Followers

Bab 33 : Cinta Ini Jangan Mati..


Irdina menyelak langsir bilik tidurnya yang berwarna krim ditabur bunga warna merah jambu. Matanya mengintai-ngintai ke luar tingkap yang menghadap ke depan rumah. Bibir menghela keluhan kecil. Bosan bertenggek di tepi tingkap, Irdina menapak semula ke arah katil. Tubuh dihempaskan ke tilam empuk sambil mendepangkan tangan. Mata dipejam rapat untuk memujuk hati yang semakin pelik mempamerkan rasa.


Pelik! Mana mamat tu pergi? Dah tiga hari tak dengar khabar berita, sakit ke? Irdina ketap bibir. Dah kenapa sekarang dia rasa resah gelisah apabila tidak mendengar suara lelaki itu? Tak memandang wajah Ikram Naufal untuk hari ketiga, dia mula tak senang duduk. Ke sana tak kena, ke sini tak kena, lepas tu banyak pula termenung dan mengelamun. Kenapa dengan hati dia sekarang?


Irdina mengeluh. Telefon bimbit yang diletakkan di tengah katil dicapai dan dibelek malas. Kebelakangan ini dia mula menjadi kawan baik telefon bimbitnya. Ke dapur, ke ruang tamu, ke laman, dia akan pastikan telefon bimbit itu ada bersamanya. Sampai nak mandi pun dia sanggup bawak ke bilik air! Takut Ikram Naufal telefon dan dia tak dengar. Ah, sah memang kepalanya tak betul sekarang!


Semuanya berpunca dari sikap romantis Ikram Naufal ketika mereka keluar bersama tiga hari lepas. Dari padang layang-layang di Taman Metropolitan, mereka ke KLCC pula menonton wayang. Ikram Naufal belanja dia tengok cerita Smurf 3D, mahunya dia tak teruja. Hari itu memang hari yang amat-amat ceria untuknya. Dah lama dia tak berperasaan begitu.


Dalam diam Irdina akui, Ikram Naufl sangat bijak mengambil hati, mencuri perasaan dan meresahkan jiwanya. Tapi betul ke perasaan itu semua? Atau satu lakonan dari lelaki itu semata-mata nak mengaburi mata mama dan ayah pasal pertunangan mereka? Ah, dia takkan tahu jawapannya. Apa yang Ikram Naufal fikir, buat dan tunjukkan, hanya lelaki itu sahaja yang mengetahui. Mana mungkin dia boleh meneka.

Irdina meniarap pula. Tangan mengalas kepala yang terlentok dengan tangan kanan membelek telefon bimbit. Kenapa kau tak call aku, Ikram?? Gerutunya di dalam hati.


Nak dia memulakan langkah, macam tak kena pulak. Entah-entah Ikram Naufal sengaja nak tengok reaksinya. Akal lelaki itu memang cerdik. Ada saja cara nak mengena dan mengusiknya.

Irdina mengeluh bosan. Kalau dia belum berhenti kerja lain cerita. Boleh jugak dia mengisi masa lapang bersama Manja, tak adalah nak duk termenung mengingat lelaki itu. Lagipun kalau di butik, boleh juga intai-intai kelibat Ikram Naufal. Huih.. parah dah ni! Sampai dah pasang niat nak mengintai! Irdina tepuk perlahan kepalanya.


Hmm.. kalau call Tok Mi okay ke? Buat-buat tanya khabar Tok Mi, mana tahu Tok Mi bukak mulut mana Ikram pergi. Irdina tersengih nakal. Tangan segera menekan dada skrin leper itu. Dalam debar dia menanti panggilannya bersambut. Harap-harap Tok Mi tak syak bukan-bukan!

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumusalam, Tok Mi. Err.. Irdina ni. Tok Mi sihat?” Irdina bingkas duduk di atas katil. Dadanya berdebar-debar menanti reaksi Tok Mi.


“Oh, Irdina rupanya.. Tok Mi sihat sayang. Irdina kat mana ni? Bila nak datang rumah Tok Mi?” Ceria suara wanita itu menerpa ke dalam telinga Irdina. Irdina ukir senyum, yakin Tok Mi takkan mengesyaki niatnya.

“Irdina kat rumah ni, Irdina kan dah berhenti kerjalah Tok Mi.”

“Dah berhenti kerja? Laa.. kenapa tak datang sini aje? Bosan dekat rumah ye?” Tok Mi tergelak kecil. “Meh la datang sini, si Ikram tu pun monyok aje tak nampak muka kamu.”


Berderau darah Irdina saat nama Ikram disebut-sebut. Entah kenapa nama itu terasa indah pula di telinganya. Tapi Tok Mi kata Ikram monyok? Betul ke lelaki itu monyok sebab tak dapat jumpa dengan dia? Kenapa pulak tak nak jumpa? Mengada-ngada betul! Bukan tak biasa serbu rumah aku ni. Omel Irdina di dalam hati.

“Hmm.. tak kerja ke cucu kesayangan Tok Mi tu?” Irdina mengawal suaranya supaya nampak bersahaja. Malulah kalau Tok Mi tahu dia mahu mengorek rahsia.

“Eh? Ikram tak bagitahu Irdina ke?”

“Bagitahu apa Tok Mi?” Irdina kerut kening kehairanan.

“Laaa.. budak bertuah tu kena chicken pox. Irdina tak tahu? Dah dua hari dah melepek dalam bilik tu..”


Irdina ternganga. Chicken pox? MasyaAllah.. patutlah sunyi sepi! Kesiannya, habislah muka kacak lawa tu berparut! Irdina tekup mulut menahan tawa.

“Iye ke. Dia tak pulak cakap dengan Irdina. Dah okay ke demam dia Tok Mi?”

“Tak jugak. Asyik mengadu sakit kepala aje tu. Mengada-ngada aje lebih.. ke Irdina nak datang sini tengok dia? Mana tahu boleh kebah demam dia tu..” Pelawa Tok Mi bersungguh-sungguh.


Irdina spontan menggeleng kepala, macamlah Tok Mi nampak. Bukan dia tak nak pergi, cuma dia rasa macam berkecil hati pula sebab Ikram Naufal langsung tak beritahu dia.

“Hmm.. tak kot Tok Mi. Biarlah dia rehat dulu.. lagipun Tok Mi dengan mama kan ada nak jaga dia..” Balas Irdina dengan nada suara mendatar. Hati rasa sayu pula. Kalau lelaki itu nak sangat jumpa dia, pasti awal-awal dah telefon suruh dia ke sana.


“Alahai.. lain rasanya. Ikram tu pun asyik termenung aje tepi tingkap, dah macam orang angau!” Tok Mi tergelak besar. Lucu sangat agaknya.

Irdina garu kepala. Dah sama macam dialah pulak, asyik duduk memandang ke luar tingkap. Eh, tapi dia tak angau okay!

“Irdina datang ye? Nanti Tok Mi suruh Pak Badar jemput Irdina tengahari nanti..”


“Eh, takpe-takpe. Kalau nak pergi, Irdina boleh bawak kereta sendiri..” Irdina bangun dan menapak ke jendela. Hatinya berbelah bahagi, nak pergi ke tak? Kalau tak pergi nanti apa pulak kata Tok Mi dengan mama. Tunang sendiri sakit pun tak nak jenguk, bukannya tak diberitahu.

“Haa.. datang ye? Lunch kat sini sekali, nanti Tok Mi suruh Mak Mun masak sedap-sedap. Lagipun ada orang nak mintak kena suap makan hari ni…” Usik Tok Mi pula.


Irdina tersenyum kelat. Ikram Naufal nak mintak kena suap? Melebih-lebih la pulak!

“InsyaAllah.. tengoklah macam mana..”

“Tak elok menolak, kan tunang kamu sakit. Nak jadi isteri yang baik, kena pandai menjaga kebajikan suami.. kena jaga time senang dan susah, time sakit dan sihat.” Ujar Tok Mi lembut.
Irdina telan liur. Rasa tersindir dengan kata-kata Tok Mi yang berisi dan padat. Kalau tunang kesayangan, mungkin dia rela hati menjaga lelaki itu. Ini tunang ekspress, perasaan pun tak berapa jelas lagi ni.


“Datang ye Irdina?” Tok Mi masih menanti jawapan ‘ya’ darinya.

“Hmm.. iyalah Tok Mi. Nanti Irdina datang…” Irdina akhirnya akur. Tidak mahu Tok Mi memanjangkan isu lepas tangannya ini.

Talian dimatikan sebaik mereka berbalas salam. Irdina mengeluh. Dalam rela tak rela, hatinya teruja pula..


****


“Bangunlah, Ikram. Bukannya kamu tu lumpuh, nak baring-baring atas katil aje buat apa..” Bebel Mak Mun sambil menarik langsir yang menutup tingkap lebar di sudut kanan bilik. Biar terang dan bercahaya sikit ruang di dalam bilik anak bujang itu. Kalau dibiarkan gelap, makin seronoklah Ikram nak berkubang dalam selimut. Sejak sakit, Ikram Naufal balik ke rumah besar untuk mendapat jagaan yang sempurna. Pertama kali kena demam campak, mestilah panik tak tahu nak buat apa.


“Ikram.. bangunn..” Mak Mun tarik-tarik comforter yang membalut tubuh anak muda itu.

Ikram Naufal mengeluh seraya menekup bantal ke mukanya. Dia masih letih dan lemah, tak larat nak bangun.

“Sakit kepalalah Mak Mun.. setengah jam lagi please..” Ucapnya dengar tak dengar.

“Setengah jam apa lagi? Cepat turun, buah hati kat bawah tu!” Arah Mak Mun tegas.


“Siapa?” Ikram Naufal alih bantal dari wajahnya yang kusut masai. Berkerut-kerut dahinya memandang wajah Mak Mun yang bercekak pinggang di sisi katil. Mata masih dibuka kecil kerana menahan pedih sinaran cahaya dari tingkap bilik.

“Buah hati kamulah, si Irdina tu. Cepat bangun mandi, dia dah sampai tu..”

Ikram Naufal meloncat bangun. Macam tak percaya dengar Irdina datang ke sini. Macam mana Irdina tahu dia sakit? Mesti Tok Mi cerita ni..


“Amboi.. cergas terus ye! Dah tak sakit kepala?” Sindir Mak Mun sambil menjungkitkan kening. Lucu melihat reaksi cucu majikannya itu. Dah angau sangatlah budak ni.

“Eh, sakitlah.. sakit lagi ni!” Ikram Naufal menyengih sambil mengusap-usap kepalanya. Memang sakit tapi bila dengar nama Irdina, macam dah tak terasa denyutan di kepala. Yang berdenyut hebat sekarang ini adalah jantungnya.

“Huh.. dah-dah, pergi mandi!”


Ikram Naufal tersengih dengan arahan Mak Mun. Tuala dicapai dan segera dia melangkah ke bilik mandi. Walaupun muka berbintik-bintik, dia tetap perlu nampak tampan di mata Irdina..


Gelak ketawa di ruang tamu menarik minat Ikram Naufal. Dia menapak perlahan ke ruang yang diduduki Tok Mi dan Irdina. Bukan main rancak mereka bersembang, riuh rendah bunyinya. Pandangan Tok Mi dan Irdina melekat ke arahnya. Ikram Naufal tayang muka selamba sebelum melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Tok Mi.

“Bisinglah, dengar sampai atas. Orang nak tidur pun tak senang..” Rungut Ikram Naufal sambil memimikkan muka tidak puas hati. Saja berlakon tak teruja dengan kehadiran Irdina. Padahal pantang berpeluang, laju saja wajah itu menjadi mangsa renungannya.


Irdina sembunyi cebik. Geram dengan kata-kata lelaki itu yang seolah-olah tidak senang dia datang ke sini. Wajah Ikram Naufal diamati seketika. Memang nampak jelas bintik-bintik merah di atas kulit cerah itu, tapi peliknya masih nampak maintain kacak. Aduh…


“Irdina duduk sini sekejap, Tok Mi nak ke dapur tengokkan Mak Mun. Siap ke belum dia masak tu, Tok Mi dah lapar ni..” Tok Mi tersengih kepada Irdina yang nampak kekok berhadapan dengan Ikram Naufal. Bukan dia tak tahu cucunya itu angau sakan dengan tunang sendiri. Agaknya mereka bergaduh, sebab tu bereaksi pelik macam sekarang ni. Lagipun Irdina tak tahu Ikram sakit, pasti ada sesuatu berlaku di antara mereka berdua. Dan sebagai orang tua, dia akan memberi peluang untuk Ikram dan Irdina menghabiskan masa bersama, berdua.


“Biar Irdina tolong Mak Mun..” Irdina bangun namun Puan Sri Melati cepat-cepat menarik lengannya.

“Takpe. Irdina kan tetamu, duduk sini temankan Ikram.”

Irdina telan liur. Tok Mi ni saja aje tau nak tinggalkan dia kat sini! Namun dia terpaksa akur dan melabuhkan semula duduknya. Mata menghantar kelibat Tok Mi yang menolak kerusi roda ke arah dapur.


Ikram Naufal diam namun mata masih mencuri pandang ke arah Irdina. Apabila pandangan bertembung, cepat-cepat dia melarikan pandangan ke arah lain. Dada mula berdegup deras saat lirikan mata itu bertemu dengan anak matanya.

“Kenapa tak cakap awak demam?” Soal Irdina setelah lama mereka membisu.

“Hmm.. kena cakap ke?”

“Iyalah, kan Tok Mi dah syak bukan-bukan. Dia mesti ingat saya ni tunang tak baik, tak tahu sakit pening tunang sendiri.” Balas Irdina geram. Malu muka mak ayahnya kalau Tok Mi fikir yang bukan-bukan. Macam dia ni budak yang tak diajar dengan tatatertib masyarakat Melayu.


“Habis tu.. kenapa awak tak call saya tanya? Kan saya sakit, mana boleh fikir apa.” Dalih Ikram Naufal. Konon tak boleh fikir apa, padahal hari-hari duk fikir pasal si adik Andy ni ha!

Irdina ketap bibir. Ada aje jawapan mamat ni nak salahkan dia.

“Eh, kita pulak nak kena call? Tak kuasalah..”

“Ni macam mana tahu saya sakit ni?” Soal Ikram Naufal pula. “Tok Mi cakap?”

Irdina mengangguk sambil bersandar membelek kuku. Malas nak melayan tekak gaduh si Ikram tu, buat sakit hati sendiri.


“Awak call Tok Mi ke?”

Irdina angguk lagi. Namun seketika kemudian dia panik, mesti Ikram fikir bukan-bukan! Kan betul.. bukan main lebar senyum lelaki itu.

“Saya call tanya khabar Tok Mi ye, bukan tanya pasal awak..”

“Iye ke?” Ikram Naufal angkat-angkat kening. Terhibur sungguh hatinya melihat gelagat Irdina yang menggelabah. Rasa sakit dan lemah-lemah di badan bagaikan melayang pergi. Dia rasa bertenaga dan sihat sempurna.

“Iyelah!” Balas Irdina yakin.


“Okay, I believe you..” Ikram Naufal tergelak kecil.

Tubuhnya disandarkan ke sofa dengan mata masih bergayut di wajah bersih itu. Tak puas memandang sekali, nak dipandang berkali-kali lagi. Dulu tak ada pulak dia berperasaan begini, baginya gadis cantik memang biasa. Tapi lama-lama mengenali Irdina, gadis itu nampak berbeza dari yang lainnya. Bukan bersandarkan cantik semata-mata, ada yang istimewanya.


“Irdina..”

Irdina angkat muka saat suara lembut Ikram Naufal menyapa telinganya. Lama pandangan mereka berlaga, nampak tenang namun di hati berkocak kencang.

“Sampai bila kita nak macam ni?”

Irdina tersentak dengan soalan lelaki itu. Apa maksud Ikram Naufal? Irdina alih pandang sambil merengus perlahan. Dia serba salah untuk menjawab, dia tak ada jawapan yang tepat untuk diberi.


“Saya tak nak awak rasa susah sebab hubungan kita ni. Awak nak buat macam mana untuk akhirkan lakonan kita?” Tanya Ikram Naufal tenang. Sungguh, dia berasa kasihan kepada Irdina. Setiap kali terpandangkan parut kecil di dahi Irdina, hatinya dihimpit rasa bersalah.

“Sekarang tak sesuai nak bincang pasal ni. We’ll talk about it later.” Irdina bangkit dari duduknya. Dia perlu mengelakkan diri dari soalan Ikram Naufal yang jelas nyata dia tak punya sebarang jawapan.


“Atau sebenarnya awak memang serius?” Soal Ikram Naufal lagi. Tangan Irdina diraih dan langkah gadis itu terhenti. Irdina menoleh ke arahnya dengan riak yang sukar dimengertikan. Yang pasti wajah Irdina tampak sedikit sayu.

“Awak memang serius nak kita bertunang? You want this for real kan?”


Irdina telan liur. Pandangan redup Ikram Naufal memukau hati dan perasaannya. Kalau dia katakan iya, apa reaksi Ikram Naufal? Mahu ke lelaki itu percaya yang hatinya kini tidak tenang gara-gara tidak menatap wajah itu walau sehari?

“Sekali awak cakap sudi, seribu kali saya sudi melamar awak Irdina..”

Irdina terpaku. Lantai yang dipijak terasa tinggi rendah dengan kata-kata lembut dari Ikram Naufal. Dia terawang-awang bagaikan mimpi. Kalau ini adalah mimpi, pasti ini akan menjadi mimpi terindah dalam hidupnya..


“Irdina!”

Ikram Naufal sempat menyambut tubuh Irdina yang rebah secara tiba-tiba. Dadanya melantun deras. Pengsan lagi?



30 Baca Laju-Laju:

fatim fatimah said...

hahaha,,pengsan lg irdina,,lemah semangat btul,,

Hajar said...

huh? pengsan lagi? hihihi.

yeay, akhirnya ikram bersuara juga. lap yu acik! ^_^

Anonymous said...

Oh,nk lagi acik!!!sangat best!!membuai perasaan.hahaha :p

Anonymous said...

loloooooo.....pengsan lg....bestlah acik nak lg...n3...esok ya jgn lupa.....tq

freya said...

cakaplah 'Ya'! comel sungguh pasangan ni! good work acik.. :)

sue said...

hahaha .. baru cakap “Sekali awak cakap sudi, seribu kali saya sudi melamar awak Irdina..” dah pengsan
... kalau cakap jom kahwin sekarang macamana ya....hahaha.... layannnnn

Anonymous said...

aisehh..pengsan lg...hahha...acik, mkn best..next n3 plzzz...:)

Anonymous said...

hahaha...pengsan lagi...mmg betul punye lemah smgat irdina ni...addeeeiiii....acik nk lg !!!!

-yayo

Anonymous said...

agak2 dlm kehidupan sebenar ada x org jenis irdina ni? hihi..lawak tul.

acik, sok nak CIJM lagi yer?

~ nor..

sue gween said...

irdina ni de sakit pe2 ke acik..haha...

ieda ismail said...

hahhahhaa, pengsan lg Irdina........cian IN demam.......da tua2 br nk kene chicken pox ye, bis la kalo x pantang mkn........Acik, sok CIJM lg ye =)

(^__^) miza muhd said...

acik... cepat2 la jadi novel. suka gila. haihhh....

syania said...

gelak terguling sorang2.... pengsan lg?? drah gemuruh irdina ni dah tahap kritikal la gamaknya... best la acik...hahahhaha... kelakar2.. :)

fyda said...

hahaha..
asek pengsan je,,cemane ni??
takley terkejot langsung..
nasibla ikram,,
hii

Acik Lana said...

hehehe..mekasih komen everyone.. part2 dah nak mengaku jatuh chenta mmg best kan.. :p

baiklah.. nnti tgk camne.. mebi CIJM lg kot. depends pada mood okeh?

:)

idA said...

alahai cik..comelnya irdina tu..ek..bole pengsan..part yg kritikal tu..mesti Tok Mi ingat..mamat tu buli minah tu..
Harap harap bila irdina bangun dari pengsannya..cakapla ia syg giler kat mamat tu..ek..

Anonymous said...

pengsan lagi?? irdina nie ada low blood presure kot...xpon da pnykit, leh terkejut2...

waniey said...

pengsan????blh pulak pengsan tgah sweet2 ni....

waniey said...

pengsan????blh pulak pengsan tgah sweet2 ni....

waniey said...

pengsan????blh pulak pengsan tgah sweet2 ni....

YONG JIAO XIU said...

acik wajib baca ni- alahai sorry sangat acik,sebab komen lambat. baru baca eh sebenarnya baru buka laptop/blog. bz sikit acik. yong nak ucap thankssszzzz kat acik sebab tulis pasal ayah irdina kat post 32.hehehe klo selit andy bebanyak pun best tu. hahaha kot dia blh jd org tengah 2org ni.hehehe.sebab andy tu mcm meriah (mesra mengusik kelakor) orgnya.

irdina pengsan laghik?hahaha adei la dina, xleh terkejut, terus hati hanyut. kehkehkeh. tp mmg sweet lah acik.

eila said...

heee...pengsan lagi irdina

sEha said...

lemah semngat tul...pengsan lgi...wakakakaka

suzie said...

acik...best...
irdina ada penyakit lemah semangat ye...tp rasanya dgn ikram jer kan...hehehehe suka suka suka...
sambung lagi acik....tq...muaahhh

Zura Baharudin said...

best! yea.. tq acik!

ikram kan bagus pandai pun meluahkan perasaan.. hehehehhe

dewdrop said...

irdina..anda mmg la lawak..pengsan lg..hehehe..irdina2..saba la erk iqram..dpt tunang lemah smgt cmtu..tp irdina tu lemah smgt dgn awk je pun iqram..keh3..suweett..cpt2 la dieorg ni berchenta btol3..

Rindu Lukisan said...

Pengsannn....!!!
Acik jg diri baik2..mmg bengang kpala sbb fever & flu ni kan...anty pun tgh kene dua pnyakit nih....tp still nak layan gak Irdina & Ikram Naufal nih....
mmmmm best....
get well soon ye Acik...sayang Acik...muachhhh100x...

jasmine said...

acik..*muka sedey*
bl nk update ni syg..can't wait lor..
since i br je kt blog ni tp dh abes bc 3 novel tau..ari2 bc novel..1st time smlm tdo kol 12 coz sakit kpala teramat..my nieces said, ha, tu la asek bc novel je..tp xpe, today getting better..
darl, thanx a lot menceriakn hatiku yg xbrp nk gumbira bebrp bln ni..muah2..bsh x pipi tu? :p

Dewi said...

akhirnya abis jugak saya baca smp bab 33.... best novel ni.. like it... both si iqram & irdina sesuai bersama... good job... :)

Lieya said...

pengsan lagi...?????

alahai irdina, lemah semangat betul lah ko ni..hahaha...
tpi mmg sweet sentiasalah pasangan ni .. :-)

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI