Kesayangans : Thank u soo soo much!! :')

Bila Kawan Dapat Pelok Ciom

Memang acik tak popular..

tapi tengok analytics, setiap hari ribu-ribu unique readers (lap airmata terharu. thank u darling) tapi kenapakah hanya secoet aje yang bertegur sapa? Tak suruh komen pun, tegur kat chat pun tak apa.. :)

Malu? Segan? Takut kena makan? come on guys..let me know who u are. u should take all the credits, kerana tanpa anda siapalah saya. (statement menang award lagi.haha!)

Jom kawan! =)

Wednesday, May 18, 2011

Bab 1 : Kerana Aku Untukmu..

Darriz Imdad menjeling jam tangan yang melekat kemas di pergelangan tangannya. Hayunan langkahnya dihala pantas menuju ke arah lift yang berada di tengah-tengah ruang bangunan yang cantik ini. Sambil melangkah, tangannya ligat memeriksa email di dalam Blackberry. Masih ada banyak email dari client-client di tempat kerja lamanya.

Degil betul, dah aku kata aku dah resigned, lagi nak hantar email tanya yang bukan-bukan! Gerutunya geram.


Ketika berada betul-betul di hadapan pintu lift, Darriz Imdad masih leka membelek telefon bimbit di tangannya. Orang ramai yang ikut sama berdiri di hadapan lift langsung tidak dipandang. Dia tak berminat nak melihat sesiapa walaupun sekilas tadi dia nampak mata-mata gadis berdekatan begitu asyik merenungnya. Dah biasa, dia dah tak rasa apa dah.

Ada enam buah lift disediakan di ruang itu, namun cuma lift yang satu ini sedang bergerak menuju ke Ground Floor. Kerana itu ramai berkerumun di pintu lift yang ini.


Ting!

Pintu lift terbuka dan Darriz Imdad memberi laluan kepada kaum wanita untuk meloloskan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah dia menyelit sama. Saat pintu lift hendak tertutup, ada jari jemari halus menahannya dan pintu lift kembali terbuka luas.

“Sorry, thanks.”


Bau harum semerbak saat gadis tinggi lampai itu melangkah masuk ke dalam perut lift. Darriz Imdad yang sejak tadi leka membelek Blackberry mengangkat muka mencari empunya diri yang keharumannya benar-benar menarik perhatian. Dia bukanlah arif sangat tentang wangian wanita, tapi bau yang lembut itu membuatkan dia tertarik. Naluri lelakinya entah kenapa berkocak meyakinkan yang gadis itu pastinya cantik jelita.


Lama dia amati gadis yang membelakangkannya itu. Jarak mereka tidaklah terlalu jauh, hanya beberapa kaki sahaja. Dengan rambut panjang mengurai dan sedikit keperangan hingga separas pinggang, hatinya berdegup kencang. Melihat gadis itu menggerak-gerakkan kepala untuk mencari sesuatu di dalam beg tangan sudah cukup membuatkan dia terpesona. Matanya melorot pandang pakaian korporat yang tersarung di tubuh gadis itu. Sut lengan panjang warna putih dikenakan dengan skirt separas lutut berwarna hitam menyerlahkan kulitnya yang putih gebu di bahagian kaki. Tengok dari belakang, memang gadis ini nampak sempurna sekali. Entah macam mana rupanya, dia memang meronta-ronta ingin tahu.


Setelah melewati beberapa tingkat bangunan, lift mula lengang apabila ramai yang sudah keluar di tingkat pejabat masing-masing. Kini cuma tinggal Darriz Imdad dan si gadis cantik tadi yang masih menghadap ke pintu lift. Darriz Imdad pandang butang lift yang masih bernyala merah. Dia mahu ke tingkat 19 dan si gadis ini pula ke tingkat 20. Seingatnya syarikat Palaco Group Berhad memang berada di tingkat 19 sehingga tingkat 21. Bermakna perempuan ini bekerja sama syarikat dengannya? Bagus betul.

Ah, kenapa pulak aku nak sibuk-sibuk. Tengok muka pun belum, dah sibuk nak fikir ayat nak mengorat! Darriz Imdad geleng kepala sambil tersenyum.

Kadang-kadang dia suka benar nak uji sahamnya yang memang sentiasa naik ini. Bukan nak perasan, tapi itu hakikatnya. Dia tak pernah kalah dalam memancing perhatian wanita.


Saat lift berhenti di tingkat 19, Darriz Imdad mengatur langkah untuk keluar. Entah kenapa idea nakal spontan datang menerjah kepalanya.

“Opss.. sorry!”

Imdad buat-buat terlanggar si gadis tadi sehingga terjatuh fail yang dipegang gadis itu. Kertas-kertas putih bertaburan di atas lantai. Serentak dia dan si gadis tadi tunduk mengutip kertas yang bersepah-sepah di lantai.

Darriz Imdad mencuri pandang ke wajah misteri yang sejak tadi jenuh dia bayangkan. Sesaat itu juga dia terpana dan terpaku. Dadanya melantun deras dan nafasnya rasa tersekat-sekat saat pandangan gadis itu bertaut dengannya. Subhanallah..


Darriz Imdad telan liur menatap seraut wajah yang lembut dan putih bersih itu. Dengan solekan nipis, kecantikan gadis itu benar-benar membuatkan dia terpaku. Mata yang bundar itu dipayungi dengan kening yang lebat dan kemas terbentuk. Alis matanya juga lentik dan tambah menyerlah apabila disaluti mascara yang tidaklah terlalu tebal. Bibir itu.. ya, bibir itu membuatkan dia tidak tentu arah. Nampak segar dan berkilat dengan warna merah jambu.

“Sir, are you okay?”

Darriz Imdad tersentak dan pantas dia memandang gadis yang merenungnya. Darriz Imdad cepat-cepat bangun saat terpandangkan lantai lift itu sudah bersih tanpa sekeping kertas.

Ah, malunya! Dia langsung tak tolong kutip kertas tadi dek sibuk menatap keindahan yang tak terperi di hadapan mata. Mesti dia nampak bodoh!


“Sorry, I tak sengaja terlanggar you.” Darriz Imdad tersenyum kelat.

“It’s okay. Oh, lift ni dah sampai ke tingkat 20, you kena turun semula la.” Balas si gadis dengan senyuman kecil. Darriz telan liur. Lesung pipit di kedua belah pipi gadis itu bagaikan bonus melengkapi kesempurnaan wajahnya.

“Oh, it’s okay. I turun semula.”

“See you, bye!” Gadis itu segera melangkah keluar saat pintu lift terbuka.


Darriz hanya memerhatikan lenggang lenggok gadis itu yang menghilang saat pintu lift kembali tertutup rapat. Dadanya yang berdegup kencang disentuh. Hebat sungguh debarannya kali ini, tak sama dengan debar-debar yang pernah dia rasa sebelumnya.

Bukan tak biasa menghadap jelitawan, dah selalu sangat dia berkepit dengan perempuan-perempuan cantik. Cuma kali ini rasanya berbeza. Getarnya tak sama langsung. Darriz Imdad mengeluh sambil melurut rambutnya. Seketika kemudian baru dia tersedar yang lift itu sudah turun semula sehingga ke Ground Floor.


Ah, dia terleka lagi!


***


“Zen!”

Zenia menoleh saat terdengar suara Nadzirah memanggilnya. Segera bibirnya menguntum senyum ke arah gadis yang melangkah menghampirinya.

“Kau lambat lagi hari ni, ye?” Nadzirah angkat-angkat kening sambil tersenyum.

Zenia yang baru meletakkan beg tangan di dalam laci tersenyum kecil. Tangannya menekan pula punat di CPU untuk menghidupkan komputernya.


“Biasalah, kalau dah menumpang orang, kenalah ikut jadual orang tu. Aku dah malas nak paksa-paksa suruh dia gerak awal, karang aku pulak kena marah.” Balas Zenia dengan nada sedikit perlahan.

“Hisy, apa nak jadilah. Sepatutnya dia kena faham yang kau ni kerja dengan kompeni orang, bukan kompeni bapak dia.” Nadzirah melabuhkan duduk di birai meja Zenia. Matanya memerhatikan Zenia yang ligat menyusun beberapa dokumen penting di atas meja.

“Kau dah breakfast ke, Azie?”

Nadizrah menggelengkan kepala. “Tunggu kau la. Mana reti aku nak makan sorang-sorang.”

“Gedik.” Zenia mencebik sebelum tersenyum.


Di pejabat ini, Nadzirahlah teman rapatnya. Sejak bekerja di syarikat korporat yang gah ini dua tahun lalu, dia mula serasi bersahabat dengan Nadzirah. Gadis bertudung dan tinggi lampai ini memang mesra dan ceria. Atas dasar hubungan yang erat ini juga, dia banyak berkongsi suka dan duka bersama gadis itu. Rahsianya, rahsia Nadzirah, begitu juga sebaliknya.

“Eh, hari ni bos baru masuk. Nasib baik dia belum melawat sini lagi, kalau tidak memang saja je kau kena. Asyik datang lambat aje.”


Zenia tersengih. “Dah masuk ke belum bos baru tu?”

“Belum, dia bos mestilah tak kisah kalau masuk lambat. Kau tu,bos ke bukan?”

“Perli aku, perli aku!” Zenia cubit lengan Nadzirah dan sahabatnya itu mengekek ketawa.

“Jomlah makan. Lapar ni, sekejap lagi bos baru nak turun pulak. Kak Mira dah pesan suruh standby kat workstation dan buat muka paling rajin.” Ujar Nadzirah sambil bangun berdiri.

“Kau bab berlakon rajin memang terror kan?” Zenia tergelak sambil membuka laci mengeluarkan dompetnya.

“Lakonan kena mantap, beb.”

Zenia dan Nadzirah berkongsi tawa sebelum melangkah keluar dari department mereka.



Pukul 10.30, semua pekerja sibuk di workstation masing-masing. Ada yang betul-betul sibuk menyiapkan tugas dan ada juga yang berlakon sibuk. Maklumlah, CEO baru nak melawat kawasan sekejap lagi. Zenia rasa lucu pula melihat keadaan Zamri dan Badrul yang nampak kuhsyuk benar menghadap komputer. Kalau hari biasa, jangan harap. Budak berdua tu lagi suka menghabiskan masa merokok di ruang merokok yang disediakan. Merokoknya sebatang saja, tapi sampai berjam-jam duduk di luar. Bergosip entah apa, kalah perempuan.


Kak Mira dari tadi sibuk ke sana sini. Sebagai Ketua Jabatan, dia mahu memastikan anak buahnya berada di tempat masing-masing sebelum bos besar naik melawat mereka di sini. Tak mahu dianggap tidak mampu menjalankan kerja dan tugas dengan baik dalam memimpin anak buahnya di sini.

Bunyi riuh rendah mengejutkan Zenia yang leka menghadap komputernya. Segera dia mengangkat kepala dan dia nampak Kak Mira mengisyaratkan mereka supaya bangun. Zenia menurut dan dia bangun berdiri di sisi workstationnya. Matanya terintai-intai wajah CEO baru yang tak pernah dia kenal selama ini. Cuma dengar cerita, CEO baru mereka masih muda dan bergaya. Tak tahulah bergaya macam mana. Orang kaya ni biasalah, mewah dan tak pernah kalah bergaya. Muka kurang kacak pun masih boleh nampak hebat dalam sepersalinan mewah.


Mata Zenia tertancap ke arah sekumpulan manusia yang bergerak masuk ke dalam. Beriya-iya benar Kak Mira menyambut ketibaan mereka. Dahi Zenia berkerut.

Mana satu CEO ni? Namun sedetik kemudian, dia spontan menekup mulutnya. Lelaki yang tu ke CEO baru mereka? Zenia telan liur. Dia takkan lupa seraut wajah yang dijumpai di dalam lift pagi tadi. Lelaki itulah yang melanggarnya sampai habis berterabur semua dokumen penting dari failnya.


Langkah kumpulan manusia itu semakin menghampiri tempat kerjanya. Zenia nampak lelaki itu berwajah sedikit serius namun masih ramah menegur dan bersalam dengan staf-stafnya. Saat langkah mereka berada di tempat kerja Nadzirah, Zenia mula rasa gelisah. Tak tahu kenapa. Mungkin juga dia bimbang kalau CEO barunya itu masih mengecamnya. Entah apa reaksi dia nak kena tunjukkan. Buat biasa? Senyum-senyum? Atau buat tak tahu aje?


Saat kaki lelaki itu betul-betul berdiri di hadapan workstationnya, Zenia cuba ukir senyuman manis. Dia tak mahu nampak kekok atau canggung di sini.

Darriz Imdad terpempan saat wajah itu singgah di matanya. Akhirnya, jumpa juga!

Dari tadi dia jenuh meliar mata mencari bayang gadis ini sepanjang lawatannya. Rupa-rupanya gadis itu bekerja di bahagian Finance sebagai Senior Executive. Boleh tahan.. Desis hatinya saat Amira menerangkan tugas gadis itu. Cuma nama gadis itu tak berapa dapat ditangkap dengan jelas. Zaniah? Zaliya?


“Hi, welcome sir. I Zenia.” Zenia hulur tangan dan lelaki itu tersenyum sambil menyambut huluran tangannya. Zenia tak sangka, memang kacak sungguh CEO baru mereka ini. Muda lagi, mungkin tua setahun dua dari dia. Macam mana dah boleh jadi CEO ya?

“I Darriz Imdad. I saw you before kan, cuma tak ingat dekat mana.” Balas Darriz Imdad berlakon. Konon tak ingat, padahal dia memang mencari kelibat gadis bernama Zenia ini. Zenia.. uniknya nama!

“Dekat lift.” Balas Zenia sambil tersenyum kelat. Cepatnya lupa, muda lagi kot.

“Oh, ya-ya. Dekat lift tadi. Sorry for that. I lupa nak mintak maaf pasal tadi.”

“Eh, no worries. Accidents can happen to anyone.” Balas Zenia ikhlas. Segan sungguh kerana agak lama pula Tuan CEO ni singgah di tempat dia. Tempat orang lain, salam-salam, hai-bye, terus gerak.


“Ya, I should be more careful in future.” Darriz Imdad menjamah sepuas hati wajah jelita di hadapannya. Rasa tak mahu berlalu namun dia perlu memikirkan statusnya di sini. Tak mahu ada gosip liar kedengaran pada hari pertama dia bekerja.

Perbualan mereka terhenti saat Amira meminta izinnya untuk meneruskan lawatan. Darriz Imdad akur dan saat dia melangkah meninggalkan tempat kerja Zenia, dia rasa ingin menoleh semula menatap seraut wajah itu. Dia mahu memandang gadis itu lagi tapi egonya menghalang.


Tak apalah, takkan lari gunung dikejar. Apatah lagi gunung yang memang ada di bawah jajahannya. Desis Darriz Imdad sambil tersenyum simpul.

****************

P/S : ni cerita baru..hehe.. saje try test. nanti komen dan feedback ye. hope Darriz Imdad boleh setanding dengan Mikail, Luqman dan Putrra ye..hehe. TQ muacks!

30 Baca Laju-Laju:

blinkalltheday said...

wahh,n3 baru acik??best2.KMHB da stop a??

fallenmoon said...

wah! citer baru! suka2! :D

blinkalltheday said...

zenia ni da kawenke acik??mcm dah je..

akira_bita said...

cter baru! hahahaha!!!

syira mahazir said...

cte baru :) super sweet la acik..tp kn acik if novel neh abeskn kt blog lg best...nk tgu terbit jadi novel den xsgup la hehe..

Anonymous said...

ada cite baru ye...cam best...tapi takut nanti dah syiok2 baca tup2 stop lagi ke versi cetak...huhuhhu

acik..nie cerita berat @ ringan2 je?

fieza said...

n3 baru...best :)

Acik Lana said...

KMHB blom stop lagi.. acik stop sama macam MJATS ye.. Bab 80 is the last chapter. 80 tu dh teramat byk bak kata org kakinovel. tp ack slalu x smpai ati bg org tertunggu2..update gak le. :')

lepas ni acik nak concentrate siapkan KMHB. mebi slow sikitlah sbb manuskrip MJATS nak kena submit dan edit before jumaat ni. will be busy darlingss.

but but but. teruja nak sambung cite baru ni. so xdelah rasa meroyan sgt kalo KMHB stop kan? so sorry.. huhu

oh, zenia dah kawin? hisy, korg ni mmg advence kan kan kan. cepat je tangkap. predictable sgt eh citer acik? hehe

neway thanks for support yg x berbelah bahagi. maaf sgt2 sbb x pernah abiskan citer kt blog. mebi sumday acik buat cerpen ye. hehe.

lap u very strong, tak tipu. muacks!

nur9979 said...

best je cite ni...

tp mesti c zenia 2 dh ada y pye....

Acik Lana said...

oh. menjawab soalan, cerita ni taklah seringan KMHB dan tak juga seberat MJATS. konflik tu ada dan kali ni acik nk try buat cerita mendalam sikit. pasal isu semasa yg ada disekeliling kita. cuma disampaikan dgn cara sedikit ringan la. insyaAllah..hope mesej tu sampailah kan. hehe

sorry if tajuk asyik bertukar, belum jumpa yg betul2 kena dengan jiwa ni. malas nk fikir. huhu

Anonymous said...

cter baru acik..best2..
Tapi kan acik,sorry for saying this.kdg2 plot dia lebih kurang same dengan cerita acik sebelum ni..
Sy cdgkan acik luaskan karakter dia ke.mmg semua org impikan ceo,handsome.tp realitinye x semua mcm tu.cbe tonjolkan yg hero dia bermula dari bwh utk berjaya.and heroin dia pula cuba acik bawa yg berlainan mcm perempuan bertudung ke..mungkin acik x biasa,tp x salah utk cuba kan..
Ikhlas dr sy.minta maaf byk2 kalau acik terasa..tp xbermakna cerita acik x best ye.sbb sy pun peminat cerita acik jgk=)

itu_aku +_^zue said...

tq acik.
okk la tu smpai bab 80.
ssh dh nak cri kt blog lain.
mcm biasa x sbr tgu sambungan cite bru
heheehe
:)

itu_aku +_^zue said...

acik,
dh bole tepek gmbo bru dh..
sape lak hero,heroin kali ni?
x sbr tgu~

Acik Lana said...

thnak u comments.

oh tertarik dgn komen anon. sila letak nama yang.. cam x best nak panggil anon. hehe.

komen dia btol gak tu. acik pun perasan watak lelaki mesti nak macho kaya2.. sgt over kan acik ni. nak macam putera impian. hihi.

rasanya dari 4 novel acik, Luqman sorang je lelaki nan hado, yg lain semua ado-ado kan? hehe.

insyaAllah.. in future acik buat watak lelaki bersederhana dan perempuan bertudung ye. siapa tahu pasni Zenia bertudung kan? hihi

thanks komen2.. acik akan baiki mana yg kurang. maseh byk2.. lap u!

Ema Emaharuka said...

Yeii, sukenya ada cite baru:-)
next kak:-)

nurf said...

cerita baru laa :))

april said...

hai acik lana,
sekian lama ikut as SR je baru arini merajinkan diri taip komen..hehhehe..
1..congrats buku bakal terbit
2..thaks tulis enovel yg best utk kitorag2 ni baca
3..sy suke karya acik sbb tak berat sgt n konflik suam2 je..xde la smpe feel nak nangis2 n geram2 sakan time baca gitu..ahaks..
4..tp x salah kalu nak try tuk wat cite yg berat2 kann..
5..intro novel baru bestt..teruskan usaha ek..n sy suke cara acik lana..bila novel sblom tu dah nak stop, acik sambung gan novel baru...

ha ambik kau berjela2 komennya..hehe..gud luck yaa...

Rindu Lukisan said...

Acikkkk......sayang sangat Anty kat Acik...mmg tak menahan nama2 hero Acik...heroin pun sama...mmg mabless Acik ni....
X pe walau CEO muda...mmg dah banyak pun kat Malaysia ni .... citer Acik, Acik punyer suka lah nak wat cam ne....mungkin next novel bole buat laen dr yg lain sprt yg disarankan oleh Anon tu...jgn dlm n3 KAU ni ok....

qwerty said...

banyaknyaaa lah idea acik.
sangat jeles ni. isk3.

zenia dah kawen yee.
mesti hasben dye ni lorat sikit.
huhu..

Anonymous said...

ouh.sorry.lpe nak letak nama..
Thanx acik,coz sudi bace komen :)
acik mmg terbaik lah,sbb ade sesetengah writer lansung xnak terima pandangan org lain..
Hope acik terus success yea =)
-dinie-

dewdrop said...

cite baru..seronokknyeeee ^_^

walaupun sy pun admit hero n heroinnye berkisar dlm social status yg hampir2 serupa,surrounding mereka yg sama utk ke4,4 cerita acik,tp what the kisah..sbb bg sy,sy bce cite acik utk release tension,bce utk rilex,bce utk hilang tepu kt cerebrum lps sumbat dgn bhn2 dr harrison,n mcm2 mslh khdpn..so,xpela klau sumer nye ala2 putera n puteri impian..sumernye ala2 fairy tale yg indah2 n perfect2.sbb reality xseindah fairy tale..muahahahha..ape ntah aku mengarut..

pape pun acik..cpt2 upload 2 epi utk KMHB,pastu bley biarkn putra,adara rest jap..fokus on darriz and zenia..hahaha

chaiyokk2!! (^_^)v

Anonymous said...

betul kew zenia dah kawen?? ah.. tak naklah kalau macam tue..

anyway, mungkin dh bertunanag kot... kan acik kan????

hehhehe.. dah kurang sahamlah pulak zenia nie....

dan aku dapat agak, kalau zenia ni dah kawen or tunang, mesti heronya dah tak teruna lagi kan????

tapi.. aku harap2 sgt-sangat-sangat-sangat. zenia tu blom kawen and imrad masih anak teruna....
harap sangat2....

sebab...

aku akan secara tidak sengaja akan terbayang aksi2 18x mereka bersama dengan pasangan lain sewktu baca kisah mereka.. dan secara x langsung automatik aku akan rasa geram sgt2 sebab x dapat menghalang mereka daripada melakukan maksiat.

hrmm... tipikal budak zaman sekaranglah macam yang acik cuba ketengahkan masalah zaman sekarang kan....

nyway, still excited to get to know the afterwards n3...

Seorg wanita... said...

Congrates Acik!! Ada citer baru dah ready nampaknya utk kitorang yg suka dan setia baca karya Acik...

Tak kisahlah apapun citer Acik... akak tetap akan baca..

Yg penting, Acik jangan stress sbb nanti payah nak tulis (samada citer yg nak dibukukan maupun yg nak publish kat blog).. dan jgn buat kitorang pun stress, tau.. stress sbb rindukan Acik.. asalkan ada bahan utk kami bacer di blog ni, ok dah..

hehehe.. nak citer yg best2 jer dr Acik... chayyok!!

Anonymous said...

;] new story..

apriestys said...

bessssssssssssss!!hehe
chaiy00k!! :D

sitinor said...

cite baru ke achik, best2 sgt.. TQ

YONG JIAO XIU said...

baru bc slps bbrp hari u post novel ni. sebab huhuhu tak suka baca sikit2, nak bc byk2. sebab tu bc lmbt, sebab nak kumpul byk2 chapters. best lah.huhuhu(bkn sedih, sedikit ralat je sebab klo blh nak bc 1 novel penuh.

LiN LiNa said...

keep it up dear..
sronok sgt bc.. :D
br jmpe blog acik sbnrnye.. ngeh3..

Rohaida Rahman said...

yezzza ada blog baru nak teroka hikhik.. oh yea, selamat berkenalan acik :-)....
best lak baca 1st chapter, nama characters pun gempaks.... akan follow giler2 ni...

fyda said...

bez...
nope,,//...
2 me,,xdek sape ley lawan mika,,
hehe