Bibir
menguntum senyuman lebar tatkala seraut wajah itu berjaya dikesan. Dari pintu
rumah, dia nampak jelas kelibat Imanina yang duduk termenung di gazebo. Selepas
solat Maghrib berjemaah tadi, dia sibuk menyambung laporan kerjanya yang
tertangguh. Dia sangkakan Imanina turun ke bawah untuk menjahit, rupa-rupanya
duduk termenung dekat depan rumah. Patutlah dia cari dalam bilik jahitan langsung
tak nampak bayang.
Perlahan-lahan
Tengku Qalif menapak, meniti di atas batu-batu refleksologi yang membawa
langkahnya terus ke gazebo kayu itu. Terpandangkan dirinya yang semakin hampir,
Imanina tersenyum kecil. Ada riak resah di wajah isterinya itu. Ini mesti tak
habis-habis lagi kes ‘termalu’ tadi.
“Jauh
sayang abang ni termenung, ingat siapa ni?” Tangan mengelus lembut pipi Imanina
sebelum melabuhkan duduk di hadapan gadis itu. Wajah isterinya dipandang penuh
kasih, sukar mahu menyimpan perasaan indah di hati sendiri.
“Mana ada
ingat siapa-siapa..” Imanina tersenyum kelat. Kepala ditundukkan sedikit memandang
jari jemari yang diramas sesama sendiri. Hatinya tidak keruan setiap kali
berhadapan dengan suaminya. Kalau dulu masa belum ‘beromantika’ macam ni, tak
ada pulak dia rasa semacam. Sekarang ni, serba tak kena jadinya.
Terngku
Qalif tersenyum kecil. Nampak jelas riak wajah Imanina yang sedikit kalut. “Kenapa
sayang duduk dekat luar ni sorang-sorang? Panas ke kat dalam rumah tu?”
Imanina
menggelengkan kepala. “Taklah, Nina saja nak ambik angin kat luar ni..”
“Ya ke?
Bukan sebab..” Tengku Qalif sengaja mematikan ayat, mencari reaksi Imanina yang
kini mengangkat kepala memandangnya. “.. bukan sebab sayang malu ke?”
Imanina
telan liur. Darah terasa berdesup ke wajah, kebas pipinya. “Malu? Err.. taklah,
mana ada malu..”
Terlepas
gelak kecil dari bibir Tengku Qalif. Tubuh disandarkan ke kerusi kayu dengan
pandangan masih bergayut di wajah Imanina yang tersenyum segan. Dah buat muka
tersipu-sipu macam tu, lagi nak coverline!
“Tak
payahlah nak segan-segan dengan mama tu sayang. Mama faham yang kita ni kan
pengantin baru..” bibir tersenyum-senyum teringatkan kejadian petang tadi.
Kejadian dia dan Imanina tertangkap di dapur ketika sedang asyik meluahkan
cinta. Kalau setakat berpeluk, mungkinlah Imanina tak terasa malu sangat, ini
sebab mereka sedang leka berkucupan. Hanyut dan sudah tidak ingat dunia di
sekeliling.
Merah padam
wajah Imanina dengan kata-kata suaminya. Memanglah dia malu, rasa nak lari
balik rumah ummi. Segan nak menghadap mama yang menjadi saksi kejadian
memalukan itu. Memanglah mama tak cakap apa-apa, cuma tersenyum simpul
memandang ke arah dia. Tapi dia tetap malu okay! Macam kemaruk sangat sampaikan
kat dapur pun nak buat drama terlampau! Alahai… menambah episod memalukan,
gulai lemak labu dia hampir kering di atas dapur. Iyalah, dah terlupa segala
benda sebab ‘gangguan’ suaminya itu. Memang tak boleh buat menantu pilihan,
masak gulai pun hangit! Harap-harap mama tak cerita dengan ummi pasal ni.
Kesian bibik, tak pasal-pasal kena masak kari ayam sebab nak gantikan lauknya.
Tak dapat nak feeling jadi mem besar..
“Sayang ni,
termenung lagi ya.. Sayang flashback pasal tadi ke? Suka?” Kening
dijungkit-jungkit tanda mengusik. Lucu melihat wajah Imanina yang
tertunduk-tunduk, tak senang duduk gayanya.
“Mana
adalah..” Imanina gigit bibir. Berdebar-debar saat terpandangkan renungan
menggoda suaminya. Hisy, suka sangat buat muka macam tu!
“Mana ada
apa? Mana ada flashback or mana ada suka?”
Imanina
terdiam, tak tahu nak jawab apa. Nak kata tak suka, dia suka sebenarnya.
Pengalaman baru yang manis telah dia lalui bersama suaminya, takkanlah tak
suka. Mungkin dia cuma menggelabah, sebab memang tak biasa. Tengku Qalif
lainlah, dah ada pengalaman kata orang. Dah biasa meluahkan rasa cinta dan
kasih melalui sentuhan-sentuhan fizikal.
“Kenapa
diam sayang?” Tengku Qalif tersenyum. Kemudian dia bangun dan menapak perlahan
ke belakang Imanina. Badan ditundukkan dan erat dia melingkarkan tangannya
mengepung tubuh langsing isterinya.
Sekilas pipi itu dikucup penuh kasih. Sudah menjadi kegemaran dia sekarang
memeluk dan mencium gadis itu, rasa bahagia sangat. “Sayang tak suka abang buat
macam tu?” soalnya lembut di telinga Imanina yang tidak bertudung.
Imanina
menahan getaran di dada yang berkocak deras. Seram sejuk seluruh tubuh dengan
kemesraan mereka berdua. Liur terasa kesat untuk ditelan, tekak pula kering dan
perit.
“Err..
taklah, mana ada tak suka..” balasnya tersekat-sekat. Terasa pelukan lelaki itu
yang semakin kejap, semakin hebat jantungnya berpalu.
“Hmm..
maknanya sukalah kan?”
Imanina
kelu lidah. Aduhai.. nak mengaku suka macam tak sesuai aje! “Abang ni, suka
tanya bukan-bukan..” dalihnya.
“Aik, tanya
bukan-bukan? Itu simple question je sayang, antara suka dan tak suka. Dua
pilihan jawapan and you have to choose one. Bukan ada berbelas pilihan pun..”
Tengku Qalif tergelak kecil. Makin seronok mahu mengusik isterinya yang pemalu
itu. Dia tahu Imanina tidak menolak apa yang berlaku, jelas Imanina turut sama mencari
kesesuaian rentak di antara mereka berdua petang tadi. Isterinya sudah berani
membalas dan semua itu membuatkan jiwa dia semakin teruja.
“Hmm..
bolehlah.” jawab Imanina malu-malu.
“Bolehlah?”
Mata mengintai wajah isterinya. “Apa yang bolehlah? Jawapan takde kena mengena
pun..”
Imanina
tergelak kecil. Buat-buat tak faham pulak mamat ni! “Hmm.. Nina tak sebut langsung
tak suka kan?”
Lebar
senyuman di bibir Tengku Qalif. Pipi gadis itu sekali lagi menjadi mangsa
bibirnya. “Ooo.. maknanya sukalah kan? Lega hati abang..”
Kening
Imanina berkerut dengan kata-kata suaminya. “Lega? Kenapa?”
“Iyalah,
abang ingat sayang marah or tak selesa. Rupanya isteri abang ni pun nakal jugak
ye..” Hidung Imanina dicuit dengan hujung jarinya. Merah padam wajah isterinya
diusik begitu.
“Abang ni
suka sangat usik Nina..” komen Imanina dengan bibir memuncung. Menutup rasa segan
di hati. Agaknya dah merah hijau-merah hijau muka dia ni.
Tengku
Qalif tergelak kecil. Tubuh yang sejak tadi tunduk memeluk Imanina ditegakkan. “Habis
tu nak usik siapa lagi kalau tak usik isteri abang..”
Imanina
sekadar tersenyum, mata memerhati gerak geri suaminya yang kembali melabuhkan
duduk di atas kerusi berhadapan dengannya. Rasa macam mimpi, Tengku Qalif kini
mengangkat dia sebagai isteri yang berhak. Lelaki itu sudah sayangkan dia… sama
seperti menyayangi diri arwah Liyana suatu waktu dahulu.
“Lusa abang
dah nak naik rig sayang..” Tutur Tengku Qalif lembut.
Imanina
sedikit terusik dengan kata-kata suaminya. Hati yang berbunga-bunga bahagia
terasa pudar mengenangkan perkara itu. “Lusa? Kenapa cepat sangat? Kan abang
baru dua tiga hari kat sini…” nada suaranya tidak lagi ceria, menggambarkan
rasa hati yang tidak senang.
“Abang kan
baru kerja, banyak benda abang nak kena monitor dekat sana.” Balas Tengku Qalif
lembut. “Nama-nama chemicals pun abang tak berapa hafal lagi, so abang kena
kerap pergi sana belajar..”
Imanina
terdiam. Hatinya terasa sepi biarpun suaminya masih tegak di hadapan mata.
Berpisah lagi? Ah, sekarang dia rasa tak rela nak berpisah walaupun seminit.
Dulu lain, masa tu Tengku Qalif masih bermain tarik tali dengannya. Sekarang
suaminya sudah mengaku sayang dan cintakan dia, dan baru kali ini dia rasa
cintanya bersambut. Tengah-tengah bahagia macam ni nak berpisah, aduh… tak
sanggup rasanya!
“Berapa
lama abang kat sana?” tanya Imanina dengan suara mengendur perlahan.
“Macam
biasalah sayang, dua minggu..” Pandangan dilemparkan ke wajah sayu isterinya.
Imanina nampak berat hati mahu melepaskan dia pergi, samalah macam dia. Kali
ini jiwanya rasa terlalu payah mahu berjauhan dengan Imanina. Perasaannya sudah
tidak sama seperti beberapa minggu yang lalu. Mampu atau tidak dia mengepung rindunya
nanti? Boleh ke dia buat-buat tidak endah dengan hatinya yang risaukan isterinya
di sini?
“Kenapa
lama sangat abang tinggalkan Nina..” sayu suara itu menerobos ke telinganya.
Tengku
Qalif menarik nafas dalam-dalam, hati terasa gundah melihat kesedihan di raut
wajah jelita itu. “Abang pergi kerja sayang, bukan pergi buat benda
bukan-bukan. Nanti abang balik, kita pergi holiday ye?” pujuknya lembut.
Imanina
diam seketika, rasa sebak semakin menunjal-nunjal hatinya. Nanti dia takkan
teruja mahu balik ke rumah lagi, tidurnya pun pasti tidak akan selena dua tiga
hari ini. Semuanya sebab kehadiran Tengku Qalif dan bila lelaki itu tak ada di
depan mata, dia akan jadi tak tentu arah. Semangatnya pun akan ikut sama
pudar..
“Nina tak
nak holiday semua tu.. Nina nak abang selalu ada depan mata Nina..”
Tengku
Qalif mengeluh perlahan. Tangan mencapai jari jemari Imanina dan menggenggamnya
erat. “I know, abang pun nak selalu peluk cium isteri abang ni. Tapi abang ada tanggungjawab
sayang, nanti siapa nak kasi isteri abang ni makan minum?” diselitkan gurauan dalam ayatnya,
berharap wajah Imanina kembali jernih.
“Nina boleh jahit baju..” balas Imanina
bersahaja. Panjang gelak suaminya dengan jawapan spontan itu. Mata mengerling
geram. Orang cakap betul-betul, dia gelak pulak!
“Okay-okay,
jangan pandang garang-garang macam tu..” Tengku Qalif mematikan tawa namun
bibirnya masih tersenyum gelihati. “Sayang, abang tak nak menyusahkan sayang.
Kan tanggungjawab abang mencari nafkah untuk anak isteri abang. Sayang
sepatutnya duduk berehat, dan habiskan semua duit-duit yang abang cari tu..”
Usiknya pula.
Imanina
membeliakkan mata. “Abang ni, Nina bukan macam tu la..” Rungutnya geram. “Nina
cuma tak sanggup abang hilang lama-lama, Nina rindu nanti..”
“Habis tu,
abang tak rindu?” Tengku Qalif menjungkitkan kening dengan bibir masih mengukir
senyuman. “Abang lagiiii rindu kat sayang. Lepas tu risaukan sayang
sorang-sorang dekat sini..” suara berubah sedikit kendur dan senyuman di bibir
mati tiba-tiba.
Terpandangkan
wajah keruh suaminya, Imanina membalas gengaman lelaki itu. “Nina kan ada ummi
dan mama kat sini, abang nak risau apa..”
“Sebab
sayang cantik dan comel sangat, abang risau…”
“Hah?”
Imanina kehairanan. Terkelip-kelip matanya memandang wajah Tengku Qalif.
“Abang
risau nanti ramai sangat nak mengurat sayang…” Jawab Tengku Qalif bersahaja. “Sayang
ni dah kahwin, but still nampak macam belum kahwin..”
Imanina
tersenyum bangga. Wah, besar makna pujian suaminya itu. “Sebab Nina ni awet
muda kan? Kan? Untungnya abang..” Usiknya dengan gelak kecil. Lelaki itu
mencebik, buat-buat menyampah.
“Dah nasib
abang, kahwin dengan budak sekolah..”
“What??”
Mata Imanina membulat, mati senyum di bibirnya. “Ada pulak budak sekolah, kita
budak kolej okay! Up sikit..”
Tengku
Qalif tergelak-gelak dengan balasan isterinya. Mereka saling tertawa dan bergurau
senda, memang sungguh indah dunianya. Dan tatkala mata bertentang mata, senyum
di bibir layu, gelak ketawa juga sudah menyepi. Dia hanyut merenung kolam mata
isterinya yang jernih, semakin marak perasaan di dada.
“Sayang..”
Panggilnya lembut.
“Hmm…”
Jawab Imanina manja.
“Jom tidur
sayang…”
Erk!
Imanina telan liur. Terpandangkan renungan menggoda suaminya, dia sudah dapat
meneka apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu. Ya Allah… sesungguhnya dia
benar-benar cintakan suaminya. Dan dia berdoa apa juga tindakan dan tingkahlaku
mereka sentiasa di bawah perlindunganNya.
“Ke sayang
belum mengantuk?” Tengku Qalif tersengih-sengih sendiri. Malu dengan ajakan
mengada-ngada dia tu. Baru lepas Maghrib kut, nak tidur apanya!
Imanina
tersenyum simpul. “Hmm.. lepas solat Isyak kita tidur ye?” ucapnya malu-malu.
Lebar
senyuman di bibir Tengku Qalif. Dikucup lembut jari jemari Imanina meluahkan
rasa cintanya. Dan sebagai lelaki, fitrahnya pasti berkehendakkan belaian
seorang wanita. Dan syukurlah, wanita seindah Imanina menjadi isterinya…
*******
Mata mengerling
dada telefon bimbitnya. Nafas berat terluah dari bibir tatkala bait-bait
perkataan itu singgah di mata. Entah kenapa kali ini mesej dari Amri tidak lagi
membuatkan jiwanya lapang dan tenang.
Qalif,
Meet me at bangsar village tomorrow,
during lunch hour. We need to talk.
We need to
talk? Talk apanya lagi? Ah, dia tahu Amri masih tidak puashati tentang larangan
dia tempohari. Larangan yang diluahkan supaya Amri menjauhi Imanina. Salah ke
tindakan dia tu? Dia cuma tak mahu Amri terlalu mesra dengan isterinya. Bukan
tidak yakin dengan kesetiaan Imanina, dia cuma risaukan Amri. Amri memang jelas
nyata sukakan isterinya itu. Salah dia jugak, berani sangat offer yang
bukan-bukan, nak tunjuk ego sangat konon. Kutuknya kepada diri sendiri.
Ironinya, kini
dia seolah-olah kian kehilangan sahabatnya itu. Amri sahabatnya paling setia,
paling ringan tulang membantu, paling boleh diharap, dan kerana rasa cinta
kepada Imanina, dia terlepas pandang jasa-jasa lelaki itu. Hatinya mula diterpa
rasa serba salah. Lambat-lambat jarinya menekan dada skrin leper di tangan.
Okay. I’ll be there.
Ringkas
namun sudah cukup menjelaskan kepada Amri maksudnya. Terkenangkan sikap baik
Amri selama mereka bersahabat, dia cukup yakin lelaki itu akan beralah. Amri
akan melepaskan apa sahaja untuk melihat dirinya kembali bahagia. Dan tidak
salah kalau dia meluahkan kebimbangannya. Sekurang-kurangnya Amri tahu, jelas
dan faham apa yang dia risaukan. Lagipun, dia yakin dia perlukan bantuan Amri
untuk melihat-lihat Imanina sepanjang dia tidak ada di sini nanti. Hanya lelaki
itu yang dia percaya dan boleh diharap..
Tumpuan
Tengku Qalif teralih ke arah pintu bilik air yang terlapang luas. Bibir
menguntum senyum tatkala terpandangkan Imanina menapak keluar dari bilik
tersebut. Comel isterinya mengenakan pijama berwarna merah jambu. Tak pernah
pulak dia nampak baju itu tersarung di tubuh isterinya sebelum ini. Semakin
lebar senyuman di bibir. Imanina nak goda dia agaknya..
Imanina
resah. Terpandangkan suaminya yang separuh berbaring di atas katil, dada mula
berdegup kencang. Hilang melayang rasa semangat yang dibakar di dalam bilik
mandi tadi, kecut perut! Langkah yang dihala ke arah almari solek sudah terasa
tidak teratur, tidak lagi lurus ke depan. Almari dua tiga langkah itu pun dia
rasa macam jauh benar dek kerana renungan tajam suaminya. Alahai… sabarlah Nina!
“Cantik
isteri abang malam ni..”
Imanina
telan liur dengan pujian berbaur godaan itu. Makin hebat detak jantungnya
memukul dada. Tangan mencapai sikat, melurut rambutnya yang masih lembab.
Sekali sekala matanya terpandang juga kelibat suaminya di biasan cermin, lelaki
itu masih galak merenungnya. Kenapalah nak pandang-pandang macam tu, lomah
lutut den!
“Sayang
sombong dengan abang ye?”
Imanina
tersentak saat tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Entah bila lelaki itu
menyusup ke belakangnya, dia sendiri tak perasan. Wajah Tengku Qalif dan dia
kini bersatu di dalam biasan cermin. Lelaki itu tersenyum, dia membalasnya
dengan senyuman segan.
“Wanginya
sayang abang malam ni. Lebih wangi daripada biasa…” Puji Tengku Qalif lembut.
Terbuai-buai dengan keharuuman dari rambut dan tubuh isterinya. Anehnya,
haruman itu sama betul dengan haruman tubuh Liyana. Haruman kegemarannya..
Imanina
tersenyum pahit. Kencang larian jantungnya tatkala bibir Tengku Qalif
menari-nari di kulitnya. Di tengkuk, di pipi, di leher, dan kemudian merayap
pula ke hidung dan mata. Dia tidak menolak, jauh sekali mahu melarikan diri. Dibiarkan
suaminya memulakan langkah kerana lelaki itu lebih arif tentang semua yang
berlaku kini. Harapkan dia? Memang kayulah sepanjang malam.
Imanina
yang terleka tersentak saat tubuhnya terasak ke dinding. Perasaan takut dan
kalut hilang melayang entah ke mana. Dia tidak lagi gentar melayan perasaan
itu. Dan hatinya, melimpah ruah dengan perasaan bahagia.
Tengku
Qalif juga hanyut dan terleka entah ke mana. Perasaan yang telah lama mati kini
hidup dan kembali bersemarak di dalam jiwa. Sukar mahu mengawal kehendak diri
yang sekian lama terbiar sepi. Tubuh genit Imanina dan tubuhnya terhempas
serentak di atas katil. Semuanya berlaku begitu sahaja, tanpa dirancang pergerakannya
menurut arahan perasaan. Tersedar tindakannya yang agak agresif, Tengku Qalif
mengangkat muka. Memandang wajah isterinya yang kemerahan.
“I’m sorry
sayang. Did I hurt you?”
Imanina
menggeleng sambil tersenyum. Wajah suaminya dipandang penuh kasih. Makin
mendalam perasaannya bertaut di hati. Dan saat Tengku Qalif mengucup lembut
dahinya, Imanina memejamkan mata. Berdoa agar hubungan mereka sentiasa di dalam
lindungan Allah.. biarlah bahagia ini kekal membelit mereka selama-lamanya.
Dan malam
itu berlangsung panjang. Menjadi sejarah indah buat mereka, bersatu jasad dan
nyawa…




107 Baca Laju-Laju:
Adehla acik...ramai yg meroyan japg..
Arghhhh.... Blushing2... Thxz Acikk...
Aaaaaaaaaa.. Best lah acik.. Terbaek.. Mlm tido dgn lena..
-Ika Hatika-
best ar acik
bace sambil tersengih2..hehe
Abang Qalifffffffff!!!!!!!!!!!!!
Aduh...romantiknya...dr zira
waaa.... segan dh akak nih....hahahaaaa
so romantik.....hehehh
selamat dah nina...:)
Erkkkk...
Blushing ai kak Acik... hahaha..
*tutup muka guna bantai.. haha.. Over tau kau atikah.. tampO kang senget!! haha*
ohkey...pengsan!
hikhikhik..malu la...
tQ ni x abes2 nk usik Nina....
pengsan dulu sebelum baca. hahahaha!!!
adusss bertambah2 jiwanglah jiwa den kekekek :D
holy moly, say no more.....pengsan dlm kesengihan!
gracias acik....
hohoho...akhirnye....suke2...tQ acik.
aciiikkkk....sye dh dpt peluk MJATS..tgh usaha mhabiskan bacaan novel y agk tebal tu...huhuhu..:)
-yayo
lagi dasyat dr abang luq si qalif ni...hahahaa
ainsophian
Waaaaa..lomantik nye..qalif nak tgalkan bekalan utk nina la tu..nak g rig 2 mggu kan..hahaha..
But I'm wondering nape amri nk jumpe qalif???
aigoooo.....romantik tul la tq & nina neh,tq acik!
Solat sunat, doa mana hilang ni TQ? Adoila.... Best tp 18 thn ke atas shj.
walaweh.......aii lep u lah Acik Lana!
at last...nina dh kene rasmi oleh TQ..balik2 nnt dh ade isi...
nk jwb komen anonymous kt atas...haruslah TQ lg dasyat dr abg luq...sbb TQ kan duda...abg luq bujang lg...
terbaik acik...cayalah...
moga hubungan TQ dan Nina kekal bahagia...
wa....rasa merah je muka ni..sambil tersenyum2!!..acik..waaaa..bestlah n3 ni!! sayang acik..muahhhhh!!
sue faliq
Walaaaweeiii... Hot nih!! Tahniah TQ&Nina.
Bekalan 2minggu tue.ahakssss
Acik! timakaseh 4 dn3..as usual..senyum, senyum ..senyum!!! Dah senyum terkujat plak Amri nk jumpe...kat bangsar village? Esok kak g BV tunggu depa na!! Congrats Acik!!
lomantik maaaa.... blushing3x.....
mmg terbaek la Acik Lana... hadoiii nak pi carik AQ i gak aihh!!! darling jom!
fuyoooo..18x ni..heheh...rasa cam nak balik rumah cept2 plak..mlm jumaaat kan??..heheh,,,
errkkk, skip skip skip part last.
HAHAHAA.
rindu kat TQ n Nina.. hope diaorg bahagia....
x de la over2 sngt, ade lah sikit2 x kan dah merah muka acik. aish.... he...he..he
sweet la achik........sesak napas den
arghhhhhh tutup mata hahahah
HOMAI, I'M BLUSHING.baca entry ni dekat ruang tunggu hospital, sengih sorang-sorang.. semua duk pandang pelik. MAK! SWEETNYA!
HEHEHE...xterkata..
terbaikla acik...yohooo akhirnya TQ milik Imanina sepenuhnya...so romantic,dah tsengih2 sorg2 dah nie...hehhehe...x sabar nak tunggu n3 yg seterusnya...taip laju2 yea acik...love u....
Amri yg kecewa...Qalif yang Bahagia..Imanina yg menang...huk!huk!huk!
Ai malu ler..hehehe
(Malu2 kucing jer nih) :)
aiyakkkk... mlm ni kaka rasa nak golek guling2 dari ujung dapo smpao lam bilik...amik semangat nina ngan qaliff...
memang ramai yang meroyan kat sini, tapi tak terfikir lah pulak mcm mana reaksi TQ bila tahu yang Nina ada baca diari dia. risau je ni rasanya...
acik..sempena mlm jumahat buat isteri2 & bakal2 isteri..layannn hehe
harusla qalif lg power psl duda gersang haha!luq mana leh celen..
akhirnya singa tersungkur..buat bekalan 2 minggu!nasib la ko amri..tp rskan..amri x dgr ckp punya la.Qalif mesti psg spy jugak ni ms dia x der.
Nina ..congrat!
acik..rerama jammed la kat dada qalif ni..full house!
erk..kenapa sy lak yang blushing ni? (sambil pegang pipi)..hehe..
akhirnya, 1st night dorang muncul jugak setelah sekian lama tertunda..hahaha..lepas ni nina pregnant pulak..wah, kemain laju nak pregnant segala ye ;D
apa2 pun tahniah acik sbb berjaya membawa hati, jantung, dan usus sy terbang tinggi.. terbuai2 indah rasanya..
oh, abang Qallif.. (tetiba..kehkehkeh)
saat2 yang saya tunggu dah muncul ha ha ha...best giler
aiyark...telan air liur...ha3...
blushing la wehhh...heheheh romantik n romantik la acik....abisla semua madu2 imanina gigit jari...
Ahhh! Awat saya pulak yang malu ne! kekekeke. Jangan lah terlampau romantik TQ, saya malu lah :p muahahahaha
kak acik!!..muka den yg kejap merah kejap ijau ni hah...hahahahaa...
good job huh... :)
~chuink2~
akhirnya kau layu ditasik madu....haha....good job acik nak lagi n3.....
acik merah muka nih hehe romantik giler TQ ni..
ala sweetnya tq ni....nk tq .....blh x
Nak tanya , acik ni dah kawen ker blummm ..... cam expert jerrr
hahahhahah
ayoyoooo......
wajahku blushing**..
~pengsan-_-
kawan siap tnya "ko buat ape lame2 depan lappy tu?? Siap muka merah sensorang...."
malu beb!
Wahhhhh....bestnye...
mak aiiiiiiii..... nak gi cari asben jap..... hahahahahaha
aduihaiiii...nak oksigen dah semput dah ni...jantung den dah nak tercabut ni...Acik ni memang pandai buat perasaan kita pun terbuai2 sama..Acik memang best gilerrrr...Acik please taip laju2 ye..nak baca laju2 ni....
-Umi Anis-
Thank u laling yang suka entry ni. its hard for me nak taip okeh. kita malu, merah2 muka menaip. panas pipi. haha
Izairina, mendalam soalan tu. Kalau disalaherti boleh jadi fitnah.
ekceli acik blom kawen. as perempuan di usia acik ni, bkn x pnh dihidangkan dgn scene2 macam ni dkt tv/filem. tgk Desperate Housewives pun dah boleh npk benda2 camni. ugly betty pun. so tak payah la acik nak berlakon innocent bebenor kan. selebihnya Tuhan lebih tahu.
so expert dr pemerhatian ye. so harap sblm komen tu, ambik kira sensitiviti orang sekeliling kita.
=)
bgos acik....jwpan yg bernas...
acik, saya dah dpt peluk abg luq & Mel. siap ada Acik punya kiss kat 1st page tu.. mucha gracias
hoho hati saya debak debuk takut Amri tuntut janji masa TQ bg green light dulu. haih...anything can happen in 2 weeks kan? bole x angkut ja nina tu naik pelantaq...
pendapat mie la kan...xpyh tggu kne lalui sume tu baru leh tulis part2 mcm tu.skg ni pun dah berlambak kat tv sume.....ni nk bg contoh ek...so lau contohnye pnulis nak wat part g buat umrah...So maksdnye pnulis tu kne buat umrah bru leh wat part mcm tu?
lau kat movie or drama xnk plk komplen...ni biler taim novel..byk komplen berbagai...nextaim nk tnye sumthing tu..pk ikot akal pemikiran org melayu la...ade adab sume...
nak sambung cik aina punye komen..
huhu...mana boleh bawak nina p pelantaq...bahaya woooooo...dh la byk lelaki yg jauh dr bini...nmpk imanina yg comei semua pakat nk terkam nnt..
byk jer novel2 yg tulis part2 mcm ni n rasenye penulis2 tu ramai jugak yg belum kawen...
for me, benda tu mcm knowledge jgk sbnrnya...dh umur2 mcm ni, klu nk bt2 innocent tu mcm xlogik sgt...satg jd mcm ayat kat atas..klu harapkan nina, memang kayulah sepanjang malam.
watever acik, kami peminat setia acik akan tetap sokong acik yer...bernas jwpn acik td...klu xsetuju dgn komen tu, acik boleh removed jer...tkt mengundang fitnah pulak nnt..
uhuk!! sedak2 baca n3 kali nie..hehe
acik ttaip merah2 muka, sy yg bca nie pon merah2 muka.. :)
[hawa]
kiter same2 merah muke la Acik hehehehe
setuju dgn pendapat mie...ada jgk komen dkt blog dila yg tersentap bila bace, terasa pun ada bila cite kita dilabel cite cabul plak...serius cedih giler masa tu, tapi mmg normallah, kita tulis tu pun atas pemerhatian sendiri even kita blom kawen sekali pun....apa2 pun thumbs up acik!!!!! serius pipiku terasa panas dan jantungku dipalu kuat membaca entry ni haha...*malu2 :p
Bagi saya, ok jelah apa yang Achik tulis. Bukan detail pun. masih mengambil kira sensitiviti umum.Orang xkawen bukannya tak matang. Kalau novel semua biasa2 yang xmencerminkan kasih sayang dan romantic confirm orangpun tak suka nak baca. Selalunya penulis akan tulis apa yang dia tahu. kalau xtahu, mesti kan buat research.Tapi part2 sensitif tu dia xkan cerita detail la.. Takkan la semuanya nak membuta tuli tulis. Tak tahu kenapa mesti ada yang komen achik mcm tu padahal saya baca ok je. Novel Achik ni best gila. hari2 saya tunggu. best sgt. abaikan aje komen yang tak berkenaan tu =)
aarrgghh!!!!!!!!!!
sweet nyer...
hahaha...kan best kalau jadi nina time ni..
Exactly...it's fake 2 b innocent all the time.u did a great job sis, writing a good novel while at the same time answering 2 those 'unproper' question with a very cool statement.i salute u sis!whatever it is,i hope that this kind of issue won't stop u from writing bcoz u r so talented.keep writing meanwhile me here will keep reading!Allah bless u...lebiu
;-) Suez Zaen
malu2 kucing...tp ulang baca sampai 3x...hahhahahah
Alahai..gulai lemak labu dh jd kari ayam la plak..haha..cayalah nina!!
Best!! I'm melting again and again and again.. :)
thanks for the n3 ni... best la..
best gilos la acik...wondering klu TQ taw pasal diari tu, ape jd kat nina...
mmg romantik n3 acik kali ni. berdegup degap jantung, tersengih2, tergelak2 kecil depan lappy nih. kalo boleh nak novel ni cpt2 diterbitkan.
luv ur novel acik. bermula dari ABM n now nak beli Luq n Mel. N nak tunggu Zidan Adiputra dan Adara jgak.
Terbaik dari segala yg terbaik....adoiii aiii....mmg bole mimpikan TQ mlm nih...
acik....terbaek! just nice .. i like ..
-che`leen-
woohoo...
tp nape nina guna perfume yg sama ngan aruwah liana.. klw kebtulan tak pe..
pergh..pengakhiran penantian seorg gadis yg bernama Nina terhadap seorg suami yg bernama TQ.
Teruja nak tahu apa terjadi bila Nina bangun pagi keesukan arinya..adakah mamat tu tidak bertukar watak..pergh ..ngerikan ..kalo kita ditempat Nina..sebab kita tidak tahu adakah bayangan Liyana yg TQ nampak bila bersama Nina..Kalau lah itu berlaku..apa ek perasaan Nina pada TQ ..
Teruja nak tahu ..apa ek mustahak sangat amri nak jumpa TQ..
nina mmg saje ke pakai bau2 yg cam arwah liyana tu??xbest plak die asik nak ikut sume yg TQ suke, tp bnd tu nina dpt tau dr diari tu..nati kene manipu lagi..xsuke la nina menipu..
acik, kalo nina pakai haruman yang liyana pakai, lebih baik jangan di teruskan...! acik harus menyedarkan nina yang dia perlu goda TQ dengan cara sendiri... bukan menjadi 'arwah liyana' dalam menggoda TQ...
biar TQ rasa aura nina secara naturally.. seperti mana liyana, TQ harus sedar nina juga ada kelebihan tersendiri...
i takut nnt TQ meradang pada nina... tambah2 kali tahu nina baca diari dia... wawawawa tak sanggup nak baca part tu... sedey nanti... taknak part tu... kikikiki... nak part happy2 jek... hehehehhe...=P
Entry y best....pagi nie baca lagi padahal dah 3x ulang baca smlm...hehe..tapi setakat ni TQ masih x leh kalahkan Luqman..hihihi...MJATS besttt sangat2..
-COL-
best sgt2...
bkerut2 muke bc n3 nie...
blushing woo...
hehehe...
Sweet giler...bce byk kli pn tetap blushing n berdebar2...xsbr nk tggu n3 bru <3 TQ :)
pengsan..pengsan..sweet sgt2...
sweet sgt2!!
selesai membaca marathon..apa nak kata eh?~~~~ hmmm seriously acik.. puas bila membaca.... boleh setaraf dgn novel inggeris nie. thumbs up!!...
waaahhh bestnyerr..
waaahhh bestnyerr..
adushhhh.... aku tak cukup nafasss. semputttt .....
wwannurr
Best giler...tanks acik. Jgn lupa n3...
-tak sabar menunggu-
acik...camne nti ek kalo TQ dpt tau yg nina dh baca diary dia tu???
btol kata arrisa 2..nina kena buat cara dia sndiri xblh tiru cara arwah liyana...
malu plak rasanya baca en3 ni...hihihi tahniah acik!!
nice n3....bst sgt2..agk2nya ap yg jd lps ni ekk??xsbr nk tggu nxt n3...lurve u la acik lana..
Waaaa , asyik trsenyum-2 je bc .. HAHA , malu sehhhhhhh!
Setuju dgn Arissa.. ;)
Mizz acu
aahhh acik..blushing la muka...hihi
wah! best nye citer ni.. I LOIKE!!! Hehehe... Siap blushing2 lg tme bce citer nie.. apa2pun, x sbr nk tggu next entry..
aja aja fighting, cik acik!;-p
~Miss Peace~
sambung lah cpt..best cgt2...
hahahaha bile novel penuh nak keluar...cepat2 kasi keluar..bestt!
mak oittt... malu lah.. hahhaa...
x tahu nk komen ap dah.. =)
nak marathon lagi nih..
mak oittt... malu lah.. hahhaa...
x tahu nk komen ap dah.. =)
nak marathon lagi nih..
romantiknya.. merah mke bace..
romantiknya.. merah mke bace..
Cik Zana (mls nk login)
Stuju sngt ngan ckp arissa 2...
Nina prlu jd cam arwah liyana tuk ambk aty TQ...
Mne taw aura nina lg dasyat drpd arwah liyana......
N msti TQ mngamooook sakan klu taw nina bce diari dye.. n try nk sme cam liyana...
Cdiiih nyer... msti brkotak tsu den kebass nnti......
<_17>
*x perlu jd cam arwah liyana
Slh ayt 222222
<_17>
Sy plak yg riso qalif nk tgglkan nina g rig nih..
Hahay... Blushing aabiz dah face niy.. Tapi sambil sengih sengih malu.. hohoho... Sow romantic lah TQ .. thanks acik Lana... Now I yowr admirer..
"Yuyun"
Oooh tooolooong,acik Lana u make me blushing
Huhuhu...
Call kn bomba please ,hihihi
saya selalu ikut cita ni......bestnya.....
Post a Comment