“Nina duduk sana, okay?”
Imanina tersentak. Wajah Amri dipandang
dalam samar-samar. Duduk paling hujung di tepi tangga? Memang taklah! Karang
terbayang pulak hantu terjengul dekat tepi tu! Dahlah tak ramai penonton dalam
panggung ni. Pantas kepalanya digeleng beberapa kali. Sempat pula mengerling
suaminya yang sudah santai duduk di seat paling kiri. Lelaki itu buat tidak
peduli dan selamba menyuap bertih jagung ke mulut. Macam seronok benar nak
menengok cerita hantu. Hampeh!
“Tak nak duduk sana? Habis tu Nina nak
duduk mana?” Soal Amri sedikit kuat, melawan bunyi bising dari iklan yang
sedang ditayangkan. Dia serba salah sebenarnya. Qalif awal-awal lagi sudah
berpesan supaya Imanina dijauhkan darinya, tak nak duduk dekat-dekat. Walaupun
seat mereka bertiga cuma sebelah menyebelah, Qalif mahu dia yang duduk di
tengah-tengah. Biar terpisah dan berjarak dari Imanina.
“Err.. Nina nak duduk tengah-tengah ni,
boleh?” Balas Imanina dengan mendekatkan wajahnya ke telinga Amri. Biar Amri
dengar jelas apa yang cuba dia sampaikan. Rasa seram mula meremangkan bulu
tengkuknya. Dengan bunyi bising gempak gempita, suasana yang gelap, memang kecut
perut dibuatnya.
“Err.. tapi..” Amri serba salah.
“Please, Nina takut!” Imanina
mengendurkan keningnya, buat muka kesian. Lagipun apa salahnya dia duduk di
sebelah Tengku Qalif, suami dia kut! Bukan orang lain.
“Hmm.. okay-okay. Nina ambiklah seat
abang tu.” Amri beralah.
Tidak menunggu lama, Imanina pantas
melabuhkan duduk di sebelah Tengku Qalif. Amri pula mengambil tempat di sebelah
kiri gadis itu. Tengku Qalif yang sejak tadi buat tidak endah, tersentak.
Pantas kepalanya berpaling ke kiri, mencari wajah Imanina untuk dilepaskan
pandangan ‘maut’nya. Gadis itu menoleh, tersengih dengan riak tidak bersalah.
“Kau buat apa duduk sini? Pergi duduk
tempat kau!” Marahnya geram. Kepala dijenguk sedikit ke hadapan untuk mencari
wajah Amri di sebelah Imanina. Tak guna betul Amri ni, dia dah cakap tak mahu
Imanina duduk di sebelahnya! Bibir diketap saat pandangan berlaga dengan Amri.
Dia mahu sahabatnya tahu dia sedang marah dan bengang. Amri tersengih kelat
seraya menjungkitkan bahu. Senang betul jawab, memang tak boleh diharap!
“Kau pergi duduk sana, aku tak nak kau
duduk sebelah aku. Pergi!” Bentak Tengku Qalif dengan nada tertahan. Kalau tak
dikenangkan dirinya berada di dalam panggung wayang yang terang-terang tidak
boleh membuat bising, dah lama diherdiknya Imanina. Banyak songeh betul
perempuan ni. Sengaja nak menguji sabarnya!
“Alah Tengku, please… Nina nak duduk
sini.” Balas Imanina mendayu-dayu. Sungguh dia takut. Sekurang-kurangnya kalau
duduk di tengah-tengah ini, dia rasa selamat sikit. Amri di kiri dan suaminya
di sebelah kanan, hantu memang tak dapat tangkap. Ah, dah besar-besar macam ni
pun, sifat penakutnya tak hilang-hilang!
“Kau… hisy!” Tengku Qalif ketap bibir
menahan geram. Dia merengus keras. Ikutkan hati mahu sahaja dia menapak keluar
dari panggung itu, tapi bimbang pula Imanina bersorak kemenangan. Iyalah, tak
jadi tengok cerita hantu. Padahal motif utamanya memilih cerita ini semata-mata
nak mendera perempuan itu. Biar dia rasa!
Imanina tersenyum sendiri. Lucu mendengar keluhan dan bebelan perlahan dari bibir suaminya. Entah apalah mamat
tu dah maki dia dalam hati. Biarkan, siapa suruh pandai-pandai ambik cerita
hantu. Memang dia buat perangailah..
Beberapa minit kemudian, filem seram itu
mula ditayangkan. Imanina yang sejak tadi seronok mengunyah popcorn sepanjang
laluan iklan, kini diam terkedu. Tangannya tidak lagi rancak menyelongkar kotak
popcorn, hanya mengeras di dalam dan tidak mampu bergerak lagi. Terkelip-kelip
matanya melihat layar yang terbentang luas di hadapan mata. Nafas menderu laju,
liur ditelan berkali-kali. Bunyi muzik dan sound effects yang terlampau
membuatkan jantungnya berlari deras. Bunyi pintu terkuak pun dah cukup buat dia
hampir hilang nyawa. “Kreekkkkkk..’ panjang bunyinya. Ya Allah… cerita apa ni??
Imanina masih tekun memerhati. Jenuh
dinasihati mata supaya ditutup namun enggan. Buat-buat berani nampaknya biji
mata dia ni. Pandangannya masih melekat di skrin yang memaparkan aksi di sebuah
rumah banglo usang yang sunyi dan sepi. Ada daun-daun berguguran, ada angin
bertiup kencang, muzik yang menyesakkan dada, dia benar-benar lemas!
Ternanti-nanti apa yang akan muncul sebentar lagi.
“Mak!!!” Jerit Imanina kuat tatkala
bayang putih tiba-tiba muncul di hadapan pelakon wanita itu. Kuat sungguh dia
menjerit, rasanya lebih kuat daripada pelakon wanita itu sendiri. Ya Allah..
nak tercabut jantung rasanya!
“What is wrong with you??”
Imanina tersentak dengan suara yang agak
kuat di sebelah kanannya. Segera dia berpaling. Mulut terlopong tatkala
pandangan melekat ke arah Tengku Qalif
yang dihujani popcorn. Habis rambut dan bahu lelaki itu melekat dengan
bertih jagung karamel. Aik, apa kena mamat ni? Ada hujan popcorn turun ke dalam
panggung ni?
Teringatkan sesuatu, pantas dia melirik
pandang ke arah kotak popcorn di tangannya. Erk, kosong?? Oh my… popcorn dia semua
dah terbaling dekat Tengku Qalif rupanya!
Imanina dapat menangkap tawa Amri di
sebelah kiri. Terkulat-kulat dia memandang Tengku Qalif yang mengibas-ngibas
tubuh. Suaminya itu nampak macam marah benar, membebel macam mak nenek! Imanina
tersengih malu. Segera tangannya dihulur untuk membantu Tengku Qalif membuang
popcorn yang bersepah di tubuh lelaki itu.
“Hisy, tak payahlah! Tepi!” Tengku Qalif
menepis kasar jari jemari Imanina. Geram sungguh. Macam manalah perempuan ni
boleh terkejut sampai terbaling popcorn dekat dia. Kurang asam betul! Tebal
juga muka apabila beberapa orang penonton di hadapan menoleh ke belakang untuk
melihat mereka. Mana tidaknya, kuat betul suara Imanina menjerit. Kalah pelakon
dalam filem tu, suara hantu pun kalah!
Imanina mencebik. Sombong lagi tu! Patut
aku simbah air coke tadi, baru dia tahu. Omelnya di dalam hati.
Nak pujuk lebih-lebih pun dia tak kuasa,
hatinya sedang bergolak sendiri. Rasa takut dah tak boleh ditahan-tahan. Makin
lama makin seram pulak cerita ni. Imanina pejam rapat matanya. Sekali sekala
dia menutup muka, mengintai dari celah-celah jari. Bunyi sound effects yang
terlebih seram membuatkan dia tidak senang duduk. Lagi-lagi di pertengahan
cerita, degup jantungnya semakin pantas berlari. Ya Allah… bilalah nak habis
cerita ni??
Bunyi dentuman semakin kuat. Imanina
sesak nafas. Bodoh punya pengarah filem, perlu ke buat bunyi macam tu? Dah sama
bunyi macam jantung dia ni dah! Imanina telan liur. Dari celah jari dia nampak
lembaga menyeramkan tiba-tiba terpacul sebesar-besar alam di layar lebar itu.
Imanina terkejut dan panik. Spontan dia mencari perlindungan di sebelah kiri.
Namun tindakan refleksnya sempat di’brek’ tatkala teringatkan yang Amri berada
di situ. Dia u-turn dan tangkas berpaling ke sebelah kanan. Lengan Tengku Qalif dipaut sekuat hatinya. Wajah
disembamkan di lengan lelaki itu dengan harapan lembaga ngeri itu hilang dari
ruang matanya, lenyap dari fikirannya.
“Ya Allah… Ya Allah…” Imanina pegang
sekuat hati lengan Tengku Qalif biarpun lelaki itu cuba merentapnya beberapa
kali. Dia tengah takut sangat ni, tak sanggup nak angkat muka!
Tengku Qalif ketap bibir. Terkejut
dengan tindakan Imanina yang tiba-tiba memeluk lengannya. Tak cukup peluk,
gadis itu sembamkan wajahnya di situ, macam nak menyorok. Memang penakut betul
minah ni! Masalahnya sakit lengan dia dicengkam Imanina.
Tengku Qalif masih cuba merentap
lengannya yang dipaut kuat Imanina, namun gadis itu menggelengkan kepala tanda
enggan. Hisy, mengada-ngada betullah! Rasa marah mula menjalar di hati. Dia
tidak suka disentuh perempuan lain. Tubuh dan hatinya sudah diserahkan kepada
arwah Liyana suatu waktu dahulu, dan dia mahu hak itu kekal menjadi milik arwah
isterinya. Jenuh ditolak-tolak kepala Imanina namun gadis itu masih mengeras.
Amri pula sekadar tergelak-gelak melihat dia yang bersusah payah mahu
meleraikan pautan Imanina.
“Please… sekejap aje tengku.. Nina
takut…” Rintihan Imanina jelas di telinganya. Nafas dihela berat. Dia dapat
merasakan gigilan di tubuh Imanina tanda gadis itu benar-benar ketakutan.
Tengku Qalif akhirnya membiarkan lengannya menjadi tempat ‘persembunyian’
Imanina. Tak mengapalah, sekali ini saja dia pinjamkan lengannya untuk
perempuan itu..
*******
Selesai membersihkan diri, Tengku Qalif
menapak keluar dari bilik air. Matanya menangkap kelibat Imanina yang masih
berteleku di atas sejadah. Sepanjang perjalanan pulang dari menonton wayang
tadi, Imanina lebih banyak mendiamkan diri. Amri ajak berbual pun Imanina
tunjuk reaksi tidak berminat, mungkin masih ada rasa takut di dalam diri gadis itu.
Bukan dia tidak nampak ketika sampai di
rumah tadi, Imanina kelam kabut masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
Kemudian gadis itu menunaikan solat Isyak, lepas tu duduk pula mengaji
sampailah sekarang. Takut sangat hantu ikut dia balik agaknya. Desis hati
Tengku Qalif sendiri.
Dia melangkah pula ke arah almari
pakaian. T-shirt berwarna putih dicapai dan disarungkan ke tubuhnya yang
terdedah dan hanya berbalut tuala separas pinggang. Lengannya yang kemerahan
dikerling sekilas. Merah sebab dicengkam kuat oleh Imanina ketika menonton
tadi. Geram sungguh, memang perit lengannya!
Selesai menyarung pakaian, dia mencapai
pula seluar pendek. Sempat dikerling ke arah Imanina yang masih khusyuk
mengaji. Terasa kurang selesa, dia menapak semula ke dalam bilik air untuk
menyarung seluar. Manalah tahu Imanina ada hati nak menjeling!
Imanina mengucup Quran di tangannya
sebanyak tiga kali sebelum diletakkan semula di atas rehal yang diperbuat
daripada plastik berwarna putih. Kemudian dia menanggalkan telengkung dan
melipatnya. Nafas dihela panjang. Tenang sedikit hatinya sekarang, harap-harap
tak adalah bawak mengigau nanti.
Perlahan-lahan Imanina bangkit
mengemaskan telekung dan sejadah. Sempat juga dia mengalih pandang ke arah
bilik air, tahu suaminya sudah masuk ke dalam sana semula. Imanina mengukir
senyum di bibir. Tahu pulak malu ye..
Langkah diatur pula ke almari solek.
Sikat dicapai dan ketika dia sedang leka memberus rambut, Tengku Qalif muncul
dari bilik air. Imanina telan liur. Rasa berdebar-debar pula dalam keadaan
begini dengan suaminya. Malam semalam lain, Tengku Qalif balik dia dah separa
mamai. Tak cakap banyak terus tertidur. Tapi malam ni, dia rasa semacam pula.
Terbawak-bawak emosi tengok cerita seram tadi kot! Imanina jeling bayang
suaminya yang sudah merebahkan tubuh di atas katil. Lelaki itu buat tidak
peduli dengan kehadirannya di ruang ini. Memang macam tu, nak harapkan apa
lagi..
Tengku Qalif berbaring menatap siling
berhias lampu kristal yang indah. Fikirannya menerawang jauh mengenangkan jalan
hidupnya yang kini sudah berubah seratus peratus. Tidak terfikir akalnya yang
dia akan menduakan Liyana, mencari pengganti isterinya. Ah, Imanina bukan
pengganti Liyana. Imanina bukan sesiapa!
Spontan mata melirik ke arah Imanina
yang masih menyikat rambut di hadapan almari solek. Rambut yang hampir mencecah
pinggang itu nampak begitu lembut dan cantik. Lurus dan sedikit keperangan,
ikal pula di bahagian hujung. Terbuai-buai tatkala Imanina menggerakkan kepala
ke kiri dan kanan. Rambut di bahagian hadapan pula agak pendek sedikit dan
dipotong sempurna, sesuai dengan bentuk wajah gadis itu. Kerap kali dia perasan
rambut di bahagian tepi itu jatuh melurut di pipi Imanina jika Imanina tidak
mengikatnya. Cantik memukau, seperti rambut arwah Liyana yang panjang dan
harum.
Bibir diketap kuat. Apa yang dia merepek
ni? Dah pandai nak bagi satu pujian kepada Imanina? Dah jumpa pula satu
persamaan dengan Liyana? Kepala segera digeleng beberapa kali. Ini bukan lahir
dari hati, ini bisikan syaitan yang sengaja mahu menggoda hati lelakinya.
Sebagai lelaki biasa yang terpaksa
menghadap perempuan seperti Imanina di dalam keadaan begini, pasti terusik juga
jiwa lelakinya. Kalau hari-hari dijamu
mata dengan kulit putih melepak di tubuh Imanina, mampu ke dia berlakon keras
macam kayu? Ah, dia tidak mahu terbabas kelakuan dengan Imanina. Hubungan
mereka sudah ditetapkan noktah olehnya dan dia tidak mahu ada apa-apa yang
boleh menjadi tali pengikat antara mereka. Mustahil untuk dia menerima
kehadiran perempuan lain dalam hatinya.
Tengku Qalif bingkas bangun. Dia nampak
dari ekor mata yang Imanina mengekori langkahnya dengan pandangan kehairanan.
Langkah segera diatur ke arah almari pakaian yang memang dikhaskan untuk
Imanina. Dia yang memaksa mama untuk membelikan Imanina almari berasingan, tak
suka berkongsi-kongsi dengan perempuan itu. Tangan menarik kasar tombol pintu
almari.
“Err.. Tengku buat apa tu?” Tegur
Imanina yang terpinga-pinga melihat kelakuan suaminya. Nak ambik baju dan halau
dia keluar ke? Oh tidak! Namun keningnya berkerut saat Tengku Qalif menapak ke
arahnya dengan selendang panjang di tangan lelaki itu.
“Ambik ni!” Selendang berwarna putih itu
dicampak kepada Imanina. Terkebil-kebil gadis itu memandang ke arahnya. “Pakai
tudung selagi kau bersama dengan aku. Aku tak suka tengok rambut kau yang macam
hantu tu!”
Imanina tercengang. Pakai tudung? Ya
Allah.. Tengku Qalif ni hilang akal ke apa? Auratnya tidak haram ditatap si
suami, takkanlah Tengku Qalif tak tahu? Sudahlah dia bertudung litup sepanjang
keluar dari rumah, takkanlah dalam rumah nak berlitup juga? Sedangkan semua
yang berada di dalam rumah ini adalah muhrimnya, bukan ada lelaki lain pun!
“Apa tengku cakap ni? Kenapa pulak Nina
kena pakai tudung dalam rumah?” Imanina mengekori langkah suaminya ke arah
katil. Lelaki itu merebahkan tubuh tanpa memandang ke arahnya. Selamba
berbaring dengan tangan bersilang di bawah kepala. Imanina merengus perlahan.
“Tengku, kenapa tengku buat macam ni? Nina tak boleh nak berlitup 24 jam tau,
boleh sakit kepala. Kebersihan pun nak kena jaga jugak, nanti busuklah kepala
kalau terperuk dalam tudung aje.”
Tengku Qalif mengerling Imanina. Banyak
bunyi betul perempuan ni. Susah sangat ke nak ikut arahan dia? Pakai tudung aje
pun, bukan suruh membajak sawah! “I don’t care. Aku tak suka kau bukak-bukak
tudung depan aku. Faham?”
Imanina gigit bibir. Mengada-ngada
betul! Kalau berani, bagilah alasan logik sikit. Tiba-tiba bibirnya mengukir
senyuman nakal. “Oh no, tengku…” Bibir ditekup menyembunyikan tawanya.
Tengku Qalif menjeling Imanina. “What??”
Soalnya serius.
“Tengku takut tergoda ya?” Imanina
tersengih-sengih. “Takkan baru bukak tudung, tengku dah tak tentu arah? Dulu
tengku kata kalau Nina tak pakai apa-apa pun tengku..”
“Stop it!” Tengku Qalif menyampuk. Dia
bingkas duduk di atas katil dengan mata mencerlung garang ke arah Imanina. “Kau
ingat kau ni siapa? Cantik sangat? Menggoda sangat? Please la.. aku tak
kebulurlah perempuan macam kau!”
Imanina mematikan senyuman tatkala suara
Tengku Qalif mula berubah nada. Habis tu, kalau tak takut tergoda, apa motif
lelaki itu menyuruhnya menutup kepala di dalam rumah sendiri?
“Aku benci rambut kau yang
bersepah-sepah atas lantai bilik aku ni. Kau tak nampak? Dekat sana, dekat
sana, semua rambut kau!” Marah Tengku Qalif seraya menunding liar ke arah ruang
biliknya. Alasan itu dicipta spontan dari akalnya untuk menambak ego sendiri.
“Aku tak nak dengar kau cakap apa-apa lagi. Pakai tudung kau tu!” Tengkingnya
tinggi.
Imanina tarik nafas dalam-dalam.
Membuang rasa perit diherdik dan dimarahi suaminya sesuka hati. Dia tahu Tengku
Qalif memang sengaja mencari peluang untuk membuatkan dia mengalah. Imanina
tersenyum, menunjukkan dirinya masih cekal. Selendang panjang di tangan
diletakkan di atas kepala. Lincah jari jemarinya menarik di sana dan di sini,
akhirnya selendang itu cantik terletak di atas kepala.
Tengku Qalif terkelip-kelip memandang
Imanina. Macam mana tanpa kerongsang selendang itu kelihatan begitu menarik dan
kemas di kepala Imanina? Pelik. Tersedar hati yang terlanjur memuji, dia
mengalih pandang ke sisi. Benci. Apa tak kena dengan dia sekarang ni?
“Dahlah, tengku tidurlah dulu. Nina nak
turun bawah buat milo panas..” Imanina tersenyum manis. “Tengku nak?”
Tengku Qalif sekadar menjeling tajam
sebelum merebahkan tubuhnya. Dia tidak suka milo dan dia paling benci minuman
bersusu. Terdengar derap tapak kaki Imanina keluar dari bilik, matanya kembali
dibuka. Wajah Liyana dicari-cari di dalam kepala. Kebelakangan ini liat benar
seraut wajah itu mahu hadir dalam fikirannya, entah kenapa sedangkan dia
benar-benar rindu..
Lena
Tengku
Qalif terganggu saat terasa lengannya dipukul kuat. Terpisat-pisat dia membuka
mata apabila pukulan itu semakin menjadi-jadi di lengannya. Dia yang meniarap
mengangkat kepala, memandang Imanina di sebelah kiri. Dalam samar-samar lampu
tidur dia nampak gadis itu menggeleng ke kiri dan kanan. Tangan terawang-awang
tanpa arah, bibir pula meracau-racau entah apa.
Hisy, boleh pulak dia ni nak mengigau!
Rungut Tengku Qalif di dalam hati.
“Tolong.. tolongg… tolong jangan makan
aku..” Rayu Imanina antara dengar dan tidak.
Spontan bibir Tengku Qalif melirik
senyum. Lawak betul la, mimpi hantu nak makan dia ke apa ni? Tengku Qalif
mengiringkan sedikit tubuhnya menghadap Imanina, tangan kanan pula menopang
kepalanya. Bukan selalu dapat tengok tayangan percuma macam ni!
Sempat dia memerhatikan wajah gadis itu.
Selendang di kepala Imanina tidak lagi serapi tadi, sudah hampir tercabut. Dahi
Imanina pula dihiasi renik-renik peluh. Panas ke pakai tudung masa tidur?
Timbul pula rasa kasihan di dalam hatinya kerana memaksa yang bukan-bukan.
Sampai tidur pun Imanina menurut perintah, tak tanggalkan tudung dari kepala.
“Aaaa… jangan! Jangan!” Makin laju
gelengan kepala Imanina, tangan juga semakin liar terawang ke sana sini. Tengku
Qalif semakin geli hati. Ada juga spesis orang mengigau macam ni ya, pertama kali
dia tengok depan mata.
“Abang.. tolong Nina abang… tolong
Nina..” Rayu Imanina perlahan.
Mati senyum di bibir Tengku Qalif. Abang
mana pulak ni? Amri ke? Seingatnya Imanina tidak ada abang dalam adik
beradiknya. Hmm.. sampai dalam mimpi pun terkenangkan Amri? Bibir diketap
beberapa saat. Kemudian tangannya hinggap di bahu Imanina, digoncang kuat tubuh
gadis itu.
“Woi, bangun! Bangun aku kata!”
Digoncang lagi tubuh Imanina.
“Aaa.. jangan.. jangan buat aku!”
Imanina masih memejam rapat matanya, kepala digelengkan berkali-kali persis
terlalu ketakutan. Masih terperangkap di alam mimpinya sendiri.
Tengku Qalif mendengus geram. “Bangun
Imanina!” Tubuh gadis itu ditolak kuat.
Beberapa kali menggoncang tubuh itu,
barulah Imanina membeliakkan matanya. Tercungap-cungap nafas gadis itu persis
baru selesai berlari seratus meter.
“Astaghfirullahalazim..
astaghfirullahalazim..” Ucap Imanina berkali-kali. Ya Allah, syukurlah semua
ini mimpi! Tapi macam mana dia terjaga? Seingatnya dia terdengar suara Tengku
Qalif yang mencarinya di dalam mimpi tadi. Spontan kepala berpaling ke kiri.
Erk! Imanina hampir tercekik melihat
suaminya bukan main kacak berposing di sisi . Tajam renungan lelaki itu memanah
matanya.
“Err.. tengku tak tidur lagi?” Soalnya
beramah tamah.
“Tidur? Kau expect aku boleh tidurlah
dengan keadaan kau macam orang gila tu? Terpekik terlolong, sepak terajang
orang, kau ingat aku ni bola?” Marah Tengku Qalif. Wajah Imanina yang
terkulat-kulat memandangnya membuatkan dia mengalih pandang. “Lain kali nak
tidur tu basuh kaki. Takkan itu pun nak kena bagitahu!” Sindirnya pula.
Imanina masih memandang suaminya yang
sudah merebahkan semula tubuh di atas katil. Alahai.. dia bukan setakat basuh
kaki la, siap ambik wudhuk sekali! Ini namanya mengigau sebab trauma tengok
cerita hantu siang tadi!
“Err.. sorry tengku. Nina tak sengaja,
memang macam ni kalau tengok cerita hantu..”
“Lain kali jangan nak sibuk mengikut
orang. Menyusahkan tahu tak?” Bebel Tengku Qalif. Dialog yang sama
berulang-ulang masuk ke telinga Imanina.
“Hmm.. sebab Nina bosan tadi. Sorry
okay?”
Tengku Qalif sekadar merengus dan
berpaling membelakangkan Imanina. Dalam rasa marah, lucu pula kalau dikenangkan
aksi Imanina mengigau tadi. Kalah pelakon teater dia punya semangat tu.
“Selamat malam tengku, mimpi
indah-indah…” Ucap Imanina lembut. Dia berbaring mengiring memandang belakang
tubuh Tengku Qalif dengan renungan sayu. Ini cintanya.. biarpun Tengku Qalif
berpaling, membiarkan dia memandang secara sembunyi, dia yakin suatu hari nanti
hati lelaki itu pasti menjadi miliknya. Hati mereka pasti bersatu..
Dan di pihak Tengku Qalif pula, ucapan
selamat malam dari Imanina begitu lembut menyapa telinga, memberi sedikit
getaran di jiwanya. Nada yang sama pernah didengarnya dari bibir arwah Liyana…
hampir serupa.





63 Baca Laju-Laju:
ermmm.......dh start dh.....
awww..acik,cepat2lah buat TQ jatuh cinta kat nina tu..x sabar nak baca..hik3...
dah mula kuch kuch hota hai dah ni... heheh...
hehe.. TQ all.. pelan2 kayuh yeee... =)
ada getaran dalam dada dah ni..suka! hahaha..btw, tq acik..sgt berpuas hati dgn entri ni ^^
hehehehehe best.. berbunga-bunga pulak hati baca n3 nie.. hehehehe... tahniah acik.. next n3 bile nak kuar erkk????
Wah..Acik..pantas sungguh mereka2 ini... that is good sign...kalau Boss tahu I tgu n3 u...hehehe
sudh ada rasa dlm hati yea tengku..haha
lawak nina ngigau..
bla la hati tengku nie nk terus terusik.. ;D
[hawa]
wahhhh hati dh ade taman kecik cket...tp ciannye kat nina,qalif mesti akan tetap beza'n nina ngn arwah liyana...cedih citer ni nanti...hukhuk
bestnyer.. xsbr nk tunggu ape yg Nina akn wat dkt qalif sampai qalif jatuh hati dekat die... dh ade bunga2 cinta mula terbit tu.... go Nina.... acik very nice story... thumbs up!!!!
lawak la entry kali nie acik.. senyum2 ja bila baca ehehehehhe.. hmmm suka adegan2 ala2 malu kucing nie.. eheheheh
wah...maraton baca....hahhaa..suka sangat dorang berdua ni....
tq..acik..cite ni best..
alahai...
mmg best..tapi acik menurut ustaz sepatutnya mahram bukan muhrim, sbb muhrim tu bagi mereka yg memakai ihram
comel je...hehe~
fuhhhh!!!! best acik .. tak sabar nak baca selanjutnya ...
~lynn~
acik bestle cerita ni... pastikan keluarkan dalam bentuk buku ye... dan satu lagi ape dah jadi dengan adi putra dan adara..acik...
yeaaaahhh best!!! dah ada feeling tu. feeling yg positif. kalau qalif cemburu tanda sayang lagi best! hehehe
acikkkkk.... nak lagiiiii...........
sebahagian...che`leen gelak tak hengat..!
sebahagian lagi..hampir menitis air mata ku...
-che`leen-
plg suka part mengigau tu...hehehe... lawak..gelak sorang2 sy kt ofis...
hehe..da mcm nk mula suka je 2...huhu...gud job nina=)
acik...
terbaik...tiap2 hr tunggu...1 hr 2,3 kali jengah blog acik...xpuas baca sekali...baca berkali2...
hehe..tergelak2 bace sengsorang...mmg tip top la acik ni..bilakah taman itu akan mekar mewangi kembali??..cewahh...mood x sabau ni..
hai...semuanya dah sama mcam liyana..rambut sama...suara sama...nampaknya dalam hati sudah ada taman...hahaha...acik best...best....best...nak lagi ye....
wow caya la acik. 2 entries within 24 hours dan jalan cerita yg semakin menarik! muchas gracias acik.....
huhuhu... best!! asyik tergelak je..smpi member tanya den ni gile ke tetiba gelak.. yg pastinya dlm hatiku ada taman bunga yang indah....cpt chik.. sambung..
pakai tudung dlm bilik? apa kes la TQ ni...tiba2 rasa nak try pakai tudung lilit2 mcm nina pulak.haha terpengaruh baca entry acik.
nampak sgt nak menafikan perasaan sendiri si TQ nih. ish..ish..
Best gelak je baca.Lwk btui.Pandai acik olah ayat.Nk lgi.
-Ana-
acik laling.. bestnya n3 ni.. cpt2 hapdet k.. x sbr mnunggu...
aaaaa..... nak fengsan, abang tiduq kat sebelah. he....he.... wlwpun marah2
TQ dah nak cair.. ngeh2..
acik..., kasi TQ sedar diri sket.. ade ke sruh isteri pkai tdung dlm bilik.. ko mmg kojamla TQ..
pepun acik mmg bes la n3 ni.. cam org sewel dah ni dok syum sorang2.. *___*
hehe.. mekasih semua sbb suka and komen entry ni.. lap uols so strong! =)
acik bt lain skit, takmolah asik tidur asing je kan.. dah byk sgt camtu. marah2 benci pun tidur tetappp sekatil!
=)
nak lg...bila la tngku ni fall in luv kat nina???x sabar da.hehe
lawak sehh! sukaaa... TQ acik
jgnla ada cinta 3segi antara amri, qalif ngan nina nnt. kalo guna amri nak kasi jeles qalif ok jg. hehe
acik, bagi citer ni abis kat blog k.. best! ;p *amboi demand!*
Ngaaa. Mujur Nina sempat brek dari terpeluk lengan Amri. Phew *lap peluh*
Tapi apesal tang Qalif kejutkan Nina dari ngigau tu Acik tak buat si Nina terpeluk Qalif? Mau terdiam Qalif dibuatnye. Hahaha. Kbai!
besttnya acik..!!!
excited nak baca lagi..
hewhew..=D
haha..lawak n3 ni..mmg bez la..hati sy pon dah ada taman yg beso bc n3 ni..gud job acik..next3!!hehe
bestnya...kesian nina smp tbawk dlm mimpi..
dahsyatnya mengigau..kaki tgn naik. mimpi bersilat lawan hantu agknye..haha
tengku steady, posing dpn org bru terjga dr mimpi pun jd...
mmng bestt..
hahahahah...xtahan leh plak mimpi ye nina nie....perjalanan baru bermula buat qalif...heeheheh goda jgn x goda
sedih.....terasa perasan nina mcm mane...biar mimpi sampai ke bintang.
gaduh benci tidur tetap sekatil.
memang terbaik..TQ + Nina----> readers teruja + acik the best....
= mak Mal
er awat rasa pendek ya?hehe tak puas nak baca.
huhuhu bagus betul nina ni, mmg isteri solehah lah. bunga2 cinta telah muncul,suka2. jap lagi mesti berasap la klo tgk nina kuar gan amri.
ok sy tak sabar2 nak nanti petang esok untuk baca sambungan(hehe ni ayat bodek tuk acik post entry cter ni esok, hope termakan bodek)hehe
hahaha... lawak jugak ye n3 x ni suka nye nampak gaya TQ dah ada feel sikit2 kt Nina klu mcm ni Nina kena tingkatkan lg usaha utk buat TQ cpt2 terjatuh cinta pd dia. Acik Lana kita nak lg,cpt2 ye post n3 seterusnya n x ni klu bolih nak panjang lg hi...hi...hi...:^D
marathon baca sampai bab 23.. wah lain dari lain.. biasa suami menggoda isteri tapi ni isteri menggoda suami.. menarik. suka dengan watak nina... slamber
terpikir2 mcm mana la acik nk buat entry psl qalif dh cintan ngan Nina..
1)situasi tu dekat mana
2)mcm mana tercetus
3)Qalif gigil ke idok
komen2 semua cecah 50..fuh!keep it up geng
ahaks..takut sangat nina tg citer hantu...smpai mengigau..huhu
rasanya Qalif tu da tergoda ngan nina..tp sajer jer nk tunjuk hati dia keras cam batu
hahaha...lawak. sempat lagi wat u-turn immanina ni yer.
acik, klu qalif dok seat plg kiri n nina dok tengah2 bukan ker jd dia dok sebelah kiri nina ker? konpius suda...^-^
~nor
acik, tlg comment n kasi advice skit. kite baru nak berjinak-jinak. http://ceriterania.blogspot.com/
trimas. :)
thank u semua yg komen... anda begitu teruja dgn cerita ini ye.. saya suka! hehe
to K.E.M.O.T - insyaAllah nanti acik singgah bila free k. gud luck!! :)
acikk..nape xdak n3 arini.. frust tonggeng2 nih..
:( Rani
isk3, takut tergoda ke TQ smpai suh Nina bertudung dlm mah....sabo la Nina
hehehe...tengku qalif..da mula bergetar...da x lama lagi ny....nina chaiyokk...usaha tangga kejayaan....
bestt la... terbaik..
Semangat waja mlm ni on9...tp blm ada n3 br lg.acik masih x sihat lg erk? Moga cepat smbuh sbb dh rindu kat TQ n Nina...
acik, patut Nina tu, sesekali tersasul panggil TQ, abang..he he..biar TQ penasaran.
x pun, sesekali, nina pegi ziarah pusara Liyana..biar TQ terkedu...hik hik
xsabar yer nk baca apa yg jd pasnie..nak2 biar amri dating ngan nina br TQ rasa..hehhe..sgt suka PCBS okeh.....cpt2 sihat ok acik....TC.. :D
haihhh... ketegaq sungguh tengku qalif ni!!
Acik adegan dalam panggung wayang tu kelakar lah.Saya ketawa tah berhenti bila ingat adegan tu.Best siot.
Gud job nina..dh ada rasa sikit dh tu..
pakai tudung dlm bilik? apa kes la TQ ni...tiba2 rasa nak try pakai tudung lilit2 mcm nina pulak.haha terpengaruh baca entry acik.
Post a Comment