Kepala dijengukkan ke ruang wet kitchen
yang agak luas dilengkapi pelbagai kelengkapan dapur yang bekonsep moden. Riuh
rendah suara bibik dan Puan Sri Khalida bersembang di ruang itu. Imanina
tersenyum lebar tatkala menangkap kelibat dua wanita yang kelihatan sibuk
menyediakan sarapan.
“Assalamualaikum..” Kaki menapak masuk.
Bibirnya menguntum senyuman manis, dengan harapan Puan Sri Khalida dan bibik
takkan nampak wajah sembabnya ini. Serentak Puan Sri Khalida dan bibik menoleh
ke arahnya. Senyuman berbalas mesra.
“Waalaikumusalam, Nina dah lapar ye?”
Sapa Puan Sri Khalida. Wajah cantik Imanina dipandang lembut. Rambut gadis itu
yang panjang mengurai dan sedikit ikal nampak begitu sihat terjaga. Pertama
kali dia melihat menantunya ini tanpa tudung di kepala, langsung tidak hilang
kecantikannya. Makin terserlah dan menawan di mata.
“Err.. belum lagi. Mama masak apa dengan
bibik? Nak Nina tolong?”
“Eh, takpe-takpe, dah nak siap dah ni.
Nina duduk aje dekat sini sembang-sembang dengan mama ye.” Puan Sri Khalida
memuncung ke arah meja empat segi yang berada di tengah-tengah ruang itu.
Imanina tersenyum dan menganggukkan
kepala. “Sedapnya bau, mama masak nasi lemak ya?”
Puan Sri Khalida tergelak senang.
“Ha’ah, Nina suka makan nasi lemak tak? Suami Nina tu suka makan nasi lemak
sambal udang, itu yang pagi-pagi mama ke pasar cari udang tadi..”
Imanina tersenyum kelat. Ceria benar
mama menyebut ‘suami Nina’ tanpa menyedari apa yang ada di hatinya ini. Pedih
dan perit itu masih terasa dengan kejadian tadi, cuma dia malas nak mengingat
sangat. Takut nanti patah semangat.
Terkenangkan nasi lemak sambal udang,
Imanina menggigit bibir. Teringat catatan Tengku Qalif tentang masakan pertama
arwah Liyana setelah mereka sah bergelar suami isteri. Arwah Liyana masakkan
nasi lemak sambal udang sehingga tiga kali Tengku Qalif bertambah nasi. Berselera
benar katanya merasa air tangan si isteri. Bertuah arwah Liyana, Tengku Qalif
benar-benar memelihara hati dan perasaannya. Tak macam keadaan dia sekarang,
macam langit dengan bumi.
“Nina..”
Imanina tersentak. Segera dia mengangkat
muka memandang wajah ibu mertuanya. Senyuman kelat terukir tatkala riak
kehairanan wanita itu singgah di matanya. “Err.. ada apa mama? Mama cakap apa
tadi?”
“Nina mengelamun ke mana ni?” Puan Sri
Khalida tersenyum kecil. Mangkuk berisi nasi lemak yang masih panas diletakkan
di atas meja. “Mama tanya, Qalif dah bangun ke masa Nina turun tadi?”
Imanina tersenyum menutup debar di
hatinya tatkala nama lelaki itu disebut-sebut. “Abang Qalif tengah mandi,
mama..” Balas Imanina bersahaja. Terpaksa membahasakan ‘abang Qalif’ di hadapan
mama. Mana tidaknya, semalam dia sebut ‘Tengku Qalif’ tapi mama bising-bising
kata tak sesuai panggilan itu buat suaminya. Nak buat macam mana, terpaksalah
dia menurut. Ini kalau Tengku Qalif dengar dia letak ‘abang’ di pangkal
namanya, confirm menjerit-jerit marah. Ah, lelaki itu mana reti cakap
berlembut. Terjerit terlolong memang kepakaran nombor satu suaminya.
“Hmm.. Qalif balik pukul berapa
semalam?” Puan Sri Khalida melabuhkan duduk di hadapan Imanina. Timun di atas
meja dicapai dan dihiris nipis. Dia tahu Imanina dibuli Qalif sebentar tadi,
bukan dia tidak dengar jerit pekik Qalif. Entah apalah nak jadi dengan anaknya
yang seorang itu, suka sangat mengikut perasaan.
“Pukul dua pagi agaknya…” Jawab Imanina
serba salah.
“Dua pagi baru balik? Hisy, dia ke mana?
Mama geram betullah dengan dia, dahlah dia balik macam tu aje masa kenduri Nina
semalam. Jenuh mama nak berjawab dengan tetamu tau..” Puan Sri Khalida
menggeleng kesal. Tapi nak dimarah Qalif, dia tahu yang anaknya memang menolak
mentah-mentah perkahwinan ini. Jadi nak harapkan apa lagi? Nak harapkan Qalif
tersenyum lebar di depan pagar sambut tetamu? Memang taklah..
“Lisya mana mama?” Imanina mengalih
topik perbualan. Malas mahu memanjangkan isu Tengku Qalif yang akhirnya akan
menyakitkan hati sendiri. Lagipun sejak semalam dia memang tidak nampak batang
hidung Tengku Qalisha. Di kendurinya pun sekejap saja Tengku Qalisha tunjuk
muka, lepas tu lesap macam abangnya juga.
“Yang sorang tu, pagi-pagi lagi dah
keluar. Katanya nak pergi berkelah dengan kawan-kawan dia ke pulau mana entah.
Mama pun tak ingat..”
Imanina tersenyum dan menganggukkan
kepala. Wajah ibu mertuanya dipandang lembut. Rasa simpati dengan Puan Sri
Khalida yang mungkin banyak memendam perasaan dengan sikap anak-anaknya. Tengku
Qalif dengan perangai barannya, Tengku Qalisha puladengan bebas lakunya. Memang
berbeza kalau nak dibandingkan kehidupan keluarganya. Syukurlah dia dan Yaya
tidak pernah lagi buat perangai teruk sampai ummi dan ayah sakit kepala.
Setakat merajuk gedik-gedik tu biasalah..
“Papa tak turun lagi mama?” Tanya
Imanina sebaik teringatkan lelaki yang baik hati itu. Biarpun baru sehari
bergelar menantu di dalam rumah ini, dia benar-benar selesa dengan layanan ibu
dan bapa mertuanya. Tidaklah rasa kekok dan terasing sangat.
“Papa baru balik jogging. Tengah mandi
agaknya tu, sekejap lagi dia turunlah bawak perut kosong dia. Memang lepas
jogging aje, papa kamu tu jadi kuat makan tau. Sia-sia aje berpeluh buang
lemak, lepas tu top up balik lemak dia tu.” Puan Sri Khalida tergelak kecil.
Lucu terkenangkan sikap suaminya, Lokman.
Imanina ikut sama tergelak. Lepas
melayang rasa gundah di dalam hatinya dengan sikap Tengku Qalif sebentar tadi.
“Err.. mama…” Imanina bersuara perlahan.
Serba salah sebenarnya, bimbang kalau apa yang dikatakannya nanti mengundang
rasa kurang senang di hati Puan Sri Khalida.
“Hmm? What’s wrong? Nina nampak semacam
aje ni.. Qalif buat apa kat Nina?” Puan Sri Khalida pamer wajah penuh syak
wasangka. Mana tahu Qalif ada berkasar dengan Imanina di mana-mana.
“Eh bukan, abang Qalif tak buat apa-apa
pun..” Nafi Imanina dengan sengihan kelat. “Nina cuma nak tanya pendapat mama
aje…”
“Oh, pasal apa tu sayang? Come, cakap
dengan mama..” Puan Sri Khalida meletakkan pisau di atas meja. Tangannya
menyentuh pula jari jemari Imanina, mahu gadis itu berkeyakinan bercerita dengannya.
“Macam ni, Nina ingat nak ajak abang
Qalif bercuti. Iyalah, abang Qalif pun dah lama tak keluar dari rumah ni kan.
Mungkin kalau dapat bercuti ke mana-mana, lega sikit fikiran dia tu. Itupun,
kalau mama tak kisahlah…” Tutur Imanina teragak-agak.
Lebar senyuman di bibir Puan Sri
Khalida. “Pasal tu ke? Hisy, Nina ni buat mama semput nafas sebab suspen tau!”
Ada gelak kecil terlepas dari bibir. “Kira nak pergi honeymoon la ni? Mama
setuju sangat Nina. Qalif tu dah lama terperuk dalam bilik dia, memang patut
bawak-bawak jenguk dunia luar. Nina plan nak ke mana?”
“Err.. Nina tak pasti lagi, belum fikir
lagi tempatnya..”
“Nak pergi overseas ke nak bercuti dekat
sini aje?”
“Dekat-dekat sini aje kot. Sebab Nina
ada fashion show bulan depan, takut tak sempat siap pulak kerja-kerja Nina
tu..” Balas Imanina berterus terang. Dalam hati dah melompat girang, memang dia
berharap sangat ibu mertuanya berkongsi idea ini dengannya. Bercuti
berdua-duaan dengan suami, memang hebat bunyinya!
“Hmm.. kalau macam tu, nanti mama suruh
ummi kamu carikan tempat best-best ye? Semua mama sponsor nanti..”
“Eh, bukan macam tu mama. Nina ada duit
Nina sendiri..” Tingkah Imanina sedikit cemas. Iyalah, nanti karang Puan Sri
Khalida ingat dia sengaja nak ‘pow’ hadiah bulan madu pulak.
“Hisy, apa pulak Nina yang nak keluar
duit. Nina kan menantu mama, memang mama nak hadiahkan percutian ni untuk Nina
dan Qalif.” Puan Sri Khalida tersenyum lebar. “Nanti mana tahu, Nina boleh
sembuhkan ‘penyakit’ Qalif kan?”
Tersentak Imanina. Pulihkan ‘penyakit’
Tengku Qalif? Oh, dia pun berharap dia mampu. Siapa tahu peluang berdua-duaan
dengan suaminya boleh membuka mata dan hati lelaki itu. Silap-silap Tengku
Qalif jatuh cinta kepadanya. Alahai… jauhnya berangan!
“Bila plan nak pergi? Next week okay?”
“Err.. nanti Nina check jadual Nina dulu
ye mama. Cuma..” Imanina gigit bibir. Bayangan wajah tampan suaminya yang
bengis terlayar di ruang mata. Amukan jenis mana yang akan Tengku Qalif tunjuk
bila cadangan ini diketahui?
“Cuma apa Nina?”
“Err.. cuma Nina tak rasa abang Qalif
setuju pasal ni..” Lambat-lambat Imanina bersuara. Pandangan redup Puan Sri
Khalida ditentang tepat dengan riak sangsi. Wanita itu tersenyum mesra ke
arahnya.
“Itu Nina jangan risau, serahkan semua
kepada mama okay? Tahulah mama nak pujuk dia nanti.”
Nafas dihela lega. Alhamdulillah, dia
memang berharap benar ibu mertuanya boleh memujuk Tengku Qalif. Nak harapkan
dia bagi cadangan pasal honeymoon? Memang tak beranilah. Silap-silap lelaki itu
terus menjerit lafaz cerai untuk dia, naya aje! Bulan madu tak dapat, talak kau
dapat.
“Puan Sri, Puan, makanannya semua udah
tersedia. Ayuh kita ke depan yok..” Panggil bibik Yanti yang tiba-tiba muncul
dari ruang depan.
Imanina mengalih pandang ke arah bibik
yang berdiri di sisi meja. Gelak kecil terlepas dari bibirnya. “Bibik panggil
apa tadi? Panggil saya Puan?” Imanina menjungkitkan kening pula.
“Iya, kenapa Puan?” Terpinga-pinga
wanita lingkungan 30an itu memandang Imanina. Bersilih ganti pula memandang
Puan Sri Khalida yang turut tersenyum.
“Tak naklah panggil Puan-puan ni, saya
tak selesalah bik. Bibik panggil Nina aje dah cukup..”
“Nina? Tapi Puan kan isterinya Tuan
Qalif, harus dipanggil Puan deh..” Balas bibik Yanti lurus.
“Hisy, tak payahlah bik. Panggil Nina
aje tau, Puan tu buat Nina rasa tua pulak..” Imanina tersenyum kecil. Puan Sri
Khalida dan bibik berkongsi gelak. Riuh ruang itu dengan suara mereka bergurau
mesra. Suasana yang jarang-jarang berlaku di rumah besar itu sebelum kehadiran
Imanina.
*************
Usai makan tengahari, Imanina duduk mengambil
angin di pondok kayu berhampiran kolam renang di tepi banglo dua tingkat itu.
Buku lakaran diangkut sekali. Daripada dia termenung mengenang nasib, baik dia
melakar design-design baju, ada jugak faedahnya. Lagipun dia malas mahu
menghadap muka kelat Tengku Qalif, boleh naik darah tinggi nanti. Sebenarnya
dia bukan ada penyakit darah tinggi pun, cuma kalau setiap masa melayan baran
Tengku Qalif, tak mustahil penyakit itu boleh singgah di tubuhnya. Muda-muda
dah sakit macam tu, malang betul.
Imanina mengeluh. Lelaki itu memang sengaja
mahu menguji sabarnya. Tak cukup buat perangai dekat meja makan masa sarapan
pagi tadi, makan tengahari pun Tengku Qalif tunjuk protes jugak. Tebal-tebal
muka dia ini depan mama dan papa tadi. Mana tidaknya, beria-ia sangat nak
melayan suami makan, sudahnya Tengku Qalif tepis tangan dia. Habis tumpah kuah
ke baju sendiri. Geram betul! Sampai sekarang rambutnya ada terbau kuah kari!
Eleh.. ingat dia nak mengalahlah? Silap
oranglah, dia takkan berundur. Lagi Tengku Qalif buat perangai, lagi dia rasa
tercabar. Tunggulah, masanya pasti akan tiba. Suatu hari nanti lelaki itu pasti
akan terkejar-kejarkan dia. Tak sabar nak tunggu saat itu..
Buku lakaran dicampak di atas meja.
Duduk dilabuhkan di atas bangku kayu dengan mata memerhati ruang laman
berlandskap indah itu. Sunyi pulak dia rasa. Mama dan papa sudah keluar ke
majlis perkahwinan rakan mereka, bibik pulak sibuk mendobi baju di belakang. Nak
harapkan Tengku Qalif layan dia bersembang? Memang ribut taufanlah kalau lelaki
itu boleh bersembang baik dengan dia. Lepas makan tadi, lelaki itu terus naik
ke bilik dengan pintu dihempas kuat. Macam biasa.
Baguslah tu, lama-lama tercabut pintu tu
baru dia tahu! Cubalah lepaskan rasa marah tu dengan cara lain, tak payah nak
merosakkan harta benda sangatlah. Imanina mencebik sendiri.
Enggan memikirkan perangai suaminya yang
bermacam ragam, dia mula melakar design baju yang difikirkan sesuai untuk
pertunjukan fesyen itu nanti. Waktu yang dia ada sudah semakin suntuk, risau
juga kalau tak sempat siap. Mengamuklah Siti dan Kaira jika koleksi pakaiannya
tidak lengkap. Maklumlah, mereka memang sudah membahagikan tugasan secara adil.
Semua kerja mesti disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“Hai, kusyuknya!”
Imanina tersentak. Buku yang dibelek di
tangan tercampak ke bawah meja. Terperanjat. Pantas matanya menyorot ke arah
empunya suara garau yang menegurnya. Saat bebola melekat ke wajah Amri, Imanina
menghela nafas panjang. Terkejut wei… sikit lagi nak terpengsan tadi!
“Abang Amri ni kan..” Imanina gigit
bibit. Eh, selambalah nak marah-marah Amri pulak, bukannya dia rapat sangat
dengan lelaki itu. Teringatkan sesuatu, pantas tangannya menyentuh kepala. Fuh,
nasib baik teringat nak sarung tudung tadi!
Mata kembali terhala ke arah Amri yang
tersengih-sengih di hadapan pondok. Imanina tarik nafas dalam-dalam. Dia tunduk
mengutip buku di hujung kaki. “Abang Amri ni tak reti nak bagi salam ke?”
Amri tergelak kecil. Lucu melihat
Imanina kelam kabut kerana terkejut. Terkejut dah satu hal, lepas tu
menggelupur pula raba-raba kepala. Mesti terlupa dia pakai tudung ke tidak.
“Sorry, Nina. Anyway.. assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam.” Jawab Imanina sepatah.
Pandangan dialihkan memandang ke meja. Tidak selesa berlawan pandang dengan
kawan baik suaminya yang boleh tahan kacak ini. Lagipun dia sekarang dah jadi
isteri orang, kenalah jaga adab dan perilaku. Takut terjatuh dosa tanpa
sengaja.
“Nina buat apa dekat luar ni? Melukis?”
Amri menopang tangan di tiang pondok. Kurang manis pula kalau dia berdiri
terlalu hampir dengan Imanina.
“Err.. tengah design baju.” Jawab
Imanina malas.
“Design baju? Nina ni fashion designer
ke?” Soal Amri ingin tahu.
“Still belajar lagi, InsyaAllah kalau
ada rezeki..” Imanina tersenyum kelat. Malas nak berborak sangat, takut nanti
Tengku Qalif ternampak pula. Bukan takut lelaki itu cemburu, sebab dia tahu
perasaan itu tidak wujud di hati suaminya. Cuma dia tidak mahu lelaki itu
menyindir yg bukan-bukan. Lidah Tengku tu setajam pisau oii.. boleh rabak hati!
“Wow, patutlah Nina pandai sangat
bergaya. Fashion designer to be rupanya!” Amri tergelak kecil. Rasa kagum
menjalar di hati.
“Err.. abang Amri buat apa kat sini?”
Imanina tukar topik, sekadar berbahasa.
“Cari suami Ninalah. Kitorang nak keluar
sekejap…” Amri membalas tenang. Redup pandangannya menyapu wajah bersih
Imanina. Kulit gadis itu yang cerah dan sedikit kemerahan begitu cantik di
matanya. Biarpun tidak bersolek, wajah Imanina masih menarik untuk dipandang. Dah
pandang sekali, rasa mahu dipandang berkali-kali pula.
“Keluar?” Imanina mengerutkan kening.
“Err.. nak pergi mana?”
“Saja je, Qalif call abang suruh datang.
Keluar jalan-jalan or tengok movie kot. Dia kata dia bosan kat rumah.” Balas
Amri berterus terang.
Imanina kerling Amri. Keluar jalan-jalan
dan tengok wayang? Amboi.. senang hati betul laki dia. Boleh pulak tinggal bini
dekat rumah, dia merambu dekat luar dengan kawan. Ingat bujang lagi ke apa?
Gerutu hatinya geram.
“Abang Amri nak Nina panggilkan abang
Qalif ke?” Rasa kurang senang yang berkepuk di dada dicampak jauh-jauh. Apa hak
dia nak kompelin? Dan kalau dia kompelin pun, macamlah suaminya nak ambil
pusing. Silap-silap dia kena tempelak, kena jerkah secara free.
“Tak payah, abang dah SMS dia tadi cakap
dah sampai. Kejap lagi dia turunlah tu..”
Imanina sekadar menjungkitkan bahunya.
Dia tunduk dan pura-pura sibuk melakar di atas buku. Bukan apa, pandangan Amri
membuatkan dia kurang selesa. Tengok orang macam nak terkeluar bijik mata!
“Nina, semalam okay?”
Imanina yang masih tunduk, mula
berdebar-debar. Semalam yang mana satu maksud lelaki itu? Ah, lelaki memang tak
ada fikir lain! Itu soalan maut untuk pengantin baru seperti dia. Kepala masih
enggan diangkat memandang Amri. Kurang senang dengan soalan yang jawapannya
jelas nyata tidak patut dikongsi dengan sesiapa. Malas nak jawab!
“Err.. maksud abang semalam tu, masa
kenduri Nina. Bukan pasal lain..” Amri tergaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Terpandangkan riak wajah Imanina yang ‘bolayan’,
dia yakin gadis itu sudah tersalah tafsir maksud soalannya tadi.
Imanina mengangkat muka memandang paras
Amri yang berkulit sawo matang. Baru perasan, ada iras-iras pelakon Adi Putra
rupanya mamat ni. Sempat pula akalnya menerawang nakal. Terbayang-bayang pula
drama Tentang Dhia lakonan romantis Adi Putra yang berjaya menitiskan sebaldi
airmatanya. Hati tisu katakan..
“Kenduri okay aje. Cuma itulah,
pengantin lelaki cabut entah ke mana..” Omel Imanina seraya mencebikkan
bibirnya. Biar Amri tahu yang perangai sahabatnya yang seorang itu memang tak
berapa semengah. Bertindak melulu ikut kepala angin aje kerjanya.
“I know. Semalam abang cuba jugak halang
dia, but Nina pun tahu Qalif tu macam mana kan. Kepala dia lagi keras dari
divider kat highway tu..” Amri tergelak tatkala melihat mata Imanina membulat
kepadanya. Dan gadis itu ikut tertawa kecil beberapa saat kemudian. Comel,
gelak sampai merah-merah muka.
“Nak pergi tengok movie cerita apa?”
Pancing Imanina setelah tawanya reda. Hati masih tidak senang membiarkan
suaminya berlibur sesuka hati di luar. Manalah tahu, nak tunjuk geram punya
pasal Tengku Qalif angkut perempuan lain tayang depan muka dia. Saja suruh dia
cemburu. Ingat tak ada ke suami buat macam tu? Dalam novel banyak kot.
“Tak tahu lagi, depends pada suami
Ninalah..”
“Nina ikut boleh?” Spontan Imanina
bersuara. Kemudian dia gigit bibir dengan muka berkerut-kerut. Dipalingkan wajahnya
ke sisi. Segan dengan Amri, orang tak pelawa sibuk-sibuk nak ikut pulak.
“Seriously?” Amri jungkit kening.
“Err.. boleh ke?” Tanya Nina
teragak-agak. Dalam hati berbelah bahagi juga. Kalau dia pergi tengok wayang,
jawabnya tak siaplah lakaran baju dia nanti. Ah, tak apa.. malam nanti boleh
buat! Bersengkang mata sampai ke pagi pun dia sanggup.
“Abang okay aje cuma..” Kata-kata Amri
termati saat matanya beralih pandang kepada Tengku Qalif yang muncul dari dalam
rumah. Tangan diangkat tanda menyapa kehadiran lelaki itu.
Imanina ikut sama menoleh ke sisi. Gulp!
Berderau lagi darahnya tatkala seraut wajah itu singgah di mata. Biarpun tanpa segaris
senyuman di wajah tampan itu, jiwanya tetap rasa melayang bebas. Sah, dia dah gila
bayang! Imanina berpaling semula ke hadapan. Pura-pura membelek buku di
tangannya saat Tengku Qalif dan Amri berjabat tangan di hadapan pondok kayu
itu.
“Qalif, isteri kau nak follow kita. Boleh kan?”
Tersentak Tengku Qalif dengan soalan
Amri. Segera matanya menjeling tajam ke arah Imanina yang buat-buat tidak
dengar di sana. Memang tak malu betul
perempuan ni! Panas hatinya. Tak malu tu dah satu hal, menggedik pun satu hal
jugak. Bukan dia tidak nampak dari atas tadi, bukan main bergelak-gelak sakan
dengan Amri. Dia bukan cemburu, sama sekali tidak. Cuma dia kurang senang Amri
rapat dengan Imanina, takut entah apa perempuan itu akan racun fikiran
sahabatnya.
“No. Aku tak nak ada penyibuk ikut kita!”
Dengusnya geram. “Jomlah, nanti lambat pulak.”
Amri terkulat-kulat serba salah. “Alah,
biarlah dia follow kita. Cara kau bercakap tadi tu, geli pulak aku. Macamlah
kita nak pergi dating sampai tak boleh ada orang nak menyibuk sama.” Amri tersengih-sengih
memandang wajah kelat Qalif. Dia berasa kasihan pula dengan Imanina, serba
salah.
“Kau ni kenapa Amri??” Tempelak Tengku
Qalif berang. “Kalau kau nak sangat bawak dia sekali, kau pergi sendiri. Kau
bawaklah dia tengok wayang kalau kau nak sangat!” Mata mencerlung garang ke
arah Amri, berganti pula ke wajah Imanina. Perempuan ni memang macam-macam!
“Chill la bro. Aku dah janji nak keluar
dengan kau kan, hari ni hari aku belanja.” Amri masih tersengih-sengih.
Pandangan teralih pula kepada Imanina yang buat-buat sibuk melukis di buku. “Tapi
aku nak belanja Nina sekali. So, kau kena ikut cakap aku..”
Bulat mata Tengku Qalif dengan kata-kata
Amri. Tangan melurut kasar rambutnya. Amri ni berminat dengan Imanina agaknya,
sebab tu beria-ia benar nak angkut perempuan tu sekali. Dia tidak kisah
langsung kalau Amri berminat kepada perempuan itu, dia lagi suka. Biar Amri
ambil dan bawa Imanina jauh-jauh dari hidupnya. Baru aman sikit!
“Nina, pergilah bersiap..” Arah Amri
lembut. Dia tahu Qalif tidak akan banyak bunyi lagi. Walaupun nampak marah dan
geram, lelaki itu selalunya menurut saja apa yang dia suruh.
Imanina tersenyum payau. Letih melihat
perbahasan suaminya dengan Amri tadi. Beria-ia benar Tengku Qalif menghalang
dia untuk ikut sama. Ingat dia ni buruk sangat ke? Ke busuk sangat sampai tak
boleh berjalan sekali dengan meraka-mereka yang handsome tu. Kurang asam! Namun
dia bangkit juga dari duduk. Peluang tak datang selalu Nina!
Tengku Qalif mendengus geram tatkala
Imanina menghilang ke dalam rumah. Menyampah sungguh dengan parasit seorang
itu! Matanya singgah ke wajah Amri yang masih tersenyum. Pandangan lelaki itu masih
melekat, masih mengekori langkah Imanina hingga hilang dari pandangan.
Tengku Qalif ketap bibir. Hatinya terdetik
sesuatu. Amri betul-betul sukakan Imanina?
Selesai
membeli
tiket wayang, Tengku Qalif kembali menghampiri Imanina dan Amri yang sedang
duduk berbual-bual di bangku berhadapan panggung besar itu. Benci sungguh. Dari
dalam kereta tadi bukan main rancak Imanina dan Amri berborak. Langsung tidak
peduli dengan mogok geramnya ini. Amri pun satu, bukannya tak tahu dia bencikan
Imanina, lagi nak disua-sua perempuan itu kepadanya. Suruh duduk sebelahlah,
suruh jalan samalah, gila ke apa? Dia benar-benar rimas dan menyampah!
“Dah beli? Full house ke tak?” Soal Amri
tatkala Tengku Qalif melabuhkan duduk di sisinya. Lelaki itu menghulurkan tiga
keping tiket dengan riak wajah masam mencuka. Tak habis-habis lagi tunjuk
protes tu. Amri mencapai tiket tersebut dan membeleknya seketika.
“Eh bro, kau beli cerita ni kenapa? Kan
nak tengok cerita Ghost Rider..” Pandangan dihala ke wajah Tengku Qalif. Ini
bukan tiket filem yang mahu mereka tontoni, ini cerita lain.
“Full house. Tu aje ada.” Balas Tengku
Qalif bersahaja. Pandangan dilemparkan ke arah orang ramai yang memenuhi ruang
itu. Sebenarnya dia sengaja membeli tiket filem lain, sengaja nak mengajar
Imanina yang penyibuk itu.
“Err.. Nina, Nina okay ke kalau tengok
cerita ni?” Tiket diunjukkan kepada Imanina yang duduk di sebelah kirinya.
Gadis itu terpinga-pinga namun mencapai juga tiket yang dihulurkan.
Bulat mata Imanina sebaik tajuk filem
yang tertera di atas tiket itu dibacanya. Dikelip mata berkali-kali. Mana tahu
salah baca ke apa.
“Err.. ni bukan… ni bukan cerita tu ke?”
Bibir memuncung ke arah poster filem seram dari Thailand yang tergantung di
hadapan mereka. Dada serta merta berkocak resah. Dari dalam kereta tadi dia
rancak bercerita dengan Amri betapa dia fobia menonton filem-filem seram.
Memang dari kecik dia takut, sampai mengigau-ngigau tengah malam. Dan sekarang
dia kena dera jantung dengan menonton filem ini? Pergh, baik tak payah ikut
kalau macam ni!
“Qalif kata dah takde cerita lain. So
how? Nina nak masuk jugak ke?” Soal Amri serba salah. “Kalau tak nak, kita
pergi tempat lainlah..”
“Kau ingat tiket tu free ke?
Mengada-ngada, tengok ajelah! Tadi sibuk sangat nak mengikut.” Sampuk Tengku
Qalif sinis. Siap dijeling ‘maut’ Imanina sekilas.
Imanina kerling Tengku Qalif di sebelah
kanan Amri. Dia tahu sangat! Tahu sangat yang lelaki itu sengaja membeli tiket
filem yang ini. Sengaja nak dera dan kenakan dia. Amboi… memang melampau tau! Tapi
nak biarkan Tengku Qalif berdekah-dekah gembira kemenangan, memang taklah.
Nanti nampak sangat dia ni lemah! You can do it Nina! Laungnya di dalam hati.
Nafas ditarik dalam-dalam. Dia tersenyum
pahit kepada Amri yang masih menanti reaksinya. “Sebab tiket ni bukan free,
Nina rasa kita tengok ajelah..” Balasnya lebih kepada menyindir Tengku Qalif.
Dan dia nampak dari ekor mata, lelaki itu menjengukkan kepala ke arahnya. Nak tayang
pandangan berbisalah tu. Alah, ada aku kesah?
“Are you sure? Nanti mengigau pulak
malam karang..” Amri sedikit risau. Dia bimbang kalau-kalau Imanina lemah
semangat di dalam sana nanti.
“I’ll be okay.. abang Amri jangan risau.”
Imanina buat-buat muka seratus peratus yakin. Padahal dia sudah kecut perut.
Nafas mula berubah rentak, tersekat-sekat melawan rasa seram sejuk seluruh
badan. Belum tengok pun dia dah berpeluh-peluh macam ni. Ya Allah.. harap-harap
dia tak pengsan kat dalam tu nanti!
“Okay, jom. Hall kita dah open tu..”
Ucap Amri tatkala nombor 6 di dinding menyala terang dengan warna hijau. Dia bangkit,
diikuti Qalif di sebelah kanan. Pandangan jatuh pula kepada Imanina yang masih
duduk meramas jari jemari. Gadis itu nampak resah dan gelisah. Takut mungkin. “Are
you okay Nina? If tak okay, abang temankan Nina kat luar ni. Biar Qalif aje
tengok sorang cerita tu..”
Tengku Qalif spontan mengerling Amri.
Wah, sekarang dah makin akrab pulak dua orang manusia ini. Sampaikan Amri
sanggup nak temankan Imanina dan biarkan dia masuk sendiri? Bukan dia cemburu,
dia cuma menyampah! Hatinya menggerutu geram.
“Lain kali kalau dah tahu diri tu banyak
ragam, tak payah nak menyibuk ikut orang. Menyusahkan tak habis-habis!” Bebel
Tengku Qalif geram. Pandangan kurang senang Amri dibuat tidak nampak, begitu
juga pandangan tajam Imanina.
“Jomlah!” Imanina bingkas bangun. Bingit
telinga dengan kata-kata sindiran suaminya. Kalau iya pun menyampah dan benci,
tak payah nak sindir-sindir dia depan oranglah!
“Eh Nina, wait..” Panggil Amri tatkala
Imanina menonong laju ke pintu masuk panggung tersebut. Nampak jelas riak gadis
itu yang tercabar dengan kata-kata Qalif. Amri berpaling kepada Qalif yang
menapak selamba di sisinya. “Oh man, what were you thinking? She’s your wife,
tak boleh ke kau layan dia baik sikit?”
“Kau dah layan dia baik kan? Cukuplah
tu!” Balas Tengku Qalif sedikit membentak.
“Wohooo… don’t tell me you’re jealous?”
Usik Amri teruja.
“Jealous??” Tengku Qalif menjungkitkan
keningnya. “Jangan mimpilah aku nak jealous pada kau dan perempuan tu. Macam
aku cakap dengan kau hari tu, you can have her if you want!”
Amri tergelak kecil. Tangan menepuk
lembut bahu Qalif. “Jangan terlepas cakap bro.. jangan senang-senang bagi
greenlight kat aku. You know me right? Kalau aku dah suka nanti, susah kau…”
“Fine. Aku bagi greenlight kat kau ni,
no red light at all. So, suka hati kaulah nak buat apa..” Balas Tengku Qalif
penuh ego. Cukup yakin dirinya tidak akan terkesan apa-apa kerana Imanina.
Amri tersenyum. Dia tahu Qalif masih
belum boleh menerima Imanina, langsung tidak terusik dengan kecantikan dan
sikap bersahaja gadis itu. Sedangkan dirinya berada di situasi berbeza. Hatinya
mula disapa debar yang berlainan rentak dari biasa setiap kali berhadapan
dengan Imanina. Semakin lama, semakin ketara rasa di hatinya ini.
Jika Qalif wujud sekadar untuk melukakan
hati Imanina, dia takkan biarkan selamanya begitu. Hati gadis selembut dan
sehalus Imanina perlu dijaga rapi, perlu dipupuk penuh kasih dan sayang. Entah
kenapa dia rasa Imanina berlainan dari gadis-gadis yang pernah dia kenali.
Imanina ada karakter tersendiri, ada kelebihan dan kekurangan yang menarik
minatnya.
Saat pandangan hinggap di wajah polos
gadis itu yang menanti di muka pintu, serta merta bibirnya menguntum senyum.
Hati girang tidak terperi.. perasaan aneh kembali mengetuk pintu hati. Imanina…




55 Baca Laju-Laju:
tukar hero la acik, bg amri..menyampassss dgn qalif ni...
acik best sgt2..
acik best sgt2..
hahahah acik kasi nina duk seb qalif..... biar abis tangan qalif merah2 nina cakar pasai takut tgk cita... ehehehhe
pergh!!! Qalif nie mcm mintak penampor jer..hailaa
acik, set seat Nina sblh Qalif..biaq kna cengkam2 tgn dia tu dlm panggung..
best...mkin hari makin cian kat nina
aah..acik..bg amri jd temporary hero..kasi qalif jeles banyak2..hehe
best.... setuju ya amat klu qalif dddk dekat dgn nina.... new n3 plz... nak juga tau apa kisah selanjutnya...
acik....over la pulak si TQ ni...
huhuu
nanti btol2 Amri amik...bru tau..
Nak geng ngan lis.. Kasi je amri jatuh chenta ngan nina.biar dia lg meroyan. Geram makcik!!
oh acikkk bahayanya kalau amri tersuka kat imanina! nanti bergaduh pulak dua orang tu! tapi kalau boleh buat TQ sedar bagus jugak hihi
oooOOO.... amri dh tersuka kt nina... bgus gak acik wt cm ni....nnti lma2 msti TQ jeles gk ngn hbgan Amri & Nina 2...mula2, mmg la dia x pndang...dh lma nti,br la dia tau penangan cinta Nina 2 cm na....hehehehhh
br la dia terkejar2 cinta nina 2...hahaha...ms 2,br padan mka dia...
tp rs ny,cinta nina t'hdap tQ x kn b'alih ke amri kn acik????
Kasi Nina duduk tgh2 yer acik, bila masa nk jerit..Nina terpeluk Amir Haha!byk2 kali..sampai amir pulak terpaksa tenangkan Nina. Apa lagi Qalif mesti bengang kan..psl x dak sapa peduli kat dia huhu..Dia kan dh bg green light, Amir pun dh terpikat..
Nantikan masa fashion show..Nina jemput la Amir & Qalif tengok..plg best Nina pun ada buat cat walk!Dah terlebey sudah!sori acik ye..akak over plak hihi..TQ dear!
aaa...tdk amri da jth ske la ngn nina nie,abis la TQ da de psaing skrang nti bru dye nyesal psl bg greenlight kt mmbe dye Amri 2
cis! mmg dah ku sangka perangai x semegah qalif ni..konon nak bagi greenlight, tapi lepas ni dah tukar ke kaler merah sbb dia sendiri yg akan cemburu..lagi2 nina tu mmg dah sah milik dia..huhu..btw, tq acik ^^
mengada betul tengku Q ni. mulut sangat cabul ohkey.. terlepas si nina tu baru gigit jari. acik, buat je amri tu layan nina baik2. biar nanti si qalif tu nganga tengok.
geram tul ngan qalif ni.. dalam hati belum ada taman lg tu.. hehehehe.
acik, letak qalif sebelah nina.pastu buat la scene nina tertumbuk qalif xpon terketuk kepala die ke sbb terperanjat..haha..best2
kay next en3..! hahaha
adesss....sakit hati tol la ngan Qalif tu...
sian Nina..
x per Nina..sabar....
isteri yg baik adala isssssteri yg sentiasa bersabar ngan karenah suami..huhu
haaa...sudah!! ACIK..buat second hero lak yg lead this luv- story...asek2 hero macho jek menang besau...bg TQ rasa sentap sket...bg hati dia hancur bderai2 tgok Nina kena tackle dek Amri...hwa hwa padan muke TQ!!
amboi TQ..belagak sombong btul..
x saba nk tgk TQ merayu kt Nina..
watak Amri mmg best..dh la muke ala2 Adi Putra..
i loikeee...hehe..
ngehngehngeh...amboiiiiiiiii ego setinggi everest TQ ni ye....
go go caiyok Nina..tp Amri tu pun mcm sweet gak ..kasi TQ tu terkedu..terpaku..bila Nina dah ada org take care...
dah nak masuk bab best nie..
best sgt acik cite ni!!!... very different from cite acik sblum2 ni.. kan best klau PCBS ni jadi novel dlu... huhu.. over plak!!
tp, nti sian lak kt amri, tepuk sebelah tangan sb hati nina confirm pd suami die acik...hope watak amri cuma nak ajar TQ tntang kasih sayang n hargai nina...hope amri sekadar nak kasik jeles dan pengajaran kt TQ.
sian kt nina...
akak faham ..perasaan TQ bukan senang untuk dia melupakan Liyana dalam minda.. hati dan hidupnya kerana Liyana telah hidup bersamanya berbelas tahun..mana mungkin sekejapan sahaja dia bisa melupakan diri wanita itu..apatah lagi bila mengetahui Liyana berbadan dua bila kemalangan itu berlaku dan yg menyebabkan kematian Liyana adalah kecuaian dirinya..tetapi TQ terlupa ajal maut ditangan allah..dan dia semacam dah melupakan perjalanan hidup ini adalah milik allah..Qadak dan Qadar allah ..sape kah kita untuk menyoalnya.. Mengharap agar Imanina masih disitu bersama TQ walaupun ada jejaka lain yg lebih handsome dari suaminya yg datang menagih cinta.. Akak berharap agar TQ dapat membuka minda dan at least cuba berbaik ngan Nina wifenya..dan berasa cemburu..bila melihat Amir mengurat nina secara terangh terang didepan matanya..dan mengharap agar ada rasa sedikit marah yg menggila bila Amir bersama ngan Nina..
whatever it is ..acik..E3 ni..mmg best..sebab TQ dah boleh meluahkan perasaannya dan dah boleh keluar dari kepompong kesedihan kerana kehilangan Liyana..dari bilik dan ruang comfort zonenya..dan mungkin sudah mula berkerja..at least..dia boleh dengan berdikit dikit belajar untuk melupai Liyana dan belajar untuk menerima pula nina yg datang seperti tsunami dalam hidupnya yg merubah hidup dan mencelarukan kehidupannya...teruja akak nak tahu kesinambungan citer ini..adakah nina akan memeluk amri dengan tak sengaja kerana ketakutan yg melampau sehingga TQ merasa ada perasaan aneh dalam hatinya bila Amri terlebih memberi perhatian kat wifenya..adakah dengan tidak sengaja dia akan memeluk wifenya..pergh dik..tak sabar rasanya nak membaca E3 selanjutnya..
acik...
mmg cite ni makin best...sy pulak rase bergenang air mata mase TQ xnak bwk wife die n kata mcm2 pd nina...rase mcm terhina sgt nina kt mata TQ. smp mcm tu skali lagaknya TQ. sy suke bile amir ade ht dgn nina..tp i know ht nina tetap pd TQ.xsbr nk tggu next entry...mane tau acik nk bt kelainan, TQ pulak yg terpeluk nina sbb terkejut ke..n mmg jth ht dgn si amir yg sgt2 caring maring dr TQ yg xde perasaan n otak tu...
woohoooo c'mon Amri, kasi tercabar sikit itu TQ, kurang sopan sungguh yea TQ siap bg greenlight lagi yea later2 nanti klu tak menyesal mau meraung melutut kat kaki Nina ni kang....
omg..sure amri akan jatuh hati kat nina..ahh x sbr nak bca next n3...
omg..sure amri akan jatuh hati kat nina..ahh x sbr nak bca next n3...
"Abang Amri ni kan..."
"TQ ni kan..."
"Nina ni kan.."
&&&&&&
"Acik Lana ni kann... suka mendera rasa..."
Good job acik! keep it up!!!
= mak Mal
Ah, sudah! Amri pulak suka Nina.Noooooooo...! :(
Tak best la macam ni. Walaupun ni je cara yang boleh tengok Qalif jealous ke tak tapi kite tetap tak suka.. >:(
Nanti mesti hubungan Amri dgn Qalif jadi renggang.. Haihhh *emo*
nak lg :D
dasyat beto tq..hish2
geramnye kat qalifffffff...hishhhh...rse memang patut pun si amri je dpt nina tu tau...sumbung yg amat!cettt
setuju ngan IDa......bukan mudah utk melupakan lagi pun trg2 TQ menolak nina tp semua x mustahil kn...bila dah tinggal serumah n sebilik dah tu hari2 tgk n bertekak...x mustahil akan hadir rasa lain...dr benci jd sayang cuma nina kene kuat n bersabar ngan sikap TQ...qalisha pun ia juga........x pe nnt2 nina buat x perdulu masa tu agaknya tQ akan rasa lain...rindu nak gaduh ke...nak2 abg amri tu berminat kt nina......makin best.....apa ye akan terjadi dlm panggung nanti....
aiyok, dah ada pesaing. sok kalau amri dah melekat dengan Nina jgn menyesal ye TQ?
best!!..mmg tgu2 acik post..n3 acik..hehe, x sabar tggu nih..tiap ari dok cek2 acik da ke tak post bab baru..
Haha! Abnag...? Yess, tukar hero terus acik! kekekeke. Apa-apa pun, good job acik! entry kali ini memang panjang habis! Thumbs up! :) :) :)
Hailaaa... sungguh xsayang mulut qalif! xsabo nak tgu saat dia jth ati ngn ninaa.. bia ms tu nina lak jual mahal..amekaw!
Alahai Amri.. chaiyok2.. biar TQ mroyan pas ni...
Acik mmg bes la N3 ni..
akak pon dah meroyan ngan cite nih..haha..cpt hapdet k.. x sabaq nak tguuuu....
acikkkk... rase cam nak tampor2 jer Si TQ ni.. mulut celupar x hengat...
wallaweeeiii..makin best ni acik..sila apdet cepat2 yeee...caiyok3x..
jadikan amri sebagai alasan utk nina & TQ tu jadi rapat..hehehehe..moga2 TQ pula tersentap..
mem farah.
terima kasih semua yang komen2 penuh teruja. acik hargai sangat2.. gelak2 aje acik baca..
anyway, awal2 mmg la tengku jahat, hujung nanti dia sweeeettt macam madu. ngeh3.
sabar ye, masanya akan tiba. =)
hoho...bg qalif jeles sket...gram btol...chayok nina
hehe. mekasih!! mmg nanti akan jeles pon.. =)
hohoho tgk comment dah jejak 50!mmg cerita panas ni, acik. n sorry sebab lambat baca sebab kelmarin sy enjoyed tido, bayangkan pukul 5 petang bangun pukul 4pagi,mmg wallah pya tido, pastu terus tengok tv cerita pride n prejudice.(melalut jap).
hohoho acik, you wanna twist the story ke?hehe mmg tertanya2 ni, ada gaya mcm acik nak wat gaya twist je, really you can be the twister.apa2 pun cerita acik mmg wallah best sgt. oh nti nina nak g hanimun (mmg perosak bahasa - honeymoon)ke mana ya?hehe ada saja rancangan dia.
alahai sibuk je r amri ni, nk kacau daun lak die...kasi can r kt nina n qaliff tu jth cinta...ishhhh
wahh amri minat nina? aah sudah!
Seronoknya Amri sukakan Imanina.Padan muka Qalim.bestnya acik ceriter ni.
Amri...ingat sikit, bini org tu.. tp kalau amri tak msk jarum si qalif tu tak bukak mata plak nnt. mulut tu mmg xde insurans tul..sesuka ati nk bg bini kat org..nyesal x sdh ko nnt qalif..
Post a Comment