Tekak yang terasa kering dan perit membuatkan Imanina terjaga dari
lena yang panjang. Terpisat-pisat dia cuba membuka mata dengan kening berkerut.
Tangan singgah memegang kepala yang terasa pening. Ya Allah.. lama betul
rasanya dia tertidur, dah pukul berapa ni?
“Nina, Nina dah sedar?”
Mata yang sejak tadi begitu payah dibuka, automatik terbeliak saat
terdengarkan suara ummi. Bimbang kalau-kalau selama ini dia cuma bermimpi
berkahwin dengan Tengku Qalif. Maklumlah, kepalanya memang kuat berangan.
Terpandangkan wajah ummi yang sedikit resah, timbul rasa hairan di
fikirannya. Namun bibir mengeluh lega
apabila melihat katil tempat dia berbaring ini adalah katil Tengku Qalif,
suaminya. Bukan mimpilah, memang dia dah berkahwin. Syukurlah..
“Nina okay tak ni? Kenapa nampak macam blur-blur aje? Kenal ummi
tak?” Soal Puan Salmah cemas. Terpandangkan reaksi Imanina yang semacam, risau
dibuatnya. Sekejap Imanina pandang baju di tubuh, pegang bantal dan selimut,
lepas tu tersenyum-senyum pula, mahunya dia tak risau! Dah macam tak berapa
betul pun ada. Nauzubillah, anak aku!
“Nina kenal ummi tak? Jawab Nina, kenal tak siapa ni?”
“Ummi, Nina okaylah. Mestilah Nina kenal ummi Nina sendiri.” Tangan
ummi yang serba tidak kena menyentuh wajahnya ditolak lembut. Rimas kena
raba-raba macam tu. “Ummi buat apa kat sini?”
“Buat apa kata kamu?” Soal Puan Salmah semula. Wajah Imanina yang bangkit
bersandar di kepala katil dipandang tepat. Takkanlah Imanina dah lupa kejadian
malam tadi? Dia sendiri belum betul lagi bernafas, risau selepas dimaklumkan
Puan Sri awal pagi tadi. Mana tak risaunya kalau anak perempuan kesayangan dia
ni hampir-hampir dirogol mat rempit keparat tu. Mujurlah ada menantu gagah dan
perkasa macam si Tengku Qalif tu, lunyai semua kena belasah.
“Iyalah, pagi-pagi ummi ada kat sini, peliklah Nina. Lepas tu,
lepak dalam bilik Nina pulak tu..” Omel Nina seraya memicit-micit kepalanya
yang berdenyut.
“Hisy, kamu ni.. kepala kamu terhantuk tiang ke apa semalam? Dah
lupa?”
“Lupa?” Wajah ummi dipandang tepat. Tangan naik menggaru kepala
yang tidak gatal. Terlupa apanya, dia betul-betul blur ni.
“Malam tadi, mat rempit kacau kamu depan kolej. Dah lupa?”
Berderau darah Imanina. Serta merta bayangan ngeri itu menerpa.
Wajah lelaki bergigi kekuningan terlayar jelas, bersilih ganti dengan wajah
rakan-rakannya yang tergelak besar. Tangan hinggap menyentuh dada yang berdegup
kencang. Seram sejuk tubuhnya, menggigil ketakutan. Ya Allah.. peristiwa itu
benar-benar berlaku! Dia ingatkan dia bermimpi.
“Nina okay tak ni? Tenang sayang, tak payah takut lagi. Semuanya
dah selamat..” Ucap Puan Salmah tatkala melihat perubahan wajah Imanina yang
pucat lesi. Bukan dia tidak tahu sifat penakut anaknya yang seorang ini, memang
penakut terlampau. Dari kecik sampai ke besar, Imanina memang tidak pernah
berubah. Macam-macam benda ditakutnya. Takut hantu, takut lipas, takut ulat,
takut tinggi dam macam-macam takut lagilah. Tapi yang peliknya, dengan Tengku
Qalif, tak pulak Nina takut!
Tangan mengusap-usap rambut Imanina yang panjang mengurai, cuba
menenangkan jiwa anak sulungnya itu. Airmata yang bergenang di kolam mata
Imanina, terhambur keluar juga. Teresak-esak anak gadisnya menangis dengan
memeluk comforter rapat ke dada.
“Syhh… dahlah tu. Semua dah selamat sayang..” Pujuknya lembut.
Imanina menggelengkan kepala, bayangan ngeri itu masih terlihat di
ruang mata. Jerit pekik mat-mat rempit itu masih kuat melekat di telinganya.
Mata menyorot pandang ke lengan yang perit, ada kesan lebam dan kemerahan di
situ.
Hati bagaikan diracik-racik pedih. Apa yang membuatkan hatinya
pilu, bukan kerana kekasaran itu, bukan juga kerana rasa sakit di belakang
badan kerana terhentak kuat. Tapi pilu dan sedih kerana sikap suaminya. Suami
yang patut muncul untuk melindungi, hilang entah ke mana. Tengku Qalif memang
kejam.
“Dahlah tu Nina.. jangan menangis lagi sayang. Ummi tak boleh
tengok anak ummi sedih-sedih macam ni.” Puan Salmah bangkit duduk di birai
katil. Tubuh Imanina ditarik dan dipeluk erat. Sebak dadanya melihat kesedihan
Imanina, rasa nak ikut sama menangis. Tapi dia kena cekal, tak boleh tunjuk
lembik hati.
“Sampai hati abang Qalif, ummii…” Adu Imanina tidak dapat
ditahan-tahan. Lelah memendam rasa sendiri, dia perlukan ruang di hati orang
lain untuk berkongsi rasa sedihnya.
“Kenapa sayang? Dia buat apa kat Nina?” Soal Puan Salmah lembut.
Suara diperlahankan, bimbang kalau-kalau Tengku Qalif atau Puan Sri muncul
secara tiba-tiba di sini.
“Dia.. dia..” Imanina tersedu sedan. “Dia sepatutnya datang jemput
Nina semalam. Tapi dia tak datang ummi.. dia sengaja nak sakitkan hati Nina..”
“Ya Allah budak bertuah ni, kamu merepek apa ni?” Hilang ton lembut-lembut
syahdu dari bibir Puan Salmah, berganti pula dengan nada sedikit kuat. Tubuh
Imanina dijarakkan sedikit untuk menatap seraut wajah yang basah dengan airmata
itu. “Nina tak nampak ke siapa yang selamatkan Nina semalam?”
Terpinga-pinga Imanina. Kepala digeleng perlahan. Dia tidak tahu
siapa, cuma otaknya menjelmakan imej suaminya pada tubuh lelaki yang
menyelamatkannya semalam. Orang dah gila bayang memang macam ni, asyik
ternampak-nampak.
“Siapa ummi?”
“Suami Ninalah.. penat dia berkungfu semalam, boleh pulak kamu
tuduh dia yang bukan-bukan.” Puan Salmah menggeleng perlahan.
“Err.. suami Nina?” Bulat mata Imanina. Seperti tidak percaya apa
yang dikatakan umminya. Jadi dia tidak berhalusinasi? Yang begitu bergaya
membelasah penyangak-penyangak itu semalam, memang suaminya? Wah, lapang rasa
hati!
“Iyalah, ke Nina dah lupa yang Nina dah kahwin?”
Imanina tersengih segan. Segera airmata di wajah diseka dengan
hujung jari. Hilang rasa sedih, hilang sejenak rasa traumanya. Kenyataan itu
terlalu manis untuk didengar. Tengku Qalif dah selamatkan dia semalam.. Tengku
Qalif heronya!
“Sal, Nina dah bangun ke?”
Serentak Imanina dan Puan Salmah menoleh ke arah pintu bilik.
Kelihatan Puan Sri Khalida melangkah masuk dengan tangan menatang dulang berisi
sarapan. Ada segelas susu dan beberapa keping roti bakar.
“Baru aje bangun ni..” Balas Puan Salmah seraya bangkit membantu
Puan Sri Khalida meletakkan dulang di atas meja kecil di sisi katil.
Imanina hela nafas panjang. Bertembung pandang dengan Tengku Qalif yang
berdiri di belakang Puan Sri Khalida, perasaannya mula resah gelisah. Berdegup
deras jantungnya setiap kali wajah tampan itu singgah di mata. Walaupun wajah
lelaki itu serius tanpa senyuman, jiwanya tetap terbuai-buai indah. Teringatkan
kepalanya yang ‘togel’, pantas tangannya menarik selendang yang tersangkut di
tiang katil. Dililit lebih kurang ke kepala.
“Nina, yang kamu alim sangat ni kenapa nak?” Soal Puan Salmah
kehairanan. Gelas berisi susu dihulur kepada anaknya yang tersenyum kelat.
Pelik melihat Imanina yang tergopoh-gopoh mengenakan tudung di kepala.
“Takde apa ummi, rimas rambut mengerbang…” Balasnya beralasan.
Takkan nak cerita dengan ummi arahan Tengku Qalif yang tak masuk akal tu. Mata
mencuri pandang suaminya yang duduk di meja study di sudut bilik. Entah apa
dibuat suaminya depan laptop akhir-akhir ini. Cari kerja kut, dah bosan
menganggur barangkali. Tekanya di dalam hati.
Selesai bersarapan seperti permaisuri yang dilayan penuh kasih,
Imanina kembali merebahkan tubuhnya. Sakit di belakang badan masih terasa. Mahu
tak sakit kalau dah bergoyang keretanya kena hentam dengan badan. Tak tahulah
apa nasib Viva Forever dia tu, kemek agaknya.
Setelah ummi dan mama keluar dari bilik, Imanina menjeling suaminya
yang masih serius menghadap laptop. Handsome bebenor mamat ni. Makin hari
dipandang, makin lawa pulak. Sepadan ke tidak mereka berdua ni? Maklumlah, dia
tak rasa dia ni cantik sangat. Kalau cantik meletup, dah lama Tengku Qalif
terpikat. Ah, lelaki itu bukan memandang rupa pun..
Leka merenung suaminya yang masih khusyuk membelek entah apa. Tiba-tiba
Tengku Qalif mengalih pandang ke arahnya. Pandangan mereka berlaga tepat.
Bagaikan terkena kejutan elektrik tepat di hati, Imanina menggelabah. Malu
tertangkap ketika sedang asyik merenung lelaki itu. Mata dipejam rapat,
buat-buat tidur. Bodoh betul idea kepala ni! Takkan tiba-tiba tertidur pulak?
“Kau ni tak sekolah tinggi ke apa?”
Mata terbeliak luas dengan soalan dari bibir suaminya. Kepala
diangkat sedikit mencari wajah lelaki itu. Tajam Tengku Qalif merenungnya dari
sana. “Err.. sorry?”
Tengku Qalif merengus geram. Wajah Imanina yang terkebil-kebil di
atas katil dipandang tepat. “Kau tahu hari dah malam kan, yang kau melangut
tepi jalan tu kenapa?”
Imanina gigit bibir. Oh, pasal semalamlah ni.. hisy, tanya
molek-molek tak boleh? Cuba tanya lemah lembut, mesra-mesra, barulah sedap
sikit nak dengar! Gumamnya di dalam hati.
“Habis tu, kalau tak duduk tepi jalan, nak kena duduk tengah jalan
ke?” Balasnya bersahaja. Bantal peluk dicapai dan ditekap rapat ke dada.
“It’s not funny.” Tingkah Tengku Qalif serius. “Kalau dah tahu diri
tu perempuan, pandai-pandailah jaga diri. Duduk dalam kereta diam-diam sampai
aku sampai, susah sangat ke?”
Imanina sembunyi senyum. Panjang ayat-ayat Tengku Qalif hari ini.
Selalunya sepatah ditanya, sepatah dijawab. “Dalam kereta panaslah, lepas tu
bukak tingkap nyamuk masuk pulak.”
“Habis tu, duduk kat luar selamatlah?” Tengku Qalif mendengus
geram. Sakit jiwa dengan reaksi selamba Imanina.
“Hmm.. manalah Nina tahu ada mat rempit dekat situ..” Balas Imanina
perlahan. Sebut aje mat rempit, dadanya sesak. Terasa padat dan penuh dengan
ketakutan.
“Apa yang kau tahu? Semua benda tak tahu!” Tempelak Tengku Qalif.
Dia bangun dan menapak ke arah katil. Imanina nampak terusik dengan
kedatangannya, gadis itu menekup bantal rapat ke muka.
“Aku nak cakap something dengan kau.” Tangan mencekak pinggang dengan
tubuh tegak berdiri di hadapan katil.
Imanina mengintai wajah serius Tengku Qalif di sebalik bantal. Dia
tidak sedap hati, dia tahu ‘something’ itu pasti tentang mereka. Kepala
digeleng laju. “Nina tak nak cerai!”
“What?” Tengku Qalif jungkit kening. Pandai pula Imanina meneka apa
yang ada di dalam kepalanya. “Buat apa kau nak hidup dengan aku? Aku takkan
cintakan kau, jadi kau jangan nak buang masa. Jangan nak buang masa kau, dan
jangan nak buang masa aku..”
Imanina campak kasar bantal yang menyembunyikan wajahnya. Dia
bangkit duduk bersandar di kepala katil. Pandangan Tengku Qalif ditentang
berani. “Apa pun yang berlaku, Nina tak nak bercerai. Nina nak jadi isteri
tengku sampai bila-bila. Jadi tengku boleh berhenti sebut pasal ni, okay?”
Bulat mata Tengku Qalif mendengar kata-kata Imanina. Berani betul
perempuan ni sound dia macam tu! “What is wrong with you? Kau gila ke apa? Aku
tak nak perkahwinan ni, aku tak ingin la!” Ucap Tengku Qalif berang. Tangan
naik melurut kasar rambutnya.
Imanina tarik nafas dalam-dalam, cuba bertenang. Bukan dia tidak
tahu sekeras mana hati suaminya sudah ditambak dengan bayangan arwah Liyana,
dia perlu bijak menyusun strategi. Keras tidak harus dilawan dengan keras juga.
“Please tengku. I want this marriage to work..” Tidak sempat menghabis kata, Tengku Qalif
sudah mengangkat tangan menyuruhnya diam.
“Nonsense! Perkahwinan ni takkan berjaya. Aku takde perasaan pada
kau, dan aku tak nak seksa kau lagi, kau faham tak? For god sake, please try to
understand that!” Tuturnya bergetar. “Aku tetap akan tamatkan perkahwinan ni. Kau
boleh bebas cari lelaki lain yang boleh sayangkan kau..”
Kabur pandangan Imanina dengan airmata. Bibir digigit seketika
melawan senak di dada. “No, kita takkan bercerai. Nina dah jumpa lelaki yang
Nina sayang dan cinta, Nina takkan mengalah! Nina sayang dan cintakan suami
Nina, Nina cintakan tengku..”
Tengku Qalif merengus geram. Wajahnya diraup berkali-kali. “Kau
yang cinta dan sukakan aku, tapi aku? Perasaan aku kat dalam ni takde sekelumit
pun untuk kau, Imanina.” Jari menunjuk ke dada sendiri. Di sini bersemayamnya
cinta hati dia, hanya Liyana! Sungguh, dia tidak mahu lagi menyeksa hidup
Imanina begini. Perkahwinan mereka takkan mungkin boleh bahagia.
Imanina menyeka airmata dengan hujung jari. Nafas ditarik
dalam-dalam. Wajah suaminya yang kemerahan dipandang penuh mengharap. “Give me
just a little more time, I know you will fall in love with me..”
“What?” Tengku Qalif mempamer reaksi sinis. “Hati aku, aku lebih
tahulah. In fact, you’re not my type at all!”
Imanina telan semua kata-kata kasar suaminya. Sukar untuk dia
menjelaskan betapa dia turut mengerti hati dan perasaan lelaki itu. Apa Tengku
Qalif pernah rasa, pernah lalui, semua dia tahu. Imanina masih menunjuk reaksi
tenang dan bersahaja. “Please tengku, bagi Nina masa…”
“Fine! You can have all the time you need.” Balas Tengku Qalif geram.
Bosan asyik didesak dan dirayu begitu. “But you want to make me fall for you?
That ridiculous. It’s not gonna be happened!”
Bungkam jiwa Imanina tatkala Tengku Qalif melangkah keluar dari
bilik. Pintu dihempas kuat tanda amarah yang membuak di dada lelaki itu. Turun
naik nafas Imanina melawan perasaan. Perlahan dia merebahkan tubuh ke katil.
Tangan menggapai bantal peluk di sisi dan dibawa rapat ke tubuhnya. Dipeluk
erat bagaikan mahu berkongsi setiap keperitan dan beban kelukaan di hati.
Dan di situ, dia menangis sepuas hatinya. Dah lega nanti, dia yakin
hatinya akan baik-baik sahaja. Jiwanya akan kembali bersemangat untuk mengejar
hati suaminya…
****
Tengku Qalif merenung jam di dashboard keretanya. Sudah pukul 12
malam dan berapa lama dia mahu melangut dalam kereta? Sampai siang? Ah, dia
betul-betul malas mahu naik ke biliknya. Malas mahu bertembung muka dengan
Imanina. Kusut kepalanya!
Walaupun sudah setengah jam dia memarkir kereta di ruang porch
banglo dua tingkat ini, hatinya masih berbelah bahagi untuk keluar dari kereta.
Kalaulah dia tahu begini perasaan yang akan dia rasai, memang dia ajak Amri
berlibur di mana-mana.
Nak masuk ke dalam rumah pun hatinya rasa semacam. Teringat-ingat
perbualannya dengan Imanina pagi tadi. Bukan sebab dia terusik di hati, cuma
dia rasa semakin tidak selesa. Imanina sudah berikrar untuk membuatkan dia
jatuh cinta, mahunya dia tak seram! Entah apa-apa yang mungkin boleh perempuan
itu buat untuk menundukkannya. Tapi dia yakin, Imanina bukan jenis perempuan
yang tergamak membomohkan lelaki sepertinya.
Nafas ditarik panjang. Kenapalah Imanina boleh fanatik sangat
dengan dia, lepas tu mengaku cinta pula. Takkanlah dengan sikapnya yang saban
hari bertekak, bermulut celupar dan sinis boleh membuatkan Imanina jatuh cinta?
Tak logik langsung! Lainlah kalau dia pernah cakap lembut-lembut, bisik
ayat-ayat manja, itu masuk akallah juga. Ah, perempuan… memang banyak ragam!
Entah-entah Imanina kemarukkan hartanya, atau juga jatuh cinta kerana tarikan fizikal
yang dia ada.
Mata mengerling tingkap biliknya di ruang atas. Samar-samar
diterangi lampu tidur. Dia yakin Imanina sudah masuk tidur. Dapat ke Imanina
tidur lena malam ni? Malam semalam selepas kejadian diganggu mat rempit gila
itu, Imanina tidak sedarkan diri sampai ke pagi. Memang tak adalah mengigau
macam hari tu. Malam ni macam mana pulak? Ah, dia sibuk-sibuk nak tahu kenapa??
Lantaklah perempuan tu boleh lena ke tidak, bukan ada kena mengena pun! Omel
hatinya sendiri.
Bibir diketap kuat. Rasa mengantuk yang bergayut di mata membuatkan
dia tidak lagi selesa duduk di dalam kereta. Ditimbang-timbang sesuatu di dalam
kepala sebelum membulatkan keputusan. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga
menghadap Imanina, selama mana dia mahu lari sedangkan ini rumahnya sendiri. .
Akhirnya Tengku Qalif keluar juga dari kereta. Dia terus menapak
masuk ke dalam rumah yang sunyi dan sepi. Kemudian langkah dihala ke tingkat
atas, menuju ke bilik tidurnya. Seketika jari mengeras di tombol pintu. Serba
salah untuk masuk ke dalam.. Ah, kenapa sekarang dia seolah-olah gentarkan
Imanina? Sepatutnya Imanina yang takut dengan dia, bukan dia yang berperasaan
macam ni!
Pintu dikuak juga setelah beberapa minit berdiri bagaikan tiang.
Ruang bilik yang suram memenuhi ruang mata. Dikerling ke arah katil namun
pandangannya gagal mengesan kelibat Imanina. Huh, perempuan tu ikut mak dia
balik ke apa? Spontan bibir mengukir senyuman sinis. Konon tak nak mengalah,
hujung-hujung lari jugak kau kan..
Enggan memeningkan kepala dengan perihal Imanina, baju t-shirt
berkolar di tubuhnya ditanggalkan. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pelik
yang sayup-sayup kedengaran. Kening berkerut. Macam bunyi suara menangis.. tapi
suara siapa?
Segera kepalanya dipalingkan ke arah katil. Samar-samar dia nampak
susuk tubuh Imanina terperuk di sudut bilik, berdekatan dengan katil. Ya
Allah.. perempuan ni buat apa? Dengan rambut panjang mengurai, lepas tu duduk
menangis pulak, berlakon jadi hantu ke apa?
Langkah diatur menghampiri Imanina. Rasa marah mula menghembus
hatinya. Dengan keadaan dia penat macam ni, dia memang tak ada mood nak
berlawan cakap dengan Imanina.
“Kau kenapa?” Tengku Qalif berdiri tegak di sisi Imanina yang duduk
memeluk lutut. Meleleh-leleh airmata di pipi gadis itu. Dalam kesamaran itu,
dia nampak jelas tubuh Imanina menggigil, bibir juga menggeletar. Tengku Qalif
mendengus perlahan. Ni tak lain tak bukan, kes trauma dia la ni! “Bangun, pergi
tidur atas katil.”
Imanina masih kaku tidak berganjak, bagaikan hanyut dalam dunianya
sendiri. Tengku Qalif mula hilang sabar, tangannya bercekak pinggang dengan
pandangan mencerlung ke arah Imanina.
“Kau dengar tak aku suruh ni? Pergi naik tidur atas katil.” Tangan
menarik lengan Imanina namun pantas gadis itu menepisnya. Imanina mengengsot ke
belakang, santak ke dinding. Kepala digelengkan laju, bagaikan menolak
perlakuannnya. Tengku Qalif mengetap bibir. Susah betul la ada manusia perangai
trauma terlebih macam ni! Mahu tidak mahu dia duduk melutut di hadapan Imanina.
Tak dapat dielak, hatinya tersentuh dengan ketakutan yang dialami Imanina. Lagipun,
dia masih rasa bersalah tentang kejadian semalam walaupun dia cuba menidakkan
hakikat itu.
“Imanina, kau nak takut apa? Kita dalam rumahlah, mana ada mat
rempit! Dah, pergi naik tidur atas katil.” Ucapnya dengan nada mendatar. Tidak
menengking, tidak juga terlalu lembut. Airmata yang berjuraian di wajah Imanina
membuatkan dia semakin serba salah. “Kau dengar tak aku cakap ni?” Tangan
mencuit bahu gadis itu, sekali lagi Imanina menepis.
“Jangan.. jangan…” Kepala digelengkan pula.
“Hei.. ni akulah!” Balas Tengku Qalif geram. Apa, muka dia ni ada
macam mat rempit ke? Tangan menarik perlahan dagu Imanina supaya memandangnya. “Kau
tengok sini, ni akulah. Kau nampak ke tak?”
Terkelip-kelip mata Imanina memandangnya. Nafas gadis itu turun
naik, lama pandangan mereka bertatapan. Anehnya, dia tidak pula mengalih
pandang. Membiarkan Imanina hanyut dalam pandangannya.
“Abang…?” Serak suara Imanina.
Tengku Qalif telan liur. Abang? Ah, panggilan itu benar-benar dia
rindui. Panggilan manja Liyana untuknya. Tapi yang menyebutnya kini, bukan
Liyana.. tapi Imanina. Nafas ditarik dalam-dalam. Membuang jauh-jauh rasa yang singgah di hati.
“Abang apa pulak kau ni? Ni akulah, Tengku Qalif.” Jawabnya dengan
menekankan nada pada namanya. “Kau dah sedar? Kalau dah, cepat naik atas katil.
Jangan nak berlakon jadi hantu pulak kat tepi ni, aku nak tidur pun tak senang.”
Arah Tengku Qalif. Dia bangkit berdiri namun pantas Imanina memaut tangannya. Tindakan tidak diduga itu membuatkan dia
kembali terduduk di lantai. Tercengang Tengku Qalif tatkala Imanina menerpa dan
memeluk erat tubuhnya. Hangat pelukan itu membuatkan dia tidak mampu bereaksi menolak.
Tangisan Imanina berlagu pilu di tepi telinga, menerjah jauh sehingga ke lubuk
hatinya. Membuatkan dia dilambung rasa resah. Serba salah.
“Jangan tinggalkan Nina… Nina takut…” Rayu Imanina berkali-kali.
Tengku Qalif terpempan. Mahu menolak tubuh Imanina, dia jadi tidak
sampai hati pula. Apatah lagi gigilan di tubuh itu membayangkan ketakutan yang
tidak terperi. Sudahnya dia membiarkan sahaja Imanina memeluknya erat tanpa
memberi apa-apa balasan…
Jika tempoh hari dia meminjamkan lengan untuk Imanina berlindung, kali
ini diberikan dada dan bahu pula. Ya Allah.. apa semua ni? Selepas ini apa pula
dia akan beri?





60 Baca Laju-Laju:
best n3, pelan2 yer..qalif cair ngan nina.Sib baik x jadi cerai..ni br trauma pertama,dpt dada & bahu.Next kalau lg hebat trauma..Qalif pun lingkup haha!Rupanya Qalif x keje..bila agaknya dia nk mula hidup baru.Nina asik trauma, fashion show mcm mana pulak. TQ acik!
adoi acik...bergetar jiwa raga ni ha........suke time part TQ kejutkan nina tu...die ngigau ke ape ek?
TQ tolonglah ade perasaan sikit.
Acik suka sgt cian Imanina....Cepat2 TQ tu sedar & jatuh centa kat Imanina.... Acik Terbaeekk.... Usma
tq...ada jugak n3 hari ni...best2...
nampaknyer hati tgku qalif mkin tergugat..haha
Hahaha...TQ, TQ.....dah nak cair nampak!!!!!!!!!!!! best100x...acik.
huhu..cayalah acik..mmg bes=)
pergh..acik..terbaeklah..cepatnya acik boleh garapkan plot citer ni dalam masa lunch time..akak tabik dan salute habis lah kat acik..ada ke minah alida tu suapkan acik..gaya manja masa lunch tadi...
Membaca E3 ni..akak dapar rasakan yg TQ ni tak sekeras mana kini berbanding sebelum awal perkawenan mereka..sudah ada rasa yg aneh hinggap diruang rasa..hati dan mindanya pada nina..kenapa akak cakap demikian..sebab dia tak boleh nak ceraikan nina on d spots tapi dia boleh menerima dan mencabar nina yg dia tak akan sekali jatuh suka atau cinta kat minah itu.. dan sekali lagi akak dapat confirmation mengenai perasaannya terhadap nina bila nina memeluknya..dia boleh biarkan dan tidak sampai hati membiarkan nina ketakutan bersendirian..mengharap agar dia boleh accept nina seadanya..dan jgnlah membiarkan dirinya terlalu ego kerana yg susah nanti dirinya juga..apa yg akak nak nasihat kat mamat sengal tu..just go with the flow..
best
hehehehhe best... boleh la saya senyum.. u r da best la acik...
haha... pasni bagi la seluruh jiwa dan raga utk nina la abang TQ. xkan tu pun nak kena ajar... haha. Nasib baik nina dlm keadaan trauma, klau tak, kompem kena gelak guling2 ngn nina...
dasyatnya acik ni...
apa2 pon..TERBAEKKKKKKKKKKKKK!!!haha~
nak lagi.....as soon as possible...
makin menarik..bila la agaknya TQ tu nak jatuh dalam gaung hati imanina tu ye...haish!!!
Amri....sila2lah buat TQ ni cemburu...
acik, n3 kali ni best la... tengku qalif mesti dah jatuh cinta dgn nina tu tanpa dia sedar...
Tq acik...best..best tak lama lagi cairlah qalif tu he..he..Nina chaiyok..
ape la TQ ni kalo nak cerai, lafazkan je la, bukannye dia perempuan , entah2 dia sendiri takut nak cakap cerai kot,hehe pe2 pun best la acik! thumbs up for acik hikhik
wow marbeles ler acik. TQ dah goyah. baru TQ tau penangan cinta NIna. Bikin TQ ketar lutut sket Acik..haha..
TQ laling apa sudah jadi.. sayap sudah patah ka??? hati sudah mau goyang ka TQ.. *__*
Acik mmg the best..n3 u yg cukup pjg dan i boleh rasa dia pya debaran jln cite.. keep it up untk next n3. lebiu acik.
_-Rani-
kak ida, freya pun rasa macam yng kak ida rasa.
lagipun TQ yang asal seorang yang loving kan? cuma sikap yg itu tertanam jauhhh dalam hati. harap2 nina dapat gali keluarkan semula sikap loving dia tu.
heheh..lepas ni tengku Q bagi hati lah pulakkk kan?
thank u acik for the n3. :)
mmg terbaaek sgt n3 ni acik.. TQ..TQ.. siapla TQ pas ni..
Acik kasi Nina peluk TQ kuat2 k biar TQ sesak nafas dgn pelukan cinta Nina.. hehe
=Pelangi=
acik... pengsan baca n3 nih..OMG! acik mmg terer le buat jiwa pembaca porak peranda..
Nina sbar byk2 ye.. abg TQ dah goyah dah tu.. pelan2 kayuh dek yea..
-Suhana-
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
hehe..terbaeekk!!n3 ni mmg bez..TQ ni dlm baran2 dia lembut tu still ada..so sweet=)tq acik
sangat best part nie acik!!!.... cepat2 sambung part 16 k :)
-hmj-
ko mmg amaze ler acik.. dup..dap...dup..dap.. rase cam nak pecah dade..haha..
pas ni apa plak le si TQ ni nak buat..
next n3 plezzzz acik...plezz..
sian ngan Nina.... sian jugak ngan TQ....
Nina... sesungguhnya sangat sukar utk mengubah hati TQ utk menyukai dan mencintai dirinya sedangkan dalam hati TQ ada org lain yg begitu dicintainya...
TQ.... terlalu mencintai Liyana sehingga sukar menerima takdir Ilahi... bahkan rasa hati terlalu perit sekali kerana terpaksa berperang ngan diri sendiri utk mengekalkan rasa cintanya pada Liyana dan dlm masa yg sama hati mula terkesan dgn kehadiran Nina dlm hidupnya...
selepas ni bagilah seluruh jiwa dan raga pulak... beri kasih dan sayang... sure ilang trauma Nima tu... hehehehehee... abis la TQ. sekuat2 dan segagah2 lalki tetap kalah dgn wanita... lbih2 lg kalau wanita tu isteri dia.. mana tau kaaannn....
Acik tq... best entry ni... tau ko takut dgn Nina ye TQ... hehehehehehee..
acik lalink.....tqvm 4 dis n3, much appreciated. akak pulak yg trauma baca n3 ni.
VIVA FOREVER....hmm, lagu spice girls.....
viva forever I'll be waiting, everlasting like d sun - si Nina
live forever for d moment ever searching for d one - si TQ, cari pengganti liyana....tp cari ke??
*standing ovation*
entry ni comel dan buatkan saya tersenyum. thank you! ^^
wah...hari ni TQ baik2 aje kan Acik,walaupun. aa la jugak angin kus kus dia he2.....Tqius for the n3, awal lak hari...SAYANG ACIK..:))
TQ..ooo abg TQ.. pinjam kan saya lengan bahu and dada abg TQ bole..
acik..ko ni mmg best sgt la...
lepas ni mesti qalif bagi hati dia pulak kat nina..hehe.. tp bila di fikir2 balik kesian kat dorang berdua..dua2 jiwa terdera..huhu..apa2 pun tq acik..entri dr acik mmg x penah mengecewakan ^^
Ohh Qalif! Jangan lah garang sangat lepas ni. Acikk, biarlah Qalif bagi hati dia pulak lepas ni. Pleaseee! :DD
wa..bezla acik,mmg mantop meletup la..dh xsbr nk tggu jtuh cnta n nia nk wat ap kt tq..tq acik..
[Susah betul la ada manusia trauma terlebih macam ni! ]hehehe.. ko TQ n Nina dah sama sekarang ni.. Kita org readers pun hari2 trauma dgn dgn acik Lana..takut klo weekdays tak de entry.. hehehe .TQ acik!! we like it!!= mak Mal
best n3 kali ni..lepas ni tengku bagi hati dia dkt nina kot.. :)
Sian kat nina...TQ jangan duk tunjuk lagak sangat, karang dah terjatuh hati kat nina baru tau!!!.. Merasala macam mana nina rasa bila nina dah jauh hati nanti...
*acik, sampaikan pesan pada TQ,"jgn duk kedekut sgt nk bagi bahu + dada kat nina, satu hari nati ko yg kemaruk nak peluk dia hari2.."
mmg superb la acikk...Luv u so strong!!x!hehe
beri kasih sayang la pulak TQ ooiii, lagi mau tanya, belasah kang mamat ni...
mmg salute dgn Nina ni, determine habis nk dptkan cinta suaminya.. fuh fuh fuh mesti berjaya punya....
tq acik yea, semlm mlm ada n3, tengahari ada lagi, best!!!
best sgt entry kali ni...x sbr tggu next entry...
huks..huks..huks...tacink la acik...
lepas ni pasti hati la jawapnya TQ ooiii...:)
i liked!
asik sangat membaca n3..
tgk2 dah habis le...
adooiii....
sila sambung lagi yek cik aciklana..
heeeee...
sy pun mengigil2 dok taip komen ni acik...sape nk tolong peluk ni...ayat mintak jentik cket kasi sedar...ekeke....sumbung beno si TQ tu yea...heshhh org tgh trauma tu,bg la support cket...
hohoho..penat marathon PCBS ni..akhirnye slesai!!byk tertinggal..sudah byk kemajuan rpenye mereka berdue ni..hehe
be strong nina,byk lg dugaan di mse dpn nnt..huhu
go acik! ^^
adeh!blh lupa plk. nina2...
lawak dlm situasi serius la acik ni.haha sempat tu wat lawak(Berkungfu, viva forever).
haha adei qalif, seram gan pompuan. adeh.hehe pasni confirm betul2 lembut hati. suka2.thanks5x.
acik best yang teramat2 sangat...
hehe..thanx acik!
Best.Nmpknya Tgku Qalif dh bleh trima nina slow2.
-Ana-
Acik kasi lah diaorg ni pisah seminggu dua..kasi TQ rindu-rinduan kat Nina..
ala tengku buat2 tanye, nti bg kasih n sayang le...hehe
haishh.. sian nina! bertimbang rasa la sket tengku oiiii
Aduh...aduh...aduh...copot jantungku..bila la hati beku si TQ ni nak cair ni...Nina teruk punya trauma pun...tak kesian ke?...lengan dah kasi pinjam...bahu dan dada pn dh kasi pinjam acik...lepas ni bagi TQ pinjamkan hati dia buat selamanya pada nina ye....
-Umi Anis-
best best best!!
Aiyark!!!
TQ dah nak jatuh tgolek2 dah tu.. skit jer lagi Nina.. jgn give up k.. we all support Nina...
Aciklana tq 4 dis N3.. mmg best sgt2.. lots of luv to acik.
best gilerla citeni..kalo jadi novel,mesti laku punye -D
go go go nina! pasti TQ jatuh cinta akhirnya..
Hai la qalif..ko jgn sampi nina plak yg jual mahal nnt..ha masa tu br tau langit tgg rendah..sikit2 liyana, sikit2 liyana. tahu la dia fisrt love tp tu kan kenangan..ni realiti ni si nina...aduh terlebih emo plak..
Post a Comment