Mata
mengerling ke arah Imanina yang meniarap di atas katil sambil membelek majalah.
Selepas insiden di café siang tadi, Imanina nampaknya bertukar karakter
sedikit. Dari banyak mulut jadi pendiam, dari ceria jadi muram, takkanlah
Imanina dah pandai nak merajuk dengan dia?
Tengku
Qalif mengeluh perlahan. Buku di tangannya dikatup rapat dengan pandangan masih
melekat ke arah Imanina. Tak khusyuk dia nak membaca, asyik
terpandang-pandangkan gadis itu yang bersikap dingin. Hatinya resah. Tubuh yang
bersandar di sofa penjuru bilik dibetulkan duduknya agar lebih selesa.
Kepalanya mula ligat berfikir, apa dia nak cakap dengan Imanina supaya kesepian
ini boleh dipecah. Selalu bukan main lagi riuh Imanina bercakap itu dan ini,
dan bila sunyi begini dia rasa aneh pula. Ternanti-nanti Imanina membuka mulut
menyapanya.
Takkanlah
sebab lelaki di café tadi Imanina nak berubah sampai macam ni sekali? Special
sangat ke mamat tu? Hati perit mengenangkan telahan akalnya. Nafas ditarik
dalam-dalam, rimas melayan perasaan tidak tentu arah begini.
Tengku
Qalif berdeham beberapa kali, mata memerhati reaksi Imanina. Gadis itu nampak
bersahaja, langsung tidak mengangkat kepala ke arahnya. Bibir diketap. Imanina
sengaja nak uji dia ke apa ni? Geram sungguh! Nak kata merajuk pasal suap-suap
makan tu, dia dah cuba ambik hati Imanina. Walaupun tak dipujuk secara
terang-terangan, tapi makan tengahari mereka berlangsung baik tadi. Imanina pun
nampak ceria. Cuma bila kembali ke suite ini, Imanina mula buat perangai,
perangai macam sekaranglah. Diam tak nak bercakap sangat.
Nafas
panjang dihela, liur yang kesat ditelan berkali-kali. Menjadi orang pertama
yang memulakan perbualan di antara mereka memang menimbulkan rasa pelik di
hatinya. Tapi dia lagi sakit jiwa kalau melihat Imanina terus menyepi begini.
Terdera perasaannya.
“Ambikkan
aku air.” Ucapnya seraya pura-pura membelek novel Inggeris di tangan. Dari ekor
mata dia nampak Imanina menoleh sekilas ke arahnya sebelum bangkit dari katil.
Mata mengekori gerak langkah Imanina secara sembunyi. Gadis itu keluar dari
bilik menuju ke ruang tamu untuk mengambil minuman yang dimintanya.
Keluhan
kecil terluah. Diam lagi! Susah sangat ke nak bukak mulut tu? Gerutunya
geram.
Beberapa
minit kemudian, Imanina masuk semula ke dalam bilik dengan sebiji mug di
tangan. Cepat-cepat dia mempamerkan riak bersahaja, tidak mahu gadis itu nampak
jiwanya yang menggelisah. Mata kembali menatap dada novel tebal itu penuh
minat.
“Ni airnya
tengku..” Tutur Imanina mendatar sahaja.
Tengku
Qalif menjeling wajah mendung itu sekilas, tangan menyambut pula huluran
Imanina. Mug yang suam itu membuat pandangannya jatuh ke situ. Eh, teh o nipis?
Mana pulak Imanina dapat teh dalam bilik hotel ini? Yang dia nampak tadi cuma
minuman segera yang disediakan pihak hotel. Semuanya serbuk minuman bersusu. Mungkin Imanina dah siap-siap bekalkan dari KL lagi sebab dia teringat bibik ada bungkuskan sesuatu dari dapur pagi tadi. Bagus, peka juga dengan seleranya.
“Panas
sangat ke?” Imanina yang masih berdiri di hadapannya menyoal.
Tengku
Qalif memandang ke arah Imanina, lega kerana ada juga perkataan yang melompat
keluar dari bibir munggil itu. Dia meniup teh o yang masih berasap nipis itu
sebelum meneguknya perlahan-lahan.
“Panasnya, macam mana nak minum ni?” Soalnya
dengan wajah dibuat-buat serius. “Aku haus ni, tak nak tunggu sejuk. Aku nak
minum sekarang..” Tangan menghulur semula mug tadi kepada Imanina. Sengaja mahu
Imanina banyak kerja, barulah mulut itu menceceh macam biasa nanti.
“Mana ada
panas sangat, Nina dah tambah air kosong tadi.” Imanina menekap tangannya di mug
berwarna putih itu. Tak adalah panas sangat, kalau tiup dua tiga kali mesti
sejuk punya nanti.
“No, aku
nak minum sekarang. Bagi sejuk cepat..” Mata mengalih pandang semula ke arah
buku di tangannya. Aksi sombong macam biasa. Namun dia sedikit tersentak
tatkala Imanina melabuhkan duduk di atas ‘lengan’ sofa single itu. Begitu dekat
dengan tubuhnya yang masih bersandar ini. Terkebil-kebil dia memandang Imanina
yang berwajah selamba. Dada berdebar kencang. Berani betul perempuan ni duduk
dekat-dekat dengan dia macam ni..
“Nina
tiupkan air ni untuk tengku. Tengku baca aje buku tu dulu, give me 2 minutes..”
Tengku
Qalif telan liur. Entah kenapa hatinya terasa berbunga-bunga dengan ucapan dari
bibir Imanina. Imanina tiupkan air itu untuk dia? Ah, dia rasa dimanjai sangat
macam ni. Terharu hatinya!
“Okay,
dah.”
Tengku
Qalif sedikit tersentak dengan huluran Imanina. Lambat-lambat disambut mug yang
sudah tidak berasap itu. Terasa sekejap benar dua minit berlalu. Dia masih mahu
menikmati rasa indah yang berkembang mekar di dalam hatinya. Melihat Imanina
terkial-kial bangun dari duduknya, dia menghulur tangan membantu. Entah di mana
tersilap hulur dan tersalah sambut, tiba-tiba Imanina tergolek jatuh ke tubuhnya. Mujur juga tangannya sempat
mengangkat mug itu sedikit tinggi di sisi, air itu masih selamat dan tidak
menyirami mereka berdua.
Tengku
Qalif telan liur. Dua tubuh yang bersatu tanpa sengaja ini membuatkan dia sesak
nafas. Pertama kali ada perempuan yang selain Liyana menyentuhnya serapat ini. Jantung
terasa mahu melompat keluar dari dada tatkala renungan redup Imanina singgah di
mata. Dia mahu mengalih pandang, mahu menolak tubuh Imanina, namun tidak
berdaya. Terasa longlai segala sendi, terasa lemah segala urat-uratnya untuk
bereaksi. Lama mereka saling kaku bertatapan, membuatkan jiwanya
melayang-layang penuh indah. Membawanya ke dunia yang lain, dunia yang sekian
lama dia tinggalkan..
Imanina
masih tidak berganjak. Dia mahu bangkit namun pandangan Tengku Qalif
seolah-olah mengunci seluruh tubuhnya. Dia khayal dalam renungan lembut Tengku
Qalif yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Tiada lagi riak sinis, riak
jelek, riak garang dalam mata lelaki itu. Semuanya tampak indah dan lembut
membelai seluruh hati dan perasaannya. Semua ini terasa seperti mimpi..
Sentuhan
lembut di pipi membuatkan Imanina semakin tidak tentu arah. Hatinya terharu,
jiwanya bersorak riang dengan belaian suaminya yang tidak pernah dia miliki
sebelum ini. Ikutkan hati, dia mahu menangis di dada Tengku Qalif. Dia mahu
luahkan betapa dia menanti semua ini berlaku, betapa jiwanya terseksa diabaikan
lelaki itu selama mereka bersama. Dia hanya mahu disayangi dan dikasihi oleh
lelaki yang dia benar-benar cintai, itu saja.
Tangan
Tengku Qalif merayap pula ke rambut Imanina yang cantik mengurai di sisi wajah.
Leka membelai gadis yang selama ini tidak pernah dia ambil peduli. Dan kali
ini, perasaannya berbeza. Imanina bagaikan berjaya menguak pintu hatinya
sedikit demi sedikit dan apa yang berlaku sekarang di luar jangkaannya. Tidak
pernah dia menduga cintanya pada Liyana akan.. dada bergetar hebat tatkala nama
itu terlintas di kepala. Liyana!
Tengku
Qalif kelam kabut meletakkan mug di tangannya ke atas meja sisi. Kemudian dia
menolak perlahan tubuh Imanina menjauhi tubuhnya. Dia sudah jauh terleka, dia
memang tak sengaja! Ah, hati Liyana pasti terluka kalau tahu semua ni. Dia
memang lelaki tak guna, mudah sangat tergoda!
Imanina
terkedu saat suaminya menolak perlahan tubuhnya. Akhirnya dia terduduk
bersimpuh di atas karpet menghadap Tengku Qalif. Riak kelat di wajah lelaki itu
menghapuskan renungan kasih yang dinikmatinya sebentar tadi. Terkelip-kelip
Imanina memandang Tengku Qalif yang bergegas bangun sambil membetulkan baju di
tubuh. Kenapa tiba-tiba suaminya bereaksi begini? Ah, dia yakin semua ini
kerana bayang-bayang arwah Liyana..
Tengku
Qalif melurut kasar rambutnya. Turun naik nafas melawan perasaan yang
menghentam dada. Dia menjeling sekilas ke arah Imanina yang masih berteleku di
lantai, gadis itu merenungnya dengan pandangan penuh tanda tanya. Nafas dihela
berat.
“Sorry, aku
tak sengaja..” Ucapnya serius.
“No, it’s
okay.. tengku tak salah pun..” Perlahan Imanina bangun berdiri menghadap
suaminya. Dia tahu Tengku Qalif bergelut dengan perasaan sendiri. Mana mungkin
suaminya rela mengenepikan hakikat cinta Liyana yang cukup kuat itu. “Tengku
tak salah, dan semua tu tak salah pun..”
Tengku
Qalif mendengus keras. “Kau.. kau dah salah anggap. Semua tu tak bermakna
apa-apa.”
“Tak
bermakna apa-apa? Nina nampak apa yang ada dalam mata tengku tadi..” Balas
Imanina sedikit tegas. Dia geram dengan sikap Tengku Qalif yang selalu mahu
lari dari kenyataan. Sentuhan-sentuhan tadi bukan biasa, semua itu jelas
menzahirkan apa yang ada di dalam hati lelaki itu. Melihat suaminya mahu
menapak keluar dari bilik, pantas Imanina menghalang di hadapan. Tangan mendepa
lurus ke sisi.
“Apa ni?”
Soal Tengku Qalif berang.
“Tengku dah
mula sukakan Nina kan? Cakap dengan Nina tengku, betul kan apa yang Nina rasa
ni?” Tanya Imanina berani. Demi Tuhan, entah kenapa mulutnya celupar benar malam ini. Lelah dia melayan sikap Tengku
Qalif yang gemar bermain tarik tali. Membuatkan dia hanyut melayang-layang dan
kemudian sesuka hati menghempasnya ke bawah. Pecah berderai, retak beribu
hatinya diperlakukan begitu berulangkali.
“Excuse
me?” Tengku Qalif merengus keras seraya bercekak pinggang. Dia memang sukakan
Imanina tapi jiwanya masih belum bersedia untuk berterus terang. Dia perlu
mengumpul keyakinan untuk memastikan keputusannya betul, perasaannya benar. Dan
semua itu bukan mudah. Melihat Imanina yang seolah-olah terdesak memaksanya
mengaku, dia jadi hilang sabar pula. “Kau jangan nak cakap merepek boleh tak?
Aku tak pernah suka kau!”
Imanina
tersentak. Kepala digelengkan dengan pandangan berkaca-kaca. “Tengku tipu..
tengku tipu..” Ucapnya berulangkali. “Susah sangat ke tengku nak bukak hati
tengku untuk Nina? Nina sayangkan tengku sangat-sangat, kenapa tengku layan
Nina macam ni?” Sambungnya dengan nada bergetar.
“Aku tak
suruh pun kau sayangkan aku! In fact, aku tak pernah terfikir nak kahwin dengan
kau!” Bentak Tengku Qalif kasar. Melihat tangisan kecil Imanina, semakin kusut
kepalanya. Berserabut dengan macam-macam perasaan yang menyesakkan dada.
“Memang
takde siapa-siapa suruh Nina sayangkan tengku.. tak ada siapa pun suruh.”
Imanina menyeka pantas airmata yang mengalir di pipinya.
Ya Allah..
dia kena kuat dan bersabar, tapi kenapa ini pula yang berlaku? Nafas ditarik
dalam-dalam sebelum pandangan tepat memanah wajah kemerahan suaminya. “Sebab
perasaan tu Tuhan kurniakan untuk Nina. Tengku ingat Nina nak sangat ke hidup
macam ni? Terperangkap dengan perasaan yang jelas nyata cuma Nina yang rasa!”
Tengku
Qalif membuang pandang ke sisi. Hati tersayat pilu dengan kata-kata Imanina
namun bibirnya enggan melahirkan rasa itu. Kepalanya asyik menjelmakan
bayang-bayang Liyana sehingga dia mati akal mahu membalas kata-kata sendu
Imanina.
“Walau apa
pun berlaku, tengku tetap suami Nina. Dan Nina takkan berhenti berusaha untuk
dapatkan cinta tengku..” Sambung Imanina dengan nafas tertahan-tahan melawan
rasa sebak di dada. Melihat suaminya yang terdiam kebingungan, dia tahu tidak
ada gunanya dia memanjangkan perkara ini. Lagipun semua berlaku di luar
jangkaan. Tidak menduga aksi terpeluk dan reaksi tegangnya ini akan berlaku
sekarang.
“Nina nak
mintak izin tengku..” Imanina menyeka sisa airmata di pipinya. Nafas ditarik
dalam-dalam untuk mengawal emosinya yang bercelaru. “Nina nak keluar sekejap
ambik angin dekat bawah..”
Tengku
Qalif tidak mampu membalas. Hanya matanya terkebil-kebil memandang Imanina
mencapai selendang dan menapak keluar dari bilik. Nafas yang menyesakkan dada
dihela berat. Tangan pula naik melurut rambutnya penuh gelisah. Kaki mundar
mandir tanpa arah sebelum dia akhirnya menghempas kasar duduknya di atas katil.
Bibir diketap rapat sebelum kepalanya tunduk ditopang dengan kedua belah tangannya.
Lama dia merenung kosong karpet di hujung kaki.
Kenapa?
Kenapa? Kenapa?? Kenapa dia terus melukakan hati Imanina..
*****
Suasana
yang dingin di kawasan kolam renang itu membuatkan Imanina kurang selesa.
Silapnya juga keluar dengan baju selapis begini. Nak buat macam mana, hati
tengah rawan sampaikan dia tidak mampu berfikir panjang tadi.
Keluhan
berat terlepas lagi. Terkenangkan drama swasta yang berlaku di bilik sejam lalu,
dia semakin gelisah. Bimbang perasaan Tengku Qalif berubah serta merta denagn
sikapnya yang nampak terdesak benar. Bukan dia terdesak, cuma tadi dia terlepas
cakap. Ikutkan sangat hati dan perasaan..
“Memang you
rupanya..”
Imanina
tersentak. Pantas kepalanya menoleh ke kanan mencari pemilik suara itu.
Terpandangkan seraut wajah yang tersengih-sengih ke arahnya, dia tersenyum
kelat. Kenapalah bukan suaminya yang datang memujuk..
“Jauh
menung? Ada sampai bulan dah?” Usik Shauqi seraya melabuhkan duduk di kerusi
santai bersebelahan Imanina. Sejak tadi dia perhatikan Imanina merenung jauh ke
tengah kolam, muka pun keruh semacam. Macam orang ada masalah.
Imanina
membetulkan duduknya. Sedikit kekok apabila duduk berdua-duaan begini dengan
Shauqi yang baru dikenali itu. Tapi tempat ini bukannya gelap pun, banyak
lampu. Jadi rasanya tidak mungkin boleh menimbulkan apa-apa syak di mata orang
ramai.
“Mana ada
termenung, I tengah try sukat air dalam kolam tu..” Balasnya bersahaja.
“Sukat air?
Wow, you memang hebat.” Shauqi tergelak kecil. Wajah Imanina di sisinya
dikerling sekilas. “You dah lama ke duduk kat sini? Sejuk ni, kenapa tak pakai
sweater?”
Imanina
tersenyum kelat. Takkan nak cerita kisah benar tentang pergaduhan mereka laki
bini sampai dia lari keluar dari bilik tadi. “Hmm.. I terlupa tadi. Tapi tak
sejuk sangatlah..”
“Sure tak
sejuk?” Shauqi menjungkit kening. Imanina mengangguk sambil tersengih. “Takpe,
you pakai sweater I ni..”
Bulat mata
Imanina tatkala Shauqi menanggalkan jaket di tubuhnya. Pandangan dialihkan ke
lain, segan mahu memandang biarpun lelaki itu mengenakan t-shirt di dalam. “Tak
payah Shauqi.. I okaylah.”
“Nanti you
selsema tahu tak. Take it..” Jaket kulit hitam itu dihulurkan kepada Imanina.
“Seriously,
tak payahlah..” Imanina menolak.
“Ambiklah..
nanti kalau you sakit, esok tak boleh pergi fashion show I.” Balas Shauqi
dengan gelak kecilnya. Melihat Imanina teragak-agak, dia menganggukkan kepala.
“Ambik, pakailah..”
Mahu tidak
mahu, Imanina mencapai juga jaket dari tangan Shauqi. Lambat-lambat dia
menyarungnya ke tubuh.
“Haa… it
suits you, cantik. You ambiklah..”
“Sorry?”
Imanina mengangkat kening kepada Shauqi yang tersenyum lebar.
“Ini design
I sendiri and ada satu je design macam ni kat dunia. So I hadiahkan untuk you,
sila terima tanpa banyak bunyi okay?” Shauqi tergelak kecil pula. Lucu melihat
mata Imanina yang semakin bulat memandangnya.
“No, I tak
boleh ambik..” Imanina menggeleng laju. Gila ke nak terima pemberian orang
macam tu aje! Dan dia cukup yakin jaket ini diperbuat daripada material yang
bukan main mahal lagi. Tengok pun dah tahu.
“Just take
it Nina, I ikhlas..”
“Bukan
macam tu, I tak boleh ambik barang orang suka-suka macam tu aje..” Imanina
gigit bibir, mencari alasan. “.. I tak selesalah macam ni..”
“Why?
Boyfriend you marah?” Usik Shauqi pula. Mustahil gadis secantik Imanina tidak
ada yang sudi mengambilnya sebagai kekasih. Berderet pilihan Imanina mungkin.
“Boyfriend?”
Imanina hampir tergelak lucu. Dia manalah ada boyfriend, dia cuma ada suami
yang tak sayangkan dia. Ah, geramnya kalau diingat-ingat!
“Kenapa
gelak? Seriously, you takde boyfriend?” Tanya Shauqi penuh minat. Mata
memandang tepat wajah Imanina menanti jawapan.
Imanina
menggeleng perlahan, bibir pula masih menyimpul senyuman. “I mana ada
boyfriend, I cuma..” Kata-kata terputus apabila deringan telefon bimbit Shauqi
berdering kuat.
“Alah, staf
I call pulak. Sekejap Nina..” Shauqi memberi isyarat kepada Imanina sebelum dia
bangun mencari ruang untuk menjawab panggilan pekerjanya.
Imanina sekadar
mengangguk dan memandang Shauqi yang bergerak ke tepi kolam renang. Lelaki
seperti Shauqi tentu sibuknya tak menentu 24 jam. Maklumlah, esok pertunjukan
fesyen lelaki itu akan berlangsung. Dia memang teringin sangat nak pergi. Tapi
itulah, nak ke Tengku Qalif ikut turun sekali? Tengok saja hari ini, apa
aktiviti menarik pun tak ada mereka buat. Bulan madu apa bosan macam ni.
Imanina mengeluh lagi. Dia tidak mahu kompelin apa sebab baginya semua ini
memang sudah boleh diagak. Sepatutnya dia lebih bersedia dengan sikap Tengku Qalif, bukan dia naik emo sekali macam tadi.
Ini nanti macam mana nak tunjuk
muka dekat bilik? Macam malu aje… Imanina tepuk perlahan kepalanya. Lain kali
rasional sikit kepala oii!
Dan di atas
sana, Tengku Qalif mengetap bibir. Sejam tidak tentu arah mananti Imanina
kembali ke bilik sudah cukup mendera perasaannya. Dan entah bagaimana dia boleh
tergerak hati mahu menjenguk pemandangan di tepi tingkap ini. Konon mahu
melegakan rasa hati yang berkecamuk. Tapi bukan pemandangan indah dia nampak,
pemandangan menyakitkan hati adalah! Mana tidaknya, dia nampak jelas Imanina di
bawah sana sedang bergelak ketawa dengan lelaki yang dia nampak di café dulu. Tak
cukup bergelak ketawa lelaki itu siap beri Imanina pakai jaketnya pulak. Memang
ada hubungan istimewa ke apa? Ah, sakit jiwa!
Nafas yang
dihela terasa panas. Bibir diketap rapat. Kalau dia tidak ada perasaan suka
kepada Imanina, dia takkan rasa macam ni. Sekarang hati lelakinya tercalar
sekali lagi apabila ada lelaki lain menghampiri Imanina. Dia tahu dia sukakan
Imanina, sudah banyak kali dia nampak petanda itu. Cuma dia masih takut mahu
mengakuinya, dihantui pula dengan rasa bersalah dan berdosa kepada arwah
Liyana. Tangan naik mengelus perlahan dadanya yang terasa perit.
Di kirinya
bayangan Liyana dan di kanan pula adanya Imanina, jalan mana harus dia pilih?





56 Baca Laju-Laju:
eeee,ssh btul tengku tu nk mngaku...
kesian Nina ... TQ nie ...masih tak pasti lagi perasaannya terhadap Nina .. Sabar ajelah Nina ....
~Lynn Amier~
pilih jalan ke kanan..hehehehehe....
teh o nipis...saya akan belajar menyukainya..sbb TQ pun suka.heheh gediks. fuyo siap tlg tiupkan teh sampai sejuk, memang manja btul.
hehehehe Thnx acik.. ade juga n3 PCBS nie.. hehehhe terubat juga rindu.. kesian nina... TQ nie pun 1 x nak ngaku... tgk sape jg yg sakit??? sy yg baca nie pun rasa sakit tau.. huiiihhhh....
mengaku ajelah kalau sygkan nina Qalif ni pun...hiii...geram..smbg lagi acik!!!
:) adehhh...
terseksanyeee menahan rase bile baca bab ni...
Kesiannya Imanina....aduhai !!!
Sedih pulak baca bab kali ni. Bersabarlah Imanina....huhu!!
Oi la TQ oi... mengaku la cepat awak suka kat Nina tu? Sakit jiwa den tunggu nih... haha... Chaiyok2 Nina! bertahan.. tak lama dah tu... :)
geram la dgn TQ ni.. sikit2 liyana.. cuba la terima nina pulak.. ksian nina.. :(
fuh! bt larian pecut coz tertgl bape n3 (lap peluh kat dahi dgn hjg lengan baju.xjumpe cri tisu)
x elok ikot kiri..ikot kanan le tengku...
aku tampo juge tengku ni karang!
eh syahdu betul laaaa....siannya kat nina, merintih rasanya. mmg sungguh sengal si tengku ni....pendam la sgt perasaan tu jgn sampai terendam nnt sudah....
apa2 pun da best la acik......gracias, enjoy ur weekend!
TQ...jalan kanan...full stop.
Acik...tiada kata secantik bahasa...nak diluahkan perasaan tentang PCBS! Sukke...sukeee..n sukeeee...tak perlu toleh kiri kanan...Imanina depan mata!!!!! Trima kaseh Acik!!!!
susah ea nk mengaku suka? sian kat Nina..
dh la shauqi tu xtau yg nina dh kawen, habes la TQ..menjeruk rasa..hahaha
[hawa]
susah ea nk mengaku suka? sian kat Nina..
dh la shauqi tu xtau yg nina dh kawen, habes la TQ..menjeruk rasa..hahaha
[hawa]
hehehe,, kesian nina kan.. TQ masih kompius jadi jangan salahkan dia k.. (amboi backup, nk soh TQ sayang lebih la ni. haha)
dun wori, kita dera TQ dlu k.. al fadan muka dia sbb layan nina terok2.. eh eh tadi backup ni belot sudah. hihi
anyway mekasih komen2 anda.. i lebiu very stronggg!!
POKKK!!! *tepuk kepale TQ 4x*
xpe nina..sabar eh..kitorg follower acik sume sokong nina..*sambil tepuk2 bahu nina*
;)
Hey!!!! Tengku apa marah2 ni kan dah sakit hati sendiri.... padan muka keh....keh...keh
aduhai encik tengku yg hensem maco cerdik pandai neh...takan tak tau lagi mana mau pilih...pilih nina ler dah tentu ler org tu tercongok depan mata idup sihat sejahtera lagik...kalo nak pilih liyana tuh, hah apalagi pi la masuk lubang kubur...deiiiii tamby...muka aja ensem tapi akai tadak...acikkk kaka gerammm kat tengku jep neh, kat acik kaka syg bangatttt...
Jahat nyer TQ nie... Xnak mengaku pastu nak jeles2.. hehehe Padan muka dia..Rasakan.. Kak Acik mmg Terbaekkk..... <3
kanan je lah..ikut sunat nabi..dahulukan yg kanan..
bilela nk runtuh ego TQ tuh..
sian betul Nina..
pastu reti plak jeles bile ade lelaki
dekat ngan bini dier..hehehe
Kasi je shauqi tu kejar nina..kasi TQ sesak napas skit. Dah suka x ngaku.
Kasi je shauqi tu kejar nina..kasi TQ sesak napas skit. Dah suka x ngaku.
acik... buat la shauqi rapat dengan nina secara 'tak sengaja' supaya dapat panaskan lagi hati TQ... then nampakkan pada nina yang TQ jeles bila nina 'rapat' dengan shauqi.. dari situ buat kan nina dera lagi hati TQ, sehingga TQ luahkan rasa "CEMBURU'nya dengan 'tak tersengaja' tapi nina buat2 tak paham.....
hahahahaha.... banyak songeh plak i ni kan.... saja suka2... jangan marah yer acik... =P
adoiiyai..
tak tau lg nak pilih?
pilih org yg ade dpan mate la tengku ooii..
Arghhhh susah sangat jalan nak pilih ya TQ..? Acik Lana , ko pilihkan aje.. Kami readers follow jer hahaha...= mak Mal
Thanks 4 d n3 acik :)waiting faithfully minut by minute, hour by hour...I sanggup je tgu acik apdet pcbs.
N3 kali nie mmg besh, esp part nina tduduk atas riba TQ. I loikeeee.... TQ bgitu terbuai....tp rasa tbuai nya itu sgguh cpt dia tersedar bila nama liyana mlintas....kalo nama liyana ✗ mlintas, silap2 tcium si imanina tu...ahaksss....
huuuu teruskan acik....I support u =)
-hmj-
cemburu...TQ cemburu..hahahaa..kalau dh cemburu...maknanya dah sayang...bagus jugak ada pelakon extra macam shauqi...biar padan dengan muka TQ...tu la jual mahal lagi..cuba jual murah sikit..kan bahagia.. Acik taip laju2 ye..tak sabar nk baca laju2 ni..hihihi..
-Umi Anis-
Ish . Gigit jugak kang TQ ni . Geram betol . Sebok pikir sal Liyana . Kang Imanina kena kebas ngan Shauqi ke Amri ke , baru padan muka . Bila la nak mengaku dia sukakan Nina ni . Haish~ Kesian dekat Nina .
hish....padan muke kau tengku!
org nk jual mahal...bile nmpk org tu berdua...ha! bru taw nk sakit hati ke ape....eee...geram plak tgk TQ ni men tarik tali....
nxt n3 acik!!!
mai said...
whai tngku ...pilihlah jlan yg kanan tu yer..sbb klo pilih jln kiri org nye da xde lg dah...lg satu..slalunye jln kanan ni jln yg x sesat...ade gitu?? ..hahaha!!
smp bile nina akan bersabar acik?
itulah TQ tau pun jeles tapi masih
lg nk menegakkan egonya. Buatnya si
Nina tu terpikat dgnShauqi pdn
dgn muka gigit jarilh jawapnya.
ego tak kena tempat dh dpt isteri
yg baik lagi nak tunjuk lagak. Jgn
sampai Nina dh bosan dgn ego TQ
dn memilih Shauqi barulh tau yg
TQ dh terlambat...cpt sambung.
biasa mulakn lngkah kanan kan.....so tengku pilihlah jln kanan...yg pergi tetap pergi..hargailah yg ada dsisi
Haisshh TQ please la.... Hehehe Nina memang superb sabar....TQ cepat Shauqi da pasang niat tu hehe....Lurve Acik tqvm for N3....usma
ssh btl tengku ni..kesian nina...ng tengku ni lbh cemburu bila tengok nina dgn lelaki lain br dia rs...
eeee tengku ni jgn la ego sgt
Apelah bengap sangat... Barang yang lepas jangan dikenang.
Adoi TQ nih..pilih jer tros jalan ke kanan tuh...lalala
semua bengang dengan tq nie..nanti bila lah loving semua jatuh cintan pulak,,pandai acik mainkan perasaan readers yer... love u lah acik
wah..acik..penangan nina kat TQ..tu baru sikit..minah tu buiat perangai..padahal dia sedih aja pun..dan mungkin tgh merecanakan next step yg perlu dia buat utk pikat suami yg berwatak ais tu..mungkin tgh pikir cara yg ingin dilakukan tadi tu mmg tak sesuai kerana mungkin faktor umur kot..
alahai part mmg romantik bila nina meniupo air dan mamat sengal tu dah tergoda ngan Nina..alahai..akak baru nak pasang angan angan ..yg mungkin mrk akan pergi jauh dari tu..menikmati dan menerima diri mrk dan melalui saat mesra sebagai suami isteri yg halal..
apahal la pulak si mamat TQ tu buat hal..macam mana pulak si aruah Liyana ..boleh ..buat lintas langsung pulak ..potong stim betui la..kan..
Mungkin kalau isteri lain..dah lama mamat sengal tu..kena honeymoon sorang sorang..tapi akak respect Nina..dia faham dalam diam..dan dia berlagak lebih matang dari mamat sengal tu..bercakap secara logik dan meninggalkan mamat sengal tu ..supaya berfikir..secara rasional..
Nak aja akak jetus kepala mamat sengal dan beri takzirah..bila ijab dan qabul dilafazkan..suka tak suka TQ kena beri nafkah batin dan zahir pada wife walaupun dia tidak sukai wanita tu..dan kata kata cerai..mmg tidak disukai olah allah ..bergegar arasy tau..bila menyebut pekataan ini..Why not..give yrself .. a try..ngan perkawenan ini..bersama Nina..walaupun awak tahu yg ruang ruang hati awak da terukir nama Nina dan tahap kejelesan awak dah sampai tahap membara..boleh merentungkan diri sendiri bila..Nina disapa oleh lelaki lelaki yg hanya bertanya khabar dan ingin mengurat isterinya..sedangkan mulut mengatakan akan melepas wanita itu ..bila sampai masanya..
Shauqi satu nama yg Nina baru kenali ..tak sampai 24 jam telah menunjukkan kemesraan tahap gigabyte pada Nina.. sedangkan Nina yg polos serta telus itu berkawan ngan mamat tu disebabkan mamat tu adalah fesyen designer yg satu kepala dengannya yg mungkin Nina anggap boleh tukar tukar fikiran dan mungkin minta nasihat utk project kolejnya dan tak secara langsung boleh diajak ke runaway shownya yg pertama..sebab mamat tu byk experience ..
Apa ek akan terjadi..bila Nina balik..bilik..adakah ..silent treatment atau mamat tu menjadi seekor tebuan yg akan menyengat tanpa memberi salam pada Nina..
Apa yg akak takut..mamat sengal TQ akan pack his thing dan tinggal kan Nina disitu..selepas memarahai Nina kaw kaw..
Alahai dik..terujanya nak tahu..what happens next..bila memikirkan suk..acik kan sibuk kat CM dan Sunday mmg tak ada posting..alahai sedihnya nak menunggu Monday for the next E3..Apa sebenarnya akan berlaku..adakah mamat sengal tu akan berubah sebab terfikir..kalo lah dia bersikap begitu..Nina akan give up ngannya..dan membiarkan dia sebab Nina kan masih muda lagi..tak matang..dan hatinya dah tercinta isterinya sendiri..alahai..pi la pujuk minah tu..tak lambat lagi..kalo nak jalan kat pantai..dan dinner..lepas tu star gazing..kan..
kena tunggu liyana muncul dalam mimpi tq baru dia terima nina nie
harap2 bile alif dah ok ngn imanina,die jadi romantik macam luahan isi hati die dalam diari tentang liyana tuh..fuuhh..romantik giler ayat...aduhai..lemah jantung ni..eh..cair..hehe
sebenarnya, qalif tu memang dah suka kat nina..cuma dia ego..bukan apa sebelum ni kan dia bencikan nina..dia pun dah penah ckp dia x kan jatuh cinta kat nina tapi bila Allah dah ubah hati dan perasaan dia, maka dia tersepit dengan apa yg ada dalam hati dan apa yng penah dia cakapkan sebelum ni..dan liyana tu hanya alasan untuk qalif je..betul x acik? hehehe..*memandai je buat andaian..* apa2 pun thanks acik..dan sy selamat sudah membaca 3 entri tertunggak..lega ^^
hehe suka lalu kat bhgian komen kak ida, panjang berjela, blh buat entry plk dah kat comment ni.hehe jgn marah kak ida.
n acik!hehe ye sokong acik,dera qalif cukup2. n huh grenti shauqi salah phm n nak tackle nina jap lagi. hehe abis la, lagi sakit jantung qalif nti,tah2 dia ajak balik tak sempat abiskan honeymoon.hoho nina...apa rancangan mu(rancangan acik)?
alahai TQ..ngaku jer lah.. susah sgt ker????? ish..ish..
-Rani-
cepatla entry baru.......... dah x sabar2 dah ni.... panjang2 sket ye cik lana :)
acik..dearie!!
1)suka part jaket tu..nk satu jugek buleh?
2)Cian kan Nina..tp x per, nina dh berani nangis dpn Qalif..tu ubat pencair dinding hati Qalif
3)tak sabar tggu part fashion show nnt..jadikan Qalif sakit ati tahap gaban ye..suka!
Suka baca part Qalif terdera!hihi psl nk tgk gunung berapi meletup..
TQ acik..back to work now
heeeeee...TQ ni geramnya..mengaku shjlah...nanti kena rampas dgn shauqi baru tahu..next n3 pls..
Bagi hati TQ cemburu lagi...
Padan muka orang ego .... orang lain makan nasi dia makan hati..... hehehe
acik,gambar sape watak qalif n nina ni?sume gmbr ade,ikut situasi..hu3
Post a Comment