Thursday, March 1, 2012
Bab 20 : Pelangi Cinta Buat Suami...
Mulut terbuka melepaskan nguapan yang agak luas. Mata yang sedikit
berair terkelip-kelip pula memandang dada novel His Dark Materials karya
Phillip Pullman. Walaupun cerita bercorak fantasi seperti ini memang menarik
minatnya, namun rasa berat di kelopak mata bagaikan tidak tertahan lagi.
Aksi-aksi di dalam cerita itu bagaikan samar-samar melekat di kepala, sudah
hilang fokus. Kalau dia pejam sekejap mata, confirm boleh terus lena sampai ke
pagi.
Tengku Qalif menghela panjang nafasnya. Kepala diangkat seketika,
membetulkan kedudukan bantal supaya dia lebih selesa berbaring sambil membaca.
Sejurus kemudian, pandangan beralih ke arah pintu bilik yang terkuak luas. Bunyi
riuh rendah di situ mengganggu kosentrasinya.
“Bik, tolaklah kuat sikit.. pegang belah situ. Haaa.. okay-okay,
tolak sama-sama!”
Tengku Qalif mengerut kening. Terlihatkan Imanina yang terkial-kial
di muka pintu, dia mengangkat sedikit kepala untuk melihat apa yang sedang
Imanina lakukan bersama bibik. Nampak macam bersungguh benar aksinya.
Mata menangkap pula objek yang sedang ditolak Imanina masuk ke
dalam bilik, pantas tubuhnya bangkit duduk di atas katil. Mata mencerlung tajam
ke arah Imanina, berganti pula ke wajah bibik yang kelihatan takut-takut
memandang ke arahnya.
“Okay bik, tolaklah kuat sikit. Bibik ni makan ke tak tadi?” Kompelin
Imanina.
“Udah kuat tolaknya ni neng Nina, berat banget!” Balas Bibik Yanti
dengan sengihan kelat. Lebih-lebih lagi terpandangkan Tuan Besar yang sedang
duduk di birai katil dengan muka serius.
“Tolaklah kuat-kuat bik, sikit lagi ni..” Imanina
bersungguh-sungguh menarik meja empat segi itu. Berat sungguh, nak bawak naik
tangga tadi pun dekat sejam. Jenuh meniti satu persatu anak tangga, lepas tu
bibik asyik mintak rehat aje. Kesian pulak, tapi pilihan apa lagi yang dia ada
selain bawak benda alahn ni ke sini.
Tajam mata Tengku Qalif melihat aksi tarik-tolak meja itu. Buku di
tangan dicampak ke atas katil sebelum dia bangkit berdiri. Terpandangkan
dirinya yang menapak ke pintu, bibik Yanti segera berlalu meninggalkan ruang
itu, takut terkena hamburan marahnya barangkali.
“Eh bibik, nak pergi mana tu?” Soal Imanina sebaik kelibat bibik
Yanti berdesup hilang. “Huk aloh, nak suruh Nina angkat sorang ke apa ni?”
Bebel Imanina dengan bibir memuncung. Tak membantu betul bibik ni, buat kerja
sekerat jalan!
“Kau buat apa ni??”
Imanina terlompat gara-gara terkejut dengan sapaan itu. Tangan
menyentuh dadanya yang berdebar kencang sebelum mengalih pandang ke arah Tengku
Qalif. Tajam renungan suaminya, menunjuk rasa marahlah, apa lagi!
“Terperanjat Nina. Nina nak bawak ni letak dekat situ.” Imanina
memuncung ke sudut bilik. “Meh tengku, tolong Nina angkat mesin jahit ni letak
dekat situ. Beratlah, tak larat..” Adunya manja. Wajah tegang Tengku Qalif
ditatap dengan riak bersahaja.
“Excuse me? Kau nak letak mesin jahit bodoh ni dalam bilik aku?”
Soal Tengku Qalif serius. Tangan sudah bercekak pinggang dengan dengusan kasar
terlepas dari bibir.
“Yalah, Nina nak buat kerja sebab banyak lagi tak siap.”
“Kan aku dah belikan mesin jahit ni untuk kau, kau buat ajelah
kerja kau dalam bilik kat bawah tu. Apa masalahnya sampai kau nak angkut benda
alah ni dalam bilik aku?” Soal Tengku Qalif geram. Bibir diketap menahan
perasaan, sakit jiwa tengok muka selamba Imanina. Langsung tidak gentar dengan
amarahnya.
“Tengku ni, kan dah pukul dua belas malam ni.. Nina takut duduk
buat kerja sorang-sorang dekat bawah. Sunyi…takut ada hantu.” Balasnya dengan
nada perlahan. Mata mengerling-ngerling suaminya dengan pandangan meraih
simpati.
Tengku Qalif merengus geram. “Takut ada hantu? For god sake, mana
ada hantu dalam dunia nilah! Kau baru darjah dua ke apa ni?”
“Hei.. siapa kata takde? Dulu masa Nina form 2 kan, ada kawan Nina
nampak hantu dalam toilet hostel. Ya Allah… takut sangat, rambut dia tutup muka
lepas tu..” Imanina siap buat aksi menutup muka dengan rambutnya, punyalah
serius nak bercerita. Lepas tu dibuat-buat pula bunyi pelik yang kononnnya
bunyi hantu yang didengari rakannya.
“Stop the crap!” Tengku Qalif menaikkan lima jarinya di hadapan
muka Imanina. Terkebil-kebil gadis itu memandangnya sebelum mencebik kecil. “Kau
angkut semua ni keluar dari sini. Kau nak aku tidur dengan bunyi kau menjahit
ke apa? Keluarkan sekarang!”
“Keluarkan? No, tak nak. Tengku tidur ajelah, Nina janji Nina tak
buat bising…” Rayu Imanina perlahan. “At least Nina tak rasa takut sangat kalau
buat kerja dalam bilik ni..”
“What? Please la, aku tak boleh tidur dengan bunyi bising macam tu
tahu tak!” Tempelak Tengku Qalif geram. Degil sangat Imanina ni, bukan nak
dengar cakap dia. “Kau keluarkan sekarang jugak.”
“No, tak mahu!” Tentang Imanina berani. Tangan memeluk tubuh,
memberi reaksi menolak kata-kata Tengku Qalif.
“Kau cakap apa?”
“Nina cakap Nina tak nak bawak keluar mesin jahit ni. Nina nak
jahit dekat sini jugak!”
Tengku Qalif mengetap bibir, hilang rasa mengantuknya kerana
geramkan Imanina. Dahlah petang tadi dia sakit kaki gara-gara mengikut Imanina
memilih mesin jahit. Pilih mesin jahit macam nak pilih kereta. Macam-macam
perempuan itu tanyakan kepada jurujual, benda-benda yang langsung dia tidak
faham. Mata menjeling tajam wajah Imanina yang terkumat-kamit membebel sendiri.
Geram sungguh, dah bagi betis nak peha pulak!
“Kau nak keluarkan ke tak?” Tanyanya dengan nada tertahan, geram!
“Nak ulang berapa kali ni? Nina tak nak keluarkan, Nina nak buat
kerja dekat sini..”
Tengku Qalif merengus lagi. Ikutkan hati memang nak menjerit
kuat-kuat melepaskan rasa berbuku di dadanya. Dia memang jenis tak boleh tidur
dalam keadaan bising, memang matanya takkan lena. “Fine.. kalau kau tak nak
keluarkan, aku boleh keluarkan sendiri.”
Bulat mata Imanina melihat suaminya menolak kuat meja mesin jahit
itu. Tenaga lelaki, sekali tolak saja dah terkeluar separuh dari muka pintu. Dia
dengan bibik punyalah kerah sepenuh tenaga nak masukkan tadi, senang-senang
Tengku Qalif nak tolak keluar!
Kelam kabut Imanina berlari ke sebelah sana. Ditolak bersungguh-sungguh
supaya masuk semula ke dalam bilik. Tengku Qalif menolak dari sana, dia pula
gigih menolak dari sini.
“Keluarkan aku kata!”
“Tak nak!” Imanina melawan tolakan suaminya.
“Ya Allah… apasal kau ni degil sangat?” Tengku Qalif mengetap
bibir. Tangan yang memegang meja berpindah ke pinggang. Dengusan geram terhela
lagi dari bibir. Mata mengerling Imanina
yang masih tunjuk keras kepala dengan memegang meja di sebelah sana.
“Nina bukan degil, Nina cuma takut…” Jawab Imanina dengan bibir
memuncung. Kenapalah susah sangat suaminya mahu faham, dia ini penakut tahap
tertinggi. Nak suruh stayback dekat bawah sorang-sorang? Memang taklah!
Memanglah bilik bibik dekat sebelah bilik menjahit tu, tapi bibik jenis tidur
mati. Kalau apa-apa muncul, bukan bibik boleh tolong pun.
“I don’t care!” Ucap Tengku Qalif tegas. Melihat Imanina leka
terkebil-kebil sendiri, pantas dia menolak meja itu keluar dari bilik. Imanina
yang tidak sempat menahan di sebelah sana, kelam kabut cuba menghalangnya.
“Aduh! Aduh…” Imanina pegang dahinya. “Aduh… sakitnya..”
Tengku Qalif berdiri tegak memeluk tubuh. Mata memandang tepat ke
arah Imanina yang berkerut-kerut muka. Pandai berlakon, apa kaitan tolak meja
sampai sakit dahi benjol dia tu? Alah, tahu sangat, taktik nak meraih simpati!
Sorrylah, tak laku dengan dia taktik murahan macam tu..
Imanina jeling wajah suaminya, cuba mengesan reaksi lelaki itu.
Mana tahu Tengku Qalif kesian dan menurut saja permintaan dia. Maklumlah, hari
ini Tengku Qalif nampak risau benar dengan kesihatan dahinya. Beria-ia bawak
pergi klinik bagai tadi. Namun kali ini lelaki itu tayang wajah selamba, siap
jungkit sebelah kening kepadanya. Haiya, hati batu betul!
“Dah habis berlakon?”
Imanina telan liur, buat-buat muka coverline cemerlang. “Berlakon
apanya, sakit dahi Nina ni. Berdenyut-denyutlah..” Adunya mendayu-dayu. Tangan
menyentuh dahi dengan wajah sengaja dikerutkan tanda menahan sakit.
“Kau tolak pakai tangan kan? Bukan guna dahi kau tu..” Balas Tengku
Qalif sinis. “Dah, aku nampak kau tolak mesin jahit ni kat dalam bilik aku
lagi, siap kau. Aku buang mesin jahit tu!”
Imanina mencebik kecil. Mengugut! Ingat murah ke mesin jahit fesyen
ni? Mahal okay.
“Kau faham ke tak? Kalau kau bawak masuk sini, dengan kau-kau
sekali aku halau keluar..” Sambung Tengku Qalif dengan nada tegas. Kasihan juga
melihat wajah Imanina yang terkulat-kulat itu, namun dia buat keras hati. Bukan
apa, hari ini dia sudah rasa cukup malu. Mana tidaknya, selepas balik dari
kolej tadi Imanina tak habis-habis menyoalnya dengan soalan pelik-pelik. ‘Tengku
jealous ye?’, ‘Tengku dah suka Nina ye?’, dan macam-macam soalan yang membuatkan
jantungnya berdegup deras. Dia tidak mahu Imanina memandang rendah egonya, dia
rasa tercabar. Dulu kata tak suka sangat, tapi reaksi dia di kolej tadi memang
semacam. Dah tentulah Imanina pun fikir ke lain!
“Nanti tak siaplah baju-baju Nina tu..” Rungut Imanina perlahan.
Mata sempat menjeling ke arah mesin jahit yang tersadai di luar pintu bilik.
“Masalah aku ke? Pandai-pandai kaulah nak menjahit macam mana..”
Balas Tengku Qalif berlagak. “Dah, aku nak tidur. Tutup pintu tu bila kau nak
keluar..”
Imanina mengeluh perlahan. Matanya menghantar tubuh Tengku Qalif
yang menapak semula ke arah katil. Hisy, susah betul la macam ni! Kalau tahu
macam ni punya susah nak ambik feel menjahit, baik dia balik rumah ummi tadi.
Boleh juga ummi temankan dia sampai ke
pagi.
“Tengku…”
“Apa lagi ni?” Tengku Qalif yang sudah merebahkan tubuh di atas
katil membalas kasar. Tahu sangat Imanina nak buat rayuan lagi. Degil sungguh,
orang kata tak boleh tu tak bolehlah maknanya!
“Nina mintak maaf… good night, sweet dreams..”
Tengku Qalif terpempan. Mata yang terpejam rapat tadi terbuka
sedikit. Lembut tutur kata Imanina melafaz ucapan itu membuatkan hatinya
tersentuh. Nada mendayu begitu memang sama seperti nada suara arwah Liyana.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini persamaan itu semakin ketara. Mungkin juga
kerana dia terlalu rindukan arwah Liyana, ternampak-nampak bayangan arwah isterinya
itu di dalam diri Imanina. Nafas dihela perlahan. Dalam teruk-teruk dia melayan
Imanina, gadis itu masih mampu meminta maaf dengannya?
Bunyi pintu tertutup rapat membuatkan pandangannya terhala ke situ.
Bibir diketap rapat. Rasa bersalah perlahan-lahan tersalir di hati, membuatkan
dia serba salah dengan tindakannya tadi. Harap-harap Imanina tak berkecil hati…
desisnya sendiri.
*********
Tubuh dikalihkan ke kanan setelah lenguh mengiring di sebelah kiri.
Dalam mamai-mamai, dia membuka mata. Mahu memeriksa sama ada Imanina sudah
masuk tidur atau belum. Ruang kosong di sebelah kanan membuatkan dia mengeluh
perlahan. Mata menyorot pandang pula ke arah jam kecil di atas meja sisi katil.
Dah pukul 4.40 pagi, takkan Imanina tak mengantuk lagi?
Jenuh melayan mata yang terkebil-kebil mahu menyambung lena, dia
bangkit duduk di atas katil. Melurut rambut dengan perasaan bercampur baur.
Rasa bersalah yang dirasainya tadi kembali menerpa hati.
Agaknya Imanina merajuk tak? Ah, takkan dah pandai mengada-ngada
nak merajuk pulak! Lagipun bukan dia marah saja-saja, memang dia tak suka bunyi
bising. Tapi bukan salah Imanina juga, dah memang budak tu penakut nak buat
macam mana.
Lama matanya merenung ke arah pintu bilik yang sepi. Terfikir-fikir
di mana Imanina menghabiskan masa sepanjang malam tadi. Takkan betul-betul
perempuan tu menjahit depan pintu bilik? Atau Imanina bersusah payah bawak
turun mesin jahit tu ke bawah semula? Dengan keluhan berat, Tengku Qalif
bangkit dari katil. Rasa tidak sedap hati pula dengan keadaan ini.
Pintu bilik dikuak perlahan, kepala menjenguk sedikit ke luar.
Mesin jahit yang disorongnya ke luar tadi sudah tidak kelihatan. Kelibat
Imanina juga.
Perlahan kakinya menapak keluar dari bilik. Menyusuri ruang koridor
yang didereti enam buah bilik itu, dia yakin Imanina ada di dalam salah sebuah
bilik itu. Bilik paling hujung adalah bilik mama dan papa, mustahil Imanina
akan ke sana. Tempat pertama yang menjadi tekaannya, bilik bacaan di sebelah kiri
bilik dia sendiri. Logik juga kerana bilik itu agak besar dan luas, memang
senang kalau Imanina nak ‘parking’ mesin jahit dia dekat situ.
Pintu yang sedikit renggang itu ditolak perlahan. Mata meliar
mencari-cari sebelum terhenti ke arah kelibat Imanina. Lama dia merenung seraut
wajah itu sebelum bibir mengukir senyuman kecil. Perempuan ni… kata nak
menjahit, sudahnya buat air liur basi!
Tengku Qalif melangkah penuh hati-hati ke arah Imanina, tidak mahu
gadis itu perasan atau tersedar dengan kehadirannya di ruang ini. Imanina yang
terlentok di atas meja mesin jahit kelihatan tenang dalam lena, tidak berkutik langsung.
Perlahan duduk dilabuhkan di atas sofa berhampiran Imanina, mengambil masa menatap
seraut wajah tenang itu. Lama matanya memerhati setiap inci raut Imanina. Jiwa
mula mengesan keindahan dan kecantikan yang selama ini tidak pernah dia
nampak.. dalam erti kata lain, sesuatu yang dia tidak pernah mahu ambil peduli.
“Imanina…” nama itu meniti perlahan di bibirnya.
Sekilas senyuman kecil terbit tatkala terkenangkan sikap selamba
Imanina. Gadis yang kebelakangan ini mula menceriakan hari-harinya, membuatkan
dia kembali tersenyum dan ketawa. Sungguh, dia sendiri tidak percaya semua ini
berlaku. Bagaimana perasaan terlalu benci boleh memutikkan rasa seperti ini?
Atau Imanina dah guna-gunakan dia? Kepala digeleng perlahan. Dia yakin Imanina bukan
jenis perempuan begitu, Imanina ada pegangan agama yang baik, dididik sempurna
oleh kedua orang tuanya.
Leka memandang wajah mulus itu, hati mula berbisik-bisik kata menggoda.
Perasaan terbuai-buai indah menerbitkan semula perasaan yang telah lama mati.
Tangan menyambut seruan hati, bergerak perlahan ke wajah Imanina. Tengku Qalif
telan liur saat tangannya menjamah kulit pipi Imanina yang halus kemerahan.
Dada berdegup kencang. Nafas yang teratur sejak tadi mula bertempiaran tidak
senada.
Kini rambut mengurai Imanina pula menjadi sentuhannya, leka dia
mengusap rambut keperangan yang lembut itu. Mata dipejam rapat, wajah Liyana terlayar di
ruang mata. Wajah yang tersenyum penuh kasih kepadanya, wajah yang amat-amat
dia rindui selama ini. Dan menyentuh Imanina, membuatkan dia terasa seperti
menyentuh Liyana..
Terpisat-pisat Imanina membuka mata tatkala terasa rambut dan kepalanya
disentuh. Dalam keadaan kepala terlentok di meja, matanya membulat apabila
melihat Tengku Qalif begitu dekat di sisi. Lelaki itu sedang leka membelai
rambut dan kepalanya, sampai terpejam-pejam mata.
Ya Allah.. mamat ni mengigau sampai ke sini ke? Tapi takut Tengku
Qalif malu tertangkap begitu, Imanina kembali memejamkan mata. Pura-pura tidur
sambil menikmati belaian suaminya.. bukan selalu kena belai macam ni!
“Liyana..”
Separuh berbisik nama itu singgah di telinga Imanina. Hati mula
berasa tidak sedap pula. Sahlah, Tengku Qalif belai dia sambil berangankan
arwah Liyana. Perasaan perit menerjah hati. Biarpun dia tidak layak untuk
mencemburui arwah Liyana, tapi terasa kecil hati juga dengan sikap suaminya.
Entah sampai bila Tengku Qalif mahu megheret bayang-bayang arwah Liyana dalam
hidup mereka.
Imanina pura-pura terbatuk, mahu Tengku Qalif berhenti membelainya
dengan belaian palsu itu. Dan seperti dijangka, pantas lelaki itu mengalihkan
tangan. Imanina buat-buat menggeliat pula, berlakon seperti baru tersedar dari
lena.
Tengku Qalif bangkit dari sofa, berdiri tegak di sisi Imanina. Fikirannya
kembali terlontar ke alam yang nyata. Di hadapannya ini bukan lagi Liyana,
tetapi Imanina. Dia berdehem beberapa kali, menyorok rasa kekoknya di hadapan
Imanina yang terkebil-kebil memandangnya.
“Tengku… kenapa tak tidur lagi ni?” Tanya Imanina sambil menggosok
mata. Beralih pula memandang ke arah jam di dinding. Dah dekat pukul lima pagi
rupanya, lama juga dia tertidur. Mengantuk sangat masa menjahit tadi, nak
masukkan benang dekat jarum pun asyik gagal aje. Pandang jarum pun dah tak
nampak satu dah, dah jadi dua tiga pula.
“Aku.. aku nak pergi minum air tadi. Ternampak bilik ni terang, itu
yang aku masuk sini tengok. Mana tahu ada perompak masuk rumah ke apa..” Balas
Tengku Qalif menutup perasaan sendiri. Wajah Imanina yang memberi reaksi
kehairanan membuatkan dia semakin gelisah, takut Imanina syak bukan-bukan. Lagilah
kalau Imanina tahu pasal dia pegang-pegang tadi, mampus!
“Yang kau ni tak reti nak tidur elok-elok dalam bilik kenapa? Ni,
tak nampak bilik ni dah jadi macam apa? Dah macam tongkang pecah tahu tak?
Bersepah-sepah dengan barang kau!” Sambung Tengku Qalif dengan nada dibuat-buat
bengang. Kaki menguis-nguis perca kain yang bersepah di atas lantai.
Imanina mencebik. Konon datang sini sebab takut perompak masuk,
bukan dia tak nampak apa Tengku Qalif buat tadi. Pandai ambik kesempatan time
dia tengah tidur! “Nanti Nina kemaslah.. dahlah, Nina nak masuk bilik tidur
sekejap. Kejap lagi dah nak masuk Subuh..”
Terpinga-pinga Tengku Qalif memandang Imanina yang melangkah selamba
keluar dari bilik bacaan itu. Mata terarah pula kepada barang-barang Imanina
yang bersepah. Sakit mata melihat ruang yang semak itu, dia tunduk juga
mengutipnya. Ikutkan hati mahu juga dia menjerit dan memaksa Imanina mengemas
semua ini, tapi entah kenapa dia tidak sampai hati pula. Rupa Imanina yang
sedikit pucat tanda tidak cukup rehat itu berjaya juga mencuit rasa simpatinya.
Selesai mengemas lebih kurang, Tengku Qalif kembali masuk ke dalam
bilik tidurnya. Pandangan hinggap ke arah Imanina yang pulas terlena di atas
katil. Kesian.. penat sangat agaknya.
Langkah diatur perlahan ke arah katil, lama dia berdiri memerhati
Imanina yang sudah hanyut entah ke mana. Tanpa dipaksa, tangannya menarik
comforter menyelimuti sekujur tubuh gadis itu. Subuh-subuh begini memang sejuk
sedikit, dia tidak mahu Imanina terkena selsema pula. Sudahlah Imanina ini
jenis tidur buas, bila pagi selimut entah ke mana, bantal entah ke mana. Kadang-kadang
bantal peluk pun boleh hilang, bila dicari-cari bawah katil perginya.
Tubuh direbahkan semula di atas katil bersebelahan Imanina. Sekilas
dia menoleh ke kanan, menatap sekali lagi seraut wajah tenang itu. Perasaannya
terbuai-buai lagi. Jenuh ditolak dan ditambak seluruh hatinya, namun rasa itu
tetap hadir. Menggantikan rasa perit dan jerih yang dia lalui selama ini dengan
perasaan indah yang tidak terungkap.
Betul ke dia dah jatuh cinta sekali lagi? Nafas dihela panjang. Haruskah
dia memungkiri semua janji dengan arwah Liyana hanya kerana gadis bernama
Imanina? Mata dipejam rapat. Memohon Liyana hadir di dalam mimpinya dan memberi
isyarat yang boleh dia fahami..
Cukuplah walaupun sedikit, dia benar-benar mahukan ‘petanda’ untuk
dia menetapkan hatinya sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




48 Baca Laju-Laju:
ooh acik...
penantian berakhir...kurang kick skit...tp best jgk part lawan tolak mesin jahit tu....
hoho...hati TQ dh baik..tp lg sakit ht nina kalau TQ asik la t'byg'n liyana...heshhh...xde mknenye sume tu kalau TQ masih xdpt beza'n diorg...ishhhh
best..tp sedey kan imanina..adoi..hihi
Ngapa lah TQ sebut nama liyana tue? Sedihnya nina..
wah ada part tido ala2 ngigau!entah bila la qalif ni duk angau kan Liyana.
Kecian betul kat Nina..kecik ati member tu. Org eqo mmg mcm ni susah nk cair..usaha tangga kejayaan.
Tunggu la qalif tgk Nina yg suwitt ms fashion show nnt..Amri mesti x lps peluang punya kan..
Org jahit baju umah mama pun masih x sporting lg..esk2 nina jahit aje umah Umi. Nak mimpikan Liyana dh x boleh si Qalif psl nk belai Nina curik2 x dpt hehe..TQ Acik..best!
alololo.... Sedey Nina bila nama Liyana yg disebut...x per Nina confirm TQ akan feel in love dgnmu....Acik luve you.. tq for N3.. From Usma
hehe... TQ sbb suka. seriously arini mood kedaung sikit... memberi efek jugak tu pada jalan cerita.. hihi.
anyway kesian nina kan.. next entry kita p honeymoon dululah. then baru fashion show.. kui3
acik you're the best!!
acik,
tks 4 d'n3...still cumell jek nina ngan tengku neh..xsbr nk tgu next n3. hv a nice weekend acik!
pcbs is the best e-novel ever!!! keep it up acik...=)
kalo dibukukan konfim top sale...
pergh acik..membaca E3 ni..sedihnya hati akak kat nina..mana mungkin TQ mamat sengal tu ..buat nina macam tu..ada ke patut me impikan liyana tetapi roh dan jasad yg di belai milik nina..macam nak jetus jetus mamat tu..
Tapi apakan daya..akak faham..mmg sukar diri nya nak berpisah ngan Liyana ..akak faham ..perkawenan mereka pun belum masuk setahun lagi apatah lagi ..kehadiran nina pun macam tsunami ..perkenalan dimulai ngan percakaran ..kebencian yg berapi api dipihaknya..
sudah tentu..it takes time for him to be comfortable dengan ikatan perkawenan ini dan juga mengenali nina tanpa bayangan Liyana ..tentu sukar bagi TQ..tapi akak rasa ..dia dah mencuba kan ..
akak dpt melihat ada banyak perubahan yg ada pada diri TQ kini..dia dah tak macam singa asyik nak mengaum saja..dah boleh bertolenransi ngan nina..walaupun masih sinis perbualan nya ngan nina..at least keterbukaan itu ada..dah boleh tidur sekatil ngan nina..dah boleh bershopping..menghantar nina kekolej walaupun hatinya panas membara sebab cemburu ngan amri dan budak budak model lelaki tu..bagi akak sudah cukup kerana dengan tidak dia sendiri sedari..dia dah dapat menerima nina dalam hidupnya..cuma dia keliru sebab ruang hati minda dan perasaannya yg kosong itu telah hampir penuh di isi ngan wajah nina...sedangkan dia mencintai nina selama berbelas tahun dan wajah dan bayangan Liyana semakin pudar dan hilang..
Akak berharap agar Nina bersabar ..mungkin macam acik cakap ..ada episod honeymoon ..mungkin masa itu..hati nya mmg betui betui dah jatuh hati kat nina..who knows kan..masa tu..dia bukan lagi TQ singa yg suka mengaum kat nina..tapi sikucing parsi yg manjanya melampau lampu..ish..ish..dik..lebih lebih pulak keterujaan akak ek..hope ada E3 lagi yg akan mendekatkan hato TQ ngan nina ni..
tq kak acik... tp kesian lah tgk nina... Takkan TQ xleh bezakan arwah liyana ngan Nina.... Apapun, terbaekk lah kak acik... <3 <3
MMG syok..huhu...cpt la bg tQ mabuk tros..hoho
TQ ni xnk ngaku agi tuh..
ego betul..
sian Nina..
sedey la plak..
Patutnya nina cakap "kalau mcm tu tak apa lah nina balik rumah umi menjahit" barulah mengelabah si TQ tu...... ni tunduk je ikut kerenah TQ pulak, siap minta maaf lagi.... baik nyer.
kedaung pun x pe la acik..janji ada n3..hehe..biasalah somi kematian isteri, mane boleh cepat lupe..yg penting nina kena usaha gigih lagi..pasni nk honeymoon le plak..bestnyer...suke3x..
Best.Nk lgi.TQ dh suke nina tpi still x leh bezakn dgn liyana.
-Ana-
Liyana, Imanina.. weiii TQ, itu hah, dua org berbeza tau, nama jer ending dgn 'NA', tetap tak sama pangkalnya... bila la nk betul skru dlm otak TQ ni, longgar sangat dah, kesian Nina uhuk uhuk...
Liyana , Liyana , Liyana !!! ish ! sikit2 liyana . geram betul lah . Tengku ni !!!
Ha stuju acik g honeymn dlula...sok ada en3 x acik...lynla acik..
huhuhu! acikkk!! best sesangat! :D bila nak honeymoon nie cik? kekeke. apa-apa pun, tenkiu so much acik! sayang acik! :)
ee.. benci la TQ ni.. tak reti2 nak jaga hati Nina.. klo benci pun cuba la berlembut sikit..eeerkk tapi TQ dah mula suka Nina kan??Acik, kendian kasi Nina jual mahal pulak ya.. bio TQ rasa plak bahagian dia!!!= mak Mal
Tersentap hati kite tang Nina mintak maap tu. Sayang punya pasal, sanggup die beralah. Kesian. Isk isk T_T
** Kak Ida punye komen macam ni cite betui je. Kemaen panjang ulasannye. Comel :D
tens acik...akhirnya ada n3...
hokloh...istiqarah la TQ...tp nape x pernah ada part TQ solat...or dia jadi gelap hati payah lupa arwah Liyana sebab dia tinggal tanggujawap yang satu itu...
cian Nina..sure la kecik hati dah laki sebut nama Liyana masa belai dia...:(
Kesian Nina . Kecik ati dia TQ dok ingat lagi kat Liyana bila belai dia . Sedehnya . Tapi papepon tetap best . Hee .
Kesian Nina . Kecik ati dia TQ dok ingat lagi kat Liyana bila belai dia . Sedehnya . Tapi papepon tetap best . Hee .
Huhu.. oye2x!!! Hanimun pun best.. runway pun best!!
makaih!pjg gler komen kak ida,hehe betul2 pjg, blh wat essay tu.
hurm mood takde eh acik, pendek je ari ni,tak puas nak baca. tapi still thanks to you sebab post, lepas rindu sikit.hehe
huhuhu mmg la kecik hati gan mamat tu, panggil nama arwah.huhuhu.
er lambat lagi ke dia nak dpt mimpi petanda dari liyana tu?hehe tak sabar2 la plk nak baca turning point dia.hehe
Huhu.. oye2x!!! Hanimun pun best.. runway pun best!!
wahh xsbr nk tggu entry baru..
tapi untk entry ni sedih sikit sbb tengku terbayang kat arwah liyana..kesian nina..apepon mmg terbaik lah acik!!
wah dah pandai nk belai2....tp ego tinggi melangit thp x hengat
perit rasa hati ni tingatkan nina dipanggil liyana....sayuuuu
acik....gracias muchacha, enjoy ur weekend!!!
weyh..yong..nurul..sori ..ek..baca citer ni..mmg akak teremosi pulak..dah jadi kakak angkat pulak pada nina ni..aduhai..dah masuk ngan character pulak..
ish..ish..nasib baik tuan tanah tak marah ek..sabar je la..kan..kan..
hahaha. ok la tu ida n gangs, selain tulisan acik, pembaca tulis pun buat kita semua gelak gak..penuh emosi you.. [cL]
acik tq for n3...
suka laa citer nie.. dari episod ke episod smakin best :)
huhu tadi agak terkedu gak sbb tq bygkan liyana waktu sentuh nina.. mmmg terasa giler laa kalo jadi si nina... huuu looking forward for next n3...
tq again for ur time in updating the story....love it!
-hmj-
aah, pendek n3 ni. acik tulis pendek2 luar biasa. kt xpe, dah biase...heh
hati tengku dah berbunga tu..sabar sket lg nina.
xsabar tgu runway:)
perkembangan yg sgt baik utk TQ..
TQ dah mula jejak di bumi nyata...
Istikharah la..serahkan diri kpd Allah, semoga dpt ilham...br boleh dpt isyarat.yg boleh TQ fahami..
kalo x dimulai dgn ibadah, tkut hantu pulak hadir dlm mimpi..huhu
si Nina tu, sediakanlah sejadah utk TQ sbg imam, mudah2an Allah berikan hidayah kpdnya...Amin
alamak... TQ nie..apsal ter feel kat Liyana...pulak....sian kat Nina...Acik..saja tau...buat kita orang tertunggu2 sampai hari senin...hu2......
che'leen....Amin
bule plak dok lawan sorong2 mesin jahit tu..hehe
TQ dh sweet dh..xda la keras mna pon hati dia kn.. :)
[hawa]
Sweetnya TQ dengan Nina main sorong mesin tarik mesin jahit...kesian Nina..TQ dok belai2 Nina tapi sebut nama Liyana...sabar lah Nina...nak buat camne dah hubby Nina tu hati beku....tapi perasaan terbuai-buai kat Nina tu dah ada... sikit lagi cair terus la hati TQ tu...so Acik taip laju-laju ye...I tak sabar nak baca laju-laju ni...
-Umi Anis-
mak aii..jauh dah ketinggalan ni..huhu..apa2 pun entri kali ini sedih sikit..sian lak dgn nina bila qalif sebut nama liyana..tapi dlm masa yg sm sian jugak kat qalif..yelah bkn senang nak terima org lain dlm hidup dia..\
btw, tq acik ^^
akak ada mesin jahit..dgn kederat 2orng prmpuan mmg xtrangkat,meja dia pun agk bsr...mcm mn nina blh angkt dgn bibik je buat naik ats..
mesti Nina lagi keciwa if pegi honeymoon still ngauman singa x kurang2 kan. Semua mood nk naik kuda tepi pantai,buat sand castle,atau pun salsa & tango dh kelaut!eh honeymoon tepi laut atau air terjun ni..acik aje yg tau kan..bila la saat2 goosh bump nk dtg ni..hihi
ok juga acik still maintain wpun mood "kedaung' apa ya?.. TQ x keja lg ker, biar dia rinduan kat nina...dh lah jeles giler kat Amri...rileks acik kool hav a good mood to create a good story...x sabar tunggu next n3.
ala! nape-lah si TQ tuuu !
bikin panass saje,
Sye suke jalan cerita dia,
w'pon kite boleh expect what happens at the ending
I STILL LOVE IT !
feels like, cerita dia lain drpd yg lain
miss writer! i love yor writings !rasa macam berada diawang awangan
Yoha Acik! Rindunyee sejak jemaat tak baca blog ACik til smlm!(cuti ) ni pepagi udah abis baca semuanya...PCBS as usual mmg mengujakan!!Erm..apa lagi incident yg bakal terjadi btween TQ n I?? Ala...nape TQ dok sebut Liyana lagik..jgn la compare depa berdua!! nnti makin kecik ati Imanina yg super duper canggih tu!
Lagi satu yg mengujakan kak ialah KMHB ( kak mmg suka citer ni..pendek kata semua citer Acik la ),coz start kenal blog Acik end of last yr,so tak sempat baca KMHB yg sampai ep 70++,,ishhhh...ruginyee!! dh le kena tunggu till end of year..lama tu lagikkkk..saborrrjelahh!!!
Apa2 pun..timakaseh Acik!!
best2..
tp, nk tahu apa nama hero dalam gambar tu yg sebenarnya..
hehe
yeaahhhh....cair gak TQ nih tp naper masih igt kat Liyana...ish3
Liyana? bro , thats wrong
Post a Comment