Followers

Bab 13 : Kalau Memang Harus Begitu

Adara tersenyum saat kelibat Encik Riyad muncul di muka pintu pantry ketika dia sedang sibuk mengemaskan gelas dan cawan . Hari ini dia langsung tidak berkesempatan berbual dengan lelaki itu kerana Encik Riyad sibuk bermesyuarat dari pagi sampai ke petang. Dan sekarang sudah hampir waktu pulang, baru Encik Riyad datang menyapanya.


“Cantik budak tu hari ni.” Ujar Riyad sambil berpeluk tubuh di sisi Adara. Adara tersenyum malu. Wajah tampan lelaki itu dijelingnya sekilas, nampak senyum simpul di bibir Encik Riyad.

“Mana ada, biasa-biasa aje, encik.” Balas Adara merendah diri. Tangannya yang basah dilap dengan tuala berwarna putih yang tersangkut di tepi rak pinggan. “Encik sibuk hari ni? Tak nampak muka dari tadi.” Ujar Adara sekadar berbahasa. Kekok pula apabila mata Encik Riyad merenung tepat ke arahnya.


“Ha’ah, busy sangat hari ni. Kenapa? Awak cari saya ye?”Riyad tersenyum nakal. Matanya masih bergayut di wajah Adara yang cantik manis. Sungguh, dia sendiri terkedu saat nampak Adara melintas di biliknya dengan kebaya yang dia belikan kelmarin. Memang nampak cantik bergaya cuma dia tidak sempat mahu menegur gadis itu. Terlalu banyak kerja perlu dia siapkan walaupun hatinya meronta-ronta mahu berada dekat dengan Adara.

Adara tersengih kelat dengan soalan Encik Riyad, tak ada sebab dia nak mencari lelaki itu. Bukan dia tak tahu Encik Riyad memang sibuk setiap masa.


“Awak balik pukul berapa ni?” Tanya Riyad sambil melabuhkan duduknya di atas kerusi kayu sambil tubuhnya dipusingkan menghadap Adara yang masih berdiri di tepi sinki. Adara turut sama berpaling menghadapnya dan kali ini dia nampak jelas penampilan gadis itu. Memang cantik dan ayu. Kalau mamanya tengok, confirm terus nak buat menantu. Riyad senyum sendiri.


“Balik sekejap lagi kot. Tunggu Husna sebab dia kata dia banyak report nak kena siapkan.” Balas Adara sambil sedikit menunduk. Segan mahu dipandang mata redup yang sejak tadi merenungnya.

“Memang lambatlah awak balik kalau macam tu..” Riyad tersenyum. Adara angkat muka dengan kening berkerut.

“Kenapa encik cakap macam tu?”

“Sebab saya yang mintak report tu, banyak yang dia kena siapkan. Rasanya tak dapatlah balik awal, silap-silap malam karang baru siap.” Balasnya selamba.


“Laaa..ye ke. Aduhai, saya kena tunggu dia lama la ni.” Adara mengeluh lemah. Sudahlah badannya penat dan lesu, sekarang nak kena tunggu Husna siapkan kerja pulak. Nak balik sendiri memang dia tak nak sebab bukan murah harga tambang teksi dekat sini. Mahu melayang dua puluh ringgit.

“Saya hantarkan awak balik. Boleh kita singgah makan dulu, okey?” Riyad sudah tersenyum memandang Adara. Adara pula sedikit tersentak dan beriak serba salah dengan pelawaan itu.

“Err..takpelah. Saya temankan Husna dekat sini aje.”


Riyad tergelak kecil. Tahu sangat perangai Adara yang sering menolak ajakannnya. Takut sangat termakan budi padahal dia bukan ada niat lain. Lagipun dia bukannya ada aktiviti lain lepas balik kerja, duduk melangut dekat rumah melayan kerenah mamanya.

“Susah betul nak ajak orang cantik ni keluar makan, agaknya kena ikut turn kot. Maklumlah ramai sangat yang berkenan.” Ujar Riyad dengan suara yang sengaja dinadakan berjauh hati. Memang dia tahu Adara menjadi sebutan lelaki-lelaki di pejabat itu dan hari ini nama Adara semakin hangat meniti di bibir mereka. Tak sia-sia dia berhabis duit mengubah penampilan diri gadis itu. Sekurang-kurangnya dia dapat membantu Adara meningkatkan keyakinan dirinya.


“Kenapa encik cakap macam tu..” Balas Adara perlahan. “Saya cuma rasa tak selesa aje. Dah banyak sangat encik tolong saya.”

“Alah, takde apalah. Saya hantarkan awak balik, tunggu saya kat lift okey. Saya nak pergi kemaskan barang saya sekejap.” Riyad bangun sambil tersenyum. Adara sudah tercengang. Bila masa aku kata aku setuju ni? Ah, terlupa pula. Dia sedang bercakap dengan Encik Riyad yang suka memaksa itu.


***


Adara berdiri di lift menunggu kehadiran Encik Riyad yang pergi mengemaskan barang-barangnya. Ruang di situ agak lengang kerana jam sudah hampir pukul 6.15 petang. Kebanyakan pekerja sudah pulang tepat pada pukul 5.30 tadi, cuma masih ada beberapa orang yang masih berada di pejabat menyiapkan kerja yang barangkali tidak boleh bertangguh lagi. Adara tersenyum sendiri. Dia masih terbayang wajah Husna saat dikhabarkan yang dia akan dihantar balik oleh Encik Riyad. Menceceh mulut Husna membebel kerana dengki tidak dapat ikut sama. Lagi pulak dengar makan free, terbeliak mata perempuan itu. Kelakar betul Husna ni.


Adara tersentak saat dia terpandangkan kelibat Tuan Putra yang melangkah menghampirinya. Lelaki itu tidak perasan kehadirannya di situ kerana sibuk membelek blackberry di tangan. Adara mengeluh. Mana dia nak lari ni? Dia memang tak nak berdiri berdua-duaan dengan Tuan Putra, nanti entah apa pula mulut jahat tu nak kenakan dia. Adara semakin panik dan gelisah saat langkah Putra semakin hampir. Alamak, mana nak menyorok ni? Matanya liar memandang ke kiri dan kanan namun kakinya masih kaku tidak dapat bergerak.


Tiba-tiba Adara rasa ada perlanggaran yang agak kuat di tubuhnya dan sedar-sedar sahaja dia sudah tergolek di lantai. Adoi, sakitnya punggung aku!

Matanya dapat menangkap Blackberry yang sudah berkecai serta beberapa keping kertas bertaburan di sisinya. Dia telan liur dan dalam rasa debar yang menggila, dia dapat rasakan ada beban berat di atas tubuhnya. Segera dia mengangkat kepala dan saat itu matanya membulat luas. Nampak jelas wajah Tuan Putra yang begitu hampir dengan wajahnya, tak sampai 5 inci! Menggigil seluruh tubuh Adara dan dengan rasa menggelabah, dia menolak tubuh sasa lelaki itu ke tepi. Kemudian dia merangkak duduk di atas lantai sambil tangannya memeluk tubuh. Tidak! Lelaki itu sudah peluk dia! Adara rasa mahu menangis, semuanya berlaku terlalu pantas dan sekarang lelaki yang paling dia menyampah di dunia ini menjadi lelaki pertama yang memeluk tubuhnya. Argh, geramnya!


Putra pula kaku tidak bercakap sepatah kata. Rasa marah dengan dirinya sendiri kerana terlalu leka membelek Blackberry sampai tak nampak Adara yang berdiri di situ. Perempuan tu pun satu, kenapa tak bergerak menjauhi dia kalau dah nampak dia nak terlanggar tadi? Bibirnya diketap saat melihat Blackberrynya yang sudah berkecai di sisi Adara. Segera dia bangun dan mengutipnya dengan wajah merah padam. Walaupun semuanya berlaku terlalu pantas, tapi dia masih rasa berdebar dengan kejadian itu. Masih terasa kehangatan tubuh Adara dalam pelukannya dan masih terbayang mata galak itu yang bulat merenung matanya tadi. Kejadian ini betul-betul membuatkan dia nampak bodoh!


“Apahal ni?” Riyad terkocoh-kocoh menghampiri Adara yang masih duduk di lantai. Nampak jelas wajah gadis itu pucat lesi dan ketakutan. Riyad duduk melutut di sisi Adara sambil cuba menarik tangan gadis itu namun Adara merentapnya semula.

Tolonglah jangan nak pegang-pegang. Dahlah aku kena peluk dek malaun ni tadi, trauma tak hilang lagi ni!


“Kenapa ni Putra?” Riyad memandang Putra yang masih tunduk mengutip kertas dan serpihan Blackberrynya. Amboi, takkan bergaduh dengan Adara sampai baling-baling telefon?

“Minah ni la, berlakon jadi tiang dekat sini buat apa!” Balasnya geram. Padahal salah sendiri namun dia sengaja membuang salah itu kepada Adara. Matanya menjeling sekilas ke arah Riyad yang bersungguh-sungguh mahu membantu Adara bangun.


“Bu..bukan. Dia yang..” Adara cuba membela diri namun terpandangkan pandangan tajam Tuan Putra, dia tidak jadi meneruskan ayatnya. Tak guna bagi penjelasan pun, dia tetap akan kalah jugak.

“Dahlah tu, bangun cepat. Awak duduk atas lantai ni buat apa, kotorlah..” Ujar Riyad sambil menghulurkan tangan kepada Adara namun gadis itu menggeleng. Terkial-kial dia cuba bangun sendiri dengan kain kebaya yang agak sendat itu membataskan pergerakan kakinya.


Putra mendengus geram melihat Blackberrynya yang sudah jadi arwah. Terpaksalah dia beli yang baru nampaknya. Matanya mencuri pandang pula ke arah Riyad dan Adara yang sudah berdiri. Riyad mengutip handbag Adara sementara gadis itu menepuk-nepuk belakang bajunya.

“Okey ke tak ni?” Tanya Riyad sebalik melihat langkah Adara terdengkut-dengkut. Adara mengerutkan wajah sambil membongkok menyentuh betisnya.

Aduh, sakitnya tulang keting aku. Ni mesti tergeliat sebab si buta tu hempap aku tadi. Ingat badan dia ringan macam guni beras 5kg agaknya, padahal berat nak mampus! Rungut Adara di dalam hati.


“Okey ke tak ni? Saya bawak awak pergi klinik.” Riyad sudah memapah lengan Adara walaupun berkali-kali gadis itu menepisnya. “Awak ni, saya bukan suka-suka nak pegang. Awak nak berjalan macam mana kalau saya tak tolong papah awak.” Balas Riyad sedikit tegas. Adara diam dan membiarkan sahaja tangan Encik Riyad memegang lengannya. Banyak cakap karang memang dia tergolek sendiri dekat situ sebab tak ada yang nak tolong.


Putra hanya menjeling ke arah Riyad dan Adara yang sudah memasuki perut lift. Dia nampak jelas tangan Riyad memegang erat lengan Adara. Memang pandai ambil kesempatan mamat ni.

“Wei, kau nak masuk ke tak ni?” Tanya Riyad dari dalam. Adara juga ikut sama angkat kepala memandangnya. Ah, mata itu…dadanya berkocak entah kenapa.

Putra mengangguk dan segera meloloskan dirinya ke dalam perut lift tersebut. Sekali sekala dia mencuri pandang ke arah Adara yang berkerut muka menahan sakit. Teruk sangat ke aku terpenyek kaki dia tadi?


“Kalau tak okey kaki awak ni, esok awak pergi ambik MC la ye. Duduk rehat dekat rumah, jangan banyak bergerak.” Ujar Riyad kepada Adara yang masih mendiamkan diri.

Putra mencebik. Sikap mengambil berat dan kemanisan bicara Riyad membuatkan dia tidak senang hati. Itu memang kelebihan Riyad berbanding dia. Riyad seorang lelaki yang bijak mengambil hati orang lain dan tutur katanya sering lembut dan penuh hemah. Tidak seperti dirinya yang sering cakap lepas dan kasar. Tapi perbezaan itu tidak menjadi tiket untuk Riyad mengalahkan dia dalam persaingan merebut perempuan kerana kebanyakannya sering membanding jumlah harta kekayaan antara mereka berdua. Dia punya kelebihan tentang itu berbanding Riyad dan sebab itu dia selalu menang dalam usaha mereka meraih perhatian perempuan-perempuan cantik. Tapi Adara? Dia tidak pernah menyahut cabaran untuk mengejar Adara dengan Riyad, malahan Adara tidak pernah masuk dalam senarai gadis-gadis yang harus diburu. Tapi kenapa saat melihat kemesraan Riyad dengan Adara dia mula rasa tewas?


Matanya merenung lagi ke arah Riyad yang tertawa mesra dengan Adara. Walaupun gadis itu hanya tersipu-sipu malu namun dia sudah rasa lain macam. Bercinta ke si Riyad ni dengan Adara?

Putra mengetap bibirnya sendiri. Mustahil rasa aneh dalam dirinya ini disebabkan Adara. Dia cuma terpesona dengan kecantikan Adara hari ini sebab hari sebelumnya gadis itu tampak buruk dan selekeh. Setakat itu sahaja dan tidak mungkin dia ada perasaan lain kepada gadis itu. Tanamnya di dalam hati namun matanya masih menjeling ke arah Riyad dan Adara tanpa jemu.



16 Baca Laju-Laju:

keSENGALan teserlah.. said...

aiyoyoyo.
jatuh tergolek sudah ka putra?
hikhikhikk..

baru tau penangan adara ye.
next2.

itu_aku +_^zue said...

haahahaha...
padan muka putra...
nk lg...
jar putra cukup2

kikyu said...

aduyai... kesian adara dihempa satu tan guni beras... hahaha.... amboi putra... pandang2 jeling2 iyerr... jgnlah.. kang terjuling biji mata tu siot..

Anonymous said...

he..he ..he .. putra sudah terjatuh cinta ke kat Adara ..??? Best ...best ...

ctjuliana said...

suke la cite ni acik lana.. ;)

Anonymous said...

woi putra ingat cikit kat ifa hang yg gedik tuh...skrg adara dh cantik br ko terlopong...

Ema Emaharuka said...

Terbawa mimpi jugak putra ne tntg adara, hehe

buat puTra bnyak2 cmbru...

Kak aCik ema nak lagik..

E-man Sufi said...

tu dia...putra jeles heh? tercabar erk?dgn riyad baru bertemu buku dgn ruas..^_^..next!!! :P

ilhampencetusidea.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
aqilah said...

jeles nampak Tuan Putra????????????????? bezzzzzzzzzzzzzzzzzzz

studenthardstyle said...

dalam hati Putra dah ada taman....wah..wah makin best nih...x sabar nk en3 selanjtnya...kasi daring dan romantis lagi Acik...hehehehe

Rindu Lukisan said...

bab2 kasi jelez kat Putra tu wat lelebih sikit ek Acik...dah geram la plak Anty ngan Putra ni...btw well done Riyad...lebiu....

Seorg wanita... said...

Sedap jer langgar org...pastu jeles pulak dgn org tu... hehehe... padan muka... sian Adara sakit kaki...mujurlah Riyad tiba di saat bantuan sgt diperlukan... hehehe... comel gitu part ni...opps..

mummy_ayu said...

he he he...mula terjatuh..pas nie jatuh hati la plak...

Kathy Tuah said...

eleh! jeleslah tu.. tapi kan acik, mcm best pulak tengok riyad dgn adara ni..hehe..

harap2 pasni ke'gentleman putra dpt menandingi riyad..

Anonymous said...

Knapa tak buat riyad je jd hero?

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI