Tangan membuka laci kecil di bawah meja.
Kertas-kertas dan buku yang ada di dalamnya diangkat keluar dan diletakkan di
atas meja belajar tersebut. Lama matanya merenung buku berkulit tebal yang
berada di kedudukan paling bawah. Nafas ditarik dalam-dalam, melegakan rasa di
jiwa yang berkocak dengan macam-macam perasaan. Ada rasa sayu, ada rasa sedih,
ada rasa bahagia dan ada rasa serba salah menginap di ruang dadanya.
Perlahan-lahan buku itu ditarik keluar. Merenung
dada buku berwarna coklat yang begitu sebati dengan jiwanya sejak berbelas
tahun dahulu. Bukti rentetan sejarah-sejarah manis yang berlaku dalam hidupnya
bersama arwah Liyana. Nafas dihela keluar. Dada sebak setiap kali sebaris nama
itu terlintas di kepala. Terbayang-bayang wajah ceria Liyana, tersenyum dan
merenung manja ke arahnya. Ya Allah… rindu sungguh hatinya.
Kebelakangan ini doa di dalam solatnya semakin
panjang dan setiap malam juga dia
membaca Surah Yassin. Mengutuskan hadiah-hadiah indah untuk arwah isterinya di
sana. Indahnya, jiwa terasa lebih tenang dan lapang. Walaupun jauh, namun dia
terasa dekat dengan arwah Liyana, berbeza kalau nak dibandingkan ketika dia
hanyut mengikut perasaan. Benarlah, dia terlalu lama membiarkan diri rosak dek
kerana sibuk menyalahkan takdir. Semua itu Qada’ dan Qadar Allah, kenapa dia
mahu persoalkan nasibnya?
Tengku Qalif meraup perlahan wajahnya dengan kedua
belah tangan. Apa yang membuatkan dia terharu, Imanina ikut sama membacakan
Surah Yassin di sisinya. Tidak pernah lekang, gadis itu sentiasa ada
menemaninya di atas sejadah. Dan tatkala airmatanya gugur dalam bacaan, Imanina
lembut menggosok belakang tubuhnya. Memberi kekuatan dan ketabahan yang memang
dia perlukan. Demi Tuhan, gadis itu terlalu baik. Kehadiran Imanina mengubah
jalan hidupnya yang jelas nyata terpesong entah ke mana. Imanina hadir membawa
sinar dalam hidupnya, Imanina kurniaan Allah yang tiada tolok bandingannya,
kurniaan terindah.
Dengan rasa hati yang berbelah bahagi, Tengku
Qalif menyelak helaian pertama buku tebal itu. Menghayati satu persatu
bait-bait ceria tentang perasaannya yang kembang mekar terhadap Liyana. Rasa
jatuh cinta memang indah, rasa terbuai-buai entah ke mana. Dan Allah itu Maha
Adil.. kali ini dia berpeluang merasai perasaan itu sekali lagi. Perasaan jatuh
cinta kepada Imanina. Bibir mengukir senyuman kecil. Jari telunjuknya
mengelus-elus tulisan ‘Liyana’ persis membelai diri yang telah pergi itu.
Sayang, abang cintakan Imanina.. dan abang yakin
perasaan ini ikhlas lahir dari hati, bukan kerana nafsu atau kerana desakan
hati yang sepi. Imanina baik sayang, sebaik sayang. Allah itu Maha Penyayang. “Diambil’
sayang dari abang, dan dikurniakan pula Imanina untuk mengisi kekosongan di
jiwa abang. Walaupun cinta berganti, namun yakinlah ingatan abang kekal buat
sayang… bisik hati Tengku Qalif lirih. Meluah rasa dan perasaan kepada Liyana
yang tidak ada di depan mata.
Helaian demi helaian buku itu dibelek dengan
senyuman masih meniti di bibir. Kenangan-kenangan lama bagaikan terulang tayang
di ruang mata, semuanya begitu indah mencuit hati. Dan tiba di beberapa helaian
terakhir, jiwanya perit. Detik itu catatan di dalamnya semua berubah sendu,
sedih, pilu, nanar kerana kehilangan arwah Liyana. Tengku Qalif memejamkan
matanya seketika, menghayati perasaan perit di dada yang masih bersisa. Dia
perlu tabah dan kuat. Perjalanan hidupnya masih panjang jika diizin Allah, dan
dia perlu bijak mengawal emosinya. Dia tak boleh hanyut dalam kesedihan kerana
dia ada tanggungjawab yang besar. Dia ada mama, papa, Qalisha dan Imanina yang
menuntut perhatiannya.
Nafas sekali lagi ditarik dalam-dalam. Kemudian
perlahan-lahan tangan mencapai sebatang pen yang diletakkan di dalam bekas
bulat di hadapannya. Helaian terakhir yang masih kosong diselak perlahan. Lama
matanya merenung ke arah kertas yang sudah sedikit kekuningan itu. Hati
berbolak balik, jiwa meronta-ronta meminta dia meluahkan rasa. Pen yang
dipegang dibawa ke dada kertas, kaku seketika. Menurut rasa hati, bebola pen
itu mula mencoret penuh indah…
Imanina pelangiku…
For being with you takes me to a different
place,
a place
called love…
01.04.2012-TQ
Tengku Qalif tersenyum tatkala ayat ringkas itu
tercoret di dada buku. Demi Tuhan rasa indah memenuhi ruang dadanya tatkala
menatap sebaris nama itu. Hatinya rindu biarpun sebumbung, jiwanya resah
gelisah bila Imania hilang dari ruang matanya walaupun sekelip. Perlahan-lahan
tangan menutup buku tebal di hadapannya. Dengan penuh cermat dia menyimpan
semula buku itu ke dalam laci kecil. Selepas ini dia akan kembali mencoret,
meluah dan mencatatkan perjalanan hidupnya bersama gadis yang dia cintai.
Bezanya kali ini.. hanya nama Imanina akan memenuhi ruang buku itu. Cuma
Imanina..
****
“Busy nampak.”
Imanina tersentak. Dia yang sedang mengacau gulai
lemak labu di dalam periuk menoleh ke belakang. Bibir mengukir senyuman manis
tatkala wajah suaminya muncul di ruang mata. Lelaki yang bersandar di ambang
pintu dapur itu ikut sama tersenyum.
“Nina belum siap masak ni, tengku dah lapar ke?”
Pandangan kembali teralih ke arah periuk yang masih berasap itu. Hari ini hari
pertama dia nak tunjuk skil memasak, jadi memang semua orang sudah dihalau ke
depan. Bibik dan mama juga sudah diberi amaran supaya tidak menjejakkan kaki ke
dapur. Tak alih-alih bibik jadi mem besar hari ni, melepak dengan mama dekat
gazebo luar tu. Mana boleh orang tengok dia masak, nanti tak menjadi resepi
rahsia dia. Eleh, rahsia konon. Padahal dia dah sorok handphone dalam kocek
seluar. Bila rasa keliru dengan sukatan bahan, laju saja dia menelefon ummi. Kecoh
juga mulut ummi membebel kepadanya. Iyalah, dah jadi bini orang baru
terhegeh-hegeh nak belajar memasak.
“Laparlah jugak..” balas Tengku Qalif bersahaja.
Perlahan dia menapak ke arah Imanina yang masih sibuk mengacau gulai di atas
dapur. Tubuh Imanina yang membelakangkannya dipandang dari atas ke bawah. Comel
isterinya biarpun sekadar mengenakan seluar track bottom dan t-shirt longgar.
Siapa sangka pakaian macam tu masih mampu mengocakkan jiwanya, mendebarkan
hati dan perasaan. “Masak apa tu sayang?”
“Mak kau!!” Imanina yang terperanjat besar terlompat
tatkala tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Berderau darah sampai ke kepala
dan jantung mula buat larian marathon. Tangan Tengku Qalif yang berlingkar di
pinggang menambahkan perisa sesak nafasnya. “Err.. tengku, Nina tengah masak ni..”
“So?” Tengku Qalif buat selamba, elok saja
meletakkan dagunya di bahu kiri Imanina. Mata mengerling gulai di dalam periuk yang
menggelegak sebelum bibir mengukir senyuman lebar. “Sayang masak gulai lemak
labu? Wah, tu favorite abang tau..”
Imanina terbatuk-batuk. Abang?? Abang?? Ya Allah…
nampak gulai lemak labu kegemaran dia terus bertukar panggilan jadi abang? Liur
ditelan terasa kesat. Meremang bulu romanya dengan kata-kata lembut yang begitu
hampir di telinga. “Err.. tengku lepaslah, Nina nak masak ni. Lagipun takut
mama dengan bibik masuk dapur pulak, malu.” ucap Imanina gugup. Bukan sebab
takutkan kedatangan mama atau bibik, tapi sebab nervous tak ingat dunia bila
Tengku Qalif nak bermanja-manja macam ni!
“Kenapa kalau mama dengan bibik nampak pun? You’re
my wife..”
“Janganlah, Nina malu…” balasnya dengan senyuman
kelat. Gila tak malu kalau mama atau bibik nampak mereka berpeluk-peluk depan
periok berasap! Malu okay.. macam dah takde kerja lain nak buat kat dapur.
Tengku Qalif tergelak kecil. Sekilas dia mengucup
pipi kiri Imanina yang begitu dekat dengan wajahnya. Dan sedetik itu juga pipi
mulus itu berubah kemerahan. “Kalau buat macam tu malu?”
“Tengku ni kan..” Imanina gigit bibir, menahan
perasaan yang semakin kelam kabut di dalam dada. Tangan nak mengacau gulai pun
dah tak betul, ada hancur jugak labu kat dalam ni!
“Tengku apa?” Tengku Qalif mengintai wajah Imanina
namun cepat-cepat gadis itu melempar pandangan ke sebelah sana. “Sayangku Nina, lepas ni jangan panggil tengku-tengku
lagi boleh?” Soalnya lembut.
Imanina berpaling semula ke hadapan memandang
periuk. Nak pandang muka Tengku Qalif yang bergayut di bahu kirinya, rasa tak
cukup kuat pulak. Seram sejuk! “Err.. habis tu Nina nak panggil apa? Nina dah
terbiasa panggil macam tu..”
Tengku Qalif tersenyum pula. Perlahan-lahan dia
menarik tubuh Imanina supaya berhadapan dengannya. Kedua belah tangan memegang
bahu Imanina, gadis itu mengangkat muka menentang pandangannya. “Panggil abang..”
“Abang?” Bulat mata Imanina. Aduhai.. dah lama dia
teringin nak panggil suaminya dengan panggilan itu! Barulah ada rasa macam
suami dan isteri.
Tengku Qalif menganggukkan kepala. “Hmm.. panggil
abang. Lebih mesra macam tu kan?”
Imanina tersenyum simpul sebelum menundukkan
kepala. Segannya dia. Suka tapi rasa malu pulak, memang gedik sangat perangai!
“Mulai hari ni, abang akan layan sayang sebaik
mungkin. Tak nak ada jurang lagi antara kita, we will share everything
together. Boleh sayang?” Tengku Qalif memaut lembut dagu Imanina, memberi
isyarat supaya gadis itu memandangnya.
Terkelip-kelip mata Imanina membalas renungan
redup suaminya. Bibir kemudian mengukir senyuman nipis, kepala dianggukkan
perlahan. Memang dia mahu kongsikan segala-galanya dengan Tengku Qalif. Dia
mahu rumahtangga mereka bahagia, sebahagia rumahtangga ummi dan ayah.
“Tengku..” kata-katanya mati tatkala jari telunjuk
lelaki itu hinggap di bibirnya. Tengku Qalif tersenyum dengan kepala digeleng
perlahan.
“Abang suruh panggil apa?”
Imanina tersengih segan. Entah kenapa sekarang dia
jadi pemalu terlampau pulak, memang mengada-ngada! Kalau asyik nak malu-malu
segan saja, lama-lama nanti Tengku Qalif pun bosan. Time orang tak nak,
terhegeh-hegeh, dan bila lelaki itu sudah menyerah diri, dia pula buat jual
mahal. Tak boleh macam tu Nina! Bisik hatinya.
Menyahut cabaran dan seruan hati, tangan naik
menyentuh pipi Tengku Qalif. Membalas mesra renungan penuh kasih lelaki itu.
Perasaan dan hati yang kian berdebar dibuat tidak endah. Dia perlu berani
menempatkan diri di dalam hati suaminya. Sekarang sudah berada di ruang itu,
jadi dia perlu memastikan tempat itu kekal menjadi miliknya, haknya. Sampai
bila-bila!
“Abang… “ Panggilnya lembut. Melihat bibir Tengku
Qalif yang tersenyum, jiwa terasa melayang-layang penuh indah. “Nina love you
so much! Thanks for everything..” ucapnya lembut dan sayu. Kepala dilentokkan
ke dada sasa suaminya. Menghayati degup jantung lelaki itu yang berpalu
kencang.
Tengku Qalif tersenyum. Tangan memeluk erat tubuh
Imanina, meluahkan rasa kasih yang kian sarat dari hari ke hari. “Abang yang
patut berterima kasih dengan sayang. You complete me sayang, you make my life
worth living…” Bisik Tengku Qalif seraya tunduk mengucup kepala Imanina.
Perasaan indah terasa tersalir, bersatu dengan rasa yang dilimpahkan oleh
Imanina untuknya.
“I love you..” Ucap Imanina berkali-kali. “Sebanyak
mana pun Nina cintakan abang, Nina tetap kena jaga gulai Nina atas dapur tu..”
Tengku Qalif terpana. Kemudian tawanya terhambur
dari bibir. Kelakar betul isterinya ini, tengah layan jiwang sempat lagi fikir
pasal gulai atas dapur tu! Tubuh dijarakkan dengan kedua belah tangan memegang
bahu Imanina. Tersengih-sengih gadis itu memandangnya.
“Sayang gulai lagi banyak dari sayangkan abang ye?”
Imanina tergelak kecil. Kepala digeleng perlahan. “Mestilah
sayang abang lebih, berjuta-juta lemon tau. Tapi takut mama cakap menantu dia
ni tak pandai memasak pulak.”
Tengku Qalif tersenyum lebar. Bangga dengan
perasaan Imanina terhadapnya. “Okay fine, pergilah sambung memasak. Abang
temankan sayang ye?” Tubuh Imanina dipusingkan supaya menghadap periuk di atas
dapur. Dan tanpa dipaksa, dia kembali memeluk sekujur tubuh itu dari belakang.
“Eh, takpe-takpe. Nina dah nak siap dah ni..” Imanina
mula tidak tentu arah dipeluk begitu. Kehangatan tubuh suaminya membuatkan dia
rasa semacam. Melantun-lantun jantung di dalam sana.
“Takpelah, abang temankan sayang..” Sekali lagi
pipi mulus itu dikucupnya. Kali ini lebih lama sehingga Imanina mengalihkan
wajah ke sisi. Merah padam wajah isterinya menahan malu. Comel betul nak
malu-malu macam tu!
“Janganlah kacau Nina, duduk diam-diam dahlah..” bebel Imanina
menutup rasa gugup di dalam dada. Semput nafas, rasa nak pengsan dekat lantai
sekarang.
“Hmm.. macam mana sayang tahu abang suka makan
gulai lemak labu? Mama pun tak tahu tau, sebab mama tak suka makan sayur labu.”
Imanina tersentak dengan soalan itu. Dia tidak
tahu nak beri jawapan apa, sebab dia tahu segalanya daripada buku catatan
Tengku Qalif. Lelaki itu ada bercerita tentang gulai lemak labu yang dimasak
oleh emak arwah Liyana. Dan arwah Liyana yang tidak gemar memakan labu terpaksa
bersusah payah memasakkan lauk itu untuk suaminya. Ya Allah.. susah betul bila
semua benda berkait dengan buku catatan tu.
“Err.. Nina agak aje. Sebab ni lauk kegemaran Nina
jugak..” bohong Imanina. Dia pun tak sukakan sayur labu sebenarnya, tak berapa
serasi dengan selera tekak. Dan selalunya selepas menjamah labu, perutnya akan
memulas-mulas. Mulalah kena bertapa dalam bilik air dua tiga kali.
“Oh really? Kita sama taste ye sayang..” balas
Tengku Qalif ceria. Tubuh Imanina dipeluk semakin erat, semakin teruja dengan
keserasian yang wujud di antara mereka berdua.
Imanina tersenyum pahit. Rasa berdosa kerana dari
ke hari dia semakin banyak membohongi suaminya. Benda yang tak ada dikata ada,
yang ada dikata tak ada pulak. Aduhai…
“Nanti bila mama dan papa pindah Russia, sayang
nak stay sini ke?”
Imanina terpinga-pinga kehairanan dengan soalan
suaminya. “Kenapa abang tanya macam tu? Abang tak nak duduk sini?” Tangan
mencapai botol garam penuh susah payah. Iyalah, suami dia tengah melekat macam
belangkas kat belakang ni, nak bergerak pun tak bebas. Garam ditabur ke dalam
gulai, mengagak sukatan yang sesuai. Nak telefon ummi, takut Tengku Qalif kutuk
dia pulak. Harap-harap cukuplah banyak ni.. doanya di dalam hati.
“Hmm.. rumah ni besar sangat untuk kita berdua.
Abang ingat nak cari rumah lain, tak adalah penat sayang nak uruskan nanti..”
Imanina tersenyum senang. Prihatin juga lelaki itu
dengan susah payahnya di masa depan. Memang berbeza macam langit dan bumi sikap
suaminya kebelakangan ini. Apa-apa perkara pun, dia didahulukan. Mahunya tak
kembang hati bila dilayan bagaikan puteri..
“Nina tak kisah mana-mana, asalkan abang sentiasa
ada dengan Nina..”
“Sweetnya cakap macam tu..” Tengku Qalif tergelak
kecil. “Jangan sweet sangat, nanti abang kiss lagi nak?”
Imanina tergelak dengan amaran nakal suaminya. Setakat
ciuman Tengku Qalif tu, tak adanya dia jatuh sakit. Lagi dia rasa bahagia
adalah. “Nina kan isteri abang…” ucapnya malu-malu.
Tengku Qalif tersenyum dengan jawapan berani
isterinya. “Hmm.. I did warn you, don’t be too sweet sayang..”
“Tak betul ke Nina cakap? Kan Nina ni iste..”
kata-kata termati saat tubuhnya terpusing ke belakang. Tidak sempat menyoal
tindakan pantas suaminya, mata membulat kerana terkejut. Entah bila berlaku,
tahu-tahu saja bibir mereka sudah bersatu rapat. Tanpa isyarat, tanpa petunjuk,
segalanya berlaku begitu sahaja.
Imanina tidak mampu menolak kehendak hati yang
jelas nyata menginginkan kasih sayang daripada lelaki itu. Terasa indahnya
perasaan, berbuku-buku rasa bahagia di dalam dadanya. Tangan kanan yang masih
memegang senduk akhirnya berlingkar di belakang tubuh suaminya. Tidak menolak,
jauh sekali berniat menjauhi lelaki yang amat dicintainya itu.. biarlah dia
menghayati detik sebabak di antara mereka berdua tanpa sebarang kata..




81 Baca Laju-Laju:
Acik!!!! Lebiu lah......Tenkiu very much
besh.. nak lagiiiii
BesT NyeR AcIkkk... fUhhh..
ni klu mak mertau masuk dapur..mau terpelanting sudip tu ntah ke mane..
hahaha...nina yg kelakar skang bile somi romantik gile...ekeke...lumrah wanita...hehe
Acik..bukan jantung Nina je yg melantun-lantun...jantung I pun dah nak tercabut dah ni ha...Adoiyai..dah tak terkata apa dah..best sangattttt...Apa2 pun Acik taip laju2 ye...sebab nak baca laju2 ni...hihihi...
-Umi Anis-
alolooolo....comeynye nina ngan tengku neh acik....credit 2 ur brilliant idea...wallaaa!!
Aciklana...tima kaseh utk n3 ini...sangat2 dihargai! Pensan kalu ternampak dek bibik scene neng nina ni! Aduii...jiwa kacau plak dgn scene2 gulai labu yg mengingatkn pada kisah dolukala. Ape2pun, terbaekk Acik!!!
woopssssss
terbaik la acik.. melantun2 jantung lia ni ha.. rasa mcm jdi nina la plk.. angau dh dgn AQ ni ha... anyway.. thanks a lot sbb paparkan n3 utk hari ni... terubat rindu dendam dlm dada .... (^_^)
Aku sudah jatuh tangga bertimpa timpa neh
terkissing lah pulak.....heheheh
adoila tengku, nk romantik2 pn x hengat dunia....klu tinggal berdua xpe la jugak...smpi dok naik goosebump akak
Acik....tiap novel u ada gulai lemak labu. ur fav ke tu? ape2 pun, gracias la.....
sweetnye dah mula pgil abang .. bdetup bdetap dada baca n3 ni..
Acik Lana.. im speechless..
best sgt kot!
LOVE LOVE.. WAHHH MEMBUAII RASA TOI LA.. NGEEE... :)
Pika said;
auwwwwwwwwwwww sweet sgt *pengsan jap*
thanks acik for the sweet update..
keep on writing..kitaorag pengipas susah mati acik sentiasa sokong :)
adoi sweet sgt smpai cm2 skli Qalif pk psl nina kn..dorg nie dok plak cintan2 kt dpur tah2 lps nie kne smbur la ngn mama Qalif nti dok bcinta kt dpur plak..ssssssweeeetttt
fuhhh....
so sweet la TQ nie..
x keruan Nina dibuatnye..
org yg bace ni pun x keruan dah...
hahaha...
dan saya pn nak melayang2 juga..
adoi..
hai acik...
sorry la x penah drop komen kt cni..
sy sentiasa ikt citer acik ni..best!!
slalu buka guna phone je sbb 2 xleh komen...dan selalu2nya bz je...
tq acik tuk citer yg best...
debar2 pula rasa tggu next entry,..
cmne la reaksi tengku kalo tau nina baca diari dia..
Acik.., terubat rindu... dup.. dap.. dup.. dap.. jantung.. :) dok tersengih2x sekarang ni.. i love u la acik... :)
wah..akhirnya kissing jugak dpn gulai labu..lovey dovey gittu.
Br tau penangan Nina ye..Qalif dh x tahan tgk Nina yg comel.
best nya!nnt pindah rumah lg suwitt hokay!tq acik
Terubat rindu kat TQ n Amanina...
nak pengsan bace entry kali nie...sesak nafas..tulun......help me acikk....
acik,
speechless alrealdy..xrugi tunggu dr last week..hai, jas lak yg bdebar2..cm kt tmpt nina lak..
ain: Kat dapur kot...nina ngan Tq ni aduiyaiiii...hahaha
Erkkk.... Nak jugakkkkkkk
-ayu dzulkarnain-
ADOIII.....MELANGKAH DAH TAK JEJAK DI BUMI NIE....
Acik, harapnya tak end too soon lah yer... Nak terus dibuai sampai depa betul2 stabil...
Tak sabar menunggu...
Like byk3
Omg!!! I'm dying!!!! Sumpah sweeettttt gillllaaaa!!! Thankss kak acik :D
Amboi . Tengah masak pon boleh beromantik-romantik plak . Hehe . Best la acik ! Thank you ! :)
Erkkk.... Nak jugakkkkkkk
-ayu dzulkarnain-
Erkkk.... Nak jugakkkkkkk
-ayu dzulkarnain-
babak yang terbest... rasa nak bercinta pulak... bila baca n3 ni..
seriously.. will TQ get to know that Imanina read his diary?! alamak.. scary la pulak..
-rhyz-
best Acik terbaik!!!
trbuai hanyut lah acik..romantik giler....best...best....trus pblish je...
dah turun klimaks ke kisah TQ & nina ni??..ape kate acik abiskn dlm blog aje..sbg adiah utk peminat2 tegar acik ni..hehe...nnti bertambah2 laris la novel abg luq...heheh..(ayat menggode)
BACA SAMBIL TERSENGIH2 HAHA
acik..sya dok menyengih je ni hahaha mujur baik bos x de ni TQ nih buat jiwa sya berbunga2...
*blushing*
Woooi...... ni yg I jeles dan raser terbakar ni imanina dah goda my TQ. hik...hik....
Ayoyo.. Sweet sungguh.. Dok seronok2, skali mama dtg.. Hehe.. Yg pastinya senyumanku tdk berhenti sehingga skang smpi org ofis kt den angau.. Hahaha angau ngan TQ.
bes gilaa!!!tersengih sorg² baca....
da romantik² ni harap² qalif x marah nina bila dpt tau nina tau byk pasal dia sebab nina da baca buku catatan tu...
phew...balik ni nk buat masak lemak labu lah. terbayang2 TQ & Nina.acik cepatla bukukan.
cis acik,cis. buat jantung daku berhenti berdegup jer.sweet giler.double thumps up untuk acik :D
dear..baru jer jumpe blog nih last week...and me almost done bace sume cerita2 yg u tulis...sgt sweet dan lain dr yyg lain...tapi apsal ek, kebanyakkan nyer no ending?still tergantung...wat me geram..huhu...
plz update saat hilang cintamu....
update jugal pelangi cinta buat suami...
me ari2 sampai ofis, bukak blog u dulu tgk dh update ke blum..muahaha...
really love ur story...tp plz tulis lar smpi ending...kecewa la bace skerat2 camtu..huhu
acik..thnks..wahhh depan gulai labu pown leh kiss2 hangit la anti gulai tuh...ape2 pown tak saba nak tunggu entri seters nyer....cepat acik tulis laju2 tau....
TQ da sruh Nina pnggil dea abang <3
sweetnyerr ! thanks acik .
adeh.....romantiknya sawan 40 saat!!!!
sweet..!!
tp nina..jgn la start menipu k.. adehh, kang nti bergado jugak la pasal buku tuuu..
THUMB UP ACIK.. SUKER I..
lebiu acik..romantik abis laaaa
aiyakkk....gugur jantung gue baca ni..hu3..lomantika di amour...
hahaa.....speechless nina ble tngku dh jd romantik,tp skrg dh pndai menipu plak,adeh!!
semput baca n3 ni
TERBAIKKKK!!!!!! ehehe
phewiiitt!!! dah panggil abang ;D
skurang2nya makin dekatlah nina dengan TQ..buat entri sweet-sweet je dulu ye acik..pastu buat konflik sikit..hehe..btw, tq acik ^^
best gle la bce ..ske sgt...lebiu acik lana..
Aciiikkkkk lap uuuuuuu muuuaahhhh!!!!
sya dah tergolek, telentang jatuh cinta ngan TQ & Nina sweetttt sgt2 terlebih romantik le pulak TQ ni cumanye tak puas hati bace le nak lagi panjang berjela2 ye acik?
Semoga acik dpt idea yang bnyk mencurah2 agar n3 akan dtg lebih panjang lagi <3
aahhh!!!
sweet nyer...
jelas lah...
cepat lah sambung tak sabar nak bace...
hehehhe
so sweet...i like this entry...hahaha..gatai la cik chubby ni kn..:P
waaa...
(*-*) pengsan...ahhaa
nak nak pulak ade date
01.04.2012 ---> Birtday I tu..
n3 ni da mcm hadiah besday pulak..waaa
tq acik.... =]
wahhhh....best sgt2!!...moga b'bhgia tengku n nina... :-)
dok tersengih bc entry kali ni.......
sy suka sy suka
ohohoho..
xkntoi ke?
abisla gulai labu atas dapur tu.....
eheheheheh
acikkk....tersenyum memanjang bca entry kali nie....hehehehe
Walauwehhh!!!...hebatnya TQ nih. Bertuah nina. Cepat2la terbitkan buku ni acik..
so sweet...acikk..tq a lots...smbung g cpat2.
opsss, ade kiss nie yg rasa tgedik2 baca n3 ni ^______^
tq acik, love it!
-hmj-
Huhu..tebaik la acik.
I like...nak n3 blh?
Acikkkk......mujur nina tak pengsan kat dapur...ni yg suka sngt, bila ego dn baran TQ dh hilang... Kuar dah sifat romantik abg TQ..nice..nice.. Acik.., n3 ni yg paling hebat romantik sambil msak2....smillon % akak suka...
-idayahya-
-ida
nk lg...nk lg...nk lg!!!
sempat nk terjah blog even MJATS x khatam lg.sumenya sbb TQ...xtremely sweet!keep it up acik!
best sgt2...TQ buat saya jatuh cinta n jatuh tgolek berkali2...hehheheh...tp acik nape bab 32 tu x de sambungan,mini entry je ke...huhuhu...ape2pun acik post n3 baru cepat2 yea...nak scene romantik2 TQ n Nina byk2 ok...love u acik...
kak acik..lap u..n3 ni best3 ,xsbr nk tggu n3 bru
mood:jatuh cinta ngan TQ
marvelous...acik....luv u
Eeee ~~~ XD
senyum smpai telinga baca n3 kali ini..hilang mengantuk tgh buat proposal..tq acik!!
hahahahaa...da xde idea nk komen ... smua yg nk dtulis smunya dah ade kat komen2 kat atas nih...hehehe...pape pon..ksimpulannya...MELETOP!! lah citer ni,...BOOM power!!!...hahahaha
~chuink2~
acik... awat sweet2 sngat TQ nih..
hati sy rasa nak terkeluar nih..haha
Sweetnya..tp nina ckp2 la menipu tu..takut melarat plak nnt...
Post a Comment