Kesayangans : Thank u soo soo much!! :')

Bila Kawan Dapat Pelok Ciom

Memang acik tak popular..

tapi tengok analytics, setiap hari ribu-ribu unique readers (lap airmata terharu. thank u darling) tapi kenapakah hanya secoet aje yang bertegur sapa? Tak suruh komen pun, tegur kat chat pun tak apa.. :)

Malu? Segan? Takut kena makan? come on guys..let me know who u are. u should take all the credits, kerana tanpa anda siapalah saya. (statement menang award lagi.haha!)

Jom kawan! =)

Wednesday, February 29, 2012

Sneak Peek A Boo : MJATS SP 10


Since takde entry hari ni... ku persembahkan MJATS untukmu. hehe. Wahh.. semakin berdebar2 menanti kehadiran abang Luq.. insyaAllah kalau takde aral HUJUNG BULAN ni dah boleh pelok Luqman. ahh... terharu terharu terharu! TQ guys for ur nevertheless support. love ya!

****************************************** 



Luqman memecut laju keretanya pulang ke kediaman rasmi dia dan Melina. Rasa perlahan benar keretanya bergerak walaupun dia sudah memerah semua kelajuan kereta buatan Malaysia itu. Sampai mengaum-ngaum enjinnya. Dia menggelabah saat tahu Melina sudah berada di rumah bersama Yuni. Isterinya menelefon tadi.

 Ikutkan hati mahu sahaja dia memarahi Melina kerana ingkar dengan arahannya. Dia dah suruh Melina balik ke rumah ibu mertuanya, dan dia akan menjemput di sana. Tapi Melina degil, tetap juga mahu balik ke rumah mereka.
Dia risau Melina berada di sana bersama Yuni, lagi pula hari sudah menginjak senja. Kalau apa-apa berlaku, boleh ke Yuni mempertahankan isterinya? Rasa marah dan geram terpaksa dipendam di dalam dada. Dia masih rasa ‘berhutang’ dengan Melina kerana kejadian tengahari tadi.

Sesampainya di perkarangan rumah, Luqman mengeluh lega. Lampu sudah terpasang terang dan kereta Yuni masih terparkir di luar pagar. Suasana sunyi di sepanjang deretan rumahnya inilah yang membuatkan dia fobia meninggalkan Melina sendiri. Kalau orang ceroboh masuk sekalipun, takkan ada siapa yang perasan.
Luqman masuk ke dalam rumah dan dia lihat Yuni duduk di meja dry kitchen sambil menikmati  aiskrim. Terpandangkan dirinya, Yuni tersengih lebar.
“Baru balik bos?” Sapa Yuni selamba.

Luqman hanya tersenyum dan matanya liar mencari Melina. Hatinya rindu dan dia ingin memujuk lembut hati isterinya. Dia tahu jika tidak banyak, pasti ada sedikit rasa cemburu di hati gadis itu.
“Mel mana?”
“Tu.” Yuni memuncung ke arah Melina yang sedang menjerang air menggunakan kettle elektrik di ruang wet kitchen. 

Melina berpaling dan saat terpandangkan Luqman yang berdiri berhampiran Yuni, segera dia membuang pandang. Tangannya buat-buat sibuk membelek paket Nescafe 3 in 1di tangannya.
“Mel, aku balik dululah. Cik abang kau dah sampai ni, aku rasa line dah cukup clear.” Ucap Yuni sambil tersengih lebar. Dia bangun sambil membetulkan baju. “Eh, cawan ni kau kemas sendiri eh? Kau kan dah ada gaya surirumah sekarang. Aku balik dulu, bye!”

Belum sempat Melina membalas, Yuni sudah hilang ke ruang depan. Sabar ajelah aku dengan minah ni!
Luqman tersenyum seraya melangkah menghampiri Melina. Isterinya buat tidak endah, malah langsung tidak menyapanya seperti selalu. Merajuklah tu, tapi tak nak mengaku.
Melina pula pura-pura mencapai cawan dan sudu. Padahal dia tidak berniat pun mahu membancuh air. Yuni dah balik, nak bancuh untuk siapa?  Bancuh untuk Luqman? Hurm, hati masih ingin menayang mogok.

“Hai sayang..” Tegur Luqman lembut.
“Hai.” Balas Melina sepatah.
Kucupan yang hinggap di dahinya dibuat tidak endah. Tidak seperti selalu, dia akan tersenyum senang dan membalas dengan kucupan mesra di pipi Luqman. Atau paling tidak mereka akan berpeluk sakan melepaskan rindu kerana terpisah sepanjang hari. Tak adalah sepanjang hari sangat sebenarnya, padahal beberapa jam saja.

“Abang nak minum?”
Luqman tergamam dengan peranyaan isterinya. Dia sangka Melina akan mogok dan tidak menegurnya selagi tidak berjaya dipujuk. Bibir Luqman menguntum senyum. Melinanya kini semakin matang walaupun sifat manja isterinya itu semakin terserlah dari hari ke hari. Benarkah hatinya tidak diusik cemburu?
“Boleh jugak sayang..” Luqman mengelus pipi Melina dan gadis itu cepat-cepat beralih ke arah kettle untuk mengambil air panas. Nampak juga aura-aura merajuk dengan reaksi Melina sebegitu.

Luqman melabuhkan duduk di atas kerusi tempat Yuni tadi sambil matanya masih asyik merenung Melina. Dia tahu Melina cuba menyembunyikan isi hatinya yang mungkin terusik dengan kejadian tengahari tadi. Walaupun wajah itu nampak tenang tapi Luqman bukan bodoh untuk meneka apa yang ada di dalam hati isterinya. Hidup bersama beberapa bulan ini sudah cukup membuatkan dia kenal diri Melina luar dan dalam. Sudah masak sangat dengan perangainya.

“Kenapa sayang tak tunggu abang dekat rumah mama?” Dia hampir terlupa untuk bertanyakan tentang keingkaran Melina tadi. Melina yang sedang membancuh air di dalam sebiji mug mengangkat muka memandangnya.
“Mama takde kat rumah. Mel tak bawak kunci rumah sana.” Balasnya mendatar sahaja.
“Hurm.. lain kali sayang tunggu abang balik dulu, baru balik sini.” Kata Luqman tenang namun nadanya berbunyi seperti arahan. “Dah malam-malam macam ni, kalau jadi benda buruk mana ada orang nak dengar. Harapkan Yuni, dia tu bukannya kuat sangat pun.”

Melina diam. Malas mahu melayan cakap Luqman yang kadangkala mengarut. Luqman risaukan sangat tentang dia, tapi masih ada hati nak berdating dengan Sarah. Ah, bencinya nama itu!
Dia memang marah, dia memang geram dengan insiden tengahari tadi tapi dia tidak mahu Luqman nampak rasa cemburu dalam hatinya. Silap dia mengikat janji dulu dan sekarang merana sendiri tanggung perasaan.
Melina meletakkan air di hadapan Luqman. “Mel naik atas mandi, nanti nak solat sama-sama.” Melina melangkah namun Luqman memaut lembut lengannya.

“Ni kenapa muka macam takde kemesraan aje ni?” Luqman mengusik sambil mengangkat kening. Wajah mendung Melina disapu bersih dengan matanya.
“Takde apa la. Lepaslah, Mel nak naik mandi ni..” Melina menolak tangan Luqman tanda tidak mahu disentuh.
Luqman tersenyum dan buat-buat tidak mengerti. Tangannya memaut pula pinggang Melina. Ditarik rapat gadis itu ke tubuhnya yang masih duduk di atas kerusi.

“Baby abang merajuk ye..” Luqman menyentuh pipi Melina yang putih kemerahan.
Melina membuang pandang saat mata Luqman galak mencari anak matanya. Dia tahu dia akan tewas dengan renungan mata suaminya. “Takde masa la nak merajuk-rajuk ni. Dahlah abang, Mel nak naik ni.”  Melina menjarakkan sedikit tubuhnya dari Luqman namun tangan Luqman yang tegap itu masih memeluknya erat.

“Eh, sombongnya.” Luqman tersenyum lagi. “Kalau tak merajuk, kenapa kedekut senyum dengan abang hari ni? Penat abang balik kerja, sekali tengok muka bini macam askar Jepun. Garang semacam aje…”
Melina jeling Luqman. Ingat kelakarlah tu kata aku macam askar Jepun? Dahlah buat salah, kutuk orang pulak! Bebel Melina dalam hati.

“Sayangku..” Mata Luqman redup merenung mata Melina. Seketika mereka menikmati keindahan bertatapan mesra, namun sesaat kemudian Melina tunduk semula.
 “Hari ni baru kali pertama abang makan dengan Sarah, sayang.” Ucap Luqman berterus terang. Dia mahu Melina tahu kedudukan sebenar walaupun isterinya tidak bertanya.

“Sarah sayang?” Sindir Melina sengaja memusingkan ayat Luqman tadi. Luqman tergelak kecil.
“Abang kata tadi, baru hari ni abang makan dengan Sarah, sayang.” Luqman mengulang ayatnya dan ditekankan sedikit setiap patah perkataan. “Lepas nama Sarah tu ada tanda koma, dan sayang tu Mel la. Hisy, takkan panggil Sarah tu sayang pulak. Pandai ye nak putar belit ayat orang.” Luqman cubit pipi Melina dan Melina mencebik kecil.

“Ye ke baru pertama kali? Tipu..” Tuduh Melina.
“Betul la, takkan abang nak tipu. Tadi pun sebab Helmi tak datang kerja, si Sarah pulak takde kawan nak makan. Abang terpaksalah teman dia..”
“Eloklah tu. Makan berdua macam tu, tak takut kena gosip ke?” Perli Melina dengan mata menjeling suaminya.

Luqman tergelak kecil. Tak mengaku merajuk konon, nampak sangat cemburu..!
“Takkanlah orang nak gosipkan abang, kan orang dah tahu abang ni dah kahwin.” Balas Luqman menyedapkan hati Melina. Dipeluk erat tubuh Melina yang dikeraskan. Orang merajuk, mana sudi nak membalas pelukan hangatnya.

“Sebab dah kahwinlah orang lagi suka nak bergosip, kalau single ingat orang peduli ke?” Balas Melina sedikit geram. “Hari ni pertama kali, lepas ni berkali-kali pulak la kan?”
“Eh-eh, marahnya isteri abang ni. Nanti muka berkedutlah sayang.” Luqman cuba mengucup pipi Melina namun isterinya mengelak. “Tengok tu, sombong lagi. Kan abang dah explain perkara sebetulnya. Sayang marah lagi ke?”

Melina diam. Macam kelakar pula dia nak merajuk lebih-lebih, padahal salah dia sendiri yang confident sangat mengikat janji dengan Luqman.
“Taklah, malas nak marah-marah. Abang bukan takut pun.”
Luqman tergelak besar. “Hisy, mestilah abang takut. Nanti sayang merajuk lari tinggalkan abang..” Tutur suara Luqman berubah mendatar dan perlahan. Seolah-olah membayangkan kepedihan jika ditinggalkan Melina.

“Erm… dahlah tu. Jom naik, sekejap lagi dah nak habis waktu Maghrib.” Melina pula jadi tidak keruan melihat wajah Luqman yang berubah sedikit mendung. Benarkah Luqman benar-benar takut kehilangannya?
“Sayang dah tak marah?” Luqman masih tidak mahu melepaskan tubuh Melina.
“Tak.”
“Kalau lepas ni abang keluar makan lagi dengan Sarah? Eh jap, tapi bukan berdua, dengan Helmi sekali. Takpe ke?” Luqman menduga.
Lagipun mustahil untuk dia mengelak daripada terserempak dengan Sarah di pejabatnya. Setiap hari Sarah berada di sana dan dia tidak pasti apa sebab yang memerlukan Sarah di situ. Takkan dia nak tanya Encik Jamal pula.

“Okey, tapi bukan berdua macam tadi. Boleh?”
“Boleh sayang..” Luqman cium pipi Melina dan kali ini isterinya tidak lagi mengelak. “Isteri abang ni makin baik sekarang, abang rasa bertambah-tambah sayang lagi.” Ucap Luqman jujur.
“Belum habis merajuk lagi la..” Melina memotong ayat Luqman yang ceria memuji. Luqman terkedu memandangnya. “Mel bagi abang makan dengan Sarah dan Helmi lepas ni, tapi ada syaratnya..”
“Mak aii.. siap syarat pulak. Okeylah, apa syaratnya sayang? Akan ku turuti semua syaratmu..” Luqman tayang muka yakin.

“Syarat dia, abang tak boleh pandang mata Sarah.” Balas Melina selamba. Luqman ternganga.
“Hah? Come again?”
“Tak boleh tengok mata Sarah. Eii… buat-buat tak dengar ke apa ni?” Rungut Melina marah.
Luqman tergelak kecil. “Sayang, apa kena mengena dengan mata pulak ni? Habis tu kalau bercakap dengan dia, abang nak pandang apa? Pandang lubang hidung?”
Melina mengetap bibir. “Ni nak ikut ke tak syarat ni?”

“Baik-baik, abang ikut!” Luqman angguk laju tatkala terpandangkan wajah rajuk isterinya. “Tapi kenapa tak boleh pandang mata?”
“Sebab dari mata, turun kat hati cik abang oii.” Melina menyindir. “Mel tak nak dia tengok renungan mata abang tu, Mel tak suka.”
Luqman tergelak kecil. “Ya Allah, cemburunya dia ni. Renungan mata abang ni menggoda sangat ye sayang?” Usik Luqman seraya memandang Melina yang menjelingnya.
“Jangan nak perasan! Ni nak ikut ke tak ni?”

“Iye, abang ikut ye sayang. Lepas ni bercakap dengan dia abang pandang dinding aje.”
Melina cubit Luqman. “Jangan nak perli eh. Dah-dah.. cepat lepas Mel, Mel nak pergi mandi ni.”
“Haaa.. yang tu pun abang nak ikut.” Sahut Luqman dengan senyuman nakal. Melina mengerut kening tanda tidak faham.
“Apa?”
“Nak ikut sayanglah.. pergi mandi.” Luqman buat suara manja pula.

“Mengada!” Melina tampar lengan Luqman dan suaminya itu terbahak-bahak ketawa. Pasti Luqman nampak wajahnya yang merona merah saat ini. Jahat betul Luqman!
Namun Luqman akur melepaskan rangkulannya terhadap Melina. Saat isterinya berlalu naik ke atas, dia menggeleng sambil tersenyum. Melina cemburu kerana sayangkannya dan dia yakin rasa cinta Melina terhadapnya tidak pernah surut atau berkurangan.

Abang akan ikut semua syarat sayang asalkan kita bahagia sampai bila-bila. Bisik hati Luqman yang berbunga ceria.

19 Baca Laju-Laju:

sweety said...

Tahniah untuk Acik untuk kelahiran "anak ke-2" ni...hee

arzalif said...

sukernya, x sbr nak tgu novel MJATS... tahniah acik lana

arzalif said...

sukernya, x sbr nak tgu novel MJATS... tahniah acik lana

tien2lai said...

sweet kan mel n luq ni...
suke sangat..x sabar da nk tunggu kemunculannya...

Nad said...

Lau ada suami mcm ni kan baik...xdalah isteri2x skrg cemburu tak tentu pasl..anyway tq Acik..<3

Acik Lana said...

hehe.. terima kasih sayang2ku...

dah lama dah taip MJATS ni.. sorry if ayat x secanggih PCBS. almaklumlah... makin lama menaip, makin banyak kita belajar kan. hihi :)

Sal said...

alahai makin x sabar nk tggu Luq ni
tapi kan asik terbayang2 yg acik ckp part sedih2 tuh..

Cara acik tulis PCBS mmg lain..apa org ckp,practise makes perfect!

Jumahat tau PCBS bersama pic menikam kalbu & ehem2 yg nakal..hihi Suka tgk org ego kene usik & geram..saiko kan!

Anonymous said...

Betoi Acik sayang....makin lama menaip makin matang Acik....tahniah!

FarRaf RaFar 89 said...

alahai acik oi....sy da xsbr2 nk tggu novel MJATS ni.

idA said...

pergh acik..kelass gitu..citer ini..akak tempah ngan kamu ek..nak signature sekali..

Aida Sherry said...

luqman...so sweet n caring... bertuah melina....
bahagia rumahtangga...

YONG JIAO XIU said...

uarghhhh!!!(melepaskan sekatan nafas gan penuh perasaan) lega jiwa. haha miss this so much.kehkehkeh. thanks acik.
oh rindu mmg rindu gan dia. hehe.

nurul said...

huhu

Anonymous said...

aduhhhh.. sungguh tak sabar ni.. = mak Mal

hatiku295 said...

wahhhh xsbr nk tggu kelahiran mel dan luqman...hehehe..
sgt suka jln crita ni dan hrp sgt lps ni lebih bnyk novel y acik blh hasilkan..tahniah ye..

NANIE said...

tahniah..
tak sabar nak tunggu dalam bentuk novel plk..

nabila said...

adoiii, maraton dr bab 1 smpai sp 10, rasa mcm nk tkluar ank mata.. apepun mmg best, tunggu nk order kat kn jerp

Rosy Lily said...

Dah selamat 'khatam' tiga kali... Suka sangat! Tapi ada censored cikit untuk yang bawah umur same as ABM (pun dah khatam 10 kali.. kih.. kih....) Paling tak boleh tahan masa kat Cameron Luq pin baju Mel koyak.. So sweet!!! Tapi wondering apa jadi kat Sarah.. Kesian lah pulak... Go girl!

Fiza@1707 said...

Best sangat MJATS...tak sabar nak tunggu the next novel KMHB...mesti tangkap cair habis..