“Romantik
tak dia, akak?”
Izzara
kerut kening. Dia berpaling sejenak ke arah Farah yang duduk di atas katil.
Gadis genit itu tersengih-sengih memandangnya. Izzara kembali menghadap cermin,
meneruskan kerja mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala kecil.
“Siapa?”
Izzara buat-buat tanya.
Bukan dia
tidak tahu yang sejak siang tadi Farah sibuk bertanya tentang Raqy. Tak
lepas-lepas nama itu dari mulut. Yang dia ni, mestilah segan nak bukak cerita
depan Tok Ma dan Tok Abah, macam tak sesuai aje.. Dia tahu Farah fanatik dengan
Raqy. Dia sendiri lihat bilik tidur gadis remaja itu penuh dengan poster Raqy.
Dekat dinding ada, dekat almari ada, wajah kacak boyfriend dia bersepah-sepah
di situ. Agaknya entah berapa banyak bilik anak dara dalam Malaysia ni Raqy dah
‘bertamu’.
“Akak ni
sengaja nak mengelak ye? Dari tadi Baby tanya tapi akak asyik senyum aje..”
Farah merungut dengan bibir memuncung. Tubuh langsingnya terlentang pula di
atas katil. “Baby teringin sangat nak jumpa dia, akak tak ajak dia datang sini?
Ajaklah… mesti Tok Ma suka.”
“Hmm?”
Izzara berpaling sekali lagi ke arah Farah. Bersenang lenang benar gadis itu
bergolek di atas katilnya. Bukan katil dialah, tapi bilik tetamu ini sudah
disediakan untuknya. Secara tidak langsung, katil itu milik dialah walaupun
sekejap.
“Tok Ma
suka Dayyan Idraqi, akak tak tahu?” Farah meniarap dengan kedua belah tangan
menongkat dagu. Pandangan dilemparkan ke arah Izzara yang masih berdiri di
hadapan meja solek. Tak sangka sungguh, sepupunya kekasih Dayyan Idraqi. Memang
boleh terbeliak mata kawan-kawan sekolahnya kalau tahu ni.
“Ye ke? Tok
Ma tak cakap apa-apa pun..”
“Tok Ma
coverline cemerlang. Padahal Tok Ma memang suka Dayyan Idraqi tu, sebab dia
handsome Tok Ma kata. Lepas tu suara dia best…” Farah rancak bercerita dan
Izzara sekadar mendengar dengan senyuman. “Tok Ma ternampak muka akak dalam
suratkhabar pun sebab Tok Ma rajin baca kisah Dayyan tu. Dan bila tahu Dayyan
dah ada girlfriend baru, lagilah Tok Ma excited. Tak sangka pulak sepupu Baby
ni makwe dia..”
Izzara masih
tersenyum. Lucu. Tok Ma pun sukakan Raqy dia? Alahai.. comel betul.
“Dia romantik
tak akak? Ceritalah…” Farah menepuk-nepuk tilam di sisinya. Isyarat supaya
Izzara melabuhkan duduk di situ. “Kalau tengok dalam paper, dalam tv, bukan
main best dia layan akak. Romantik gilalah tu, kan akak?”
Izzara
menyangkut tuala di atas penyidai di sudut bilik sebelum menapak ke arah katil.
Walaupun sikap Baby kebudak-budakan, hatinya terasa senang. Rasa seperti punya
adik sendiri dalam erti kata sebenar. Manakan tidaknya, tak sampai sehari Farah
sudah bukan main rapat dengan dia. Asyik bercerita itu dan ini sampai
kadang-kadang telinganya naik letih ditebak dengan macam-macam soalan.
“Bolehlah,
biasa-biasa aje.” Izzara bagi jawapan selamat. Duduk dilabuhkan di atas katil
bersebelahan Farah yang masih meniarap. Tangan melurut-lurut rambut yang masih
agak lembab.
“Itu aje?
Akak ni berahsia sangatlah..” Farah menyuarakan rasa tidak puas hati. “Baby
janji takkan pecah rahsia kat siapa-siapa, off record!” Tangan dinaikkan
separas muka persis berikrar. Terkelip-kelip matanya memandang Izzara, berharap
Izzara percaya kepadanya.
“Laaa…
memang betul akak cakap ni.” Balas Izzara dengan gelak kecil. “Memang
biasa-biasa aje. Normallah kan kalau kasi bunga, kasi coklat bagai tu. Kira
takde bezalah dengan mana-mana lelaki dekat luar tu, sama aje.”
Farah
menggeleng laju. Dari meniarap, dia bangkit duduk menghadap Izzara. “Mana sama
akak oii.. ini Dayyan Idraqi ok! Semua perempuan gilakan dia, semua nak jadi
makwe dia. Akak untung sungguh dapat dia, dia memang romantik sangat.”
“Eh? Mana
pulak Baby tahu?” Usik Izzara dengan kening dijungkit ke atas. Cara Farah
bercakap, macam lebih kenal Raqy berbanding dia. Biasalah, manusia memang suka
membuat penilaian secara luaran. Bukan tahu betul atau tak telahan akal sendiri.
“Tahulah,
selalu baca kisah dia dengan awek-awek dia dulu. Semua dia layan baik sangat
lepas tu rajin belikan itu ini untuk perempuan tu.” Bersungguh-sungguh Farah
bercerita.
“Belikan
itu ini tak bermakna dia tu romantis. Itu kan material semata-mata..” Jawab
Izzara selamba. Hati terusik juga dengan kata-kata Farah. Iyalah, terkenangkan
ada perempuan lain wujud di hati Raqy sebelum dia, pasti ada riak cemburu
mengusik hati. Kadang-kadang terfikir juga, ada atau tidak Raqy melayan Sherry
seperti melayannya sekarang.
“Tak
kisahlah, yang penting hidup senang. Kan?” Farah tersengih sebelum kembali
berbaring. Selesa benar gayanya di sisi Izzara. “Dulu kan, Baby selalu terfikir
nak cari dia…”
“Cari
siapa?”
“Cari
Dayyanlah kak.. kan kita tengah cerita pasal dia sekarang ni.” Farah tepuk
lengan Izzara tanda geram. “Akak ni suka buat-buat blur tau!”
Izzara
tergelak lagi. “Sorry, manalah akak tahu.. ‘Dia’ tu boleh jadi sesiapa. Hmm,
buat apa nak cari Dayyan?”
“Saja, nak
buat dia jadi abang angkat kita.” Farah tersengih lebar. “Dia tu handsome
sangatlah kak, dahlah suara best. Kalau dengar dia bercakap pun dah boleh cair, kalau menyanyi lagilah!”
Izzara
sekadar tersenyum. Susahnya berpakwekan lelaki seperti Raqy, semua perempuan
idamkan lelaki itu. Tapi tak mengapalah, dia tahu hati Raqy macam mana. Hati
dan perasaan Raqy sudah terkunci untuknya.
Terkenangkan
lelaki itu, Izzara menjeling jam di dinding. Sudah menginjak ke pukul 12 malam.
Seingatnya konsert Raqy sudah dua jam berlalu namun lelaki itu masih juga tidak
menghubunginya.
Ah, mungkin Raqy sibuk. Maklumlah lepas
konsert macam-macam benda nak kena buat. Mana sesi bertemu peminat lagi, mana
nak ditemuramah lagi. Harap-harap semuanya berjalan lancar.
Izzara
mengeluh perlahan. Sempat dia mengerling ke arah Farah yang masih membebel
entah apa tentang Raqy. Bukan dia tidak mahu ambil pusing kata-kata Farah, cuma
hatinya semakin rindu setiap kali nama itu disebut-sebut. Aduhai… hati!
**********
Terbeliak
mata Izzara melihat telefon bimbitnya. Rasa mengantuk yang melekat kuat di mata
bagaikan bertempiaran pergi. Dia pun tidak sedar bila dia sudah tercatuk tegak
di atas katil. Kepala yang sedikit terhuyung hayang dipicit beberapa kali.
Pening sebab bangun mengejut begitu. Mata dibuka luas untuk membaca setiap
bait-bait perkataan di skrin itu. Masih tidak berpuashati, dibaca pula dengan
mata mengecil. Bimbang kalau-kalau dia tersalah baca!
Sayang, turun bawah.. I dah sampai.
Sejukkkkk..
No way!
Izzara sentuh dadanya yang berdebar kencang. Biar betul mamat ni dah sampai Melaka?
Sempat dia menjeling jam di meja sisi, sudah pukul 2.30 pagi. Mencongak-congak
waktu perjalanan dari Singapura ke Melaka, tak mustahil memang lelaki itu ada
di bawah rumah Tok Abahnya. Ah sudah…!
Izzara
bingkas bangun dari katil. Berlari-lari dia menuju ke tingkap bilik yang
menghadap ke jalanraya. Langsir berwarna jingga diselak ke tepi, daun tingkap
ditolak keluar. Matanya liar memerhati, mencari kelibat yang mungkin memang
berada di situ.
Sedetik
cuma, Izzara ternganga. Di bawah sana kelihatan Raqy bersandar di kereta dengan
tangan melambai-lambai ke arahnya. Lelaki itu santai dengan topi dan jaket di
tubuh tinggi lampainya. Dia yakin Raqy sudah bersalin pakaian selepas konsert
tadi, pakaiannya nampak ringkas sahaja.
Ya Allah,
mamat ni…! Bibir diketap. Raqy ni ikut suka dia aje nak meredah! Ni kalau Tok
Abah dengan Tok Ma nampak, apa dia nak jawab? Ingat molek sangat ke lelaki
datang jumpa anak dara orang pagi-pagi macam ni? Ayam itik pun reti balik reban
tidur! Bebelnya di dalam hati.
Izzara
mengisyaratkan Raqy supaya pergi. Risau kalau-kalau Tok Abah terjaga atau
terperasan kehadiran Raqy. Bibir diketap geram tatkala melihat balasan isyarat
dari Raqy. Lelaki itu menyuruhnya turun ke bawah. Izzara menggeleng, Raqy pula tayang
muka sentap.
Izzara
kerut kening saat melihat Raqy menaip sesuatu di telefon bimbit. Dan beberapa
saat kemudian, telefon di tangannya berbunyi.
I merayu tumpang
jet peribadi Datuk Karim tadi. Then pecut dari KL ke sini, you boleh tak nak
layan I? Sampai hati, you memang tak sayang I.
Izzara
gigit bibir. Mulalah tu ayat sentap dia! Laju sahaja tangannya memberi balasan
kepada Raqy. Bukan dia tak kesian, dia tahu Raqy keletihan selepas konsert
tadi. Tapi.. dia nak buat macam mana lagi? Dia bimbang kalau-kalau Tok Abah
berfikiran negatif kepadanya.
I sayang you la. But, you datang
mengejut. I takut Tok Abah marah I jumpa
lelaki time-time macam ni. Apa kata you pergi cari hotel dulu, berehat dekat
sana.
Selesai
mesej dihantar, Izzara kembali memerhatikan Raqy di sana. Ah, rindunya hati!
Kalau tak dikenang pantang larang yang tersemat sendiri di kepalanya, memang
dia sudah berlari turun mendapatkan Raqy. Dia mahu mendengar suara lunak itu, mahu
menatap mata redup yang sering membuai indah perasaannya. Dia memang mahu
begitu!
Bunyi
balasan mesej kedengaran lagi. Izzara pandang Raqy dan lelaki itu turut sama
merenung ke arahnya.
Cari hotel? Then you’ll meet me there?
Sounds great to me.. =)
Eiiii… dia
ni! Izzara ketap bibir. Dari jauh dia mengisyaratkan buku lima kepada Raqy dan
lelaki itu tertawa cuma. Tanpa sedar, bibir Izzara ikut mengukir senyuman
manis. Lucu dengan kerenah Raqy yang rajin benar mengusiknya. Pergi hotel
konon!
Pls balik rehat dulu, esok kita jumpa..
Balas Izzara.
Jumpa kat mana? You balik KL bila?
I balik malam esok.. kita jumpa dekat
town la esok, cousin I nk jumpa you sgt.
Izzara
bertenggek di ambang tingkap. Rasa seronok pula berbual-bual dengan Raqy dengan
cara begini. Tak dapat balcony meeting, window meeting pun jadilah.
your kaz? who? Faril? Oh please no, tak
ingin!
Izzara
jeling Raqy. Dari jauh dia nampak lelaki itu buat aksi nak termuntah. Hek eleh,
siapa ajak jumpa Faril entah! Pantas tangannya menaip balas.
Not him la! I bukan ada sorg aje
cousin. Yg ni perempuan…
Perempuan? Hmm.. kalau cantik mcm u, I ON
aje.
Izzara
gigit bibir. Gedik menggatal! Namun bibirnya tersenyum jua, tahu Raqy sekadar
mengusik.
Mengada. I
sorang pun tak terjaga, ada hati lagi tu… so esok pukul 2 ok?
Ok. But hey, apahal you duduk
bertenggek kat situ? Tak takut jatuh ke? Masuk dalam!
Izzara
tergelak kecil. Baru perasan ke? Dari tadi bukan main syok dia bertenggek di
tingkap, lenguh asyik nak berdiri aje. Matanya menangkap aksi Raqy yang turun
naik tangan mengarahnya masuk ke dalam. Takut dia terjatuh ke bawah la tu. Izzara buat tidak tahu, sengaja mahu terus mengusik Raqy. Raqy yang bengang
dengan sikapnya, kembali menekan mesej di telefon bimbit.
Jangan degil. masuk dalam please, nanti
jatuh la. I takde calon bini lain tau..
Izzara
tergelak senang hati. Ah, sukanya dengan statement itu! Tak ada calon isteri
lain.
“Zarra?”
Izzara
tersentak. Bingkas dia bangun dan berpaling ke arah pintu. Kelihatan Tok Ma
melangkah masuk ke dalam biliknya dengan riak kehairanan. Izzara cuak. Ah
sudah, tak sempat nak bagi isyarat kepada Raqy ni!
“Kenapa tak
tidur lagi? Tak selesa? Tok Ma dengar bunyi bising tadi, ingat Zarra mengigau.”
“Err..
tak-tak.” Izzara menggeleng dengan senyuman kelat. Makin hampir Tok Ma ke
tingkap, makin kecut perutnya.
“Kenapa tak
tutup tingkap ni? Panas?”
Izzara
menggeleng lagi. Dia sekadar memerhati Tok Ma menarik daun tingkap. Puh-puh,
janganlah Tok Ma terperasan Raqy kat bawah tu! Doanya di dalam hati.
“Eh?”
Perkataan ‘eh’
itu menyentak hati Izzara. Dalam debar dia memandang ke arah Tok Ma yang
merenung sesuatu. Kecil besar mata Tok Ma cuba memfokus pandangannya.
Habislah..!
“Zarra, tu
bukan Dayyan ke?”
“Erk..”
Izzara rasa tercekik. Begitu hebat Tok Ma. Dalam kesamaran dan hanya diterangi
lampu jalan yang tak seberapa, Tok Ma masih mampu mengecam wajah Raqy? Memang
peminat fanatik..
“Dayyan
kan? Dia buat apa dekat luar sejuk-sejuk macam ni?” Tok Ma pandang pula wajah
Izzara yang berubah sedikit pucat. “Dia
nak jumpa Zarra ke?”
“Err..
itu.. itu..” Izzara gugup. Rasa bimbang mula menjalar di hati. Mana tahu Tok Ma
fikir dia ini jenis perempuan yang biasa berdating pukul 1-2 pagi.
“Hisy,
kenapa biarkan Raqy kat bawah tu sorang-sorang? Kan sejuk kat luar tu..” Tok Ma
menapak semula ke arah pintu. Izzara tercengang, apa Tok Ma nak buat?
“Err.. Tok
Ma nak pergi mana?”
“Jemput dia
masuk dalamlah. Kan sejuk kat luar tu..”
Izzara
ternganga. Tok Ma…! Namun suara untuk menghalang langkah Tok Ma itu tersekat di
kerongkong…





43 Baca Laju-Laju:
BEST GILAA Acik! Thums Up!!! Anyway acik, bile nk smbg CIJM? Rindulah dgn Ikram :D
hiii..sportingnya Tok Ma.. sayanggg Tok Ma.. can't wait next episode..cyg acik jgk..
hohoho....cpat2 sambung agi.....
hahaha...gile syg raqy kat zarra smpai sanggup merayu nk tumpang jet org lain....sgt romantika de amore
sporting giler la tok ma... best sgt2.. acik lana cpt2 la smbg.. xsabar nk bce...
kehkeh. sporting gile ah tok ma. mentang2la peminat fanatik, dan2 terus jemput masuk rumah. kalau org lain mau dah kena perambat agaknya. :P
sgt suka raqy buat suprise mcm ni,suwitt sgt!!window meeting 2.30am..hebat!Tok Ma tambah efforts pulak tu. Apa lagi raqy bukak la mulut tu chop zarra ni.Faril mesti terkejut tgk raqy ada sama.Sgt puas ati ..tq acik!!pic zarra menggoda la & raqy looks manly..superb!
hahaha...spoting abes Tok Ma tu..hehhee
mak aih..best gile la tok ma ni..
hahaha..terkantoi ngan comel yer..
canggih tok ma minat raqy:D
hehe.. mekasih smua.. nasib baik suke. td saspen dh nk post sbb mcm x puas ati lg n3 ni. but masa dh suntuk, post ajolah..
=)
tq ye.
sambung cepat ya acik hehehe
acik napa stop kat part suspen tue.. tak bleyh tngu next n3 la. plizz cepat msk new n3
so acik...pasni biler ade new n3...xkn lpas tahun baru cine kot :(
wahhhh...best n3 nie...sunggup tue trn melaka smata2 nk jmpa izara...hihihi...sweet jer dpt pakwe mcm nie..
horaitttteee!!mcm tu la acik..ur really unexpected laa..keh3..tok ma peminat fanatik dayyan idraqy??xterlintas lgsg kt pikiran..at least not mine la kn..cmni xde la nmpk mcm "susah" sgt relationship dieorg tu nnt..sbb xde tentangan secara jelas dr fmly.at least ade tok ma as backup.hehe.tp tok ayh xtau la kn..next2 =)
pergh, bukan main lagi tok ma ni yee
bhahaha. parok2 kalau tok ma jatuh cinta ke Raqy. LOL joking*
so sweet...syg giler raqy kat zarra..
yeah2..tok ma suka raqy..boleh back up raqy nti..ni nak geng ngn tok ma ni..hahah
I lap U acik... n3 yg ni mmg best....
wooh~~jantung macam nak luruh la acik..sangat superb :D
wah bestnya Tok Ma...very sporting la...sweet sgt raqy sanggup terbang balik terus ke Melaka nak jumpa zarra...ehhehhe
acik....thanks muah muahhh....nak lagi...
adoi....lambat lagi la ni nak tunggu n3 baru ...kenapa kita cuti lama sgt ye...hehehhehehehe
wah bestnya Tok Ma...very sporting la...sweet sgt raqy sanggup terbang balik terus ke Melaka nak jumpa zarra...ehhehhe
acik....thanks muah muahhh....nak lagi...
adoi....lambat lagi la ni nak tunggu n3 baru ...kenapa kita cuti lama sgt ye...hehehhehehehe
acikk...xsabar nk tgu hr isnin!!!!hheehee..best sgt2..syg bangat sama kamoo + tok ma jugek!!hihi
mcm tu lah tok ma! sporting kat cucu dia..haha..x sabar nak tggu next entri..tq acik :)
caya laa Tok Ma..satu geng ngn Raqy ni...
spOrting gila tOk ma... SempOi ar acik... Ni sayang acik lebih ni... muaxxxx2... hehehehe
haha !! sporting abih tok ma zara ! me loikee much muchh..
hehe.. window meeting sounds nice la acik..
wah..tak sangka..Tok Ma a great fan of Raqy..kan..sure..malam tu seisi rumah berjaga kerana kedatangan Raqy..mesti edisi soal jawab dan Raqy minta hand in marriage dari keluarga Izzara..alahai dik..comel giler rasanya si Raqy ni..main terjah rumah anak dara org pepagi buta sebab angau dan rindu tahap tak ingat dunia..
whuuaaaaaa...next2x...xsbr nk tau ape jd....huhu
sukanye.... sporting habis la tok ma ni... like like like like like like like.........
1 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 LIIKE!!!
acik nie kn,org dh tangkp cintan hbs dgn raqi!bes sgt,x sngke sy dh jd kaki novel on9.sume nya sbb acik!heeeeeee
suka suka suka
go tok ma go.... hihihihi
arwah nenek sy pun sy panggil tok ma
n skrg anak2 sy pggil mak sy pong tok ma jugak :)
semoga hubungan zara n raqy di restui
waaaaaa~bez nye pkwe zarra ni..romantik bangat=)tq acik...cpat2 smbg
hahaha..
best gler tok ma.
sayang tok ma lebihla cam ni..
heee
~adoi..doi...doi!!!!!!sweetnya superstar raqi kita ni...sngup dtg jauh2..mlyang2 rsanya...hahahaha..
hahaha sweeeeeeeeetttttttt acik!haha mmg bagus la pengelihatan tok ma ni ya. kipas susah nak mati betul tu, gan mata tua n time mata tdo pun blh cam tu!.hehe er sorry acik, ter miss plk episod ni. patut la rasa cm ada tertinggal.rupanya sy yg tertinggal baca bab ni.
bess sgt!! terkekeh2 ketawa sorang2. acik berjaya menceria kan hati akk yg gundah gulana ini .. k.i.
so sweet...syg giler raqy kat zarra..
Hahaha...kantoi dgn Tok...
sporting n supporting giler lah tok ma nih..muahh..syg tokma ketat2
hohoho... untungnya klu betul jdi awek si raqy ni.. sungguh romantik ...
terbaiklah tok ma.. mmg sporting hbis erk... siap nak jemput raqy masuk dlm rmh lgi...
Post a Comment