Followers

Ok-Ok - Final Post for Aku Bukan Mistress

Bab 44

Mya terjaga dari lena tatkala Mikail merebahkan tubuh di sisinya. Menyedari Mikail berada dekat dengan tubuhnya, segera tubuh sasa lelaki itu dipeluk penuh kasih. Matanya terpejam melayan kantuk dan bau harum yang datang dari tubuh Mikail. Mikail membalas rangkulan Mya dan wajah isterinya dikucup penuh kasih. Perbuatan yang dilakukannya setiap malam semenjak mereka sah bergelar suami isteri.


“Sorry, sayang terjaga ye?” Lembut suara Mikail menerobos ke telinga Mya. Terasa bersalah kerana mengejutkan Mya dari lena.Sudahlah isterinya kepenatan kerana aktiviti luar yang padat sepanjang hari. Kak Longnya sudah menyusun agenda mereka, mahu tidak mahu terpaksa juga dituruti. Bimbang jika kakak kesayangannya berkecil hati jika mereka banyak kompelin atau mengeluh kepenatan.


Mya yang masih memejamkan mata tersenyum.

“Tak apa.” Balasnya perlahan. “Awak buat apa tadi? Kenapa lambat masuk?”

Seingatnya, selepas makan malam dia terus masuk ke dalam bilik kerana tidak tahan sengal-sengal di kaki akibat seharian berjalan. Itupun dia terlena kerana begitu asyik melayan rasa enak tatkala Mikail mengurut kakinya yang sedikit membengkak sebelum suaminya itu keluar dari bilik tidur mereka. Dia tidak larat mahu bertanya kemana kerana matanya digayut rasa mengantuk dan letih.


“Saya kat bilik Kak Long. Pinjam komputer dia check email.” Balas Mikail sambil membelai rambut Mya. Wajah tenang isterinya direnung penuh kasih. “Risau jugak kalau ada email-email penting dari client.”

“Then ada tak?” Tanya Mya dengan suara sedikit serak kerana dia masih di dalam mood mengantuknamun untuk mengabaikan perbualan Mikail, dia tidak sampai hati.


“Tak ada sayang. Kita boleh bercuti dengan senang hati.” Balas Mikail sambil mengucup lembut pipi Mya yang tidak menolak namun tidak juga membalas. Melihatkan respon Mya yang pasif, Mikail semakin bergelora. Aura Mya memang sentiasa memukau dirinya sejak dulu lagi dan apabila Mya sudah halal menjadi haknya, perasaan itu semakin sukar dikawal.


“Sayang, I want a baby.” Bisik Mikail lembut di telinga Mya. Mya membuka matanya mendengarkan permintaan Mikail yang satu itu. Berdebar-debar hatinya dengan permintaan Mikail yang satu ini.

“What? Awak nak baby?” Hampir dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Bersediakah Mikail menjadi seorang bapa dalam keadaan keluarganya sendiri berkecamuk dan berpecah belah? Bimbang pula nasib anak mereka jika satu hari nanti tiba-tiba Datin Adiba menghalang hubungan mereka. Dia tidak sanggup jika itu semua berlaku.


“Mya sayang, awak sudi tak jadi mummy kepada anak-anak saya?” Sayu Mikail memandang wajah Mya yang kelihatan terpinga-pinga. “Saya dah tak sabar-sabar nak baby sayang.” Ucapnya lagi penuh mengharap.

Dia cuba meyakinkan Mya yang selama ini kerap mengatakan belum bersedia untuk memiliki cahayamata. Dia tidak pasti apa yang dirisaukan isterinya kerana mereka sudah bernikah. Jika dulu, mungkinlah Mya patut risau jika mengandungkan anaknya.


“Mika..Saya..” Mya kelihatan serba salah. Terlihatkan wajah Mikail yang begitu mengharap, dia tidak sampai hati mahu meluahkan apa yang menganggu fikirannya sehingga dia menolak untuk menimang cahayamata dalam masa terdekat.

“Please sayang..” Mikail sudah pun memeluk erat tubuhnya malah seluruh wajah Mya dicium penuh kasih. Nafas lelaki itu juga turun naik tanpa rentak yang senada.


Mya memejamkan matanya. Bukan dia tidak merelakan perbuatan Mikail, dia cuma takut jika dia tidak mampu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka satu hari nanti. Tapi mengenangkan diri Mikail yang terlalu mengharap, dia tidak sampai hati pula menghampakan permintaan suaminya itu.


Namun dalam diam dia yakin Mikail akan menjadi seorang ayah yang baik, malah dia yakin Mikail akan sentiasa berada di sisinya untuk membantu dia mendidik anak-anak mereka kelak.

Bayang-bayang bayi dan anak-anak yang comel membuatkan Mya kembang hati. Pasti kehadiran si kecil itu akan mengeratkan lagi tali kasih yang bertaut antara mereka berdua.

“Mika, awak yakin ke dengan keputusan awak ni? Bila ada baby, awak kena bagi komitmen yang tinggi tahu?” Ujar Mya sekadar mahu menyedarkan Mikail. Dia tidak mahu Mikail memandang enteng tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.


“Komitmen macam mana sayang? I’ll do it, i promise.” Balas Mikail bersungguh-sungguh. Wajah Mya ditatap penuh kasih, berharap Mya nampak kesungguhannya.

“Awak dah tak boleh balik kerja lambat, tak boleh marah-marah, kena luangkan masa jaga baby, kena sabar dengan tangis pekik baby time awak tegah lena tidur dan macam-macam lagi la.Sanggup?”

Mikail terdiam mendengar senarai yang disebut oleh Mya. Jika semua itu yang menjadikan sebab, dia rela melaluinya berkali-kali. Dia sudah bersedia dan yakin dia akan melalui semua itu dengan sabar.

“Sayang, you have to trust me.” Tangan Mya digenggam erat. “Saya akan buat semua tu, saya akan tolong awak lalui semua ni sayang.”


Mya merenung mata Mikail yang redup mengikat janji. Suaminya tampak begitu ikhlas dan yakin dengan apa yang dituturkannya. Dia yakin dengan Mikail, cuma dia bimbang dugaan yang akan tiba dalam kehidupan mereka nanti.

“How sayang? Can I be a father, please?”

Mya terdiam seketika namun matanya masih merenung wajah Mikail penuh kasih.

“Fine, let’s have a baby.” Balas Mya dengan senyuman manis. Mikail yang asyik membelai tubuhnya tadi tersenyum penuh teruja mendengarkan sebaris ayat itu.

“Thanks sayang. I love you so much.” Ucapnya penuh romantis.


Mya memejamkan mata sambil berdoa segalanya akan baik-baik sahaja sepanjang perjalanan hidup mereka nanti. Dan dua jiwa itu bersatu untuk kesekian kalinya, mengharapkan benih cinta antara mereka akan menunaskan impian yang menjadi lambang kasih sayang antara mereka berdua.


*************



54 Baca Laju-Laju:

zura asyfar said...

hope i'm the first yg komen..kiranya diaorang kawin jugak la yer..hehe,bestnya..tak sabau nak beli ni.. :)

Anonymous said...

moga kebahagian milik diorang selamanyee.. x sabo nk tgk bb mya n mika... :)

syazieanahamzah. said...

suke , suke! publish cepat k. tak sabar nak bace :)

Seorg wanita... said...

Yes! Yes! Yes!

Suker Mika dan Mya dah kawin!!!!

Tak sabar nak dapatkan full story ni...

Anonymous said...

Best..best...
Nanti inform yer kalau dah keluar versi cetak...x sabor nak beli..agak2 sempat tak keluar time PBAKL bulan April ni? :)

Acik Lana said...

zura-mekasih zura. beli jangan tak beli.hehe promote plak.

anoy-yer..baby mika Mya comel dan dan..er..dabel. ok baca sendiri nanti.haha

syazie- maceh yang!

Acik Lana said...

seorang wanita-thank u!me like too.hehe

anoy-erk, tak tahu la sempat ke x kan.sbb x tanya pon bape lama amik masa nak publish tu. segan den nak tanya byk-byk nanti nampak x menyabar plak kan. kita kan pemalu..katanya. ;p

Emaharuka said...

Huwa...
Pasti rindu sama mya n mika.,
akhirnye kahwin juga d'orang,he

fallenmoon said...

Acik...suka giler Mika kahwin dgn Mia.
Dan tak sabar nak tunggu novel kedua Acik :D

Acik Lana said...

emaharuka-hehe..samalah kita. rindu Mika, Mya tak berapa sangat. hehe.keji

Fallenmoon-maseh moon. insya allah kang kalau sempat acik post eh. skang hero tak kuar lagi, so tak berapa klimaks sangat.hehe

Anonymous said...

acik ms ni datin dh terima mya as her doter in law ke belom???....takut r datin buat mcm mcm kat mya kolo mya n mika dh ade bb nnt......

aqilah said...

walau apapun, mesti byk konflik yg berlaku in between memandangkan mama mikhail tak restu.....
apapun, akak mesti beli this novel!!!!!!!!!!!!

Anor said...

tkasih ye Achik beri pembayang
cerita yg akhir. Ni tak sabar
nak tunggu dalam versi cetak
pula. agaknya lama lagi ke
versi cetak akan keluar di
pasaran? kalau dh keluar
nanti jgn lupa wawarkan ye...

Acik Lana said...

anoy-masa ni datin belom tahu lagi..nanti drama sepetang la bila dia tahu.hehe

kak aqilah-maseh kak..i lap u la.

anor-insya allah dah kuar nanti acik gtau yer. pasti akan diwar-warkan sebab kita kan kepochi.hehe..neway thanks very much..appreacite it alots. =)

Anonymous said...

waa...finally..
tahniah buat acik ye...
harap cepat2 la diorg publish....ye kaki novel ^_^

rindu pada mereka terubat jua :)

~mars~

sarah ab said...

sib baik ade kak long yg baik n spoting kann. :)

aFaiSh said...

warghhhh
windu gila kat mikaaa

akira_bita said...

mika!! huhuhuhu..

amboi ckp nak anak mcm beli sayur kat kedai je.. hohohohohoh!

romantik~~~

HirumaKecil said...

Ish.. Kalau la i ade publishing company, dah kompom2 malam ni gak i cetak novel ni... Pape pon Citer ni memang best sangat... And TQ la sebab upload entry kali ni..

korro suffian said...

wow! i like it... haha...
jgnlah mika kawen ngan suzanne... mika kena berkeras ngan datin adiba.. be gentlemenlah bro...
tak sabo nak beli novel ni... i

can't wait any longer!!!!

Rindu Lukisan said...

Tak sabar Anty nak beli ABM ni...mmg best la AL....fuhhh bukan senang nak dapat idea cam ni kan...well done and congrats!!!!

Really best!!!!

cikgu lizz said...

finally.abis gak bace ABM ni...best2..depa dah kawen..so yg lain2..syamil..susanne..syuhhh..syuhhh..duk jauh2 ye...

Anonymous said...

ds publish buku jgn lupe inform erk..tak sabar nk bca,,

faiicie said...

wow! mmg best cite nie...
lain jln cite'y...bl publish kena infom taw...gud job wrter...

ieda ismail said...

suke3.....best la cite ni

dewdrop said...

adooyaii..ayat mika..xtahan..can i b a father please??heheh..comey toll..
xsaba nk bace buku ni..dr kulit depan ke kulit blkg..then,rotate lg..dr blkg ke dpn..hahaha..luq n mel jugakk...cepattt la jd buku..hehe..
chaiyokkk3 acik!!(^_^)v

ani77 said...

mmg best giler citer ni.. lain dr novel2 yg, pnh kita bca.. lmbtnya nk tgu novel kuar.. x pnh jd follower kt mna2 blog, ni yg 1st time teruja sgt ngn citer2 dlm ni..

YONG JIAO XIU said...

HUHU awat lama sangat novel kuar?tak sabar nak baca ni? brp tebal ye nti? heehhe besttttttttttt sgtttttt

Anonymous said...

best la cite ni... tak sabar nak tunggu novelnya....tebal ke novelnye... dah keluar nanti...cepat2 bagitau la...

Siti Soleha Yahaya said...

superb....x sabar tggu bulan 9 nih

fyda said...

yeayea,,
dorang kawin..
wau,,wajib beli ni!!
hihihi

chipChip92 said...

wahhh, serius besttt!!!
tak sabar nak beli.......
taknak post lg ke?? HEHEHEHE :)

Anonymous said...

akak.. tukar la ganti diri,saye awk cm xromantik sagt hehe.. love hubby ke..abang love ke.. hehe sagt la sweet nmpk cik suami nih nnti.. pliz.. ble publish nnti :)

zara dania wanee said...

omg!! x sbarnye...
acik plezz post stu je lg n3...
stu je.. nk taw jgak pe next nnti...

rinn jeff said...

dah habis pun baca novel nie...and i really-really love the story..sukaaa sangat....hopefully ada story mcm nie lagi di masa akan datang..:)

fatimah6640 said...

best cerite ni.lawak pun ade. untung mya dapat mika. mulenye mika tu garang giler..tpi lepas tu jiwang maut.
bace jgn tak bace.

fatimah6640 said...

acik kalau tak silap, ini buku pertama acik. good job

skunksenn zone said...

buku aku bukan mistress nie dah keluar ka? asal tak nampak dkt kedah?

Cik Zue said...

salam semua. acik lana, saya nk tnye ni bila novel ni nk keluar versi cetak? dh bulan 9 dah ni. hehehe

im waiting... huhuh~_~

ieda ismail said...

Cik Zue~ novel ni da lame da dikuarkan..hampir sebulan da...ley cr kat mane2 kedai buku MPH, Popular or beli on9 kat Kaki Novel....mmg x rugi beli =)

miss aiman said...

salam acik lana..nk tny,,nape saya bli nvl ada byk m/s xde?lebih kurang 8-10 m/s..sya kena tukar blek ke kt kdai 2?

ieda ismail said...

miss aiman~ tukar lik kat kedai tu....make sure ader resit ea....selalu kalo beli kat popular or MPH dorg bg tempoh semggu x silap tuk tukar....rugi la kalo beli tp muke surat x der

Anonymous said...

br lepas habis bc novel ni... best giler.... cepat la kuar novel baru acik.. please please please

Izzah's Classimodo said...

Dah tiga kali khatam novel ni . Syoknyer... Hehe...

Aliya said...

Baru lepas lap air mata gara2 ABM nyer ending yg bessssstttttt sgt2... Congrats aciklana.. Japgi nk gi carik lagi novel2 acid kat popular.. Apa best selling ye?

Anonymous said...

best ny citer ne acik..... smua novel acik sya suka baca, sngt memuaskn ati...cayo2 acik

mawar jingga said...

Besttnyeerr... dah habis baca..
kena beli novel juga hari ni

cheku noraini said...

wah bestlah nvel ni acik.. x sbr nk bli nvel ni.. hehehe.. hrp2 ada lg kt psaran.. goodluck to acik lana..

Anonymous said...

Mmg da bez la cik.........x sbr nk tnggu kmhb acik pulak.... btw abm mmg pergggh!!!!!!!
Tq acik bb brjya hsil novel niey

Anonymous said...

Mmg da bez la cik.........x sbr nk tnggu kmhb acik pulak.... btw abm mmg pergggh!!!!!!!
Tq acik bb brjya hsil novel niey

Eyda Toneyda Anaqi said...

lastly.. dorg get twins baby... hehehe.. kelam kabut mikail mse tu kn.. lucu sgt..hehehe

Adilah Azhan said...

Seriously,"AKU BUKAN MISTRESS" ni mmg saya menangis.mcm saya pula jadi Mya tu.Buku Acik Lana mmg yg terbaik.

Anonymous said...

X de eh muka hero and heroin sape? Mcm yg len ada je... Or sy tertinggal??? Hu hu -wawa-

Anonymous said...

Akak citer nie nak jadikan. dramakn?wah pelakonnya izzue lahhhhhhh..

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI