“Alhamdulillah…” Desis Imanina perlahan.
Matanya dipejam rapat mengahayati setiap
rasa indah yang bertamu di sudut hatinya. Kedengaran riuh rendah suasana di
sekelilingnya dengan ucapan kesyukuran. Mana tidaknya, pengantin lelaki akhirnya berjaya melafaz akad nikah pada lafaz yang ke lapan. Tujuh
kali Tengku Qalif gagal menyebut lancar namanya di dalam akad tadi.
Tergagap-gagap, malahan beberapa kali lelaki itu kelihatan meraup wajahnya.
Namun syukurlah, akhirnya sah juga dia menjadi isteri Tengku Qalif.
Imanina tahu, tidak mudah untuk Tengku
Qalif melafazkan akad tadi. Apatah lagi namanya yang menjadi sebutan lidah,
bukan nama arwah Liyana. Matanya mengerling ke wajah Tengku Qalif yang
kemerahan. Lelaki itu tunduk sahaja menadah tangan tatkala Tok Kadi mengetuai
bacaan doa. Entah apa ada di dalam hati Tengku Qalif, dia tidak mampu meneka.
“Nina, upacara batal air sembahyang..”
Bisik Puan Salmah ke telinga anak gadisnya. Imanina yang cantik dalam
sepersalinan kebaya labuh berwarna putih segera mengangkat muka memandangnya. Wajah
anak gadisnya begitu cantik disolek begitu. Imanina jarang bersolek beria-ia,
dan sesekali disolek memang naik seri di wajah mulus itu. Puan Salmah
tersenyum. Jelas dari riak wajah, Imanina kelihatan sedikit gementar.
“Jangan risau, ummi ada teman kat
sini..” Pujuknya lembut. Tangan menepuk-nepuk paha Imanina.
Imanina tersenyum kelat. Suasana yang agak
riuh di ruang tamu rumah keluarganya itu terasa sunyi tatkala anak mata melekat
ke arah Tengku Qalif. Tiada segaris senyuman, hanya riak kelat terpeta di raut wajah
suaminya. Imanina tunduk saat langkah lelaki itu semakin menghampiri.
Dada berpalu kencang. Berdebar-debar
jantungnya. Pertama kali disentuh lelaki bernama suami, apa reaksi yang harus
dia tunjukkan?
Dia bahagia dengan gelaran isteri yang
disandangnya hari ini, tapi terlihatkan wajah masam Tengku Qalif, hati rasa
tidak sedap pula. Bimbang lelaki itu buat perangai di hadapan tetamu umminya.
Air muka ummi dan ayah perlu juga dipelihara. Tak mahulah orang menuduh dia ini
gedik nak berlakikan lelaki kaya semata-mata.
“Hulur tangan, Nina..” Kedengaran suara
Puan Sri Khalida di sebelah kiri. Imanina teragak-agak menghulurkan jari jemari
apabila Tengku Qalif sudah duduk di hadapannya. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba
melapangkan rasa berbuku di dada. Sesak nafas.
Ya Allah, janganlah suaminya tunjuk
perangai keras kepala dekat sini! Doanya di dalam hati.
Imanina terpempan saat jarinya disentuh
lembut. Kepala diangkat mencari wajah Tengku Qalif. Lelaki itu tampak
bersahaja, lebih tenang berbanding tadi. Mata jatuh pula ke jari sendiri yang
dilurut cincin berlian bermata tunggal. Kerlipan flash kamera menambahkan
keindahan kilauan cincin di jari manisnya. Cantik memukau mata.
Imanina kembali mengangkat muka,
memandang lembut wajah lelaki yang kini bergelar suaminya. Tanpa disuruh, jari
jemari kasar lelaki itu dicapai dan dikucup penuh ikhlas. Tanda dia kini milik
Tengku Qalif sepenuhnya. Tersalir rasa cinta saat tangan mereka bersentuhan.
Dan pastinya hanya hati dia merasai semua perasaan indah itu, tidak di pihak
suaminya.
Imanina terpempan. Tanpa isyarat,
kepalanya ditarik perlahan. Dada hampir pecah saat kucupan hangat singgah di
dahi. Tidak terlalu lama dan tidak juga terlalu singkat. Tempoh yang sudah
cukup membuatkan dia rasa mahu pengsan akibat sesak nafas. Saat dahinya
terpisah dari bibir Tengku Qalif, dia masih terpinga-pinga. Usikan nakal yang
menyapa telinga bagaikan tidak berbekas langsung. Cuma matanya memanah tepat
wajah bersahaja lelaki itu.
Syukurlah… Pandai jugak Tengku ni
berlakon! Tahu sangat ciuman itu tidak
ikhlas dihadiahkan untuknya. Agaknya Puan Sri dah paksa-paksa dari semalam.
Selesai upacara membatalkan air
sembahyang, majlis diteruskan dengan makan beradab di bawah kanopi yang
dipasang di hadapan rumah keluarga Imanina. Tidak ada majlis persandingan atau
sesi bergambar ala-ala studio, semuanya serba sederhana namun masih berlangsung
meriah.
Imanina menyendukkan nasi dan lauk pauk
ke dalam pinggan Tengku Qalif. Perasaan kekok masih terasa apatah lagi
kepalanya asyik giat membuat ulangtayang kucupan di dahi tadi. Mulalah rasa
malu sendiri. Nak pandang wajah suaminya pun dia rasa segan, padahal lelaki itu
langsung buat tidak peduli.
“Tengku nak acar buah tak?” Pelawa
Imanina seraya mengunjukkan piring berisi acar buah yang dihias cantik oleh Mak
Sunya. Siap ada gubahan bunga dari lobak merah di tepi piring. Tengku Qalif
mengerlingnya, jawapan tidak juga keluar dari bibir yang kedekut dengan
senyuman itu. Imanina mengeluh perlahan. Segera matanya memerhati sekeliling,
bimbang ada yang ternampak kedinginan sikap pengantin lelaki ini. Nanti apa
pula orang kata, dia bukan main lagi menyengih dapat kahwin tapi pengantin
lelaki muka masam macam cuka. Bawak-bawaklah senyum dan beramah dengan orang
sikit! Omelnya di dalam hati. Astaghfirullahalazim.. tak baik mengutuk suami
sendiri!
“Lepas ni, terus balik rumah mama aku.”
Ucap Tengku Qalif seraya meletakkan sudu di pinggan. Tangan mencapai gelas
berisi air kosong dan meneguknya beberapa kali. Tekaknya tidak terasa mahu
makan, jauh sekali terbuka selera dengan makanan-makanan ala kenduri begini.
Hatinya tidak gembira langsung, sebaliknya dia tertekan dengan perasaan
bersalah. Kubur arwah isterinya masih merah, dia dah menikah lain! Memang kejam
sungguh bunyinya. Sesak dada memikirkan itu semua.
“Err.. kenapa? Sepatutnya kena bermalam
dekat sini.” Balas Imanina serba salah. Mujur juga mama dan ummi sudah meninggalkan
meja makan, sibuk melayan tetamu yang baru tiba. Kalau terdengar perbualan
mereka yang sentiasa berlawan arah ini, kurang manis bunyinya.
Tengku Qalif mendengus perlahan. Matanya
memanah tajam wajah Imanina yang terkelip-kelip memandangnya. Perempuan ini
gila ke apa? Dah tahu dia bencikan perkahwinan ini, lagi nak suruh dia
berlama-lama dekat sini? Tidur sini pulak tu, memang taklah. Ingat dia ada masa
sangat ke nak berlakon bahagia depan orang ramai?
“Kau nak ikut atau tak, terpulang. Tapi
kalau kau tak ikut, aku lagi suka!”
Imanina pandang wajah tegang Tengku
Qalif. Mudahnya memberi kata dua kepada dia. Habis tu, siapa nak tolong ummi
dan ayah mengemas apa yang patut nanti? Tak pernah dibuat dek orang hari
bernikah pengantin perempuan kena balik rumah mertua. Nafas dihela perlahan.
Mati seleranya tiba-tiba. Baru berkahwin, suami dah buat perangai. Tunjuk
kuasa. Tapi tak mengapa, dia sudah jangkakan semua ini akan berlaku.
“Okay, Nina ikut balik nanti ye. Tempat
isteri kan di sisi suami.” Bibir mengukir senyuman manis. Tanpa mempedulikam
reaksi kurang senang suaminya, Imanina menyambung suapan nasi ke mulutnya.
Lapar dari pagi tadi ikat perut. Maklumlah, nak kahwin ni memang cuaknya lain
macam sikit. Selera pun melayang entah ke mana.
Tajam renungan Tengku Qalif hinggap di
wajah selamba Imanina. Perempuan ni macam tak ada perasaan, langsung tidak
terusik dengan kata-katanya tadi. Siap boleh buat muka ceria pulak tu! Hati
plastik ke apa dia ni. Gerutu Tengku Qalif di dalam hati. Benci!
“Nina!”
Imanina yang baru selesai menghabiskan
nasi di dalam pinggannya mengangkat muka. Siti dan Kaira tersengih-sengih di
hadapan meja makan pengantin dengan kamera di tangan. Alahai.. budak berdua ni,
janganlah tanya bukan-bukan! Sempat dia mengerling Tengku Qalif yang menyalakan
rokok dengan wajah selamba.
Hisy, pernah tengok ke pengantin lelaki
hisap rokok time makan beradab? Memang takde adab betul! Omelnya di dalam hati.
Perasaan geram dicampak jauh-jauh. Tahu sangat itu tanda protes dari Tengku
Qalif. Banyak muslihat mamat ni nak menyakitkan hati dia.
“Err.. korang dah makan?” Wajah Kaira
dan Siti dipandang silih berganti. Bukan main melaram budak berdua ni dengan
labuci dan manik mengerlip-ngerlip hasil rekaan mereka sendiri. Boleh
overshadow pengantin ni.
“Dah makan dah! Cantiknya kau Nina..
mekap cantik, baju cantik, tudung cantik, selendang meletup, kau memang
pengantin paling cantiklah pernah aku tengok!” Puji Siti berbakul-bakul.
Imanina tersengih segan. Aisey, boleh
tak lain kali jangan puji depan laki dia ni? Berbulu aje Tengku Qalif dengar
agaknya..
“Nina, aku nak ambik gambar ni. Kau
duduklah rapat-rapat sikit dengan laki kau tu..”
Kaira menghalakan kamera ke arahnya.
Imanina menggelabah. Duduk rapat-rapat? Kaira ni nak tengok dia dapat penyepak
di hari perkahwinan ke apa? Ah, budak berdua ni bukan tahu konflik dalaman yang
dia alami. Dia cuma cakap dia nak berkahwin dengan lelaki yang baru dia kenal,
bukan dengan lelaki yang bencikan dirinya.
“Err.. ambik biasa-biasa dahlah..”
Sanggah Imanina. Wajah Tengku Qalif di sisinya dikerling sekilas. Bimbang pula
lelaki itu hangin satu badan dengan permintaan sahabat karibnya ini.
“Alaaa.. tak sporting! Abang Qalif, ke kanan
sikit boleh?” Kaira tersengih-sengih memandang suami Imanina. Patutlah Imanina
terus ajak kahwin, kacak melampau orangnya. Masa mula-mula Imanina memberitahu
mereka tentang perkahwinan ini, dia dan Siti paling lantang menentang. Mana
tidaknya, pelik benar Imanina tiba-tiba nak menamatkan zaman solo. Dahlah tak
pernah ada pakwe, tak alih-alih cakap nak bernikah. Tapi kalau dah jumpa lelaki
seperti Tengku Qalif ini, logik juga Imanina nak cepat-cepat tambat. Memang
cair dibuatnya!
Tengku Qalif ketap bibir. Rimas dengan
perangai dua sahabat Imanina yang sejak tadi kecoh benar. Eloklah, Imanina
dengan kawan-kawannya memang sefesyen, merimaskan!
“Tak payahlah wei, ambik macam ni aje.
Cepat!” Imanina masih menolak. Dia dengar keluh kesah kebosanan suaminya di
sebelah. Dia bukan bodoh untuk buat-buat tidak faham rasa kurang senang di hati
Tengku Qalif.
“Hei, pengantin baru kenalah duduk
rapat-rapat. Mana boleh duduk jauh macam ni.” Amri yang sejak tadi sibuk
menjadi jurugambar tidak rasmi tiba-tiba muncul di hadapan meraka. Imanina
telan liur.
Aduhai.. sorang lagi datang menambahkan kusut!
Bukan Amri tak tahu Tengku Qalif tak sukakan dia. Nak suruh duduk rapat-rapat
buat apa, biar dia senang kena lempang? Oh, jauhnya kepala terpesong memfitnah!
Tengku Qalif jeling Amri yang rancak
mengusiknya. Ditokok tambah juga dengan kata-kata nakal dari bibir dua sahabat
Imanina. Hatinya mula berkocak panas. Ingat kelakar sangat ke? Dahlah dia
tengah bergelut dengan rasa bersalah
kepada arwah Liyana, usikan-usikan itu tidak menarik langsung di telinganya.
Memang boleh buat panas hati!
Imanina perasan riak wajah Tengku Qalif
yang berubah kemerahan. Nafas lelaki itu juga turun naik tidak sekata, marah
sangat agaknya. Ah, dia mesti buat sesuatu sebelum amarah Tengku Qalif
terhambur di situ. Malu majlis nanti!
“Arghh…!” Imanina tekup mata kirinya
dengan tangan.
Siti, Kaira dan Amri serentak mengalih
pandang ke arah Imanina. Tengku Qalif juga ikut sama mengalih pandang.
Terpinga-pinga dengan gelagat Imanina yang tiba-tiba bingkas bangun dengan
menekup sebelah matanya.
“Kau kenapa Nina?” Siti dan Kaira
menghampiri Imanina, cuba memeriksa keadaan gadis itu.
“Sambal ayam masak merah tu terpercik
dalam mata aku!” Balas Imanina dengan nada sedikit cemas. Ya Allah, bodohnya
penipuan dia ni. Entah macam mana sambal boleh terlompat dalam mata, tak masuk
akal langsung! Tak apalah kalau tak logik pun, dia dah buntu sangat cari modal
nak menipu tadi.
“Terpercik dalam mata? Kan kau dah habis
makan!” Soal Siti dengan tangan sama sibuk cuba memeriksa mata Imanina.
“Aku tertolak sudu tu, terpercik masuk
mata. Temankan aku ke tandas sekejap..” Imanina tergapai-gapai tangan Siti.
Berharap dua sahabatnya itu tidak banyak soal. Dia ni mana reti sangat nak
menipu!
“Huh, okay-okay. Jom cepat.” Siti dan
Kaira segera mengiringi Imanina ke dalam rumah. Bimbang pula habis cair mekap
Imanina dengan lelehan airmata akibat kepedihan sambal itu.
Amri tergelak kecil. Lucu dengan sikap
Imanina yang jelas tidak pandai berbohong di matanya. Dia tahu Imanina bimbang
Qalif mengamuk dengan usikan mereka tadi. Sebab itu Imanina buat-buat sakit
mata. Sambal terpercik masuk mata konon. Padahal pinggan ayam masak merah itu
duduk di hujung meja, manalah boleh melompat sampai ke mata.
“Yang kau suka sangat ni kenapa? Puas
hati kau dapat gelakkan aku?” Soal Tengku Qalif sedikit kasar. Sakit mata
melihat wajah ceria Amri di hari pernikahannya. Sepatutnya Amri berkongsi rasa
sedih ini dengannya, bukan berkomplot dengan Imanina dan kawan-kawannya yang bermulut murai itu.
Amri tersenyum kecil memandang Tengku
Qalif yang segak dalam sepersalinan baju melayu warna putih. Baju melayu yang
menjadi perbalahan sejak pagi tadi. Mana tidaknya, Qalif enggan menyarung baju
yang dijahit Imanina itu. Padahal bukan main elok terletak hasil kerja tangan
Imanina. Kemas dan sempurna jahitannya.
“Kau ni pun, chill la bro. Tak elok kau
buat muka macam ni depan keluarga Imanina. Kau kena fikir airmuka keluarga dia
jugak..” Nasihat Amri perlahan. Semakin kelat wajah sahabatnya itu.
Tengku Qalif mendengus. Dia tidak mahu
ambil pusing apa juga yang berlaku di sekelilingnya. Dia memang tak sukakan
perkahwinan ini, takkan nak tunjuk macam gembira sakan! Ikutkan hati, tak kuasa
dia mahu mengucup dahi Imanina tadi. Cuma mama sibuk mendesak dan memaksa sejak
semalam. Mama tidak tahu hatinya hancur saat menyentuh perempuan itu, terasa
dia telah mencurangi arwah Liyana!
“Tapi apa pun, aku rasa bini kau tu
comel betul. Untunglah kau..” Amri tergelak kecil. Masih teringat-ingat lakonan
tak berapa menjadi Imanina sebentar tadi.
Tengku Qalif buat tidak peduli dengan
kata-kata Amri. Comel? Dia tidak ada perasaan langsung memandang Imanina.
Imanina bukan citarasanya, citarasanya hanya kepada arwah Liyana. Imanina
langsung tidak setanding dengan arwah isterinya itu. Macam langit dengan bumi.
“You can have her if you want, aku bagi
free aje..” Balas Tengku Qalif serius. Kerusi ditolak dan dia segera bingkas
bangun. Malas mahu menghadap Amri, malas mahu menghadap semua ini!
Amri terpinga-pinga dengan ucapan dari
mulut sahabatnya itu. Takkanlah sebanyak itu kebencian Qalif kepada Imanina?
Sampai sanggup nak bagi isteri sendiri dekat orang lain. Kejam betul!
“Qalif, kau nak ke mana? Tak baik kau
cakap macam tu tahu tak. Whatever it is, she is your wife!” Amri menyaingi
langkah laju Qalif. Para tetamu mula tertoleh-toleh ke arah mereka. Pelik
agaknya melihat pengantin meninggalkan kawasan majlis berlangsung.
“Aku tak nak dia, kau faham tak??” Balas
Tengku Qalif dengan nada tertahan. Sehabis daya dia mengawal nada suaranya
supaya tidak melengking tinggi. Terpandangkan mama dan papa yang tergesa-gesa
ke arahnya, pantas dia menyambung langkah. Panggilan Amri dibuat tidak endah,
dia benar-benar mahu bersendiri. Jauh dari semua kegilaan ini.
“Kau nak ke mana Qalif?” Amri kembali
menyaingi langkahnya, masih tidak berputus asa mahu menjernihkan keadaan.
“Aku nak jumpa Liyana.. aku dah mungkir
janji aku!” Jawab Tengku Qalif lirih, tanpa memandang muka Amri. Langkah pantas
diatur ke arah kereta papanya yang diparkir di lorong itu. Mujur juga pemandu
keluarga mereka ada di situ, tidak sulit untuk dia melarikan diri.
*****
Pintu bilik ditutup rapat. Ruang bilik
sederhana besar itu kelihatan suram dan gelap. Sama seperti hatinya yang suram,
gelap dan kelam. Seharian merintih di pusara Liyana, hatinya masih belum puas.
Tidak puas mengadu nasib tanpa mendengar kata-kata balasan dan pujukan dari
bibir arwah isterinya itu. Hati sebak. Dia benar-benar diamuk rasa rindu.
Rindukan senyuman Liyana, renungan manja dan kata-kata yang membelai jiwa
lelakinya. Sumpah, dia benar-benar rindu!
Dahulu, Liyanalah yang menjadi penguat
semangatnya. Di saat dia sedih, tertekan, bermuram, Liyana akan hadir
menceriakan hari-harinya. Biarpun berjauhan, Liyana sentiasa ada cara
membuatkan mereka terasa dekat. Cinta sentiasa hangat biarpun terpisah
beribu-ribu batu jaraknya. Tapi kini segalanya sudah diragut pergi. Dia
ditinggal sendiri, terkontang kanting membawa beban rindu dan kepedihan yang
tidak pernah berkurangan.
Keluhan berat terlontar dari bibir.
Perlahan duduk dilabuhkan di birai katil. Tangan menongkat kepala yang
memberat. Runsing memikirkan nasib dirinya yang kini terikat dengan perkahwinan
bodoh ini. Di mana kewarasan akalnya sehingga dia bersetuju menikahi perempuan
gila itu! Bibir mendengus pula. Kusut dan sakit kepala.
Tubuh direbahkan pula di atas katil, dia
benar-benar keletihan. Mata dipejam rapat, mencari-cari bayangan Liyana yang
sering dia rindui. Hanya itu yang mampu dia lakukan, mengulang tayang
momen-momen indah di antara mereka.
Dalam kemamaian, terasa sentuhan hangat
hinggap di lengannya. Haruman itu bagaikan begitu mesra di rongga hidung.
Haruman yang mengingatkan dia kepada seseorang… iya, haruman Liyana! Spontan
bibirnya merekah dengan senyuman. Akhirnya Liyana hadir juga dalam mimpinya.
Sekian lama dia menantikan saat ini. Tengku Qalif khayal, terbuai-buai indah
dengan sentuhan yang kini merayap di dadanya. Liyana masih nakal seperti
dahulu, suka benar menguji hati lelakinya. Terasa butang kemeja di tubuhnya
dibuka satu persatu. Dia membiarkan, senang diperlakukan begitu.
“Tengku tak nak mandi dulu?”
Tengku Qalif mengerutkan kening namun
matanya masih terpejam rapat. Dia tidak mahu membuka mata sekaligus melenyapkan
bayangan Liyana dari mimpinya. Tapi suara itu.. kenapa suara itu berlainan
benar dari suara isterinya Liyana? Suara itu seperti suara Imanina. Ah,
bencinya! Sampai ke dalam mimpi pun perempuan tak tahu malu itu mengejarnya!
“Tengku, bangun mandi dulu sebelum tidur.
Tak elok balik dari tanah perkuburan dan terus masuk tidur..” Suara itu masih
berbisik lembut di telinganya.
Tengku Qalif mula berasa tidak sedap
hati. Entah kenapa dia rasa semua ini bukan lagi mimpi. Kehadiran Liyana
bagaikan semakin menjauh pergi dan digantikan pula dengan susuk tubuh Imanina.
Pantas matanya terbuka luas. Dia berpaling ke kanan dan di situ dia nampak
samar-samar kelibat perempuan berambut panjang duduk bersimpuh di sisinya.
Pantas dia bingkas bangun dengan dada berdebar kencang. Mana tahu ada hantu ikut
dia balik!
Tangan segera memetik suis lampu di meja
sisi. Serta merta suasana bilik itu menjadi sedikit terang. Dan sesaat itu
mulutnya terlopong melihat seraut wajah yang tersenyum ke arahnya. Imanina??
Walaupun gadis itu tidak lagi mengenakan tudung di kepala, dia belum rabun
untuk mengecam seraut wajah itu.
“K… kau.. kau buat apa kat sini??”
Tengku Qalif bingkas bangun. Terpandangkan butang baju kemejanya yang sudah
terurai, dia mendengus geram. Berani betul perempuan ini mengambil kesempatan
ke atas dirinya!
“Err.. kan Tengku kata nak balik sini
malam ni.” Balas Imanina bersahaja. Dia mencapai bantal dan memeluknya rapat ke
dada. Lucu pula melihat gelagat Tengku Qalif yang terkocoh-kocoh mengenakan
semula butang kemejanya. Alah, bukan dia nak buat apa pun.. dia cuma mahu
membantu suaminya salin baju tadi. Lelaki itu nampak letih benar, apa salahnya
dia hulur bantuan. Sudah menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan lelaki itu.
Walaupun terketar-ketar jarinya meleraikan butang baju Tengku Qalif, dia tetap
juga menguatkan semangat. Ingat tak terasa nak melayang nyawa ke tadi?
“Siapa ajak kau balik sini hah? Kau
boleh duduk dekat rumah mak kau selama mana kau nak! Aku peduli apa!” Tingkah
Tengku Qalif kasar. Dia berdiri bercekak pinggang membelakangkan Imanina. Panas
hati sungguh, tak sanggup memandang muka itu. Berani betul perempuan ini masuk
ke dalam biliknya tanpa izin. Main langgar aje, ingat dia tu siapa?
“Hmm.. mama pun ajak Nina balik sini.
Tengku tak kisah kan?” Imanina tersenyum kecil. Mata sempat menjeling jam di
dinding, sudah menginjak ke pukul dua pagi. Takkanlah suaminya bertapa di
pusara arwah Liyana sampai waktu-waktu macam ni?
“Of course aku kisah!” Tengku Qalif
pantas berpaling ke arah Imanina dengan riak wajah menyinga. “Aku tak nak kau
ada depan mata aku, kau boleh keluar dari bilik ni. Pergi tidur bilik lain!”
Imanina tercengang. Tidur dalam bilik
lain? Gila ke? Nanti apa pula kata mama dan papa, apa pula pandangan bibik?
Amboi.. sampai pandangan bibik pun dia ambik kisah.
“Hmm.. Nina nak tidur sini.” Balasnya berdegil.
Sekarang lancar pula mulut nak bahasakan dirinya ‘Nina’, tak mainlah ‘bersaya-saya’
dengan suami sendiri. Tak feel! Tubuh direbahkan di atas katil. Mata Tengku
Qalif yang terbuntang ke arahnya dibuat tidak nampak.
“Kau buat apa ni??”
“Hmm.. tadi Nina dah tidur sebenarnya,
so ni nak sambung tidurlah. Tengku tak nak tidur?” Dikerling wajah suaminya,
senyum diukir manis. Kemarahan Tengku Qalif dibuat tidak endah sahaja.
“Kau nak tidur ikut suka kaulah, tapi
bukan atas katil aku! Bangun, aku kata bangun!” Tempelak Tengku Qalif berang.
Ikutkan hati, memang dia ketuk-ketuk kepala Imanina. Dia yakin gadis itu tidak
akan berasa sakit, sebab kepala perempuan itu kepala batu!
Imanina masih menunjuk degil, tidak
berganjak walau seinci pun. Bukan dia sengaja mencabar kesabaran lelaki itu,
dia cuma mahu menunjuk rasa geram. Iyalah, selamba benar Tengku Qalif
menghilangkan diri dari majlis siang tadi. Terkebil-kebil ummi dan ayah nak
menjawab bila tetamu bertanyakan pengantin lelaki. Mama dan papa pun tak
terkata apa, dah masak dengan perangai gila anak sulung yang seorang ini
agaknya.
“Imanina, jangan cabar aku…” Bibir
diketap rapat. Geram sungguh, dia memang geram!
“Tengku jangan marah-marah boleh? Apa
kata baring dan tidur aje macam biasa, tak payah nak memekik macam ni. Nanti
mama dengan papa terjaga kan susah..” Balas Imanina lembut.
Tengku Qalif melurut kasar rambutnya.
Tak tergambar perasaan yang berbuku di dada. Apalah malang sangat nasib dia
ditemukan dengan perempuan gila ini!
“If Tengku tak nak tidur dekat sebelah
saya, dipersilakan tidur dekat sofa tu.” Imanina memuncung ke arah ruang rehat
di sudut bilik. “Tapi macam dalam cerita novel la pulak, suami tidur dekat
sofa. Stereotype sangat…” Dia tergelak kecil pula.
Tengku Qalif renung Imanina dalam-dalam.
Ya Allah… perempuan ni memang muka tembok. Berangan pulak nak tidur sebelah dia
tu!
Imanina menarik comforter menutup
seluruh tubuhnya. Bantal ditepuk-tepuk bersahaja. Pandangan tajam suaminya
langsung tidak menggentarkan hati, dia yakin tak ke mana marah Tengku Qalif
itu. Takkanlah sampai nak sepak terajang dia, lelaki itu bukan jenis begitu.
“Nanti tolong tutupkan lampu ye, Nina
tak biasa tidur terang..” Sempat dia berpesan dengan senyuman di bibir. “Good
night, tengku!”
Tengku Qalif merengus kasar. Perempuan
ini memang melampau! Rasa geram bergumpal-gumpal di dalam hati. Enggan terus
menerus menguji sabar di hati, dia merentap tuala di penyidai. Langkah diatur
ke arah bilik air sebelum menghempas pintu sekuat hati.
Imanina!! Jerit hatinya kuat.




44 Baca Laju-Laju:
hahhahaha....best acikkkkkk!!!!!!!
ei.skit ati dgn qalif ni...
stylo la nina...bgus2..
pagi2 dh dpt breakfast...best ni...
hualloh...igtkan bab2 buka baju tu dlm mimpi jer, rupe2nye imanina yg bukak...
Biasa la , mula2 x suka..lelama suka la tu. Teruskan keselambaan Nina, pasti cair satu hari nnt si Qalif. Suka ngan n3 arini.Qalif ni kalo nampak Nina yg bergaya setiap hari,ditambah dgn pujian kwn2 Qalif sendiri..buatnya dtg sorang yg betul2 nak kan Nina..nk bg free ye ..konon!Acik..terbaeekk,satu kelainan citer dlm pasaran setakat ni. Jgn satu hari Qalif ckp ngan Nina.."please perform ur duty as my lawful wedded wife"..
gerammmmmmmm betol lah dgn perangai qalif ni...grrrrr
eeee...menyampah betul dengan Tengku Q ni! sabar nina...teruskan keselambaan kamu itu. nanti bila dia dah mula kuch kuch hota hai, nina pulak jual mahal! biar dia rasakan.
hohoho..bestnyee n3 ni acik..qalif ni dlm mrh2 xla kasar sgt smpai nak dera nina..mrh2 syg tu nnt..tq acik...next n3 yer..
wah..dik..satu peningkatan terhadap usaha nina untuk merubah diri TQ terhadap dirinya..keselambaan dan kepoyoan dirinya lah nanti akak rasa akan membuat TQ jatuh hati. Liyana mmg dtg dlm mimpi mimpinya selama ini tetapi akak berharap agar mimpi mimpi itu akan berganti dengan seorg wanita lain yg bernama nina..pengubat laranya dan menerima takdirnya seadanya.. Kesian nina ..kan..
tak sabar nak tunggu giliran TQ merayu kat Nina pulak...huhuhuhu
best..hehe..geram pl kat tengku tu.
bila la qalif tu jatuh cinta kat nina.
hehe. kesian Nina kan. but dont worry, nina kuat orangnya. biarlah tengku nk nyombong sekarang, sok2 dia tersungkur jugak nakkan nina. heh heh heh
acik mmg nk buat tengku jahat2 dlu. biar korang benci. but nanti, bila dia sweet, jangan cair ya! kikiki
tq komens. ilebiu!
hehehehhe.. best-best...new n3 plz.. x senang duduk nie.. sbb sakit ati dgn prangai tengku tu...
nasib baik kau hensem qalif..kalau x, mahu jugak aku suruh nina sekeh kepala kau tu..huhu
btw, tq acik ^^
acik,
bg kaw2 punyer yer...bile TQ dh suke kt nina, create la sumting bg dugaan pd TQ lg..bg tmbh perisa nak sedapkan lg cerita...buatlah part2 tinggal2, kejar mengejar...cewah...byknye komen...
hmmm,npe ek nini still nak khwin dgn tengku gak walau tengku xska kat dya?
ad apa2 agenda ea?
hehe.. mmg pon. nanti bila dah suke, menggelupor kejar nina. manusia biasalah, boleh berubah tanpa diduga.
ann-nina kahwin sbb cinta. takde agenda pelik spt mahukan harta atau jadi menantu kaya. itu hindustan sgt tu. heh ;p
eee tak suka...sakitnya ati...hope tak de la in reality...melampau tau
nak lagi...n lagi...n lagi...
Jom semua followers..up kan citer ni. Kasi gempak comments non stop..bagi sokongan kt acik kiter..walau secara maya shj..ok kan!
"_________" senyum sampei tlinga.. acikkkk... akak rasa cam nak pingsan... best sgt!!!!!! luv u more acikkkk....
bes(100000000x) mmg mantop la citer ni.. ari2 i jenguk blog acik.. cpt2 apdet ek..
ok... done with it.. tersangat tinggi egonya si TQ.. well, dah nak menuju ke klimax kah? antara benci dan dendam.. kasih sayang dan kelembutan.. huhu bertabahlah wahai hati menunggu sambungannya..
keep up the good work acik.. but health must come 1st ok!
thanks acik, memang the best lah......waiting for the next entry
haha perangai tgku qalif ni mmg xleh bla btl.. siap la nnt bile dh suke nina..
best!!hehehe...bgus tol nina...wat hati kering je...saba layan qalif...
adoi..meroyan je TQ tu....
lempang 1x!
ahahahahahaaaa...sangat la bestnye nina ni brutal boleh tahan...padan muka tengku..bagi sket pelajaran kat dia sampai dia terkeduuu terkeluuu tak terkataaa...ehehehee...sayang acik...cite ni besttttttttttttt sangattttttttttttt...
haha..selamba je nina..bagus2..
qalif ni asek marah2 je..kedut2 muka tu nanti bru tau..xsesuai plak dgn nina yg muda jelita..
brani jg nina ni nasib x kena ketuk kepala dgn tengku...
Yeaaah ! Bestnya .Slamber aar Nina ni . hehe suka !
tu dia, lapan kali baru lepas, sib baik TQ tak bangun & blah bila tetap tersasul sebut nama Nina hikhik...
Nina, all the best... mmg patut layan TQ tu camtu, melawan secara lembut, lama2 hilang la marah timbul sayang lak :-) ....
hahaha...gile la..8kali lafaz..
lawak btul si TQ ni..
best acik..suke nina yg keras kepala..slumber dier jer..
mmg kne la ngan si TQ yg sombong tuh..
8 kali tu..haha..hapela TQ ni..btw, Nina..u rock babeh! haha..suke2..thanks acik!!!!
heheheh, 8x akad nikah...sib baik lepas gak...lg la angin TQ ngan perangai nina yg slumber n degilnya
nerbes sangat la tu sampai 8kali. dia tak sanggup nk sebut nama imanina, sbb dlu kan dia sebut nama arwah Liyana...
ehehe. anyway mekasih sbb komen. ilap u laaa!
beshx3... x sbr nk tau pe yg jd after this.. sama ada tengku jd baik or not... tp mmg besh.. dr bab 1 smpai skrang... hehe
benci giler TQ dengan nina...nanti mesti syg giler2 pulak
eee x sabar gile nak tggu TQ jatuh cinta dengan nina. acik buat nina merajuk+tunjuk ego sikit tau. biar TQ tau n meroyan2. haha
garang gile tengku qalif...acik best..best..best!!!
sorry acik lmbt baca.
pastu, huhuhu pya la berdebar2 nak baca, kot nti berlaku kekerasan kat cter ni.hehe but really i can trust u la acik, acik mmg berjiwa lembut n romantik. tak main brutal2 sgt kan acik(Ayat bodek ni)hehe.
lol IMANINAAAAAA! macam ibu Kevin home alone tu pulak :P
Makin seronok dan mencabar ceriter ni. Makin sedap dibaca. Imanina ni kuat orangnya.
Nina yg selamber..
Post a Comment