
Selepas mandi dan mengenakan pakaian pejabat, Luqman mengatur langkah ke tingkat bawah. Kediaman baru mereka ini lebih hampir dengan pejabatnya, jadi dia boleh bertolak lambat sedikit daripada kebiasaan ketika tinggal di banglo ibu mertuanya.
Setibanya di ruang dapur, Luqman menguntum senyum melihat Melina yang sedang berdiri berhampiran singki. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar di muka pintu memandang Melina dengan hati berbunga. Kembang hatinya melihat Melina yang tampak seksi dalam kemeja labuh itu membancuh air untuknya. Bau roti bakar juga memenuhi ruang dapur sederhana besar itu. Terpandangkan pakaian Melina pagi ini, dia teringat kejadian di rumah sewanya dahulu yang menyesakkan dada. Mujurlah ketika itu imannya kuat walaupun macam nak pengsan melawan gelora aneh itu. Ketika itu Melina kadang-kadang macam menganggap dia lelaki tidak normal dan tidak bernafsu, suka hati dia aje nak pakai baju yang menjolok mata.
Melina yang membelakangi Luqman berpaling dengan mug di tangannya namun terpandangkan Luqman, dia terjerit kecil.
“Abang, terperanjat Mel!” Tangan Melina hinggap menyentuh dadanya. “Yang abang senyap-senyap masuk sini macam pembunuh bersiri ni kenapa?” Melina merungut sambil bibirnya dimuncungkan.
Luqman tergelak kecil kemudian langkahnya diatur menghampiri Melina. Didakap erat gadis itu dari belakang. “Good morning sayang, sorry terkejutkan sayang.” Kucupan ringkas hinggap di pipi isterinya. “Bucuk ah, tak mandi lagi kan?”
Melina menampar tangan suaminya yang berlingkar kemas di pinggang. “Kalau busuk kenapa nak cium jugak? Sibuk je!”
Luqman tergelak kecil dengan kata-kata bermotif rajuk dari bibir isterinya. “Sebab geram sayang hot sangat pagi ni..”
Melina mencebik namun bibirnya tersenyum bahagia. Indahnya pagi-pagi begini bangun menyediakan sarapan si suami walaupun hanya Nescafe 3 in 1 dan roti bakar. Ah, Roti bakar?
“Abang! Roti bakar Mel!”
Kelam kabut Melina berlari ke kabinet yang sudah disusun dengan barang-barang elektrik. Terkial-kial pula dia membuka toaster empat segi berwarna putih itu.
Luqman tersenyum-senyum melihat isterinya yang panik tidak tentu pasal, padahal bakar roti aje pun.
“Alahhh.. dah hangus!” Melina hentak kaki dan bibirnya memuncung panjang. Luqman pula siudah gelak terbahak-bahak. “Abang ni kan, gelak aje kerja dia. Mengutuklah tu!”
Luqman mematikan senyum namun kembung-kembung pipinya menahan tawa yang mahu terhambur. “Sorry sayang, sorry. Okey abang tak gelak dah.”
Melina menjeling menayang rajuknya. Luqman menggelengkan kepala sambil tersenyum. Makin hari makin terserlah sifat manja Melina dan hatinya sering tercuit dengan kerenah isterinya itu.
“Sayang, dahlah merajuk tu. Bakar yang lain aje, kan roti banyak lagi..” Luqman menghampiri Melina sambil mengusap lembut kepala isterinya. “Lain kali jangan leka sangat, kan dah hangus.”
“Siapa leka? Abang yang kacau Mel.” Melina jeling lagi.
“Aik? Abang pulak salah?”
“Yelah, peluk-peluk Mel tadi..”
“Okeylah, lepas ni tak nak peluk dah..” Ujar Luqman mendatar. Dia pun mengada nak merajuk jugak.
Melina angkat kepala memandang wajah suaminya yang dimimikkan merajuk. Melina senyum. Kasihan Luqman, kadang-kadang dia tidak memikirkan sangat sensitiviti lelaki itu. Padahal Luqman hanya mahu menunjukkan rasa kasih dan sayang kepadanya. Melina menyentuh pipi Luqman dan kemudian memeluk tubuh suaminya erat-erat. Rasa mahu disalurkan rasa cinta yang menggunung dalam hatinya ini kepada lelaki itu.
“Peluklah Mel..” Rengek Melina manja saat tangan Luqman hanya kaku tidak membalas rangkulannya. Masih nak menunjuk rajuk barangkali.
Luqman tersenyum dan kali ini dia menang dan Melina mengalah. Dirangkul erat tubuh isterinya seraya mengucup kepala Melina bertalu-talu.
“Sayang naik atas siap-siap dulu, biar abang siapkan breakfast, okey?” Luqman meleraikan pelukan dan memandang wajah isterinya. Kalau asyik berpeluk aje, memang tak sampai dia ke pejabat sekejap lagi.
“Siap-siap ke mana? Mel takde kelas hari ni.” Balas Melina terpinga-pinga. Dia hanya memerhati Luqman yang sedang memasukkan roti ke dalam toaster.
“Memanglah, abang hantar sayang pergi rumah mama..”
“Buat apa pergi rumah mama?” Melina mengerutkan dahi kehairanan. “Mel nak duduk sini kemas rumah, kan banyak barang kita tak unpack lagi.”
Luqman berpaling memandang isterinya. “Abang tak nak sayang duduk sini sorang-sorang. Sayang pun nampak kan, kawasan ni tak ramai orang pindah lagi. Kalau apa-apa jadi kat sayang macam mana?”
Melina mengeluh. Kadang-kadang sikap terlalu mengawal dari Luqman membuatkan dia sesak nafas. Memang dia tahu Luqman buat semua itu kerana rasa sayang dan cinta yang menebal, tapi macam tak berpada-pada pulak.
“Abang, kan ada pondok Guard kat depan tu. Bukan senang-senang orang luar nak masuk. Takde apa-apalah.” Balas Melina cuba meyakinkan. Hatinya benar-benar berharap Luqman izinkan dia berada di sini sementara lelaki itu ke pejabat. Dia cuti seminggu dan dia mahu memastikan rumah mereka kemas dan lengkap sebelum dia kembali ke kolej minggu depan.
“No. Tak boleh.” Luqman menggelengkan kepalanya dengan wajah serius. Nadanya ikut sama tegas. “Abang nampak ramai lagi buruh-buruh asing merayap kat sini, bukan boleh percaya sangat diaorang tu. Lagipun siapa-siapa boleh masuk sini bagi alasan nak tengok rumah, bukan Pak Guard tu kenal pun orang tu owner rumah ke tidak.”
Melina mengeluh. Rasa kalah dengan jawapan dari bibir Luqman namun dia masih mahu mencuba nasib. “Abang pleaseeeee..” Melina tayang muka kasihan namun Luqman masih menggeleng. “Mel ajak Yuni dengan Zetty teman boleh?”
“No. Still big no for me.” Balas Luqman tegas. Terpandangkan riak hampa yang terpeta di wajah Melina, Luqman melangkah menghampiri isterinya. Tangannya mengelus lembut pipi Melina mengharap pengertian dari gadis itu.
“Sayang please, pergi rumah mama okey? Abang tak nak menyesal kemudian hari kalau ada apa-apa terjadi kat sayang..” Ucap Luqman lembut.
Melina terdiam dan mengangguk lemah. Dalam keterpaksaan dia melangkah juga naik ke tingkat atas untuk mandi dan bersiap. Luqman suaminya yang baik, jadi dia akan menurut sahaja apa perintah lelaki itu.



7 Baca Laju-Laju:
acik...
nak abg qalif....nak tgk mcm mane wedding dieorg...3 hr dh meroyan ni...
rindunya dkt mel dan luq ni..x sabar tunggu buku ni keluar..
nak TQ jgk...:) mlm nie yer acik..sabar menanti..
i wanna husband like luq..acik, mn mau cr???
rendu lh luq&mel ...:)
Bila buku nie nak keluar?
“Peluklah Mel..”
atoto. comel sangat Mel ni. suka ^^
Post a Comment