Bibir
menguntum senyuman tatkala dada skrin leper di tangannya singgah di mata. SMS
daripada Imanina melenyapkan rasa kusut di kepalanya gara-gara mesyuarat
sebentar tadi. Hilang melayang segala nama bahan-bahan kimia, atau juga nama equipment-equipment
yang saban waktu menyesakkan mindanya. Sekali lagi SMS itu dibaca dengan
perasaan yang sama, ceria penuh bahagia.
Abang darling kesayanganku, Nina dah
gerak pergi PD tau. Nina tunggu abang dekat pantai depan hotel. Don’t be late
coz I miss you so much! Ini second honeymoon kita, Nina ada hadiah special
untuk abang. (senyum nakal)
Lebar
senyuman di bibir Tengku Qalif. Kepala digeleng perlahan dengan bibir masih
mengukir reaksi bahagia. Susah dia mahu mematikan senyum kalau sudah menghadap
kerenah Imanina yang comel. Senyuman yang meleret tersangkut juga ke arah
beberapa orang pekerja yang lalu lalang di lobby pejabat itu. Tak pasal-pasal
dia jadi terlebih peramah hari ni, tersengih macam kerang busuk.
Duduk di
atas sofa dibetulkan supaya lebih selesa. Mata mengerling sekilas jam di
pergelangan tangan, sudah menginjak ke pukul satu tengahari. Kalau tak
dikenangkan janjinya dengan Encik Basri untuk makan tengahari bersama, memang
dia terus cabut ke Port Dickson selepas mesyuarat tadi. Mana tenang hati nak
biarkan isterinya pergi ke sana sendiri. Macam-macam benda buruk yang terlayar
di kepalanya, bimbang dengan keselamatan Imanina. Tapi itulah, menunggu bos dia
turun ke lobby macam menunggu durian nak gugur ke tanah, lambat.
Terkenangkan
mesej Imanina yang diterimanya sejam yang lalu, jari jemari pantas menekan dada
skrin telefon untuk membalas. Entah-entah isterinya dah selamat sampai ke PD
pun. Ketika Imanina menghantar SMS itu tadi, dia masih berada di dalam bilik
mesyuarat bersama kakitangan jabatannya.
Tengku
Qalif menggigit bibir, memikirkan ayat yang sesuai untuk membalas pesanan
ringkas isterinya. Kemudian senyuman terukir lagi, terbayang-bayang wajah
pujaan hatinya itu.
Jangan nak nakal sangat sayang.. abang kena
kerja lagi ni sampai petang. Kang tak pasal-pasal abg campak semua ke tepi,
kejar sayang kat bilik hotel. J
Oh, where are u sayang? Dah sampai PD?
Pesanan
dihantar dan dia sabar menanti balasan daripada isterinya. Beberapa minit
kemudian, SMSnya berbalas.
Nina baru sampai ni. Lps Asar Nina nak
siap-siap pergi pantai utk chop tempat picnic kita. Tapi hari mendunglah abang,
macam nak hujan.. hampanya hati. L
Tengku
Qalif tergelak kecil. Kesian isterinya, nak sangat berkelah di tepi pantai
sempena percutian mereka kali ini. Mungkin Imanina terbawa-bawa keseronokan
ketika mereka berkelah di tepi tasik seminggu yang lalu. Ah, dia sendiri pun
seronok.. rasa ceria hati dapat beriadah penuh santai dengan isterinya. Sebab
itulah dia tidak menolak apabila Imanina merancang untuk ke Port Dickson minggu
ini. Dapat juga mereka menghabiskan masa bersama, mengeratkan perasaan yang
kian kukuh terbina di hati.
Don’t be sad sayang. Kalau nak hujan,
kita lepak dalam bilik ajelah. Lagi fun kan? ehem.. abg lagi suka tu..
Balasnya
mengusik. Dan seminit kemudian sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.
Takmo la.. kan abang janji nak buat
sand castle sama tinggi dgn Nina. Nina tunggu abang dkt pantai tau. Fon Nina
nak habis bateri ni, abg dtg terus dekat sini k.
Okay syg.. take care dan jangan cantik
sangat nanti ramai mengorat isteri abg. (muka serius)
Hehe. Iyalah abang.. Malam nanti baru
Nina cantik-cantik, wangi-wangi utk abg ye?
Okay abg ambik halfday. Nak pergi PD
sekarang!
Tengku
Qalif tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri. Ayat menggoda isterinya
membuatkan dia tak senang duduk pula. Encik Basri ni pun satu, lambat sangat
turun. Kata nak lunch dan bincangkan pasal kontrak baru yang mereka dapat di
Dubai, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung!
Janganlah, abg kan busy kerja. Nanti
tak tenang honeymoon kita org office asyik call abg aje. hati2 drive nanti. I
love u… J
But I need u now.. Balas Tengku Qalif masih dengan ayat
nakalnya mengusik Imanina.
Please need me tonight, sekarang
cannot! hehe. ok abg, fon dah bunyi2 ni, charger lupa bawak. see u there, jgn
lambat tau!
Tengku
Qalif tersenyum kecil. Imanina ni memang pelupa, selalu tertinggal
barang-barang penting. Tapi dia tahu, Imanina kelam kabut bersiap ke PD
sampaikan terlepas pandang yang lainnya. Dalam hati, kembang kuncup seribu
rasa. Bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Imanina yang boleh tahan
romantis itu. Setiap gerak geri dan tingkahlaku Imanina mencuit hatinya,
memutikkan rasa cinta yang kian mekar memenuhi ruang dadanya.
“Qalif,
shall we?”
Tersentak
dengan teguran itu, Tengku Qalif mengangkat muka. Terpandangkan Encik Basri
yang berdiri di sisi setiausahanya Shuhada, segera dia bangun dari duduk.
Senyuman kecil berbalas sebelum dia menganggukkan kepala.
“Yes,
sure..” Balasnya dengan wajah jernih. Shuhada yang tersenyum-senyum ke arahnya
membuatkan dia sedikit rimas. Gadis seksi dan menggoda seperti Shuhada memang
ramai di pejabatnya ini, cuma dia tak kuasa nak melayan. Salam yang dihulur
mereka tak pernah disambut, nombor telefon yang dipass kepadanya dibuat tidak
endah, dia rimas dengan semua itu. Dia datang ke sini dengan niat untuk
bekerja, bukan buat benda bukan-bukan. Jauh sekali mahu menduakan isterinya
yang setia.
Enggan mahu
menghadap jelingan menggoda Shuhada, Tengku Qalif segera menapak seiring dengan
langkah Encik Basri. Rimas betul!
***************
Baru saja
duduknya dilabuhkan di atas seat pemandu, telefon bimbit di dalam kocek seluar
berbunyi lantang. Terkial-kial Tengku Qalif mengeluarkan telefon bimbit, tangan
kanan pula memasukkan kunci kereta sebelum menghidupkan enjinnya. Terpandangkan
nombor yang tertera, kening berkerut kehairanan. Entah nombor siapa dan hatinya
teragak-agak untuk menjawab. Ah, jangan-jangan Nina tak? Mana tahu Imanina
meminjam telefon siapa-siapa untuk menghubunginya. Dengan perasaan penuh tanda
tanya, panggilan itu dijawabnya.
“Hello..”
Sapa Tengku Qalif mendatar. Pintu kereta yang sejak tadi terkuak ditarik rapat.
Mata mengerling jam di dashboard kereta, sudah menginjak ke pukul empat petang
dan dia perlu ke PD sekarang untuk mengelak kesesakan trafik di waktu puncak.
“Assalamualaikum,
Qalif ke ni?” Suara lembut di sebelah sana menerobos ke telinga.
Tengku
Qalif kembali kehairanan. Tangan yang berkira-kira mahu menarik gear automatik,
terkaku. Suara itu seperti pernah dia dengari sebelum ini, tapi siapa?
“Waalaikumusalam.. siapa ni?”
“Ini nombor
Qalif ke?” Suara itu masih bertanya.
“Yes, Qalif
speaking. Siapa ni?” Suara bertukar sedikit tegas. Bimbang kalau ada
gadis-gadis genit yang sengaja mahu meraih perhatiannya. Boleh jadi gaduh
dengan bini ni…
“Alhamdulillah,
betul Qalif rupanya..” Suara itu berbunyi ceria dan membuatkan Tengku Qalif
terpinga-pinga. “Qalif tak kenal ke siapa ni? Ni maklah, nak..”
Dup!
Jantung seolah-olah terhenti mengepam darah, sepantas itu juga tangannya terasa
dingin dan sejuk. Mak? Seraut wajah itu terlayar di ruang mata. Wajah penuh
kasih sayang, wajah yang sentiasa tenang dan lembut setiap kali berhadapan
dengannya. Mak yang itukah? Mak arwah isterinya Liyana? Nafas yang ditarik
terasa memberat, ada beban kesal di hatinya saat ini.
“Qalif?
Qalif dengar tak suara mak ni?”
Tengku
Qalif meraup wajahnya dengan tangan kanan. Demi Tuhan, ada perasaan aneh
mengetuk dadanya. Dia terasa bagaikan terlontar ke zaman silam dengan suara
lembut itu. “Err.. Qalif dengar mak. Mak sihat?”
“Alhamdulillah
sihat. Qalif pulak macam mana? Lama mak tak dengar cerita Qalif, Qalif okay ke
nak?” Suara lembut itu begitu lunak memberi sepenuh perhatian kepadanya. Sama
seperti dahulu, langsung tidak berubah.
“Qalif
sihat mak. Err.. mana mak dapat nombor telefon Qalif ni?”
Ada bunyi gelak
kecil di sebelah sana. “Mak dapat dari mama Qaliflah. Mak ada telefon mama
Qalif sebelum dia berangkat ke Rusia dulu, saja tanya keadaan kamu.”
Tengku
Qalif terdiam. Rasa kesal semakin bertimpa-timpa ke hatinya. Selama Liyana
pergi, dia tidak pernah ambil peduli lagi tentang keadaan bekas ibu mertuanya
itu. Dia terlalu hanyut dalam kesedihan sehingga terlupa segala-galanya
sedangkan hubungan mereka terlalu akrab terbina. Cintanya kepada Liyana
membuahkan cinta yang tidak terhitung banyaknya terhadap keluarga gadis itu.
Dan sekelip mata dia memutuskan semua ikatan yang pernah kukuh gara-gara hati
menjeruk rasa.
“Qalif… mak
dengar Qalif dah ada isteri baru…”
Jantung
bagaikan diragut pergi, Tengku Qalif menggosok perlahan dadanya yang perit.
Kata-kata yang terlahir dari bibir wanita yang menjadi saksi cinta gilanya
bersama Liyana membuatkan dia serba salah. Bimbang jika wanita itu
menganggapnya tidak setia atau juga mudah mencari pengganti biarpun pusara
arwah isterinya masih merah.
“Err.. ya
mak. Qalif dah bernikah dengan Imanina tahun lepas..” Ucapnya jujur.
“Alhamdulillah,
sekurang-kurangnya Qalif boleh tenang sikit sekarang kan?” Balas suara lembut
di sebelah sana. “Mak takde halangan kalau Qalif dah ada pengganti arwah Yana,
cuma mak rindukan Qalif yang dah lama tak jenguk mak. Qalif dah lupakan mak ye?”
Terdengar
nada yang mengendur itu, hati Tengku Qalif disapa pilu. Lupakan? Dia tak pernah
lupakan apa saja yang berkaitan dengan arwah isterinya. Cuma dia sekadar
menghindar, takut mahu menghampiri kerana bimbang hati sendiri tidak kuat
melayan kenangan silam. Jiwanya masih lemah.
“Bukan
macam tu mak, Qalif sibuk sikit sebenarnya. InsyaAllah, ada masa Qalif balik
Seremban jenguk mak ye?” Janjinya perlahan.
“Hmm.. mak
tahu Qalif baru pulih semangat, tapi kalau Qalif tak kisah Qalif baliklah malam
ni..”
Tengku
Qalif mengerutkan kening. Kata-kata itu bagaikan memberi bayangan tentang
sesuatu. “Malam ni mak? Ada apa malam ni?”
Sekali lagi
gelak kecil kedengaran di sebelah sana. “Qalif dah terlupa ya nak? Hari ni
genap setahun arwah Yana tinggalkan kita.”
Tengku
Qalif terpana. Ya Allah… kenapa dia boleh terlupa? Baru setahun arwah Liyana
meninggalkan dia, dia sudah lupa? Dia terlalu leka menyulam rasa cinta bersama
isteri barunya sehingga arwah Liyana begitu cepat terhakis dari ingatannya.
Tengku Qalif mendengus kesal. Suami jenis apa agaknya dia ni? Baru setahun
Qalif, baru setahun! Dan entah apa keluarga Liyana akan fikir bila tahu dia
sudah lupa segala-galanya..
“Pukul
berapa mak kenduri tu start?”
“Lepas
solat Maghrib. Tapi kalau Qalif sibuk, mak faham..”
Tengku
Qalif menggelengkan kepala biarpun tiada sesiapa melihat perlakuannya. “Tak
mak, Qalif tak sibuk. Nanti Qalif datang ye mak..”
“Alhamdulillah..
syukur kalau Qalif boleh datang. Lepas jugak rindu mak nanti..”
Tengku
Qalif tersenyum pahit. Demi Tuhan, dia berada di persimpangan. Di kanan Imanina
yang menunggu dan di kiri keluarga yang tidak kurang penting dalam hidupnya.
Paling tragis, hari ini genap setahun arwah Liyana meninggalkan dia. Dan dia
masih ada hati mahu bercanda penuh gembira di PD bersama Imanina?
Imanina
tidak bersalah, gadis itu tidak tahu apa-apa. Yang patut dipersalahkan adalah
dirinya sendiri. Dia yang leka, dia yang alpa, dia yang lupa segala-galanya…
“Mak tunggu
Qalif, sekejap lagi Qalif sampai..”
***************
Imanina
mengerling jam di tangannya, kemudian tangan mencapai pula telefon bimbit yang
sepi. Berkali-kali dia cuba ‘on’kan telefon bimbitnya namun gagal. Silapnya
yang cuai tak pandai nak mengecas telefon bimbit, kan dah menyusahkan diri
sendiri! Pandangan terhala pula ke dada langit yang kian mendung. Sekejap lagi
mungkin hujan akan turun dengan lebat, memusnahkan impiannya untuk bersantai di
tepi pantai bersama suaminya.
Hmm..
teringatkan suaminya, hati disapa debar halus. Biarpun jam sudah menginjak ke
pukul enam petang, suaminya masih juga belum sampai. Takkan sesat kot! Ke
trafic jammed? Ah, kalau traffic jammed pun, takkanlah lama sangat macam ni.
Naik tak tentu arah dia menanti.
Mata
mengerling pula biskut dan kuih-kuih yang dihidangkan di atas tikar. Sekali
lagi dia menjadi penunggu makanan macam ni! Anak mata berlari pula ke kawasan
sekitar yang dibarisi pokok-pokok rhu. Mana tahu suami dia nak buat surprise macam
dekat tasik dulu, menyorok di sebalik pokok ke apa. Tapi agak-agaklah nak surprise
pun, hari nak hujan kot! Nanti jangankan istana pasir, silap-silap dengan
biskut semua lunyai kena timpa hujan.
Imanina
mengeluh kecil. Tubuh terasa dingin disapa angin pantai yang membawa
tanda-tanda hujan. Dia duduk berpeluk tubuh, kemudian membetulkan tudungnya
yang rakus ditiup angin. Mana agaknya suami dia ni pergi? Kata nak gerak lepas
meeting dengan bos dia, takkanlah lama sangat. Jari telunjuk menguis-nguis
pasir di tepi tikar tempat dia melabuhkan duduk. Kepala menerawang jauh
memikirkan suaminya. Jangan-jangan Tengku Qalif rasa terpaksa datang ke sini.
Iyalah, lelaki itu sibuk dengan kerja, dia pulak merengek-rengek ajak bercuti.
Kesian suaminya dapat isteri macam ni. Tapi salah ke apa yang dia buat? Dia
cuma mahu menghabiskan masa bersama suaminya, mahu melayan lelaki itu bagaikan
raja. Lagipun kalau asyik menghadap kerja aje, bukannya elok sangat. Manusia ni
bukan robot, kena juga ada waktu untuk bersantai dan berehat dekat
tempat-tempat macam ni.
Bosan
berperang dengan perasaan sendiri, Imanina menoleh lagi ke belakang mencari
kelibat lelaki tampan itu. Masih sepi dan kosong, cuma ada dua tiga orang
pengunjung yang sudah mula beredar semula ke hotel. Mungkin sebab cuaca tak
berapa elok, sudah terlalu gelap dan angin yang bertiup bukan main kencang lagi.
Leher
memanjang pula ke kiri dan kanan, mencari bayang lelaki itu yang mungkin
mengintainya dari jauh. Bukan boleh percaya sangat suaminya itu, banyak idea
licik untuk gelakkan dia. Terkenangkan hakikat itu, bibir mengukir senyuman
manis. Rasa bahagia setiap kali terkenangkan ragam suaminya yang penyayang.
Rindu, setiap detik dia rasa rindu. Walaupun Tengku Qalif hilang ke pejabat,
hatinya meragam mahu sentiasa dekat di sisi suaminya. Mengada-ngada kan?
Lamunan
lenyap tatkala setitis air jatuh di tangannya. Imanina mendongak memandang dada
langit yang kian gelap. Ya Allah.. dah nak hujan! Imanina bangkit berdiri,
memandang ke belakang, menjenguk ke kiri dan kanan. Liar matanya menjengah ke
setiap pelusuk di sekelilingnya.
Abang, tolonglah
jangan main sorok-sorok lagi, hari nak hujan sangat dah ni! Desisnya di dalam
hati. Berharap suaminya keluar dari persembunyian dan melenyapkan rasa resah di
hatinya. Imanina serba salah. Dia sudah berjanji mahu menanti suaminya di sini,
dan dia akan terus menunggu seperti janjinya. ‘Biar hujan lebat, biar ribut
petir, dia akan terus menunggu’..
Dari
setitis, dua titis, tiga titis, dan akhirnya hujan lebat menyimbah bumi. Dan di
situ… Imanina masih kaku berdiri, menanti.





52 Baca Laju-Laju:
ala...nak mula konflik dah ke? huwaaa!!!
alolo..cian nya nina kena tgu dlm ujan..
hm..kemelut di muara kasih betul bab ni..
syok ar acik dearie..
tq acik..ai komen dulu..kemudian ai baca cerita...:)
eish ... si qalif ni x kasi tau kt imanina ke yg dia pi rumah arwah liyana ? telefon kong beteri kut.. sob3.. kesian lak dngan Imanina tunggu sorg2 kat situ .. tacing.. huhu
ala..... sian Nina.
best sgt2..cumelnyer mse drg berbalas sms tu..suke2..hehe
cmne Qalif leh lupe ulang tahun pemergian liyana ni..aishh
walau apepon konflik melanda..
penulisan Acik mmg tbaek.. mula2 baca dah senyum sorang2... smpai petengahan..mula bedebar2 plak.... ACik yg penting PCBS harus happy ending k... lebiu strong Acik.. :-)
hehehe.... konflik dh start skit2 la ye.. ni belom big one sbb big tu acik simpan dlm buku nti. kui3.
nti kita tgk abg qalif asah bakat pujuk nina ye.. huhu.
thank u sbb baca dan komen. lap u!! :)
uwaaaaaaaaa...sedey ye.di ujung ..cian nina
kak suhana, opekos hepi ending kak. sentap ai kalo sad ending. nak taip pun jenuh lempang diri sendiri, x sanggup katakan. haha
lebiu too kak! muahhh!
Boleh je kan TQ ajak Nina gi rumah mak Liyana untuk kenduri Tahlil..bukannya jauh pun Seremban ke PD..kesian Nina tunggu dalam hujan...
Acik...
Entry kali ni sedih utk 2-2 pihak..sedih sgt..rase kesian kt TQ..rase kesian kt nina..
hmmm sedihnyaa.. hmm apa nak wat kan baru setahun lyana pergi..Qalif dah lupa.. good job Acik sebab bagi dd rasa serba salah ngeeeeee....
siannya nina...hajat x kesampaian.. :(
Acik!! Tima kaseh utk n3 yg sgt2 ditunggu ni. Superb! TAkde word nk describe lg. Cuma skrg dh smpai tahap nk libang libu la ni..aduiiii..tp apa2 pun besh!!! K Acik,Chaiyokk!! Eerm...soalan sama, tak bley terusnovelkan semua ke citer2 Acik ini??? Kak sokong 200%...K..taking care!!! Kak Ameen
hurm,sedihnya..adoiyai si imanina ni pn satu..cerla beli charger 2...public pn de..si qalif ni pn 1...gla PD dl amik si nina 2..n then br g seremban..cian nina
alaaaa, konflik dah nak mula...
shuhaida ker @ Family Liyana ni yg akn memberatkn konflik..
aduii, baru nk 2nd honeymoonnnn....ishhhh
bestnye...;-) keep up the gud work.
alah... kesian nina... tp nak salahkan TQ pun x leh jugak.. ish ish ish... tragis btul.. hope nnti TQ leh pujuk nina.. acik ni sukalah mendera emosi orang..hahaha..
konflik nk dtg la...sikit lg acik sambung n3,lps hujan lebat..mau akak pun bengkak mata nanges cian kan Nina.Sakitnya jd second best!
Kalau acik selit lagu sadis ..mau akak murung!
TQ acik..comeback lps Pesta Buku ye!
Sian kat nina..takpelah kecik punye hal.famili liyana pon kene jaga jugak.
Kesian nina tp hal liyana ptg lg kot... mesti nanti nina demam panas... heheheehe... tak mo lah gaduh2 sgt... huhu
-Ika hatika-
Ish..ish..ish...sedih utk keduanya...tp jgn la ada bibik hilang percaya...acik nice meeting u on last 29th april...insya Allah ada rezeki jumper lg..:)
uuuwaaaaaaa......x mw....ciannyer Nina...:'(
waaaaaaaaa.....mesti konflik besaq ni....kang
waaaaaaaaa.....mesti konflik besaq ni....kang
waaaaaaaaa.....mesti konflik besaq ni....kang
Apa la tengku ni, kot ye pun nak g kenduri arwah ajak la sekali bini tu...
emo la pulak ye..hehez
adoiii.... kesian nina~~~
sedih la..sampai hati Qalif buat nina mcm tu...dah la susah payah nina ttgu dia,dia plak leh g kelain..errmmm mesti truk Qalif nk kene pujuk nina nanti...nina merajuk la lama2 sikit biar Qalif xsenang duduk nk pujuk nina..
pdan muka Qalif..huhuhu..
Tq acik coz layanan anda semalam..teruja dapat jumpa acik..hahaha..
sian Nina..
Qalif dh start rase serba salah..
mcm nk start konflik jer..
huuuuu....
ala, siannya Nina. sian jugak dekat TQ , dia serba salah nak pegy dekat sperr .
cian nina tunggu qalif dlm hujan plk tu..
qalif pun cian gak. serba salah bekas MIL call wat kenduri tahlil.
sedihnyer..hu3x
nak n3 bru...... bole la.... uhuk9
*tiba2 merengek mcm budak
cian nyer nina .. =(
alaa..kesiannya nina.tp apa hadiah special tu ek.x sabar nak tau pl.cepatla sambung ek.
alahaii..ciannya nina...mst nina merajuk dgn tengku lps ni...
oh noo...cian kat nina.. :(
akak sokong semua yang di atas... akak setuju ngan oOoigirLz kata... patutnya Qalif ambik Nina dulu then pegi lah rumah mak arwah isterinya tu...
Alahai kesiannya Nina....menanti dalam hujan....
Kasi Nina tu sakit then merajuk... nak tenguk macamana Qalif pujuk....
apa pa pun, cepat lah sambung....tak sabar dah...
Good work Acik Lana
sian tol kat nina..
bia nina dapat fever,..
majok truk2 cket..
bia qalif glabah cket..
gla amek nina dulu..
adoiyai,trus ta dapat pker..
benci to0l,,,
Apelh TQ ni susah sgt ke nk call
Nina beritau yg dia nk pergi tahlil
rmh arwah Liyana ataupun ape salahnya
ajak Nina sekali kenal dgn keluarga
disebelah arwah Liyana mesti Nina
tk keberatan. Begitu setianya Nina
menanti kerana janji tlh diberi yg
dia akn menanti walaupun hujan begitu lebat turun dia tak berganjak langsung. Mana tau Nina jatuh sakit teruk pula kerna tak boleh kena hunjan tunggu suami yg
tercinta tapi suami dh lupakan dirinya...kesian...kesian..sedih pula n3 ni dh mulalh agaknya nk ada
konflik pula ye achik...
dalam hujan lebat
nie yg buat kita syg kat acik ni terubat lah jugak rindu pd TQ & nina p kan n3 x nie terbitkan rase mcm2 mula bace senyum2 tp bila sampai pat mak liyana mula berdebar dan bila sampi hujung citer sedih le pulak sian kat nina sampai ati TQ tak cal ye atau ntar sms kat nina.
nie yg buat kita syg kat acik ni terubat lah jugak rindu pd TQ & nina p kan n3 x nie terbitkan rase mcm2 mula bace senyum2 tp bila sampai pat mak liyana mula berdebar dan bila sampi hujung citer sedih le pulak sian kat nina sampai ati TQ tak cal ye atau ntar sms kat nina.
sedihnye..sian nina =(
laa. qalif, kot ye pun bawak la nina sekali... apa daaa... cian nina...
Npe lh npone nina abis betri...klo x mst dye tau yg qalif g mjls tahlil 2...ciannya...psni ap la yg jd???huhuhuhu...sad...
romantik nye diorang berbls msj...nakal TQ...:)..sweet..
tp cian nina tggu dlm ujan ...npe la nina lupe bwak charger ...Tq ptutnye g jmpe nina dlu bwu g knduri arwah ...lgpn seremban ngan Pd x la bpe jauh sgt(mcm tau je)..... tp wlupe pn acikk sweeet... :)
oh dear. x kan can nih da kot. so sad maah. huwaaaa. serius rase nk nangis dah nih.cecepat smbg ek cik penulis.yg hepi n best2 maah/ kesian kat kat Imanina
jeng3x..konflik sedang bermule..huhu..ingatkn cite ni dah abis lepas dia org tuttttt...mmg imiginasiku x sekreatif acik lana..heheh...alaaa, takat seremban ngan PD tu idak le jauh beno..kalo perlis ke..kedah ke.. logik la TQ x sempat amik..acik, sila arahkn TQ amik nina dulu..hehe..
nak Imanina merajuk tahap giga dan buat tak tahu je dgn Qalif nanti. Padan muka dia... Apa salahnya pergi jumpa nina dulu then pergi majlis tahlil? haish... lelaki kan panjang akal???
acik, nak tanya... apa yg "L" n "J" kat belakang sms diorg berdua ni? secret msg ke?
Aloo..cian nina tgg dlm ujan.. bwk je la nina tu g majlis tahlil..nape? salah ke kalau bwk? tu pon ssh ke nk pikir..uit..terlebih plak..
Post a Comment