Peluh yang meleleh di tepi pipi dilap dengan tuala kecil berwarna
putih. Kencang nafasnya ditarik dan dilepas. Semput. Sekian lama tidak
bersukan, malam ini dia kelelahan mencuri oksigen di sekitar ruangnya.
Pandangan hinggap ke arah Amri yang tersengih-sengih menapak ke arahnya.
“Semput? Baru sikit brader..” Usik Amri seraya melabuhkan duduk di
sisi Tengku Qalif. Raket tenis diletakkan di atas kerusi kosong di sebelahnya.
Tangan mencapai pula botol mineral dan diteguk rakus isinya.
“Aku dah lama tak main, kelam kabut nak kejar bola.” Tengku Qalif
tersenyum kecil. “Kau kata nak main ‘kesian’ dengan aku. Ini bukan kesian dah
namanya ni, ini mendera tahu tak?”
Terbahak-bahak Amri ketawa. Bukan mudah mahu memujuk Tengku Qalif
ke gelanggang tennis malam ini, berhari-hari dia memasang ayat. Dahulu sukan
inilah kegemaran mereka berdua. Berjam-jam ligat di dalam gelanggang pun tak
terasa apa. Tengku Qalif lebih hebat dan berskill berbanding dia. Cuma dalam
keadaan sekarang, prestasi permainan temannya itu sudah sedikit tumpul. Perlu
kembali diasah dan digilap semula.
“Hey, aku main kesianlah tu. Kalau tak kesian, aku rasa kau dah
tergolek terlentang dah tengah-tengah court. Pengsan terus.”
Tengku Qalif mencebik sebelum kembali tersenyum kecil. Wajah Amri
direnung seketika. Syukurlah, kepulangan Amri sedikit sebanyak mengubah corak
kehidupannya. Perlahan-lahan dia cuba menjalani kehidupan normal yang pernah
dia lalui dahulu. Sekarang dia sudah boleh tertawa, bergurau, berjalan ke sana
sini biarpun jauh di sudut hati rasa kehilangan itu masih berbekas jelas.
“Lepas ni kau ke mana?” Soal Tengku Qalif dengan pandangan
dilemparkan ke arah gelanggang tenis yang lengang. Hanya ada beberapa orang
pemain yang menyewa gelanggang di sebelah sana.
“Hmm.. awal lagi ni. Pergi party jom.” Usul Amri ceria.
“Party? What party?” Tengku Qalif mengalih pandang ke arah Amri
yang tersengih-sengih ceria. Ajak dia berparti? Amri ni saja-saja buat tak tahu
atau apa? Dia bukan kaki parti, dia tak suka ke tempat-tempat begitu. Rimas dan
membosankan.
“Birthday cousin aku. Jomlah, kau pun bukan ada apa nak buat dah
lepas ni.”
“Hmm.. malaslah. Kau tahu aku kan, aku tak suka parti-parti ni..”
Tengku Qalif menggeleng perlahan. Daripada berparti, baik dia balik tidur di
rumah. Boleh juga melayan rasa sakit-sakit di badannya ini.
“Alah, aku tahu kau tak suka parti liar. But ini parti bersih,
takde yang merepek-repek punya.” Jamin Amri bersungguh-sungguh. “Kau balik
rumah aku aje, mandi-mandi and bersiap dekat sana. Lepas tu kita boleh gerak
terus. Okay?”
“Entahlah, aku betul-betul tak rasa nak pergi..”
“Hisy, kau ni. Macam orang tua tahu tak..” Amri tergelak
kecil. “Kau balik rumah pun bukan ada
bini kau nak menghadap. Kau ikut ajelah aku, kita bukan buat benda tak elok
pun. Makan-makan lepas tu baliklah.”
Tengku Qalif tersenyum tawar. “Bukan sebab bini aku tak nak pergi,
aku penatlah Amri.”
“Alasan. Aku tak kira, kau kena ikut aku jugak. Siapa suruh kau
tanya apa plan aku malam ni..”
“Hoi, aku tanya aje.. mana tahu kau nak lepak minum ke apa.” Bahu
Hamri ditolak lembut. Kemudian mereka sama-sama tertawa. “Kau ajelah pergi, aku
nak balik rumah tidur.”
“Kau ni memang bosanlah..” Rungut Amri seraya mencebikkan bibirnya.
“Nina bila nak balik rumah kau? Dah seminggu lebih dia kat rumah ummi dia kan?”
Tengku Qalif tersentak saat nama Imanina disebut-sebut Amri. Senyum
di bibirnya serta merta mati. Pandangan dibuang ke tepi, lari dari menentang
anak mata Amri yang galak mahu mengesan reaksinya. Memang sudah lebih seminggu Imanina
tidak tidur di banglo keluarganya. Sekali sekala ada juga gadis itu singgah ke
sana untuk menjenguk dia. Dia tak kisah sangat sebenarnya, ada atau tidak sama
saja. Cuma dia sakit telinga mendengar bebelan mama yang menyuruhnya menjemput
Imanina balik.
Dia nak jemput Imanina balik? Memang taklah! Perempuan itu yang
pandai-pandai keluar rumah, jadi pandai-pandailah nak balik sendiri. Lagipun
Imanina memang meminta izinnya untuk bermalam di sana, jadi dia tidak rasa
perbuatan Imanina itu salah. Imanina balik ke rumah umminya pun sebab mahu memberi
tumpuan penuh untuk menyiapkan
rekaannya. Itu apa yang Imanina bagitahu dia melalui SMS yang dikirim saban
hari. Cuma dia liat mahu membalas, tak rajin. Tak terasa ada hati nak
bersembang lebih dengan gadis itu.
Kadangkala SMS daripada Imanina membuatkan dia tidak senang duduk
juga. Mana tidaknya, siap ada ‘I love u’ dan ‘I miss u’ di hujung ayat. Tak
cukup itu, Imanina mengirim MMS pula, hantar muka-muka comel dia. Gambar dalam
keretalah, gambar dekat kolejlah, gambar dalam biliklah, macam-macam gambarlah!
Geram sungguh. Namun dalam geram-geram, bibirnya tersenyum juga. Lucu dengan
sikap bersahaja gadis itu. Kuat semangat benar gayanya. Orang dah tak layan,
nak jugak mengendeng-ngendeng.
“Asal sebut nama Nina, berangan!”
Tengku Qalif tersentak tatkala bahunya ditolak kuat Amri. Bukan
main seronok Amri gelakkan dia. “Berangan apanya, takde makna aku nak berangan pasal
dia.” Bibir mencebik pula.
“Kau tak rindu bini kau ke? Seminggu lebih dah tak tidur sekatil..”
Giat Amri lagi.
“Merepeklah kau ni..” Tengku Qalif tunjuk reaksi kurang senang. Rindu?
Perasaan itu tidak begitu ketara di hatinya. Memang kadangkala dia teringatkan
Imanina, namun cepat-cepat fikirannya menolak bayangan gadis itu. Digantikan
dengan bayangan Liyana yang lebih dia rindui. “Mana kau tahu pasal ni? Aku takde
cerita dengan kau kan?”
Amri tersenyum kecil. “Nina yang bagitahu aku tadi..”
Spontan pandangan Tengku Qalif mencari wajah Amri. Sahabatnya itu
tersenyum-senyum memandang jauh ke depan. Entah dari mana, ada perasaan halus
menjalar di hatinya. Perasaan apa, dia tidak terlalu pasti. “Kau jumpa dia?”
“Eh? Nina tak cakap dengan kau?” Amri membalas dengan reaksi
kehairanan.
“Cakap apa?”
“Laa.. kau tak tahulah ni?” Amri tersenyum seraya menggelengkan
kepala. Imanina ni boleh tahan juga pelupanya. “Aku jumpa Nina dekat kolej dia,
dah dua tiga hari jugak aku ke sana.”
Tengku Qalif pandang wajah Amri dalam-dalam. Apa kena pulak Amri
nak ke sana bertemu Imanina? Hatinya mula berprasangka yang bukan-bukan.
“Buat apa kau pergi kolej dia?” Nada suaranya mula berubah serius.
Sungguh, bukan ini reaksi yang mahu dia pamerkan. Dia mahu tunjukkan lagak
tenang, sikap tidak terusik namun gagal. Entah kenapa dia berasa tidak sedap
hati pula. Kata-kata Amri mengusir ketenangan hatinya.
“Nina nak aku jadik model untuk collection dia. Kelakar kan?” Amri
tergelak kecil. “Tak memasal aku kena catwalk atas runway nanti. But takpelah,
sebab Nina cakap aku ni handsome, ada sikit confidentlah aku.”
Berderau darah Tengku Qalif. Amboi, seminggu berjauhan dari dia
Imanina sudah pandai nak memuji lelaki lain handsome pulak? Sebelum ini bukan
main lagi Imanina berikrar mahu mencuri cintanya, tak alih-alih seminggu
perempuan itu menghilang. Menghilang dah satu hal, lepas tu ringan mulut pula
nak memuji-muji lelaki lain.
Ah, benci sungguh! Kenapa kepalanya fikir yang bukan-bukan ni!
Baguslah kalau Imanina dah give up, senang dia nak putuskan ikatan di antara mereka.
Silap-silap Imanina melompat gembira bila dia buat keputusan untuk berpisah
nanti.
“Jadi model dia?” Wajah Tengku Qalif masih serius memandang Amri
yang tersenyum-senyum sendiri.
“Ha’ah. Hujung bulan ni ada fashion show untuk final projek
diaorang. Aku ni bukan apa, orang dah mintak tolong terpaksalah aku tolong.
Kesian pulak dekat dia, beria-ia benar call aku hari tu..”
Tengku Qalif ketap bibir. Sebab Imanina yang mintak tolong, sebab
tu Amri setuju! Kalau orang lain, belum tentu lagi sahabatnya ini mahu melapang
dada hantar bantuan. Bukan dia tak kenal Amri macam mana orangnya. Pemalu boleh
tahan, mana mungkin nak bercatwalk bagai atas runway macam tu.
“Ramai ke model lelaki untuk collection dia?” Entah kenapa soalan
itu terpacul dari bibirnya. Bibir digigit pula, bimbang Amri menuduhnya
cemburukan Imanina. Tapi kata dah terlepas, mana boleh tarik semula.
“Tak ramai sangat, ada dua orang lagi budak lelaki kolej dia. Aku
rasa rendah diri, Qalif.. budak-budak lelaki tu hot kot.” Amri tergelak lagi. “Tapi
nasiblah diaorang respect otai macam aku ni. Kalau tidak, memang aku tak
naiklah runway tu. Malu wei!”
Tengku Qalif terdiam. Telinganya tidak lagi menangkap kata-kata
Amri selepas itu. Jiwanya dihembus angin yang entah apa. Rasa kurang senang
semakin berkepuk-kepuk di dada. Sungguh dia keliru mengapa perasaan seperti ini
wujud di hatinya. Nafas memberat dihela keluar.
“Kau kata nak pergi parti kan?” Soalnya kepada Amri. Amri mengalih
pandang dengan riak kehairanan. “Jomlah balik rumah kau, aku nak ikut.”
Amri terlopong. Aik, tak sampai setengah jam dah tukar fikiran?
Tadi bukan main menolak lagi. “Kau biar betul?”
“Come on, before I change my mind..” Tengku Qalif mencapai beg
raket dan digalas ke bahu. Dia bangkit tanpa mempedulikan renungan Amri yang
terpinga-pinga dengan reaksinya.
“Kau marah ke bro?” Soal Amri menyaingi langkah pantas Tengku Qalif
menuju ke ruang parkir di luar kompleks sukan itu. Reaksi sahabatnya berbeza
benar kali ini. Takkanlah Qalif cemburukan dia dengan Imanina? Kata tak suka,
kenapa nak cemburu pulak?
“Marah apanya? Dahlah, kita jumpa dekat rumah kau nanti.” Balas
Tengku Qalif dengan wajah serius seperti tadi. Beg raket dicampak ke tempat
duduk belakang. Tidak menunggu balasan Amri, dia segera meloloskan tubuh ke
dalam kereta.
Lama matanya memandang kosong ke arah stereng yang dipegang erat. Ya
Allah… kenapa dia berperasaan begini?
*****
Tengku Qalif mengeluh
kebosanan. Pandangannya terhala ke halaman rumah banglo mewah yang dihias
cantik dengan bunga dan belon-belon berwarna pink. Para tetamu menghadiri
majlis sambutan harijadi sepupu Amri, masih rancak bersembang di sana sini. Ada
juga yang leka menikmati makanan-makanan lazat yang dihidangkan di meja buffet.
Alunan muzik berentak sentimental yang menerobos telinga sedikit
pun tidak menenangkan jiwa Tengku Qalif. Dia masih terasa kosong, masih terasa
ada sesuatu yang tidak kena. Entah kenapa.
Tengku Qalif meneguk air jus oren yang berbaki separuh gelas. Mata
tercari-cari kelibat Amri yang sejak tadi bukan main seronok ke sana sini
bertemu saudara maranya. Sesekali pandangannya bertembung dengan jelingan menggoda dari gadis-gadis muda yang
ada di situ, cepat-cepat dia melarikan pandangan. Memang sejak tadi begitu,
naik rimas dibuatnya.
“Hey, there..”
Kepala diangkat, mencari wajah pemilik suara halus gemersik yang
menyapanya. Pandangan melekat ke raut seorang gadis yang cantik bersolek. Dia
kenal wajah ini, sepupu Amri yang meniup kek beberapa minit yang lalu. Tak
silap dia, Arissa namanya. Bibir tersenyum tawar, sekadar mengambil hati orang
yang menyapa. Lagipun Arissa tuan rumah ini, takkan dia nak buat sombong pula.
“Hey.. happy birthday to you. “ Ucap Tengku Qalif seraya bangkit
berdiri tanda hormat. Kepala ditundukkan sedikit.
“Thanks. You dah makan? I tak nampak you ambik makanan pun tadi?”
Tegur Arissa ramah. Wajah tampan di hadapannya dipandang tepat. Hati terleka
menatap wajah tampan yang menjadi bualan rakan-rakannya sejak tadi. Bagus
sungguh Amri, bawak kawan handsome macam ni ke majlis harijadinya. Barulah
berseri!
“Err.. I tak lapar.” Jawab Tengku Qalif ringkas. Dia kembali
melabuhkan duduk di atas kerusi menghadap meja bulat yang sejak tadi menjadi
port rasminya. Nafas dihela perlahan. Kurang selesa berhadapan dengan Arissa
yang tampak begitu ramah merapatinya.
“May I join you?”
Tengku Qalif angkat muka, kembali memandang wajah Arissa yang
tersenyum-senyum memandangnya. “Err.. sure, ini kan rumah you. Takkan you nak
mintak izin I pulak..” Bibir mengukir senyuman kelat.
Arissa tergelak kecil sebelum menarik kerusi dan melabuhkan duduk
di sisi Tengku Qalif. Kembang kuncup dadanya tatkala ternampak mata-mata yang
cemburu memerhati ke arah mereka. “You ni kawan Amri kan? Dia banyak cerita
pasal you dekat I. I am so sorry for your loss..”
Tengku Qalif mengangguk kecil. Ah, siapa yang tak tahu kisah tragis
yang berlaku dalam hidupnya dulu. Dan menurut Amri, Arissa ini sepupunya yang
paling rapat. Tidak mustahil kisah itu memang sampai ke telinga gadis itu.
Mungkin lebih terperinci berbanding apa yang orang lain tahu.
“Thanks.” Jawabnya tenang. Tidak mahu Arissa ternampak luka yang
kian koyak di jiwanya apabila kisah itu diungkit semula.
“You dah kahwin ya? Amri cakap dengan I you dah kahwin semula..”
Arissa semakin galak mahu mendekati hati Tengku Qalif. Ruginya.. kalaulah dia
tahu Tengku Qalif mahu mencari pengganti arwah isterinya, sudah lama dia offer
diri. Amrilah lembap, tak nak bagitahu siang-siang! Bila Tengku Qalif dah nak
bernikah, baru Amri cerita dengan dia.
“Err.. ya.” Tengku Qalif mengalihkan pandangan, mencari kelibat
Amri. Rasanya sudah sampai masa untuk dia balik. Bosan dan rimas dengan
soalan-soalan Arissa.
“You kenal dia kat mana?”
“Hmm?” Wajah Arissa dipandang semula. “Siapa?”
“Isteri baru youlah…”
“Ohh…” Ayatnya tergantung. Takkanlah dia nak buka pekung di dada,
nak bercerita pasal nikah kahwinnya yang berlandaskan ego semata-mata.
“What ‘oh’?” Arissa tergelak kecil. Tanpa dapat mengelak, matanya
tetap mahu mencari wajah Tengku Qalif. Rasa tidak puas menatap keindahan di
hadapan mata ini. Bukan setakat wajah, tubuh, gaya dan penampilan lelaki ini
benar-benar menawannya. Jauh lebih kacak berbanding gambar yang dia lihat di
dalam laman sosial milik Amri dulu.
“I rasa itu too personal untuk I share dengan you, sorry..” Balas
Tengku Qalif tenang namun nadanya serius. Terkulat-kulat Arissa dengan jawapannya
yang satu itu.
Deringan dan getaran di poket seluar mengejutkan Tengku Qalif.
Syukurlah, muncul juga alasan untuk dia mengelak dari Arissa. Pantas tangannya
mengeluarkan telefon bimbit dari kocek, seketika mata merenung dada skrin yang
menyala terang itu. Imanina?
“Excuse me..” Tengku Qalif memberi isyarat untuk beredar menjawab
panggilan kepada Arissa. Dia nampak gadis itu mengeluh kehampaan namun bukan
tugasnya mahu menjaga hati Arissa. Langsung tak ada kena mengena!
Kaki melangkah menuju ke tepi pagar, mencari lokasi yang agak sunyi
untuk dia menjawab panggilan Imanina. Bising sangat dekat tengah tadi, rimas
dibuatnya.
“Hello.” Sapanya dengan nada dibuat-buat serius.
“Assalamualaikum tengku, Nina ni..” Lembut suara di sebelah sana
membalas.
“Waalaikumusalam. Dah nombor kau naik dekat sini, mestilah kau yang
call.” Tangan naik melurut-lurut rambut. Entah kenapa terdengarkan suara
Imanina, rasa geram menyucuk hati. Apatah lagi terkenangkan kata-kata Amri awal
tadi, makin sakit hatinya!
“Hmm… tengku kat mana ni? Nina kat rumah mama, tapi tengku takde
pulak.”
“Kau dah balik ke?” Soalnya masih dengan nada yang sama, serius tanpa kemesraan.
“Nina balik sekejap aje, nak ambik barang lepas tu ingat nak tengok
tengku..” Jawab Imanina manja.
Alahai.. berdiri tegak bulu roma di tengkuknya dengan nada itu. Dia
berdehem beberapa kali, membetulkan rentak jantungnya yang terlari sedikit. “Nak
tengok aku buat apa? Aku sama aje macam dulu, jangan nak sibuk-sibuklah.”
Terdengar keluhan kecil di sebelah sana. Mungkin Imanina geram
dengan jawapannya.
“Tengku kat mana ni? Balik lambat lagi ke?”
“Aku pergi parti kawan aku. Balik lambat.” Rasa sakit hati
membuatkan dia mahu membalas rasa yang sama kepada Imanina. Bunyi macam dia
seronok benar di sini, padahal bosan bagai nak gila!
“Dengan abang Amri ye?”
Zap! Dada diterjah rasa perit. Entah kenapa dia tidak selesa
Imanina menyebut-nyebut nama Amri. Dan bila Amri menyebut nama Imanina, dia
rasa yang sama juga. “Hmm… dahlah, aku sibuk nak melayan orang ni. Kalau takde
apa kau nak cakap, aku nak letak.”
“Tengku..” Mendayu Imanina memanggil namanya.
“What? Kau nak apa?” Balasnya buat-buat kebal hati.
“Baliklah cepat, kalau boleh Nina nak tengok tengku sebelum Nina
balik ni..”
Tengku Qalif ketap bibir. Meronta-ronta jiwanya mahu berlari masuk
ke dalam kereta dan bergegas pulang menunjuk muka kepada Imanina. Perasaannya
semakin pelik!
“Aku baru sampailah, takkanlah dah nak balik?” Bibir melontar ego.
Rambut dilurut lagi, resah dengan permintaan jiwa yang mahu mengotakan permintaan
Imanina.
“Hmm.. takpelah. Nina lepak-lepak dengan mama dululah, if lambat
sangat Nina tak tunggulah. Pukul sebelas Nina dah janji dengan ummi nak balik
sana.” Suara Imanina mengendur, persis berjauh hati.
Spontan mata Tengku Qalif melirik ke arah jam tangannya. Sekarang
sudah pukul 9.35 malam, dan jarak dari sini ke rumahnya boleh tahan jauh juga.
“Tengku?”
“Hah, ya-ya.” Leka sangat mencongak itu dan ini, terlupa yang
Imanina masih menantinya di hujung talian. “Ikut suka kaulah nak tunggu ke tak.
Okaylah, bye!”
Talian segera dimatikan. Nafas berat dan panjang terlepas dari
bibir. Serba salah, keliru dan beribu-ribu perasaan menerpa dadanya.
“Laa.. jenuh aku cari kau, kat sini rupanya. Kau buat apa bro?”
Amri muncul tiba-tiba di situ. Terpandangkan sengihan lebar di
bibir Amri, dia teringat yang senyuman itu sama seperti senyuman Amri tadi.
Ketika Amri bercerita tentang Imanina yang memujinya handsome dan kacak bergaya!
“Amri, aku nak balik. Kau boleh balik sendiri kan?” Ucapnya tenang
dan perlahan. Kemudian hatinya kelam kabut pula apabila teringat jarak yang
bukan dekat ke rumahnya.
“Balik? Awal lagi ni..”
“Aku jumpa kau esok, aku balik dulu!” Bahu Amri ditepuk sekilas
sebelum dia berlari keluar menuju ke arah keretanya yang diparkir di tepi jalan.
Panggilan Amri tidak lagi berbekas di telinganya. Yang dia tahu… dia cuma mahu
segera sampai ke rumah. Pandai-pandailah Amri cari jalan nak balik atau tidur saja
di rumah keluarga Arissa. Bukan orang lain, sepupu dia jugak.
Dan ketika kaki menekan kuat pedal minyak, kepalanya menerawang
jauh. Terfikir-fikir mengapa dia mengambil keputusan ini. Berlari pulang
mendapatkan Imanina… ah, sah dia sudah mereng!
.jpg)



94 Baca Laju-Laju:
best la acik.. TQ dah mula meracau2 seorang diri... xsabar nk tunggu scene seterusnya plak...
acik!!awat pendek sangat??nak lagi nak lagi!!best sgt!
JYEAHHH!!!
TQ dah jatuh cinta dngan imanina..woohoooo
~(''~)(~'')~ ~(''~)(~'')~
eceh...dlm hati sudah tumbuh bunga mawar..ekekekke....
hahahhaa...best la..puas hati..TQ sudah mula gila bayang...ahhahhahaa...
TQ, ego tp macho....hehehe
Phew. Lega semacam dengan entri kali ni :B
Comel la Nina ni. Manja je die walaupun Qalif tak berapa nak melayan. Hihihi.
best sgt...mcm dah jth cinta tengku ni..
3C(cemburu, cuak & cinta) sudah datang ahahahaha....abes la TQ
haha tgku qalif dh tewas nmpknyer...best sgt2 entry kli ni.. thanks acik..
Ego betol TQ ni . Mesti dah suka cket2 kan dekat Nina . Hihi . Suka2 ! :)
[syaza]
elelele.... sudah suka ya TQ? heheh. oklah tu tengku. cemburu tu tanda sayang.
rasa cm nk gelak kuat2 je kat TQ nie..tu la, ego sgt..
dh sasau kejap ea..jeles2 pon ada tu..hahha
suka la n3 nie!!
thanks acik! :D
rsa cm nk request next n3 ari nie jgk je..hehe
[hawa]
Firstly..nk puji pic Qalif..macho gillers!
Suka Qalif dh mula siki2 jeles..terbaeek la Nina pandai goda Qalif..siap lari ke kereta & pecut laju2 nk jumpa Nina yer!hihi..br Qalif tau..penangan Nina ni..dikelilingi jejaka2 hot daily.
Yg best Amri dh practise kat runway..
Acik!tq..hilang tensen lps meting td
sah TQ da mereng n saya pn da sama mereng da...xsaba nk tunggu next n3...hik3
Sukanyaa!!!!! Suka entrei ne tengku dah cemburu hope tengku dapat join jadi model imani eheh.next entry please cepat2 yer.hehe your the best.
bila nk luah perasaan ni tengku..
ya Allah, kenapalah entri ni sungguh best?? dan kenapalah gambar kan atas tu sungguh hot? hingga matanya ni asyik nk scroll kat atas je..huhu..
yea...TQ da mle de ati kt nina ske nyew..da de jles ckit kt amri..
Acikkkkk......rasanya terus buat novel la...besttttt sesangat...tgk semua peminat Acik...kat FB berduyun2 dok komen,we love u ACIK...muah3
tak pepasal bos tegur....apasal tersengeh-sengeh? sungguh.....baca entry kali ni tak tahu kenapa riang ria je hatiku ni...
nm pknye TQ dah kepanasan !! hahahaha
hehehe.. amboi, begitu gembira hati uolls ye.. sedangkan ati tengku menggelisah tak tentu arah..kikiki
thanks sayang2,,, berdesup komen masuk. touching i.. mwahh!
lap u guysss... =)
ecececeh...dlm ati TQ dh ade taman ek...x sesuai ngan badan lgsung...
hehehe..
best n3 kali ni acik..
aciiikkk..best giler entri ni...tengku dah ada bunga-bunga cinta,feeling2 dah ngan nina...cepat2 acik post next entry..siapkan manuskrip cepat2 lah,terus publish aje..
EL
aaaa...acik terkedu ....tengah syok2 tiba2 habis macam2 rasa ada ... yg lebih banyak tak puas dihati ni ...
wadoh...wadoh...wadoh... n3nye lagi acik petang bolih tak .....?????
syoknyerr....dah mula dah
gila trbaek la acik..hehe..x sbar nk bca ntry strusyna..hihi
marathon ni acik!!!!gile best..
wiwettt...hati qalif dah dilanda badai!!!!
nnk tgk tengku plak yg pikat nina.
cepat tengku ! cepat ! hehe
Memang otak TQ dh mereng plus hati dia dh ada rasa cemburu.... hehehheheehee... lepas ni mesti TQ rasa tergugat dgn kemesraan Amri dan Imanina....
Sangat x sabar nk lihat reaksi TQ selepas ni....
wah tengku Qalif dh mula sukakn nini..gud job acik..n3 18 plak..
mse awal2 baca cte ni terfikir jugak TQ ni boleh jd sweet tahap raqy ke..die dah la kasar2 xdapat bayangkan..btw,rindu raqy..haha..i'm
looking forward for ur new entry..goodluck acikk
hatiku juga berbunga-bunga...he he
-che`leen-
mereng sbb Nina boleh jer, siap nk timbul rasa3 cemburu kat Amri, hehehe siap ko TQ, lambat laun berguling2 jatuh hati kat Nina, pasti!!!!
wah!!! tak sabar nak tunggu scene runaway...
nak TQ cemburu lagi.... tiba2x TQ terbuka hati nak ikut amri pergi practice & then... lagi bagus if nina sendiri berganding dgn amri masa runaway nanti ... hahahaha...
tunggu aje apa acik nak buat...LOL :)
thanks... acik...
kembang rahang2 baca bab ni...tak sia-sia nina miang sblm ni...hihi
TQ watchout naa...
TQ + Nina --> mereng.. wah tindakbalas yang sungguh mengujakan!Apa pemangkin la Acik guna ni...hehehe best la acik!! = mak Mal
besh n3 kali nie.... i loike...
tapi risau dengan arissa yg mcm nak menggoda... huhuhu.. x sabar tgu next n3 :)
-hmj-
wah...wah...wah..dalam hati sudah ada cemburu...dalam hati sudah ada taman...dalam hati sudah ada rama2 terbang...suka...suka..suka..acik memang best..nak lagi ye....
-Umi Anis-
weeeeee!!mantop..TQ dh mereng..hooyeah!haha
acik...nak en3 baru plish.apdet cepat skit
yeah!!!tengku qalif da nk jatuh cinta ngn nina..hahabest!!
Sukanyaaaa... tak sabar nak baca entry seterusnya...
hmm..tQ da gila bayang...heheheh
tu la...masa nina dekat x mo layan..skang ni dah mula rindu-rinduan..heheheh
sweetttt
nice n3, x sabar tgu next n3,...dh ada taman ...hu..hu..nice job
wah nampak gaya ada perkembangan yg positif agak2 dah ada taman mini x sabar nak tunggu next n3... keep it up^
acik...
terbaek hr ni...ape kene dgn google account sy hr ni...xdpt nak komen awal2 td..
mereng sebab imanina takpe, jgn mereng sebab org lain. mau berparang Nina satgi. hahaha.
Yeah...aura Nina sudah meresap dlm hati TQ...alahai cian kat Nina dah sminggu x dok ngan TQ...
Acik.....nak lg,,,:-)
hahaha.. tQ all sbb suka. padhal saspen je nk post sbb rasa entry ni x berapa kemas sangat. taip lorat2 la syg.. =)
anyway TQ suka.. mmg dah ada benih baru bercambah ni. sok gi mekar setaman la ati dia...kui3
wahhhhh, TQ da jth hati ngan Nina agknya..perbuatan luar kawalan dah, dah ade feel2 jeles
acikkkkkk...bestttttttttt
nak lagi...tak puas la entry ni sikit sgt...
senyum2 kita baca TQ dah disapa bisikan cinta nina...
terbayang2 TQ atas runaway sedang memperagakan koleksi nina..
haha! TERBAEKKK LAH ACIK! kekeke.thank you, acik! best gilaaa! apalah agaknya si tengku ni buat lepas ni,ye? hihiihi
ei, si TQ sengal, toksah nk sombong ngat.. nti geget jari tgk nina ngan amri..hehe
Hati da cemburu tu, tak taw lh eh??
*acikk, awatla n3 acik suma best3x???hehe...keep it up =)
acikkkkkkkkkk....cepat taip lagiiiiiiiiiiii
oh my... alhamdulillah..dah ade tanda2 positif.. hehehehe.. sukaaaaaa! cayalah nina.. acik, sila taip laju2 lagi.. two thumbs up 2 u!
hehe.. taip laju2 bila x busy aje okeh. sekarang ni dah masuk closing week.. merasalah stayback sampai malam. *sigh*
thank u semua. ok komen dah reached 60s! how cool is that huh? hehehe
best kli ni n3 kli ni acik lana... tq dh gila bayang ngn nina..... update lgi. best citenya.... :)
best kli ni n3 kli ni acik lana... tq dh gila bayang ngn nina..... update lgi. best citenya.... :)
Heeeee..qalif da mula goyang..suka3..
Oh mai!!! Suka giler! Hahaha! Love TQ dgn Nina!
wahhh..tengku dah jatuh hati 2...bagus 2 nina...teruskan usaha pikat tengku qalif..hehehehe
wahh, dalam hati da taman tq,, acik next entry please! :)
huh...tengku....hish2 kata x ske to rindu...best lh acik...huyoo ramai komen ...sy 67..hhaaa :P
best sesangat acik...nak lari2 jgak tgok TQ jmpa Nina..x sbr tggu next n3...kehkeh333
Yeah man!!!!!!!!!! Even pendek but still awesome!
Mekasih all... Entry ni terbyk org komen. So tahulah saya betapa uolls suka entry ini. Im touched babeh... :-)
Pasni kita tgk pkmbgn pervhentaan mereka bdua bagaimana.
Thnks again...muahhhh!
Acik pe kate buat TQmerajuk sbb nina tak mtk die jadik model tp haruslah die ego kan...pastu buat die buang tebiat nk jugak jadik model nina...hahaha...sengal...
Btw, nice entry acik...ini la yg kita tunggu...haha
harap TQ berubah hati... Best n3 kali ini
hahahaa....tQ pnas tlinge dok dgr amri smbang2 pasai nina...x sng dduk jdi ny...hehehh
acik, wt nina dok kt umah ummi dia lma lg... bio tQ jdi gila byg.. d tmbah lgi ngn crite2 y dia dgr dr mlut amri...bio pdn muka dia...y 1mggu pn dia dh jdi cm 2...lg la lau bermggu2 nina x de...hahahaaa
Ahakz.... Mulut kata xmau, hati kata mau... seronok nyer....
bestlah aciklana.hati saya pun dah meracau2 mcm tengku nakkan next n3.nanti biarlah panjang cket ye acik.(eh...demand pulak aku nie kan)
wahhhh.....n3 paling hot & meletup nih. d story is getting more & more interesting.....dlm hati dah ada taman, siap dgn bebunga dan rerama lagik
bestnyer.. TQ dh mula cemburu nmpk. suke suke.. bila dh sasau gini, xsbr lak nk the next n3.. syglah acik..
bestnyer.. TQ dh mula cemburu nmpk. suke suke.. bila dh sasau gini, xsbr lak nk the next n3.. syglah acik..
knapa rase sayu plak bace n3 kali ni??..ada ape2 ke acik lana??..nina nk tengok muke TQ ye..TQ rushing balik...kate lah nina eksiden, koma..haaa..mesti TQ rasa bersalah sesangat kan??..make saat ini cinta pastinyer berputik..ewahhh..memandai la plak..heheh...acik, dlm ati TQ mcm dah ada taman...hehe...
salam acik dan sori semalam akak tak sempat nak mengomen sbb keluaq dinner dan balik lewat..okay here goes my comment :
pergh dik..da ada gaya gaya cemburu dalam dada TQ pada nina ngan keintiman amri ..walaupun telah diterangkan oleh amri yg nina meinta pertolongannya untuk menjadi model memperagakan hasil karyanya untuk projek terakhirnya sebelum dinobatkan sebagai pereka fesyen dan meninggalkan zaman kuliahnya. Adakah TQ dalam diam telah merasakan kehadiran nina ..walaupun berkali kali ia menolak dan menafikan kehadiran nina dalam kehidupannya..mungkin kerana keselambaan ..keanggunan ..keayuan..sifat keanak anakan..kemanjaan..dan ketulusan nina terhadap dirinya membuatkan mamat sengal tu seperti jatuh cinta ..buat pertama kalinya ngan nina..berlainan rasanya bila dia bersama ngan liyana..dan tidak mustahil hatinya mmg sudah ada nina bila mereka pertama kali bertemu..teruja nak tahu apa ek..akan berlaku bila mereka bertemu..adakah mamat tu masih ngan keegoannya walaupun hatinya libang libu dengan perasaan baru bila memikirkan hubungan amri dan nina..adakah dia ngan rela hatinya bertanya ..pasala runaway tu..ish..ish...tak sabarnya nak tahu..
ala..so sweet..tak sabar nak tunggu next entry :)
banyak giler komen kali nie..mmg terbaik lah acik, kena hard work lagi lah lepas nie..go acik luv u lah.
saya ulang n ulang lg baca post ini...skali TQ sampai rumah, Nina pun dah balik rumah mak dia...he he
masa tido, tengok bantal nina jelah..hah hah hah
-che`leen-
HAHA..ACIK,,,,BES GLER...tq da mule nk fall..nk lggg..=)
Best sangat, cptlah acik post entry seterusnya.
bestnya....tak sabar nak tunggu next n3.
acik,
tlg bukukan PCBS ni secepat mungkin...sebab, xsbr sgt2 nak beli...
wow!acik! byk dapat komen eh,87 tu!hehe. n this entry is sweet. haha hati sudah berlagu cinta. hehe. wokes, blk keja karang sy sambung lagi satu episod yg acik post tu. hehe u really make my day. love u, acik!
uwaaaa sy pun jd mereng gak bace n3 yg ni...huhu...bz ya amat xsempat bace,bile dpt bace dh nak balik...kene bace laju2...jantung pun b'degup laju cam TQ drive!
hah..dah mula tak senang duduk dah....!!!
lembutnya hati si Qalif nie! ahhh, Imanina you lucky girl. ~
yess... i like this part.... emo... feelings.... fuh.... wonderful heart....
"Eja Ally Natsumi"
hah..padan muka arissa!
haha..dlm hati sdh ada rasa.tahniah,nina! kamu sdh berjaya!
great. thumbs up,acik! ;)
Ah..suke suke..dh ada bunga2 tu.. bukak lah mata tu qalif.. patah tumbuh, hilang berganti..eceh
Post a Comment