Tangan yang
sejak tadi sibuk mengelap gelas terpaku tatkala kelibat suaminya muncul dari
bilik tidur. Seketika pandangan mereka berlaga mesra, dan senyuman saling
berbalas. Imanina meletakkan gelas terakhir yang dilapnya di atas rak di tepi
singki. Kemudian pantas dia melangkah mendapatkan suaminya yang berdiri
berdekatan sofa. Lelaki itu masih sibuk memeriksa bagasinya yang agak besar.
Pandangannya melekat pula ke tubuh suaminya yang kemas berpakaian serba putih.
Pelik, selalunya suaminya itu tidak suka mengenakan kemeja putih dengan seluar
berwarna putih juga. Namun rasa aneh itu dilempar jauh-jauh, cuba berfikiran
positif supaya hatinya tidak resah.
“Everything
okay abang? Passport dan Visa abang dah bawak?” Tegurnya mesra. Tangan memeluk
tubuh sasa itu dari belakang. Disandarkan tubuh genitnya rapat ke tubuh Tengku
Qalif. Rasa tidak mahu dilepaskan walau sesaat, tidak rela untuk berpisah.
“Okay
sayang, semua dah ada..” Balas Tengku Qalif dengan senyuman lebar. Lengan
isterinya yang berlingkar di pinggang dibiarkan, terasa bahagia diperlakukan
begitu. “Ini kenapa nak melekat dengan abang macam ni? Tak kasi abang pergi ya?”
Imanina
tersenyum kelat. Memang dia berat hati mahu melepaskan suaminya pergi, tidak
ada sesiapa pun yang suka hidup berjauhan dengan suami sendiri. Dia lagilah,
masih dalam mood pengantin baru. Rindu-merindu memang boleh bawak kurus badan!
Tapi dia perlu bersikap matang dan memahami pekerjaan suaminya. Redha sajalah
dengan punca rezeki lelaki itu demi keluarga mereka.
“I promise
you sayang, ini last abang naik rig kerap kali macam ni. Lepas ni abang dah
based dekat HQ, so tak payahlah abang tinggalkan isteri abang yang cantik ni
sorang-sorang lagi..”
Tersenyum kecil Imanina dengan janji suaminya
yang sering didengarnya kebelakangan ini. Syukurlah jika begitu kerana memang
itu impiannya. Dia mahu sentiasa dekat dan selalu ada di samping seorang lelaki
bergelar suami.
“Abang
jangan risau, Nina faham kerja abang. Yang penting..”
“Abang jaga
diri dan balik dengan selamat, kan?” Pintas Tengku Qalif dengan gelak kecil.
Sudah terbiasa dengan pesanan-pesanan Imanina setiap kali mereka berpisah.
“Pandai!”
Tengku
Qalif masih tersenyum bahagia. Selesai memeriksa bagasinya, tubuh Imanina
ditarik ke hadapan. Dia mahu menatap seraut wajah itu selama mungkin, biar
melekat kuat di kepalanya sampai bila-bila. Kedua belah tangannya memegang bahu
gadis itu, dielus-elus lembut.
“Isteri
abang yang cantik, ingat pesanan-pesanan abang tau. Bila abang..”
Pantas Imanina
meletakkan jari telunjuknya ke bibir Tengku Qalif, mengisyaratkan supaya lelaki
itu tidak meneruskan kata-katanya. Dengan senyuman kecil dia merenung sepasang
mata redup itu penuh kasih. “Nina tak pernah lupa pesanan-pesanan abang, abang
jangan risaukan Nina ya? Abang kerja aje baik-baik, tenang-tenang, tak payah
risau langsung. InsyaAllah Nina jaga diri Nina sebaik mungkin untuk abang…”
Tengku
Qalif tersenyum. Tangannya menarik jari Imanina yang masih melekap di bibirnya,
dikucup beberapa kali menzahirkan rasa cinta yang kian membengkak di jiwa. “I
know you will, but sayang ni pelupa, lepas tu degil sangat. Dah berapa kali
sayang curi-curi balik sini walaupun dah banyak kali abang pesan suruh stay
dengan ummi..”
Imanina
tersengih menayangkan gigi kecilnya yang tersusun cantik. “Sebab Nina rindu
abang. Dalam rumah ni ada bau abang, Nina suka..”
“Alasan.”
Tengku Qalif mencuit hidung isterinya. “Abang izinkan kalau sayang nak tidur
dekat sini but with one condition, sayang kena ajak Siti dan Kaira sekali.
Jangan duduk sorang-sorang, boleh?”
Laju saja
Imanina menganggukkan kepala. Lagipun kawan-kawan baiknya itu memang selalu
bertandang ke sini ketika Tengku Qalif tidak ada di rumah.
“Kalau stay
sini dengan diaorang pun, pastikan pintu dan tingkap semua locked, plug kalau
lepas guna iron tu jangan lupa tutup, nanti terbakar pulak rumah abang ni..”
Usik Tengku Qalif dengan senyuman masih bergayut di bibir. Sungguh, hatinya
resah setiap kali meninggalkan isterinya sendirian tanpa dia ada dekat di sisi.
Sikap Imanina yang kadangkala cuai membuatkan dia tidak betah mahu berlega hati
di sana nanti.
“Iya-iya,
Nina ingat semuanya. Abang jangan risau..”
Tengku
Qalif tersenyum senang. Ditarik tubuh gadis itu dekat kepadanya, kemas pelukan
mereka bersatu. Kepala Imanina dikucup bertalu-talu, semakin berat rasa di hati
untuk melangkah pergi. Kali ini perasaan enggan berpisah lebih memuncak,
mungkin kerana perasaan di antara mereka berdua kian kuat bertaut.
“Be good
sayang, please take care of yourself. Abang doakan sayang sentiasa selamat,
happy, bahagia dan sihat selalu kat sini. Jangan lupakan abang ya..”
Tergamam
Imanina dengan kata-kata suaminya yang kedengaran begitu aneh di telinga.
Kepala didongak, pandangan mereka bertentang tepat. Hatinya yang sejak tadi
berasa tidak enak, kian berdebar-debar. Ada rasa sayu yang begitu kuat menunjal-nunjal
di celah hati. Ya Allah.. kenapa pelik benar rasa kali ini? Dia mahu meluahkan
rasa itu kepada suaminya, namun lidah bagaikan terkunci. Dia kaku dan terus
membisu.
“Okay
sayang, abang dah lambat ni. Driver pun dah tunggu kat bawah tu, abang pergi
dulu ya?” Pelukan mereka berjarak sedikit, namun tangannya masih memaut bahu
gadis kesayangannya itu. Wajah Imanina tampak keruh, sedih dan mata itu juga
berkaca-kaca memandang ke arahnya. Bibir mengukir senyuman melihat gelagat manja
isterinya itu. “Kenapa tunjuk muka macam ni? Abang nak tengok muka sayang yang
suka sangat gelak besar tu, sampai nampak gusi..”
Imanina
tergelak kecil, lebih kepada gelak yang dibuat-buat. Perlahan tangannya
menampar lengan lelaki itu. Suka sangat mengusik macam tu, mana ada dia gelak
sampai nampak gusi over sangat!
“Haa..
macam nilah, senyum-senyum barulah cantik.” Lembut Tengku Qalif mengelus pipi
isterinya yang tersipu-sipu segan. “Kiss abang cepat, nanti dah tak dapat kiss
dah..” Bibir dimuncungkan dengan riak nakal.
Melihat
isyarat suaminya, Imanina tersenyum dan akur. Dia menurut sahaja kehendak
lelaki itu kerana dia juga sudah terbiasa menzahirkan rasa cinta melalui
sentuhan-sentuhan di antara mereka berdua. Rasa malu dan segan bagaikan sudah tidak
terasa lagi. Beberapa saat memberikan ‘hadiah’ kepada suaminya, pelukan terurai
perlahan-lahan. Imanina menundukkan kepala tatkala melihat suaminya menyentuh
bibir sendiri. Terasa sedikit malu dan segan.
“Hmm.. baru
semangat abang nak pergi kerja, dah dapat bekalan kasih sayang..”
Imanina
tersipu-sipu dengan gurauan nakal itu. Matanya menyorot ke arah Tengku Qalif
yang tunduk mencapai bagasi di atas sofa. Lelaki itu kemudian bergerak ke pintu
utama, dia mengekori perlahan. Semakin dekat dengan detik perpisahan, semakin
hebat rasa di dadanya. Melantun deras jantung di dalam sana.
“Abang
pergi dulu sayang…”
Imanina
menyambut huluran tangan suaminya yang baru selesai menyarung kasut. Lama dia
tunduk mengucup belakang tangan Tengku Qalif yang hangat. Sangkanya rasa resah
tadi akan hilang dan lenyap, namun kian kuat debar itu mengetuk dada.
“Abang,
take care please. Balik sini cepat ya…” Ucapnya dengan pandangan berkaca-kaca.
Lelaki itu tersenyum, menarik pula tubuhnya dan dipeluk kemas. Imanina
memejamkan mata, menikmati pelukan hangat suaminya yang begitu mendamaikan
hati.
“Lepas
settle kerja, abang terus balik. Sayang tunggu abang ya?” Tengku Qalif mengucup
pula dahi isterinya. Dibelai-belai raut wajah itu persis memujuk.
Imanina
menganggukkan kepala dengan bibir mengukir senyuman pahit. Sentuhan di antara
mereka terpisah tatkala suaminya kembali menarik bagasi dan melangkah keluar
dari pintu utama kediaman mereka. Mata masih memerhati langkah suaminya yang
kian menjauh. Sesekali lelaki itu menoleh, berbalas senyuman dan lambaian.
Begitu jelas pada pandangannya, renungan mata
suaminya kelihatan sayu dan pilu. Mungkin suaminya juga bersedih dengan perpisahan mereka ini.
Tatkala
tubuh Tengku Qalif hilang di dalam perut lift di hujung koridor itu, Imanina
melepaskan keluhan berat. Perlahan-lahan dia menutup rapat pintu kayu itu. Tubuh disandarkan dengan tangan menyentuh dada. Masih kencang degupannya,
tapi kenapa? Ya Allah.. lindungilah suamiku Ya Allah…. doanya berkali-kali.
Bunyi
loceng yang nyaring memecah kesunyian membuatkan Imanina tersentak. Berderau
darahnya hingga ke kepala. Pantas dia membuka pintu kerana cukup yakin yang
berada di luar sana adalah suaminya yang baru beberapa minit tadi keluar. Pintu
dikuak seluasnya dengan riak kehairanan.
“Abang?”
Tengku
Qalif tersengih lebar dengan tangan menggaru kepala. Sesaat kemudian riak
wajahnya bertukar serius, buat-buat serius. “Sayang, tengok tu! Kan abang dah
cakap kalau ada orang bunyikan loceng, jangan bukak pintu luas-luas macam ni.
Kan ada selak berantai tu, kenapa tak guna? Kalau orang jahat yang serbu masuk
macam mana?”
Terkebil-kebil
Imanina dengan soalan bertubi-tubi dari suaminya. Bebelan demi bebelan masih
kedengaran namun hatinya sedikit lega kerana masih punya waktu tambahan untuk menatap
wajah kesayangannya ini. Sudahlah perasaannya berkecamuk dengan rasa yang entah
apa, dia berharap benar dapat menghabiskan masa dengan suaminya beberapa jam
lagi. Namun mustahil semua itu, jadual penerbangan suaminya sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah.
“Abang ni,
Nina bukak sebab Nina tahu abang yang patah balik…” bibirnya ikut sama
memuncung.
Tengku
Qalif mengeluh perlahan, kemudian bibir mengukir senyuman kecil. Walaupun
alasan Imanina agak logik kedengaran, namun dia masih kurang senang dengan
tindakan gadis itu. Kalau betul perompak yang bunyikan loceng pada waktu-waktu
begini, entah apa nasib isterinya. Nauzubillah, mintak dijauhkan semua itu.
“Abang
tertinggal apa ni?” Soal Imanina sebaik suaminya melangkah masuk ke dalam
rumah.
“I left my
phone sayang, tertinggal dalam bilik kot.”
Melihat
suaminya terkial-kial mahu membuka ikatan tali kasut, pantas Imanina menyentuh
lengan lelaki itu. “Abang tunggu sini, biar Nina masuk dalam ambilkan..”
“Thanks
sayang, sorry ya menyusahkan sayang..”
Imanina
sekadar tersenyum dan segera berlalu ke kamar mereka. Dia tidak mahu pemandu
yang ditugaskan menghantar suaminya ke lapangan terbang terpaksa menunggu lama
di bawah sana. Setelah mengambil telefon bimbit Tengku Qalif, langkah diatur pantas mendapatkan suaminya
yang masih berdiri di muka pintu.
“Thank
sayang, you’re the best!” Ucap Tengku Qalif tatkala telefon bimbit bertukar
tangan. “Ini nyawa abang ni bila berjauhan dengan sayang, memang mati kutu
kalau takde!”
Lebar senyuman
di bibir Imanina dengan kata-kata itu. Sedikit ceria hatinya yang masih
menggelisah ini. “Itulah, selalu kutuk Nina ni pelupalah, care lesslah,
nyanyuklah, sudahnya abang pun sama jugak!”
Tengku
Qalif tergelak kecil. Dikucup sekilas pipi isterinya yang masih tersenyum. “I
love you so much sayang, and I’m sorry kalau gurauan abang tu menyakitkan hati
sayang..”
Imanina
tercengang seketika, laju kepalanya menggeleng. “No, bukan macam tu. Nina tak
kisah pun dengan gurauan abang tu, betul Nina tak kisah. Abang nak panggil Nina
ni nyanyuk ke, pelupa ke, mak nenek ke, I’m okay with it. Cuma Nina rasa tak
sedap hati...”
“Kenapa
sayang?”
Dengan riak
serba salah, Imanina mendengus perlahan. “I don’t know, tapi abang ni pun
satu.. kalau dah keluar tu orang tua-tua kata tak elok patah balik tau..”
Kening
Tengku Qalif berkerut-kerut tanda tidak faham. “Tak elok patah balik? Kenapa
sayang?”
“Hmm..
orang tua-tua cakap tak eloklah, macam ada…” Belum sempat menghabiskan ayatnya,
telefon bimbit Tengku Qalif tiba-tiba berbunyi. Suaminya kelam kabut menjawab
panggilan itu dan mengisyaratkan dia supaya menunggu sebentar.
“Hamid,
awak tunggu sekejap.. saya dah nak turun ni. Ya-ya… thanks!” Talian dimatikan
dan segera anak matanya berpindah kepada Imanina yang masih terkelip-kelip
memandang ke arahnya. “Sayang, I got to go. Abang takut terlepas flight ni, sayang
okay kan?”
Lambat-lambat
Imanina menganggukkan kepala. Sekali lagi dia tunduk mencium tangan suaminya, kemudian
tergesa-gesa Tengku Qalif menapak semula ke arah lift. Dan seperti tadi,
matanya masih setia memerhati. Memandang satu persatu langkah yang membawa
pergi suaminya.
Baru
beberapa tapak melangkah, lelaki itu berpaling ke arahnya. Dalam rasa debar,
Imanina mengangkat tangan dan melambai ceria. Dia tidak mahu hati suaminya pula
resah dan gelisah meninggalkan dia sendiri di sini. Tidak semena-mena Tengku
Qalif berpatah langkah mendapatkannya. Belum sempat bertanya mengapa, dia sudah
tenggelam di dalam pelukan hangat lelaki itu. Hampir menitis airmata Imanina dengan
apa yang berlaku. Demi Allah.. sikap lelaki itu kian aneh!
“I love you
sayang, please remember that. I will always love you…” Lirih ucapan suaminya itu
singgah di telinga. Tidak mampu membalas dengan kata-kata, dia hanya
menganggukkan kepala dengan tangisan kecil. Sebak di hati kian terasa, begitu
pilu dan ngilu segenap ruang dadanya. Tubuh
terpisah dan pantas lelaki itu melangkah meninggalkannya.
Imanina
termangu-mangu. Kali ini suaminya tidak lagi berpaling, langsung tidak menoleh.
*********************************************
p/s : Tamatlah sudah cerita PCBS di blog. Alhamdulillah, ngam-ngam sebelum konflik bermula. hehehe. apa berlaku pada Tengku Qalif kesayangan ramai ni? nantikan di buku nanti ya... InsyaAllah kalau ada rezeki Pesta Buku tahun depan keluar. doakan sama-sama... hehehe.
thank u pada yg like cerita ni. Dare Care to comment? :)




91 Baca Laju-Laju:
dtg sini laju2...jom baca..
oh,tidak..!!!! da abis da..hehehe..
jenuhnyer nk tggu cik writer ooii..hehehe..^_^
Macam nak sedih jer lepas nie??? tapi ape pun, mmg best lah.. suka sgt.. Loving.. Thx acik.. <3
habis suda...
semoga dpt terus bertabah menunggu AQ n imanina...nasiblah kurang addicted mcm bulan2 lepas...
Saya rasa sedih dan terhatu acik... Menitis air mata
aduii... musti sedeyyy sgt2 ni
naper TQ pakai sumer putehhh ni.. musti ade sesuatu...
senak ati ai ni....
acik,
apesal berdebar2 jer baca final n3 nie.. owhh jgn siksa daku acik.. ape jadi ngan TQ? dia eksiden kah? tak nakkkkkkkk.. rasa nak nanges nih!!!
argh..lmbtnye br leh belii
ribut melanda kat grig ke???AQ hilang??can i saya like that???nervous..lar....!
mesti something happen kat Qalif. accident then hilang ingatan ke. Nina pun dia lupa. yang Qalif ingat Liyana je. lepas tu datang la pulak kawan Qalif (lupa dah nama dia. Amri eh?), nak jadi hero. konon boleh ubati sedih Nina. sudahnya, kawan Qalif dgn Nina. terkapai kapai la sang suami tercinta. the end.
ehem. ending yg sebegini boleh kena kejar dgn sabit gamaknye. ehe
harap2 AQ pulang dgn selamat,,,, sedih pulak rse yer ble last entry nie.. huhu...keep it up yer acik
acik,
u ni saje kn makes me wonder what's going to happen to qalif..dh la suami gelap i..hahaha..
btw, leh cptkan kuar kt buku? next month ke? muahahaha..
sedih baca last n3 kali ni, tertanya 2 apakah yg bakal terjadi, namun apalah daya insan kerdil ini, terpksalah menahan hati, tunggu kemunculannya dlm bentuk novel sajalah nanti..
acik.. u are the great writer, keep it up dear!! chaiyok3x.. muaahhhhhh
achik,
tq banyak2 ye..cepat2 publish,xsabar ni nak tahu ending
thank u semua atas komen dan sokongan. insyaAllah.. seteruk mana pun dugaan, cerita acik WAJIB happy ending. so jangan nervous sangat tau.. haha
love u guys! muahh
x sbar la plak nk bce full crita nie..mcm de smthing yg jdi je nnti la btmbah emosi la bce cte nie..jgan la pe2 jdi pd TQ
AQ<<< hatihatiii :)
good luck acik dlam menyiapkan mnuskrip.. waiting for PCBS in the next year PBAKL !
kDija
salam acik..dah lama rasanya akak tak lepak kat sini..
pergh..E3 yg meruntun hati bisa membuat emosi akak dan yr die hard fan pun bercelaru..ada sedih sayu dan sendu..macam something is bad is going to happen to TQ at work in the middle of d sea..jgnlah rig tu terbakar dan meletup atau dia tejatuh masa buat kerja kat rig tu..aduhai...mmg di luar alam betui kan..kalo benda ni terjadi..atau heli yg bawak dia ke rig tu rosak dan terjunam kat tengah laut...weyh..sowri dik..dah macam teremosi juga..ini lah bahana membaca banyak sgt story kat paper..mangsa..sebelum menimpa ...takut nak coretkan kat sini..faham faham ajalah..ek..
Bila ek ..acik..novel ni keluaq..tahun depan..Jan..ke? giler lama tu..weyh...
Ha'ish...sian Amanina kena tinggal...T_T
Ada konflik lagi ke???o_O
Tak sabar nak tunggu novel ni diterbitkan...#^_^
tak sabar nak tunggu versi cetak...cepatlah...
wajib beli next pesta buku..\waa..
tak sabarla..
ala.. taknak lh mcm2 tjadi kat qalif.. harap2 qalif pulang dngn slamat...
lme nye nk tgu tahun depan...adeeeiiii la.....sob..sob...sob...:(
-yayo
lama nya acik.. thn depan 2... ending dia xnk la cedih2 acik..tsentuh jiwa tau.. chaiyok3x.. muaahhhhhh :)
acik ni bt we all x sedap ati..
kne tunggu novel ni..
menunggu 1 penyiksaan..
tp demi Acik mmg sanggup..
alaaaa...jgn ler conflict heavy sangat ehhhh??? nanti stress pulak baca.... tak nak nangis2 giler2... hopefully tak de lah bab2 hilang ingatan ni... ***tak suka-jiwa sengsara**.... wpun i ferl that that's going to happen...uwaaaaaaa
Acik dear..,
Lama tunggu TQ & Nina.. thankx for the entry.. tp, sedih sangat entry nie.. teremosi sekejab..sesak dada.. :(
Aduh.. ! lama lagi nak tunggu tahun depan tu Acik.. x sabo dah nie.. Di percepatkan tahun ni x boleh ker..? :) Keluar sekali dgn KMHB.. boleh ke gitu..??? :)
Good luck..!
eh novel ni keluar thn depan ke acik? ingatkan aku utk mu, cinta ini jgn mati, n saat hilang cintamu keluar dulu.
nina n qalif kita jumpa tahun dpn oh so touching....
sungguh ni acik..sy bace pelan-pelan sbb membc sambil lap airmata...lap air hidung..sambil tahan sebak sayu nih....mesti nangis guling2 la bc novel PCBS ni nanti.... maybe more tragic than kisah LUQ-MEL kan?
acik..dayyan ape cite?
Ohoh noooo kalo part ending cam gini mau hempuk kpla sendiri hahahahaj
aish...kenapa kena sambung kat buku..
dah feeling nak nangis ni..
sikit lagi airmata bejurai..
tapi tak pe..nurul akan tunggu novel nya nanti...
acik...
sy dah bli dua novel acik..
sukaaaaaaa sgt! semuanya best...
harap2 nnt ade teaser PCBS... utk pengubat rindu smentara tggu novel kluar...heehee...
tahniah...lamanya nak tunggu baby ni keluar.huhu
Sedih la. Firstly dah la tunggu lama nak update tup tup ckp dah final chapter. Lagi sedih bila pengakhiran mcm ini. I pulak yg rasa tak sedap hati. HAHAH. Knp kena tgu buku ? Hbs kan je lah di sini. KECEWA* Tak boleh terima hakikat lg. Ciss
hmm...bkn imanina jer rasa tak sedap hati,yg membaca ni pun dah semcm jer..mmg pelik perangai qalif ni..cam ada benda xelok nak jd jer..huhu..
xsbr lak nak tunggu next year..hehe
**TQ Acik Lana tuk last entry ni**
yes!dapat peluk qalif taun depan.
acik!!!!
sumpah!!
acik memang sengaja membiarkan debaran ni berlarutan kn...
x suke!!x suke!!!
acik suka mendera hati kami...
uhuk..uhuk..
alamak..suspen plak baca n3 ni... nak tggu tahun depan lambatnyerr..huhuhu..
org tua2 kata kalau dah kluar umah jgn patah balik nanti ade musibah yg berlaku... Wallah hualam...
~lynn~
uwaaaaaa.....nak nangis ni....sedih plk bila TQ nak outstation kali ni....sifat pelik dah nmpk....tp harap2 x de apa2 yg berlaku kat TQ la...kesian kat Nina nanti...
sy pulak yg rasa tak sedap hati ni..janganlah jadi apa2 dekat AQ tu ye..nanti x pasal2 semua honey2 dia morayan..haha..
btw, x sabar nak tunggu PCBS ^^
ala dah sampai last n3 ye ni yang tak best nie kena lg n3 yg suspen penuh debaran jgn le ndak nye ada ape2 yg terrible jadi kat TQ ye tak mau le kisah yg sedih2 yg bulih buat kita2 nangis... pls ye Acik Lana sian kat Nina.
acik wat oshin berdebar²...takut + sdey...waaa...xmo la ape2 jadi pada qalif... :(
lambatnyer nak tunggu tahun depan..huhu..konflik baru nak bermula??..rasa2 cam TQ eksiden and hilang ingatan..haaa..betul x achik??..sehari dua ni byk baca novel camtu..hopefully cite ni lain dr yg lain...
Assalam Aciklana...aduii..dh 2 hr tak jenguk blog ni..tgk2 ada sambungan TQ n new citer, besh2!! utk TQ tu..aduiyaiii kasi libang libu jiwa! Jangan la jd apa2 yg tak diingini, amin!!!! saborrr jelah!!! Tq ACik!!!
da lme tgu en3 ni keke
pe2 pon best of luck to writer,.sy tgu lam versi cetak^^
Kus semangat.. Ingatkan time baca tadi dh ending yg betul2.. siap nk nangis dh ingtkan apa la yg akan blaku kt Qalif tu...
Apa2pun, I'll wait for this story to be published.. Can't wait!
Aja Aja Fighting!
~Miss Peace~
adoiiiii...sesak nafas baca...tidakkkkkkkkkkkkkkkkk
oh my...x sbr nk yg terbit nyer
hwa...psal rs sedih & x sbar ni..adoi..acik plz update tau bila nk terbit...aiya...jiwa kcau ni
salam ramadan..like ur story..can't wait for the book to be published..all the best :-)
mcm tengku akan 'pergi jauh' je.tp klu mcm 2,x jadik ler citerny,kan?
huhu...berdebar2 tunggu buku plk..
tahniah,acik! =)
salam. acik,kalaw da kuar cetakan buku,cepat-cepat bgtw ye..
sgtla xsabr nk tw ape yg bakl trjadi kpd QA... minat sgt dgn cre acik describe ur all story..:) hope acik lebih success n prbnykkn lg karya2 yg tiptop..:) insyaALLAH..
i really2 love this story..xsbr nak tgu buku.. :)
Acik,
cerita ni best sangat. Please jangan letak sad ending. Pleaseeee. Knp Qalif mcm nak mati je gaya dia cakap dgn Nina tu semua. Taknak lahh gini. Nanti sy nangis T.T Belum ape ape lagi sy dah nangis T.T Lamanya nak tunggu buku ni diterbitkan. Terbitkan awal sikit tak boleh ke? This year lahhh :<
assalam...
acik...
en3 ni sedih la...
takmo la mcm tu...
sian nina...dah lama dia tunggu...
memang la acik ni...
xnak sedih sangat la...xnak...
btw...trmkasih acik...
(mood: ...sedih sangat...:'< )
aduss meleleh jua air mata, tanda2 org nak pegi tu acik describe dgn baik sekali, buat berdebar2 je nih, TQ nak tinggalkan nina n akak ker nih hwaaaaa sob sob
sad ending atau happy ending ni?
rugi baca dari awal kalau sad ending...mcm karya ahadiat a. pulak gamaknyer
acik... x sabar la nk tggu ape yg akn terjadi kt TG tu... msti NINA sedih nnti... pape pon, novel akak best giler~ :)
Acik niey pndai la nk stop n3 dye..
Dh 2 kmunck suspen tuh....
Jenuh nk nunggu niey.... tdo pown nnti x lena bb dying nk taw ending TQ n nina.....
Mntk la qalif 2 x trlbt lam accdnt...
X ke pasai nnti brbaldi2 air mta ngis...
PCBS.......cpatlah kau dtg......
Cn4rm kna cop awl kat psrn niey!!!!
<_17>
tidakkkkkkk...harap2 TQ tak ape2.
sob3.. sedeh nye.. :(. lama ny smpai plu tgu thn dpn.. neway, n3 nie mmg terbaik la.. :)
aida zainal:
alaaa....tensen....tensen ...
lmbtnyer nk tau kesudahan cter ..huhuhu
Huhh firsttime bace novel online...tahniah acik ...u do great..aku bkn mistress n maaf jika aku x sempurna...x sabar nak peluk kalau memang harus begitu plak...hahhaha....
suka sngat2....best...x sbar nk tnggu novel akak kluar...nk beli cepat2....heheheh...keep up your good job...
best best.. xsabar nk tgu novel nie keluar.. hehehe
serius rindu bangat sama AQ ngn Imanina..
ku setia menunggu mu PCBS..
sgt2 bes..tp cte yg ni wt rse bedebar je..huhu
wahh x sbr tgu!! best gile!
baca last n3 ni pun aku dh nangis2..x sabarnye nk tggu kluar novel nti huhu..mmg aku standby tisu kotak besar la(made in tesco punyer)..all da best acik..aku suka bangat cita ni n semua cita acik.. -farrah
Aduhai..bc final part ni berdebar2 semacam jer.. walau apa pun konfliknyer..ending musti hepi..hehe..sioknyer
Aduhai..bc final part ni berdebar2 semacam jer.. walau apa pun konfliknyer..ending musti hepi..hehe..sioknyer
Harapnya bila dh kuar cetakan novel ni.....war2kn dlm blog yer. Tq
nervous sgt nieh..
mcm ptanda buruk je TQ akn dtimpa kclakaan..oh no..
sian kt nina...huhu
acik cpt2 la ye siap kn nvel PCBS..
xcited gler nieh... :D
oh tidak...xsabar nk tgu keluaran baby acik nie..sntiase menanti,,,huhu...ibarat jantung nk kluar nie...huhu
takut la nk tggu smbungan citer ni.. rasa nk nangis je, takut jln citer jd mcm ap yg sy imagine..so scared..huhu
Aduh..seriyes ati ni dup dap dip dap..air mata pon dh bergenang nih..ish..tak keruan dh ni... plak tu nk kena tgg pesta buku br tau kesudahan..lamenya..huhu..ku doakan yg terbaik buat qalif dan nina..
tak puas ati lg nih..nk komen lgk..
jgn la qalif mati, jgn la qalif hilang ingatan..ish mmg tak senang duduk sggh nih
Salam. 1st time saya komen dlm ni. Baru dpt tahu blog acik. Anyway cerita ni sgt best n x sabar nk baca kesudahan cinta antara imanina n tq. Semua buku acik saya dh baca n memang terbaik. Harap2 bila buku ni jgk xkan mngecewakan mcm buku2 acik sebelum ini. Tahniah acik cuz dpt menghasilkan cerita yg best mcm ni
One of my fav. Lain dari yang lain. Penyampaian bersahaja dan tak meleret. Tak sabar nak beli novel dan membaca kisah seterusnya. Jgn lah biar peminat tunggu lama nak own the novel ya..
Keep up the good work..
waaaaa..nk lgy..haaaa da x sbr
acik , bila novel ni nk keluar ?
nk baca lg ;)
Acik...Akak suka sgt2 dgn kesemua hasil karya Acik. Cerita santai tapi boleh buat hati rasa berdebar slalu. N buat kita ketagih. Keep it up!!! You are good!!! Setiap Novel berjaya menyentuh perasaan pembaca.
Acik bila novel PCBS ni bila keluar? Hatoiii, tk sabar nihhhh...
acik, bila novel pcbs ni nak kuar? tak sabar nak tau ending nina dan tq ....luv ketiga2 babies acik..tunggu pcbs pulak..keep up with the good work..congrats..
sob3....
sedey nye...
sasak dada bca n3 kali nih...
xsbr nk tunggu versi cetak..
tkt sgt la jdi ape2 kt TQ tu.
cian nina...
tolong la acik,jgn bagi TQ mati..
klu stkt hilang ingatan,noor bole terima..
nanti2 dia akn ingat balik kt nina..
sedeyyyy....
-noorwieyl a.k.a noor-
Bila PCBS nak keluar dah lama tunggu,dan tak sabar nak tahu apa terjadi dekat tg qalif..tak sabar nihh,terlebih xcited
PCBS ni best sgt,xsbr tunggu versi cetak, bila nk kuar ni acik,,harap2 jgn la TQ 2 mati,xmau la hero mati,dh la hero ni best sgt,idaman 2 hikhik..
bila PCBS nak keluar ye??
adohai suka imanina n TQ
hope TQ x mati..
huhu ^_^
dah order novel ni....mesti best!!!!!!!!!
Macam dia nak meninggal pakai putih segala pastu isteri dia tak sedap hati lagi lagi cakap tak baik patah balik :O
Dear Acik,
Saya dah beli novel nie.....
Sedihnya acik buat citer kali ini...
Saya tak dapat terima hakikat lelaki itu hilang ingatan dan masih tak ingat kenangan mereka....
sedih la...... :( tapi best citer nie....
Post a Comment