Followers

Bab 18 : Cinta Ini Jangan Mati..

Langsir labuh mencecah lantai yang tergantung di sliding door disebak dengan tangan kanan. Pintu kaca itu dilungsur ke kiri. Irdina tersenyum. Indahnya duduk di bilik begini, memang dah lama dia berangan-angan nak ada balkoni di bilik sendiri. Langkah diatur dengan tangan mendepa luas. Angin malam membelai lembut seluruh tubuhnya, memang nyaman!


Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan. Tenang. Tangannya menopang ke besi penghadang balkoni sambil memerhatikan pemandangan yang menghadap ke taman yang cantik. Dari sini masih jelas kedengaran bunyi air mengalir dari kolam ikan di bawah sana.

Memang indah dan kalau baca novel cinta, mesti boleh feeling habis. Getus hatinya sendiri.


Tubuh dibongkokkan sambil dagu diletak di atas tangan yang bersilang di besi balkoni. Tak puas rasanya menatap keindahan malam di banglo mewah ini. Bintang dan bulan pun nampak lebih cantik dari malam-malam biasa.

Tak sangka Ikram Naufal berasal dari keluarga kaya raya. Tengok kereta yang berderet di porch tadi sudah cukup buat dia terpegun. Ayah dia kerja apa agaknya? Mak dia? Ah, mestilah businessman macam cerita-cerita dalam novel tu.


Tapi kenapa Ikram Naufal kena halau dari rumah ni? Telinganya beberapa kali terdengar tentang Julia. Dari perbualan Ikram Naufal dengan Tok Mi tadi, Julia tu bunyinya macam kekasih Ikram Naufal. Tapi kenapa seluruh family mamat tu anti sangat dengan Julia? Dan paling syahdu, Ikram sanggup buang keluarga sebab Julia.

Huh, memang cinta mati.. tapi sampai ketepikan keluarga sendiri, memang sangat Romeo bunyinya. Tak sangka betul Ikram Naufal jenis lelaki yang mempunyai rasa cinta sebanyak itu. Sepanjang pengamatannya, lelaki itu tak ada ciri-ciri macam boleh jadi suami mithali.


Ah, tapi bukan Ikram ke yang bersungguh melindungi dia masa fashion show dulu? Irdina kerut kening sebelum menggeleng perlahan.

Dia tolong aku sebab aku ni adik abang Andy, kawan baik dia. Bukan sebab lain.. Nafi hatinya berkali-kali.

Antara dia dan Ikram Naufal tak mungkin ada perasaan lain. Lagipun taste lelaki itu perempuan berusia yang kaya raya. Namun mengenangkan dia kalah di tangan Datin Jasmeen, tercalar juga rasa hati. Market anak dara tak setanding wanita 40an itu? Oh, no..!


Bebola mata Irdina tiba-tiba terpahat pada sesusuk tubuh yang melangkah ke ruang taman. Irdina kerut kening mengamati tubuh tinggi lampai itu. Tubuhnya ditegakkan namun tangan masih menopang di besi balkoni.

Mata dikecilkan untuk memberi fokus yang lebih jelas. Dengan cahaya lampu samar-samar di taman, dia nampak Ikram Naufal melabuhkan duduk di atas kerusi kayu menghadap ke kolam ikan. Diamati sungguh-sungguh objek yang dibelek Ikram Naufal. Frame gambar? Gambar siapa?


Irdina bergerak perlahan ke hujung balkoni supaya lebih dekat ke arah taman. Bukan sengaja nak jadi minah kepoh, cuma Ikram Naufal ni banyak sangat misteri. Gagal mengenalpasti gambar yang dipegang Ikram Naufal, Irdina mengeluh. Jauh, susah nak skodeng!

Pandangannya melekat ke arah wajah Ikram Naufal yang nampak sayu. Sesekali lelaki itu melurut rambut. Kemudian Ikram Naufal bersandar di bangku kayu dengan tangan menongkat kepala persis mengelamun jauh. Wajahnya tampak kusut dan tidak tenteram.


Kenapa Ikram nampak macam bersedih? Mungkin juga sebab hubungan dingin dengan keluarganya. Iyalah, mak dan ayah dah buang jauh-jauh, mestilah sedih. Kalau dialah disisih keluarga, mahu menangis berhari-hari. Dia mana biasa berjauhan dengan mama dan ayah, dengan abang Andy apatah lagi. Sehari tak disakat abang Andy, dia rasa macam nak demam pula.


Bunyi ketukan pintu bilik mengejutkan Irdina. Pantas dia melangkah masuk ke dalam bilik dan menuju ke arah pintu. Segan pula kalau lambat menunjuk muka, bimbang disalahanggap bersenang lenang di dalam bilik macam Puan Besar. Pintu bilik dikuak dan terjengul wajah ceria Mak Mun.

“Irdina dah tidur?”

“Err.. belum Mak Mun..” Balas Irdina dengan senyuman segan. Matanya jatuh di tangan Mak Mun yang memegang segelas susu.

“Ni untuk Irdina, minumlah..”


Irdina terpana. Susu untuk dia? Aduhai.. perlu ke dia dilayan umpama puteri raja? Malulah!

“Err.. Mak Mun tak payahlah susah-susah.”

“Alah, takde susahnya. Tok Mi dah pesan suruh hantar untuk Irdina..” Mak Mun tersenyum mesra. Irdina mengangguk kecil sambil menyambut gelas di tangan wanita itu.


“Eh, masuklah dalam. Mak Mun nak tengok cukup tak bantal dengan selimut untuk Irdina..”

Irdina bergerak ke tepi memberi laluan untuk Mak Mun masuk. Kemudian dia mengekori tubuh gempal Mak Mun menuju ke arah katil yang besar. Gelas di tangan diletakkan di meja sisi.

“Semua dah cukup dah Mak Mun, dah lebih dari selesa..” Ucap Irdina ikhlas.


“Betul ni? Irdina selesa?”

“Selesa Mak Mun..” Irdina tergelak kecil. Rasa kekok beransur-ansur hilang dengan kemesraan Mak Mun. Hatinya senang dengan sikap ramah wanita itu, sama ramah macam Tok Mi.

“Kalau macam tu, meh duduk sini. Mak Mun nak sembang-sembang dengan Irdina..” Mak Mun menepuk tempat di sisinya yang sudah melabuhkan duduk di atas katil bertilam empuk. Irdina menurut dengan senyuman di bibir. Duduk dilabuhkan penuh tertib.


“Irdina, Mak Mun harap Irdina kawan bak-baik dengan Ikram ye. Ikram budak baik, beruntung Irdina dapat curi hati dia tau..” Mak Mun tersenyum kepada Irdina yang menunduk segan.

Sungguh, hatinya sama dengan Puan Sri Melati. Memandang seraut wajah itu, hatinya tenang dan damai. Irdina lemah lembut dan berbudi bahasa. Memang macam langit dan bumi kalau nak dibandingkan dengan si Julia dulu tu.


Irdina telan liur. Ni Ikram Naufal punya pasal la ni! Macam mana dia nak berlakon dengan jayanya? Dia tak biasa nak menipu. Lagi-lagi nak menipu orang sebaik Mak Mun dan Tok Mi. bergumpal-gumpal rasa bersalah dalam hatinya.

“Err.. InsyaAllah Mak Mun..” Irdina tersenyum kelat.


“Irdina ni ada kacukan Cina ke? Bukan apa, kulit Irdina putih lepas tu mata tak berapa besar sangat. Tak nampak macam orang melayu pun..” Mak Mun menelek wajah cantik di hadapannya. Walaupun mata itu tidaklah terlalu besar dan bulat, namun masih mempersona dipandang. Lirikan mata Irdina nampak tajam. Tak mustahil kalau Ikram Naufal tergoda dengan jelingan gadis cantik ini.

Irdina tergelak kecil. Dah biasa diajukan soalan pasal susur galur keturunannya. Berbeza sangat ke dia ni dari orang Melayu tulen?

“Memang Mak Mun. Dulu atuk saya orang Cina mualaf, kahwin dengan nenek orang melayu. So, mewarisi jugaklah rupa arwah atuk tu..”


“Oh, tapi cantik sangat tau. Kalau berlawan dengan Ikram yang kacukan mat salleh tu, mesti anak Irdina comel kan?” Usik Mak Mun dengan tawa panjangnya.

Irdina terbatuk-batuk tanpa sengaja. Aduhai.. seramnya dengar angan-angan Mak Mun!

“Bila nak langsungnya? Tok Mi dah tak sabar-sabar tu..”

“Aaa.. apa Mak Mun? Langsung apa?” Irdina panik.

Dia faham dengan ayat Mak Mun namun dia mahu mendengarnya secara terang. Dada mula berkocak hebat. Perlu ke dia berterus terang yang dia dan Ikram Naufal tak ada apa-apa hubungan?Hisy, Ikram ni.. tak pasal-pasal orang lain dah berangan bukan-bukan!


“Alah, buat-buat tak tahu pulak. Bila Ikram nak meminang Irdina? Tok Mi kata, lagi cepat lagi elok. Tak payah tunang lama-lama, nikah tu yang kena cepat..” Mak Mun tergelak kecil. Wajah merah padam Irdina membuatkan dia gelihati. Malu sangatlah tu..

“Bu..bukan macam tu.. Irdina dengan Ikram, err.. apa tu..” Irdina mengeluh perlahan. Susah betul nak buat pengakuan berani mati ni!

“Hmm? Apa dia?” Mak Mun kerut kening.

“Err.. Irdina dengan Ikram tak ready lagi nak kahwin..” Irdina ketap bibir. Adoi! Lain nak cakap, lain yang keluar. Rasa nak ditampar-tampar mulut sendiri.


Mak Mun tersenyum lebar dengan kata-kata Irdina. Pada pengamatannya, Irdina lebih kurang sebaya dengan Ikram Naufal. Dalam lingkungan 24-25 tahun, sedang elok kalau nak berkahwin. Pasti Rahim dan Katrina sukakan Irdina nanti. InysaAllah takkan ada halangan untuk Irdina dan Ikram bersatu. Moga-moga penyatuan dua hati itu akan menyatukan semula keluarga ini..

“Tak ready apanya, Ikram kan dah kerja sekarang. Papa dia mesti boleh tolong setakat nak buat belanja kahwin tu. Tapi tak payah tunggu papa dia, Tok Mi sendiri sanggup berhabis untuk perkahwinan Ikram tu..”


Irdina telan liur. Jari jemari diramas sesama sendiri. Betapa dia kesal dengan semua lakonan ini tapi untuk berpatah balik macam mana? Silap-silap hati Tok Mi dan Mak Mun terluka.

“Ikram kata mama Irdina baik dengan dia, mesti dia pun takde halangan kan?”

Irdina sekadar tersenyum tawar dan mengangguk kecil. Ikram ni.. semua benda nak cerita!

Telinganya bagaikan kebas saat Mak Mun ramah bercerita angan-angan Tok Mi untuk majlis perkahwinan cucu tunggalnya itu. Irdina bungkam. Bibir diketap kejap.


Sekejap lagi nahas kau Ikram Naufal!

***


“Mak Mun cakap macam tu?” Bulat mata Ikram Naufal memandang Irdina.

Tangan naik meraup muka tanda resah di hati. Macam mana boleh sampai ke situ angan-angan Tok Mi? Aduhai..dia dah salah perhitungan nampaknya.


“Iyalah, habis tu awak ingat saya saja-saja nak cakap macam tu ke?” Sindir Irdina dengan jelingan tajam. Pandangan dilemparkan pula ke arah kolam yang cantik dihias dengan tumbuhan-tumbuhan hijau. Pelik, hatinya tetap tidak nyaman walaupun pemandangan taman begitu indah terbentang di depan mata. Dia kusut, seram sejuk dengan angan-angan Tok Mi!

“Saya tak sangka sampai macam tu sekali..”

“Itulah, buat benda tak reti nak fikir dulu. Menyusahkan orang!” Bentak Irdina.


Ikram Naufal ketap bibir sambil mata melekat ke arah Irdina yang memeluk tubuh di atas bangku kayu. Memang salah dia, tapi bila disindir begini memang bingit juga telinga. Tapi memang salah dia pun, pandai-pandai heret Irdina sekali.

“Fine. Sorry for that..” Nafas dihela resah.

“So sekarang macam mana? Terus terang ajelah dengan Tok Mi.”


“No!” Ikram Naufal menggeleng perlahan. Dagunya yang licin diusap-usap dengan jari. Jenuh otak mengerah idea canggih namun masih gagal menemui jalan keluar.

“No? Eh, awak nak menipu Tok Mi lagi ke?” Irdina mula tayang reaksi kurang senang.

“I mean not now la. Kesian Tok Mi, dia dahlah ada sakit jantung, darah tinggi, nanti dia terkejut pulak..” Ikram Naufal mengeluh sebelum melabuhkan duduk di sisi Irdina. “Saya mintak tolong sementara waktu ni awak bersabar sikit. Err.. berlakon dulu, boleh?”


“What?” Bulat mata Irdina memandang Ikram Naufal.

“Please, benda ni takkan lama. At least tunggu mama dengan papa saya balik dulu, then kita fikirkan cara nak keluar dari semua ni..” Ujar Ikram Naufal penuh mengharap.

“Eii.. tak kuasalah! Do not drag me into this ya. Buat tambah dosa je.” Irdina menggeleng. Siap tangan-tangan naik sekali tanda menolak.


“Habis tu macam mana? Awak nak tengok Tok Mi saya sakit ke?”

Irdina jeling Ikram Naufal yang tayang muka mengharap. Motif nak ugut-ugut?

“Ikram.. awak ni kan..” Irdina ketap bibir geram. Kecik besar-kecik besar aje lelaki itu di matanya.

“Saya apa?” Ikram Naufal tersengih. Yakin ugutannya mencuit hati lembut Irdina.

“Awak ni memang menyusahkan orang! Eiii.. geramnya aku!” Irdina menghentak-hentak kaki dengan geram. Tangannya juga naik meramas-ramas rambut kerana tension. Habis berselerak rambutnya di muka. Lantak! Janji hati puas.


Ikram Naufal sembunyi tawa melihat aksi kanak-kanak Irdina. Dia tahu Irdina takkan sampai hati melukakan hati Tok Mi. Irdina perempuan baik..

“Lepas ni awak kira hutang-hutang dengan saya lagi, siap! Memang mintak pijak namanya tu!” Irdina bingkas bangun seraya membetulkan rambutnya. Dalam marah-marah, dia rasa malu pula beraksi begitu. Selalunya ‘sawan’ tu datang bila dia bengang dengan abang Andy aje.


“Okay-okay..” Ikram Naufal menaikkan tangan ke sisi.

Matanya mengekor pandang langkah laju Irdina menuju ke rumah. Nampak macam bengang sangat perempuan itu. Bibir mempalit senyuman kecil. Sekarang dia pula berhutang dengan Irdina. Dan kali ini bukan hutang biasa, hutang budi. Hutang budi di bawa mati, hutang budi melekat di hati..



31 Baca Laju-Laju:

DjahHadijah said...

yes.....baru ja hbs baca bab 17 n mbebel sndr xda sambungan, tetiba plak muncul bab 18, sayangggggggggggg acik lana hehehe...

Anonymous said...

acik agak2 nanti dorang kawin gak ke?iyalah tok mi dah beria berangan2 tuk majlis kawin dorang..takkan x jadi acik...heheh

Acik Lana said...

Djah-TQ dear.. hehe. kebetulan iye? ;p

anon-haha. tu kena tunggu ye. acik lom fikirkan lagi mana hala tuju budak berdua tu.. nak kena kahwinkan ke diorg ni?

sue said...

best..
Hutang budi di bawa mati, hutang budi melekat di hati.. hati IKRAM NAUFAL...

Hajar said...

aik, terbalik dah? ikram pulak yang berhutang? hahah.

acik, takmaulah kawinkan mereka dalam perasaan ikram yang 50-50 tuh. nanti jadi macam cerita kawen paksa. takmau..takmau..(over lak. hihi..)

fatim fatimah said...

kawinkan jer dorang tuh acik,,heehe

Acik Lana said...

hajar-hehe. setuju sangat tu. nnti dah mcm biasa sangat kan. rasanya byk cite pasal tu. boleh je nk kahwinkan diorg, tp tgu hati berputik cinta dlu ehh.. lama skit tu. ;p

fatim-haaa..nantilah acik usulkan kes ini ke pihak atas. hehe

Anonymous said...

Akak setuju kalau dikahwin je diaorang berdua tu .. tapi biarlah dua-dua jatuh cinta dulu .. baru best ....hehehe... tak sabar nak menunggu nie .....

~aYeeN & SuE~ said...

1st time komen cni..
best cte ni..tanx sbb da de cte best utk di baca..:)

*stuju,sblm kawen,kasi bunga2 cinta berputik dlu..

syira destroyer said...

hutang budi melekat di hati -___-"

Acik Lana said...

kak anin-hehehe. kannnn.. nak kahwin kena suka sama suka. nanti both family akan merapatkan hati Ik dan Ir ini.. weeeee~!

ayeen-tq. kenapa x komen2 dr dlu. hehe. slmt datang.. *laga2 pipi*

syira-hutang budi jangan tergadai body ok. tergadai hati takpa. ;p

dewdrop said...

Ececehh..htg budi melekat di hati..xtahan..haha..
Bgs irdina..klau pas ni si ikram tu agak2 cm nk jd ceti kutip htg lg,pijak je..I izinkn..keh3
Hurm,setuju dgn mak mun tu..kte geng mak mun.kte geng!!hope irdina jd org yg bley baiki hbgn ikram n fmly..baru la irdina pun upgrade jd menantu pilihan jgk =)

mimi syafiqah said...

acikkkkkkkkkkkkkkkk..besttttttttttttttttt

Anonymous said...

Acikkkk.........TQ TQ TQ TQ....acik besh la...

aya said...

omaigod2~~xsabar nak tgk dorang together2~~hahaha

go go~~~i like!

Ema Emaharuka said...

Alalalala k0nfrm diorg kena kahwin nanti;)

white said...

Best sangat2..
Tq acik.

Acik please pindah ruang komen tu
Sebelah kanan & link/gambar tu sebelah
Kiri.x tau knp dr ruang komen tu sampai kebwh
x bs dibaca klo pkai tlp bimbit smua tulisan cina.
Please ye acik.
+Dina+

Anonymous said...

acik!!!
best sesangat... ^_____^

cactaceous opuntia said...

omo...otoke...buatla dina suka kt naufal...weee...heee

Anonymous said...

best...
tq acik...

acik, apsal xda pon lagu kat tepi 2?

idA said...

acik ko kawen kan aja minah dan mamat poyo yg sama sama da tak betui tu..
best juga sebab mrk kan baru kena tipu ngan kekasih masing masing..bole la lepas ni mrk tunjuk kat mrk mrk tu...

YONG JIAO XIU said...

yey! best a acik. hahaha jap lagi kawinkan depa ye acik. biar falling love dorg ni.

Eton said...

sukaaaa sgt dgn novel acik! acik best!

wpun novel meletops gitu tp acik maintain cool je. siap reply komen lg. even reply anonymous jg sbb kn ramai blog novelis x suke anonymous bg komen. siap kutuk2 lg.

acik jgn privatize blog ye. kesian yg xde blog nnt nak access. =)

nak irdina n ikram kawennnn!!!

Rindu Lukisan said...

mmg x terkata apa dah...mmg urut dada sbb Tok Mi mmg dah nampak apa dlm ati IN dan cinta akan bputik di hati Irdina bila ada keterpaksaan walaupun lambat bkembangnya...fuhhhhhhh mmg x mnahan ayat Acik Hutang budi melekat dihati...ayat Anty plak ~ hutang budi menjadi isteri...kikiki

miszladybird said...

xkesah camne cara dorg kawen...yg penting...dorg kawen n lovey dovey....hehe...br besh nak bc...mane taw bley praktik jugak....kih3....gatai...

white said...

Acik maksud sye ruang chat,susah lah acik
Yg nak msuk Klo pkai blackberry jd tlg
Pertimbangkan permintaan sye ye acik,
Kerana sye suka sgt msuk sni n bca tulisan
Acik even diruang chat.
Thank u n love u.
+dina+

Acik Lana said...

dewdrop-biasalah tu..feeling2 terlebih. ngaaaa~!

mie/anon/aya/ema-TQ dears! :)

Dina-acik dah kasi tips dekat atas tu ye. plis cuba dulu.. let me knw kalo still x leh. ;p

anon/opuntia-tq komens!

anon-uiks.. xleh view ke lagu tu? mebi x support kot pc/lappy kamu.

Acik Lana said...

idA/Yong-hehe..kawenkan? baik2 tp tgu cinta berputik dlu ye. baru syok nak menikah.. ;)

Eton-errk! hehe. tq darl.. siapalah den ni nak menyombong, bukan artis.. nak kata makwe henry golding jauh sekali (tetiba.) x semua anon tu lalat, kdg2 cuma insan yg x suke expose atau juga xde google act. so im ok with them as long as tak mencaci cela. komen membina acceptable dan dialu2kan sgt.. tak. tak. takkan private la.. eh, pjg plak komen ni! ;p

anty-ngeeee~! lg hebat ayat anty tu..marbelesss~!

mizladybird-thi hi hi. kita pon! mana tau leh praktik nanti kannnn..

is said...

acik oiii..kawin kan je budak berdua ni....

ieda ismail said...

waaaaa...best2..acik, couple kan dorg ni cepat2, x der belakon depan tok Mi lg nnt

Lieya said...

best sesangat..:-)

nak rest .. badna dh letih nak sambung baca, nti x dpt feel plk watak irdina dgn ikram ni..

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI