Lebar senyuman di bibir terukir tatkala kaki
melangkah keluar dari pintu utama Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Hiruk
pikuk sekeliling bagaikan tidak singgah di telinga. Kaca mata hitam
ditanggalkan dan disangkut ke leher baju. Pandangannya terasa lapang luas
dengan perasaan indah di dada. Nafas ditarik dalam-dalam. Akhirnya sampai juga
dia ke sini buat pertama kalinya.
Teruja? Lebih dari teruja rasanya.
Sampaikan malam tadi dia tidak mampu melelapkan mata kerana tidak sabar-sabar
mahu malam cepat berlalu. Siapa sangka akhirnya dia di sini dan.. mata mengerling
lembut ke sebelah kiri. Dan siapa sangka dia ke sini bersama suaminya. Bibir
mengukir senyuman kecil pula. Menggambarkan rasa hati yang berbunga-bunga
ceria.
Dalam marah-marah dan sikap sinis lelaki
itu, terpujuk juga hatinya dengan kesudian Tengku Qalif menemaninya sehingga ke
bumi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri ini. Walaupun tidak banyak berbual
dengannya di dalam kapalterbang tadi, dia tidak kisah. Dia ada masa selama
empat hari tiga malam untuk membuatkan Tengku Qalif jatuh cinta kepadanya.
Berjaya atau tidak, itu kuasa Allah. Dia cuma mampu berusaha sehabis daya
kerana itu memang tekadnya. Cinta si suami perlu diraih sebanyak mungkin, dan
dia mahu Tengku Qalif akur yang rasa cinta itu boleh berputik juga kepadanya.
Bukan untuk arwah Liyana seorang..
“Imanina!”
Imanina tersentak. Hilang melayang
lamunan yang berlegar-legar di dalam fikirannya. Mata mencari wajah Tengku
Qalif yang memanggil tadi. Terpandangkan riak serius wajah suaminya yang
berdiri beberapa kaki jauh darinya, Imanina angkat kening tanda bertanya. Pelik
melihat Tengku Qalif menuju ke arah kanan, padahal teksi elok berbaris di
hadapan mereka.
“Nak pergi mana?” Tanyanya perlahan,
cukup dengan isyarat mulut dan gaya tangan untuk membuatkan suaminya di sana
faham. Bibir memuncung pula ke arah teksi di hadapannya. Takkanlah suami dia
tak nampak teksi yang bukan main banyak kat depan ni?
Tengku Qalif mengetap bibir. Geram dengan
Imanina yang masih terpacak kaku di sana. Mujur juga dia perasan Imanina tidak
mengekori dari belakang tadi, kalau tidak memang sudah jauh dia tinggalkan
gadis itu. Mata memberi isyarat geram, memanggil Imanina supaya datang
kepadanya. Lambat-lambat gadis itu mengheret beg beroda dengan kepala asyik
tertoleh-toleh melihat teksi.
“Kau berangan ke apa? Tak nampak aku dah
gerak tadi?” Soal Tengku Qalif sedikit tegas. Nadanya tidaklah terlalu kuat,
namun sengaja ditekankan supaya Imanina tahu dia tidak suka begitu. Ini tempat
orang, kalau apa-apa berlaku kepada Imanina dengan siapa dia nak mintak tolong?
“Nina tak perasan tengku dah gerak.
Kenapa tak panggil Nina tadi?” Balas Imanina bersahaja. Tudung yang ditiup
angin dibetulkan dengan hujung jari. Terpandangkan renungan tajam Tengku Qalif,
cepat-cepat matanya dialihkan ke kiri. Memandang suasana yang agak sibuk di
kawasan itu.
“Habis tu, kau dengar aku sebut nama
siapa tadi? Bukan nama kau ke?”
Imanina tersengih kelat, menjeling
sekilas ke arah suaminya.
“Ha’ah kan.. sorry!” Gigi yang berbaris
cantik pula ditayangkan kepada Tengku Qalif. Memang nama dia pun Tengku Qalif
sebut tadi, tapi dia maksudkan panggil sebelum lelaki itu bergerak ke
mana-mana. Malas nak bergaduh, dia iyakan sajalah.
Tengku Qalif merengus geram, Imanina
selalu buat lawak tak kelakar macam ni! “Dah, cepat jalan. Kau tak nampak panas
ni?” Tengku Qalif berpaling dan mula menapak perlahan. Imanina yang
terpinga-pinga pantas menyorong beg mengekori langkahnya. Sekali sekala gadis itu
menoleh ke belakang, tak habis-habis memandang teksi!
“Tengku.. kenapa kita tak naik teksi tu?
Mahal ye? Tengku ada port tempat teksi murah ye?” Soal Imanina lurus. Dia masih
hairan dengan keputusan Tengku Qalif yang sanggup berjalan kaki daripada menaiki
teksi. Memanglah Pulau Langkawi ni tak sebesar mana, tapi nak menapak
agak-agaklah kan!
Tengku Qalif memberhentikan langkah,
mata merenung tepat wajah Imanina yang terkebil-kebil memandangnya. “Naik
teksi? Kau nak naik teksi?”
Imanina tersengih kelat. “Panaslah
tengku, dahlah beg Nina ni berat..” Adunya seraya menunjukkan beg galasnya tersandang
di bahu. Beg beroda ni tak ada hal, tolak aje dah meluncur perginya. Yang
digalas ni yang tak tahan tu, lenguh bahunya.
“Kau tahu tak kau booked hotel apa hari
tu?” Tengku Qalif menyoal dengan wajah dimimikkan serius. Imanina pula masih
menayang muka ‘blur’ tanda tidak faham dengan soalannya. Tengku Qalif mendengus
pula, kemudian mata mengecil tajam ke arah Imanina. “Don’t tell me you didn’t
book any room! Kau lupa eh?”
Imanina tersentak, pantas kepalanya
diangguk laju. “Booked! Booked! Nina booked!” Jawabnya cemas. “Nina dah
bagitahu tengku kan yang Nina booked One Hotel Helang..” Sambung Imanina penuh
yakin.
“So?” Tengku Qalif menaikkan kedua belah
keningnya.
“Err.. so?” Balas Imanina masih tidak
faham. Serius, sampai Langkawi tiba-tiba dia jadi minah blur entah kenapa.
Angin dekat sini tak sesuai dengan otak dia kut.
“So bangunan depan tu apa? Muzium
Langkawi?”
“Huh?” Imanina meleret pandangan ke arah
bangunan yang tersergam tidak jauh dari situ. Muzium? Tak nampak macam muzium
pun. Terpandangkan signboard yang melekat megah di puncak sana, dia menggigit
bibir. Itu ke hotelnya? Memang dia tak sempat periksa lokasi hotel itu sebab
dia lebih teruja melihat gambar-gambar bilik yang begitu cantik dan indah. Mata
kembali ke wajah Tengku Qalif yang masih merenungnya.
“Err… itu ye? Heee… dekat rupanya…”
Bibir tersengih kelat. Malu!
Tengku Qalif sekadar menggeleng
perlahan. Macam manalah Imanina ni buat reservation, ikut suka dia aje. Bukan
nak buat research ke apa, main booked ikut dan! Bebelnya di dalam hati. Nasib
baik dia pernah menginap di hotel itu beberapa tahun lalu, kalau tidak memang
malulah dengan pakcik teksi. Beria-ia masuk teksi, padahal hotelnya sekangkang
kera.
Melihat langkah suaminya yang menjauh,
Imanina gigit bibir dengan wajah berkerut-kerut. Malu sungguh! Kau memang hebat
Nina… nasib baik mama dah booked tiket kapal terbang, kalau tidak entah flight
pergi mana kau ambik! Kutuknya sendiri. Rasa nak ketuk-ketuk kepala.
“Apa lagi tu?” Tengku Qalif
memberhentikan langkah seraya memandang ke arah Imanina yang masih
terkulat-kulat tidak berganjak. Terlihatkan pandangannya yang tajam, pantas
Imanina menapak mengekori langkahnya.
“Sorry..” Ucap Imanina perlahan.
Dalam pada melangkah bersama-sama itu,
Tengku Qalif senbunyi senyum. Imanina memang lucu, dan jujurnya dia rasa terhibur
entah kenapa…
**************
Tengku Qalif menyelak langsir dengan
tangan kanannya. Kepala dirapatkan sedikit ke jendela, memerhati pemandangan
dari tingkat empat itu. Pemandangan biasa, cuma menghadap ke arah kolam renang
yang membiru di bawah sana. Ini bukanlah hotel paling mewah yang pernah dia
diami, dan dia tidak faham kenapa Imanina tidak menggunakan tawaran mama sebaiknya.
Maklumlah, selalunya kalau sudah disponsor, ramai yang suka ambil kesempatan.
Tempat pastinya yang paling mewah, benda tentulah nak yang paling mahal.
“Wah, luasnya bilik ni…” Ucap Imanina
ceria. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Mata pula meliar memerhati ruang
yang dihias cantik dan bersih itu. Executive Suits ini memang selesa kerana
dilengkapi ruang tamu dan bilik yang terpisah. Puas memerhati, tubuh direbahkan
di atas katil untuk merasai keempukan tilam yang tebal itu. Kepala mendongak
sedikit memandang ke arah suaminya yang masih berdiri di tepi tingkap. “Tengku,
cantik bilik ni kan? Tengku suka?”
Tengku Qalif menoleh sekilas ke arah
Imanina, kemudian mata kembali memerhati pemandangan di bawah sana. Sebenarnya
dia lebih suka bilik yang berkonsep sea view, barulah terasa pergi bercuti di
tepi laut. Ini nampak swimming pool, dekat banglo mama pun dia boleh tengok
pemandangan yang macam ni.
“Bolehlah..” Balasnya acuh tidak acuh.
Mata melirik pula ke arah jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 3 petang,
patutlah perutnya berkeroncong benar. “Aku nak turun bawah makan..”
“Nina ikut!” Imanina bingkas duduk di
atas katil tatkala suaminya melangkah untuk meninggalkan bilik itu. Tengku
Qalif memandangnya dengan pandangan bersahaja.
“Kemas beg-beg kau tu dulu, aku tak suka
kau longgok-longgok tepi tu. Semak mata aku..”
Imanina mencebik kecil. Bab mengarah orang,
lelaki inilah paling hebat. Tak ada orang lain boleh lawan!
“Nanti dah kemas, cari aku kat café
bawah..” Pesan Tengku Qalif sebelum berlalu keluar dari bilik menuju ke ruang
tamu. Beberapa saat kemudian kedengaran pula bunyi pintu utama dibuka dan
ditutup rapat.
Imanina mengeluh perlahan. Kalau asyik
main kejar-lari-kejar-lari macam ni,
bila masanya dia nak mengorat suaminya? Pandai lelaki ini mengelak! Tapi tak
apa… ini Ninalah! Imanina tersengih-sengih sebelum bingkas bangun mengemas
beg-begnya. Dia tidak mahu membazir masa biarpun sedetik. Siapa tahu entah
detik ke berapa hati Tengku Qalif akan tergolek kepadanya..
Usai mengemaskan beg pakaiannya, Imanina
tergesa-gesa keuar dari bilik untuk turun ke tingkat bawah. Dia tidak mahu
Tengku Qalif makan seorang diri, dia lebih suka jika mereka dapat makan
bersama-sama. Menatap wajah suaminya
yang sedang mengunyah pun dia sudah boleh jatuh cinta, inikan pula kalau lelaki
itu murah hati tersenyum kepadanya. Mahu tersembam muka dalam pinggan!
Ketika menunggu lift untuk ke tingkat
bawah, dia didatangi seorang pemuda tinggi lampai dari arah bertentangan.
Lelaki itu berdiri di sisinya, menunggu lift yang sama. Imanina mengerling
bayang lelaki itu yang terbias di pintu lift. Boleh tahan segak orangnya,
nampak macam orang senang. Pakaian pun bukan main up to date lagi. Imanina
mengalih pandang. Sekarang dah berkahwin, mana boleh nak pandang-pandang lelaki
lain sangat. Cukup-cukuplah memandang wajah suaminya yang terlebih kacak itu,
dah cukup bersih mata dicuci.
Ting! Pintu lift ternganga luas. Imanina
cepat-cepat melangkah masuk setelah lelaki itu menonjolkan sikap gentleman,
mengisyaratkan dia supaya masuk dahulu. Pandangan bertaut seketika, sekadar
mahu menunjukkan rasa hormat. Orang dah berbudi, kita buat-buatlah mesra..
“Hai..”
Suara garau itu mengejutkan Imanina.
Terkelip-kelip dia memandang wajah lelaki berkumis nipis itu, bibir mengukir
senyuman kecil. Kepala dianggukkan sedikit tanda menyahut sapaan lelaki itu.
“Bercuti kat sini ke?” Tegur lelaki itu
ramah, senyuman juga tidak lekang dari bibir kemerahan itu.
“Err.. ya-ya..” Imanina membalas lebih
kurang. Mata menjeling angka di petak kecil, terasa lambat benar lift itu tiba
di Ground Floor. Padahal empat tingkat aje kot..
“I Shauqi..” Lelaki itu menghulur tangan
pula.
Imanina menggeleng sambil tersenyum.
Berharap lelaki itu tidak berkecil hati dengan sikapnya yang memang ‘tertutup’
ini. “I Nina..” Balasnya sekadar berbahasa.
“Nina? Mizz Nina?” Lelaki bernama Shauqi
itu tergelak kecil.
Imanina tersenyum kelat. Pandai jugak
mamat ni buat lawak. “Bukan, Imanina..”
Shauqi menganggukkan kepala sambil
tersenyum senang. “Imanina? Cantik nama tu, sama cantik macam tuannya..”
Imanina telan liur. Ayat buaya ni.. ayat
buaya! Sekadar tersenyum kelat, Imanina mengeras memandang dinding. Malas nak
melayan sangat, nanti makin ramah pulak si Shauqi ni. Lagipun dia datang ke
sini bukan nak mencari kawan, dia nak cari hati suami dia!
“You lama kat sini?”
Imanina mengeluh perlahan. Tak
habis-habis lagi nak menemuramah tu! “Err.. lama jugaklah. Baru sampai aje
ni..”
“Wow great, so you bolehlah singgah show
I malam esok..” Shauqi membalas ceria.
Melihat cara gadis bernama Imanina ini berpakaian, dia rasa tertarik. Mungkin
kerana fesyen Imanina yang bertudung ini nampak berlainan. Cantik dan berseni.
Melihat lilitan tudung dan lipatan seluar yang dijahit luar biasa, teringin
juga mahu bertanya dari mana gadis itu membelinya.
“Show? Err.. you ni penyanyi ke apa? Tak
pernah nampak pun kat tv..” Ujar Imanina selamba. Tersedar dia terlepas kata,
dia menggigit bibir. Mulut memanglah tak reti nak bertapis kan! “Err.. sorry,
tapi I memang tak cam you..” Sambungnya dengan sengihan kelat.
Shauqi tergelak kecil. Lift yang
terhenti di Ground Floor membuatkan dia tidak jadi menyambung kata. Dibiarkan
Imanina melangkah keluar terlebih dahulu sebelum dia menuruti dari belakang.
“I bukan penyanyilah, I fashion
designer. So esok I ada buat fashion show dekat lobby depan tu.. you datanglah
kalau free..”
Bulat mata Imanina memandang Shauqi. Ya
Allah.. lelaki semacho ini jadi fashion designer? Hebat wei.. sangat hebat!
“Seriously?”
“What? Pasal fashion show or pasal I ni
fashion designer?” Soal Shauqi dengan senyuman kecil di bibir. Wajah Imanina
yang comel dipandang tepat, memang cantik sungguh orangnya. Lebih-lebih lagi
bila Imanina tergelak dan tersenyum, nampak bersinar-sinar sepasang mata bundar
itu.
“Both!” Balas Imanina selamba. Kemudian
dia tergelak kecil. “Anyway, I’m impressed..”
“Really? Actually I nampak you pun
pandai berfesyen, lain dari yang lain.”
Imanina tersipu-sipu segan. Lain dari
yang lain? Memanglah sebab dia reka sendiri pakaiannya. Nak cari kat kedai
memang tak jumpalah yang betul-betul sama, kecuali kalau dia dah bukak butik
sendiri nanti. Tak sangka pula dia boleh bersembang rancak dengan Shauqi,
lebih-lebih lagi apabila lelaki itu tahu yang mereka berada di aliran yang
sama. Aliran fesyen.
Tengku Qalif yang sedang meneguk air
kosong di dalam gelas terpaku saat kelibat Imanina muncul di ruang café itu.
Dari kejauhan dia nampak gadis itu bukan main rancak bersembang dengan seorang
lelaki yang tidak dikenali. Segak bergaya dengan pakaian yang pasti mahal dan
mewah. Imanina kelihatan bergelak ketawa dan saling berbalas pandangan penuh
mesra dengan lelaki itu. Bibir diketap geram sebelum gelas di tangannya diletak
kasar di atas meja. Sakit hatinya dibakar rasa cemburu.
Mata masih menyorot pandang ke arah dua
manusia yang leka berbual di sudut sana. Imanina memang sengaja buat dia macam
ni. Ingat sekejap ke dia tunggu tadi? Sanggup tak makan sebab nak tunggu
Imanina turun ke bawah menyertai dia di meja makan ini. Geram sungguh, ada saja
yang nak buat kacau! Hilang Amri, muncul pulak lelaki entah siapa tu!
Rasa panas dihati disimbah dengan
segelas lagi air sejuk, tidak juga reda rasa hangatnya. Terlihatkan lelaki itu
menghulurkan kad nama kepada Imanina, makin membuak-buak rasa kurang senang di
hatinya. Pelik, selalunya Imanina bukan main liat mahu bertegur sapa dengan
lelaki yang tidak dikenali, ini dah kenapa mesra sangat ni? Kawan lama?
Mustahil..
Pandangan masih melekat ke arah Imanina
yang mengangkat tangan kepada lelaki itu tanda mengucap selamat tinggal. Dan
lelaki itu menghilang ke ruang lobby yang terletak tidak jauh dari ruang café
ini.
Terlihatkan Imanina yang panjang leher
mencarinya, cepat-cepat dia membuang pandang. Pura-pura tidak nampak kehadiran
gadis itu yang semakin mendekat. Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa
geramnya dia. Tapi kalau nak dimarah, nanti Imanina tahu pula dari tadi dia
asyik benar ‘skodeng’ drama sebabak tadi. Sah-sah Imanina akan tuduh dia
cemburu. Tapi memang dia cemburu pun!
“Sorry tengku… mesti dah lama tengku
tunggu kan?” Imanina terkocoh-kocoh melabuhkan duduk di hadapan suaminya.
Terpandangkan pinggan Tengku Qalif yang masih kosong, keningnya berkerut. Itu
membawa dua makna, sama ada sudah habis makan atau pun belum makan lagi. “Err..
tengku dah makan ke belum ni?”
Tengku Qalif mengalih pandang ke wajah
Imanina, tajam renungannya sarat dengan perasaan geram. Geram sebab hatinya sakit
dipukul-pukul perasaan cemburu. Lelah sungguh menanggung semua ini..
“Kau nampak ada makanan ke dalam pinggan
aku? Ada nasi ke?” Soalnya menyindir.
Imanina mencebik sebelum tersenyum
kelat. “Maaf ye tengku.. nak makan sekarang? Nina ambik untuk tengku ya? Nak
nasi ke nak western foods?” Soalnya merujuk kepada pilihan makanan yang
berderet di meja buffet.
Tengku Qalif merengus perlahan. Mulut
teringin sangat mahu menyoal Imanina siapa gerangannya lelaki pengacau tadi,
tapi hati menegah keras. Mana boleh tunjuk sangat riak cemburunya, nanti dia terang
bersuluh dia sudah kalah.
“Ikut suka kaulah..” Balasnya tanpa
minat. Selera sudah mati, perut pun terasa sebu biarpun tadi dia bukan main
lapar lagi.
“Ikut suka Nina? Sure ni?” Imanina serba
salah. Ini Tengku Qalif tengah nak uji dia ke apa? Manalah tahu lelaki itu
sengaja nak tengok dia peka ke tidak dengan makanan kegemarannya. Selama ini
dia nampak Tengku Qalif tidak banyak bunyi bila menghadap makanan, semua
ditelan tanpa kompelin. “Nina ambik spageti dulu nak? Sebab mama jarang masak
tu kan?”
Tengku Qalif tidak menjawab. Wajahnya
masih serius tanpa segaris senyuman, jelas nyata menterjemahkan rasa hati yang
masih sakit. Tubuh disandarkan ke kerusi dengan keluhan kecil tatkala Imanina
bangun menuju ke meja buffet.
Mata masih memerhati, masih fokus melihat
gelagat Imanina yang mengelilingi meja buffet itu. Sekejap gadis itu mengetap
bibir, menggeleng kepala, kemudian panjang-panjang leher pula mengintai
makanan di tengah meja. Entah kenapa gerak geri Imanina begitu indah di
matanya. Ah, dah kenapa dengan dia ni? Makin lama makin susah dia mahu faham
hati sendiri. Perasaan yang sama dirasainya ketika dia jatuh cinta dengan arwah
Liyana dulu.. serba tak kena!
Keluhan berat pula terluah dari bibir. Berdosakah dia jika dia belajar menyayangi isterinya
sendiri? Dan terkenangkan kata-kata Amri, dia tahu dia lebih berdosa kalau
memandang remeh tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Suami kepada Imanina..
Nafas dihela perlahan. Jari jemari
bermain-main dengan bibir gelas di hadapannya. Sekali sekala mata mencari juga
wajah Imanina, tidak dapat dielak matanya
sentiasa mahu mencari raut cantik itu. Memang Imanina cantik, dan sebagai
lelaki hatinya pasti terusik dengan kejernihan airmuka yang sering ditayangkan
di pandangannya. Cuba dicari kelemahan gadis itu untuk dijadikan sebab bagi menolak
rasa hati namun sukar. Kalau mahukan yang baik, Imanina memang baik. Mahu yang
cerdik pandai, Imanina memang bijak dan kreatif. Mahu yang kemas, yang teratur
penuh santun tapi sikap ‘blur’ perempuan
itu yang membuatkan hatinya tertarik. Pendek kata begitu payah untuk dia
menyenaraikan keburukan Imanina. Satu persatu anggapan serongnya terhadap
Imanina lebur perlahan-lahan.
“Tengku, special for you…’
Tengku Qalif tersentak, mata merenung
pinggannya yang penuh dengan makanan. Mata beralih pula ke arah Imanina yang
tersengih-sengih duduk di hadapannya. Pandangan jatuh semula ke pinggan.
“Kau ingat aku kebulur sangat ke? Apasal
kau tak angkut dengan tray-tray tu sekali?” Soalnya dengan suara dibuat-buat
geram. Penuh pinggan dengan macam-macam makanan. Kata nak ambik spageti, tapi
dah kenapa ada terselit sama nasi beriani, sosej, sayur campur dan entah apa
lagi yang ada di bawah timbunan makanan itu.
“Nina saja je ambik banyak, tak payah
nak ulang-ulang ke sana..” Balas Imanina seraya tersengih. Wajah kelat Tengku
Qalif dipandang tepat. “Nina share dengan tengku ya? Kita makan sama-sama.”
Tengku Qalif membuang pandang ke sisi.
Sikap manja Imanina sering benar menggetarkan hatinya. Dan kali ini Imanina nak
berkongsi makanan pula, dia mati akal mahu menolak. Lagipun jauh di sudut
hatinya, dia senang dengan semua itu..
“Kau makanlah dulu..” Pinggan ditolak ke
tengah, menunjuk rasa lagak yang dibuat-buat.
Imanina gigit bibir, kemudian tersenyum.
Lelaki ini memang suka menguji hatinya, tapi dia peduli apa. Dia akan buat apa
saja untuk mendapatkan cinta suaminya. Nak kata dia jenis perempuan
terhegeh-hegeh? Katalah ikut suka pun..
“Nina suap tengku ya?” Laju saja
tangannya mencapai sudu di atas meja. Disudu sedikit nasi beriani dan disua ke
mulut Tengku Qalif. Mata lelaki itu yang terbeliak memandangnya dibalas dengan
senyuman manis. Kepala dianggukkan beberapa kali. “Makan tengku.. sedap ni.”
“Tak payahlah..” Balas Tengku Qalif
dengan nada tertahan. Mata meliar ke kiri dan kanan, segan dengan mata-mata
yang mungkin memandang.
“Alaa.. makan sikit, biar Nina suapkan.”
Imanina masih mencuba.
“No, aku tak nak.”
“Pleaseee… bukak mulut tu pleasee..”
“Imanina..” Tengku Qalif mengetap bibir,
geram.
“Makanlah tengku, penat Nina ambik dekat
sana tadi.”
“Imanina..” Mata mula mencerlung tajam.
“Tengku, makanlah… cepat.” Sudu disua
hampir ke mulut Tengku Qalif. Entah dari mana dia mendapat keberanian di luar
jangkaan seperti ini. Berharap benar suaminya menjamah huluran penuh kasih darinya.
“I said no!” Tangan mencengkam pergelangan
tangan Imanina yang memegang sudu. Nasi tertumpah ke meja tatkala sudu terlepas
dari tangan. Kaku mata Imanina memandang wajahnya. Tengku Qalif nampak jelas..
dari mata yang bersinar-sinar ceria tadi, warnanya kian pudar. Akhirnya Imanina
tertunduk lesu memandang meja. Cengkaman di tangan Imanina dilepaskan. Dia
mendengus perlahan, berasa kesal dengan tindakan drastiknya tadi. Tanpa sedar
dia sudah berkasar dengan Imanina, dan paling teruk sekali lagi dia telah melukakan
hati gadis itu.
“Aku boleh makan sendiri..” Ucapnya
setelah agak lama mendiamkan diri. Wajah Imanina dikerling, keruh wajah gadis
itu. Imanina sekadar mengangguk perlahan, tidak membalas kata-katanya. “Kau
makanlah dulu..” Sambungnya mendatar pula. Mahu memujuk, dia rasa kekok dan
segan.
“Hmm.. Nina tak lapar. Nina nak naik
dululah, rasa sakit perut pulak..” Bergetar suara Imanina meluah kata. Hatinya
sebak, jiwanya terluka dengan penolakan Tengku Qalif. Dia tahu dia perlu kuat,
namun hati wanitanya tetap tercalar dengan sikap lelaki itu.
Melihat Imanina yang mahu bangun dari kerusi, spontan tangan
Tengku Qalif meraih jari jemari gadis itu. Tersentak jantungnya dengan sikap
sendiri yang tidak dijangka. Imanina juga nampak terkejut, terkebil-kebil
memandang ke arahnya. Tengku Qalif menarik nafas dalam-dalam, cuba meredakan
rasa resah di dada. Ligat kepalanya mencari ayat-ayat sesuai untuk dijadikan
alasan atas tindakannya ini.
“Duduk, aku tahu kau lapar..” Tuturnya
perlahan. “Nanti kalau kau tak makan, perut masuk angin pulak.”
Imanina terpinga-pinga dengan perubahan
mendadak suaminya. Lelaki itu nampak resah gelisah, seperti menyesali apa yang
berlaku sebentar tadi. Ah, dia benar-benar berharap lelaki itu ada perasaan
itu. Akur, perlahan duduknya dilabuhkan semula di atas kerusi. Tangan Tengku
Qalif sudah terlerai dari jari jemarinya biarpun dia belum cukup puas merasai
kehangatan sentuhan lelaki itu. Sentuhan yang membuatkan jiwanya terbelai biarpun
hanya beberapa saat.
“Hmm.. kau nak air apa? Aku ambikkan..”
Imanina tercengang. Terkelip-kelip
matanya memandang Tengku Qalif yang mengerutkan dahi menanti jawapannya.
“Hello..” Tangan dilambai-lambai ke
hadapan muka Imanina. “Kau nak air apa? Orange juice? Sirap? Hot drinks?”
Imanina tersentak dan cepat-cepat dia
tersengih kelat. Rasa terluka dengan sikap Tengku Qalif tadi serta merta
terubat dengan perubahan sikap lelaki itu. Baru tanya nak minum apa, dia dah
touching. Entah apa-apa entah!
“Err.. Nina nak air suam aje..”
“Air suam? Kita makan dekat hotel dan
kau nak air suam aje?”
Imanina tergelak kecil. Entah kenapa dia
tidak rasa kata-kata itu berbaur sindiran, dia rasa suaminya mahu bergurau. Melihatkan
Tengku Qalif bangun dari kerusi menuju ke meja buffet, Imanina menongkat dagu.
Leka memerhati lelaki itu dari kejauhan.
Bibir mengukir senyuman nipis. Buat
pertama kalinya Tengku Qalif menunjukkan sikap mengambil berat terhadapnya. Dan
pertama kali juga lelaki itu bangun dari duduk untuk mendapatkan sesuatu yang
dia ingini walaupun sekadar segelas air suam.
Imanina menarik nafas dalam-dalam. Apa
juga rasa terkilan yang pernah terpalit di hatinya dilempar sejauh mungkin.
Saat ini, detik ini, dia melapangkan dada memberi peluang kepada suaminya. Kalau benar Tuhan sudah menentukan
jodohnya kekal dengan Tengku Qalif sehingga ke akhir usia, dia berdoa agar segalanya
akan bermula di sini.. pada detik ini.





60 Baca Laju-Laju:
alalala...nina dah pandai merajuk ye. bagus2x...
Ahakz, Best nyer... Terbaekkk.....
rasa mcm pendek jer...baru nak mula part sweet dah habis dah baca.. tq dah start cemburu... tolong lah jgn garang2 sgt kat nina..
hikhikhik... nak lagiiiiii.... best la acikkk.. muahhhh love u, tp TQ ada musuh baru la pulakkkk....
mmg best la acik....bunga2 cemburu makin kuat di rasaqi oleh TQ erk..tmbh2 plk dgn kehadiran sorg lgi pesaing dia yg muncul tu...hilang amri di ganti plk dgn shauqi...hehehe....
apap2 pun..teruskan berkarya ye acik..we all sentiasa support u.... muaaahhhhh
Acik..best!suka watak shauqi tu, mesti hensem & bgaya kan..Kecik ati tau Qalif ni buat Nina mcm tu.Sib baik qalif pandai pujuk Nina. Ada kemajuan nampaknya couple ni. Takkan nak terus peluk2 ye dok?sikit2 lovey dovey pun ok.
Ni baru sikit qalif pujuk..kalo extra lagi..akak mau pitam!Suka acik panjangkan part Shauqi tu..maybe job offer utk Nina ke,part time model ker..suka!
Keliru..aku keliru
TQ acik dearie!
Besh nyer acik..... Nti next n3 buatkan byk part2 yg suwit yea ;) buat kan part tgku cembur kat nina smpai mereng ☺hë⌣hë⌣hë⌣hë☺!...opsss bkn mereng betol2 tp mereng smpai hilang self control. Smpai hilang ego...
-hmj-
"Gud Luck Imanina" Hehhee
salam...acik dh lama i follow cter2 acik tp xpnh kmen pe pon lg...ni first time...pepon i mnt smua nvel2 acik..mmg nk wat kleksi..sabar mnungu mjats kua..pepon untk cter pcbs..mmg bestttttttttt...gud luck babe...ase mcm diri i nina..wah gitu bley??? haha
Suka sangat......
nice one!!
* baca sambil dengar lagu dirimu satu - ungu. touching touching touching..*
aduhai..rase cam meleleh air mate bila nasi tu jatuh..sob3x..x romantik langsung TQ ni..tp x pe..perjuangan Nina harus diteruskn..nasib baik TG encem..berbaloi la menjeruk perasaaan..heheh..
hahahaha.... hati TQ dah mula cair.... dah pandai cemburu... dah mula jatuh kasih..... dah pandai memujuk.... alahai sweetnya...
chaiyok2 Nina..
sikit2 ego TQ mule goyah..
go Nina go..
( sambil kelip2 mata )jgn ego sgt TQ, nnti Imanina dikebas org..bukan seorg..tp mybe 2 org..( Shauqi )...errr acik..jgn byk sgt hero2 hensem..nnti jiwa kacau...cukuplah Amri yg berwibawa untuk menundukkan ego TQ!! Sukee sgt TQ sanggup pegang tgn isteri die..walaupun sekejapan!! Suka Acik gambarkan how TQ punya feeling yg tak terluahkan!! Jom p langkawii....dok hotel helang!!!!
walaupun segelas air suam.. good start for TQ.. tq to Aciklana, yang membuai perasaan readers = mak Mal
acik!!!alololoo...da mule nk suwit2 gitew...i loike..hahaha...next step is nina nk seduce tengku ke acik..kite suke la mcm adara (KMHB) tuh...brani2 naif gitew...awwWwWWWwww...:)
aaa.....sonoknye dpt layanan suami..
Congrate acik ...n3 kali ni acik dah dapat buat hati akak terbuai2 and ada mcm terhiris and sedih dan pilu jugak . Teruskan lagi acik buatlah En tengku kite tu tukar hotel kat tepi pantai pulak biar ade feel bulan madu gitu jalan2 tepi pantai ,tengok matahari terbenam and jangan lupa suruhlah Imanina ajak En tengku kite tu mandi pantai lepas subuh seronok tau. Ha..ha..ha.. akak yg lebih2 pulak mcm nak ulang sejarah lame aje ha..ha..ha..
uittt blm hbs lunch hour dah ada n3 baru! berdesup acik menaip seiring dgn jalan citer yg dah makin advance ni, woweee....
nina dah pandai merajuk nmpk, haa tnjk2 le rajuk tu biar si tengku pujuk lg....
lap u la acik....gracias
acik..
mmg bes sgt n3 ni.. keep it up k..
TQ dah pndai nak mmujuk ek!.. ;)
-Rani-
acik..
mmg bes sgt n3 ni.. keep it up k..
TQ dah pndai nak mmujuk ek!.. ;)
-Rani-
nice one!!nk tnya..latest novel bila nk kua?? am a fan!!
bes .. bes .. tp tgah panas tetiba abis la plak! huhuuu ..
itz
Suka2 ! Thanks acik ! Hehe
ermmmm...nmpak ny tQ de saingan bru...shauqi....
dh tntu tQ x sng dduk ms kt lgkwi ni...hehehehehhhhh
ohhh...Nina nampaknya sengsara dalam bahgia...sengsara melayan kerenah TQ..tapi bahgia sebab TQ dah mula nak cair dah tu...hihihi...sukenyaaaa..Acik ku sayang macam biasa u memang terrrbaekkk...taip laju2 ye..sebab I nak baca laju2 ni...
-Umi Anis-
da bergenang air mate nie..rse mcm diri nie nina plak..hehehe
Sedih tau Tengku buat Nina macam tu...
Nina bagi tengku cemburu lagi....
Kita tengok siap yang kena.....
hoh! asal jeles ja, mula la mai angin meroyan si Qalif ni. sekali Shauqi pulak enteprem...tu yg kelam kabut Qalif jadi marah+geram+benci+jeles bila tgk nina dgn org lain
sedih la..kalau i jd nina i nik jek bilik...kata nk tambat hati suami. kadang2 kita x boleh juga tunjuk lurus sgt smpi dipijak2 ingat kita x dek perasaan...ble kte pg bru la nk menyesal. biar tengku 2 hargai nina 2 cikit...bg pengajaran. x derhaka kn? kan acik?
acik..soalan kecik
tgk pic qalif kali ni..tu mood mcm mana tu,berdebar tgk ni.
Mood mlm nnt time dia org nk tido ke..hihi
suka tgk pic qalif ala2 lentukk!
acik, rasa tak puas.. ehehehe..baru je nak seronok2..hehehehe..tiba2 dah abes daaa.... :)
best... best...best
next n3 bab romantik ke ?
eeeee... tak sabar nak tunggu next n3....
kak su
best sgt.. suka la tq and nina.. comel je. :)
alahai TQ..dh pndai pujuk ea lps marah2..hehe..sweet plak..
sesat mna plak la shauqi nie..
the best la acik! :D
[hawa]
Luv u acik suuukaaa sgt2 nak lagi le tak puas baca dah habis... perbanyakkan le lagi perencah2 yg dpt mengusik dan mengoyahkan hati TQ so that cpt dia confess perasaan dia pd nina ^ cpt2 update ye acik...
lebiu Acik...best sesangat....teruskan usaha Nina tuk takluki hati Qalif.....tk sbr tgg un3 seterusnya, chaiyok Nina....kitaorg support Nina nih.... :)
haha..perubahan yg baik!!TQ dh start tunjuk sikap dia yg dulu..gud j0b acik!!!! :)
pergh..acik..baru berkesempatan nak baca..citer acik ni..what i can say is..i'm just stunned..speechless..tak sangka cepatnya ..acik buat plot..ari pertama di Langkawi..duduk bilik Hotel pun tak sampai berapa minit ..OMG acik dah membuatkan mamat sengal tu temperature naik mendadak....
i like...like sesgt..baru dia tahu..kalo dia tak nak.kan kan...ramai yg nak..kat nina tu..
Alahai di meja makan tu..tak sangka pulak mamat sengal tu tak menjerit ..seperti org meroyan..peliks..juga..tapi yg pasti aura aura rimau dah nak tukar jadi kucing parsi..kut..dah nampak kejinakannya..part ni akak suka bila dia menarik tangan Nina dan menyuruh nina makan ..foyo..1st time tu ..memujuk..mcm nak suruh nina cium pipi mamat tu..betapa dia appreciate kat mamat sengal tu..kan kan..
alahai...acik..kita org punyalah terujanya kat TQ ngan Nina ni...Nak tanya kat acik...malam ni ada star gazing ke..sambil jalan jalan kat pantai..dengan mamat sengal tu..
nak lg..goda je tengku tu.hehe
besar btl ego tengku ni...kalo dah suka ckp je la...tp ttp best.. :)
Memang terbaik la acik..hihi..nak lagi..x sabar tunggu next n3..
harini marathon baca novel ni... fuh!! terbaeklah... best gilerr..
acik..dah nak malam kan???..hehe..Nina ada bawak x baju tu??..alaaa baju yg mcm Adara pakai tu??..heheh..(mood gatai)
sian nina kena marah dgn tengku...jgn smp nina ngajuk lama2 dgn tq dah le...x sabar nak taw progress diorg berdua ni acik..
bile first night diorg ni acik?haha, soklan sengal...teringat kat adara dgn putra lak..
acik,
tq very much...xsbr nak baca part noty2...
Go nina...usaha tangga kejayaan. Perghh..nak rebut hati suami punya pasal. Acik...bila tengku ni nak berubah?..
oh my gosh!!! suka sgt acik n3 kli ni hihi...smbg cpt2, rse2 bile bleh kuar bukunya ye???
selamat la nina ni jenis sabar n mudah dipujuk. klo tak, maunya merajuk sakan.
ho nti nina g tengok shauqi pya show ke? klo nak kasi qalif jeles mmg blh la nina. keh he he..
pastu nina buat kerjasama gan shauqi plk. haha lagi gempak jiwa qalif ni.
thanks acik!
adesssssss...geram tul la ngan TQ but anty luv it....sayang dlm diam...fuyooooo terbaik Acik...nak lg..nak lg....
Chaiyokkk3x imanina!
Fuhhh Acik memang superb...TQ please la jgn ego sgt....tp xper Nina memang Awesome....Acik lurve karyamu.....usma
ah..cite ni sweetla,,nk lgi..he3
Besttttnya...tq acik...hihi, komen k.ida pun best juga :):)..
-col-
Acik jangan lupa suruh En Tengku kite ajak Imanina yg serba penakut tu naik kete kabel yg sungguh menguji ketahanan mental & fizikal bagi yg ada penyakit gayat so bolihlah Imanina takut2 manja kat En Tengku kita tu...ha..ha..ha..
besnya acik rasa dup dap lak hahahaha tak sabo next n3 jgn lama sgt yek hehehehe
BEST SESAAAAAAAANGATT!!!=)TERBAEEK..hehe
acik...
xsbr nk tggu next entry...pengubat segala kerinduan kt nina n TQ...n dpt releasekan stress dlm diri sy ni...
nina dah pandai merajuk dan qalif dah pandai memujuk..so sweet..tapi yg best muncul lak si shauqi tu..hehe..lepas ni pasti qalif makin dilambung ombak rindu..eh salah, ombak cemburu..hihi..
Post a Comment