Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..
Bibir mengukir senyuman kecil. Bait-bait lirik lagu
yang menjadi kegemarannya itu benar-benar menceriakan hati. Kepala
terangguk-angguk mengikut alunan muzik, jari jemari ligat mengetuk stereng. Mata
mengintai sedikit ke hadapan, melihat lampu traffic light yang masih merah.
Sekilas pandangannya dilemparkan ke sisi sebelum kembali membuang pandang ke
hadapan. Namun kepalanya kosong seketika, cuba mengimbas apa yang dilihatnya
beberapa saat tadi.
Perlahan dia menoleh semula ke sebelah kanan,
memandang pemandu kereta yang turut sama berhenti di persimpangan lampu isyarat
itu.
Senyum terukir di bibir tatkala melihat gadis cantik
dan seksi duduk di tempat pemandu sendirian. Tangannya menekan suis tingkap
automatik, terasa berbahang sedikit wajahnya dek kepanasan cuaca di luar sana.
“Excuse me, hello..” Tangannya melambai-lambai kepada
gadis itu memberi isyarat supaya menurunkan cermin tingkap. Dipandangannya
jelas, gadis muda itu menarik muka masam tanpa menoleh ke arahnya. Hisy, belum
tengok aku dah reject siap-siap?
“Excuse me!” Laungnya lebih kuat. Mata sempat
mengerling lampu isyarat yang masih merah, masanya kian suntuk kerana bila-bila saja lampu itu
boleh bertukar hijau.
Dia membuang pandang ke sebelah, kelihatan gadis
itu menurunkan cermin tingkap namun masih enggan menoleh kepadanya. Muka
bersolek tebal itu bukan main mencuka lagi. Tak apa, ini bukan kerja yang susah
untuknya.
“Excuse me.. can I ask you something?”
Gadis itu nampak seperti merengus seketika,
kemudian menoleh kepadanya dengan wajah keruh. “What do you want?”
Bibir segera mengukir senyuman menawan, senyuman
yang sering dilabel sebagai ‘cari makan’ oleh kawan-kawannya. Jelas di ruang
mata, gadis itu terkelip-kelip memandang ke arahnya. Hilang riak keruh, lebar pula
senyuman terpamer di wajah pelbagai warna itu.
“Err.. ya, what can I help you?” Soal gadis itu
seraya membetulkan rambutnya yang ikal separas bahu. See.. bukan susah sangat!
Desis hatinya riang.
“Hmm.. where did you buy your sport rim? Cantik, I
suka!” Pujinya sekadar memasang umpan. Setakat sport rim dari Taiwan macam tu,
langsung tidak kena mahu digayakan ke keretanya ini.
“Oh, I just bought it. I beli dekat Klang..”
“Kedai mana ya?”
Gadis itu kelihatan terkial-kial mahu memberi
jawapan kepadanya. “Macam mana I nak beritahu ya, susahlah nak cakap macam ni.
Lagipun lampu dah nak hijau ni..”
Lebar senyuman terukir di bibirnya. Itu ayat yang
membawa maksud umpannya hampir mengena. “Macam nilah, boleh you berhentikan kereta
dekat depan tu tak? I really-really interested nak tahu ni. Sport rim macam tu
susah nak jumpa..”
“Hmm.. depan tu ke?” Gadis itu memuncung ke
hadapan.
“Yup, boleh? Please..” Muka dimimikkan merayu
pula. Cairlah hendaknya!
“Sure. I tunggu you kat depan.”
Sedang elok lampu bertukar hijau, kata persetujuan
dicapai. Berlagu riang hatinya melihat kereta Perodua Myvi hijau itu membelok
ke lorong kecemasan di sebelah kiri. Dia ikut sama memberhentikan keretanya di
belakang kereta gadis itu. Sekilas mata memeriksa gaya rambutnya di cermin,
masih kemas dan tersisir rapi.
Tangan menolak daun pintu kereta sebelum melangkah
keluar. Dengan penuh yakin dia menapak menghampiri kereta yang diparkir di
hadapan keretanya. Gadis tadi ikut sama keluar dengan senyuman manis. Sempat
matanya menilik gaya penampilan gadis itu yang jelas begitu bergaya dan seksi.
Well, dia memang tidak pernah silap menjerat umpan!
“Hey, sorry menyusahkan you..” ucapnya berbahasa.
Ayat begitu lembut meluncur keluar dari bibir. Matanya yang sejak tadi melekat di
paha putih melepak itu dialihkan ke arah sport rim di tayar belakang. “So gorgeous
and sexy..”
“Excuse me?”
Pantas pandangannya kembali berpindah ke wajah
yang sedikit kemerahan di hadapannya. Sengaja dia menyebut dua perkataan itu,
tahu sangat perempuan mudah alert dan teruja. “I mean design sport rim ni
nampak gorgeous and sexy..”
Ada riak hampa terpeta di wajah bersolek tebal
itu. Hampa? Sudah semestinya. Dia bukan bodoh untuk tidak mengerti betapa gadis
seperti ini mengharap pujian dari bibirnya. Gerak gaya, bahasa tubuh, mimik muka,
malahan kerutan di wajah perempuan pun senang-senang boleh dia ramalkan
maksudnya. Itu memang kelebihan yang dia ada, dia kan seorang lelaki yang
mengagungkan seni.
“It’s gorgeous, sexy and classy. And it suits you
well..” Pandangan mereka bertentang tepat, dan jelas bersinar-sinar sepasang
mata beralis tebal itu merenungnya. Suka dipuji? Perempuan mana yang tak suka.
“Oh, sorry.. I should introduce myself. I’m Marina,
you can call me Marry!” Gadis bernama Marry itu menghulur tangan, perlahan dia
menyambutnya. Erat genggaman mereka berpadu seketika.
“Nice to meet you Marry. Hmm.. marry me?” usiknya
menggoda. Sengaja mencipta kemesraan supaya pertemuan hari ini tidak sekadar
meninggalkan nama di ingatan. Tersipu-sipu gadis itu dengan gurauannya.
“Nakal you ni.. well you dah tahu nama I, and I think
I should ask yours.” Ucap Marry dengan senyuman masih meleret di bibir. Matanya
tidak puas-puas menatap wajah tampan di hadapannya. Mati-mati tadi dia
sangkakan Mat Salleh yang menegur, rupanya pandai pulak berbahasa Melayu.
Mungkin berdarah campuran, sebab mustahil pula lelaki Melayu tulen berwajah
seperti ini.
“Hmm.. I thought you tak sudi nak bertanya..”
Marry menundukkan wajah. Demi Tuhan dia kalah
menatap sepasang mata redup yang kelihatan begitu menggoda itu. Kalau lelaki
itu tersenyum, lagilah rasa nak tersembam ke lantai!
“Anyway, I’m
Karl..”
Marry mengangkat muka, berdebar-debar menatap
wajah yang tersenyum ke arahnya.
“Karl? Nama you Karl? You ni Mat Salleh ye?” soalannya
disambut gelak kecil lelaki itu.
“I ni mat salleh celup. Actually nama I Karl
Hakimi, it sounds like more Melayu kan?”
Tergelak Marry dengan kata-kata lelaki bernama
Karl Hakimi itu. Kan dah cakap, bukan lelaki melayu tulen. Patutlah kacak
semacam!
“Sebenarnya I nak cepat ni, I nak pergi kerja. So
boleh tak I ambik phone number you? Maybe someday you boleh bawak I pergi kedai
sport rim tu..” Pinta Karl Hakimi dengan senyuman masih meleret di bibir. Dari
reaksi Marry, dia yakin tidak sukar untuk dia mendapatkan apa yang dia mahu.
“Yes, sure.” Marry mengetap bibir seketika.
Terlepas cakap sudah! Sepatutnya dia tidak boleh kelihatan murah, kena jual
mahal sikit dan main tarik tali. Namun tuntutan hatinya melebihi rasa yang
lainnya, takkanlah dia nak lepaskan lelaki sehebat Karl Hakimi. Entah traffic
light simpang mana pula boleh dia harapkan untuk bertemu sekali lagi. Rugi!
Setelah mereka saling bertukar nombor telefon,
Karl Hakimi cepat-cepat meminta diri. Dia sudah terlewat untuk ke sesi photoshoot
di studionya, bimbang pula Rizqi mengamuk nanti. Masuk saja ke dalam kereta,
pandangannya lurus ke hadapan. Kelihatan Marry masih berdiri tegak di sisi
kereta, tersenyum-senyum ke arahnya.
Bibir mengukir senyuman kecil, Dia keluar semula
dari perut keretanya dan menapak menghampiri Marry. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga, mungkin hairan melihat dia
kembali ke situ.
“I tak boleh biarkan perempuan cantik dan seksi macam
you berdiri tepi jalan macam ni. It’s dangerous sayang, come.” Tangannya
dihulurkan kepada Marry dan teragak-agak gadis itu menyambutnya.
Pintu di bahagian pemandu kereta Myvi itu dikuak
dan mengisyaratkan Marry supaya masuk ke dalam. Gadis itu menurut saja dengan
senyuman tidak lekang di bibir. Dia kembali menutup pintu kereta itu, kemudian menundukkan
tubuh mengintai Marry di dalam.
“Everything okay? Drive safely ya..” Pesannya
lembut.
Marry menelan liur. Gentleman bagai nak gila mamat
ni! Tidak mampu berkata apa-apa, dia sekadar tersenyum lebar biarpun lelaki itu
sudah menapak jauh ke belakang. Nafas dihela perlahan, berdoa di dalam hati
agar lelaki itu akan menghubunginya lagi selepas ini.
Karl Hakimi kembali melabuhkan duduk di atas seat
pemandu. Tangan membuka laci di dashboard dan dikeluarkan sebuah buku nota
kecil dan sebatang pen yang memang tersimpan di dalamnya. Perlahan dia
mencoretkan sesuatu di atas buku nota itu.
Marina – the
100th
Bibir mengukir senyuman lebar. Sudah genap seratus
orang perempuan, prestasinya memang hebat!
*****************
“Err.. bos, Bunga dah sampai.”
Elman yang sedang menaip sesuatu di komputer mengangkat
muka memandang Mazlina, kemudian menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Suruh
dia masuk.”
Mazlina akur dan kembali menutup pintu biliknya.
Keluhan terhela di bibir. Mata melirik pula pada jam kecil yang diletakkan di
penjuru meja. Dengan rasa berdebar-debar, dia menanti kedatangan Bunga ke ruang
ini.
Bunga.. ah, nama itu sering benar muncul di
kepalanya kebelakangan ini. Sungguh dia pelik dengan perasaan sendiri yang
seolah-olah gagal membuang ingatannya terhadap gadis ceria itu. Bukan sudah
lama mereka kenal, baru saja mereka bekerja bersama beberapa bulan kebelakangan
ini. Namun itu semua bukan lagi alasan, perasaannya berputik sepantas kilat.
“Morning Elman..”
Tersentak, pandangan terhala ke pintu utama
biliknya. Kelihatan Bunga melangkah masuk penuh anggun, terpesona dia untuk
kesekian kalinya. Gadis ini memang hebat bergaya, begitu cantik memukau mata.
Debaran di dada mula melantun perlahan, perasaan yang sama dia rasakan setiap
kali Bunga muncul di ruang mata. Dia berdehem beberapa kali, membetulkan pula duduk
tubuhnya di atas kerusi itu.
“Morning, you’re late..” ucapnya dengan nada
bersahaja. Nampak saja bersahaja, namun di dadanya ini bukan ringan kocakan
yang melanda.
“I know, and I am so so sorry!” Bunga membalas
dengan senyuman mesra. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan duduk di hadapan
majikannya yang masih merenung tepat kepadanya. “You marah ke? I busy sikit
tadi dekat rumah baru I, time-time macam nilah orang sibuk nak hantar barang
semua. You pun tahu kan I baru pindah rumah semalam..”
Elman mengeluh perlahan. Biarpun alasan Bunga
sukar untuk disanggah dek rasa indah di hati, namun sikap gadis itu kadangkala
membuatkan dia serba salah. Bimbang pula kalau-kalau staf lain mempersoalkan
tindakannya yang sering ‘memberi muka’ kepada Bunga.
“You tahu I dah setkan appointment you dekat
studio tu kan? You tak boleh lambat, K-Kim tu bukan sembarangan photographer.
Kita nak set appointment ni dengan dia pun bukan main susah lagi..”
Bunga tersenyum kelat. Gagal juga mahu meraih
simpati Elman, sudahnya kena marah jugak!
“I know I salah, and I’m sorry for that. Tapi
sempat lagi kan I nak pergi? Mana proposal yang you suruh I tunjukkan pada dia
tu?”
Lambat-lambat Elman menghulurkan fail yang agak
tebal kepada Bunga. Wajahnya masih serius, dia mahu Bunga melaksanakan tugas
ini dengan sebaik mungkin.
“You serahkan ni pada K-Kim dan pastikan dia
setuju dengan semua syarat dalam tu. I tak nak orang lain ambik gambar collection
terbaru kita ni, I nak dia jugak. No matter what, you need to make sure you get
him for this project.”
Arahan tegas dari Elman membuatkan Bunga menelan
liur. Kebelakangan ini kecoh benar di pejabatnya dengan nama K-Kim. K-Kim
adalah nama samaran seorang photographer yang begitu terkenal di negara ini
Dengar khabar hasil kerja lelaki itu telah pun diiktiraf sehingga ke peringkat
antarabangsa, mendapat liputan bukan main gah lagi di sana. Memang hebat dan
tidak mustahil Elman terdesak mahu memastikan K-Kim tersenarai dalam projek besar
mereka nanti. Dia tidak pernah melihat wajah K-Kim, Elman juga tidak pernah.
Menurut Mazlina, K-Kim jarang menunjukkan mukanya di khalayak ramai dan lebih
suka merahsiakan identitinya. Mungkin tidak suka dengan populariti dan hidup
penuh glamor.
“Boleh you buat kerja ni Bunga?” Soal Elman
tatkala melihat gadis itu termenung seketika.
“I’m just wondering, kenapa you assigned task ni
untuk I ya? Selalunya you tak suka I buat kerja dekat luar kan? You kata I belum
qualified, and now tiba-tiba I dah layak
pulak..” Luah Bunga dengan perasaan ingin tahu. Wajah kacak Elman dipandang
tepat namun lelaki itu cepat-cepat mengalih pandang.
“Nothing, I cuma rasa you paling layak buat masa
ni. Lagipun Danial ada kerja lain nak buat, ini peluang you untuk belajar
sesuatu yang baru Bunga..”
Bunga tersenyum sinis. Bukan dia tidak tahu apa
sebenarnya yang berlaku. Dari Mazlina juga dia mendapat tahu yang K-Kim itu
cenderung kepada perempuan-perempuan cantik. Dan tidak mustahil kali ini Elman
menggunakan dia untuk memujuk K-Kim menyertai mereka. Hebat bukan? Dia
digunakan untuk kepentingan syarikat.
“Jangan macam ni Bunga, I takde niat lain pun.
This thing is good for you right?” Pujuk Elman dengan riak serba salah.
Perlahan-lahan Bunga bangkit dari duduknya. Tangan
mencapai fail yang diserahkan oleh Elman sebentar tadi. “I sangka you suka I,
but thanks because you prove to me that I’m wrong..”
“Bunga, please..”
Tidak diendahkan panggilan Elman, pantas
langkahnya diatur keluar dari bilik pejabat itu. Pintu dihempas kuat tanpa mempedulikan
reaksi Mazlina yang sedikit terkejut. Nafas dihela geram, sakit di jiwanya
begitu terasa.
Lelaki memang semuanya sama!





45 Baca Laju-Laju:
Perghhhh Acik...suka...nama KH tu...Bunga?..what a lovely kampung's name...but i loike...
Suke1000x citer ni...hehehehehe...biasalah anty tukan...hahahahaha
Sayang Acik ketat2...nak lg...kikiki
acik! sila taip bab ke 2 dengan kadar segera ye..kehkehkeh~
Ops! Lupa nak jenguk AQ..semalam dah ada kan? ai nak pi dating dengan AQ pulak :D
wehhh..intro yg superb!!!
hamboiii list yg ke-100 yer karl..
congrat acik!!!lev u
KH tu baru betul2 playboy..hehe..thums up acik...teruskan usaha..
mak oi, mangsa ke 100? gile ah ding dong!
mmg player tersohor agaknya di KH ni ye?
bestnya acik cepat update ya tq acik
so bunga yg ke 101 ke?hehehe
Best! so K-Kim tu maybe Karl Hakimi la? tak sabar nak bca yang seterusnya. Congrats acik.
Ermmm.. Karl N Bunga... Sounds Great.. Lovely... Karl mmg Player tahap dewa agaknyer.. Best Of Luck Acik..
:P
k-kim. nice nme la achik :) gatai noo karl. amboi,, nseb hensem. ngeh3x. nice opening achik
kDija
Homai,homai...sgt teruja...go Acik!!!
If curiosity can kills da cat,so da curiosity might kills me 2.killing me softly.owh sgt curios 2 know wat will b happened in da nex n3...so pliz don let me die Acik...kihkih,ayt,drama sgt!
lampu trafic light? :)
ho my!!! Acik.. Karl tu mmg kaki pompuan ek??? huhu.. x sabaq nak tunggu n3 ke-2.. chaiyook Acik!!! amboi2 Marry me nooh!!! "___"
wahhhh !!! K-Kim....nice nme kotttt !!..op kos stand 4 Karl Hakimi kan..... :) ... best3......pic bunga 2 mmg selembut nama nyer lah...BUNGA..hihihi...x sabar tngu next en3.....welld0ne acik ^_^
-pyzang-
acikkkk. baru chapter 1 dh rasa terlompat nak tau citer ni mcmna lps ni. adoi la.. mmg best la.. K-Kim adalah Karl Hakimi right??? wah.. nti mesti terpiakt dgn Bunga plk..
haiyyyooo marry...sesuai sgt lah acik nama nih ngan wataknyer 2....hehe......dh cam bskut marry kan....kena cecah ngan air cpt jer lembik...n marry ni p0n cpt jer cair ngan Karl ni....:))
hihi...acik! i suka la nama Karl tu..modern gitu..untungnye sape yg suggest nama tu semlm kan...dapat novel free..
hhehe.. thank u everyone sbb slalu menyokong and teruja dgn citer2 acik. Betol la tu.. K-Kim adalah Karl Hakimi.
macam mana nanti diorg tatkala bertentang mata? tungguuuuuu~! hehe
betul, citer ni lebih moden and fresh. dan harap semua berfikiran terbuka utk membaca. dalam realiti, life mcm ni MEMANG ADA. so please, no issue k. hehe
thanks again. love uols. muahhh!
hoho, did elman made a wrong move by sending bunga to k-kim?....
acik lu mmng terbaik la....sk plak...tp K-kim2 sape watak die....bunga da ok dah sweet gila...from zira
kak acikk bab 2 please..hehehe..best la..x sbr nk bce seterusnye..karl hakimi ensem gilerrr... bunga..sweeet.. :))
manyak gatai la itu Karl..hihi
nasib la ko Bunga
apa!bunga yg ke 101..biar betul
The game is on..mari kita tgk sapa yg kena!
Acik,lev2 u strongly..nice & catchy intro..me?i likeeeeee
Tq Acik
wah! teruja sangat.. bunga & karl hakimi a.k.a k-kim..seksi toh nme...haha..teruskan kak acik..chaiyok3
wahhh suke!! suke!! tak sabar nak baca next episod :)
wah acik da best lah,citer2 acik memang buat sy teruja nak baca..best giler tu acik..karya mantap..watak2 dalam citer pun slalu ada kelainan but i like it...
Pls rush for next ep ya...x SABAR ..
EL
tiada kata selain SUKE... BEST... hehehehhe.. syg acik.. n3 yg kedua ditunggu dgn penuh sabar....
best!!!
Acik acik acik acik acik acik acik acik acik acik acik acik acik acik!!!!! SUPERB!!!! (:
wah...tak sabar nak baca.suka singgah sini.nak tunggu apa jadi kat bunga...macamana k.kim tunduk...heheh...mesti tersungkur abis kan acik...tak sabar tunggu n3 baru minggu depan...huhu..
makkk aihhhhh..playboyaa!100th tu..n mungkin cik flower kite akn jd yg ke 101 dan yg terakhir??hehe..hope blog acik akn aktif kembali..haha..xbiase plak blog acik sepi lme2..chaiyokk acik ^^
ok.... satu jer ayatnye TERUJA!!!!
apa pun yg penting mesti plotnye TERBAIK... hehehe
PYPAC..tajuk pun dh kasi aura2 besh!! Memula kena tanya..hero n heroin ni sapa nama sebenar? As usual, sentuhan mmula Acik utk citer ni kak dh suke,K.Kim n Flower aka Bunga..nama yg sungguh2 lamaaa...tp ayu didengar!! tertunggu utk nxt n3..camnor nikh? aduii..nnti kena tunggu tawun depan plak baru bley dakap buku PYPAC...ish..gurindam jiwa sungguh!!! Anyway..congrats Acik, chaiyookk!!!
tajuk cite dh best..
Perempuan Yang Paling Aku Cinta..
hero & heroin pun bt I teruja tuk folo cite ni..hehehe...
karl hakimi = k-kim kn acik??? playboy tu...huhuhu
np bunga ckp smua llaki sma?? dia pernah d kcwakn dek llaki kot ye....
Baru first time baca cerita ni. Dah jatuh cintalah. Sangat menarik. Thanks Acik. nak pergi next bab pula ^^
LAMA TAK BUKA BLOG ACIK..
RINDU BANGAT..
TAK SANGKA ADE NOVEL BARU.. GIGIH NAK MARATON NI..
layan novel nie plak....best best..
kak acik.....nanti dah publish...saya nk tau......best!!!!!!
ok baru lagi meneroka blog acik, amat teruja sangat2
bestnya acik cepat update ya tq acik
hii acik, mmg suka baca novel acik..best sgt2..
Hi acik. I nak email address you boleh? I ada soalan nak tanya :) this my email address aish_azahraa@yahoo.com :D
huh..dngr citer dri kwn terus bkak laman ni..nk teau citer lanjut..best....thanks acik lana dpt hiburkan saya..
Cmne nk order novel ni..
salam..best la part 1 ni..acik mcm mn nk dptkan novel PYPAC ni..nk bc cite smpi hbs..
Post a Comment