Followers

Bab 11 : Pelangi Cinta Buat Suami..

Imanina menepuk kuat bantal di atas katil. Mata mengerling tubuh suaminya yang masih meniarap tidur. Ditepuk-tepuk bantal itu dengan lebih kuat, kemudian dicampak ke katil. Berharap lena Tengku Qalif terganggu. Bibir diketap kejap. Ini memang betul tidur mati namanya! Tangan memeluk tubuh sendiri. Berfikir bagaimana cara untuk mengejutkan lelaki itu. Jam dah menginjak ke pukul 7.45 pagi, pukul berapa nak bangkit dia ni? Tak nak breakfast dengan mama dan papa ke?

Geram. Mana tak geramnya, pagi tadi punya bengang pun tak hilang lagi. Dia kejutkan Tengku Qalif untuk bersolat Subuh, namun lelaki itu boleh buat pekak telinga. Bila dia cuit-cuit, reti pulak nak menepis! Siap marah-marah lagi. Macam tu lagi konon tak sedar dari tidur? Nampak sangat menipu.


Terkenangkan malam pertama dia tidur bersama lelaki bergelar suami, bibir terpalit senyuman segan. Dalam merempan-rempan Tengku Qalif, kuat juga lelaki itu mempertahankan egonya. Dia ingat lagi, lepas Tengku Qalif keluar dari bilik air, suaminya itu terus merebahkan tubuh di atas katil. Tak banyak bunyi namun nampak jugaklah tanda protes tu. Tarik selimut macam nak terbalik katil.

Dia pulak rasa terkejut macam nak putus nyawa. Tapi lakonan kena mantap, dia buat-buat tidur lena. Padahal boleh tahan juga kecut perutnya. Kalau difikir-fikir balik, apa yang dia nak takutkan? Tengku Qalif takkan berminat nak menyentuhnya, jauh sekali nak buat bukan-bukan. Terasa jugak hati, macamlah dia ini buruk sangat. Tapi tak apa… cabaran menggoda hati suami menjadi misi utamanya sekarang ini. Bibir mengulum senyum. Chaiyok Nina!


Imanina menapak pula ke almari solek. Berus sikat dicapai dan dia menyikat rambutnya yang sedikit ikal separas bawah bahu. Mata merenung diri sendiri yang terbias dari cermin. Rasa tidak percaya dia kini bergelar isteri orang. Isteri ekspress!

Spontan mata melirik ke arah bayangan Tengku Qalif di dalam cermin. Entah apa nasib masa depannya jika hati lelaki itu gagal dia miliki. Ini risiko yang sudah dia sedari sejak awal lagi. Yakin sangat Tengku Qalif akan jatuh cinta dengannya, perkara lain dia sudah tidak pandang. Sudah buang ke tepi. Dan sekarang, terdetik juga rasa sangsi di celah hatinya.


Melihatkan sikap dan perangai suaminya yang membaran tidak tentu hala, dia pasti jalan ke hati lelaki itu tidak mudah. Banyak liku-liku dan persimpangan yang pasti terarah kepada arwah Liyana yang menjadi halangan. Cukup kuatkah diri yang sementah ini untuk mengharungi keperitan diabaikan suami? Imanina mengeluh berat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berani, kau tanggunglah sendiri!

Pandangannya melekat ke arah susuk tubuh Tengku Qalif yang bergerak-gerak di atas katil. Imanina berpaling ke arah katil. Dah bangun? Boleh pulak bangun sendiri. Desis hatinya.


Perlahan dia menapak menghampiri Tengku Qalif yang kini sudah baring terlentang. Ingatkan dah bangun, rupanya sambung tidur lagi. Diamati seketika wajah tampan yang masih pulas dibuai lena.

Bibir mengkukir senyuman kecil. Entah kenapa hatinya digamit-gamit untuk terus menatap seraut wajah tampan itu. Matanya melekat dan mahu terus memandang. Penuh hati-hati Imanina melabuhkan simpuh di sisi katil. Dari sini jarak wajah Tengku Qalif lebih jelas di ruang mata. Direnung kening lelaki itu yang agak lebat, mungkin diwarisi dari papa yang memiliki bentuk kening yang serupa. Terpesona dia menilik kelebihan paras suaminya.


Pandangan turun pula ke mata redup milik Tengku Qalif yang begitu indah. Walaupun dia sering dihadiahkan pandangan garang dan bengis, hatinya tetap terbuai indah. Kadangkala dia rasa dia boleh menmbusi hati lelaki itu melalui pandangan mata, dan di situ dia kenal diri Tengku Qalif yang sebenar. Yang lembut dan penyayang, yang ramah dan begitu prihatin.

Mata Beralih pula ke hidung suaminya yang mancung, kemudian ke bibir yang kedekut senyuman namun masih seksi di matanya. Tidak dapat mengelak, pandangannya melurut ke dada Tengku Qalif yang bidang. Tubuh tinggi lampai itu begitu menarik di matanya. Kemas dan cantik terbentuk. Sedikit sebanyak, terusik juga perasaan wanitanya disajikan pemandangan begitu.


Imanina tarik nafas dalam-dalam. Bukan kelebihan fizikal ini yang buat dia tertarik sebenarnya, ini umpama bonus yang dia dapat tatkala bergelar isteri lelaki itu. Apa yang penting baginya, dia cukup kenal hati dan perasaan Tengku Qalif. Buku tebal luahan rasa Tengku Qalif sudah selamat dia khatam beberapa minggu dahulu, kukuh dalam ingatannya satu persatu.


Jari jemari Imanina bergerak ke arah wajah Tengku Qalif. Perlahan namun pasti. Perasaan cinta membuak-buak dan dia begitu teringin mahu menyentuh seraut wajah itu. Nafas terasa terhenti saat kulit hangat suaminya hinggap di tapak tangan. Dielus penuh kasih pipi lelaki itu yang sedikit kasar dengan jambang-jambang halus. Dia terleka dengan perasaan sendiri.


Imanina tersentak saat tangannya dicengkam kasar. Bertempiaran rasa indah yang sejak tadi berkumpul di hati. Simpuhnya yang kemas terurai tatkala Tengku Qalif bingkas duduk dengan pergelangan tangannya masih kuat dipegang lelaki itu. Imanina cemas, pandangan dihalakan ke wajah bengis Tengku Qalif. Liur ditelan kesat. Berdebar kencang jantungnya.


“Kau buat apa ni?? Kenapa kau sentuh aku??” Pekik Tengku Qalif berang. Tangannya semakin kuat mencengkam pergelangan tangan Imanina. Baran sungguh hatinya. Imanina memang jenis perempuan muka tak malu! Tajam matanya memanah wajah Imanina yang kini melutut di tepi katil. Gadis itu mengaduh kesakitan, namun dia buat tidak peduli. Marahnya semakin meluap-luap di dalam dada.

“Lepaslah Tengku, sakit…!” Desis Imanina perlahan. Terkial-kial dia cuba meleraikan cengkaman lelaki itu, namun tidak juga berjaya. Tenaga Tengku Qalif lebih gagah, tidak terlawan dengan tenaganya.


“Lepas? Yang tadi kau pegang aku, kau tak fikir ke??” Tempelak Tengku Qalif lantang. “Hei perempuan, kau dengar sini baik-baik. Aku nak tanya kau, apa hak kau nak sentuh-sentuh aku? Kau siapa? Kau tak tahu malu ke??”

Imanina cuba bertenang. Dia tidak boleh menunjuk riak takut di hadapan suaminya, nanti makin menjadi-jadi kedegilan Tengku Qalif. Wajah merah padam suaminya ditentang tenang.

“Nina kan isteri tengku, tak boleh ke Nina sentuh suami Nina sendiri?”


Bulat mata Tengku Qalif memandang Imanina. Perempuan ini nampak saja bertudung litup, penuh sopan, padahal perangai macam perempuan murahan! Kalau betul Imanina baik, takkanlah selamba-selamba nak sentuh lelaki yang baru dia kenal? Nampak sangat dah biasa bermesra dengan lelaki-lelaki keparat sebelum ini. Tangannya yang mencengkam pergelangan tangan Imanina dilepas kasar. Terdorong tubuh gadis itu ke belakang.


“Isteri? Kau isteri yang tak diiktiraf!” Tengku Qalif bangkit dari katil dengan perasaan sebal. Hilang melayang rasa mengantuknya dengan perangai gila Imanina. Semalam bukak baju dia, hari ini nak belai-belai muka pulak? Dia mengerling benci ke arah gadis itu yang masih setia duduk di sisi katil. “Kau ni dah terdesak sangat ke? Jiwa kau tu dah kemarukkan sangat nak belaian lelaki?” Soal Tengku Qalif berbaur sindiran tajam.

Imanina tersentak. Segera dia mengangkat muka memandang wajah suaminya yang tegak berdiri di sisi. Sampai macam tu Tengku Qalif tuduh dia? Ingat dia ni perempuan murahan ke apa? Kurang asam betul!


“Kau tak ingat apa aku pernah cakap dengan kau dulu?” Kini tangan Tengku Qalif bercekak pinggang pula. “Kan aku pernah cakap dengan kau, walaupun kau tak pakai apa-apa depan aku, aku takkan terliurlah. Jauh sekali aku nak sentuh kau sebagai seorang isteri..”

Imanina ketap bibir. Bingkas dia bangun menghadap tubuh suaminya. Ketinggian Tengku Qalif yang agak ketara berbeza dengannya membuatkan dia terpaksa mendongak sedikit. Dia tidak rela suaminya menuduh yang bukan-bukan, apatah lagi jika perkara itu melibatkan maruahnya!


“Tengku cakap apa tadi?” Soalnya berani.

“Kau pekak ke apa?” Tempelak Tengku Qalif berang. Matanya berpadu garang dengan pandangan Imanina. “Aku cakap, aku tak kemaruk perempuan macam kau. Jadi teman ‘one night stand’ pun aku tak ingin! You’re totally not my taste!”


Imanina gigit bibir. Amboi.. makin berbisa kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu. Jika yang bercakap ini bukan suaminya, sudah lama dia kasi tempeleng maut dua kali! Nafas dihela kasar. Cuba bersabar dan beristighfar sebanyak mungkin di dalam hati.

“Tengku cakaplah apa tengku nak cakap, I just don’t care..” Balasnya dengan nada tertahan. Matanya masih berani menentang pandangan garang lelaki itu. “Tapi sebagai seorang suami, tengku tak boleh mengabaikan saya. Dayus namanya tu. Takkan tak tahu kut..” Sindirnya tepat.


Bulat mata Tengku Qalif dengan serangan balasnya. Imanina menjarakkan sedikit tubuhnya. Dia malas mahu melayan kepala angin Tengku Qalif, tak ada sudahnya. Baik dia turun bersarapan bersama mama dan papa di bawah. Kenyang juga perutnya!

Belum sempat Imanina melangkah pergi, dia terasa lengannya direntap kasar. Otak tidak dapat memproses apa yang berlaku kerana semuanya bergerak terlalu pantas. Sedar-sedar sahaja tubuhnya terhenyak kasar di atas katil. Imanina kalut. Semakin kalut tatkala tubuh sasa Tengku Qalif kini menghempap tubuh kecilnya. Terbeliak mata Imanina apabila wajah lelaki itu begitu hampir dengan wajahnya. Tiada kelembutan di riak Tengku Qalif, hanya reaksi marah dan geram.

Ya Allah… apa yang cuba lelaki ini buat? Imanina menolak dada sasa Tengku Qalif, namun pantas lelaki itu mencengkam kedua belah tangannya.


“Kau kata aku dayus kan? Kau tak nak aku abaikan kau? Kau ni memang tak sayang mulut, Imanina. Kau tak pernah fikir apa yang kau cakap..” Ucap Tengku Qalif dengan nafas turun naik. Jelaslah, lelaki itu diamuk rasa marah yang menggila.

“Tengku, let me go!” Pinta Imanina sedikit resah. Sungguh, dia rela dirinya disentuh suami sendiri namun bukan dengan cara begini. Terasa hina benar dia di mata Tengku Qalif. Lelaki itu fikir dia ini perempuan murahan ke apa?


“Nak suruh aku lepas pulak? Bukan ini ke yang kau nak? Sejak malam tadi ini yang kau nak dari aku kan?” Pekik Tengku Qalif bengang. Dia nampak jelas mata Imanina berkaca-kaca memandang ke arahnya. Nak tunjuk baik konon! Imanina benar-benar mencabar kesabarannya. Kerana rasa marah dan ego yang tercalar dek perkataan ‘dayus’ dari gadis itu, Tengku Qalif tunduk memagut kasar bibir Imanina. Dia tidak rela, namun dia tidak sanggup pula membiarkan Imanina terus mempersendakannya.


Imanina tersentak. Kasar sentuhan lelaki itu ke atas diri dan tubuhnya. Sekuat tenaga dia meronta-ronta dan akhirnya kucupan liar Tengku Qalif terlepas juga. Lelaki itu merengus kasar, tajam mata memandang ke arahnya.

“Tolonglah… bukan.. bukan ini yang Nina mahu..” Luah Imanina tersekat-sekat dengan rasa sebak yang bergumpal di dada. Airmata merembas perlahan di sisi matanya. Dia terbatuk-batuk pula. Sesak nafas menampung tubuh Tengku Qalif yang jelas nyata lebih berat dari badannya sendiri. “Nina cuma nak tengku sayangkan Nina sebagai seorang isteri. Bukan layan Nina macam perempuan murahan..”


Tengku Qalif ketap bibir. Tengok tu, masih nak bercakap yang bukan-bukan! Dia merengus kasar. Dia bangkit dari tubuh Imanina, duduk di birai katil dengan wajah tegang. Kebenciannya kepada Imanina semakin berkepuk-kepuk di dada. Tak boleh tahan-tahan lagi!

Sudahlah Imanina jerat dia di dalam perkahwinan gila ini, sekarang masih ada hati mahu meminta yang bukan-bukan dari dia. Memang dasar perempuan muka tembok! Kutuknya geram.


Imanina menahan esakan, dia mengengsot duduk bersandar di kepala katil. Rasa lepas melayang seluruh nyawanya diperlakukan sebegitu oleh Tengku Qalif. Dia tahu lelaki itu marah dan berang, tapi dengan aksi kasar seperti tadi, dia benar-benar trauma. Tangan naik menyeka airmata di pipi. Turun naik nafasnya yang tidak teratur sekata.

“Kenapa kau tak pernah faham..”


Imanina terpinga-pinga memandang Tengku Qalif yang berubah nada. Tiada lagi jerit pekik, sayu suara lelaki itu menerobos telinganya. Wajah si suami yang merenung jauh ke arah tingkap dipandang dalam-dalam.

“Aku tak boleh terima perempuan lain dalam hidup aku lagi, aku tak boleh.” Keluh Tengku Qalif perlahan. “Kau kena ingat tu Imanina, dalam hati aku cuma ada Liyana. Jadi jangan kau buang masa terkejar-kejarkan cinta aku…”


Imanina terkaku. Lidah kelu mengeras walaupun hatinya meronta-ronta mahu membalas. Dia hanya mampu memandang Tengku Qalif yang kini sudah berdiri, masih tidak menoleh ke arahnya.

“Kita akan selesaikan hal ni, dan aku harap kau boleh bagi kerjasama pada aku. Kita selesaikan cara baik. Aku tak nak seksa hati dan perasaan kau…” Suara itu masih tenang namun kini nadanya sedikit tegas.


Imanina telan liur. Ya Allah… entah kenapa dia rasa tidak sedap hati sangat dengan kata-kata itu. Penuh debar dia memandang ke arah suaminya.

“Esok lusa aku akan siapkan dokumen penceraian, aku akan lepaskan kau…”

Spontan tangan melekap di dada. Imanina sesak nafas. Kabur pandangannya menghantar susuk tubuh Tengku Qalif yang menghilang di dalam bilik air. Dokumen penceraian? Bercerai dengan Tengku Qalif? Imanina menggeleng laju. Tidak! Dia tak mahu bercerai…!


Airmata semakin lebat menyusuri pipinya. Ya Allah… bukan ini yang dia mahu! Teresak-esak Imanina menangisi nasib dirinya. Dia tersilap percaturan? Tersalah langkah? Kepala digeleng lagi. Walau apa pun berlaku, dia akan pastikan semua ini bukan kesilapan, perkahwinan ini perlu diteruskan. Demi rasa cintanya, demi perasaan kasihnya yang menebal terhadap lelaki itu.


Imanina bangkit dari katil. Kedua belah tangan meraup dan menyapu sisa airmata yang masih berbekas di pipi. Nafas ditarik dalam-dalam. Bersabarlah Imanina, Allah ada bersamamu.. ucapnya berulangkali di dalam hati.

Setelah beroleh sedikit ketenangan, dia tunduk mengemas katil yang berselerak. Ini baru sedikit kegilaan yang ditunjukkan Tengku Qalif, dia yakin banyak lagi yang menanti di masa depan. Macam-macam Tengku Qalif akan buat supaya dia mengangkat bendera putih, tunduk mengalah. Lelaki itu memang mahu buat dia berundur sejauh mungkin. Imanina gigit bibir. Keyakinan ditambak kukuh di dalam hati. Suatu hari nanti dia akan pastikan yang Tengku Qalif akan jatuh cinta kepadanya. Dia mahu buktikan yang bibir dan hati lelaki itu juga mampu menyebut namanya, bukan nama arwah Liyana seorang.


Dan sekarang, dia perlu melipatgandakan usaha untuk memenangi hati Tengku Qalif. Rancangan teliti perlu dijalankan segera. Ya, segera!

Wajah Puan Sri Khalida bermain-main di ruang mata. Harap-harap mama boleh bekerjasama dengannya. Bibir mengukir senyuman kecil. Rasa sebak dan sedih yang menujah hati dibuang jauh-jauh.

Dia Imanina yang kuat, dan dia akan terus kuat sehingga ke akhirnya..


____________________

p/s : Ya i know pendek je.. tak cukup masa sbb lunch hour sejam. huhu. gambar pon tak sempat carik. hope puas hatilah ye. Typo error pun sori, no time nak dabel check! =)




47 Baca Laju-Laju:

hud said...

yay!! entry baru

mkk said...

thx for the new entry..
ambik semangat dlu sbelum pegi lab..
hehe

freya said...

sebenarnya simpati dengan Nina dan Qalif. Masing2 terjerat dengan perasaan masing2. nak benci qalif, tak boleh sebab dari awal dia dah cakap dia tak boleh terima Nina. Nak geram kat Nina pun tak boleh sebab dah lakukan semua ini sebab dia dah jatuh cinta. geram kat acik boleh tak? sebab buat perasaan saya tak tentu hara macam ni? hehehe... best lah acik permainan perasaan yg acik create ni! thank u!

Liza said...

ada pun dah ok..walupun tak puas baca.. Thks Acik

Acik Lana said...

TQ... sory if x puas ye. lain kali acik apdet panjang sikit.. hehe


thanks sbb suka. =)

Travel&Food Lovers said...

Acik lana,

thanks banyak2 sbb update..sy pulak rase sedih tetibe. igt imanina dh nak kene rogol dgn suami sendiri...blh jgk klu bt mcm tu, n tetibe imanina mengandung sbb tu...mgkn mase tu barulah TQ baru tersedar. cewahhhhh...mcm sy pulak yg mengarang...

acik, sy mmg suke giler, addicted dgn cerita ni...sgt2 best...sy sggp baca cerita ni berulang2 acik...tolonglah..nak beli novel ni cepat2 klu boleh...

Mieza said...

Assalamualaikum Acik,
Terima kasih, biar pendek tapi cukup mendera rasa. Keep on writing.

sEha said...

dh ok ni acik....seha bce un rase pnjg je/.....tq acik...mmuuahhh

Kim Na Na said...

best2..chill nina..bt tgku qalif let go liyana tu :)

k.mimi said...

acik tak puaslah..tak cukup panjang..

aja said...

cian nina...np la tQ ni lmbt nak jth cinta...gram plak..haha...pape pon chayok nina=)

Kathy Tuah said...

pendek pun xpe acik, asalkan ada..kesian pulak dgn nina ni..hurmm..

Anonymous said...

Nak lagiiiiiii....best je bce..rse mcm diri ni imanina..hahaha..

dania said...

uishh...kejam kejam kejam betul TQ nie..

nurul said...

Its okey Acik. Ni pun dah lebih dari cukup. Pendek pun takpe. Asalkan ade :-)
Dah la tersengih-sengih je dari pagi tadi bila teringat novel ni. Actually setiap hari gini. Buat segan je -__-
Thanks Acik! Lebiu ;-)

RabaahJunaidi said...

thanks acik...takpa..as long ada....
cian dgn dua org ni...
Jng putus asa nina... kena nakal lagi.. senakal2x nya sampai TQ tersungkur....
patutnya TQ sedar... walaupun dah kawin dgn nina, tiada siapa yg menafkan yg liyana memang tetap isteri dia dunia & akhirat,meskipun telah pergi jauh.

idA said...

pergh..freya...akak sokong ko la dik..betui ko cakap...acik betui betui mendera perasaan akak...akanlah mamat sengal tu TQ nak bercerai .. wei baru semalam kawen..dan mengharap sesangat jgnlah ada penceraian..sebab perkawenan ini baru bermula buat nina..macam nak lempang laju laju mamat sengal tu..nak bagitau kat dia..wakeup..life s not only Liyana there is always things to do..to fight..tgk aja anak anak yatim piatu yg kehilangan ibubapa ..mereka tetap fight untuk melakarkan kehidupan mereka. rasa nak heret mamat sengal tu pi kat rumah anak yatim..biaq dia buka hati dia..tgk bebudak tu..

Sal said...

nina..goda suami sendiri x salah, satu tanggongjwb juga. Pikat hati mertua & byk kan aksi2 menggoda dlm bilik secara spontan sampai sesak nafas si Qalif ni. Org baran kene guna saikologi nk lembutkan..pasti cair. Acik..suka aksi melawan si Qalif ni..citer pun br Bab 11 kan..jaga kesihatan & keep on menulis bila acik ada feel ye..TQ!

blinkalltheday said...

sgt2 suke acik...

Aiqila firash. said...

Bestt..cpat sambungg

zuzu said...

besssstttt sangatt2..=D

anna cumil said...

ciannye nina...kuatnye ninan,terernye nina,tabahnye nina,beraninye nina...huhhhh....sgt scary ngn kegarangan tengkujuh tu...ishhhh...bile tengku ni nk lembut hati ni acik,alaaaa xsanggup nk bace die buli nina la...heshhhh

Anonymous said...

acik.. takmo la TQ dgn Nina sampai cerai berai.. gaduh2 cemas + sayang dah la... terdera perasan Nina bermakna terdera gak kami semua... huhuhu = mak Mal

Rohaida Rahman said...

cerai??? jgn and takkan jadi cerai pls, TQ tu tgh tak betul, nanti bila dah kembali normal takut tak cukup kasih sayang nk bg nina lak... Sabar yea nina, org baik & nawaitu betul mesti diberkati :-) ...

dila said...

huhu...kejam betul qalif ni pun. mmg rasa nk tempeleng laju2 haha..apa2 pun harap nina boleh bersabr ye..jalankan misi menggoda smpai jayanya amin....

missfie_za&Lynn_are said...

wlaupun pendek but still besh... x mau laa cerai2.. hehe... tp mesti ade yg nina akan wt.. go2 chaiyok nina.. fight 4 ur love... hehe... besh laa kak acik...

haifa said...

even tho time constraint tp still terbaekk la chapter ni.....thanx acik. terdera sungguh perasaan akak ni membacanya!

qassehsayang said...

Acik.....setiap hari ternanti2 n3 br.walaupun pendek tapi tetap menyentap perasaan.best la acik.....thanks..dalam masa yang sama tetap juga rindukan SHC.harap2 dapat sambung lagi ye.

Nurfelisya said...

hukhuk.....nina kami bersamamu:(

Hajar said...

Wah, apa Nina nak buat agaknya ya? Sila jgn mengalah ye Nina? Huhu.

mizz acu said...

alahaiii..siannyer nina! chaiyok2 nina! buktikan..sombong xbertempat sgt qalif nih

JO said...

bes lah hehehe nak lagi

kleo said...

sokay acik !just, thank you soooooo much for this new entry! :) good job acik! thank you! ^^

Anonymous said...

acik...best la..tq,cian kat dua2..xpe nt TQ jatuh cinta golek2 jgk(ayt acik) kt nina..nk sdpkn ati sniqi..huhu

nadzasy said...

kesiannya nina...blm apa2 dah nak kena cerai ni ...papun ttp best.. :)

Anonymous said...

best...x sbr nk tw cite yg selanjutnya...

Anonymous said...

good luck nina :D goda tngku sampai dia da x bole bpisah dari nina.hehe...
sambung cepat2.

lollipopgurlz38 said...

wow!!! interesting... moga nina dpt goda tengku sampai tengku tu angau... hehehe............

lollipopgurlz38 said...

wow!!! interesting... moga nina dpt goda tengku sampai tengku tu angau... hehehe............

daney said...

BEST!!! x sabar ler nk baca n3 seterusnya. acik tulis panjang2 ek..

YONG JIAO XIU said...

jgn bercerai!! huhuhu.
oh apa rancangan nina ni ya?hehe mmg la bdk ni berani.

Travel&Food Lovers said...

acik...

seksa jiwa raga tiap2 hari tunggu entry acik...

Anonymous said...

acik bestlah cerita... update cepat cepat... nak tanya ni... cerita adi putra dan adara dah habiske?dah keluar novel dia ke belum?

bapingBola said...

hebatlah imanina ni. usaha tangga kejayaan kak !!

Luv Sha said...

ooooo aciq... curi tulang erkk time keja wat novel nie..hahhahaaa anyway cter nie sgt best.... suka sgt2

aliahmohdsalleh said...

Kesian Imanina ! Makin menakutkan ceriter ni bila tengok emosi Tengku yang sah tak setabil tu.

jue bard said...

Sian nina..eh kesian jgk kt qalif..semangat tak kuat..

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI