Followers

Bab 16 : Pelangi Cinta Buat Suami...




Pagi ini lebih ceria dari sebelumnya. Imanina mengukir senyuman lebar. Terjaga dari tidur awal pagi tadi, hati berbunga mekar tatkala memandang seraut wajah yang lena di hadapan matanya. Jika sebelum ini dia membuka mata dengan memandang belakang tubuh Tengku Qalif, namun pagi ini lelaki itu tidur dengan menghadap wajahnya. Tenang beradu dalam lena yang panjang.

Makin berseri senyum di bibir terkenangkan kejadian lewat malamsemalam. Dia yang diserang ketakutan, berlindung di dalam pelukan hangat suaminya. Lama juga mereka duduk di tepi dinding itu, sampai dia tertidur. Sedar-sedar pagi ini, tubuhnya sudah selesa di atas katil. Dia tak pasti pula dia bangun berjalan sendiri naik ke katil, ataupun Tengku Qalif dukung dia ke situ. Dukung?  Aduh, berdebar-debar pula jantungnya. Rasa nak terbakar muka, malu!

Imanina yang sedang mengemas katil, mengalih pandang ke arah Tengku Qalif yang sedang tekun menghadap laptop di meja belajar. Awal lelaki itu bangun pagi ini, tapi tak adalah seawal dia. Dia pagi-pagi lagi sudah bangun bersolat, kemudian turun pula ke dapur membantu bibik dan mama menyediakan sarapan. Walaupun mama dan bibik menegah dia sibuk-sibuk di dapur, dia buat  pekak telinga. Lagipun bukan kronik sangat penyakit dia, itu penyakit malas yang lebih sebenarnya.

Selesai mengemas katil, Imanina bergerak pula ke arah bilik air. Bakul pakaian kotor yang sudah hampir penuh itu perlu dihantar ke bawah. Nanti senang bibik nak asing dan basuh baju-baju itu. Dia bukan tak boleh nak basuh sendiri, memang boleh sangat. Cuma hari ini dia akan sibuk di kolej. Semalam langsung dia tak ke kolej, memang tak terusik kerja-kerjanya yang tertangguh.  Jadi dia bercadang untuk berusaha gigih hari ini, tak boleh buang masa walau sedikit pun.

Tangan membelek satu persatu baju yang berada di dalam bakul berwarna putih itu. Baju-baju Tengku Qalif diasingkan ke dalam bakul yang lebih kecil. Bajunya pula dibiarkan di dalam bakul sederhana besar tadi, cuma diasingkan baju-baju berwarna putih. Manalah tahu ada baju-bajunya yang berwarna itu boleh luntur pula.
Terpandangkan baju kotor yang disarungnya ketika menjadi mangsa gangguan mat-mat rempit tempohari, bibir diketap kuat. Ada rasa ngeri menyapa hati. Matanya menangkap kesan koyak di bahagian bahu baju, mungkin kerana ditarik oleh penyangak-penyangak bodoh itu. Kepala digelengkan sendiri, cuba mengusir bayangan kelam dari fikirannya. Nanti kalau dia lemah semangat, memang tak sampai dia ke kolej hari ni!

Lama dia merenung baju itu, terfikir-fikirkan sesuatu. Seingatnya dia bangun tidur pagi semalam, dia dah elok bersarung baju bersih. Jadi siapa tukarkan baju dia? Mama? Ummi? Atau bibik? Tapi kalau ummi, tak logik pulak. Sebab ummi kata ummi datang sejurus sebelum dia tersedar semalam. Habis tu, mama? Kalau mama atau bibik, mestilah baju ni diaorang dah bawak turun ke dapur. Tak adanya nak campak pulak dalam bakul ni.
Kening berkerut-kerut, masih giat berfikir. Entah bagaimana terpacul satu nama di kepala, Tengku Qalif! Spontan mata menyorot cemas ke arah lelaki itu. Tengku Qalif tukarkan baju dia? Logik ke tak? Tapi kalau difikirkan, ada kemungkinan juga. Iyalah, lelaki itu yang bawak dia balik malam tu. Mama dan bibik dah tentu-tentu jenis tidur awal. Mama sendiri mengaku yang pagi-pagi semalam baru suaminya memberitahu apa yang berlaku. Maknanya malam tu mama memang tak tahu menahu langsung!

Liur ditelan terasa kesat. Kepala ligat berfikir apa yang sudah dilihat oleh Tengku Qalif. Ah, tapi belum tentu lagi Tengku Qalif yang tukarkan baju dia, entah-entah dia tukar sendiri! Tapi macam tak teringat pulak dia ada berjalan ke almari, pilih baju dan sarung ke badan.. Sahih! Dia memang tak salin sendiri.
“Kau kenapa?” Soal Tengku Qalif sedikit kuat. Hairan melihat Imanina yang berdiri tegak di tepi bakul sambil memandang ke arahnya. Kalau setakat pandang tak apa lagi, ini siap bulat-bulat mata, lepas tu gigit-gigit bibir pulak. Entah apa penyakitlah perempuan ni, pelik-pelik perangainya!

Imanina tersengih payau. Jiwanya masih tidak tenteram memikirkan persoalan tadi. Tertanya-tanya siapa yang salinkan baju dia. Tapi kalau pun Tengku Qalif yang tolong tukarkan, bukan berdosa pun. Lelaki itu kan suaminya. Memanglah suami, tapi tetap malu okay! Ah, warna apa dia pakai malam tu ya? Janganlah yang ada gambar kartun-kartun tu! Sempat kepalanya melencong ke lain.
“Err.. Tengku, Nina nak tanya sikit…” Bibir diketap serba salah. Wajah lelaki itu bersahaja, langsung tidak memandang ke arahnya. Masih leka menghadap laptop penuh minat. “Nina nak tanya.. err, siapa tukarkan baju Nina malam tu?”

Tengku Qalif mengangkat muka memandang sekilas ke wajah Imanina. Pandangan jatuh semula ke dada laptopnya. “Aku. Why?”
Pap! Baju di tangan Imanina terlucut ke lantai. Berderau darahnya dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Ah, yang nak mati dia ni sebenarnya. Rasa tercekik pernafasan! “Te.. tengku?”
“Habis tu, kau nak aku biar aje kau naik katil aku dengan baju kotor kau tu?” Soal Tengku Qalif sinis. Matanya mengerling ke arah Imanina, merah padam wajah gadis itu. “Why? Kau malu? Aku ingatkan kau tak kisah…”

Imanina gigit bibir. Geram dengan kata-kata Tengku Qalif. Cara bercakap tu macam suspect dia ini dah biasa tayang-tayang body dekat kaum lelaki. Baju yang terjelepuk di lantai dicapai, hatinya cuba bereaksi tenang. Mana boleh tunjuk menggelabah, nanti lagi naik tocanglah si Tengku ni!
“Hmm.. nevermind, bukan orang lain yang tengok, suami Nina jugak kan.” Ucapnya selamba.

Tengku Qalif mencebik kecil. “Kau jangan risau, aku takde ambik kesempatan pun. Jadi jangan nak feeling  lebih-lebih pulak. I’ve told you before, kau tak pakai apa-apa pun aku takkan tergoda. So peganglah cakap aku tu..” Ego pula ditayang kepada Imanina. Merah padam wajah gadis itu menanggung geram.

Tengku Qalif buat muka selamba. Demi Tuhan, bukan mudah perbuatan itu sebenarnya. Hampir semput nafas dia dalam usaha menukarkan pakaian Imanina. Berkeluh kesah sampaikan dia terpaksa mengambil masa hampir sejam. Duduk berfikir saja dah dekat setengah jam, nak sentuh Imanina lagilah ambik masa.
Bukan dia sengaja nak menggatal, niatnya lurus semata-mata mahu membantu. Tapi iyalah, fitrahnya sebagai lelaki normal pasti timbul perasaan semacam. Lebih-lebih lelaki sepertinya, yang pernah punya pengalaman indah bersama wanita bergelar isteri. Sedikit sebanyak bergetar juga rasa yang satu itu. 
Mujurlah dia masih mampu mengawal sebaiknya, tidak terlajak di mana-mana. Lagipun dia berpegang teguh pada prinsipnya untuk kekal menjadi milik mutlak arwah Liyana. Kenyataannya hubungan ini tidak akan kekal lama, dia tidak mahu buat yang bukan-bukan. Kalau dah tercuit nanti, dah tak boleh guna prinsip ‘pulang secara baik’ lagi sebab dah ada yang ‘terluak’.

Sakit hati Imanina mendengar kata-kata penuh yakin dari Tengku Qalif. Betul ke tak tergoda? Baru bukak tudung dah menggelabah tak tentu hala, lagi pulak kalau bukak baju. Baguslah, pandai nak tunjuk ego dia. Gerutunya di dalam hati. Enggan melayan rasa geram di dada, bakul dicapai kasar. Kalau melayan gaduh, petang karang baru selesai.

“So funny…”
Langkah Imanina yang hampir keluar dari muka pintu terhenti tatkala mendengar kata-kata sinis suaminya. Segera dia berpaling mencari wajah Tengku Qalif. Lelaki itu masih memandang laptop dengan wajah tenang.
So funny? Dia bercakap dengan aku ke? Atau dia bercakap pasal apa yang dia tengok kat laptop tu? Imanina keliru. Dan saat pandangan Tengku Qalif hinggap di matanya, dia yakin ayat itu ditujukan kepadanya. Kening dijungkit tanda bertanya maksud kata-kata lelaki itu.

“Kau dah dua puluh lima tahun Imanina, what on earth made you wear that kind of ‘thing’?” Tengku Qalif memeluk tubuh sambil bersandar ke kerusi. Muka ingin tahu sengaja ditayangkan kepada Imanina. Bulat mata gadis itu memandangnya. Kulit wajah Imanina juga sudah berubah warna kemerahan. Begitu jelas di matanya.

Imanina ketap bibir. Sah! Mesti Tengku Qalif maksudkan corak kartun-kartun tu! Ya Allah… kalau dia tahu semua tu akan berlaku, memang dia takkan pakai yang itu! Dia akan pakai yang terbaik untuk tatapan suaminya, biar ego lelaki itu hancur lebur.
Sungguh, dia tidak tahu mana mahu disorok muka yang semakin kebas dan tebal ini. Imanina merengus geram sebelum melangkah pantas keluar dari bilik. Dia mahu menyorok di dalam bilik air di tingkat bawah!

Tengku Qalif tergelak kecil seraya menggelengkan kepala. Lucu. Memang lucu melihat reaksi Imanina. Nampak bukan main berani nak menggoda dia sebelum ini, padahal kecut perut! Kepala digeleng dengan senyuman masih meleret di bibir. Terbayang-bayang corak kartun itu di ruang mata. Tak adalah buruk sebenarnya… comel sangat adalah.





*******************





“Cantiknya Nina!” Serentak Siti dan Kaira memuji.
Imanina yang menayangkan dress labuh di tangan kanan tersengih lebar. Mestilah cantik, dia buat rekaan ini dengan sepenuh perasaan. Nak melakar pun ambik masa bukan main lama lagi. “Cantik kan? So, dah yakin dengan talent aku?” Kening diangkat-angkat tanda mengusik.

“Mengada! Kau memang dari dulu berbakat kut, merendah diri konon!” Siti mencebik. Tangannya yang sedikit montel itu membelek-belek dress labuh berwarna putih di tangan Imanina. Memang cantik dan kemas rekaan sahabatnya ini. Tidak mustahillah rekaan Imanina sering mendapat pujian pensyarah-pensyarah mereka, siap ada yang menempah baju dengan Imanina. Hebat tak hebatlah kan, belum grad dah dapat tempahan baju.

“Ada masa pulak kau menjahit ni, laki kau tak bising ke? Iyalah, orang dah ada laki ni kenalah layan laki, bukan layan mesin jahit.” Ujar Kaira dengan gelak besarnya, Siti ikut sama tergelak. Gembira benar dapat menyakat Imanina.
Imanina mengerling kedua sahabatnya.  “Nak marah kenapa? Aku jahit dekat sinilah, bukan buat bising dekat rumah pun..”

“Haaa… sebab jahit dekat sinilah kau dapat berkenalan abang-abang mat rempit tu kelmarin. Eloklah tu, nasib baik laki kau sempat selamatkan kau tau. Kalau tidak, tak tahulah apa nasib kawan aku ni.” Balas Siti seraya menggelengkan kepala.
Ngeri mendengar cerita Imanina. Dan selepas insiden itu, pihak kolej mereka segera mengambil tindakan untuk menangani kejadian seperti itu berulang lagi. Sekarang sudah didirikan  sebuah pondok polis di kawasan itu, selamat sikitlah rasanya.

“Manalah aku nak tahu benda tu nak jadi, takutnya  kalau aku ingat-ingat balik.” Imanina mengangkat bahu seraya menggeleng laju. Rasa takut untuk menyelak semula kisah pahit yang berlaku dalam hidupnya itu.
“Lain kali hati-hati, jangan ikut hati kering kau tu aje. Nak stayback kat workshop pun bukan nak ajak kitaorang, kan dah menyusahkan diri sendiri.” Tokok Kaira pula.

Imanina tergelak kecil. Baju yang dipamerkan kepada Siti dan Kaira tadi disimpan semula ke dalam beg khas. Satu rekaannya sudah selesai, tinggal dua rekaan lagi menanti sentuhannya.
“Tadi laki kau hantar ye?” Siti kembali ke meja kerjanya untuk menyudahkan tugas menggunting kain satin yang telah siap diukur.
“Hmm.. taklah, driver ayah mertua aku hantar.” Balas Imanina bersahaja. Duduk dilabuhkan di atas kerusi bar yang diperbuat daripada kayu. Kain-kain yang berlonggok di atas meja kerjanya dibelek-belek malas. Hilang mood tatkala teringatkan perangai suaminya tadi. Mintak tolong hantar ke kolej pun liat, macamlah jauh sangat!

“Untunglah, dah pakai driver pulak sekarang.” Usik Kaira dengan sengihan lebar di wajah. “Kau okay tak dengan laki kau tu Nina? Iyalah, kau kan kenal tak lama sangat dengan dia, terus ajak kahwin. Lagipun kalau teringat kes dia lari masa majlis kahwin kau tu, aku rasa semacam pulak.”

Imanina tersenyum pahit. Wajah Kaira yang sedang membelek buku lakaran enggan ditentang, takut ternampak bias-bias pembohongannya. “Aku okay aje dengan dia.. biasalah, baru-baru kahwin ni kena ambik masa nak cari chemistry kan? Rumahtangga mana tak dilanda badai, ye tak?” Balasnya dengan senyuman dibuat-buat. 
Kalaulah sahabatnya ini tahu yang kehidupan dia dan Tengku Qalif tak ubah bagaikan anjing dengan kucing, pasti mereka terkejut. Tak perlulah nak singkap rahsia rumahtangganya kepada orang luar, pandai-pandailah dia selesaikan nanti.

“Kata nak pergi honeymoon?” Tanya Siti pula.
“Itulah, sebab sekarang busy sangat.. aku takut tak sempat siap aje kerja kita ni.” Balas Imanina serba salah. Ikutkan hati, memang dia nak heret Tengku Qalif pergi bercuti. Biar cepat sikit misinya tercapai.
“Alah, kau punya design tinggal dua lagi kan? Tak banyak dah tu. Hal lain-lain, biar kitaorang settlekan. Kau siapkan bahagian kau aje..” Balas Kaira bersungguh-sungguh. Kasihan Imanina, orang lain lepas berkahwin sibuk ke sana sini berbulan madu, tapi Imanina sibuk bergelumang dengan kain dan benang.

“Serius? Korang tak kisah ke?” Imanina pandang wajah Kaira dan Siti bersilih ganti.
“Tak kisah… kau pergilah enjoy dulu dengan laki kau tu.”
Lebar senyuman di bibir Imanina. Wah, ini sudah baik. Boleh dia beritahu mama nanti, biar mama cadangkan tempat-tempat menarik untuk dia pergi bercuti bersama suaminya. Lagipun mama dah kata nak sponsor, lapang sikit nafasnya. Duit yang dia ada boleh juga buat duit shopping sakan!

“Haaa…. But but but..” Siti menggoyangkan jari telunjuknya persis mahu memberi pesanan. Imanina mengerutkan kening tanda tidak faham. “But with one condition. Kau kena cari male model untuk pakaian rekaan kita ni dulu. Bila dah confirm semua, baru kau boleh pergi bercuti dengan aman.”
“Alaaa…” Imanina mengeluh dengan bibir dimuncungkan. “Mana aku nak cari? Kau pun tahu kan budak-budak lelaki kolej ni mana aku kenal sangat. Malaslah…”

“Bukan kau tak kenal, kau yang tak nak kenal. Padahal mamat-mamat tu punyalah duk terkejarkan kau dulu..” Kaira membalas dengan gelak kecilnya.
Imanina mencebik. Memanglah, lelaki-lelaki itu kenal dia, tapi dia bukannya kenal diaorang. Ah, susahnya task si Siti ni bagi pada dia. Celah mana nak cari kalau bukan ‘pria-pria’ hangat dekat kolej ni untuk dikerah bercatwalk atas runway. Model dari luar? Manalah ada bajet nak bayar upah mahal-mahal tu.
“Susah-susah kau suruh ajelah abang Amri dengan laki kau jadi model kita, habis cerita!”

Bulat mata Imanina mendengar cadangan Siti. Kalau disuruh memujuk Amri supaya menjadi model, dia lalu lagi. Tapi kalau nak pujuk Tengku Qalif? Wah, itu memerlukan ketebalan telinga yang tinggi tu. Mahu berbakul-bakul lelaki itu memaki hamunnya. Suruh jadi model konon, nak sangatlah lelaki murung tu jadi model. Memang taklah kot!
“Ha’ah Nina. Laki kau tu kan handsome terlampau, abang Amri pun boleh tahan kacaknya, sesuai sangatlah diaorang tu. Aku rasa memang gamat runway tu nanti.” Kaira ikut sama menyokong. Imanina menggeleng laju, tangan ikut sama digoyang-goyangkan tanda tidak bersetuju.
“No, tak boleh! Aku tak nak tayang-tayang laki aku macam tu okay..”

“Amboi, gila kedekut. Orang pandang aje pun, luak ke?” Soal Siti dengan nada mengusik.
“Tak maulah.. nanti aku fikirkan macam mana..” Balas Imanina bersungguh-sungguh. Eloklah idea itu dimatikan sekarang juga. Nanti kalau tahu dek Tengku Qalif, memang masak dia kena tikam dengan kata-kata tajam lelaki itu.
“Abang Amri?” Kaira masih mencuba.
“Hmm… yang tu aku tak tahulah, kena tanya dia dulu.” Imanina tersengih. Agaknya si Kaira ni dah syok dengan Amri pulak kut. Dari hari tu asyik tanya pasal Amri aje, tapi sesuailah pulak diaorang tu berdua. Sama cantik, sama kacak, memang macam pinang dibelah dua.

Perbualan mereka terhenti, diganggu dengan bunyi SMS dari telefon bimbit Imanina. Imanina segera menyelongkar beg galasnya, telefon bimbit dicapai dan dibelek-belek seketika. Bulat matanya menatap sebaris nama itu.
SMS dari Tengku Qalif?? Aduh, macam nak pengsan. Tak pernah-pernah lelaki itu mengirimkan mesej untuknya. Penuh teruja dia membuka kotak mesej itu. Hati pula mula berdebar-debar tidak menentu.


Org workshop dah hantar kereta kau depan kolej. Kunci dekat pondok guard. Balik sendiri, dan jangan nak call mama suruh aku ambik pulak. Jgn menyusahkan aku lagi, so pandai-pandai balik awal.


Hek eleh mamat ni… bibir diketap geram. Itu aje mesejnya? Kurang asam! Nampak sangat malas nak jemput dia nanti. Yang orang bengkel pun, kenapa cepat sangat repair kereta dia? Kalau tidak boleh juga dia pujuk-pujuk mama suruh Tengku Qalif menjemputnya. Nampaknya lelaki itu lebih pantas mencipta helah untuk mengelak. Ligat jari jemarinya menaip balasan mesej.


Tak balik. Malam ni saya tidur rumah kawan.. boleh?


Entah kenapa mesej itu pula yang dia taip kepada Tengku Qalif. Bajet nak tayang mogoklah, macamlah lelaki itu kisah! Jauh sekali nak datang memujuk suruh dia balik. Imanina leka menanti balasan dari sana. Pandangan matanya dibuang ke arah Siti dan Kaira yang masih sibuk menyiapkan rekaan baju mereka. Selang beberapa minit, mesejnya berbalas. Sekali lagi dadanya dilanda debaran menggila. Kecut perut mahu melihat reaksi Tengku Qalif. Marah mungkin?


Sukahati kaulah.


Erkk! Imanina menggigit bibir. Memang tak peduli langsung pasal isteri sendiri! Iyalah, siapalah dia ni… kalau tak ada depan mata, lagi lelaki itu suka agaknya. Ah, dah cakap tak nak balik, kalau dia balik malam nanti mesti Tengku Qalif keluar ayat perli-perli. Jawabnya balik rumah ummilah malam ni. Bagus juga, boleh dia sambung menjahit di rumah ummi nanti. Di rumah mama, tak ada mesin jahit untuk dia gunakan.

Enggan membuang masa, Imanina segera menyimpan telefon bimbit ke dalam beg galasnya. Tangan mencapai gunting di atas meja sebelum nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejamkan seketika. Wajah Tengku Qalif yang sering hadir di fikiran, cepat-cepat disorok di celah hati. Tidak mahu ada bayang lelaki itu muncul dan mengganggu fokusnya.

Dia perlu berusaha menyiapkan kerjanya seperti dirancang. Cepat siap, cepat juga dia boleh pergi berbulan madu bersama Tengku Qalif. Ah, terkenangkan itu hatinya disapa rasa resah. Macam mana nak pujuk Tengku Qalif untuk bungkus kain baju dan ikut dia pergi bercuti? Hmm.. bukan tugas yang mudah tu, sangat susah! Dan seperti biasa… Imanina tak mungkin akan mengalah!



43 Baca Laju-Laju:

sEha said...

ok la ni acik..... so sweettt !! hahahaha...kartun2....

Sal said...

Amri jadi model!suka..Acik, buat la Nina join skali..jln sama2 kat runway..gamat la nnt!
Qalif dh pandai usik Nina walaupun sinis..ok, ada perubahan positip.Satu psg ke karton2 ni..cumil sgt

Tq sbb menaip time cuti!

Sal said...

acik..lupa nk ckp
tringat scene dlm "stairway to heaven"..Joddi & cholo kat runway..so cool & suwitt!

freya said...

dia dah mula ketawa kecil tu... hihihih

Tie Tinie said...

go nina... go nina.. go nina..
heret je Qalif g honeymood...
pastu goda habis2an ye... hahahhaha...
tq acik...

yuyu said...

Sokong ngan sal.. Biar nina ngan amri naik runaway sesama kasi TQ jeless. Owhh kasi nina lama skit kat umah umi..

yuyunesidara.blogspot.com said...

hati batu

cikgu lizz said...

hensem la TQ senyummmm...tergode i...alamakkk..next n3 minggu depan la kan??..lame nyerrrr...

Ina Ania said...

ala ~ rase cam pendek lah . nty kasi pnjng2 skit yea . nak bgi felling lebih skit . haha

pnut said...

keras btul hati TQ nie...
acik, bile nk bg TQ jeles ngan Nina ni??

Anonymous said...

bilalah nak tergoda ni acik....dah tak larat dah......kebal semacam....hehe....

wawa_dlova said...

thanks acik 4 thiz n3... best!! smpai ulang 2x saya bace..(hehe)
all the best for next n3 ye....chayok acik!!

^___^

kaira_syuma said...

berdebar2 nak baca n3 ni...mmg best la..tahniah ye...

anna cumil said...

moga cepat sembuh acik...tersekat2 bace entry ni...sengal punye TQ...hikhik...hahaha

Travel&Food Lovers said...

acik...

terbaek!!!!!!!!!!terima aksih byk2 acik...padan muka TQ...konon xtergugat...mau mimpi pelik2 pulak nnt...ops..terlebih sudah...

Rohaida Rahman said...

dua matlamat, model & bungkus baju, hmmm you can do it Nina, NINA BOLEH!!!
alaaa TQ tu luar jer jengkel, dlm hati ada taman..
kasi tanam benih2 cinta grade A, mesti tumbuh cantik kembang setaman nanti, percayalahhhhhhhh.....

mama said...

kartun????wahahahaha...

malu yg amattttt wehhhhhhhhhhhh...

TQ tersenyum!!!satu perubahan positip tuuuuuu...

next n3 plis!!!!

adoyaiiii..enggak sabar ni mau tahu...

ulat gonggok said...

wah3x TQ, keras betol hati ko en... takpe nina, sabar, sabar n sbar.. Nti mesti dapat jugak hasilnya walaupun sikit..hehe
Aku tau ko da tergoda ngan nina walaupon dia pakai kartu2n..hati konkrit+ego ko xnak ngaku je..

Acikk...mesti esok n lusa pn sy akan singgah blog ni jugak bace kisah dyeorg nie..
Cepat2lah buat TQ jeles, x sabar nk tau..Bru dia rasa..hehe..Tqsm acikk..luv u alot!!!x!muah3x

m said...

seorang je lag. tak payah qalif jadi modal. amri je dah cukup. kasi jealous sikit! hehe

ain79 said...

brani la gak TQ slin bj 2,klo amri n TQ jdi mdel mmg rmai la org kt runway 2..hehehehehe...

ayeen amer said...

Aiyyyaa..cair tgk gamba lucas.hensem sesangatttt

Hhihi berapa kali refresh bru ada n3 baru.tq acik

Kathy Tuah said...

corak kartun2..kehkehkeh..

zuzu said...

wuuuuuuuaaaahhhhhh~~~..nak entry lagii acik..T.T
tak sabar nak tunggu tym diorang honeymoon..

hehe..btw thanks acik!

haifa said...

muchas gracias acik....gigih jugak menaip even tho mc, get well soon ok!
amboi2 TQ, x tergoda ye....podah la, smpi 1 jam tu apa??

Dira said...

best novel nya kak acik lana.
hope model nya tq la spadan ngn nina...

Anonymous said...

Best nk lagi acik.Karya acik mmg x mghampakn.
-Ana-

sweety said...

u a great acik..thumb up 4 u...

Anonymous said...

geram betul dengan acik ni...sebab novel you takda satu pun yg tak best...tak tau nak cakap apa dah...speechless dah ni...apa2 pun thumbs up untuk acik...by the way...kartun..hahahahaa..so funny...



-Umi Anis-

Anonymous said...

acik,

mmg best la cik nye citer. i baru sminggu baca blog u... sumer best. i suke sebab setiap episod dlmciter u esp (pcbs and shc; sbb baru baca dua nie selain abm) sumer chapter menarik. takde chapter yg x menarik :)

i suke chapter 16 ne sbb x sangka yg tgku qalif akan buka baju nina. tkezut i u..hehehe i loike...lg2 time dia perli so funny tu huhuhuhu

-hmj-

mizz acu said...

erkss.. hahahaha.. notti jugak t.qalif nih.. :)

Anonymous said...

adeiiiii... x sabar tunggu next n3... huhuhuhu

Anonymous said...

hahaha. acik, Nina and TQ sama2 buat lawak...kartun2..wlopun penuh benci,sikap penyayang TQ dah mula tumbuh kembali...= mak Mal

idA said...

pergh..tak sangka..speechless..mamat tu tukaq baju minah tu..wah..mmg sengal lah mamat tu..konon cakap kat minah tu tak teruja..pandai pulak ek..dia tukaq untuk yg kecik sekali tu..akak rasa mamat tu mesti akan terbayang bayang wajah minah poyo tu bila berseorangan dirumah..akak jamin baru mamat tu perasan yg minah tu telah mengambil sedikit ruang didalam hati dan apatah lagi diruang minda nya..dia akan berasa resah bila minah tu tak ada didepan matanya dan yg menghairankannya..mungkin bayangan wajah liyana semakin pudar dari benak mindanya..peliks untuk mamat sengal tu untuk menerima hakikatnya tapi itulah kebenarannya..mungkin kah itu akan berlaku ..acik..terlebih sudah..exxpectation akak..jgn marah ek)
bagus juga ek kan kata one of yr die hard fan..amri dan nina berjalan diatas runaway..dan TQ mengigit bibir..geram..kerana ada lontaran jahat dari kalangan mereka yg menyaksikan peragaan fesyen menyatakan mereka mmg secocok jadi pasangan kekasih..mesti best kan..wat say U acik..

dewdrop said...

never give up!! ^^

Nurfelisya said...

nina ni lawak gile + kesian jugok..huhu

aimie_afifah said...

gulp....amboiiii TQ betul ka dark ambik kesempatan? yang dok kata comel sgt tu apa dia?...

hope 1 mlm Nina x balik rumah tu bisa menghantar getar rindu kat hati TQ yang dah membeku dan keras mcm iceberg tu...tp beku & keras iceberg tu tetap cair kalau kena sinaran cahaya mentari dari mata Nina yang poyo tu...

RinsyaRyc said...

hehehehe..... lawak part yg kartun2 tuh ... nina nina... *geleng kepala*

Anonymous said...

acik n3 yg bes sgt..

pas ni kasi TQ ketaq lutut sket.. amboi belagak sgt, x tgugat konon! padahal dah berpeluh2 kot salin baju Nina..

-Rani-

Anonymous said...

salam...acik lana, ble novel MJATS nk kluar kat pasaran...dh boring ni xde novel nak baca....huhu....

idaman said...

cepat continue..x sabar ni

YONG JIAO XIU said...

ok first, sorry acik sebab lambat baca. bukan tak rindu, rinddddduuuuuuuu sgt. tp hehe kena abiskan stok novel yg dibeli la plk. sy beli dr bln 11thn lepas, lom abis baca 29bijik lagi. tgh berusaha abiskan suma ni.hehe
pasal novel PCBS :huhuhu tebal muka tu,pakai spender kartun eh? ke yg set kartun?haha. tp berjaya gak la tido sambil peluk qalif sekejap kan. hehe. ok sy nak baca next episod plk ni. hurm gamaknya tak kena bebel gan ummi dia ke blk tdo rumah tu...

fadilahtamin said...

aduh2~~ acik.....pacah perot bce n3 ni....gambar kartun2 ek???hahaha....gila blushing ah...malu wei..malu....
gud job!

jue bard said...

Ble jgk si qalif masam tu senyum yer..taj kesah la senyum sinis pon..sweet

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI