Kesayangans : Thank u soo soo much!! :')

Bila Kawan Dapat Pelok Ciom

Memang acik tak popular..

tapi tengok analytics, setiap hari ribu-ribu unique readers (lap airmata terharu. thank u darling) tapi kenapakah hanya secoet aje yang bertegur sapa? Tak suruh komen pun, tegur kat chat pun tak apa.. :)

Malu? Segan? Takut kena makan? come on guys..let me know who u are. u should take all the credits, kerana tanpa anda siapalah saya. (statement menang award lagi.haha!)

Jom kawan! =)

Monday, July 4, 2011

Bab 1: Cinta Ini Jangan Mati

Edited : Acik tukar tajuk ye.. tajuk lama tu mcm ada yg kureng. thnks untuk yg bg pendapat. saya akan lebih semangat menaipnya. uhuk3


p/s : ini cerita baru yang acik eksaited sgt nk taip tu. hahaha! x tahulah sedap ke tak..try ajelah baca dulu ye. Tajuk tu, buat sementara acik guna ni. mana tahu tajuk tu sensitip kan, mebi akan ditukar lain kali. but if no issue, guna aje tajuk ni. tak ada kaitan dgn sesiapa tau.. rekaaan semata-mata dari otak orang kuat berangan ini. haha. enjoy reading n do drop ur comments jika ada ye. :)


*******

Irdina membelek tanda harga baju blaus biru beropol separas lutut yang tergantung di tengah ruang butik. Terbeliak matanya melihat tag harga yang tertera di atas kad kecil itu. Dipejam celik matanya berkali-kali. Mana tahu salah tengok atau dia kini disahkan rabun secara mengejut.

Mak oii.. lapan ratus ringgit?? Telan liur dia melihatnya. Ada ke orang nakbeli baju mahal nak mati macam ni? Irdina menggeleng sendiri. Untuk baju saja dah sama macam gaji dia sebulan, membazir betul.


Entah betul entah tidak kualitinya elok setanding dengan harga. Kadang-kadang kualiti lebih kurang sama macam baju yang dibeli di Uptown Danau Kota. Sebab dah masuk butik mewah, harga pun nak kena jadi mewah. Mengarut sungguh. Dia tahulah sebab dah tiga hari kerja dia duduk membelek baju di Butik Jasmeen ini. Dah boleh kenal kualiti fabrik yang diguna. Mustahil mahal melampau sampai macam tu sekali. Setakat upah menjahit berapalah sangat. Kak Melah di kampung dia dulu baru ambil upah dua puluh ringgit sehelai, itu jahit baju kurung tu. Kalau baju tak cukup kain macam ni, silap-silap lima ringgit aje dia charge.


“Kau ni dari tadi terkumat kamit kenapa, nyah? Baca doa ke?”

Irdina tersentak saat ditegur oleh suara nyaring-nyaring serak itu. Siapa lagi kalau bukan si Manja yang konflik identiti itu. Dulu masa dia baru jejak kaki ke Butik Jasmeen, mati-mati dia ingat Manja itu perempuan tulen. Pakaian, rambut, aksesori, sebijik perempuan. Namun apabila ternampak Manja masuk bilik air lelaki, dia tercengang. Pergh, dua alam rupanya! Mujur juga dia tak pernah main peluk-peluk atau laga-laga pipi dengan Manja. Haram.. haram!


“Manja, kau tak rasa ke baju dalam butik Datin Jasmeen ni mahal nak gila? Macam tak logik pun ada harga dia.” Irdina pandang Manja yang sedang mengangkut sebeban baju yang baru diambil dari bilik simpanan. Urat-urat kasar timbul di lengan Manja akibat beban yang berat itu. Nampak sangat tangan jantan!

“Helloo.. bagi para-para datin dan perempuan kaya, harga baju ni dikira affordable tahu tak. Kalau tidak, takkanlah Datin Mona, Datin Liza dan datin-datin yang kau nampak dulu tu selamba rembat 3-4 helai sekali. Standard kena jaga nyah oii.. apa kelas pakai baju murah-murah ni. Paling koman, kena harga tiga empat ratus.” Manja mengawang-awangkan tangannya. Melentik jari jemari runcingnya yang dicat warna merah darah.

“Erkk.. paling koman tiga empat ratus? Wah, memang hebat. Banyak sungguh duit datin-datin ni ye?” Irdina tergelak kecil. Tangannya sibuk membantu Manja menyangkut baju ke tempat yang sudah ditetapkan.


Ruang butik mewah itu masih lengang pagi-pagi begini. Cuma ada Irdina, Manja, Kak Diba dan beberapa orang cleaner yang giat membersihkan ruang butik. Itu memang peraturan Datin Jasmeen, semua kena nampak berkilat memancar-mancar setiap hari. Jika tidak, memang menghadap angin taufan puting beliung wanita korporat itu.


Masa mula-mula bekerja di sini, Irdina kagum dengan kencantikan Datin Jasmeen. Nampak macam artis, cantik melampau. Dengan bentuk tubuh elok terjaga, ditambah dengan fesyen yang seksi, memang nampak muda. Dia hampir tak percaya apabila Manja kata umur Datin Jasmeen sudah menginjak ke angka empat puluhan. Tak nampak tua langsung! Kalah ketegangan muka dia sendiri. Okay, tak adalah kalah. Dia ni pun baru 25 tahun mana boleh kalah dengan perempuan cantik berusia 40an. Melampau sangat merendahkan kelebihan diri sendiri..


Tapi ketegasan Datin Jasmeen kadang-kadang membuatkan dia kecut perut. Bila bertempik, kalah bunyi guruh di langit. Tak boleh silap sikit, memang cari nahas jawabnya. Mujurlah dia tak pernah lagi kena tengking dengan bos besar itu. Setakat dengar dia membebel free memang selalu. Manja kata sebab Datin Jasmeen wanita kesepian. Asyik kena tinggal dengan Datuk Latif yang ligat ke luar negara atas urusan bisnes, sebab tu jadi meroyan macam tu. Jahat mulut si Manja ni!


Baru tiga hari bekerja di sini, dah macam-macam gosip dia dengar. Nak buat pekak telinga, dia tak boleh elak dari terdengar. Iyalah, kalau dah lunch sama-sama dengan Manja dan Kak Diba, memang itulah topik hangat yang dibincangkan mereka. Pasal skandal Datin Jasmeen dengan lelaki muda. Ergh.. ngerinya!


Dia tak pernah pula nampak lelaki muda itu datang ke butik, cuma Manja ada cerita yang lelaki itu sudah beberapa kali singgah berjumpa Datin Jasmeen sebelum dia mula bekerja di sini. Dari cerita Manja, orangnya kacak bagai nak gila. Entahlah, Manja ni semua lelaki pun dia kata kacak. Bangla kerja security Guard dekat kedai emas depan tu pun dia kata cute. Haaa… nak kata apa kan! Memang ragu-ragu nak percaya.


Tapi takkanlah Datin Jasmeen sanggup duakan suami dia? Ah, zaman sekarang nak cakap apa. Dosa pahala dah tak jadi isu dah. Betapa alpanya manusia di zaman moden ini. Dia pun bukanlah baik sangat, tapi sejahat-jahat dia, tak adalah sampai nak langgar halal haram. Bersyukur lagi sebab dia masih ingat bumi mana dia berpijak dan langit mana dia nak junjung.


“Nyah! Tu dia.. tu dia Ikram Naufal!”

Irdina tersentak saat lengannya ditarik Manja. Cepat-cepat dia rentap semula lengannya. Haram ok nak pegang-pegang! Pandangan Irdina kini terhala ke arah pintu utama butik. Jelas kelihatan Datin Jasmeen melenggang lenggok masuk ke dalam butik. Cantik dan bergaya dengan dress sendat berwarna hitam. Ni kalau lelaki tengok, mahu adrenalin mengalir deras ni!


Anak mata Irdina melekat pula ke arah seorang lelaki yang mengekori langkah bergaya Datin Jasmeen. Irdina terpana. Subhanallah.. handsomenya! Oh, jadi inilah Ikram Naufal si Toy Boy yang digelar Manja dan Kak Diba tu? Mak datuk.. anak siapalah ni. Mana dapat baka lawa sangat ni?

“Kau jangan melopong nyah, nampak dek datin siap kau. Dia tu boleh tahan cemburu tahu tak.” Bisik Manja di tepi telinga persis memberi amaran keras.


Irdina bagaikan tersedar dan cepat-cepat tangannya buat-buat membelek baju yang tergantung. Dalam diam pandangannya masih mengekor pandang kelibat dua orang manusia itu yang melangkah ke pejabat Datin Jasmeen. Tanpa diduga, Ikram Naufal menoleh ke kanan dan ZAPPP!! Pandangan mereka berlaga. Jantung Irdina bagaikan diragut pergi. Kelam kabut dia mencuri nafas dek gelabah berbalas pandang dengan lelaki tampan itu.

Spontan Irdina duduk mencangkung di sebalik baju-baju yang tergantung. Tangannya pantas menyelongkar kotak berisi aksesori yang diletakkan di situ.

Eh, apa aku buat ni? Ya Allah, renungan mamat tadi.. apasal menusuk sangat ni? Rasa pedih hulu hatinya bagaikan terkena panahan asmara. Poyonya kau, Irdina! Kutuknya sendiri.

“Weh, kau ni kenapa perempuan? Duduk menyorok tiba-tiba kenapa?”


Manja mula kepoh namun Irdina membatukan diri. Nafasnya masih terasa semput. Ikram Naufal.. nama sehebat empunya diri. Tapi betul ke Ikram Naufal tu Toy Boy??


24 Baca Laju-Laju:

aya said...

wawawawa..lawak la!!bez2....santai je cita dya!!

zura asyfar said...

acik...jeles ni...bnyknye idea dia..hehe...btw takde lg kot org wat citer cm ni...hehe...go go go acik ~ dh lame tak mengumen kt sini...bz sket :)

Nurf said...

best!

Irdina cam gadis naif n lawaks jek:))

Anonymous said...

best2!!
teruskan acik....!!!

Ema Emaharuka said...

JantUng ema jugak ikuT berdebar, hahaha:-D

Rindu Lukisan said...

Wah..mmg x manahan nak baca 1st capter ni INTB ni mmg tersangatlah best ....tu baru mukadimah...tp best Acik...Anty suka sesangat sebab gaya bahasa Acik terlampaulah menngoda dari segi pendengaran dan pembacaan..x berat dan x ringan...tapi yg penting mmg kalau baca nak senyum, ketawa dan gelak....hehehehe....mmg Acik Terbaekkk dari ladang......excellent Acik...keep it up.....ada 2 I disitu...nanti gbr dua2 I tu mesti cute n ganteng ye Acik...x saba nak bc n3 seterusnya....Den tgh saba ni Acik...

Hajar said...

ehehe, okay. not bad untuk permulaan.
tapi nak tau juga sehandsome manakah Ikram naufal itu? macam abang putrakah? haha.

dewdrop said...

ensem bonar ke si ikram naufal neh??baka mne tu agak2??hehe..n is he really a toy boy??heeeesshh..

manja plak baka mane??hahaha..manja ni mcm jd penghibur je dlm cite ni..go manja..muahhaha..haaa sudah..dh slh 'hero' agknye aku neh :D hohoho

Khalijah Mahar said...

acik..suke citer nie..teruskan menulis eh taip.hahahahah

E-man Sufi said...

meletop nyah! mak suka sgt..opkos la cite cenggini best g...smbung lg erk..mak tunggu nuk..lmbat pun xpe..wlaupun!..rela katenyer kan..hahaha (skali terikut-ikut kau..yg hado..kui3)

syazz said...

best..............smbg2

Anonymous said...

Acik ... sambung ... best la pulak citer nie ....


Lynn Amier.

fatim fatimah said...

meletup nyah,,permulaan dah best,,smbung lg acik lama

dinie SZ said...

best giller..hahahaha

Acik Lana said...

tq commentssss..

alhamdulillah zura.. idea masih banyak dalam kepala. banyak berangan mmg camni.

tq laling2 yg komen penuh membina. tp saya setuju tajuk Ikram Naufal Toy Boy tu mcm x sesuwei.. ada yg kureng. so dah tkr. hope ok la kan sbb nk cari tajok adalah PENINGGG.. hehe

nti acik smbg. opekos Ikram Naufal ensem ye. nanti acik buat header dia. tq

Anonymous said...

best3!!! >_<

Anonymous said...

waaa...best r acik. 'idea baru, suasana baru' ni.
betul ker ikram tu toy boy? mcm bukan jew, sbb dh sah2 yer hero citer ni kan acik? hihi..
~nor..

cikgu lizz said...

waduh3x..camner rupe otak acik Lana ni??..kreatip sungguh..ade je idea die ni..heheh...name2 pun kelassss sungguh...go go girl..

fyda said...

acik,,,semangatnye kite nak bace coz kim hyun joong jd iqram naufal...
suke sgt!!!

Seorg wanita... said...

Terkekeh-kekeh gelak dok terbayangkan cik/abg Manja tu nyah... :-)

another citer yg best drp Acik.. Irdina dan Ikram... chayyok!! 3x

bior kelakor, happy dan poyo2 ye, acik? TQsm!!!

Rohaida Rahman said...

nice introduction...
Manja for sure akan jadi penambah perisa citer ni, kelas nyah sorang tu :-) ... (nama Manja tak boleh blah hikhik...)

YONG JIAO XIU said...

wah mmg terbaik la acik. lawak gak gan watak manja tuh. hahaha.
bet datin tu mak naufal. ha nama naufal mmg sy suka sgt.
ewah acik nama mmg first class lah, pandai tul acik pilih nama.
ni mesti anak acik nti dpt nama glamor cm ni gak. hehehe

husna sani said...

huhu.....bes gak starter citernie...nerves gak nk tau sape ikram naufal uh.

Zura Baharudin said...

achik, ikram ni muka mcm japanese wey.. (betulke? yg achik letak kat side bar tu kan?) heheheh chumel.. gambaran yg hebat... *wink