Selesai makan malam bersama Amri di
ibukota, Tengku Qalif terus pulang ke rumah. Terasa letih seluruh tubuhnya
setelah seharian meluangkan masa membersihkan kawasan pusara Liyana petang
tadi. Bukannya semak sangat, cuma dia mahu memastikan tempat persemadian arwah
isterinya itu sentiasa kemas terjaga. Dia tidak mahu ada rumput panjang
menjalar, atau daun-daun kering bersemayam di atas pusara arwah isteri
kesayangannya itu. Biarlah sentiasa cantik dan bersih, sentiasa dihiasi
bunga-bunga segar yang dibawanya.
Masuk ke dalam rumah, sapaan papa di
ruang bawah dibalas seadanya. Tidak ada mood untuk bersembang atau berbual
panjang. Lagipun apa yang mahu dia bualkan dengan papa? Tentang kerja? Tentang
hidup penuh bahagia? Dia tidak ada semua itu. Diri terus dibawa ke tingkat atas
untuk membersihkan tubuh dan berehat. Dia benar-benar keletihan dan mengantuk.
Setelah melangkah masuk ke dalam ruang
bilik yang sunyi sepi itu, butang baju kemeja yang tersarung di tubuh dilucut
satu persatu. Dia yakin Imanina masih belum pulang walaupun jam sudah menginjak
ke pukul sepuluh setengah malam. Kebelakangan ini kerap benar perempuan itu
balik jauh malam. Sibuk menyiapkan rekaan koleksi pakaian katanya. Ah, macamlah
dia peduli! Bukan dia yang bertanya, Imanina yang terhegeh-hegeh bercerita.
Sibuk sangat nak bagitahu sebab-sebab balik lambat ke rumah, padahal bukan dia kisah
pun!
Seminggu usia perkahwinan mereka, sebenarnya
Tengku Qalif semakin lapang dada tanpa Imanina melekat di sisi. Kesibukan gadis
itu di kolej membuatkan mereka jarang bersua muka. Bila Imanina balik, dia
sudah tertidur lena di atas katil. Waktu pagi pula, dia memang sengaja bangun
lambat. Malas mahu menghadap kerenah Imanina yang bukan-bukan. Nak mintak salam
cium tanganlah, nak tolong gosokkan baju dialah, nak itulah, nak inilah, memang
rimas sungguh! Tak kuasa dia nak melayan.
Dia lebih suka buat buta mata bila
Imanina hulur tangan untuk bersalam, buat pekak telinga bila Imanina meminta
izinnya untuk buat itu dan ini. Dia tak kuasalah, Baginya Imanina cuma orang
asing dalam hidupnya. Orang asing yang suka sangat menyibuk!
Tengku Qalif tahu Imanina cuba menjadi
isterinya yang baik, yang menurut perintah, namun hatinya menolak bulat-bulat
kebaikan gadis itu. Tidak mungkin Imanina punya ruang di dalam hatinya. Ruang
itu semua sudah dipenuhi dengan cinta dan kasih arwah isterinya, Liyana. Takkan
ada tempat untuk Imanina menyelit sama. Dia tidak mampu dan dia tidak teringin
mahu mencuba walau dipaksa sekalipun.
Baju kemeja berwarna biru lembut itu
ditanggal dan dicampak ke dalam bakul berhampiran pintu bilik air. Tangan
mencapai pula tuala putih yang berlipat kemas di atas rak yang melekat di
dinding. Saban hari tuala mandinya bertukar ganti. Imanina punya kerjalah ni,
nak tunjuk rajin sangat! Bibir tanpa sedar mencebik kecil, menayang rasa jelik.
Belum sempat kaki melangkah masuk ke
dalam bilik air, pintu biliknya terkuak dari luar. Spontan kepalanya menoleh. “Mama?”
Puan Sri Khalida tersenyum memandang
Tengku Qalif. Ketika anak lelakinya ini balik tadi, dia sibuk di dapur, tidak
sempat mahu menyapa. Dan panggilan dari Imanina sebentar tadi memang tidak boleh dipandang sepi, hatinya bimbang
dengan keselamatan menantunya itu. “Qalif nak mandi ke?”
Tengku Qalif sekadar mengangguk kecil.
Langkah mamanya yang masuk ke ruang bilik dikerling sekilas. Jarang mama masuk
ke dalam biliknya, dan kali ini timbul pula rasa hairan dengan kelakuan mamanya.
“Qalif mandi nanti-nanti ajelah..” Puan
Sri Khalida tersenyum kelat. Risau juga kalau-kalau Qalif mengamuk dengan
kata-katanya yang bakal menyusul.
“Kenapa pulak? Qalif letih ni, nak
mandi.” Jawabnya mendatar sahaja. Terlihatkan reaksi serba salah mamanya, dia
tahu ada sesuatu yang mahu disampaikan. Dan entah kenapa hatinya kuat
meyakinkan, ia pasti ada kena mengena dengan Imanina.
“Err.. macam ni, Nina call tadi. Kereta
dia breakdown depan kolej…” Puan Sri Khalida gigit bibir seraya meramas jari
jemarinya. Pandangan tenang Qalif sudah bertukar menjadi pandangan kurang
senang. Memang pantang betul dengar nama Imanina, cepat saja nak berangin.
“So, Qalif pergilah jemput Nina. Kesian
dia, dah dekat pukul sebelas ni. Risau mama kalau dia dekat sana
sorang-sorang.”
Tengku Qalif merengus perlahan. Tuala di
tangan disangkut ke bahu sebelum dia bercekak pinggang dengan wajah serius.
“Nak suruh Qalif keluar pergi sana jemput dia pulak? Dia dah tak reti nak call
teksi ke apa? Ke kat Malaysia ni dah takde teksi? Semua mogok?”
“Hisy, apa cakap macam tu. Nina kan
isteri Qalif, dah tanggungjawab kamu jaga dia. Lagipun tak elok nak suruh
perempuan naik teksi malam-malam macam ni, bahaya.” Balas Puan Sri Khalida
bersungguh-sungguh.
“Malas, Qalif penat. Mama suruh aje
driver ambik dia kat sana.” Kaki dihayun ke bilik air sebelum panggilan mamanya
mematikan langkah. Rimas, sakit telinga bila nama Imanina asyik disebut-sebut.
Topik yang paling dia rasa bosan sekali.
“Apa kena kamu ni Qalif? Nina kan isteri
kamu, sama macam arwah Liyana. Jadi apa salahnya kalau kamu tunjuk sikit rasa
bertanggungjawab pada dia. Berdosa buat isteri kamu macam tu tahu tak?”
Tengku Qalif berpaling kepada Puan Sri
Khalida dengan riak wajah tegang. Berdesing telinganya mendengar mama menyamakan
Imanina dengan Liyana. Tak mungkin ada perempuan lain boleh disamakan dengan
Liyana kesayangannya. Tak mungkin ada!
“Mama jangan nak samakan perempuan tu
dengan Liyana..”
“Apa bezanya? Apa bezanya, hah? Cakap
dengan mama.” Puan Sri Khalida menyoal tegas. Langkah diatur menghampiri Qalif
yang masih berdiri di muka pintu bilik air. “Selama ni mama diam aje tengok
kamu buli dia, malukan dia depan keluarga kita, marah-marah dia. Tapi kali ni
mama nak kamu jadi suami yang bertanggungjawab, bukan suami yang takde perasaan
macam ni.” Tegak jari telunjuk Puan Sri Khalida tegak di hadapan muka Qalif.
Memang dia geram, geram dengan perangai anak sulungnya yang seolah-olah sudah
mati perasaan ini. Jatuh belas dia melihat Imanina yang terabai dan sering
makan hati dengan sikap baran Si Qalif. Tidak kira masa, tempat dan keadaan,
Imanina sering menjadi mangsa kemarahan Qalif.
“Suka hati mama nak cakap apa pun..”
Tengku Qalif membalas bersahaja. Jenuh ditelan rasa barannya agar tidak
terlepas kata. Bimbang hati mama terluka dengan kata-kata dari bibirnya.
“Qalif, mama benci perangai kamu macam
ni. Apa nak jadi dengan kamu ni?” Turun naik nafas Puan Sri Khalida melawan
rasa geram di hati. “Mama tak kira, kamu pergi jemput Nina sekarang jugak.
Kalau ada apa-apa berlaku pada dia, kamu nak tanggung rasa menyesal? Nak tambah
lagi beban atas bahu kamu tu?”
Tajam mata Tengku Qalif memandang ke
arah Puan Sri Khalida. Dia tahu mama memaksudkan kekesalannya di atas kematian
Liyana. Dia masih belum berhenti menyalahkan diri sendiri kerana membawa Liyana
ke Dubai dahulu. Kerana ke Dubai, Liyana terus lenyap dari hidupnya. Hilang
tidak berganti lagi.
“Pergilah Qalif, jangan tambah dosa kamu
nak..” Suara Puan Sri Khalida mula mengendur. Nampak jelas riak kekeruhan di
wajah anak lelakinya tatkala kisah kematian Liyana diungkit-ungkit. “Bukan jauh
pun kolej Nina tu, tak sampai setengah jam pun. Qalif jemput dia sekejap ye..
please.” Suara bertukar ke ton memujuk pula. Berharap Qalif lembut hati dan
mendengar kata.
Tengku Qalif mengetap bibir. Memang
Imanina sudah buat hidupnya tunggang langgang. Dan sekarang dia terpaksa
bersusah payah untuk perempuan itu pula. Benci sungguh! Dengan hati yang sebal,
tuala di tangan dicampak kasar ke atas katil. Langkah diatur pula ke almari
pakaian untuk menyarung baju. Pintu almari dihempas kuat, menyampaikan isyarat
hatinya yang sedang marah. Biar mama tahu dia memang tidak ikhlas!
*************
Jam di pergelangan tangan dikerling. Duduknya
semakin tidak selesa kerana beralas batu pembahagi jalan yang keras dan menyakitkan itu. Tapi nak
berdiri pun tak best, lenguh kaki!
Keluhan
resah terbit dari bibirnya. Manalah tak sampai-sampai lagi ni? Tadi mama kata
Tengku Qalif dah gerak, mustahil lama sangat nak sampai sini.
Bukan dia tak tahu cara Tengku Qalif
memandu, memang macam tak cukup panjang jalan dekat Malaysia ni nak diasah
tayar keretanya. Alangkan dia yang memandu secara berhemah ni pun boleh sampai
ke kolej kurang dari setengah jam, takkanlah Tengku Qalif ambik masa lagi lama
kot. Tak logik langsung. Ke datang jemput dengan basikal?
Ah, jangan-jangan lelaki itu melencong
ke lain tak? Cakap dengan mama jemput aku, rupa-rupanya keluar berjimba dengan
Amri. Wah, hebatnya pemikiran kau Nina. Tak fikir dosa pahala ke? Soalnya
sendiri. Cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati. Tak baik menuduh yang
bukan-bukan. Menaruh syak pada suami pulak tu!
Walaupun suaminya selalu keluar berdua
dengan Amri, tak bermakna lelaki itu pergi berfoya-foya mencari perempuan.
Bukan dia tak kenal hati dan perasaan lelaki bernama Tengku Qalif itu, kenal sangat-sangat. Dalam hati dan kepala
suaminya, cuma ada satu nama. Liyana, Liyana, Liyana, Liyana! Dan harap-harap
nanti akan terselitlah nama Imanina di celah-celah nama arwah Liyana itu.
Penat mengelamun, Imanina kerling pula kereta Perodua Viva berwarna putih miliknya
yang tersadai di tepi jalan. Mujurlah keretanya buat perangai dekat-dekat bawah
lampu terang macam ni, depan kolej pulak tu. Kalau tempat gelap macam mana?
Memang tak sanggup dia nak bayangkan. Ngeri! Tapi walaupun terang, seram sejuk
juga sebab jalan di sini kurang kereta lalu lalang. Maklumlah, kolejnya memang
terpencil dan jauh ke dalam.
Bibir melepas keluhan perlahan
mengenangkan kejadian sejam yang lalu. Manalah dia pernah check bateri
keretanya nak ‘kong’ ke tidak, dia bukannya reti! Patutlah sehari dua ini
kereta dia buat perangai susah nak start. Kena cuba dua tiga kali baru hidup,
rupa-rupanya petanda bateri kena tukar baru. Manalah dia tahu selok belok
kereta ni. Kalau bercakap soal jahitan, jenis-jenis kain atau benang, memang
selambalah dia jawab. Hmmm.. kalau cerita dengan ayah ni, confirm kena ceramah
free dua tiga jam. Silap-silap ayah terus buat kelas praktikal cara-cara
menukar tayar dan memeriksa enjin kereta. Iyalah, nak bagi dia exercise supaya
tak panik di masa depan. Sebab tu malas nak telefon ummi tadi, tak nak
menyusahkan ayah keluar malam-malam ke sini. Lagipun apa guna ada laki kan..
“Pheewittt… awekk!!”
Imanina tersentak tatkala terdengar
bunyi bising dari motorsikal yang muncul di laluan yang sejak tadi lengang. Dia
menelan liur. Mat rempit?? Ya Allah.. sejak bila ada mat rempit area kolej dia
ni? Tak pernah nampak pun!
Pantas Imanina bingkas bangun. Seram
sejuk melihat empat orang lelaki yang menaiki dua buah motorsikal itu semakin
menghampiri. Mana nak lari ni? Menyorok dalam kereta? Ah, tak boleh! Teringat pula
kisah budak kolejnya yang pernah kena pecah kereta dek perangai syaitan mat-mat
rempit ni. Habis tu nak ke mana ni?
“Sayang, sayang nak pergi mana tu? Alaaa…rileks
la dulu!” Sapa salah seorang lelaki yang duduk di bahagian depan.
Kawan-kawannya yang lain menawar diri menjadi pasukan sorak. Tak cukup
bersorak, bersiul-siul pula.
Imanina telan liur. Spontan langkah
dihala laju ke arah keretanya. Tangan yang sedikit menggigil menggenggam erat
kunci kereta. Takut terlepas, mana ada masa nak kutip balik. Jangan masuk
kereta! Jangan masuk kereta! Jerit hatinya. Tapi kalau tak masuk kereta, takkan
nak duduk tepi jalan macam tadi? Itu namanya volunteer serah diri!
“Wahh.. sombonglah dia ni. Mailah sini
sayang, abang suka awek pakai tudung macam sayang ni. Comel sangat.. geram
abang!”
Imanina sempat menoleh ke belakang, Berdegup
deras jantungnya. Lelaki-lelaki tadi sudah turun dari motorsikal dan kini
menapak di belakangnya. Kaki dihayun pantas. Suara-suara yang memuntahkan
ayat-ayat versi ‘rempit’ itu semakin menyesakkan dada. Terbayang-bayang filem
Adnan Sempit, Bohsia, Rempit V3 dan macam-macam cerita tentang mat rempit yang
pernah dia tonton selama ini. Ngeri sungguh! Ya Allah… selamatkan hambaMu ini.
Belum sempat Imanina membuka pintu
kereta, dia terasa tubuhnya disambar dari belakang. Bagaikan terentap kuat
jantungnya tatkala tubuhnya dihayun ke dinding kereta. Terhentak kasar sehingga
bergoyang keretanya. Imanina mengaduh kesakitan dengan wajah cemas. Serasa mahu
pecah dadanya tatkala tangan kasar itu mencengkam kedua belah tangannya. Lelaki
bertubuh tegap itu tersengih-sengih menayangkan karat di giginya. Yang bertiga
lagi mengepung di kiri dan kanan supaya dia tidak boleh melepaskan diri.
“Ya Allah.. kau nak apa ni?” Soal
Imanina buat-buat berani. Demi Tuhan, lututnya terasa lemah untuk berdiri.
Ketakutan yang teramat sangat!
“Nak sayanglah, nak apa lagi..” Balas
lelaki itu tergelak-gelak. Dan bagaikan di dalam filem yang sering munculnya
watak penjahat, konco-konconya ikut sama tergelak besar.
“Ka.. kalau kau nak duit, aku ada duit.
Aku bagi kau semua duit aku, tapi tolong lepaskan aku..” Tergagap-gagap Imanina
merayu. Kepala sempat mencongak, dia ada lebih kurang tujuh ratus ringgit di
dalam dompetnya. Duit hasil tempahan baju yang diterimanya daripada kawan-kawan
mama tengahari tadi. Tak apalah jika dia kehilangan semua duit itu asalkan
dirinya tidak diapa-apakan.
“Duit?” Lelaki itu mendekatkan wajahnya
hampir ke wajah Imanina. Pantas Imanina berpaling ke kiri, mata dipejam rapat
melawan rasa ngeri yang semakin menguasai diri. “Duit pun abang nak, sayang pun
abang nak juga. Untung besar abang malam ni, dapat yang putih gebu!”
Imanina tercungap-cungap ketakutan saat
tangan kasar itu mengelus-ngelus pipinya. Airmata mula bergenang di kelopak
mata. Terbayang-bayang tubuhnya akan diseret ke dalam semak di belakang sana,
dirinya mungkin menjadi kerakusan lelaki-lelaki durjana ini. Ya Allah.. dia
tidak rela! Spontan dia bereaksi menolak, meronta-ronta dalam cubaan melepaskan
diri.
“Diam! Kau nak kena bunuh ke apa??”
Tengking lelaki itu kuat.
Imanina terkedu. Hanya airmata meleleh
perlahan di pipinya. Tangan dan kaki semakin ketara menggigil kerana ketakutan,
dia seperti mahu pitam.Tidak! Tak boleh pitam, nanti lagi teruk nasibnya. Entah
apa lelaki-lelaki ini akan buat kepada dirinya. Dirakam, dibunuh,
dikerat-kerat, semua kemungkinan itu ada!
“Tolonglah… lepaskan aku.. jangan buat
apa-apa pada aku…” Rayu Imanina dalam tangisan. Wajah Tengku Qalif terlayar di
ruang mata. Suaminya memungkiri amanah yang diberi, suaminya tidak datang ke
sini.. kejam sungguh! Semakin lebat airmata menyusuri pipi. Kesal kerana
berkeras hati mahu menanti Tengku Qalif. Konon nak melihat kesungguhan lelaki
itu, nak menguji hati yang sudah jelas nyata keras membatu, dia benar-benar
tersilap langkah kali ini!
“Lepas ‘settle’ semua, abang lepaskan
sayang ye…”
Imanina ketap bibir melawan sendu di hati.
Kepala digelengkan tanda menolak sekerasnya.
Ya Allah.. Kau utuskanlah sesiapa sahaja
untuk membantu aku.. tolong Ya Allah.. pinta Imanina berkali-kali di dalam
hati. Saat lengan kiri dan kanannya ditarik kasar, dia meronta-ronta. Apa pun
berlaku, dia perlu berusaha meloloskan diri. Dia takkan mudah menyerah.
“Kau ni banyak sangat bunyi apasal hah?”
Satu tamparan kuat hinggap di pipi
kanannya. Berpinar-pinar pandangan mata dan kebas kulit pipinya. Kepala terasa
melayang-layang, kaki pula semakin lemah memijak bumi. Yang dia pasti, dia
tidak lagi memijak jalanraya bertar, kakinya kini memijak rumput-rumput yang
dingin. Tubuhnya diheret dan ditolak kasar oleh tangan-tangan rakus itu.
“Please.. jangan buat aku macam ni..lepaskan
aku..” Bibir masih enggan mengalah.
“Kau nak kena lempang sekali lagi ke apa
ni? Nak??” Balas suara garau di sebelah kirinya mengugut.
Imanina tidak sempat merayu sekali lagi
apabila terasa lengan kirinya dilepas bebas. Kemudian lengan di sebelah kanan
pula terlepas. Kerana rasa lemah dan ketakutan, kakinya tidak mampu lagi
menampung beban tubuh sendiri. Akhirnya dia jatuh terjelepuk di atas tanah. Terasa
basah pipinya dicium rumput yang sedikit lembab.
Bunyi gedebak-gedebuk entah apa dan
suara saling marah memarahi singgah di telinga. Dengan penuh susah payah
Imanina cuba membuka mata, mahu melihat apa sebenarnya yang berlaku. Dalam
samar-samar itu, dia ternampak bayang Tengku Qalif di ruang mata. Begitu
tangkas menumbuk, mengelak, menepis, menyepak dan mengilas tangan lelaki keji
tadi. Satu persatu tewas dengan ketangkasan penuh bergaya suaminya.
Imanina mengukir senyum penuh kepayahan.
Tak sangka dalam keadaan terdesak macam ini pun, dia masih boleh membayangkan
Tengku Qalif datang menyelamatkannya. Dia yakin, bukan Tengku Qalif di sana,
pasti orang lain berhati mulia yang diutuskan Allah untuk membantunya. Mustahil
lelaki itu suaminya… mustahil. Pandangan kembali kabur sebelum semuanya
bertukar gelap gelita..
Tengku Qalif menghela lelah dengan
tangan menyentuh dada yang terasa sempit. Termengah-mengah dia mencuri oksigen
di sekelilingnya. Pandangan tajam hinggap ke satu persatu tubuh yang mengerang
kesakitan di atas tanah. Puas sungguh dia dapat mengerjakan mereka semua.
Kurang ajar! Macam nak tercabut nyawanya melihat Imanina diheret sekumpulan
lelaki ke kawasan semak sebentar tadi. Kalaulah dia terlambat…
Pandangan dilarikan pula ke sekujur
tubuh yang terbaring lemah di hujung sana. Pantas langkahnya dihayun ke arah
Imanina. Dada berdebar kencang. Sungguh, dia tidak sangka ini pula yang
berlaku. Memang niatnya mahu Imanina menunggu lama, sebab itu dia memandu
kereta seperlahan yang mungkin. Selepas itu dia sengaja pula berhenti di tepi-tepi
jalan untuk merokok. Dia buat semua itu semata-mata mahu mendera Imanina yang
menyusahkannya. Namun sikap lalainya itu hampir-hampir memusnahkan hidup
Imanina. Kalaulah dia sampai terlewat sedikit tadi, entah apa nasib gadis itu.
Bukan dia tidak tahu perangai gila mat-mat rempit zaman sekarang ini, semua
tidak pedulikan undang-undang.
Tengku Qalif duduk melutut di sisi
Imanina. Nafas gadis itu diperiksa seketika, hati sedikit lega kerana semuanya tampak
normal. Mungkin Imanina pengsan kerana terkejut dan kesakitan ditampar lelaki
itu tadi. Spontan tangan menyentuh pipi lembut Imanina, dielus lembut seketika.
Terleka. Tersentak dan tersedar, jari jemari ditarik semula. Bibir diketap
rapat. Ada rasa kesal menunjal-nunjal pangkal hatinya. Nafas ditarik
dalam-dalam sebelum tubuh Imanina dipeluk dan dicempung menuju ke kereta.
Dalam setiap langkah yang diambil,
matanya tidak lepas-lepas menatap seraut wajah sendu itu. Sekali lagi Imanina
melalui detik ngeri, dan kali ini dia yakin trauma gadis itu pasti lebih teruk
berbanding dahulu…
Dan ya, dia menjadi dalangnya dalam setiap
peristiwa ngeri yang berlaku kepada Imanina. Keluhan kesal terpacul dari bibir.
Sampai bila dia mahu mendera hati dan perasaan Imanina? “Jika tidak mahu,
pulangkan secara baik…” kata-kata Amri muncul di dalam kepala.
Pulangkan secara baik? Sekali lagi wajah
Imanina singgah di mata. Hati semakin meluap-luap dengan rasa kesal. Pulangkan
secara baik… bisik hatinya berkali-kali.





61 Baca Laju-Laju:
acik lana, heroin PCBS dah menutup aurat.
acik lana bila lagi nak ikut perintah Allah yg satu tu?
Acik, best sangat lahh entry kali ni! Daebakk! :D
No Qalif no!! jangan lepas kan nina secara baik~ Acik please T____T
acik...loikeeeeeeeeeeee 100XX
tamooooooooooooooo..nk nina dgn qalif..wahai qalif bukak la hati tu..
TQ nk pulangkan Nina ka??
alo..xmo la!!
bg TQ insaf nk buli Nina dh la..
xpyh la nk pulang2 bagai..
*emo kejap..
[hawa]
"Liyana, Liyana, Liyana, Liyana! Dan harap-harap nanti akan terselitlah nama Imanina di celah-celah nama arwah Liyana itu."
hahaha. comel je ayat Acik ni ^^
**sedih kemaen la entry kali ni. hurm :(
pergh acik..membaca E3 kali ni..membuat akak terfikir..pengorbanan Nina berkawen ngan TQ..is it worth it for both of them..kalo lah pengakhirannya penceraian kerana baru seminggu saja kan mereka berkawen tetapi TQ maseh ditempat yg sama ..tidak memperdulikan akan kebajikan Nina..sudah sampai masakah Nina berundur diri..kerana amri ada untuk dirinya..
sedihnye n3 ni but still dada ni dup dap dup dap ngn TQ ni..sian nina,konfem trauma pasni..keep it up acik..gogogogogo acik...
Alamak!.. Ape 1st detik ngeri yg nina lalui??.. Alamak!!. Trlepas bab kew??..
huarrgghhhhhhh jangan pulangkan jangan pulangkan, klu pulangkan mau tutup buku nanti!!
kok sedih banget n3 ni lo, sampai pengsan2 Nina, yg baca pun rasa nk sakit jatung jgk...
tq Acik, akan sabar menunggu 'kepulangan' TQ yg romantik ke pangkuan masyarakat, tanpa bayangan Liyana pastinya :-) ...
Betul2 lara... Terfikir apa detik ngeri pertama si amanina tue...
Apa2 pun acik, thumbs up... Suke suke suke...
Acikkkk...siannya kat Nina,i hate TQ hu2...jahat..jahat...jahat.....anyway sungguh...nak tercabut jantung baca tadi...terbaikla Acik..
Hua..kesian dkt Nina..rasa nak nangis je..tq acik best sgt..mintak2 qalif cepat ah sedar yg Nina syg sgt kat dia...
pulang secara baik??...surely not, nanti habis la cerita
saje eh acik... pi tepek pic hot TQ camtu mlm2 buta ni....ada plak yg mimpi indah time tdo nanti....
syok sgt la ntry ni...
cik writer wat la imanina fobia ngan lelaki..
bia TQ rse b'salah..
hehehe
huhu.... nk pulangkan secara baik?? kok nnti TQ mnyesal sekali lagi...
Huh makin best la acik... caiyok caiyok
jgnlah pulak nina tu fobia ngan lelaki..tapi akak harap disebabkan apa yg berlaku pada malam tu..TQ telah melalui malam pertamanya ngan nina..jadi terpaksalah mamat tu mengambil tanggungjawabnya sebagai suami dalam rela paksa..so wat say U acik..so taklah TQ ceraikan nina..
as always, it's a good n3 acik walaupun sedang PMS! luv u lah cik writer.
Tengku Q, pulangkan dengan baik ye...lepas pulangkan baru rasa rindu2x dan rasa menyesal. masa tu turn nina pulak yg jual mahal. hehehe
Ala.. Pisah pong tak pe.. Amri ade..!! huhuhuh
Mesti Nina trauma n x nk layan n cakap dgn Tengku Qalish wat sementara wktu.Pastu mesti Tengku Qalish rasa b'salah n try layan Nina elok2.Nk Nina dgn Tgku Qalish gak.
-Ana-
Sampainye hati Qalif buat mcm tu kat Imanina....Tp rasa2nye Qalif dh mula nk suke kat Imanina walau pun bermula dengan perasaan kekesalan atas kecuaian diri... rasa2 qalif tak akan hantar balik Imanina sbb mcm dah mula ada bunga dalam taman nmpk ha..ha..ha..
Acik next n3 masukkanlh gambar baju2 rekaan Imanina yg sure menarik tu ye... bolih jugak buat baju gi kenduri kawin or buat raya nanti ha..ha..ha..
acik...
sedihnya entry malam ni...sy ni asyik rase nak nangis jer bile part2 touching mcm ni...
terasa mcm diri ni lak nina..kesian nina..teruskn usaha utk memntapkn lagi cerita ni..
kcian imanina..xsbr bc next en3 acik cpt smbng..! heehe
Nasib baik Qalif cepat kalau tidak
tak mesti perkara buruk yg akan
berlaku keatas Nina. Kesian dgn
Nina cinta pd yg tak sudi...
nak lagi...
acik...tacing la n3 kali ni.... hampir nk meinitis air mata.... superb la acik !!! nasib bek TQ sampai tept pde masenye...klu tak...kate2 mak die termkbul
Acik.. suspen nye.. TQ ni mmg saje je kan..mencikla.. sian Nina.. rase cam nak pecah dada baca N3 kali ni..
aciklana u mmg best la..
huarrgggggggggg...jangan pulangkan....pasti Amri tunggu peluang je tu...
nak lagi acikkk!
Bravo! Bravo!tepuk ramai2!acik berjaya buktikan n3 kali ni lari dr jln citer dr bab 1 - 13, thumbs up!tiba2 ada scene mcm ni..buat akak terkezzut, asik pikir2 apa berlaku next..tp betul ke? nk lepaskan cara baik..berpisah sementara gittu. Acik..the story is yours , you know better & akak suka kezzutan2 in future!Br la ada thrill..Terbayang Van Damme la pulak..psl scene fighting acik ni!TQ
lepas ni mesti nina fobia nk dekat2 dgn lelaki termasuk qalif..biar qalif lagi penasaran sbb x dapat nak rapat2 dgn bini dia..padan muka! kehkehkeh~
hoho..sdey la plak...jgn la lpaskn...cian kat nina..cpt la fall in love TQ...=)
salam acik,
fuhhh..nasib baik TQ dtg cpt kalo x memang nk kena sekeh TQ ny...
nina pas ny mesti fobia..haha suka..suka mesti TQ lepas kejadian tue gerenti ambik berat llagi tentang nina walau ego tinggi... syabas acik bab ny memang buat fika terkezut....
..Pulang cara baik...terbaik lah...
owh tidak words "pulangkan secara baik" itu menyentapkan jiwa.. jangan la acik..... tak mo.. tak mo... klu la dipulangkn betul2.. biar ending crita nie nina tetap sama2 juga dgn TQ.. huhuhuhuhuhuhuhu.....
kesian Nina..
mcm sedih jer ending n3 kali ni..
TQ, jgn pulangkan Nina pd kuarga die.......x mo2
biar TQ pulangkan Nina..hihi..lepas tu buat die menyesal..biar padan dengan muke die :P
tapi apa-apa pun ai tak kisah..mane2 pun boleh..acik lagi tau ape yang terbaik untuk dorang kan :))
oooohhhh...tidak...
jgn la pulangkan...
hope nina keraskan ati x nak qalif lpaskan die...
'pulangkan secara baik.. '
jangannnn..jangannnnnnnnnnnn nanti tiada lagi pelangi cinta buat suami..
tak kusangka sungguh kemahiran hebat acik ni 'mendera' perasaan orang. hahaha.. always good job by acik Lana. i admire it = mak Mal
best.xpe acik.trima kasih kt mat2 rempit tu.sbb dorgla qalif yg dlu muncul jap n tlh menunjukkn kasih sygnya.suke2!!*hope acik smbh dr pms dgn sgera ye*=)
Best3...
Pasni mesti nina xnk layan TQ dh..wat TQ terkejar2kan nina plak..he3..
pulangkan secara baik2...supaya lepas ni boleh amri try nasib...oh tidak...nina hanya untuk qalif sahaja...acik memang bestttt...nak lagi...nak lagi...senang2 terus bukukan saja...nak wat koleksi kesayangan saya macam ABM..hihiii...
-UMI ANIS-
hehehe... takdenya dia nk lepaskan. saje je bikin konflik skit. wah, berguna juga abang2 mat rempit tu ye, terus TQ jd hero di mata Nina. ehem..
Thanks sayang2 sbb sudi komen. meriah. meriah. me loike! =)
acik...
nnt update lg eh....sengsaranya rasa...nk tggu TQ berubah jd romantis...
suka sgt bab nih.. n suka keseluruhan cite nih..
tapi apa ek peristiwa2 yg didalangi TQ eh?? acik cpt la sambung... hehehehhe berdebar2 nak tau..
-rhn-
cian la kt nina,,mst myesal sgt Qalif ble nina trauma nti..nina jge dri jgn mudah mngalah ea..
pulangkan nina secara baik. :) hehehehe
amri still kosong tu.
frm jeeta ...
alahhh tak payahlah bagi balik... rasa mcm lepas ni TQ takkan abaikan taggungjawab di terhdp nina dan jadi soft sikit... maklumlah rasa bersalah... betul tak acik?
phewwww...tkezutt akak.. sian Nina.. TQ ni mmg nak mkn penampo.. grrrr.. x sukak!
acik laling.. u mmg best ler.. kasi TQ rase bsalah skit, nti biar TQ xleh tido dok tingat kat Nina..
new N3 acikk, intan payung, berlian, emas korea, zhulian ( ayat bodek utk hasut acikk )
theheee...
- Rani-
pengsan juge*****jgn pulang'n nina acik...dramatik sungguh n3 yg ni...uwaaaa....seram betul mase kene tampar ngn mat repit gile tu...hadoiiii....pengsan balik***
Sian kat nina..sedey lah dia kene tampar ngan mat rempit tu. Takpelah harap dgn kejadian ni TQ lebih menghargai nina.. Sudahlah dgn liyana tu..yg pergi tetap pergi.
sian kat nina . terasa sebak pulak baca bab ni . hukhuk ;(
mesti imanina trauma nti n qalif cmne?menyesal or... hurm qalif nak lepaskan nina ke?acik mmg confirm nak twist story ke ni?hohoho tak sabar2 nak tekan newer post.hehe.apa2 pun sy sokong suma idea acik thanks for 2 these 2 entries today n that wonderful song. i love u, acik.muah!hehe
wah best novel kli ni kak acik lana.... smart novel...... smua myokong karya akak..... lgi2 yg muslimah kli ni... best la watak n jln cite nya..... saya sokong 100%
erksss.. apekah peristiwa2 ngeri yg jadi kat nina dulu?
selama ni sy jd silent reader..tp si qhalif ni buat sy hangatttt hati..!!sy xtahan..! nak kena komen gak..! nak luah kan perasaannn...!geram la..!!!asyik2 liyana..huh...!
acik...sume e-novel acik x mengecewakan...!! congrats..!!
selama ni sy jd silent reader..tp si qhalif ni buat sy hangatttt hati..!!sy xtahan..! nak kena komen gak..! nak luah kan perasaannn...!geram la..!!!asyik2 liyana..huh...!
acik...sume e-novel acik x mengecewakan...!! congrats..!!
selama ni sy jd silent reader..tp si qhalif ni buat sy hangatttt hati..!!sy xtahan..! nak kena komen gak..! nak luah kan perasaannn...!geram la..!!!asyik2 liyana..huh...!
acik...sume e-novel acik x mengecewakan...!! congrats..!!
Rasa cam nk lempang laju2 ja si qalif nih..seb baik nina tu x kena apa2. kalau tak jd double menyasal plak ha..hish..geram tul la ngan bdk qalif ni
Post a Comment