Followers

Bab 18 : Pelangi Cinta Buat Suami...




Tubuh terdorong sedikit ke hadapan tatkala kaki menekan kuat pedal brek. Berdecit bunyi tayar keretanya bergesel dengan simen di ruang porch itu. Nafas tersekat-sekat. Liar matanya memerhati ruang porch yang didereti kereta-kereta mewah milik keluarganya. Tercari-cari kereta Perodua Viva berwarna putih yang mungkin terselit di celah-celah kereta papa.

Keluhan kecil terbit dari bibir. Kereta Imanina tidak ada di situ, bermakna dia sudah terlambat. Imanina sudah balik. Mata mengerling pula jam di dashboard, sudah melewati 11.15 malam. Macam nak gila dia pecut kereta tadi, tapi masih tetap juga terlambat. Terlambat sebab banyak sangat kereta yang menghalang laluannya. Lepas itu banyak pula jalan-jalan ditutup malam ini, ada kerja-kerja membaikpulih.  Suwey betul! Bibir mendengus geram.

Tengku Qalif keluar dari kereta sebelum menghempas kuat pintu keretanya. Melepas geram yang amat! Tubuh disandarkan ke kereta dengan tangan memeluk tubuh. Hatinya keliru, fikirannya benar-benar bercelaru. Tidak faham kenapa dia nak beria-ia sangat berkejar balik ke rumah. Sebab Imanina? Ah, macam susah nak percaya! Perasaannya sekarang makin pelik dari sehari ke sehari. Takkanlah dia dah pandai nak sukakan perempuan tu? Mustahil! Nafi hatinya pula.

Keluhan berat terhela lagi. Kalau betul dia sukakan Imanina, kenapa baru sekarang rasa itu hadir? Bila Imanina tak ada depan mata baru dia nak terasa-rasa. Tapi kalau Imanina tegak depan muka, dia asyik nak bertempik saja. Tangan kanan naik mengusap perlahan dadanya yang sejak tadi berkocak resah. Belum hilang debarnya kerana terlalu panik mahu cepat sampai ke rumah. Apa lagi makna debaran ini kalau bukan dia memang merasakan sesuatu terhadap Imanina.

Dia jatuh cinta sekali lagi? Kepala digeleng laju, menolak sekeras-kerasnya perkataan keramat yang terlintas di kepala. Mustahil perasaannya boleh wujud secepat ini. Imanina datang disaat dia goyah mahu meneruskan hidup. Perhatian dan sikap prihatin Imanina membuatkan dia terharu, bukannya cinta. Dua perasaan yang berbeza sebenarnya.
Dia yakin rasa ini bukan cinta, cuma dia bagaikan ‘hidup’ semula dengan kehadiran Imanina. Sikap lucu, berani, selamba, keanak-anakkan dan mulut yang lantang berbicara itu membuatkan dia tertarik kepada Imanina. Rasa benci bertukar rasa pelik, macam sekarang!

Tangan memicit pula belakang tengkuk yang terasa lenguh. Entah kenapa jiwanya hampa, hampa kerana tidak sempat melihat Imanina. Ya Allah… mainan perasaan apa kali ini? Kalau betul dia tak sukakan Imanina, kenapa hatinya rasa macam ni? Dia bagaikan tidak ingat apa yang ada di sekelilingnya ketika memecut kereta tadi.

Penat berdiri melayan perasaan di ruang porch itu, Tengku Qalif menapak lemah masuk ke dalam rumah. Berada di ruang tamu yang sepi itu, sekali lagi hatinya digayut rasa pilu. Terasa kosong bagaikan ada sesuatu yang telah hilang, bagaikan tidak lengkap. Memang selama ini itu yang dia rasa sejak kehilangan Liyana, tapi perasaan kali ini berbeza. Getar hatinya kini bukan kerana Liyana.. kerana nama yang lainnya.
Ah, sakit kepala dia macam ni! Akal fikiran menolak hakikat dia mula sukakan Imanina, tapi hati tidak sekata pula. Memang dia keliru sangat.

Rasa hati yang bungkam terbawa-bawa sampai ke bilik tidurnya yang suram dan hanyaditerangi lampu di meja tulis. Kaki longlai melangkah ke arah tingkap bilik. Lama matanya merenung jauh ke dalam kegelapan malam. Tercari-cari dirinya yang kian sukar mahu dia sendiri fahami. Sekarang dia macam dah tak kenal hati sendiri. Dah tak faham apa yang dia rasa dan apa yang dia mahu dalam hidup ini. Keluhan panjang terlepas lagi. Banyak sungguh dia mengeluh hari ini..

“Tengku..”
Terngiang-ngiang suara lembut dan manja itu di telinga. Nadanya lembut, penuh kasih dan manja seperti gemersiknya suara arwah Liyana. Tengku Qalif memejam rapat matanya. Mencari persamaan dan perbezaan di antara dua wanita yang hampir serupa itu.

“Tengku…”
Berbisik lagi suara Imanina yang singgah lembut di telinganya. Ah, dia memang dah gila! Boleh pulak terdengar-dengar suara Imanina!

“Tengku dah balik?”
Terbeliak luas mata Tengku Qalif. Takkanlah dia terdengar soalan macam tu pulak! Segera kepalanya berpaling ke arah katil. Hampir terlompat keluar jantungnya tatkala melihat kelibat Imanina di atas katil. Gadis itu duduk bersimpuh dengan tangan menggosok-gosok mata persis baru terjaga dari lena. Redup renungan Imanina membuatkan dadanya bergendang hebat. Segera pandangan dilarikan ke sisi. Tangan melurut-lurut rambut pula. Resah, gelisah dan tidak tahu reaksi apa mahu dia tunjukkan kepada Imanina. Berlawan-lawan dengan rasa ego di dada.

“Tengku kata balik lambat?” Tegur Imanina sebaik melihat suaminya masih diam membisu. Lelaki itu nampak terkejut, lepas tu buat muka gelisah pula. Ke kiri ke kanan, mundar mandir keliling bilik. Salah ke kalau dia tidur dekat sini malam ni?
“Hmm.. aku rasa tak sedap badan, sebab tu aku balik cepat.” Balas Tengku Qalif bersahaja. Wajah Imanina dikerling sekilas. Melihat baju di tubuh Imanina, dia yakin gadis itu akan bermalam di sini. “Kau kata nak balik?”

“Tak jadi pulak, Nina rasa macam penat sangat aje nak balik.. lagipun, Nina rindu tengku.” Balas Imanina manja, diiiringi pula dengan senyuman kecil. Lepas melayang rasa rindunya melihat wajah Tengku Qalif. Duduk dekat rumah ummi pun bukan senang hati sangat, duk terkenang-kenang dekat mamat ni aje kerjanya. Sudahnya ummi naik rimas tengok dia termenung sambil menjahit, terus suruh dia bermalam di sini malam ini. Syukurlah..

“Kereta kau?” Tengku Qalif menapak ke almari pakaian. Bertempiaran tempo normal jantungnya dengan ayat ‘rindu’ dari bibir Imanina. Anehnya, dada dia tidak lagi resah seperti tadi. Walaupun berdebar-debar, terasa lapang dan lega, kepala pun ringan melayang-layang.
Setelah mengeluarkan pakaian bersih, dia menapak pula ke sudut bilik untuk menanggalkan baju yang dipakainya. Cuba bereaksi bersahaja di hadapan Imanina biarpun hati dan perasaannya menggelisah tidak menentu.

Imanina mengalih pandang, segan mahu menatap suaminya yang tidak berbaju.
“Kereta Yaya bawak balik tadi, sebab esok dia nak pakai kereta tu…”
“Kau tak pergi kolej ke esok?”
Imanina mengerling suaminya. Pelik ramah sangat malam ni, macam-macam soalan dia nak tanya. Tersedar tubuh suaminya masih terdedah, segera anak mata dilarikan ke jari jemari sendiri. Malu tak boleh nak cakap!
“Esok Nina mintak tolong abang Amri jemputlah kot. Tumpang dia pergi kolej..”

Serentak itu kepala Tengku Qalif berpaling mencari wajah Imanina. Berderau darah dengan kata-kata yang singgah di telinga. Geramnya! Kenapa Amri jugak yang disebut-sebut Imanina? Kenapa tak suruh driver aje yang hantar? Atau mama? Atau juga dia sendiri? Ah, mestilah Imanina tak berani nak suruh dia hantar. Bukan sekali dua dia menolak sebelum ini, marah-marah bila Imanina mintak tolong hantarkan ke kolej.
“Kenapa nak suruh Amri? Dia kan sibuk, kau jangan nak kacau dialah..” Hakikat kurang senang di hati diselindung sebaiknya, dia berpura-pura prihatin tentang Amri pula.

“Habis tu, nak suruh siapa lagi?” Rungut Imanina seraya merebahkan tubuhnya ke atas katil. Bucu bantal yang dipeluknya dipintal-pintal. Geram dengan sikap Tengku Qalif yang ‘semuanya tak boleh’ itu.
“Kan ada driver, kau tak boleh nak mintak tolong dia hantar?” Soal Tengku Qalif sedikit tegang. Dia bercekak pinggang di hadapan katil menghadap Imanina yang bersenang lenang berbaring. Gadis itu mengerling tajam ke arahnya, tanda tidak puas hati.

“Esok kan abang Kassim sibuk hantar papa pergi sana sini, takkan Nina nak menyusahkan dia pulak. Lagipun abang Amri memang nak ke kolej Nina, apa salahnya dia singgah sini sekejap. Then boleh pergi sama-sama..” Terang Imanina selamba. Renungan tajam suaminya dibuat tidak nampak. Biarlah nak marah pun, dia dah biasa. Dah kebal telinganya dengan suara petir Tengku Qalif.

“Kau ni memang mengada-ngada kan..” Tengku Qalif mendengus geram, bibir diketap menahan perasaan di hati yang meluap-luap. Entah kenapa membayangkan Amri dan Imanina di dalam kereta yang sama, dia jadi tidak tentu arah. Tak sedap hati.
“Tengku nak pergi mandi kan? Eloklah mandi cepat sikit, nanti dah lewat sangat tak elok untuk badan tu..” Pesan Imanina tanpa mempedulikan reaksi marah Tengku Qalif. Nak marah kenapa entah, bukan suruh dia hantar pun!

“Mana towel aku?” Tengku Qalif menyoal setelah melihat Imanina menepuk-nepuk bantal, tabiat gadis itu yang sudah cukup masak untuk dia mengerti. Isyarat Imanina mahu menyambung tidur.
“Towel? Dalam almarilah..”
“Ambikkan untuk aku..” Arah Tengku Qalif selamba. Tangan memeluk tubuh, aksi seperti bos mengarah kuli bawahan.

“Selalu kan tengku pandai ambik sendiri…” Omel Imanina perlahan. Namun mengenangkan tanggungjawab seorang isteri yang harus melayan kehendak suami, dia bangkit juga dari katil.
Geram boleh tahan juga, namun dipendam jauh-jauh. Masa kat rumah ummi, dia bukan main terkenang-kenang lagi mahu berbakti kepada suaminya. Nak siapkan baju suami, gosok baju, cuci baju, kemas bilik, memasak, jadi sekarang tak eloklah nak mengeluh. Baru suruh ambik towel muka dah macam tauhu masam! Tak baik sungguh.

Tuala bersih berwarna putih yang dikeluarkan dari almari dihulurkan kepada Tengku Qalif. Kepalanya menunduk sahaja tanpa berani diangkat menentang renungan lelaki itu. Mana tidaknya, Tengku Qalif selamba buat aksi tayangan body, ingat dia biasa tengok ke? Tak biasa okayyy!
“Berapa lama kau tak cuci rambut?”
Imanina tersentak dengan suara serius itu. Dikerling sekilas wajah suaminya yang masih tajam merenung. Tunduk semula dengan dada semakin berpalu kencang. Menggelabah berdiri sehampir ini dengan suaminya. “Err.. petang tadi dah cuci. Kenapa?”

“Aku bau busuk ni, kau kedap rambut kau dalam tudung tu dah berapa lama?” Tengku Qalif menyoal lagi. Sebenarnya dia dah rasa nak tergelak melihat reaksi spontan Imanina. Kelam kabut gadis itu mencium selendang di kepalanya, lepas tu tepuk-tepuk kepala dan cium tangan pula. Cuba mengesan bau busuk barangkali.
“Busuk ke? Wangi je Nina bau ni..” Imanina terpinga-pinga. Ya Allah.. betul ke busuk? Malu nak gila wei! Nanti Tengku Qalif ingat dia ni jenis perempuan pengotor pulak.

“Kau memanglah bau wangi, sebab kepala kau sendiri. Aku bau busuk tahu tak!” Balas Tengku Qalif dengan nada dibuat-buat serius.  Tangan mengipas-ngipas pula hidungnya untuk membangkitkan sensasi cerita. “Selendang kau tu dah busuk, tak reti nak basuh ke apa?”
“Aaaaa?” Imanina terlopong memandang langkah suaminya ke arah bilik air. Dia kata selendang aku busuk? Ini selendang baru keluar almari okay, busuk apa kebendanya?? Dicium berkali-kali selendangnya. Wangi, bau Softlan lagi!

“Kalau dah tahu kepala kau tu cepat berpeluh, bagitahu aku awal-awal. Tak adalah aku nak paksa kau pakai tudung dalam rumah ni..”
Terkelip-kelip Imanina memandang Tengku Qalif yang berdiri di muka pintu bilik air. Keliru dengan deria bau suaminya. Orang bau wangi, dia bau busuk. Tak ke pelik tu?
“Lepas ni tak payah pakai tudung dalam bilik, aku tak nak bilik aku busuk dengan bau kepala kau tu..” Ucap Tengku Qalif dengan mata menjeling tajam.  Dum! Pintu bilik air dihempas kuat.

Imanina gigit bibir. Kus semangat! Kenapa tak hempas sampai tercabut aje pintu tu? Imanina merengus geram seraya menghempas duduknya di atas katil. Lilitan selendang di kepala diuraikan, mengerbangkan rambutnya yang cantik beralun. Dicium selendang sekali lagi, wangi. Dicium pula rambutnya yang lebat dan sihat itu, wangi juga.
Busuk tang mana? Hisy, Tengku Qalif ni memang ada masalah hidunglah!

Dan di dalam sana, Tengku Qalif tergelak-gelak sendiri. Lucu mengenangkan wajah Imanina dan aksi gadis itu ketika memeriksa bau di selendangnya. Sengaja dia mencipta alasan ‘kepala busuk’ itu kepada Imanina. Dia simpati sebenarya. Melihat Imanina tidur dengan kepala berlitup begitu, dia tahu gadis itu tidak selesa. Berpeluh-peluh sampai ke pagi… ah, sekarang dia dah pandai nak peduli pasal Imanina pulak?
Wajahnya di biasan cermin kecil itu dipandang tepat. Apa kena dengan kau Qalif? Soalnya sendiri.


***********




Usai bersarapan bersama mama dan papa, Imanina terkocoh-kocoh pula bersiap untuk ke kolej. Sebentar tadi Amri sudah mengirimkan SMS kepada dia, lima minit lagi sampai katanya. Mahu dia tak kelam kabut nak bersiap. Dengan baju tak bergosok, selendang belum dipilih, macam lipas kudung dibuatnya. Mujur juga dia ini tak cerewet sangat berfesyen, biar simple tapi nampak kemas dan bergaya. Bersolek? Tak berapa berminat sangat, cukuplah sekadar solekan nipis di kulit wajahnya.

Tengku Qalif bangkit awal pula hari ini. Elok lepas dia bersolat Subuh, lelaki itu sudah menghilang di dalam bilik air. Bila dia naik ke bilik sebentar tadi, lelaki itu sudah kemas berpakaian. Bukan main bergaya lagi, entah nak ke mana. Takkan ada parti siang-siang buta macam ni kut!
“Amri dah sampai?”

Imanina yang sedang mengenakan brooch di hadapan cermin menjeling Tengku Qalif yang berdiri di muka pintu bilik. Serius wajah lelaki itu memandangnya. Entah bilalah boleh nampak senyuman emas suaminya itu, kedekut benar nak bersedekah.
“Belum, sekejap lagi kot. Tadi dia kata dah nak sampai..”
“Hmm.. cepat sikit, aku tunggu kat bawah.”
Imanina tersentak. Laju tubuhnya berpusing menghadap Tengku Qalif. Kenapa pulak Tengku Qalif nak tunggu dia kat bawah? Wajah kehairanan dipamerkan di pandangan mata suaminya.

“Kau cepat sikit bersiap boleh? Termenung tengok aku kenapa?” Mata dijegilkan kepada Imanina yang tercengang memandang ke arahnya. Diatahu Imanina terperanjat dengan kata-kata dia sebentar tadi.
“Err.. tapi Nina nak pergi kolej dengan abang Amri ni, tengku nak ajak Nina pergi mana?” Tanya Imanina lurus. Dia benar-benar tidak faham.

“Kau ingat shopping mall bukak pagi-pagi macam ni? Ada masa pulak aku nak bawak kau pergi jalan-jalan?” Soal Tengku Qalif dengan nada penuh sarcastic. Saja menayang egonya yang kian lama kian luntur. Imanina mencebik kemudian memuncung dengan ayat pedasnya. “Cepatlah, aku hantar kau pergi kolej..”
Bulat mata Imanina memandang Tengku Qalif. Dia salah dengar ke apa? Tengku Qalif nak hantar dia pergi kolej? Wah… apa mama dah ugut Tengku Qalif sampai baik hati benar pagi ni? Selalu jenuh dipaksa dan kalau diheret ke kereta pun, belum tentu Tengku Qalif bersetuju nak menghantar dia ke sana. Namun terkenangkan Amri yang mungkin tiba bila-bila masa saja, dia jadi serba salah pula.

“Err.. tapi abang Amri dah on the way..” Dia tersenyum kelat tatkala pandangan tajam Tengku Qalif hinggap di wajahnya. Maklumlah, cakap suaminya itu memang tak boleh ditentang. Kalau dia kata putih, putihlah kau. Jangan pandai-pandai nak tukar hitam!
“Kau SMS dia suruh dia tunggu dekat kolej terus. Cepat, aku paling tak suka menunggu orang terhegeh-hegeh ni.” Pesan Tengku Qalif sedikit tegas.

Terkulat-kulat Imania.  Dia sekadar memerhati suaminya berlalu keluar dari bilik. Eh-eh, mamat ni ikhlas ke tidak nak menghantar dia ni? Dalam merungut-rungut, bibir mengukir senyuman kecil pula. Ada rasa bahagia tatkala membayangkan dirinya dihantar oleh si suami.
Kalau Tengku Qalif bukak dan tutupkan pintu kereta, lagi bahagia! Sudahlah Nina… kau berhenti berangan sekarang! Dah seribu rahmat dah dia nak hantar kau pergi kolej tu. Gerutu hatinya sendiri.

Terkenangkan suara lantang dan wajah bengis Tengku Qalif, kelam kabut Imanina mencapai beg galas dan fail-fail di atas meja. Bergegas dia keluar dari bilik dengan perasaan bercampur baur.
Hari ini permulaan baru untuknya, pergi ke kolej bersama lelaki pujaan hati. Harap-harap semua ini permulaan yang baik untuk Tengku Qalif juga…
"Imanina!!" 
Ketika kaki di anak tangga terakhir, suara Tengku Qalif kedengaran melaung dari porch di luar rumah. Imanina ketap bibir. Sabarlah tuan singa oii!


"I'm coming.." Sahutnya perlahan. 
Dia berlari-lari pula menuju ke pintu. Mata dan tangan sibuk membelek-belek isi beg galasnya. Dia memang cuai, kalau tak periksa betul-betul confirm ada yang tertinggal. Wallet ada, pendrive ada, pen drawing ada, handphone ada... sibuk membelek harta benda di dalam beg dan... dum!!
Imanina rebah ke lantai. Kepala terasa berpinar-pinar dan sakit. Pandangan kelam. Sayup-sayup dia terdengar suara bibik menjerit cemas.


"Tuan.. neng Nina terlanggar pintu!!"
Neng Nina? Hisy, bibik ni...! Sempat hatinya mengomel sebelum pandangan bertukar gelap gelita...

____________________________________________________

P/s : Acik edit sikit part ending tu... hehe. tadi tergantung sangat.  =)

87 Baca Laju-Laju:

Anonymous said...

hehehehhehe.. I like... tp still pendek la..tp puas ati sbb bleh lepas rindu.. hehehehehe.. hati ku berbunga riang.. lalalalalala(nyanyi-nyanyi kejap)

Anonymous said...

kenapa pendek sgt....tak puaslah...
tapi best, memang best...i like it

Kathy Tuah said...

walaupun pendek tp tetap puas hati ^^ tq acik sbb sudi curi masa untuk buatkan entri ni..

Ana said...

wah3x tengku dh ada perubahan lah....

Travel&Food Lovers said...

acik...

terima kasih byk2...ht sy pn berdebar2 rase...cewah...rase mcm TQ pulak...mcm nilah TQ pujaan ramai...so sweet...

terima kasih acik...

Lieya said...

suka sgt2 n3 kali ni acik...mmg terbaik la....TQ dh mula goyah sikit demi sikit egonya...dah tercetus irama lagu jiwang lak dlm hati dia pada nina ye..harap2 betullah dia jatuh cinta dan sayang nina selamanya.....kiranya nina dh berjaya buat TQ ni menyedari kehadiran dia jgk la kan...

Anonymous said...

super like!!!

mieza said...

ooohhh sukanya.. TQ dh mula jatuh chenta...

sEha said...

TQ nmpknye...men pusing2 cerita nmpk... rambut busk la....selndg busuk la...hahhahaha...... gOOd job acik !

dania said...

best laa cik... senyum2 jer baca u py enrty.. makin hari mkn tak sabar nak baca..

aina said...

jeng3...suda ada bunga2 jeles. next move, TQ.haih...jgn TQ gaduh ngan amri sudahlah.

mama said...

acik..

rasa macam kurang umphh!!! la...

ase macam tak puas hati aje baca...

apa yg kurang ye???

saya pun tak tahu...

anyway..best ttp best....

teruskan usaha acik...!!!

anies said...

control TQ control... jgn tnjuk sgt.. awal lagi ni klau nak bagi nina tau yg awak suke dia...hihi.(jahat ke sy...hikhik)
>like TQ

tien2lai said...

hahahaha...lawak giler tQ ni...Nina yg harum semerbak dikatanya bau busuk..padahal dia nk tgk wajah mulus Nina tanpa tudung...
siap jeles ngan Amri lagi...dulu kemain..nk bg free je Nina kt Amri..skang ni..nk tumpang keta pun da xleh...
da cair ke tQ ngan Nina???

reese said...

tien@lai: i like ur comment...

lia said...

hehehe...mngada la si tengku ni..mahu tp ego..acik!!!!mmg best la...hari2 tggu tau..

pnut said...

thx acik..
cukup panjang n3 kali nie..
best plak tuh..
waaa...ade perubahan TQ nie..
sudah tau jeles..
hehehe...padan muke..
sombong sgt..

Aleen said...

terbaek..suke sesangat, lam ati ade taman, pas nih jangkit kat TQ, biar lam ati ada taman siap kaler pelangi lagi..chaiyok Nina, menten sokong Nina nih, tackle TQ sampai jatuh chenta, biar terduduk, terlentang, janji chenta....lebiu Acik, muah muah muah..

Syaza Nadiah said...

Suka2 ! TQ dah pandai nak jeles . Thanks acik ! :)

Sal said...

Mak Ai!ego melangitnya Qalif, ckp la yg dia tu dh angau nk tgk nina tanpa tudung..lg comel kan dgn rambut panjang curls kat bwh..hoho!

Berani ye Qalif antar Nina ke kolej,nnt dia jugak meroyan tgk Amri practise ngan Nina kat runway, tambah lg Amri yg sure terpikat kat Nina..
Amri kan dh dpt greenlight dr Qalif..
sendiri mau igt la..pasti mkn dlm tahap gaban nnt Qalif tgk Nina mesra ngan Amri..hihi

TQ Acik, i likeeee!

haifa said...

acik, thanx 4 ur time. pendek pun tak pe la, janji ada!!
aittt tengku dah ada kemajuan dlm berkomunikasi nampak....serius best wehhh!!!!

Anonymous said...

besh laa achik.... suka tgk ego TQ semakin luntur. tp kan besh kalo achik wat saat mendebarkan waktu TQ dgn imanina berckp2 dlm bilik tue. i mean mcm buatkan si TQ terlepas ego dia sket. hehehhe... just my seposen only...

pas nie sambung cecepat yeah.... dah tak sabar nk bca next n3...go achik go go go

-hmj-

aja said...

huhu...mmg klaka...bes la acik...pdan muke TQ...kan da jeles..

Hatika said...

terbaek. ..... tp pndk ler n3. xpuas bc. huhuhuhu. anyway i like.. tq acik

Ameen said...

Ni 1st time tulis kat sini coz baru jumpa slot ni!( kelakar kan ) Sukee bila TQ dh makin libang libu dgn diri sendiri yg makin sukakan kehadiran Imanina! mmg ikut ati nk sampei abes,,tak sabor teman nk nunggu!Timakaseh utk Acik yg sanggup curik2 masa mkn taipkan yea!! Sangat2 dihargai....

idA said...

pergh acik..thumbs up...
wah..wah..betui betui akak impress ngan sikap baru TQ ..ni lah perubahan yg betui betui akak dan yr die hard fan nanti nantikan....perasaan yg sukar nak dipercayai oleh TQ sendiri akan sikapnya terhadap nina....apa ek terjadi selepas dia keluaq dari bilik air dan mendapati nina masih akur ngan suruhan nya iatu menanggalkan selendang bila tidur..dan apa perasaannya bila melihat ketenangan gadis itu bila tidur disampingnya..adakah satu malam tu dia tidak tidur ngan membuat ujikaji hatinya dan perasaannya pada nina yg tiba tiba datang bagi tsunami mengisi ruang jiwanya dan seakan bayangan liyana sudah hampir lenyap diruang hati dan mindanya..
Dan persoalan dengan tingkahnya yg peliks peliks terhadap diri nina menimbulkan pertanyaan yg serupa juga pada diri akak..yr die hard fan dan apatah lagi pada nina dan ibu bapa TQ mesti terkejut beruk bila melihat TQ dengan selambanya menghantar nina kekolej yg tak pernah pernah dibuat selama perkawenan mereka ...
Apa pulak penerimaan amri bila mengetahui yg TQ dah berubah 360% layanannya terhadap nina..tidak kah nanti amri bingung ngan perubahan yg mendadak mamat sengal poyo tu pada nina..apatah lagi melihat gayanya berpakaian pagi tu bila menghantar nina..as thou a new TQ is here for good dan dia dah dapat merasakan yg kawan baiknya itu telah dapat melepaskan liyana dari ruang hatinya dan ruang itu telah dipenuhi ngan nama nina seorg gadis yg keletah, jelita, comel dan perwatakan ceria,keanak anakan dengan keselambaannya .. telah mencuri hatinya dan dia sendiri tidak menyangka nina telah juga mengundang perasaan peliks peliks pada gadis yg sudah bersuamikan kawan baiknya sendiri.
Alahai rasa macam tak sabar nak tunggu apa reaksi TQ bila nina berbincang ngan amri pasal koleksi baju yg hendak diperagakan oleh amri dan kawan kawan lelaki nina dan bila mereka membuat rehersal untuk runaway tu..bila nina kena memperagakannya bersama ngan amri..apa ek kata TQ mamat sengal tu untuk cover rasa cemburu yg meluap luap untuk digantikan dengan dirinya untuk berpasangan dengan nina isterinya..(wah ..acik..mcm akak dah lebih lebih pulak..ek..sori..terbawa bawa pulak angau akak..kat citer TQ and nina ni..pergh dik..gambar kat atas tu..waduh..handsome bangat...curi masa tea break masuk blog acik sekejap..emmm..kalo ada sambungan lagi untuk mlm karang mmg sungguh dialualukan..ek..)

Anonymous said...

waa XD..one of da silent reader acik hee..tenkiu n thumbs up kat acik.. crita sumeny lyn2..one more,.thanx coz salu update entry.. <3 acik

-mira- :)

Hanim69 said...

hahahahahahahaaaa.... bab dum!! tu yh x boleh bla tu... pastu boleh terdengaq pulak bibik pnggil dia Neng Nina.... hahahahahahaaa... lpas ni sure c TQ yg kalut kelibut sbb Nina dh pitam langgar pintu.... hahahahahahahahaaa... n3 ni ada sweet n lawaknya...sbb ego konon rambut Nina tu busuk la selalu berbungkus... padahal dh kasih plus kasihan pd Nina tu.. hahahahaahahaaa.... c TQ tu gatal nk pi kolej Nina tu sbb Amri jd model projek Nina... kalau x.. x hingin dia murah hati pi antar Nina tu ke kolej....cemburu plus dlm jiwa ada taman... Amri...cpt2 tackle Nina tu.. kasi berasap pd itu Tengku.... hahahahahahahahahaaa...

Su said...

berbunga-bunga rasa hati ni bila tgk perubahan pd TQ.. thumbs up to Imanina.. harap2 bhg lps ni..

Anonymous said...

hahaha..sure TQ panic ni sbb neng nina udah pengsan!!!
Acikk!!! best

ieda ismail said...

hahahaha, ley plak Neng Nina ni terlanggar pintu...abis la lebam kat dahi nnt

cik Nur Adila binti Jawawie said...

alala~ dah nak sampai part comel dah. tapi jgn cepat sgt acik. kasi hati ni dub dab lebey2 siket. hihi..
btw, buat la part qalif mimpi liyana suruh jaga nina baik2 pulak.
eh, boleh pulak reader suruh2 kan? adoiii~

k.mimi said...

Acik makin bestlah cite ni..akak teruje sangat sampai kali ni tak tunggu malam dah nak baca n3 PCBS lepas aje pukul 2.30 terus nak bukak pc bukan aje citenye bolih buat akak tersenyum2 sendiri tapi gambar2 Imanina pun bolih buat akak tergelak2 sorang2...Tahniah U are the best tak sabar nak tunggu next n3 rasa macam nak suruh masukkan 2 X sehari aje ..mcm penamak ajekan ha..ha..ha... kesian kat acik ape2 pun tak kesahlah janji ade n3 hari2...

Kathy Tuah said...

muncul kembali kat sini sebab nak baca ending yg acik edit..lucu part nina terdengar bibik panggil dia neng..hahaha..

Anonymous said...

hahaha bab langgar pintu memang comel. Caner ye TQ lompat nak tolong Nina??Terima kasih la pintu sebab buat Nina langgar ko. Tq gak kat acik layan 'mereng PCBS' pembaca..muahhhhhhh. lebiu acik!! = mak Mal

Ruhil said...

TerbAikk.. Sangat suka

mamaqish said...

alolooooo...comel banget la acik!!!eh.citer acik la..hahahaha...i adore ur idea la acik.keep it up!!!

reese said...

acikk... bestnya ending yg sekerat ni... baru kalut TQ tu nnti... betul2 mcm drama kat TV, buat org xsabar nk tunggu sambungannya esok... u r the BEST la acik!!

Acik Lana said...

hehe.. terima kasih semua.. itulah, ramai kata acik suka matikan citer time klimaks... ehehe. biasalah, pengaruh tgk drama la ni.

anyway TQ sbb saba dan suka mengikuti perkembangan kisah TQ dan Nina.

but wait, kemanisan tidak begitu cepat dinikmati ye. lagipun x sampai sebulan lagi kawen. rileks eh... kita langkah satu persatu ikut TQ dan Nina...

thanks komen. =)

dewdrop said...

One more n3 for today bisa gak acik??hahaha

Anonymous said...

Terrrbaikkkk best..best...dan best..acik tulis la ikut mana pun..tak kisah...sebab dah tau mesti best punya...betul tu acik...buat step by step..baru la ada thrill...kalau cepat2 nikmati kemanisan..cepat la tamat novel ni..acik kalau boleh biar la citer ni lebih panjang drp ABM...mahal pun takpe mesti beli punya...

-Umi Anis-

OhMyGucci said...

Haha..TQ da suka kat nina..yeay!haha..best best best

zuzu said...

thannxxx acik!
Dah ada bunga2 cinta dahh...hehe..
=D

acik nak lagiii...pliiizzzzz...hehe

Aida Sherry said...

TQ...dlm hati dah ada taman bunga tapi masih ego nak akuinya.... takpalah perlahan2 bukak pintu hati utk Nina....
Nina.... moga terus bersabar dan bertambah kreatif utk mengoda TQ agar berlembut dan dpt terima dirinya seadanya...

ruby sweet said...

hahahaha....apala imanina nie bley plk lggar pintu..... lawak...lawak.. cepat next n3..... huhuhu

arzalif said...

hahahaha akhirnya si qalif dh suka kat nina. lps ni harus cemburu dia mkin mnjadi2 la. paling kelakar time nina langgar pintu, x boleh blah tul la ngn gaya dia yg kelam kabut hehehe. bijak acik lana kita kan. teruskan lagi, x sbr nk tgu n3 br hehehe

mizz acu said...

hahahahaa... adoi laa nina nii.. kan da melepas nak suro hubby terchenta hntr p kolej.. heh
qalif2.. ati da pandai menipu tuan yer.. heheheh.. tu la dlu belagak sgt

Anonymous said...

awwww...kenapa kah komen acik lana mcm akan menimbulkan kegusaran pada hati saya nie.. hurmmmmm.... tak pa acik suka buat happy ending rite????

aimie_afifah said...

Kikikiki...amboi TQ ego tahap melangit taw...cian Nina..Kan dah cium pintu....

mesti TQ lagi haru kalau Nina hilang ingatan sbb tu...

Acik...nak lg taw

aimie_afifah said...

Kikikiki...amboi TQ ego tahap melangit taw...cian Nina..Kan dah cium pintu....

mesti TQ lagi haru kalau Nina hilang ingatan sbb tu...

Acik...nak lg taw

blinkalltheday said...

thumbs up utk acik!!

Anonymous said...

wow... really love to read all your stories.. u r really talented! now everyday i check your update.. so addicted!

anna cumil said...

hahahahahahahaha...sgt kelakar part nina langgar pintu tu...sgt sgt kelakar...xbenti ketawa la ai camni...acikkkkk gian ngn citer ni plak...hadoi jd minah gian la plak bile bace citer2 acik...

nurul said...

before ending die di edit, saya macam 'aik, ni je ke? apesal macam takde rasa feel?'

bila dah edit, 'ooo emmm geeee! tak sabar tunggu next entri! aum aummmm!'

Kbai!

rinn jeff said...

nak lagiiiii......dah tak sabar dah nie nak tau next what happen to nina...mesti TQ tu terkejut and kelam kabut nak tolong wife nya yg pengsan seketika...hehe..can't wait....

Anonymous said...

kesian plak kat TQ nie, bertempiaran tempo normal jantung dia psal Nina..
alasan la konon kan, rambut bau bagai..hahaha
Nina excited TQ nk hantar g kolej smpai xperasan pintu..kn ke dh gelap kejap tu..
apa la reaksi TQ ea? excited gla nk tau nie.. :D

[hawa]

Anor said...

Acik n3 kali ni betul-betul tak
puas bacalah dh tak sabar nk tunngu
n3 baru pula... Aaaa baru TQ rasa
cemburu ye bila ada jejaka yg
selalu berada disamping Nina...
selama ni tak pernah nk hargai
Nina... tapi bila ada jejaka lain
yg prihatin tau pula nk marah...
Acik kasi TQ lagi berasap bila
tengok Nina begitu mesra dgn Amri
sama-sama memperagakan pakaian
di feshen show nanti... cpt sambung
ye acik dh tak sabar ni...

lidi said...

hahaha...terlanggar pintu terbaik ler..cukup pakej jd clumsy girl..hehehe

YONG JIAO XIU said...

adei blh plk nina ni. hehe nak suh qalif dukung lagi ya. pandai dia amik kesempatan.haha.
ha tu qalif dah pandai jeles dah tu.hehe. tp huh berlagak lagi tu, selamat la nina dah kata nak tackle smppi dpt.
thanks acik, esok satu ya. hehe. insyaAllah esok sy baca awal.hehe.

sitinor said...

hahahaha nakal betul la imanina ye.. nak lg nak lg best sgt22222222....

aiscream cokolat said...

osem acik!!! memangggg osem sangat2!!! kipidup acik. karya2 acik memang xpernah menghampakan =)

faziera ezani said...

kelakar la part ini.. tk sabar n tggu bab yg sterusnya^^

Adah Adawiah said...

acik, n3 ari nie sngt2 awesome...
terbaik dri ladang lah..hehhehe...
thumbs up to you... =)

Anonymous said...

sukaaaaaaa sgt!!

lieyna said...

wah cinta sudah berbunya ye,,,
i like i like la acik

lieyna said...

wah cinta sudah berbunya ye,,,
i like i like la acik

cikgu lizz said...

wahhhh3x...feeling abis la plak..dadaku pun berdetup detap..aduhai..sweet sungguh laaa..bisa x tidur ini malam..mimpi TQ..hehe..

Syaffinie said...

ngada2 la pulak si qalif ni.. uuiih..nina..nina..blh pulk telanggar pintu..hehehehe.. ACIK..NAK TANYA..NOVEL KERANA AKU UNTUKMU..BILA NAK D BUKUKAN..?

Syaffinie said...

ngada2 la pulak si qalif ni.. uuiih..nina..nina..blh pulk telanggar pintu..hehehehe.. ACIK..NAK TANYA..NOVEL KERANA AKU UNTUKMU..BILA NAK D BUKUKAN..?

Syaffinie said...

ngada2 la pulak si qalif ni.. uuiih..nina..nina..blh pulk telanggar pintu..hehehehe.. ACIK..NAK TANYA..NOVEL KERANA AKU UNTUKMU..BILA NAK D BUKUKAN..?

Syaffinie said...

ngada2 la pulak si qalif ni.. uuiih..nina..nina..blh pulk telanggar pintu..hehehehe.. ACIK..NAK TANYA..NOVEL KERANA AKU UNTUKMU..BILA NAK D BUKUKAN..?

Anonymous said...

haha.....bole plak lgar pintu..huhuhu...acikkkkk.....novel acik sume best2.....:).


-yayo

yuyu said...

yesss!!!! dah ada tindak balas +ve. acik kasi Nina jual mahal skit.. ngeee

Wan said...

thumbs up acik, peminat baru ni, sengeh sendirian dengan perubahan TQ

idaman said...

Waduh..acik, x puas r nak baca. Makin menarik..tak sabar nak tggu sambungan ni.

Ameen said...

Udah bace edited version!!Suke2..bior TQ rasa terbeban dgn apa saja yg terjadi pd NIna, tu la sapa suruh ego sgt!!
Frankly speaking Acik, cara Acik olah citer ni betul2 best..bukan PCBS saja, ABM,KMHB ( yg sgt2 kak tunggu )& semuanyalah!!! terasa mcm dekat dihati!!!mmg layan abes citer2 tu semua sampai terbwk2 suka kat hero & heroin diluar citer. Tahniah di atas kewibawaan Acik itu dan teruskan usaha!! Moga Acik senantiasa diberi kesihatan yg baek & diberkati ALLAH selalu, amin!!!

Anonymous said...

wah ini macam ending suspens... nina mesti x jadi g kolej yek? ape tjadi lepasa nie x sabar nak tau... hehehe :)

-hmj-

::misz maney:: said...

hihihi..comel acik buat ending die..terlanggar pintu lagi..ngeehhhh..mesti TQ risau kan.. :)

Anonymous said...

Imanina...Imanina kelam kabut sngt ... kan dah pengsan

Sal said...

suka sgt tang idea acik nk langkah satu per satu.

Let the excitements on this n3 flows as it grows..hihi
syok gillers!

smegolpride said...

Accccik i love you

Anonymous said...

Acik suka sgt.....mesti TQ caring gilee pas ni thumbsup la Acik Awesome.....usma

Henry Butcher Malaysia (Butterworth) Sdn Bhd said...
This comment has been removed by the author.
nani said...

boleh plak nina nie langgar pintu, xsbarnyer nak baca next entry,,msti TQ risau :)

Jo said...

wow so sweet thanks acik for the new post rindu maaaaaaaaaaaaa

bapingBola said...

:D

jue bard said...

Hmmm..hati mula terusik, debar dh dtg, rasa dh tersungkap, senyum mula terukir..so don't deny it qalif..bukak mata, bukak hati terima nina..senangkan.

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI