Langkahnya dilajukan untuk menyaingi langkah gadis kecil molek di sisinya. Sekali sekala Adara menarik sedikit kain kurung cotton berwarna putih bercorak bunga-bunga kecil berwarna biru yang sudah sedikit pudar warnanya agar langkah dapat diatur lebih luas lagi. Kini mereka sudah berada di lobby bangunan 25 tingkat yang indah seperti di dalam hotel. Tidak sempat Adara menghayati keindahan hiasan di situ kerana Husna sudah menarik tangannya memasuki perut lift.
“Kita dah terlambat ni. Sepatutnya pukul 8.30 tadi kita dah sampai, ni dah lewat 10 minit. Mampus.” Husna beriak resah sambil menelek jam tangannya. Kemudian matanya beralih pula ke arah petak kecil di atas pintu lift yang menunjukkan aras tingkat yang sedang mereka lalui.
“10 minit aje pun, takkanlah nak kena marah? Kan jalan jammed tadi.” Balas Adara cuba menyedapkan hati sahabatnya. Padahal dia sendiri sudah lemah lutut saat ini. Kena pulak hari ini adalah hari pertama dia akan bekerja di pejabat Husna dan melihatkan keresahan sahabatnya itu lagilah panik hati ini.
“Kau tak kenal bos aku tu macam mana, kalau lambat seminit pun dah kena pekik tahu tak.” Ujar Husna sambil meloncat-loncat setempat. Nampak sangat panik tak tentu arah. “Nanti kau dah kerja sini lama, kau tahulah perangai Tuan Putra tu macam mana.”
Adara gigit bibir. Amboi, nama Tuan Putra, hebat sangat ke lelaki tu? Ada ke sama macam putera raja?
Saat pintu lift terbuka di tingkat 19, pantas Husna menarik tangan Adara untuk keluar. Terkial-kial Adara mengekori langkah Husna yang macam tak cukup lantai nak dipijak. Setelah melewati pintu automatik kaca yang terbuka apabila disentuh dengan kad, Husna membawa Adara masuk ke ruang besar yang dipenuhi dengan kotak-kotak empat segi berwarna biru. Di dalam kotak itu, mata Adara sempat menangkap imej seperti meja sederhana besar lengkap dengan komputer, rak-rak kecil dan juga telefon. Kebanyakannya dihias dengan gambar-gambar peribadi dan bunga-bunga plastik. Agaknya inilah yang disebut Husna sebagai workstation tu. Desis hati Adara.
Saat bertembung dengan beberapa pekerja di situ, Husna sibuk memperkenalkannya sambil lalu.
“Morning, ni kawan I Adara.” Adara pula tak sempat nak bukak mulut beramah mesra sebab Husna masih menariknya entah ke mana. Sabar ajelah dengan minah ni, kalau dah panik memang macam ni perangainya. Kelam kabut tak tentu pasal. Ah, perangai mereka berdua memang tak jauh berbeza, dua kali lima sepuluh.
“Kak Wati, ni Husna kenalkan kawan Husna, Adara namanya.” Ujar Husna kepada seorang wanita yang sedang membancuh air di dalam jag besar. Wanita kecil molek dan bertudung itu menoleh dan tersenyum memandang Adara. Segera dia menghampiri mereka dan menghulurkan tangannya kepada gadis ayu berbaju kurung itu. Adara menyambutnya dengan senyuman sehabis mesra.
“Eloklah dah datang, kamu lambat kenapa? Kang Tuan Putra check tengok kamu takde lagi, mampus kena bambu kang.” Ujar wanita itu kepada Husna yang sudah tidak senang duduk.
“Itulah, jammed gila tadi. Tuan Putra dah sampai ke kak?”
“Dah sampai dah, dia kan memang datang awal. Sebelum pukul 8 dah sampai.” Balas Kak Wati sambil mengacau air di dalam jagnya yang ditinggalkan tadi. “Pergilah tempat kamu tu, biar Kak Wati ajarkan Adara ni apa dia kena buat.”
Husna mengangguk laju sebelum tangannya memegang lengan Adara. “Dara, kau kerja baik-baik tau. Tolong ikut semua yang Kak Wati cakap tu. Lagi pulak kau kena jaga Tuan Singa tu, jadi kau kena buat betul-betul okey. Kalau tak, dengan aku-aku sekali kena amuk nanti sebab aku yang adjust kau kerja sini.” Panjang lebar Husna berpesan. Pulak tu tutur katanya macam dah tak sempat nak tarik nafas dan Adara cuma terkebil-kebil memandangnya. Dia tidak faham, kejam sangatkah lelaki bernama Tuan Putra tu? Mungkin dah tua agaknya, jadi emosi tak berapa stabil kot. Adara membuat telahan sendiri dan matanya hanya memandang Husna yang terkocoh-kocoh keluar dari pantry itu.
“Adara, meh tolong Kak Wati bancuh air ni, pagi ni diaorang ada meeting. Sekejap lagi nak start dah.” Panggil Kak Wati yang berdiri berhampiran sinki. Adara angguk sebelum meletakkan beg sandangnya yang sudah agak lusuh di atas meja. Dia membantu Kak Wati membancuh beberapa jag lagi air kopi dan teh panas di dalam jag.
Sambil-sambil itu sempat juga dia bersembang dengan Kak Wati yang sudah hampir 5 tahun bekerja di situ sebagai pembancuh minuman di syarikat gergasi tersebut. Kata Kak Wati, kerana perkembangan syarikat dan jumlah kakitangan yang bertambah, dia tidak cukup tangan mahu menguruskan penyediaan minuman mereka semua, sebab tu Adara diterima bekerja di sini sebagai pembantunya. Adara ditugaskan untuk membancuh air untuk Tuan Putra dan finance department sahaja, yang lain semua Kak Wati cover. Adara sekadar mengangguk faham dan sekali sekala dia bertanya juga tentang kerja-kerja lain yang perlu dia buat selain membancuh air. Maklumlah, dia cuma membancuh air dua kali sehari, masa yang selebihnya apa perlu dia buat. Takkan nak duduk goyang kaki aje dalam pantry ni. Baik betul orang yang nak membayar gajinya buat sedekah amal jariah begitu.
“Kemas-kemas la apa yang patut. Macam Adara kena jaga Tuan Putra tu, Adara kenalah tengok-tengok bilik dia tu. Gelas-gelas kosong yang dia dah guna tu, kena tukar selalu tau. Air mineral kena letak dua botol pagi dan lepas lunch letak lagi dua botol. Mug dia pulak kena bersihkan lepas dia guna lepas tu letak balik kat atas meja dia tu. Dia tak minum teh, cuma Nescafe tarik sahaja tapi jangan buat manis sangat tau.” Panjang lebar Kak Wati menerangkan dan Adara garu kepala. Nak kena take note ke tak payah ni? Banyak benar cekadak pakcik sorang tu.
“Ingat ke tak ni?” Kak Wati yang sedang meletakkan jag di dalam troli memandang Adara yang masih termangu-mangu di depan sinki.
“Err..faham kak. Nanti kalau Dara tak tahu, Dara tanya akak ye?” Adara tersengih memandang wanita berusia lingkungan lewat 30an itu. Kak Wati tersenyum sambil menggeleng.
“Akak risau Adara tak tahan aje nanti, mau menangis mintak balik kampung.” Usiknya sambil mengelap sedikit cela air yang menitis di atas trolinya itu. Adara tergelak kecil dan hatinya turut rasa lucu kerana pekerjaan Kak Wati tak ubah macam pramugari. Kena tolak minuman dalam troli macam dia pernah tengok dalam drama di TV.
“Kak, Tuan Putra tu anak raja ke apa?” Adara tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya.
“Eh taklah, ada pulak anak raja. Dia orang biasa-biasa aje. Kenapa Adara tanya?”
Adara tersengih sambil membantu Kak Wati mengemaskan bekas-bekas berisi bahan untuk membancuh minuman. Walaupun dia masih sangat-sangat baru di sini, kemesraan Kak Wati membuatkan dia semakin selesa dengan pekerjaan barunya ini. Tak tahulah kalau dah jumpa pakcik garang tu dia berubah fikiran pula.
“Saja aje kak. Pelik sangat aje nama dia. Ingatkan anak raja sampai orang panggil Tuan Putra. Putra ke Putera?”
Kak Wati tergelak kecil. “Putra la, sebab nama dia Adiputra.”
“Adiputra? Mak oii..nama artis tu kak!” Adara tergelak kecil. Terbayang-bayang wajah pelakon terkenal Adiputra tapi dalam edisi lebih tua. Kacak ke tak ye?
“Adiputra pelakon tu gelap kan, haaa..yang ni putih melepak. Muka pun tak sama macam pelakon tu..” Balas Kak Wati sambil tersenyum.
Adara sekadar tersengih. Kalau kacak macam pelakon tu, rugilah kalau perangai garang nak mampus. Tak ada perempuan berani nak dekat. Eh, tapi dah tua buat apa nak suruh perempuan dekat pulak, mesti dah ada anak bini tu.
“Eh okeylah, jom ikut akak pergi bilik meeting. 5 minit lagi nak start ni.” Kak Wati cemas saat matanya menjeling ke arah jam di dinding. Duduk bersembang dengan Adara yang cantik itu, mahu terlepas pandang kerjanya nanti. Tak pasal-pasal kena marah pulak dengan Tuan Putra yang memang suka mencari salah orang tu.
Adara mengangguk dan segera mengekori Kak Wati yang sudah menolak troli keluar dari pantry.
****
Sejuk kaki dan tangan Adara saat dia melangkah masuk ke dalam bilik meeting yang luas itu. Dengan meja berbentuk bujur yang boleh memuatkan lebih daripada 20 orang dan hiasan yang nampak mewah, dia kagum seketika. Tapi menyedari banyak mata yang memfokus ke arah mereka, cepat-cepat dia membontoti langkah Kak Wati yang sudah ‘parking’ trolinya di sudut bilik itu.
Hatinya berdebar kencang kerana perasaan takut dan gelisah kerana ini pertama kali dia melaksanakan tugas seperti ini. Kalau suruh jaga kedai runcit, dia memang cekap mengira. 2 tahun dia jaga kedai runcit Pak Mail di kampung, memang tangannya ligat menekan calculator. Sambil congak-congak pun dia terror jugak nak jumlahkan angka, Pak Mail sendiri kagum melihat kelebihannya itu. Tak sangka budak setakat belajar sampai SPM ni ada kebijakan yang jelas terselah. Alahai, perasan pulak.
“Adara, kamu pergi hantar air belah sana, akak pulak hantar belah sini.” Bisik Kak Wati sambil menghulurkan jug berisi teh tarik. Adara angguk faham dan tangannya mencapai jug tersebut. Aduh, boleh tahan berat kaca ni!
Tangan Adara mencapai pula kain yang berlipat di atas troli, mana tahu sekejap lagi air teh tu meleleh dekat tepi jug, boleh dia lap-lap kasi bersih sebelum tuang ke cawan yang lainnya.
Adara melangkah perlahan menuju ke arah meja besar yang dipenuhi manusia-manusia berpakaian kemas. Kebanyakannya memakai kot dan tali leher, yang perempuan pun turut sama memakai kot cuma digayakan dengan skirt pendek. Memang nampak korporat habis, sama macam dalam drama yang sering dia tonton di kaca TV.
Seorang lelaki yang sudah agak berusia namun masih tampak segak, duduk di kepala meja dan Adara yakin lelaki itu pasti ketua di situ. Agaknya dialah Tuan Putra kot, muka nampak macam garang aje. Desis hatinya sendiri.
Tangan Adara terketar-ketar menuang air teh panas itu ke dalam cawan pertama di hadapan seorang lelaki berbangsa India yang memberi ruang untuknya mencelah di situ. Adara menarik nafas lega, lepas satu seksaan saat cawan itu sudah penuh dengan teh tarik tersebut. Kemudian dia berganjak pula ke arah seorang lelaki yang duduk di sebelah lelaki India tadi. Dia tidak berani angkat muka memandang wajah mereka kerana saat itu semua berwajah serius kerana mesyuarat sudah bermula. Adara langsung tidak faham apa yang dibincangkan mereka kerana semuanya bercakap dalam bahasa Inggeris. Almaklumlah, dia ni belajar sampai SPM saja. Setakat simple English dia pandailah, tapi kalau dah masuk istilah-istilah saintifik memang dia tak faham satu apa pun.
Saat Adara menuangkan teh tarik di dalam cawan lelaki itu, tangannya yang berpeluh membuatkan pegangannya menjadi licin. Dan macam adegan gerak perlahan dalam filem Matrix, Adara nampak pegangannya semakin longgar dan jug itu terlucut dari tangan lalu terhempas ke meja.
PRANG!!
Adara pucat lesi, lututnya rasa menggigil dan jantungnya bagai diragut pergi. Ya Allah, berikanlah aku kuasa ghaib saat ini!
“What the hell are you doing??” Tempikan yang kuat itu membuatkan Adara rasa macam nyawanya sudah terbang melayang. Muka dan seluruh badannya rasa kebas kerana diherdik sedemikian rupa. Dalam terketar-ketar Adara mengangkat muka dan dia nampak lelaki muda itu sedang mencerlungnya tajam. Macam nak makan dia hidup-hidup pun ada, sangat cannibal rupa lelaki itu. Adara telan liur apatah lagi lelaki itu sudah bangun berdiri di hadapannya dan saat itu dia dapat menangkap kesan teh tarik yang tersimbah di kot dan kemeja lelaki itu. Alamak, patutlah dia marah sangat!
“Sorry encik..sorry..” Terketar-ketar Adara meminta maaf dan spontan tangannya mengelap baju lelaki itu dengan kain di tangannya. Dia benar-benar takut saat ini, rasa nak berlari keluar dan berhenti kerja terus. Apalah malang sangat nasib aku ni.
“Stop it!Bodoh! Kain kotor macam ni kau lap baju aku? Kau ingat baju aku ni harga dua puluh ringgit?” Tengking lelaki itu kuat sambil menepis tangan Adara. Tuala di tangan Adara jatuh melayang ke lantai. Adara hanya tunduk tak berani angkat muka.
“Wati, ni perempuan bodoh mana you bawak suruh assist you ni?” Lelaki itu mengalih pandang kepada Kak Wati yang kelihatan serba salah. Adara menahan airmatanya dari gugur kerana ketakutan. Tidak pernah dia diherdik sebegini. Sempat juga dia menjeling mata-mata yang memandangnya. Ada yang tunjuk muka simpati dan ada juga yang tersenyum mengejek.
Eh jap dia kata aku perempuan bodoh? Kenapa berlagak sangat mangkuk ni? Berlagak mengalahkan Tuan Putra, macam bagus aje!
“Err, dia baru masuk kerja hari ni, Tuan..” Balas Kak Wati dengan nada sedikit gementar. Lelaki itu merengus kasar sambil membelek bajunya.
“Bodoh, kerja senang pun tak boleh buat. Kenapa you tak bagitahu dia I tak minum teh? Kenapa nak serve I teh jugak?” Tengking lelaki itu kepada Kak Wati pula. Adara sudah serba salah. Kasihan Kak Wati, tak pasal-pasal kena marah kerana kecuaiannya.
“Putra, mind your words..” Tegur lelaki yang duduk di kepala meja. Adara tersentak. Eh, pakcik tu panggil lelaki berlagak ni Putra? Kalau dia Putra, pakcik tu siapa pulak? Matanya menjeling sedikit lelaki yang masih merah padam mukanya itu. Rupa-rupanya Tuan Putra tu muda belia lagi, patutlah kerek semacam.
“We’re having meeting right now, please don’t make any stupid scenes here.” Ujar lelaki itu lagi dan kali ini suaranya sedikit tegas. Ahli mesyuarat yang lain cuma bereaksi selamba seolah-olah sudah biasa melihat amukan lelaki bernama Putra itu. Sangat drama king rupanya lelaki sorang tu. Kutuk Adara di dalam hati.
“Wati, please bersihkan tempat tu. Kita nak start meeting dah ni, and you young girl..” Lelaki tua itu menunding jarinya ke arah Adara yang masih tunduk. “Next time please be careful, I tak suka ada gangguan mengarut macam ni.”
Adara telan liur. Aduhai, kenapa semua orang sangat garang dekat sini? Bukannya aku sengaja simbah air teh tu kat mamat berlagak tu!
Adara membalas dengan anggukan dan dia segera membantu Kak Wati mengelap meja yang sudah basah disimbah teh tarik. Tuan Putra pula sudah beredar dengan muka merah padam, ke bilik air barangkali. Adara menggigit bibir, dia yakin selepas ini hidupnya takkan aman lagi. Sudahlah dia kena jaga Tuan Putra, lelaki itu pulak sudah terang-terang anti kepadanya. Aduh, permulaan kerja yang sangat tidak baik. Sangat malang!
Husna, rasanya inilah kali pertama dan terakhir aku jejak kaki kat pejabat kau, esok aku nak balik kampung jugak!
****
p/s : Saja acik nak cuba cerita baru. sila komen ye. Jika suka, katakan suka. Kalau tak suka, sila la kutuk. hahaha! MJATS nanti acik update. thanks reading guys! lebiu lebiu lebiu!



33 Baca Laju-Laju:
hmm not bad
starting pun ok gak
keep it up
starting pun dan best,,cpt lah post yer
yoonmin-tq..hehehe!berdebar i tau..haha.
fatimahwati-tq lalink..dah taip sampai bab 2..nanti acik post ye..huhu
huhu... ku terlalu menjiwai watak si ADARA ni... rs menggeletar kepala lutut kena tengking dalam bilik mesyuarat mcm tu...
reese-apakah??hehehe. tq yayang. lega sikit ati ni kalo org suka. puh puh puh. hehe
well
nice entry...
smbung ye acik
starting yg menarik..
cnfirm best,xsabar nak tggu next chapter.
itu aku-masehhhh.. =)). ok japgi post..hehe
anoy-tq anoy..appreciate it alot.
Teruskan acuk..best jer baca..
silappp acuk plakk hahhaa...acik amponnn yeahhhh hak3
best....keep it up
anoy-mwahahaha.acuk katanya. xpe paham. hurup i dengan u sebelah2 kann..hehe. tq!
along-masehhhhh.. =))
sookkaaaa achik.........
eee..garang btl le Tuan putra tu..boleh rase ketakutan Adira..tak suka lelaki yg garang. nice story Acik :-)
Lyana
menarik...!!tapi takde sinopsis ke?
menarik.... cepat sambung lagi yer....
wahhh..cam best je..tp kan..kite rindu luq n Mel..huhu..dimane mereka??
sonokkkk..nak sambungggg pelih pelih pelihhh..hik
acik, sambung la citer mel ngan luq dulu...
Adiputra.. Adiputra....Adiputra emmmmm..em..em. Not bad. Another n3 please
Acik memang ade aura la.. Semua novel Acik sgt best...
Rasa nak mintak autograp je..
ABM dah publish belum? Tak sabar nak gi beli nih !
~Mastura ~
suke suke suke!!
baru bkesempatan baca cerita baru Acik Lana...intro ceta mmg dah best...mesti lepas ni lagi2 best...
Best!gud starting...
Acik walaupun lambat anty baca citer terbaru ni tp Acik nyer citer mmg the bomb..lebiu too!!!!
baru jumpa blog nie...bab satu best....masuk n3 best2x lagi yea acik!
best!!!
teruja nak baca trus...
suke2...trskan berkarya ye
baru nk mula baca....BEST...
cun gak cita br ni..haha..br la sangat..but best la gak...hurmmkena tunggu next year la nak bli bk ni..hehe..
laaa sedih pula MJATS dah x ada...bila mo update huhu...rindu dengan cerita Luq n Mel^_^
best!!! dah kuar ke nvel ni???? sis ada aura tsendiri... confirm sy beli novel2 sis nnt... :)
nice intro..keep it up!
Post a Comment