Followers

Bab 19 : Pelangi Cinta Buat Suami...



Mata tidak betah untuk terus memandang ke arah jalanraya di hadapannya. Sekejap-sekejap dia menoleh ke kiri, mengerling wajah yang berkerut-kerut menahan kesakitan di sebelah.
Cuai betul! Macam mana berjalan sampai boleh langgar pintu sebesar-besar alam tu? Mata letak dekat mana agaknya entah. Ah, tapi silap dia jugak, dia yang tak reti nak bersabar. Terpekik terlolong memaksa Imanina cepat-cepat keluar tadi. Mahunya tak cuak minah ni.

“Sakit? Ingat dah keras sangat kepala tu sampai nak hempuk dekat pintu.” Sindir Tengku Qalif. “Balik nanti, kalau aku check bercalar pintu tu, siap kau.” Sambungnya pula. Sengaja dia buat-buat prihatin pada pintu, tidak mahu Imanina mengesan perasaan bimbangnya yang berkepuk di dada.
Teringat kejadian tadi, memang terasa mahu tertanggal jantungnya. Mahunya dia tak panik, Imanina terlentang tak sedarkan diri depan pintu rumah dengan dahi berbenjol kebiruan. Mujurlah tak lama sangat pitamnya, lepas mama renjis-renjis air elok pulak terbeliak mata Imanina.

Imanina menjeling ke arah Tengku Qalif yang serius memandu. Dari tadi asyiklah membebel risaukan pintu kayu tu. Dia ni kahwin dengan aku ke dengan pintu tu? Gerutu Imanina di dalam hati. Tangan menggosok perlahan dahinya yang sedikit benjol. Masih terasa denyutan di situ.
“Allah bagi mata suruh pandang depan belakang, tengok kiri kanan, bukan buat perhiasan dekat muka tu. Cubalah berjalan tu elok-elok sikit. Clumsy sangat kau ni, semua benda nak langgar.”

Imanina gigit bibir. Haish.. tak habis-habis lagi rupanya! Banyak mulut betul Tengku Qalif ni. Selalu bukan main elok menternak berlian dalam mulut, nak bercakap bukan main payah. Ini dah tersalah makan ubat ke apa ni sampai jadi peramah sangat? Imanina mengeluh perlahan.
“Iye-iye, balik karang Nina mintak maaf dengan pintu tu. Mesti dia sakit kena langgar dengan Nina tadi kan?” Balas Imanina dengan nada menyindir suaminya.

Tengku Qalif kerling wajah kelat Imanina. Dia bukan kisahkan sangat hal pintu yang tak berperasaan itu, dia cuma risaukan Imanina. Tapi takkanlah nak mengaku, jatuh egonya nanti. Lagipun perasaan ini masih baru, dia sendiri belum cukup yakin apa sebenarnya yang dia rasa.
“Kita pergi klinik, mana klinik kau biasa pergi?” Soalnya serius.
 “Tak naklah, sikit aje ni. Terus pergi kolejlah..” Imanina membalas bersahaja.
“Degil kau ni kan, itu kepala dah lebam-lebam takkan tak nak pergi klinik?”
“Sikit aje ni, tak nampak sangat..” Imanina sentuh dahinya yang terasa perit. “Nanti Nina coverlah dengan selendang ni..” Ditarik-tarik pula hujung selendang di bahagian muka, konon pandai sangat nak cover benjol itu.

Tengku Qalif ketap bibir. Ya Allah.. degil betul minah ni! Memanglah luaran nampak tak serius sangat, tapi belah dalam macam mana pulak? Dia mendengus geram. “Kau jangan degil boleh tak? Nanti kalau orang nampak, orang kata aku belasah kau pulak!”
“Hisy, mana ada orang nak fikir macam tulah..” Imanina membantah. “Lagipun kita dah terlambat ni, Nina tak nak model-model tu lama tunggu Nina. Kesian abang Amri..”

Tersirap lagi darah Tengku Qalif. Geram apabila Imanina asyik menyebut-nyebut nama sahabatnya itu. Kata tak mahu model-model menunggu lama, tapi kenapa kesian dekat Amri seorang saja? Dekat model-model lain tak kesian?
Panas hatinya tiba-tiba. Stereng dipulas ke laluan kecemasan sebelum dia memberhentikan keretanya secara mengejut. Terdorong tubuh Imanina ke hadapan dengan tindakannya. Bulat mata gadis itu memandangnya dengan wajah terpinga-pinga.

“Apa ni tengku?”
Nafas Tengku Qalif turun naik. Lelah melawan perasaan yang bersimpang siur menerjah hati. Geram ada, sakit ada, cemburu ada, semua ada! Wajah Imanina dipandang tepat, terkelip-kelip gadis itu menanti jawapannya.
“Aku tanya sekali lagi Imanina…” Nafas dihela berat, tangan melurut rambut dengan riak wajah tertekan. “Mana klinik kau biasa pergi??”

Imanina telan liur. Macam ni punya serius, nak tanya pasal klinik aje? Buat semput nafas orang betul! Tudung di kepala dibetulkan sebelum dia merengus perlahan. Geram dengan sikap panas baran suaminya. “Klinik dekat rumah Nina tu… tapi jauhlah kalau..”
Tidak sempat dia mahu menyudahkan ayat, tubuhnya teranjak ke belakang. Kereta Tengku Qalif kembali memecut di tengah-tengah lebuhraya itu. Imanina mencuri pandang ke wajah serius suaminya. Apalah masalah lelaki ni, ada wayar tercabut kat kepala agaknya. Nasib baik aku sayang, kalau tidak…!




Melangkah masuk ke dalam Workshop 8, banyak mata tertumpu dan teralih ke arahnya. Dengan senyuman kelat, Imanina menyapa Kaira dan Siti yang mempamerkan reaksi terkejut. Mestilah terkejut, hari ini dia datang bawak laki! Bukan setakat Siti dan Kaira, masa dia berjalan nak ke sini tadi pun banyak mata tertoleh-toleh melihat Tengku Qalif. Susah jugak berjalan dengan orang lawa ni, spotlight memancar-mancar mengalahkan artis! Sebenarnya dia sendiri hampir tidak percaya bila Tengku Qalif mahu ikut turun sekali. Sangkanya nak drop-bye aje depan pagar kolej. Pelik, dia yang terhantuk pintu tapi wayar di kepala Tengku Qalif yang dah terputus!

Tengku Qalif yang menapak di belakang Imanina, menayang muka selamba. Dia sekadar memerhati ruang bengkel jahitan yang sederhana luas itu. Hanya ada dua orang rakan baik Imanina dan dua orang lagi pelajar perempuan yang tidak dikenali di ruang itu. Bayang Amri dan dua orang model lelaki hot yang pernah diceritakan Amri dulu tidak kelihatan pula.
Perlahan dia melabuhkan duduk di hadapan meja kerja setelah dipelawa Imanina. Mata meneroka pula ke arah pakaian-pakaian cantik yang disarung ke tubuh patung tanpa kepala di tepi meja itu. Ada yang sudah lengkap dan cantik, ada juga yang nampak seperti belum siap. Tapi dia akui, cantik dan kemas rekaan-rekaan Imanina. Moden dan nampak eksklusif.

“Laki kau buat apa datang sini?” Tanya Siti separuh berbisik. Mata mengerling ke arah Tengku Qalif yang duduk di meja kerja Imanina. “Dia spotcheck kau ke apa? Takut kau miang dengan model-model hot kot.”
Imanina menepuk perlahan lengan Siti. Spotcheck apa bendanya, lelaki itu mungkin datang ke sini sebab mahu bertemu Amri. “Jangan nak merepek. Eh, abang Amri dengan budak-budak tu mana? Tak nampak muka pun..”
“Diaorang pergi cafĂ©, minum sekejap. Lama sangat menunggu kau tadi, kau pergi dating ye?” Sampuk Kaira yang kini menyertai mereka di meja kerja Siti.

“Dating apanya.. aku pergi kliniklah.”
“Apesal? Kau mengandung ke?” Usik Siti pula. Pecah gelak besar Kaira dengan soalan Siti itu.
Imanina mencebik geram. Sakit jiwa  melayan senget budak berdua ni. “Mengandung? Ha’ah, mengandung kat dahi. Tak nampak ni?” Jari menyebak tudung yang menutup dahi. Menayangkan dahinya yang berbenjol kebiruan.
Terkebil-kebil Siti dan Kaira memandang dahi Imanina. Nampak jelas kesan benjol di kulit putih melepak sahabat mereka itu.

“Kau jatuh katil ye? Itulah, jangan nak over-over sangat bila..”
Mati kata-kata Siti tatkala Imanina menerpa dan menekup mulutnya. Imanina cemas, bimbang kalau Tengku Qalif terdengar usikan nakal Siti. Kemudian dia tersengih kelat memandang Tengku Qalif yang berkerut kening melihat aksi dia yang macam nak menculik Siti ini.

“Kau diam lah wei.. jangan cakap bukan-bukan depan suami aku!” Separuh berbisik Imanina memberi amaran. Tegas supaya Siti tahu dia tidak main-main. Laju Siti mengangguk kepala tanda setuju, yang Kaira pula dari tadi asyik jadi tukang gelak. Yakin dengan janji Siti, Imanina melepaskan tangannya yang menekup kuat mulut Siti sebentar tadi.
“Bergurau pun tak boleh..” Gerutu Siti seraya mengelap bibirnya.
“Gurau benda lain okay, hal-hal sensitif tak boleh ek.” Balas Imanina seraya tersenyum kecil. “Dah siap semua baju korang? Hari ni dah boleh buat full rehearsal kan?”

“Aku dah siap dah, tinggal nak jahit sembat aje kat lengan tu.” Kaira tersengih lebar. Terasa lega dengan kerja-kerja yang kebanyakannya sudah siap. Selepas ini mereka hanya perlu memikirkan tentang muzik dan menguruskan model-model yang bertugas. Kerja yang tidaklah seberat melakar dan menjahit baju!
“Kau tu, ruffles kat blaus kau tu tak siap lagi kan?” Soal Siti kepada Imanina.
“Hmm.. itu senang aje. Sap-sap -soi siap!” Ucap Imanina yakin. Sudah biasa menghasilkan blaus dan dress beropol begitu, tak adalah susah sangat baginya.


Tengku Qalif mengeluh kebosanan. Melihat Imanina yang rancak berbincang di sebelah sana, dia rasa seperti tunggul kayu pula. Lagi rimas apabila dua orang gadis yang duduk di sebelah sana asyik tersenyum-senyum memandangnya. Kenapalah pelik-pelik sangat perangai perempuan sekarang ni..
Pintu bengkel yang terkuak mengalihkan perhatiannya. Mata tertancap ke arah Amri yang melangkah masuk sambil berbual-bual dengan dua orang lelaki muda. Memang muda, mungkin sebaya Imanina. Terpandangkan paras lelaki-lelaki kacak itu, hati mula berkocak resah. Saban hari Imanina menghadap muka-muka lawa ini, takkan tak tercuit di hati? Wah, sekarang dia dah pandai nak rasa tergugat pulak?

“Wow, surprise apa ni? Qalif, kau buat apa dekat sini?” Tegur Amri saat terperasankan sahabatnya yang duduk di meja kerja Imanina. Macam tak percaya pula sampai ke sini langkah Qalif. Mata segera mencari Imanina, gadis itu sedang leka berbual-bual bersama Siti dan Kaira. Dihampiri Saiful dan Danial, Imanina menyapa dua orang pemuda itu penuh ceria. Bibir spontan mengukir senyuman lebar, sentiasa sejuk hatinya tatkala wajah Imanina singgah di mata.

Tengku Qalif yang ternampak renungan Amri kepada Imanina, berdehem beberapa kali. Kurang senang Amri memandang terus ke arah Imanina. Sakit mata dia ni, dan bertambah sakit mata melihat dua orang lelaki muda tadi begitu mesra bergelak ketawa dengan Imanina. “Aku saja aje singgah sini nak jumpa kau. Kau ke mana?”
“Aku lepak minum, tunggu Nina lama sangat tadi. Kau pulak, apa mimpi sampai ke sini ni?” Tanya Amri seraya melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan Tengku Qalif.

“Macam aku cakap tadi, saja nak tengok kau rehearsal.” Balasnya menutup kegugupan rasa di hati. Takkan nak cakap dia datang sini semata-mata nak check line Imanina, nak tengok dengan lelaki mana gadis itu bekerja. Dan paling gila, takkan nak mengaku dia cemburu! Mahu gelak guling-guling si Amri ni nanti.
“Hmmm.. bertambah nervouslah aku. But I’m pretty sure, kalau aku pakai baju tu mesti kau nak beli terus. Sebab nampak cantik bila aku pakai kan..” Usik Amri dengan gelak kecilnya.

Tengku Qalif tersenyum pahit. Tidak terasa lucu lagi kata-kata Amri di telinganya. Memang Amri sahabatnya dunia akhirat, tapi sekarang dia mula memandang Amri sebagai ancamannya. Ancaman untuk mendekati Imanina. Ah gila! Asyik Imanina saja yang dia fikir di kepala, macam tak ada benda lain. Kata tak suka, tapi kenapa perasaan begini muncul pula?
“Abang Amri dah sampai, can we start now?” Tanya Imanina yang muncul dengan senyuman di bibir. 

Tengku Qalif mengalih pandang, berdoa tidak ada lelaki lain merasai getaran seperti yang dia rasa sekarang. Senyuman Imanina manis benar, akhir-akhir ini baru dia perasan. Dia bimbang kalau ramai lelaki tumbang dek senyuman semanis itu.
“Dah ready dah. Eh Nina, kenapa dengan dahi tu?” Soal Amri dengan nada sedikit cemas. Dahi Imanina yang berbenjol dan sedikit lebam itu begitu jelas di matanya.
Tengku Qalif mengerling Amri, kurang senang dengan aksi prihatin yang ditunjukkan Amri.

Imanina tersengih kelat. Malu nak mengulang cerita yang sama. Tapi kalau dia menipu, apa pulak kata Tengku Qalif yang jadi saksi kejadian tadi. “Err.. Nina terlanggar pintu.”
“What??” Bulat mata Amri memandang Imanina. Kemudian dia tergelak kecil pula, lucu dengan apa yang didengarnya. “Sorry if abang gelak, but macam mana sampai tak nampak pintu tu?”
“Hisy, jangan gelakkan oranglah..” Imanina memuncung, namun beberapa saat kemudian dia kembali tersenyum. Cerita dengan siapa-siapa pun, memang orang akan gelakkan dia. Macam orang bodoh pergi langgar pintu. “Nina nak cepat tadi, tak perasan pintu tu.”

Tengku Qalif mula panas telinga. Sakit jiwa dengar suara manja Imanina berbalas dengan suara lembut Amri. Haih.. berdesing dibuatnya!
“Lain kali, hati-hati sikit berjalan tu. Banyak kali dah abang pesan kan, take care of yourself.”
“Hmm.. itulah. Lepas ni Nina bukak mata luas-luas..” Balas Imanina seraya mengerling ke arah suaminya. Itu pesanan lapan belas kali dari Tengku Qalif tadi. Seketika matanya menatap wajah Tengku Qalif yang serius, langsung tidak tercuit dengan lawak-lawak dia bersama Amri. Kebal betul hati mamat ni!

“Baju abang dah siap ke?” Tanya Amri mengalih topik perbualan.
“Dah siap dah, ada dalam fitting room tu. Abang nak salin sekarang?”
“Sure.. jom.”

Tengku Qalif tersentak. Jom?? Berderau darahnya. Mata segera mencari wajah Imanina, bersilih ganti pula ke wajah Amri yang masih rancak bersembang entah apa. Ah sudah, takkanlah Amri ajak Imanina ke fitting room sekali. Bukan dia tak pernah menonton rancangan fashion show dari Barat, dah  banyak kali dia tengok. Memang designer akan sibuk memakaikan baju kepada model-model mereka, tapi takkanlah dekat Malaysia pun buat yang sama? Model lelaki pulak tu!  Nafas dihela perlahan. Duduknya tidak lagi selesa, menggelisah tak tentu arah.

“Tengku tunggu sini sekejap eh, Nina nak siapkan baju untuk abang Amri..”
Tengku Qalif tersentak dengan kata-kata lembut Imanina. Ah, dia nak ikut sekali! Dia tak mahu Amri menghantar imej-imej godaan kepada gadis itu. Manalah tahu.. lelaki ini banyak benda dalam kepala!
“Err.. Imanina!” Panggilnya tatkala sedar langkah Imanina dan Amri semakin menjauh. Gadis itu berpaling serentak dengan Amri, dua-dua tayang muka pelik. “Err.. aku.” Bibir diketap. Tiba-tiba dia rasa tewas kepada Amri. Dengan Amri bukan main mesra bahasa dan pangkat yang disebut Imanina, tapi antara dia dan Imanina bagaikan berjarak. Gelaran Tengku-Aku tidak lagi sedap disebut.

“Yes?” Imanina menjungkit kening. Pelik melihat muka Tengku Qalif yang berkerut-kerut macam tengah pening sangat memikirkan masalah negara.
“Err.. nothing. Cepat sikit!” Balas Tengku Qalif dengan riak dibuat-buat serius. Okay, itu memang bodoh! Cepat apanya?? Gerutu hatinya sendiri.
Imanina kerut kening. Bertukar pandang pula dengan Amri yang sudah tersenyum-senyum. Dia tidak faham makna senyuman Amri itu, dia belum habis belajar menyelidik jenis-jenis senyuman yang ada di dalam dunia ini.

“Nina, cepatlah wei.. nanti pukul berapa nak siap?”
Panggilan Siti mematikan aksi faham-tak faham di antara Imanina dan Tengku Qalif. Imanina sekadar mengangguk dan membuat isyarat ‘ok’ dengan jari. Kemudian dia kembali mencari wajah suaminya, dia mahu bertanya lebih lanjut tapi terkejarkan masa pula. Sudahnya dia kembali berpaling mengekori langkah Amri menuju ke arah fitting room di sudut bengkel. Nanti-nanti boleh tanya..!

**************

Bibir diketap untuk kesekian kalinya. Terpandangkan kemesraan Imanina yang sibuk mengajar Amri bercatwalk membuatkan dia semakin panas hati. Gelak tawa dan gurauan di antara dua manusia itu benar-benar menjengkelkan!
Tadi dia sakit mata melihat Saiful bergandingan dengan Imanina, lepas tu geram melihat Danial yang tak habis-habis memanggil dan menyebut nama gadis itu. Semua benda Imanina! Nak airlah, nak suruh butangkan bajulah, suruh ambilkan bajulah, memang suka benar mereka menyuruh Imanina. Kenapa tak suruh saja Siti atau Kaira tu?

Tengku Qalif mendengus geram. Ikutkan sabarnya yang tinggal secubit ini, memang sudah lama dia angkat punggung dan balik. Biar dia tidak nampak semua ini, biar dia tidak dengar langsung, tapi hati berkeras juga mahu terus duduk memerhati. Saja nak dera perasaan sendiri!
Gelak ketawa Imanina dan Amri semakin menjadi-jadi. Lucu sangat agaknya bila tersalah langkah dan tersadung kaki, entah apa-apa entah! Kutuknya di dalam hati.
Melihat Amri yang sentiasa mencari peluang mencipta kemesraan dengan Imanina, dia semakin sakit jiwa. Nafas dihela terasa panas berapi. Lagi-lagi melihat wajah ceria Imanina yang tidak mempedulikannya sejak tadi. Sibuk sangat melayan model-model macho dia tu!

“Imanina!”
Suasana tiba-tiba menjadi sunyi sepi dengan suara Tengku Qalif yang meninggi. Imanina terpinga-pinga, begitu juga Amri. Siti, Kaira, Saiful dan Danial ikut sama terdiam. Lambat-lambat Imanina berpaling ke arah suaminya yang sejak tadi duduk mengasingkan diri di sana. Tajam dan serius wajah lelaki itu merenung ke arahnya. Alahai… dah buat dah perangai garang tak bertempat dia tu!

“Sekejap eh, korang continue dulu.” Pesan Imanina kepada rakan-rakannya. Kemudian dia menapak ke arah Tengku Qalif yang tidak lepas-lepas memandang tajam ke arahnya. Nak tunjuk sangat muka marah dialah tu..
“Kenapa tengku?” Soal Imanina lembut setelah dia berdiri betul-betul di hadapan Tengku Qalif. Paras ketinggian mereka hampir sekata kerana lelaki itu duduk di atas kerusi bar yang agak tinggi.

“Kau ingat aku ni tunggul ke? Terpacak macam tiang nak tunggu kau? Pukul berapa nak balik ni?” Laju saja mulut Tengku Qalif menyerang Imanina. Tak tertahan-tahan rasa di hatinya ini mahu dilepas keluar.
“Tunggu? Tengku tunggu Nina ke?” Balas Imanina kehairanan. Bukan Tengku Qalif datang sini nak jumpa Amri ke? Apahal nak tunggu dia pulak?

Menyedari keterlanjuran kata, Tengku Qalif mengetap bibirnya. Kalau boleh disedut semula ayat-ayat itu, memang dia guna sepenuh tenaga melakukannya. “Cepat kemas barang kau, kita balik.”
Imanina terlopong. Motif ajak dia balik? “Err.. Nina banyak kerja lagi ni. Baju abang Amri tu kena alter, nanti ..”

“Enough!” Sampuk Tengku Qalif tegas. Cukup-cukuplah dia dengar Imanina menyebut nama Amri berulangkali hari ini, dah naik jelak dibuatnya. “Kemas barang kau, kita balik sekarang jugak.”
“Tapi Nina nak guna mesin jahit siapkan baju-baju tu dulu…”

“Boleh tak kau jangan banyak bunyi? Cepat kemas barang kau!” Luah Tengku Qalif dengan nada tertahan. Walaupun dia geram dan marah, dia tidak mahu rakan-rakan Imanina nampak kelakuannya. Dan dia tidak mahu Amri nampak rasa cemburu yang sedang membakar hatinya saat ini.
Mahu tidak mahu Imanina terpaksa akur juga. Bukan sifatnya mahu ingkar dengan arahan suami. Cukup dengan pesanan-pesanan ringkas kepada Siti dan Kaira, kaki mengekori juga langkah Tengku Qalif keluar dari bengkel jahitan  itu. Menonong sahaja lelaki itu berjalan laju meninggalkannya. Tadi beria-ia sangat ajak balik, lepas tu boleh buat-buat lupa dia ada kat belakang ni!

Berat hati nak mengikut Tengku Qalif sebenarnya, bimbang baju-baju dia tidak sempat siap sepenuhnya. Memang dia kena balik rumah ummi lagilah jawabnya malam ni, pinjam mesin jahit ummi.
Tiba di kereta Tengku Qalif yang diparkir di bawah pokok berhampiran bangunan pentadbiran, Imanina mengerling sekilas wajah keruh suaminya yang mahu membuka pintu kereta. Masih seperti tadi, riak lelaki itu begitu serius. Nampak macam marah, tapi nak marah kenapa? Bukan dia yang suruh Tengku Qalif melangut dekat situ tadi!

“Tengku…” Panggil Imanina sebelum lelaki itu masuk ke dalam kereta. Tajam mata lelaki itu memanah ke arahnya. “Kenapa tension-tension ni?”
Tengku Qalif merengus perlahan. Takkan nak cakap dia sakit hati? Mana  mungkin dia nak mengaku hatinya sakit dan jerih melihat semua itu tadi! “Nothing, cepat masuk..”
“Eh, jap-jap!” Tegah Imanina dan lelaki itu kembali memandangnya. “Boleh hantarkan Nina kat rumah ummi tak? Nina nak tidur sana malam ni..”

“Why?”
“Err.. Nina nak siapkan baju-baju ni. Rumah ummi ada mesin jahit, Nina boleh buat kat sana..” Terang Imanina lembut. Dia yakin Tengku Qalif tidak akan menghalang, lagi lelaki itu suka agaknya kalau dia balik ke rumah ummi.
Tengku Qalif berfikir-fikir sesuatu. Membiarkan Imanina ternanti-nanti jawapannya.
“Boleh ke tak ni?” Soal Imanina yang mula bosan menunggu.
“No, tak boleh.” Balas Tengku Qalif tegas.

Bulat mata Imanina. Sahlah lelaki ini dah banyak terputus wayar dekat kepala! “Kenapa tak boleh?”
Tengku Qalif merengus, buat-buat marah dengan soalan Imanina yang berani mempersoalkan keputusannya. “Sekejap lagi aku belikan kau mesin jahit baru, kau jahitlah sampai lebam dekat rumah mama. Tak payah balik rumah ummi kau, nanti diaorang mengata aku tak peduli pasal kau pulak.”

Imanina terpempan. Kaku matanya memandang ke arah Tengku Qalif yang menghilang ke dalam perut kereta. Tengku Qalif nak belikan dia mesin jahit? Tengku Qalif tak bagi dia balik rumah ummi? Ya Allah.. terbalik sudah perangai lelaki itu? Pipi ditampar perlahan, perit! Sah, dia bukan bermimpi.
Bunyi hon yang membingitkan telinga membuatkan Imanina tersentak. Terkejut. Namun terpandangkan isyarat Tengku Qalif yang marah-marah menyuruhnya masuk ke dalam kereta, barulah dia terkocoh-kocoh membuka pintu.

“Boleh tak kau jangan nak berangan tengah-tengah panas macam ni?” Tempelak Tengku Qalif setelah Imanina duduk di sisinya. Imanina tersengih lebar.
“Sorry tengku.. jangan marah, I love you!”
Terhenti dua saat degupan jantung Tengku Qalif. Kemudian bertukar menjadi degupan yang amat deras pula. Melantun-lantun di dalam dada. Dia melarikan pandangan ke depan, cuba sedaya upaya mengawal rentak hatinya yang tidak tentu arah.

Imanina ni memang boleh buat dia mati cepat… sakit jantung!


94 Baca Laju-Laju:

Anonymous said...

ala....marah2plak tengku tu..
suka katakan suka..
ni nak ego plak..
x sabar nk tumggu next en3

sEha said...

so sweeeeetttt !!

rin said...

sorry tengku...jangan marah, t love you!

hahahaha...imanina ni memang cute la ^^

Anonymous said...

hahaha....sweetnya..suke dgn TQ...

Anonymous said...

wahhhhh...sukeeeee..tengku qalif dh jatuh cinta tergolek2 dh..hehehe..tq acik..

zawani mukhtar said...

baru la rasa besh ckit nk baca criter ni. klakar pula tengku ni, tengku ni dh hampir2 nk btukar jdi raqi ni, jelesh memanjang

Anonymous said...

acikkkk! this is so sweeeet! funny pon ada! HAHAHAHAHA! tak sabar nak tunggu next entry! go acik go! :) -ainaamunirah-

Kathy Tuah said...

sweet punya gila! hahaha.. adoi, x sabar nak tengok mcm mana rupa qalif lepas ni..

itu_aku +_^zue said...

kn dh tersungkur dh.
biar rebah plak tengku ni.

Travel&Food Lovers said...

acik...

terima kasih byk2...tp tkt betul la dgn TQ ni...garang mcm rimau...

AliCe D LunAtIc said...

sweet nyerr kak acik.. terbaek lah..

yat77 said...

sukenya...aduh bikin penasaran la Acik ooiiii...bukan setakat TQ yg sakit jantung kami yg baca ni pun dah terkena skali...hi2 :)

Lieya said...

sweetnya nina...dh terlafaz pun perkataan keramat tu depan TQ ye...yg si TQ ni plk...dh makin x keruan di buatnya ye....haisshh...dh x laam kot nak tgk ego TQ ni merudum jatuh ke dlm genggaman nina....

nurul said...

"I love you too, Nina!"Balas Tengku Qalif. Tapi cuma di dalam hatinya sahaja.

Ekekeke :B

Aida Sherry said...

hahahaha.... so funny.... bila mr ego dah terjatuh cinta dgn miss selamba.....mahu tapi malu....

reese said...

ohhh... rasa puas hati sgt baca entry hr ni acik. rasa ceria jer bila TQ stress mcm tu. itu lah, bela lg EGO tu tinggi melangit. Jatuh nnti lg sakit. Imanina ni pun satu, apasal leh xperasan kenapa suami dia mcm tu... fire back la. mcm scene baru bkk tudung, tengku dah tergoda...

ros choco said...

al0loloo..comelnya tengku qalif bila marah...hehe

NurulLyana said...

haha..kuat cemburu rupenye tengku Qalif ni.. nmpk sgt xleh berjauhan ngn nina lg siap nk belikn mesin tu.. acik mmg awesome la..bhsa, ayat sume best...

Sal said...

Acik!bahagianya rasa..cuma Nina aje yg blur2 ngan signal2 dr TQ tp x per.
Lagi lama TQ jeles..lg besh!
cuma Amri aje kot yg perasan rasanya..abisla nnt TQ kene ejek ngan Amri haha!

Acik..x kan ms tido,TQ x de jeling2 kat Nina yer..terkongsi bantal ker..so suwitt!

TQ acik..enjoy ur lunch outing esk ye..
Friday,give us the best shot!

Ameen said...

Adoii!!! Mmg bila baca ja PCBS senyum je...suke sgt!
Siap tak bagi balik umah mak..sanggup belikan mesin jait gituw...alahaiiii! Acik, tqvm!! Esok takde n3 ya,takpe,Acik rest plak ye! Esok kak start baca PCBS dr ep 1 -19!!! Ulang2 lagi...mcm selalu

kisahkasihkita said...

penat dh ketawa tergolek2..hehehe..

Anonymous said...

salam cik writer..suka sgt2 lah baca entry awak..apakata awak stopkan dulu semua citer awak yg lain BUT siapkan cepat-cepat manuskrip citer ni n anta utk dipublishkan..sy rasa antara semua citer selain ABM citer ni yg plg3 menyengat..sy rasa mcm 1 penyeksaanlah baca citer ni skit2...terus buat buku jer lah..lg 1 ,sy suka tgk fesyen2 yg digayakan oleh imanina..mcm bg inspirasi utk mencuba ..

Anonymous said...

Acik!!!! apesal best sangat n3 nie...... i really LOVEEEEEEE it... Keep it up Acik :)

rest bebaik pas tu smbung n3 baru k.. i lap u :)

Anonymous said...

Acik!!!! apesal best sangat n3 nie...... i really LOVEEEEEEE it... Keep it up Acik :)

rest bebaik pas tu smbung n3 baru k.. i lap u :)

-hmj-

Ina Ania said...

Yea yea !! Tengku cemburu ~ hee~ suka baca e-novel ni tau ! ^_^

che`leen said...

--mengandung kat dahi? ha ha ha !
..jatuh katil?..owh..lasaknya mereka..!
...asyk memarah je TQ.. Cuba masa TQ memarah tu, Nina peluk dia..sure tekejut beruk...he he

suzie said...

acik...best sgt2...baca dgn senyum2 gitu...
keegoan TQ sudah mulai runtuh....
lepas ni ada agengan dorang shopping beli mesin jahit ke.....

tq tq tq acik....

anna cumil said...

hahahahaha...sgt kelakar la nina ni...dh kene tengking2 pun nk jugak ckp i love u tu...hahahaha...mau putus urat nadi TQ ngn words tu...hahahaha

eton said...

Ooh myyy!!! knp suwit sangat??! kenapa lawak sangat??! ahaha!

acik, abiskan citer ni kat blog je la ye.. *amboi demand!* ;p sbb besttt sangat!

siapla amri kalo dia nk amek nina
! wachaa

pnut said...

yuhuuu...
amik ko TQ...
laju jantung ko bile Nina ckp "I Love You.."
hahaha...
jeles giler rupenye TQ ni..
huhuhu...

Anonymous said...

aaaaiiiiwwwwww.. sukanyaaaaa... adeiiiii... thnx acikkk..

Anonymous said...

acikkkk!!!!! best la .... senyum sorang-sorang baca citer nie .. tadi mengantuk ..sekarang tak mengantuk ...dah. TQ acik ...

~Lynn Amier~

k.mimi said...

ha..ha..ha..so sweet...love you acik
ini yg tak sabar nak tunggu cite ni jadi buku ni....

Anonymous said...

Acik... acik.. acik...
semua citer best2... tapi PCBS memang the best..

raihan zaini

idA said...

oh yes...inilah moment moment nya yang akak nanti nantikan perasaan cemburu yg meruap ruap di dada TQ ..kalau dibiaqkan dadanya yg membara tu ..takut menjadi rentung dirinya atau kalaulah dia dragon dah lama si amri tu tak kiralah walaupun dah di anggap sahabat dunia akhiratnya dan 2 org lagi budak lelaki model model kawan nina dah kena sembur ngan api yg keluaq dari mulutnya..kan..kan..
the best everlah.. akak suka part yg nina ajar Amri catwalk..pergh ..panas..giler mamat sengal tu kan..
kejutan dimuka nina tak dapat akak bayangkan bila mamat sengal tu tak kasi balik kerumah uminya..tanpa penjelasan..sehingga sanggup beli mesin jahit utk nina..walaupun kata kata sinis terlontar dari mulut mamat poyo tu..tapi nina mengambilnya secara positive..at least suaminya mengambil berat pasal dirinya dan ada pendekatan mahu memahami dirinya sebagai pelajar pereka fesyen..
apa ek yg akan berlaku selepas ini..
adakah TQ akan menjadi jinak seperti sikuching parsi bila bersama nina ..
bila dia tersedar yg dia mmg telah jatuh cinta..dan..
sudah confirm dengan minda hati dan perasaannya bahawa nina telah menaklukki dirinya seperti tsunami
tanpa nina sendiri sedari akan kewujudan perasaan itu dalam dirinya..dan
akak just wonder..bagaimana ek..nanti mamat sengal tu..nak tunjukkan perasaan tu pada nina yg masih mentah itu tentang perasaannya..dan bila malam apabila show nina memperagakan pakaian koleksinya untuk tatapan umum..adakah tempat Amri digantikan ngan TQ ..issh..tak sabar rasanya nak tunggu E3 yg selanjutnya..dikhabari bahawa esuk takde E3...wah..giler angau..seh..!!!

Rindu Lukisan said...

rasa ko TQ...bila Nina ckp 3 words tu, br ko tau kan...hehehe rasakan panahan busar cinta Nina...yeeeeeeyyyyy...suke100x Acik...

yuyu said...

haaaa..kan dah kene panah ngan cupid Nina.. hehehhee.. patut nina Kiss je pipi TQ tu biar pingsan teruss.. ^___^

Che Laila said...

Love u 2,3,4..hahahaha..sukanya....kupasan idea yang menarik,tertarik 'Acik Lana' memang debom!

Anonymous said...

haha....sudah kena..panah asmara...

Anonymous said...

Kannnn ... dah melantun lantun dah jantung tu, siapa nak bertanggung jawab ni. he...he...he

Anonymous said...

Alaaa..esk xde n3 ke Acik??
nti mst sy rndukan nina n Tengku..huhu..
Ape2 pn seeeeeeeeemua novel Acik besttt!!!mmmuaxx!

-Aza-

aqilah said...

MEMANG MEMANG MEMANG GEMPAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Arissa said...

saya suka "CEMBURU" itu... sangat berkesan... ahaksss... kikiki...

Anonymous said...

saya suka sgt2
memang sy cari cite isteri goda suami
harap2 nina goda lg kaw2, xkan kejap nau TgQ dah jatuh cinta???

go Nina go.... kasi cair sama dia
hihihihi

terima kasih - pn. mal

::misz maney:: said...

oloh oloh..cair..cair..cair....

rinn jeff said...

ohhh...so sweet!!!!!!!!!!!!
tpiii bsok takde new entry yerr....alahaiiii cam mana nie...really nak tau what happen to them..huhu...

idaman said...

Acik..saban hari saya tggu sambungan citer. Tolong taip laju2 ek..x sabar nak tggu yg next

nani said...

tq da jatuh cinta,, xsabar nak tggu lepas ni

ieda ismail said...

amboi, trs belikan mesin jahit letak mah mama.....takut rindu ke TQ kalo x menatap muke Nina sehari, hehehhe

kleo said...

alahaii..acik! so sweet lah TQ ni. tetiba i rasa nak lupakan abang dayyan i tuh! kekeke. thank you acik for this entry! good job! :) ^^

Acik Lana said...

hai all... terima kasih sudi komen. macam biasa, asal entry PCBS je berdesup komen masuk. begitu suka dgn TQ dan Nina eh? hehe. maceh.

mungkin logik jugak PCBS lebih ramai suka, ada yg kata enovel plg best acik citer ni la... acik terima selapang dada. sbb bagi acik,pengalaman mematangkan kita kan kan kan?

awal2 menulis pasti banyak kelemahan, but acik keep learning and practice. bak kata omputih, practice make perfect gituuu... insyaAllah banyak lg bleh dibaiki di masa depan. acik cuba yg terbaik.

TQ terus menyokong karya2 acik. maap kalau ada terkurang terlebih ye. menaip x sampai sojam, mmg taram je ikot kapla.

so esok mungkin la xde entry. x kompem lagi. sbb skang bz melampau2... =)

lap u alls like seriously! :')

husna said...

serius sgt bez.. novel acik semua terbaikkkkk :D

mizz acu said...

suwit sungguh nina nih.. hailaaa..
tu yg takat beku tengku xleh nak maintain tu..heheheh
tengku ni pon.. dah suka habaq ja laa.. kan da sakit jantung sorang2..! hehehe.. belikan nina mesin.. mmg suami terbaekk laaaaaa..!

Anonymous said...

so sweetlah n3 kali ni...kuat cemburu juga TQ ni...lain kali kiss shj TQ tu klu marah2 nina biar terus senyap.........tak sabor nak tunggu next n3.....?

missfie_za&Lynn_are said...

acik.. mmg daebak giler n3 kali ni... really2 best... love it.. skrang tq dh hampir2 jatuh cinta ngan imanina... dulu ego sngt.. skrang amik.. hehe... keep it up acik.. x sbr mnanti n3 strusnya...

Anor said...

Mcmana TQ dh rasa lain pulakkan....
itulah jgn cpt melatah dn marah
marahlh, bencilh kan dh tulah dgn
si Nina... kata benci tapi ada
perasaan cemburu pulak ye...
Acik salutelah makin lama makin
dh tak sabar nk baca n3 baru...
Acik nk tanya bila lagi nk keluar
dipasaran novel-novel Acik yg
lain dh tak sabar nk beli dh..
rasa kali ni lama betullah nk
tunggu novel-novel Acik yg lain
tu berada di pasaran, lama lagike?

blinkalltheday said...

best gilos la acik!!

nadzasy said...

best sgt tengku dah mula cemburu ni...

Anonymous said...

'kau jahitlah sampai lebam' khakhakha
Qalif2...kelakar sungguh

~ kak min ~

Anonymous said...

sukenye..suweeet

YONG JIAO XIU said...

hahaha hadeh qalif ni sengal betul, n lawak r nina pun, pndi dia perli qalif tu 'nanti nina mintak maaf gan pintu tu', hamik ko qalif.kwang kwang kwang.
acik, mmg best la episod kali ni, caya lah acik! lawak sarkastik n bersahaja tul. klo nak quote mmg jwbnya sy kena type suma. haha. siap beli mesin dah tu. kah kah kah, bagus2. thanks acik n love u too..oh so esok tak dak entri la ye? post luke la acik, blh?rindu sama mamat hencem tu.hehe

Anonymous said...

hahaha. baru TQ tahu seminggu tak jpe Nina dah buat jiwa kacau..

tapi lagi kacau jiwa gue klo tak baca entry acik on weekdays.. “Sorry acik.. jangan marah. I love you!” = mak Mal

aiscream cokolat said...

acikkk!!!! i lebiuu!!!
terbaek!~

aiscream cokolat said...

acikkk!!!! i lebiuu!!!
terbaek!~

Anonymous said...

kahkah..serius rasa cm nk gelak guling2 je kat TQ nie..ego sudah sedikit runtuh ea? :D
concern sgt ngn Nina..plus cemburu2 lg..syg Nina dh ea? suke3.. :D
n utk Nina, teruskan usaha utk buat hati n jantung TQ hilang rentak..hihi

[hawa]

Syaffinie said...

nina ni kelakar la..org tgh marah,blh plk dia ckp i luv u..hihihi..suka watak nina ni.. n suka gaya bahasa acik dalm setiap nvl..selamba..funny..n mudah nk faham..

Anonymous said...

best sgt2 acik ,...love u.... the best novel...x sabar tgu jadi buku...tq qalif dh terjatuh tangga pd nina...ha....biaq nina kiss terus tq bila dia marah2 tgk apa jadi....

lieyna said...

wah tuan singa dahn pandai cemburu
hehehehehe suke3

haifa said...

giler punya sweet n3 kali ni, nk gelak guling2 pun ada rasanya.....lps ni sure tengku asik duk ngadap nina sampai lebam.
gracias acikkk.....enjoy ur well deserved rest tmrw ok (if la kan).....lap u lahhhh. PCBS ni mmg ur best creation la, by miles.....

fatiahyusoff said...

best ah Acik....... T.Q dh mula cemburu2 2.. xsabar nk bca next entry... hehe

nurul said...

nina,nina..tgh2 serius sempat lagi die cakap i love u...-p

'alya_sara said...

now! sya betul2 jatuh cinta le dgn citer ni luv... uuu... acik Lana. ha ha ha sekarang dlm hati betul2 dah ada taman penuh bunga. Tp rasa belum puas baca nak panjang lg cpt2 post next n3 ye.

Anonymous said...

ohhhh tidakkkkk!!! sgt best okehhhh....tq acikkk....muaahhh!!!

kaknOOr said...

terbaek la acik bab ni.... suke tQ menahan jeles dia 2....hahahahaaa

rsny amri dh tau kot tQ jeles ngn dia...tp,amri sggup ke nk pikat nina y sblum ni tQ dh bg lmpu hijau kt dia 2???

Anonymous said...

hohohoh...so sweet!!luv u la acik..mmg best...

aimie_afifah said...

hahahahah...Nina kena say 'I love u' selalu la gayanya ni....mao TQ kena tukar jantung baru kalau gini gayanya...

Acikkkkkk....suker sgt...

Anonymous said...

Muda sepuluh thn akk dengan cite ni, Acik.... u mmg terbaek dr ladang... Plez,plez,plez next entry (da 6 bln jadi silent reader,now kena tnjk akk support Acik 300 x)

Ekin said...

Terbaik laa..uuish x sbr tunggu next n3..hihi..PCBS buat org mcm saya(silent reader) nk bgi komen byk byk..hahah..happy sgt..:D

sweety said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....best gilerrrr

Anonymous said...

terbaik dari ladang......nak n3...lagi cpt ya acik....hehe...

Anonymous said...

terbaek!!.suka sangat baca novel baru dr acik nie.. xsabar rasanya nk baca latest idea dr acik...x mengarut n sempoi giler..tambah2 bila nina wat pragai selambanya n dengan blanknya lagi...suka sangat...good job acik...

Pelangi said...

aiyarkkk... singa dah jadik anak kucing yg sguh cumill.. meow2..

Acik! penangan cinta Nina mmg powez... amcam TQ.. hati sudah goyah kah????

Anonymous said...

hahaha...ada2 je alasan qalif nk cover yg dia dah suka dengan nina...tu la dulu bukan main benci...sekarang apa dah jadi...nak mengaku malu lah pulak....nanti dikata dah ludah jilat balik hahahaaa...kesian qalif...acik macam biasa la...cepat2 taip laju-laju...sebab I nak baca laju-laju...tak sabar ni teruja sangat...

-Umi Anis-

maleen said...

whoaaaa....suke, suke, suke dan suke lagi......acik terbaekkk....tk sbr nk tggu TQ meroyan kat Nina....meroyan thp tk hengat... :)

Travel&Food Lovers said...

acik...

rindu kt nina n TQ...smlm dok ulang2 baca entry lama...ade yg termiss rupenye...

Travel&Food Lovers said...

seksanya menanti next entry...

Princess ♥ said...

miss writer !!!
bila-lahh n3-nya mau masuk
hatiku sudah panasaran XD
tertunggu2 plak nk tengok mcm mne TQ merayu cinte si Nina ni
kasi TQ lagi jealous ,
hehehhe, like your writings !
chiyokkkkk !!

akma said...

bestttt sangat2 tp bila nk sambung balik kisah Adara

Anonymous said...

alahai achik bestnya......

bapingBola said...

banyak cekadak jugak ye Tengku Qalif nie .... eeee, XD

jue bard said...

Dh dtg dh ceburu tu.
"sorry tengku..jgn marah..i luv you" sweet sgt..
"sorry pintu..tersalah arah..iterlanggar you" ayat ni nina ble ucap kt pintu tu nnt ek.. hehe tingat zaman skolah dulu

Anonymous said...

Selling a home is a real chore, especially in the
current economic climate. These should always be viewable by the customers
in store and on receipts, but if you find them in neither of these
places feel free to ask the sales clerk. The first
things you'll want to pay each month before anything else are the necessities--food, housing and utilities.

my homepage: Payday Loans UK

Anonymous said...

Begin with a letter or an email to the company's collections department that clearly states that going forward you will only do business through mail or e-mail. For instance, you should never buy more of a home than you can afford - even if you believe you'll
be able to afford it more easily in the future.
An FHA underwriter will take a second look at the information.



Also visit my website - Payday Loans UK

Anonymous said...

When you know the documents needed to process the loan application, you
will speed up the process time even more.
If a payday loan company has standards that are too easy
to meet, this has an effect of the trustworthiness
of that company. An FHA underwriter will take a second look
at the information.

My blog: Payday Loans UK

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI