm, siapa jaga awak, Mika?” Pertanyaan itu diulang lagi untuk memuaskan hati sendiri.


“Tak ada siapa. Saya sorang aje kat rumah ni.” Mya lega mendengarkan jawapan Mikail. Namun kepalanya ligat mencongak dan meramal pada hari apakah Mikail kembali ke kondo itu. Kerana seingatnya, selepas seminggu menumpang di rumah Nadia dia ada kembali ke kondo mengambil pakaiannya namun kelibat Mikail tidak ada di situ.



Mya berdehem beberapa kali. Di hatinya bagaikan ada batu yang besar menghimpit selagi perkara itu tidak diluahkan kepada Mikail. “Mika..” Panggilnya lembut. “I am so sorry for everything. Saya tak berniat nak tipu awak.” Sayu suara Mya memecah kesunyian corong telefon itu. Sungguh, sepanjang Mikail menghilangkan diri, dia tidak habis-habis menyesali tindakannya. Betapa bodohnya dia kerana tidak berlaku jujur kepada Mikail.


Mikail diam seketika. “It’s okey. Saya dah lupakan semua tu.” Balas Mikail tenang. “Saya tak salahkan awak, mungkin awak ada sebab tersendiri buat macam tu.”

Mya tercengang. Mikail ini berlainan benar dengan Mikail yang dikenalinya selama ini. Kenapa lelaki ini kelihatan begitu tenang dan kata-katanya begitu elok tersusun?


“Thanks. Saya betul-betul takut awak marahkan saya.”

Mikail tertawa kecil walaupun bunyinya tidaklah seceria mana. “Saya tak marahkan awak, Mya. Saya pun salah jugak, selalu bertindak ikut perasaan.”


Mya terdiam. Sungguh, suara lunak penuh tenang ini benar-benar mengocakkan dadanya. Hatinya meronta-ronta mahu menatap seraut wajah pujaan hatinya itu. Adakah masih tampan seperti dulu. Menyedari hanya 3 minggu mereka tidak bertemu, Mya tersenyum sendiri. Baru 3 minggu dia sudah menggelabah seperti ini.


“Mya...” Perlahan dan lirih suara Mikail menusuk telinganya. Mya hanya diam menunggu Mikail meneruskan kata-katanya. “I miss you...”

Spontan tangan Mya menekup atas dada kirinya. Sungguh, denyut jantungnya begitu kuat memalu seluruh ruang dadanya. Kembang kuncup hatinya mendengarkan perkataan itu begitu ikhlas meluncur dari mulut Mikail.


Perlukah dia membalas? Haruskah dia luahkan kepada Mikail yang dia juga berperasaan yang sama. Siang malam dia terbayang-bayangkan lelaki itu, malah beratus kali dia bagaikan ternampak Mikail di mana sahaja dia pergi.

“Mika...” Mya menahan sebak yang tiba-tiba mengjimpit dadanya. “I miss you too.” Pandangannya kabur dek airmata yang mula bertakung di tubir mata. Walaupun begitu, hatinya terasa lapang dan dingin.


“Awak baliklah sini jaga saya.” Permintaan Mikail yang sayu itu membuatkan Mya semakin sebak. Sebanyak itukah Mikail memerlukan dirinya? “Saya dah tak boleh tangung perasaan ni, saya benar-benar rindukan awak, Mya.”


Mya memejamkan matanya. Ya Allah, jika ini semua mimpi, tolong jangan bangunkan aku...


******

Mikail membuka matanya perlahan-lahan tatkala bunyi deringan telefon bimbit yang diletakkan di meja sisi memekakkan telinga. Berpusing-pusing kepalanya yang sedari tadi diserang migrain. Sudah berapa hari dia terlantar demam di sini sendirian, sengaja dia tidak memberitahu sesiapa kecuali Mya yang dihubuinginya tengahari tadi. Itu pun kerana hatinya sudah tidak sanggup menanggung rindu yang menambahkan sakit di tubuhnya.


Mikail masih berbaring di atas katil dan matanya mengecil cuba melihat nombor yang tertera di dada skrin. Bimbang jika panggilan itu dari mamanya, dia masih merajuk dan dia masih memerlukan masa untuk memulihkan kembali semangatnya. Tidak sanggup mengenang betapa tegas Datin Adiba memaksanya mengahwini Suzanne.


Nama Farhan tertera di dada skrin. Mikail berdebar, mahu apa Farhan menghubunginya? Adakah kerana gadis itu mahu berbual-bual dengan Mya?

“Hello Farhan.” Sapa Mikail setelah menekan skrin telefon itu.


“Abang Mika..” Suara Farhan kedengaran sedikit serak dan garau. Persis baru lepas menangis teruk. “Kak Mya ada dengan Abang Mika tak?”


Mata Mikail yang sejak tadi digayut rasa kantuk menjadi segar serta merta tatkala Farhan menanyakan Mya. “Err, Kak Mya tak ada. Dia dekat kondo lah kot.” Bohong Mikail. “Kenapa ni Farhan? Family semua okey kan?” Bimbang pula jika ada sesuatu yang buruk menimpa keluarga Pak Sahak.


“Mak ayah okey..” Balas Farhan perlahan. “Farhan je tak okey kot. Macam mana Farhan nak contact Kak Mya ye?”

“Kenapa? Apa yang penting sangat ni Farhan?”

Farhan kedengaran mengeluh berat. “Pasal Abang Shamil..”

Jawapan Farhan membuatkan jantung Mikail semakin laju berdetak apabila nama Shamil diosebut-sebut. “Kenapa dengan dia.”


Farhan diam seketika seolah-olah enggan bercerita kepadanya. “Farhan, kenapa ni? Baik Farhan cerita dengan abang.”

Farhan kedengaran menangis perlahan namun cukup jelas didengari oleh telinga Mikail.

“Abang Shamil..” Suara Farhan terputus-putus. “Dia dah putuskan hubungan dengan Farhan. Dia dah pergi meminang orang lain..” Esak tangis Farhan semakin jelas kedengaran.


Mikail terpempan. Meminang siapa pula ni? Kurang ajar betul Shamil, sampai hati dia memperlakukan Farhan seteruk ini.

“Err, apa maksud Farhan? Dia pergi meminang siapa?”

Farhan tersedu-sedan menangis. “Kalau Farhan cakap, abang Mika jangan mengamuk ye.”


Mikail menelan liur. Dadanya berombak kencang memikirkan apa yang bakal diluahkan oleh Farhan di hujung sana. “Dia pergi rumah Mak Ngah Kak Mya..” Farhan menghentikan kata-katanya seketika, makin menyesakkan dada Mikail. “Dia..Dia pergi meminang Kak Mya.”


Mikail terlopong dan automatik badannya bangkit duduk menegak. Berani betul keparat itu! Sial, masih tak serik-serik rupanya.

“Farhan tak tahu pun selama ni Kak Myalah bekas kekasih abang Shamil.” Esak tangis Farhan masih berlagu. “Kak Mya tak cakap pun dengan Farhan, sampai hati dia.”


Mikail memegang kepalanya yang semakin berdenyut. Terasa kebas sampai ke bibir.

“Farhan, Kak Mya tak salah. Dia nak jaga hati Mya dengan hati abang je.” Bela Mikail. Tidak mungkin dia benarkan orang lain menunding jari menyalahkan Mya. “Abang Mika pun baru tahu kelmarin aje ni..”


“Kenapa? Kenapa abang Shamil buat Farhan macam ni..Dia kata dia tak pernah cintakan Farhan..Tapi perasaan Farhan macam mana? Kenapa dia tak fikir perasaan Farhan?”

Sayu hati Mikail mendengar tangisan Farhan. Pasti Pecah teruk hati gadis itu.


“Jadi, pinangan Kak Mya tu ditolak kan? Takkan dia orang nak terima, Kak Mya kan ada dekat sini.” Tanya Mikail dengan nada sedikit cemas walaupun dia cukup pinangan itu tidak akan memberi apa-apa kesan. Mustahil mahu meminang orang yang tiada di situ apatah lagi Mya pasti menolaknya.


“Mak Ngah Kak Mya terima.” Ujar Farhan dengan sebak yang masih bersisa. Mikail ternganga. Dia salah dengarkah? “Apa Farhan? Mak Ngah dia terima?”

“Ha’ah..” Balas Farhan dengan nada tertahan.


“What? Nonsense!” Suara Mikail meninggi. “Kenapa pulak dia nak terima bagi pihak Kak Mya? Dia ke Kak Mya yang nak bertunang ni?” Darah Mikail mendidih. Tak habis-habis wanita itu mahu memperalatkan Mya, tak habis-habis menyeksa gadis kesayangannya itu.

Namun kali ini jangan harap dia boleh memperlakukan Mya sesuka hati. Dia ada di sini, dia akan melindungi Mya sepenuh nyawanya.


“Farhan tak tahu, tapi mak Farhan kata Abang Shamil dah tolong tebuskan tanah Mak Ngah..” Balas Farhan. “Jadi sebagai syarat, Mak Ngah kena paksa Kak Mya kahwin dengan dia.”

Mikail mengetap bibirnya. Takkan kerana sebidang tanah perempuan tua itu tergamak memperjudikan nasib anak saudaranya sendiri.

Berapa juta harga tanah itu? Dia boleh bayar berganda-ganda kalau wang yang jadi taruhannya. Senang-senang dia boleh menang tanpa bersaing dengan Shamil.


“No Farhan! Abang takkan benarkan semua tu berlaku.” Ujar Mikail geram. “Kak Mya hak abang, abang takkan lepaskan dia pada sesiapa.”

“Kalau macam tu, abang cepat-cepatlah kahwin dengan Kak Mya!”


Mikail terkedu. Berkahwin dengan Mya? Entah kenapa ayat itu berpusing-pusing di dalam kepalanya. Dirinya terpecah dua, mama menghalang cintanya dengan Mya namun jika dia tidak mengikat Mya, gadis itu akan terlepas ke tangan Shamil. Dia tidak sanggup berputih mata. Jadi kehendak mana satu yang harus dia turuti?


Mikail memegang kepala yang makin senak. Dia perlu mencari jalan menyelamatkan Mya. Menyelamatkan Mya samalah seperti menyelamatkan nyawanya sendiri.

“Farhan tenang aje okey. Nanti abang akan cari jalan nak selesaikan ni.” Mikail separa memujuk padahal hatinya sendiri sudah runsing menjeruk rasa. Tidak dibenarkan langsung kepalanya mencipta bayang Mya bersanding di pelamin dengan Shamil. Bimbang hatinya tercarik dengan imaginasi sendiri.


“Abang jangan tunggu lama.” Ujar Farhan perlahan. “Farhan dah tak harapkan abang Shamil dah. Sebab Farhan tak mungkin boleh paksa dia cintakan Farhan.” Nafas ditarik dalam-dalam oleh gadis itu. “Tapi abang jangan lepaskan Kak Mya, sebab abang dengan Kak Mya sama-sama cinta. Abang akan bahagia kalau hidup dengan orang yang abang cinta sepenuh hati. Rebutlah Kak Mya, abang.”


Lirih suara Farhan itu membuatkan Mikail terkesima. Nafasnya dihela panjang. Dia nekad, walau dengan apa cara sekalipun, dia akan pastikan Mya akan berada di sisinya sehingga akhir hayat.


******




38 Baca Laju-Laju:

itu_aku +_^ said...

lmbt lg ke buku nk kuar?
Apakata acik lana upload la next n3.

Acik Lana said...

buku tak siap lagi..camne nak kuar. T_T

tengah gigih la ni siapkan..hehe. pastu nk tgu depa check gan print, tah jaman bila la kuar kan. nangesss.

amarina said...

Saja je kan nak kasi kita stress fikirkan Mya dan Mika!!!! Kan... kan...kan... Anyway, looking forward to reading more of this. Keep up the good work.

Anor said...

alaa Lana nampaknya lambat lagi
nak tunggu buku keluar ni..
tau-taulah penantian ni kadang
kala satu penyeksaan. kesian kat
kami tunggu lama-lama. harap
biarlah happy ending ye dan
Mika akan kawin dgn Mya.

keSENGALan teserlah.. said...

haisssyhh...
berdebar-debar ni..hahhaah..

cptlah mika..kawen ngn mya..
degil betullah mika ni..
sekeh kang..
heeeeeeee..

n@mie said...

wah.. xsbr nk tunggu buku nie keluar... mesti take time jgak nie nk kuar...

Anonymous said...

congratz acik...citer ni mmg patut dibukukan..

acik n3 37 ni kiranye sebolom mika kawen yer...bagi hint ckit leh..hahah.

fallenmoon said...

Suka2! :D

Anonymous said...

ala dh agak datin msti x suke mya...mencikkkkks datin..huh

mika jgn give up utk dpt mya k..i love u larh...hahahah...

Acik Lana said...

amarina-hehehe. kasik lepas rindu sket la kan.. ;p

Anor-mestilah happy ending. stress kalo baca citer sedih kat hujung kan.

Kt-hehehe.biasalah, kena susah2 dahulu, berkahwin2 kendian

Acik Lana said...

n@mie-hehe. haah kan. janganlah tahun depan kuar..camne nak kasik cepat ek? huhu.

anoy-haah. time ni single mingle je memasing. nak masuk line boleh lagi kottt. =)

fallenmoon-tq :*

anoy-hehe. datin prihatin kat anak dia kononnya. typical datin dalam novel2 kan. mesti nk garang dan crewet. hish.

Anonymous said...

biasanya take time jugakla nk kuar...dlm 6-8 bulan..
publisher mana acik?? cepat2 la kluar...hee~

Suzanne mana layak ngan Mika!!! Sure happy ending... :)

-mars-

Acik Lana said...

6-8 bulan? hoh lama jugak yer...hehehe. yang haritu kontek acik penulisan2u punya admin. publisher kakinovel la kan depa guna?

Acik Lana said...

akira-ye pasti bgtau sebab acik memang kecoh lebih..hehe. insya allah, belom confirm, orang baru usha2 aje. (muka malu2)

maseh sokong acik!yay!

akira_bita said...

acik pasti boleh pyer! idea mesti banyak kat kepala tu kan? tggl taip je! tak sbaar tggu!

gud luck acik!

Acik Lana said...

akira-tqvm. muacks!hehe. tulah idea banyak, masa je tak berapa banyak. balik koje dah penat, nak layan kucing lagi. hahaha.

tp takpe, bila cerita pasal Mika senyum2 je taip. wahh gatal!

Anonymous said...

nnt wat citer mya ade baby ngan mika yek..msti cute anak diorang..hahaha..

Anonymous said...

ish3x. lagi x sabar nak tau. acik wat best2 ye. harap kalau dah publish tak yah la tukar nama nanti senang nak cari.

geramnya tambah lagi anasir yg nak porak-peranda relationship mya - mikail. lesing kang

Anonymous said...

biasa kaki novel....tp xtau la publisher mana nak smbar citer nie...almaklumla Mika & Mya agak hott...haha

apa2pon ganbatte...hasilkan lg karya yg best :)

-mars-

Acik Lana said...

hehe. mestilah tak tukar tajuk, tapi lepas ke tajuk tu ek? Tak menyentuh sensitiviti masyarakat setempat ke?huhu. kalau kena tukar, fengsan nak fikir tajuk yang sesuai.

mars-Mika & Mya hottt? maseh banyak2. lap u all much2

Seorg wanita... said...

Best! Best! suker sgt bacer citer Acik Lana ni.... semalam baru terbacer di penulisan2u, terus jatuh hati kat Mya dan Mika... cari blog Acik Lana, dan baca sampai abis...

Walaupun Datin tak suker, nak gak Mika berkeras nak kahwin dgn Mya...biar dia btanggungjawab jaga n bahagiakan Mya...

Chayok! Chayok! Nak bacer lagi..pasti akan dibeli novel ni bila dibukukan nanti...

TQVM Acik Lana!!! :-)

aqilah said...

takkanlah sampai berzaman?????? hehehe.......
bezzzzzzzzzzzzzzz.......yg pasti, akak follow,.............

aFaiSh said...

aaaaaa
mcm ni sakit hati punya n3 pun bestttt!!! huhuhuu

Anonymous said...

tajuk tu dah ok...xkan disuruh tukar pulak..
apa2pun, ganbatte...biar cepat publish...

tp biasanya masuk p2u smpai bab 20 atau ke atas, pastu stop, mybe dlm 6 bulan la pulak nk tunggu diorg publish...mmg amik masa....

a'ah, mika and mya hot...hehe *watak novel mmg macho dan cun*

Lap u too,3,4...haha

-mars-

Acik Lana said...

seorang wanita-thanks very much! cubaan pertama, banyak lagi kena baiki ni... =)

aqilah-tq!! (lap airmata)

afaish-hehehe..tqvm

mars-kalau ada for real org cam mika gan Mya ni, kompem dah jadi artis ek.hehe. biasalah, dalam novel kalo buat laki tu x kacak, mana ada feel sangat nk baca. opsss!

zura asyfar said...

acik : maybe zura lmbt nak ucap tahniah cz takleh nk online..tak sangka eh cite ni dah nak pblish..ape2 pun zura tetap sokong acik..hmm, lmbt lg la ek nk tgu kuar novel..

Acik Lana said...

thanks zura. belum lagi confirm 100%..insya allah kalau ada rezeki adalah. thanks for supporting me! :')

Dr.LoVe said...

tq Acik, lepas rindu kat Mika ngan Mya...x sabar ni nk beli buku Acik...bila ABM dibuku kan acik buatlah e-novel baru pulak...yg gempak lagi...

cikgu lizz said...

rasanyer cite ABM ni lg happening drp Luq n Mel..sbb watak2 yg ditampilkan lg byk...kirenyer cabaran dr segenap penjuru la..heheh...ape2 pun acik lana mmg d best...

ieda ismail said...

Waaaaa, da x sabar nk kesudahannya...biler nk kuar novel ni??? cepat la terbitkan, huhu...
Acik lana the best la

ani77 said...

best sgt2 citer ni, bile nk kuar novelnya.. x sabar nk beli ni..

nur nadiah said...

cpt2 la wt buku ni... xsbr nk bce

Dida said...

yeaa!!! syokknya!!!! acik lani, nnt Aku Bukan Mistress nie... bila publish jd novel still guna nama tajuk yg sama kaa guna nama tajuk lain????

Salmah Hanim said...

salam..
buku dh nk kluar... x sabar nk jdkn koleksi... baru jimpa blog acik ni... n terus melekat ikuti cerita2 yg lain...
Tahniah acik...

Anonymous said...

Mika kahwin ngan mya akhirnya.rmantik sunggug2 atas segalanya.inilah cinta yang amat diperlukan dalam kehidupan seorang wanita.love u mika.

Anonymous said...

Sweet blog! I found it while browsing on Yahoo News.

Do you have any suggestions on how to get listed in Yahoo News?
I've been trying for a while but I never seem to get there! Thank you

My site: what are growth hormones

acik rosli said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

disebabkan anzalna, kite trus search cerite ni tau, bce sikit mmg best, tk sbr nk tgk, tahniah novel awk dipilih utk di adaptasi.mcm best plak bce citer awk nih, hee

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI