Followers

Bab 21 : Pelangi Cinta Buat Suami...



Mata masih terintai-intai di sebalik langsir tebal yang melatari ruang tingkap lebar itu. Sudah hampir lima belas minit dia berdiri di sini, sampai naik lenguh kakinya. Bibir diketap rapat. Pandangan beralih pula ke arah dua keping tiket penerbangan yang dipegangnya sejak tadi.
Hisy, macam mana nak bagitahu ni kalau dari tadi suaminya sibuk sangat bersembang dengan Amri? Nak tunggu masa free berdua-duaan memang susahlah. Bila dia balik dari kolej, Tengku Qalif sudah tidur. Bila dia bangun, lelaki itu pula sudah hilang entah ke mana. Memang kebelakangan ini dia perasan suaminya itu sering keluar awal-awal pagi lagi. Keluar entah ke mana, nak bertanya pun tak sempat.

“Neng Nina, ngapain dari tadi terjenguk-jenguk di jendela?”
Imanina tersentak sebelum berpaling ke belakang. Pandangan singgah ke arah bibik Yanti yang berdiri tegak dengan tangan kanan memeluk bakul berisi kain yang mahu dicuci. Sengihan kelat terukir di bibir, segan dengan bibik. Nanti bibik ingat dia nak skodeng Amri pulak, manalah tahu kan..
“Eh bibik ni, kan Nina cakap jangan panggil neng Nina. Kelakar la bunyi dia, panggil Nina aje tau?” Imanina memesongkan topik. Bibik Yanti sekadar tersengih dengan peringatannya yang berulangkali itu. “Mama dengan papa balik lambat lagi ke bik?”

“Lambat lagi, katanya mahu ke kantor Tan Sri dulu, lewat malam baru pulang..”
Imanina menganggukkan kepala. “Bibik dah masak? Kalau belum, sekejap lagi Nina tolong ye?” Kaki bergerak menjauhi tingkap, tiket di tangan pula cepat-cepat diselit ke dalam kocek seluar.
“Belum masak lagi neng..” Bibik Yanti mengatup bibir tatkala melihat kerlingan Imanina. Tersasul lagi menyebut ‘neng’. “Err.. belum lagi Nina. Usah ribut-ribut mahu nolong, kok cuma kita berdua saja makan malam bersama nanti.”

“Ribut-ribut apanya bik ni, cerah kat luar tu…” Imanina tergelak kecil dengan loghat wanita Indonesia itu. Seketika keningnya berkerut. “Kenapa kita berdua je makan nanti bik? Yang lain ke mana?”
“Tuan Qalif katanya mahu keluar dengan Tuan Amri nanti. Puan Sri dan Tan Sri enggak mahu makan di rumah, ada makan malam di rumah temannya..” Terang Bibik Yanti dengan laporan penuh. Memang kalah setiausaha syarikat lagaknya, tinggal tak pegang buku nota kecik saja lagi.

“Oh…” Kepala Imanina menerawang jauh, terfikir-fikir ke mana suaminya mahu merambu dengan si Amri itu. Sudahlah hari bekerja asyik hilang aje, hari minggu macam ni pun nak keluar jugak? Sangat bujang ye Tengku Qalif ni!
“Bik ke dapur dulu, Puan Nina..”
Bulat mata Imanina melihat langkah bibik yang laju ke dapur. Bibik ni, buang ‘neng’ dia pergi tambah ‘puan’ pulak! Bibir mengukir senyuman kecil dengan kepala digeleng perlahan. Lucu dengan perangai bibik yang seorang itu.

Teringatkan suaminya di laman rumah, hati kembali resah. Dia perlu juga berbincang dengan Tengku Qalif sebelum lelaki itu keluar bersama Amri. Tapi macam mana? Selamba saja keluar dan menyapa suaminya? Aduhai.. kalau kena tempelak depan Amri kan dah malu..! Kepala masih ligat berfikir, mencari idea sempurna supaya semuanya nampak berlaku secara semulajadi.
Ahah! Jari dipetik sekali, bibir pula tersenyum-senyum sendiri. Laju saja kakinya menapak ke dapur mencari bibik Yanti.







Amri tergelak kecil. Wajah bersahaja Qalif dipandang tepat. “Baguslah, aku ingat kau nak terus menganggur sampai ke tua. At least dah kerja ni, senanglah kau nak menanggung anak bini nanti. Life kau pun takdelah bosan sangat kan, ada benda boleh kau sibukkan..”
Tengku Qalif mencebik. Rasa kurang selesa, dia berdeham pula beberapa kali. Perkataan anak bini itu mengusik-usik hatinya. Kalau dulu apabila perkataan isteri disebut-sebut, wajah Liyana yang terlayar di ruang mata. Tapi sekarang sudah berubah… entah kenapa wajah Imanina yang mengambil alih gelaran ‘isteri’ itu.

Kadangkala dia dihimpit rasa bersalah, terasa hati kian lemah menyebut nama Liyana dalam hari-harinya. Mustahil rasa cintanya terhadap Liyana sudah pudar hanya kerana kehadiran Imanina. Berbelas tahun dia menyemai cinta bersama Liyana, dan dalam masa beberapa bulan saa Imanina seolah-olah sudah berjaya menguasai kebanyakan ruang di hatinya. Kerana itulah dia menyibukkan diri dengan kerja di tempat barunya. Lagi elok kalau dia tidak selalu berhadapan dengan Imanina.
“Kau dengan Nina okay?”

Tengku Qalif tersentak dengan pertanyaan Amri. Tak dapat dielak, hatinya dicuit rasa kurang senang apabila Amri sering ringan mulut menyebut nama gadis itu. Perasaannya langsung tidak sama kalau nak dibandingkan ketika nama arwah Liyana yang disebut-sebut Amri. Memang sangat berbeza.
“Apa maksud kau?” nada suara dan riak muka dikawal seadanya.
“Iyalah, kau dengan dia.. happy ke tidak?” Amri tergelak kecil. Pandangan dilemparkan ke arah kolam renang di hadapan pondok kayu itu. “Aku nampak Nina tu kadang-kadang termenung jauh aje, muka pun nampak sedih. Kau layan dia baik kan?”

Mata mengerling wajah Amri yang tampak sedikit serius. “Kau rasa aku layan dia teruk ke?” Soalan berbalas soalan. Hati semakin kurang senang dengan reaksi Amri yang nampak begitu mengambil berat tentang Imanina. Amri mungkin berniat baik, mungkin betul-betul prihatin tentang gadis itu. Namun entah kenapa semua itu membuatkan hatinya dihembus perasaan pelik. Dan dia cukup yakin ini adalah perasaan cemburu. Dia sudah mula cemburukan Amri dan Imanina..
“Hmm.. pada pandangan aku, teruk jugaklah…” Jawab Amri selamba. “Kau tak perasan ke apa yang kau dah buat pada dia? Kau langsung tak jaga hati dia Qalif..”

“Oh, really?” Tengku Qalif pula menayang riak bersahaja. Bibir mengukir senyuman sinis, menutup perasaan resah di dalam dada. Liur  yang ditelan terasa kesat, seperti menelan butiran pasir yang berbatu. Serba tidak kena duduknya melawan perasaan bercampur baur begini.
“Kau tahu jawapannya Qalif. Aku bukan berniat nak masuk campur, jauh sekali nak mengajar kau macam mana kau nak handle pasal rumahtangga segala ni. Aku tahu kau lebih banyak pengalaman kalau nak compare dengan aku..” Amri membalas tenang, namun bunyinya seperti menyindir juga. “Tapi aku rasa kau tak berlaku adil dengan Nina..”

Tajam pandangan mataTengku Qalif menyorot ke arah Amri. Kebelakangan ini dia mula mengesan yang Amri semakin lantang mencari salahnya. Selalunya pasal Imaninalah, pasal siapa lagi. Dan bila nama Imanina berbalas-balas di bibir dia dan Amri, penghujungnya dia yang rasa sakit hati. Geram dengan sikap Amri yang kadangkala terlalu lantang menunding salah kepada dirinya.
Nafas berat dihela dari bibir. Cuba sedaya upaya mengawal rasa baran di hati kerana mengenangkan Amri sahabat baiknya. Kalau dengan Amri pun dia nak bertegang urat, jawabnya memang makin teruklah hidup dia. Hilang segala-galanya…

“Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni Amri?” Soal Tengku Qalif dengan nada mendatar. Pandangan dicampak jauh merenung pohon-pohon menghijau di hujung pagar. Hanya renungan kosong, tidak ada apa-apa yang menarik di situ untuk dicerna otaknya.
Amri menarik nafas dalam-dalam. Kedua belah sikunya ditopang ke peha dengan tubuh sedikit membongkok. Lurus pandangannya dihala ke hadapan, membuang pandang sama seperti Qalif.

“Aku kesian dengan Nina Qalif. Dia perempuan baik, kau tak nampak ke semua tu?” Soal Amri perlahan. “Perempuan sebaik dia tu, tak adil untuk kau layan macam tu. Ikut suka bila kau nak marah, nak maki hamun, not fair for her Qalif. Dia pun ada airmuka jugak, ada maruah, ada hati dan perasaan.”
Tersentap hati Tengku Qalif. Sekilas matanya mengalih pandang ke arah Amri yang masih bereaksi tenang. Bibir mengukir pula senyuman sinis, senyuman yang menutup rasa sebenar di hatinya. “Wow, nampaknya kau kenal betul dengan dia?”
“Yes I am.. at least aku kenal dia lebih dari apa yang kau tahu.”

“Excuse me?” Mata mencerlung tajam ke arah Amri yang tergelak kecil. Demi Tuhan, rasa di jiwanya semakin resah, semakin tidak tentu arah dibuatnya. Memang dia tidak suka ayat yang dilemparkan Amri tadi. Dia rasa seperti dia sudah tertewas.
“Tak betul aku cakap? Kau kenal ke isteri kau tu Qalif?” Amri masih tenang menyoal. “Kau tahu makanan apa dia suka? Apa yang dia paling takut? Apa yang dia paling geli? Kau tahu semua tu?”
Tengku Qalif merengus keras. Tangan naik melurut rambut dengan perasaan berbuku di dada. Memang ada benarnya kata-kata Amri, dia tidak pernah kenal siapa Imanina. Jauh sekali mahu ambil tahu apa yang disukai dan dibenci Imanina. “She’s not important to me.. buat apa aku sibuk-sibuk nak ambik tahu!”

“Not important?” Amri pandang tepat wajah Qalif namun sahabatnya itu membuang pandang ke arah lain. “Kau biar betul bro.. mulut dengan hati kau dah tak pandai nak berpakat ke sekarang? You like her, don’t you?”
Pantas Tengku Qalif menoleh ke arah Amri yang tersenyum-senyum. Tak cukup senyum, Amri tergelak kecil pula.
“No, I am not!” Balasnya dengan wajah yakin. Terpandangkan renungan Amri yang mungkin boleh menembus sampai ke hatinya, cepat-cepat dia mengalih pandang. Bimbang Amri boleh nampak apa yang ada di dasar hatinya. Ada nama Imanina yang mula terukir halus di situ. Masih kabur namun dia pasti memang ada..

“Habis tu kenapa kau nampak semacam bila dia rapat dengan aku? Bila dia rancak bersembang dengan model-model lelaki lain hari tu? Kau jealous kan? Aku bukan baru kenal kau Qalif, aku nampak kau dah tak senang duduk tengok semua tu.”
“For god sake, takde sebab aku nak jealous Amri!” Balas Tengku Qalif mempertahankan egonya. Dia bangkit dari duduk dan menapak ke hujung pondok kayu itu. Tangan menongkat tiang yang melintang di atas kepala, resah gelisah.

“So kau tak kisah dia rapat dengan aku? She’s your wife Qalif, takkanlah kau tak kisah langsung?”
Tengku Qalif mengetap bibir. Kalau dia katakan dia kisah, semua itu akan jelas menunjukkan yang cinta Liyana di hatinya sudah diusir ke tepi. Kalau tak banyak pun, sedikit sudah berganjak. Ah, dia tidak mahu Amri tersalah anggap. Nanti Amri sangka dia sewenang-wenangnya bertukar cinta. Dari Liyana berpindah pula kepada Imanina. Sedangkan Amri saksi utamanya ketika bunga-bunga cinta dia dan Liyana subur mengharum. Amri yang menghubungkan hatinya dengan Liyana, peranan Amri memang sangat penting.

“Aku tak kisah Amri. Macam aku cakap dengan kau dulu..” Kata-kata terhenti. Nafas ditarik dalam-dalam, mengumpul kekuatan yang bersisa di celah hati. “…kalau kau nak dia pun, aku takde halangan..” Sambungnya mendatar dan perlahan. Mata dipejam saat dada terasa tersayat ngilu. Ya Allah.. kenapa ayat itu juga berulangkali dia sebut!

“Kau sure ke bro? Aku pernah cakap dengan kau kan, jangan menyesal kalau aku dah suka.” Amri tersenyum kecil. “Buat masa ni aku bagi chance untuk kau fikir baik-baik.. tapi kalau kau tetap rasa tak boleh terima Nina dalam hidup kau, aku tak teragak-agak untuk bela nasib dia..”
Terdiam Tengku Qalif. Dia tahu Amri tidak bercakap kosong tentang itu, Amri bersungguh-sungguh. Dan mengenali Amri selama ini, ini pertama kali sahabatnya itu nampak begitu teruja dengan kehadiran seorang perempuan. Selama ini lambakkanlah secantik mana pun rupawan-rupawan di pelusuk dunia, Amri sekadar melayan biasa-biasa saja. Tapi dengan Imanina berbeza, renungan Amri juga berlainan benar setiap kali memandang wajah gadis itu.

“Berapa lama kau nak masa Qalif?”
“Masa apa?” Mata menjeling Amri yang masih bersahaja.
“Masa untuk kau cuba terima Nina. Take your time, Qalif…”
“Do I need that?” Soalnya sinis, menayang ego yang sengaja dinaikkan sendiri. “Kau pun tahu kan yang dia tu bukan..”

“Assalamualaikum..”
Salam itu mematikan kata-kata Tengku Qalif yang sekerat jalan. Serentak dia dan Amri menoleh ke kanan, mencari wajah yang amat serasi dengan suara lembut itu. Tengku Qalif mengeluh perlahan tatkala Imanina muncul menatang dulang berisi teko dan tiga biji cawan. Ada juga sepiring kuih seri muka yang diletakkan sekali di dalam dulang tersebut.

“Waalaikumusalam.” Sahut Amri ceria. Dipelawa Imanina untuk menyertai mereka di bawah pondok kayu itu. Gadis itu nampak manis benar, sama seperti selalu. Anggun dan cantik biar pun sekadar berpakaian ringkas.
Tengku Qalif hanya memerhati dengan kerlingan mata. Dia nampak Imanina tersenyum ke arahnya, namun dia tidak ada hati untuk membalas. Jiwanya sedang dirosakkan oleh sikap egonya yang tak bertempat, dia benar-benar tak ada mood! Kaki dihala semula ke arah kerusi yang didudukinya tadi, duduk dilabuh kasar. Entah kenapa dia rasa hangin satu badan pula, mungkin sebab melihat wajah Amri yang tersengih-sengih kepada Imanina yang turut sama duduk di ruang itu.

“Nah, Nina buat air Nescafe tarik kaw untuk abang Amri..” Cawan berisi Nescafe panas itu dihulur kepada Amri. Lelaki itu menyambutnya dengan senyuman melebar di wajah. Dihidu aroma dari asap nipis itu sebelum diteguk perlahan. Leka Imanina memerhati, seram takut tak lulus!
“Ya Allah.. sedapnya! Kalah mamak punya Nescafe tau..” Puji Amri tinggi melangit.

Imanina tersipu-sipu segan. Nak puji tu boleh, tapi janganlah puji depan laki dia yang ‘sporting’ ni. Tak nampak muka tu, dah macam tertelan asam jawa dah! Teringatkan Tengku Qalif, Imanina menuang pula teh tarik dari teko kecil di dalam dulang itu. Dihulur kepada suaminya dengan senyuman manis di bibir. “Ini air tengku.. teh tarik special!”

Amri yang sedang meletakkan cawan di atas meja kopi, merenung Imanina dan Qalif bersilih ganti. Tegang riak wajah Qalif tanpa sudi menyambut huluran Imanina.
“Err.. Nina..” Panggil Amri. Imanina menoleh ke arahnya dengan mata terkelip-kelip kehairanan.
“Qalif tak minum air bersusu la..” Ucap Amri sedikit perlahan. Serba salah apatah lagi mengenangkan Imanina yang begitu peka dengan minuman kegemarannya, tidak minuman Qalif.
Imanina tercengang. Tak minum air bersusu? Ya Allah.. patutlah selama ni dia tak pernah nampak Tengku Qalif minum air yang dia buat pagi-pagi tu. Sangkanya Tengku Qalif nak tunjuk lagak, rupanya memang tak minum. Aduhai… kenapalah tak tulis dalam buku tu dulu?

“Err.. sorry. Tengku nak air apa?” Imanina tersengih serba salah. Cepat-cepat cawan itu diletakkan di atas dulang. Mata Tengku Qalif yang kemerahan membuatkan dia seram sejuk mahu membalas pandangan lelaki itu. Bengang sangat ke dia tersalah bancuh air?
“Qalif ni suka air teh o nipis, simple je.” Sahut Amri untuk menenangkan keadaan. Dengan Imanina yang terkulat-kulat, dengan Qalif yang memuncung, memang nampak tegang benar suasananya. Yang Qalif ni pun satu, takkan pasal air pun nak buat muka stress macam tu.

“Oh, teh o ke? Err.. Nina buatkan sekejap ye..” Tangan dilayang-layang sebagai isyarat ‘sekejap’. Naik risau dia tengok muka Tengku Qalif yang macam nak telan dia hidup-hidup tu. Marah sangat tak dapat teh o nipis agaknya.
“Tak payah!” Balas Tengku Qalif kasar. Nafas turun naik melawan perasaan di dada, sakit sangat! Mahunya dia tak sakit hati, air kegemaran Amri bukan main kuat melekat dalam kepala Imanina. Air kegemaran dia langsung Imanina tak tahu! Ah, salahnya jugak.. siapa suruh berlagak sangat. Dia tidak pernah mahu berkongsi apa-apa dengan Imanina, memanglah gadis itu takkan tahu apa yang dia suka dan tidak.

“Err.. betul ni?” Imanina serba salah, tangan naik menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ni kuih apa ni? Nampak sedap…” Amri cepat-cepat mengalih topik. Tidak mahu Imanina dimarahi Qalif pula. “Kuih seri muka ya? Favorite abang ni..”
Imanina mengangguk dengan senyuman kelat. Aisey.. kebetulan pulak kegemaran si Amri ni. Nanti Tengku Qalif ingat dia buat kuih ni semata-mata untuk Amri pulak. Tapi dia mana tahu kuih kegemaran Tengku Qalif apa. Dia tanya bibik, bibik pun tak tahu!

“Hmm… sedapnya!” Amri pejam-pejam mata mengunyah kuih seri muka yang lembut dan enak itu. Memang sedap sungguh, pandai rupanya Imanina memasak. “Ini bibik ke Nina yang buat ni?”
“Hei.. mestilah Nina yang buat! Penat tau bersilat dekat dapur tadi..” Balas Imanina bersungguh-sungguh. Tersedar reaksinya yang ala-ala manja gedik begitu, pantas dia mematikan senyum. Mata melirik sekilas ke arah suaminya, masih bermuka asam jawa. Alahai… macam mana nak cerita pasal tiket kapalterbang kalau dah tayang muka macam tu?

Lama juga Imanina ‘keras’ di ruang itu. Hanya menjadi pendengar sembang rancak Amri dan sekali sekala Tengku Qalif membalas acuh tidak acuh. Memang suaminya nampak semacam, mata asyik menjeling tajam ke arahnya. Mungkin besar benar salah dia sebab tak ingat air kegemaran suami sendiri. Tapi boleh pulak ingat air kegemaran lelaki lain.. fuh, memang kejam bunyinya tu.
“Nina, ada something nak terjatuh dari poket Nina tu. What is that?” Amri memuncung ke arah paha kanan Imanina.

Imanina menjungkit kening kehairanan sebelum ikut sama memandang ke sebelah kanan. Alamak, tiket kapal terbang ni buat special appearance tanpa isyarat pulak dah! Tak menyempat-nyempat. “Err.. ini…”
“Bak sini aku tengok!” Tengku Qalif yang sejak tadi sudah hilang mood merampas kertas di tangan Imanina. Dia sudah nampak Amri menghulur tangan untuk melihatnya, baik dia mengatur langkah lebih pantas. Seketika mata meneliti satu persatu tulisan kecil di atas kertas empat segi itu. Anak mata beralih pula ke arah Imanina yang sedikit menunduk, kemudian kembali menatap dada tiket kapalterbang itu. Wajahnya masih serius tanpa segaris senyuman.

“Macam mana nama aku boleh ada dekat tiket ni?” Soalnya mendatar. Tiket penerbangan ke Langkawi, bila masa pulak dia kata dia nak ke Langkawi?
Amri mengambil tiket itu dari tangan Tengku Qalif. “Wow, ni tiket nak pergi honeymoon ke apa ni?” Gelak kecil terlepas dari bibir.
Imanina terkulat-kulat sendiri. Malunya Tuhan saja yang tahu! Lambat-lambat dia mengangkat muka memandang wajah Tengku Qalif yang tepat memandang ke arahnya. Menanti dia membuka mulut memberi penjelasan.
“Err.. itu.. itu hadiah dari mama dan papa.”

“Hadiah? Hadiah apa?” Tanya Tengku Qalif kurang senang. Hebat, sekarang mama dan papa sudah tidak pedulikan pendapat dia lagi. Boleh buat keputusan tanpa bertanya kepada dia terlebih dahulu. Geram sungguh!
“Hadiah apa kau tanya, bro? Hadiah honeymoonlah.. tanda mama dan papa kau nak cepat-cepat dapat cucu..” Usik Amri dengan gelak kecilnya. Tiket tadi dihulur semula kepada Imanina yang wajahnya sudah merona kemerahan. Malu diusik begitu barangkali.

“What?? Honeymoon?” Tengku Qalif bingkas bangun. Tajam matanya mencerlung ke arah Imanina yang menundukkan wajah. Dada terasa sempit dan perit. Mengenangkan perkataan honeymoon, hatinya tersayat pedih. Bulan madu bukanlah kenangan terindah dalam hidupnya, ada rasa pahit yang masih berbekas sehingga kini. Dan sekarang, mama mengharap dia melalui pengalaman itu sekali lagi? Takkanlah dia nak beriang ria bersama Imanina sedangkan bulan madunya dengan arwah Liyana dahulu begitu pilu!
“Err.. bukan honeymoon. Kita just spend masa kat sana dua tiga hari..” Jawab Imanina gugup. Dia tidak kisah kalau dimarah dan diherdik Tengku Qalif, dia sudah lali. Cuma bila ada Amri menjadi saksi, dia rasa segan pula. Terasa tebal lapan inci kulit wajahnya.

“Apa bezanya? Kau ingat aku bodoh?” Suara Tengku Qalif melengking tinggi. Kali ini rasa indah di hatinya bertebaran pergi, muncul bayang-bayang Liyana yang terbaring lesu berlumuran darah. Jelas satu persatu peristiwa pahit itudi ruang mata. Isterinya mengerang kesakitan namun dia tidak mampu berbuat apa-apa, sekadar memandang lemah sebelum pengsan tidak sedarkan diri!
Nafas tersekat-sekat melawan sebak di dada. Langkah diatur laju ke hujung pondok kayu itu, enggan Imanina dan Amri melihat emosinya yang terganggu saat ini. Rambut dilurut kasar, kemudian meraup pula wajahnya berkali-kali. Liyana.. bergetar lagi hatinya menyeru sebaris nama itu.

“Kau janganlah tengking-tengking Nina Qalif. Dia cakap baik-baik kan, lagipun ini parents kau yang arrangekan. Bukan salah Nina..” Bela Amri penuh simpati. Dia tahu Imanina berkecil hati dengan sikap Qalif yang tidak menentu itu. Kadangkala baran Qalif tidak bertempat langsung, terhambur ikut suka tanpa mempedulikan perasaan Imanina.
“Kau tak rasa apa aku rasa Amri!” Tempelak Tengku Qalif kasar. Sakit jiwanya dengan sikap Amri yang selalu saja mahu menjadi hero di mata Imanina.

“Aku tahu kau masih trauma pasal arwah Liyana tu.. but kau tak bolehlah layan Nina macam apa yang berlaku tu berpunca dari dia. Dah ajal Liyana, Qalif… kau redha aje dengan ketentuan Allah ni..”
Imanina sekadar mendiamkan diri. Dia tahu bukan mudah untuk Tengku Qalif melalui proses bulan madu kali yang kedua ini. Sedangkan arwah Liyana meninggal dunia di saat mereka menikmati bulan madu yang begitu sempurna dan indah. Dia faham gelodak hati suaminya.. cuma dia mahu lelaki itu memberinya peluang mencipta kenangan manis yang lain di antara mereka berdua. Namun nampaknya percaturan dia silap, hati Tengku Qalif masih utuh untuk arwah isteri kesayangannya itu. Langsung tidak terusik dengan apa yang sudah dia lakukan selama ini. Hati lelaki itu sekeras batu, dan hatinya sendiri semakin lama semakin tercalar dengan kelakuan Tengku Qalif.

“Kalau tengku tak ready lagi nak pergi, Nina faham..” Tutur Imanina tersekat-sekat, melawan rasa sebak di dada. Pandangan yang kabur dialihkan ke sisi. “Nina masuk dulu, nak sambung menjahit.” Sambungnya sebelum bingkas bangun meninggalkan pondok kayu itu. Dia mahu segera menghamburkan tangisannya di dalam bilik nanti. Sudah tidak tertahan dadanya mahu mengepung perasaan sebak yang kian sarat memberat.

“Look what have you done! Tak betul apa aku cakap? Kau tak pandai langsung jaga hati dia!” Marah Amri setelah Imanina bergegas meninggalkan ruang itu. “Aku tahu kau sukakan isteri kau Qalif, tapi aku tak tahu apa yang sekat jiwa kau dari luahkan semua tu. Apa masalah kau? Tell me!”

Tengku Qalif mendengus keras. Benci diasak dengan bermacam-macam soalan dan tuduhan yang jelas nyata dia sendiri keliru. Dia keliru dengan perasaan sendiri, dia tidak faham apa yang dia rasa. Dia sukakan Imanina? Ya, dia suka! Tapi untuk mengakuinya terlalu sukar, bagaikan ada bebanan berat menghimpit dada. Melafaz kata sayang kepada Imanina, samalah seperti mengkhianati sumpah setianya kepada arwah Liyana. Liyana terlalu banyak berkorban untuknya, takkanlah dia mahu mempersiakan cinta Liyana begitu saja!
“Tak berdosa kau cintakan Nina, Qalif… tapi berdosa bila kau mengabaikan isteri kau macam tu. Takkan kau tak tahu semua tu?” Luah Amri penuh kesal.

Tengku Qalif masih mendiamkan diri. Apa yang dibebelkan Amri tidak lagi singgah di kepala, dia hanyut dan menerawang jauh melayan perasaan sendiri. Mencari jawapan untuk persoalan hatinya yang semakin rumit…



*********


Masuk ke dalam kamar yang terang benderang itu, matanya tertancap ke arah Imanina yang khusyuk di dalam Tahiyat-Akhir. Tenang wajah gadis itu biarpun matanya kelihatan sedikit bengkak. Dia tahu selepas kejadian petang tadi, Imanina mengurung diri di dalam bilik jahitan di tingkat bawah. Bibik Yanti sendiri memberitahu yang Imanina tidak mahu keluar walaupun untuk makan malam. Menayang mogok barangkali.. atau Imanina sudah hilang selera makan gara-gara sikap kejamnya siang tadi?

Nafas dihela perlahan. Lemah langkahnya menapak ke arah almari pakaian untuk memilih baju yang akan dipakainya selepas mandi nanti. Berjam-jam dia menghabiskan masa di luar, konon mahu mencari ketenangan diri yang sekian lama menghilang. Dia sanggup memandu dari KL ke Seremban, kemudian berpatah balik semula ke KL dan terus berpusing-pusing di ibukota tanpa tujuan. Sangkanya dia tenang begitu, namun perasaannya semakin berbelit-belit. Semakin sakit kepala dengan masalah hati sendiri.

Memang Amri ada menawarkan diri untuk menemaninya, tetapi dia menolak. Bimbang nanti hatinya tidak sabar mahu mendengar ‘ceramah-ceramah’ Amri yang boleh tahan pedasnya itu. Dia manusia biasa, kalau kerap sangat diprovok memang boleh hilang tenangnya. Silap-silap merasa Amri penumbuk sulungnya.

“Tengku baru balik?”
Tengku Qalif tersentak. Segera dia berpaling memandang ke arah Imanina yang sedang berdiri melipat sejadah. Kening berkerut. Imanina yang berjauh hati dengan sikapnya masih boleh menegur dia baik-baik macam ni? Wajah tenang gadis itu ditatap tepat. Sudah pulihkah hati Imanina yang terguris kerana sikapnya siang tadi?

“Tengku dah makan? Kalau nak makan, Nina panaskan lauk..” Imanina bergerak pula ke sudut bilik untuk menyidai sejadah dan kain sembahyangnya. Dia tahu Tengku Qalif masih terpinga-pinga dengan sikap dia yang selamba. Tajam mata lelaki itu mengekori gerak gerinya. Memang tadi dia merajuk hati, berkecil hati, dan berjauh hati dengan suaminya, tapi sesudah bersolat dan berdoa, jiwanya terasa lapang. Yakin ini semua ujian Allah, dia pasrah dan redha melaluinya.

Tengku Qalif masih memerhati Imanina yang menyikat rambut di almari solek. Entah kenapa hatinya berasa sayu. Dalam kasar-kasar sikapnya, Imanina masih boleh bertenang dan melayannya dengan baik. Dan jelaslah, gadis itu kelihatan lebih matang dari usianya, malahan lebih matang dari diri dia sendiri. Nafas panjang dihela berat. Serba salah. Baju di tubuh ditanggalkan dan dicampak ke atas katil.
“Aku dah makan. Kau?” Balasnya mendatar. Dia tahu Imanina belum menjamah apa-apa makanan sejak petang tadi. Melihat lauk pauk yang dihidangkan di atas meja tidak berusik, dia sudah tahu apa maknanya.

“Nina tak lapar..” Imanina membalas dengan senyuman kelat di bibir. “Tengku mandilah dulu, nanti Nina buatkan teh o panas. Dekat luar hujan kan tadi? Mesti tengku sejuk..” Imanina mengutip pula baju yang ditanggalkan Tengku Qalif sebentar tadi. Riaknya tenang biarpun mata semakin memberat kerana bengkak akibat terlalu banyak menangis. Menjahit sambil menangis, memang tak jadi kerja.

Sekilas Tengku Qalif memandang wajah Imanina yang melintas di hadapannya. Keruh airmuka gadis itu, tidak seceria hari-hari yang lalu. Semakin tebal rasa bersalah menyaluti hatinya. “Aku…” Bibir diketap rapat. Kata-kata maaf begitu liat mahu melantun dari bibir, berlawan-lawan dengan rasa ego yang sekian lama dipupuk di dalam dirinya.  “…pasal Langkawi tu, kau patut bincang dengan aku dulu.”
Langkah Imanina yang hampir menapak keluar dari bilik terhenti. Dia menoleh ke arah suaminya yang masih tegak berdiri di sisi katil. Hairan juga dengan nada suara Tengku Qalif yang lebih tenang berbanding siang tadi. “Bincang?”

“Yalah.. aku sekarang dah kerja, bukan menganggur macam dulu.” Balas Tengku Qalif bersahaja. “Date yang kau ambik tu weekdays, tak sesuai kalau aku nak pergi. Cuba suruh mama tukar weekend, that should be fine with me.”
Imanina tercengang. Tercengang sebab tiba-tiba dia mendapat tahu Tengku Qalif sudah mula bekerja, lepas tu paling pelik bila Tengku Qalif suruh tukar tarikh yang lain. Ya Allah… macam tak percaya pulak! Tapi sejak bila Tengku Qalif dapat kerja ni? Kerja dekat mana?
“Mak..maksud tengku?”

“Kita pergi weekend. Kau cakap dengan mama suruh tukar flight ticket tu..” Balas Tengku Qalif dengan reaksi masih tenang seperti tadi. Tuala dicapai sebelum dia mengorak langkah menuju ke bilik air.
“Tengku…” Panggil Imanina tanpa dapat ditahan. Perasaan ingin tahu terlalu melonjak-lonjak di dalam jiwanya. Lelaki itu berpaling seraya menjungkitkan sebelah keningnya. “Kenapa tiba-tiba tengku ubah fikiran?” Soalnya teragak-agak. Bimbang mood baik lelaki itu hilang melayang dengan soalannya ini.

Tengku Qalif menggigit bibir. Memikirkan jawapan terbaik untuk diberikan kepada Imanina. Dia pun tidak tahu kenapa.. cuma dia rasa bersalah dengan gadis itu. Hatinya semakin tersentuh dengan sikap Imanina yang melayannya dengan baik meskipun dia sering berkasar dan bersikap kejam. Bukan sembarangan perempuan mempunyai sikap seperti itu. Kesabaran Imanina terlalu tinggi, jauh berbeza dari apa yang dia ada.
“Hmm… aku nak tenangkan fikiran aku kat sana. That’s all..” Balasnya ringkas sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Imanina masih tercegat di muka pintu. Masih memandang ke arah pintu bilik air yang sudah tertutup rapat. Tangan naik menyentuh dada yang di dalamnya terasa kembang kuncup penuh bahagia. Mudah-mudahan ini petanda permulaan yang baik untuk dia dan suaminya. Dia tidak akan mempersia-siakan peluang yang ada.
Bibir mengukir senyuman penuh makna dengan mata berkaca-kaca. Hati Tengku Qalif akan dia curi di Langkawi nanti, itu misinya!



52 Baca Laju-Laju:

Anonymous said...

suka sangattttt.....

Anonymous said...

hehehehhe akhirnya... ada jg n3 baru.. hehehehe suke2.. buat x sabar2 nak tau kejadian selanjutnya.. hehehehe acik plz.. buat crita yg best2 masa honeymoon nnt.. ^_^

sEha said...

ala2...nk meragut air mate n3 acik ni

Anonymous said...

Best3...x sabar nk tunggu nxt n3...

Travel&Food Lovers said...

acik...

terima kasih...setelah berhari2 menanti...mmg sedih kali ni..rase nak menangis bile baca part nina kene marah tu...bukan semua perempuan boleh bertabah macam nina...

luv u so much acik...

dania said...

best sangat..

Anonymous said...

waaa....akhirnya...cepat2 smbg ye acik...

yanadi said...

Acik mcm biasa superbla....bes sgt....excitd nk tau ape jd kt langkawi...hehe

Syaza Nadiah said...

Hehe . Ada pon entry baru . Thanks acik ! Ego betol la TQ tu . Sepak kang baru tau . Hehe . Naseb dia setuju nak p langkawi . Suka2 !

Masduranisaqaseh said...

finally..... ade gak n3 nye..... kuat tul panahan cinta si tengku ni.... smpi nina still leh bersabar lg.....

Acik Lana said...

hehe.. TQ mengomen, itulah, susah tengku nak mengaku perasaan dia. sbb dia dalam dilema... (nyanyi lagu KRU satu kali!haha)

nanti acik apdet sweet2 plak k... =)

Sal said...

Tabah betul Nina ngan Qalif,Amri dh mengaku sukakan Nina..itu sudah bagus,eloknya Amri pesan..kalo cfirm x suka Nina,jgn diusik Nina tu..haha!baru mkn dlm betul Qalif,nnt dh 1st night kat langkawi..tiba2 balik KL ckp masih x suka..ego kan.
Tak sabar nk tau apa terjadi kat next n3..kecian tau Nina , nangis sorang2 sambil jahit.

mamaqish said...

langkawawii??awwwwwww...i loike!hahahaha

idA said...

alahai sedihnya..kan..perjalanan hidup nina ni..tapi akak respect giler la kat dia kerana dapat melalui nya ngan redha dan pasrah..sikap suaminya yg mood swingnya kalah puting beliung ..bila marahnya tak boleh nak selindung selindung..depan kawan karibnya juga dia dimarahi kaw kaw ..nasib baiklah amri ngan dia tu dah kira sahabat baik dan boleh dibawa bercerita.. meminta pertolongan dan bergaduh gaduh manja kerana telah dianggap spt abang sendiri..
Akak rasa Nina tahu..yg TQ akan marah giler ngan dia bila menyebut pasal honeymoon tu sebab dia tahu kenangan TQ bersama liyana membawa citer sendu pada suaminya..tapi akak tahu tujuan nina mmg baik kerana dia mahu TQ bersama nya untuk menghilangkan trauma tu..dan akak tabik kat dia krn mengambil risk itu ..walaupun dia tahu 101% niatnya akan direject oleh TQ tapi kerana kasih dan cintanya kat TQ digagahi juga..terasa sungguh akak bila nina diperlakukan begitu oleh TQ..mcm nak jetus jetus kepala mamat sengal tu..
Nasib baik..TQ berubah hati ..kan..at least sikap amri dan kelancangan kata kata Amri yg akan merebut Nina darinya menyebabkan dia takut Nina akan beralih arah kepada Amri yg lebih baik melayan Nina darinya..dan mungkin dia telah jatuh cinta kaw kaw kat Nina tapi egonya yg tinggi menyebabkan dia cuba menolak Nina dari ruang hatinya yg telah terisi dengan nama isterinya itu..
Akak harap percutian ini akan membawa TQ membuka mata dan melayani Nina sebagai isterinya..for god sake ..buat seketika lupa liyana..sebab liyana tak kan hadir dalam hidupnya lagi..biarlah ia berlalu pergi..
So Nina..pakailah baju seksi giler masa bersama ngan Mamat sengal tu..tgk macam mana..wah..akak pulak rasa tak sabar..ni..dik..untuk musim percutian mereka ini..tukar jelah dari ke Langkawi..tiket ke Paris..pulak..ada berani ke???Nina nak pujuk mak mertua macam gitu..alahai..lupa pulak mamat sengal tu baru kerja kan...kerja kat mana pulak..ek..adakah ngan bapak dia ..punya company..peliks..kan..tetiba..aura untuk berkerja ..tu..muncul..cw citer..acik..

dila cuba mengambil hati suami..

Anonymous said...

tq acik for the n3. tq for ur time writing it. i love pcbs ler...

tq mmg ego sgt. rasa nk cekik2 dia suruh jgn ego sgt sbb nti melepas pulak.

hope next n3 suwit2 yea... bg laaa tq jatuh hati nak rak dgn nina. sweet romance sket, hehhe...

-hmj-

Anonymous said...

bestnye cite ni....tak sabar nak tunggu TQ tu jatuh cinta dgn cik nina kita ni...mesti bestkan sebab TQ ni orgnye romantik.

eisya said...

besh nye....mntak2 cair la aty tgku kt lgkawi nanti...

Anonymous said...

i am in the assessment presentations.. and i read this pulak. almost cried. ALMOST sebab gila apa nak nangis dalam presentation ni. errkk...

Anonymous said...

Acikkkkk..nk nangis bc tau..sabo btul nina..

stress pon ada dgn skap TQ ni..aishh acik buat la TQ tu lmbut ati skit..

che`leen said...

...sebak di dada....

haifa said...

uihhh sedihnye, rasa nk nangis sama si nina...
apapun, terbaekk la acik....gracias!

yat77 said...

sedih at beginning..but ending....TQ nak ikut jugak g Langkawi...sukanya Nina....sempoi la Acik:)

cikgu lizz said...

huhu..sob3x...sedey la plak Nina kena marah depan abg Amri..tapi dlm garang2, dlm hati ada taman..hehe..romantik sebenarnya TQ ni..cuma ego aje lebih..x pe Nina..pelan2 kayuh yeee...

lieyna said...

rase nak sepak j tengku nie..cian nina,,,nasib kan..

Anonymous said...

best sgt2 :D

AliCe D LunAtIc said...

Kesian Nina... n akhir nyer TQ setuju jgk nak gi langkawi.. xsabar nak tggu next N3.... Terbaekk lah kak Acik... u r the best.. <3 <3

Anonymous said...

Haiiilaaa.... Senyum je bila baca N3 ni... Chaiyyokk Nina mari kita leburkan Ego TQ tu ok.... Acik tqvm for the N3..... Usma

Anonymous said...

x sabar tunggu honeymoon part plak...mood mendung harini...):

Ameen said...

Wah..ini sudah bagus ni..tukar date ke wkend ye...coz wkdays kija! ( Bunga-bunga sedar mekar di taman hati )....sekurang2nya jgn la bg ati Imanina kecik walaupun die kecik kan Acik kan...kannn!! trima kaseh!! SUkeee sgt....

dreamygirl said...

saya dah berangan:nina terharu sampai die peluk tengku qalif..ahaha2

Anonymous said...

yezzzz...Nina and TQ nak gi Langkawi...I pulak yg teruja ni...hahahaa..hope kat Langkawi nanti sesuatu yg indah terjadi ye Acik...hahaha..gatalnya...Acik apa lagi...taip laju2 cepat2 ye..I nak baca laju2 ni tak sabar dah ni...


-Umi Anis_

anna cumil said...

membayang'n nina kene marah ngn TQ depan amri,sgt sedey...hukhukk...lelaki mmg ego...payah benau nak ngaku syg...

Anonymous said...

sukaaaaaaaa sgt!!!idea acik mmg best..go acik!!wat TQ mengaku kat nina...hehehe

Sky lover. said...

Yeah yeah! Tak sabar nak tunggu dorang pergi honeymoon! Oh raqi~ Kesian dia. Kena lalui honeymoon untuk kali kedua. Harap nnti dia takdelah kepoh2 nak marah2 nina time tgh honeymoon nnt :DD

ain79 said...

aaa...x than tol la nk cri ati qalif time honeymoon nti ek..pe la plan nina nti kn..

nur9979 said...

suka sgt n3 kali ni....w/pn nina kna marah, tapi tQ still nk g lgkwi gk....
lgpn n3 ni pjg...br puas bc ny....hehehh

Anonymous said...

akhirnya ada juga n3 baru.....
next n3 kita gi langkawi....yahoooo!!!!!!!
seronoknya

Anonymous said...

Acik.. next entry sila buat TQ gaya yg penuh sopan melayan Nina.. Dah tak larat nak baca TQ yg celaru dan keliru ni..ehem..ehem. emo pulak gue baca TQ marah Nina depan Amri..ishhh..ishhhh..cam nak lenyek2 TQ la tu gak = mak Mal

mariam fashion said...

Cian nina, keras betul hati tengku..semoga misi nina success..acik, cepat sikit taip+perah idea tu..I ni dh kemaruk tggu sambungan novel ni..peace

nadzasy said...

kesian nina..tp akhrnya jd jg nak pg langkawi...best2

Anonymous said...

yehaaa...bila TQ dh mula berkompromi..menyentuh hati btol..hahah
so, moh le kite ramai2 p langkawi.. :D
xsabar dh nie..hahha

[hawa]

Miss Kira said...

hwaiting!!! hehehe

suka semua cerita acik.. dah berapa hari dah kira marathon e-novel dkt sini..;)

Anonymous said...

cian nina...TQ ego mu bisa diruntuhkan o nina di langkawi...hope soon ..caiyok acik...x sabar tunggu next n3.....ada 1 novel lupa tajuk apa...tp buatku menitiskan , airmata.bterusan..harap nina x gitu yup .nak lg..n3 , buat idA,komen kamu like novel la.

YONG JIAO XIU said...

ouch!sakitnya hati...mmg terasa la qalif tu bila nina tau mknan amri. adei la,tu la masa yg ada taknak spend gan bini, kan dah jeles. hehehe.
ok ok really hehe suka bila dorg nak g honeymoon.pandai acik!

ps:sorry la lmbt baca. 3ari tak buka tenet.bz bz ni pun sempat baca novel acik saja buka blog sy td.blog org lain lom sempat jelajah(acik mmg patut berbangga gan saya!hehe er)...tp takpe,pas baca sy komen even lmbat baca.

Anonymous said...

sgt suka bace citer ni.serius best!!!! nak sgt ad perubahan hubungan antara nina n qalif kat langkawi nnti.geram jugak ngn qalif tu sbb suke ati je nak mrah2 nina.nasib nina sgt sabar.tp saye dpt rasekan once qalif dah confess kat nina yg dia cintakan nina, sure nina mmg bahagia sgt2 sbb dpt husband yg romantik giler mcm qalif ni...teruskan acik!!!!:)

Anonymous said...

suka tapi geram

fadilahtamin said...

ACIK!!!!
tolong!! x infinity
nak n3 bru....
nk n3 mereka berhoneymoon...wahhh~

Anna Norrah said...

bestla...giler bet...hehe, xsabar nk tunggu dorang g langkawi..

Ameen said...

Lupa plak nk bgtau Acik, suke le cover MJATS..tak sabor teman nk dptkan kat kedai buku/beli online!!! Nnti nk susun2 kat rak..ikut tajuk2(semua Acik punye )kenapa la..KMHB ujung tahun..bwk ke tgh tahun tak bley??? pastu..PCBS lg...Irdina lg..cemane nie??? apa2 pun..timakaseh ye Acik!!

pnut said...

menggunung betul ego TQ..
sian Nina..
hope misi Nina menjadi kt langkawi nanti..

Anonymous said...

acik, klu dlm vanila coklat 1st honeymoon gaduh2, 2nd honeymoon baru lah loving2 gitu...heheh

Kathy Tuah said...

sorry acik..baru berkesempatan nak sambung baca..rasa x tenang bila x baca entri acik ni tau..asyik teringat2 je..huhu..

entri kali ni, yg paling best part amri tegur perangai qalif tu..walaupun amri minat kat nina tp dlm masa yg sama dia masih punya rasa utk menasihatkan qalif..harap2 amri x macam adam dalam citer ABM..*tetiba masuk pasal ABM ni..kehkehkeh~

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI