Followers

Bab 9 : Perempuan Yang Paling Aku Cinta...





Deringan telefon di atas meja disambut keluhan geram oleh Bunga. Tahu benar siapa yang menelefonnya pagi-pagi begini. Seingatnya sejak dia masuk pejabat tadi, sudah lapan kali lelaki itu menghubunginya tanpa jemu. Panggilan terakhir, lima minit yang lalu dan sekarang telefonnya berdering lagi! Dia mengerling pula kepada Mazlina yang tersengih-sengih memandangnya.

“Angkatlah wei.. memekak aje telefon kau tu.” Gesa Mazlina penuh makna.
“Masalahnya, mamat ni cari masalah kau tahu tak!” Gerutu Bunga geram.
Dengan kasar ganggang telefon berwarna putih itu dicapai dan dilekapkan ke telinga. Nafas dihela keras, biar orang di sebelah sana tahu dia sedang melepas marah.

“Fuh, dah macam bunyi dragon dah. Are you okay Bunga?”
Bibir diketap rapat. Terdengarkan suara yang ceria bergelak ketawa dihujung talian, hatinya panas membara. “You nak apa lagi ni? You tahu tak I sibuk?”
“Yes I know, tapi pukul berapa nak gerak datang studio I? Don’t be late, I tak suka orang lambat. Punctuality is a must when you work with me, do you understand that?.”
Bunga mencebik tanda meluat. Kalau kau dah asyik menelefon selang lima minit, bila nak siapnya kerja aku ni!

“Kalau you call I setakat nak membebel-bebel macam ni, baik tak payah call. I sibuk nak rekod inventory barang-barang kemas tu before I angkut ke studio you. Boleh tak bagi I buat kerja I dengan tenang dulu? Do you mind?” Bentak Bunga kasar.
“Hmm.. then pukul berapa you nak gerak?”
Sekali lagi Bunga merengus geram. Tangannya memicit-micit dahi yang terasa pening. Pening melayan perangai Karl Hakimi yang merimaskan.  “I dah siap nanti, I gerak. Puas hati?”

“How long do I have to wait for you Bunga?” Tanya lelaki itu lembut.
Bunga menelan liur. Cuba mentafsir maksud kata-kata yang mungkin membawa beribu maksud itu. Tapi dia yakin lelaki itu tidak menyimpan apa-apa makna tersirat, lagipun dia ini bukan sesiapa kepada Karl Hakimi. Dulu atau kini kedudukannya masih sama.
“You ingat studio you tu dekat Uganda? Lima belas minit pun I dah boleh sampai, so tak payah nak kecoh sangat. I’ll be there on time..” ucap Bunga sinis.

Tangannya sibuk menulis nombor-nombor siri barang kemas yang diletakkan di dalam kotak kecil berwarna hitam. Dia perlu mencatit setiap satunya kerana dia tidak mahu dipersalahkan jika barang-barang berharga itu hilang dalam peti simpanan di pejabat mereka. Apa dan berapa yang keluar perlulah sama dengan apa yang dia rekodkan di dalam borang tersebut.
“Okay, then I tunggu you..”
“Hmm.. okaylah, bye!”

“Wait-wait, hold on Bunga!” Cemas suara lelaki itu memanggilnya sehingga dia tidak jadi mahu meletakkan ganggang telefon.
“What? I said I’m busy right?” Luahnya geram.
“Hmm.. you datang dengan siapa?” Soal Karl Hakimi di sebelah sana.
“Well, you nak I ajak siapa? Hazura? Suhana? Tinie? Tell me, I boleh ajak diaorang..” Sindir Bunga dengan nada sinis. Dasar mata keranjang, asyik nak meng'adjust’ perempuan aje!

Terdengar keluhan kecil di sebelah sana. Mungkin Karl Hakimi kurang senang dengan kata-katanya. Itu fakta ya, bukan auta!
“Why do you have to say that? Itu bukan maksud I. I cuma nak ada orang escort you datang sini, someone who strong enough to protect you. You bawak barang kemas berharga Bunga, you tak takut kena rompak ke?”

Sekali lagi Bunga menjuihkan bibirnya, menunjuk lagak dan ego. “This is not my first time, I dah banyak kali usung barang kemas ni ke hulu ke hilir, I tahu jaga diri I. You just do your part and I’ll do mine.”
“Malang tak berbau tahu tak? And who knows dah ada orang yang ‘marked’ you selama ni, it’s dangerous Bunga. I ambik youlah senang, you tunggu sampai I datang..”

Bulat mata Bunga dengan cadangan bersungguh-sungguh lelaki itu. Nak ambik dia buat apa, bukannya dia tak ada kereta. Lagipun sesi photoshoot itu akan dilakukan di studio Karl Hakimi sendiri. Buang masa saja nak ulang alik begitu.
“Tak payah! You tunggu I dekat sana diam-diam, I dah nak gerak ni. Bye!” Laju saja tangan Bunga menghempas ganggang telefon. Bimbang Karl Hakimi menelefonnya semula, pantas dia mencabut kabel di belakang telefon. Bibir mengukir senyuman puas. Aman sikit hidup!

“Kau dah kenapa?”
Pandangannya beralih kepada Mazlina yang mempamer riak kehairanan. Tersengih-sengih dia membalas renungan temannya itu. “Nothing..”
“Nothing? Eh, aku bukan pekak okay sampai tak dengar kau memekik dengan mamat tu tadi. Kau dengan K-Kim tu ada apa-apa ke? Semacam aje aku tengok kau dengan dia..”
Bunga tersenyum kelat, cepat-cepat dia menyambung tugasnya yang tergendala tadi.

“Kau ada apa-apa dengan dia ya? Wah, seronoknya… ceritalah babe!”
Entah bila Mazlina bergerak, sedar-sedar saja perempuan itu sudah memeluk bahunya dari sisi. Tersengih-sengih Mazlina mahu mengorek rahsia.
“Kau ni sakit ke apa? Aku mana ada apa-apa dengan mamat macam tu, tak kuasalah!”
“Tipu! Habis tu kenapa dia semacam aje dengan kau? I mean apa-apa pun mesti nak kau yang uruskan untuk dia, macam korang ni dah lama kenal. Eh, kau pernah kenal dia dulu ye? Kekasih lama maybe?”

Pudar senyuman di bibir Bunga dengan tekaan Mazlina itu. Kekasih lama? Dia tidak sempat diangkat seistimewa itu di hati Karl Hakimi…
“Aku ada kerjalah Lina, but trust me aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Semua ni sebab kerja, not more than that..” Nafas ditarik dalam-dalam dan kemudian perlahan dia menyambung ayatnya. “Lagipun lelaki macam tu bukan untuk aku..”

Mazlina tergelak kecil kemudian menegakkan tubuhnya.
“Too bad sebab you all nampak sepadan sangat. Sama cantik, sama padan. And please Bunga, jangan benci dia sangat.. takut nanti ada hati yang tersangkut!”
Gelak ketawa Mazlina langsung tidak mencuit hati Bunga, dia sekadar mengukir senyuman kelat. Jatuh hati pada Karl Hakimi? No, not again! Tekadnya di dalam hati.


******** 




Tripod berkaki tiga dibetulkan kedudukannya supaya lebih lurus dan sekata dengan skrin hijau yang terbentang luas di hujung dinding. Sesekali dia tunduk, memeriksa focus pada kamera yang dihala tepat ke hadapan. Berpuashati dengan persediaannya, dia kembali berdiri tegak. Mata mengerling jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.
Hatinya sedikit bergetar dengan rasa resah. Bimbang kerana kelibat Bunga tidak juga muncul-muncul lagi di studionya. Mengikut perkiraan jarak dan keadaan trafik, gadis itu tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke sini.

“Karl, dah ready ke? Model dah sampai ni..” Jeslina yang sedang memeriksa lighting di sudut bilik menegurnya. Karl Hakimi sekadar menganggukkan kepala dengan senyuman kecil.
“Are you okay Karl? Nampak semacam aje..”
Pertanyaan Jeslina itu membuatkan Karl Hakimi sedikit tersentak. Pantas dia menganggukkan kepala, menutup rasa resah yang tiba-tiba mencuit hati. “I’m okay, why?”

“Tanya aje, you nampak macam resah gelisah aje. Macam kucing nak beranak..” Usik Jeslina dengan ketawa kecil. “Kalau dah ready semua, I panggil model tu bersiap ya? Sekejap lagi jewellleries sampai kan?”
Belum sempat Karl Hakimi menjawab, dia nampak pandangan Jeslina beralih ke pintu. Lebar senyuman gadis itu membuatkan dia ikut sama berpaling ke arah yang sama. Dan di situ Bunga berdiri seraya berbalas senyum dengan Jeslina.

“Morning Jess!” Sapa Bunga ceria.  
“Morning Bunga! You sampai tepat pada masanya..” Ucap Jeslina dengan senyuman lebar.
Jeslina segera mendapatkan Bunga, membantu mengambil beberapa buah kotak yang dibawa gadis itu bersama.
Bunga tersenyum mesra. Namun terpandangkan wajah Karl Hakimi yang berdiri tegak merenungnya, senyum dibibir dimatikan. Tak kuasa nak mesra-mesra dengan mamat ni!

Menyedari masa yang kian suntuk, Bunga ikut sama menghulur tangan membantu Jeslina mengenakan aksesori mewah itu untuk digayakan oleh model-model jelita yang telah dipilih. Seronok juga dia membantu Jeslina kerana dia memang sukakan bidang fesyen kebelakangan ini. Pengaruh TV kata Mazlina. Mungkinlah sebab banyak sangat tengok America’s Next Top Model kebelakangan ini.

Selesai saja mengenakan setiap aksesori mengikut padanan baju dan tema, Bunga melabuhkan duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat penggambaran dijalankan. Sempat matanya memerhati Karl Hakimi yang masih sibuk dengan kameranya. Dan tatkala model-model cantik jelita itu datang menyapa, bukan main lebar senyuman di bibir lelaki itu.
Spontan Bunga mencebik. Memang pantang nampak perempuan!

Dan apabila sesi photoshoot bermula, duduknya kian menggelisah. Melihat gaya Karl Hakimi yang begitu komited dengan kerja, jiwanya berkocak entah kenapa. Biarpun lelaki itu menayang muka serius sambil memetik kamera, namun sudah cukup membuatkan pandangannya terpegun lama. Sangat bergaya! Ah, benci betul.

Gorgeous, beautiful, perfect, itu semua perkataan yang disebut berulangkali oleh Karl Hakimi setiap kali gadis-gadis cantik itu meliuk lintuk di hadapan kamera. Serta merta fikiran Bunga melayang, meneroka memori yang tujuh tahun sudah berlalu.
Dahulu dia juga mengalami situasi yang sama ketika menjadi ‘bunga’ Karl Hakimi. Tidak putus-putus bibir itu memujinya di hadapan kamera, sekaligus menyuntik semangatnya untuk tampil lebih bergaya. Terasa memang ada ‘connection’ terbina di antara photographer dan model.

Apa nak dihairankan, lelaki itu memang bijak berkata-kata. Jika tidak, takkanlah dia tunduk mengalah dan menyerah. Dia tewas di jalan yang salah pada usia yang masih mentah. Sungguh dia menyesal…
Bunga memejamkan matanya, nafas ditarik dalam-dalam. Gigih dia cuba menghapus semua kenangan perit yang masih melekat kukuh di hati. Entah bila semua ini akan berakhir dan entah selama mana dia perlu menggendong beban ini di bahunya. Malahan beban itu kian memberat apabila Karl Hakimi membuat ‘kemunculan semula’ dalam hidupnya.

“Bunga..”
Teguran Jeslina di sisinya membuatkan dia tersentak. Terpinga-pinga dia memandang wajah gadis yang manis bertudung itu. “Err.. kenapa Jess?”
“Karl suruh you berehat dalam office dia. I pun nampak you semacam aje, you tak sihat ke?”
Pertanyaan Jeslina itu membuatkan Bunga spontan mengalih pandang kepada Karl Hakimi. Lelaki itu masih mengambil gambar namun kerap kali menoleh ke arahnya.

“Karl pun tak concentrate hari ni, dia risaukan you kot..” ucap Jeslina dengan senyuman penuh makna.
Bunga tersenyum pahit dengan kata-kata gurauan Jeslina. Karl Hakimi nak risaukan dia? Jangan haraplah. Kalau betul lelaki itu benar-benar mengambil kisah tentangnya, dia tidak mungkin ditinggalkan terkapai-kapai sendiri tujuh tahun yang lalu. Dan kalau benar kini ada rasa itu di hati Karl Hakimi, semuanya sudah terlambat. Tujuh tahun terlalu lama untuk lelaki itu berpaling langkah kepadanya semula.

“I’m okay, don’t worry. Maybe I just need some fresh air, ada café tak dekat-dekat sini?”
“Ada dekat seberang jalan tu. You okay ke nak pergi sorang-sorang? Nak I temankan?” Pelawa Jeslina bersungguh.
“Eh takpe, lagipun you busy dengan kerja you. I pergi sekejap aje, I’ll be back later.”
Mendengar penolakan lembut Bunga, Jeslina akur dan menganggukkan kepala. Dia membiarkan saja Bunga berlalu meninggalkan bilik itu. Takkanlah dia mahu mendesak pula, lagipun dia sendiri masih banyak kerja yang mahu diuruskan di sini.

“Jess!” Panggilan Karl Hakimi mengejutkan lamunannya. Pantas dia memberi perhatian kepada lelaki yang berdiri sambil bercekak pinggang ke arahnya.
“Yes, Karl?”
“Where is she going?” Soal Karl Hakimi dengan kening berkerut-kerut.
“Who? Bunga? Dia pergi café seberang jalan tu. Dia kata nak pergi ambik angin luar, panas kot kat dalam ni.”

Panas? Karl Hakimi mengetap bibirnya. Panas apanya kalau aircond bukan main kuat lagi terpasang. Bunga memang sengaja tidak mahu berkongsi ruang ini dengannya, dia tahu.
 “Okay everyone, wrap it up. Kita sambung after lunch nanti.” Umumnya sedikit kuat.
Jeslina ternganga. Biar betul bos dia ni, baru start shooting takkanlah dah nak berehat?

“Jess, belikan makanan untuk semua. I keluar sekejap..”
“Err.. you nak ke mana Karl? Banyak lagi tak siap ni..”
“I nak pergi ambik angin luar, panaslah..”
Sekali lagi Jeslina terlopong, hanya matanya menghantar susuk tubuh tegap itu yang bergegas keluar. Hatinya diterpa rasa aneh. Pertama kali dia melihat lelaki itu merendahkan sifat profesionalismenya kerana seorang perempuan. Sebelum ini kerjalah yang paling utama, hal-hal lain memang Karl Hakimi boleh campak ke tepi lagi.

Bibirnya menguntum senyuman kecil. Nampaknya kali ini lelaki itu benar-benar serius mahu memikat perempuan. Melihat pada gaya dan sikap dingin Bunga terhadap Karl Hakimi, dia tahu bosnya itu perlu menggandakan usaha. Calon kali ini bukan calon biasa-biasa, calon yang pasti lebih 'mahal' dan mencabar.
Good luck Karl!



64 Baca Laju-Laju:

Aminah said...

Wahh!! Karl sanggup tinggai set demi "Bungaku"!!Biar K tau sket jerih payah nk amik hati org yg dh dilukai! Paling kelakar " ...dekat Uganda?"hehehe Best Acik, mekasey, sgt2 dihargai!

Suhana Shuib said...

Acik..kak su suka la dgn gaya K-Kim..d way Acik describe watak K-Kim mcm kak su tengah mnonton TV plak..bole nampak segala-galanya dengan jelas.. siap boleh nampak kamera lagik..kikiki.. chaiyok2..
10* utk Acik! >__<

op..op.. nti prasan cam ada nama persis namaku..hekhek..ok2 ai mmg prasan..;D

Rindu Lukisan said...

Hahaha...sume dah panas...nty panas gak ni....panas sbb rasa pendek sangat arr Acik...adoiii aaaiii...nak lg..nak lg...x sabar ni....

Kathy Tuah said...

siyes, terbayang2 di mata scene dorang dalam studio tu..semakin nampak betapa kuatnya aura Bunga pada Karl..sekarang baru Karl tau betapa seksanya nak mengejar cinta sebenar..yelah b4 ni dia kan buat main je dengan cinta..

nasib baik muka kau hensem Karl..eh ada kaitan ke? kehkehkeh..

btw,tq acik ^^

Sal said...

ahah!dragon kecik bernafas yer..jahat betul mulut Karl nih..
sama - sama rs panas lak,peliknya tuan punya studio pun panas
Tp Jeslina pandai..dh pick up apa Bos nya nk buat..leh terbayang2 dorang kat cafe nnt
sapa yg tercekik nnt
Si player tpaksa tingkatkan usaha lg..jgn sampai nnt ati panas pulak
Tu dia ..bapak dragon nk datang..hehe
If Bunga lari balik..cian la kat model tu nnt,Karl mmg x concentrate dah..tkr Bunga la jd model..mesti mantop hasilnya..eh blushing la kiter, x leh imagine nih!!
Acik..tq!!lev2 u stronger each day

BLUE LILY said...

komited sungguh Kim ni tapi depan Bunga tak jalanlah.... Mungkin Kim ada hati dengan dia kut

Ayu dzulkarnain said...

gud luck karl!!!
sila dgn gigih asah skill mengurat anda..

Hajar said...

Uh, mmg kena usaha lebih ni Karl. Bukan calang2 bunga yang nk dipetik ni. Harus kena tebalkan muka dan tajamkan skill mengayatmu iti. Hihi.

azueyra said...

Karl x bleh buat keja klu bunga xde dpn mata..hahaha..hilang fokus:)

anis said...

karl pulun...sibuk nak menempek...hahah

Anonymous said...

best yg teramat sgt .... nak bab 10 hehe ...

Cik Do

lyza said...

kaarl da x senang duduk..hehehe kena ganda kan usaha nak pikat ati bungaaaaaa....hope bunga ngan karl akhir nyer....hehehe

nazira azwa said...

hmm nmpaknya Karl kna la tingkatkan usaha lg nk pikat Bunga 2...
pendeknye acik n3 n..ke perasaan sy je 2..

veroncyrila said...

Thnk u 4 another new n3 acik..mmg tbayang2 scene2 dlm studio tue..mmg blh imagine dgn jelas sume..hehe..good! Karl kena double up his effort..best la baca part Bunga jual mahal ni..hehe..Keep up the good work acik! Keep on writing..Chayo2! Hehe.. =)

eila said...

cinta berputik kembali tu...

Ida Nur Asnidar said...

Bila Bunga bertemu Karl,pasti ada jer perasaan yg berlegar di persekitaran mereka kan? Dalam aircond panas,sbb dalam hati masing masing ada getaran...hahahahaha.

Suka ngan entry kali ni...Tahniah Acik Lana...chaiyok chaiyok..

F.A.D said...

yeah!!!
gud luck karl!
heee~
acik cpt2 update na...

nellyna said...

Ewwww... Tu la k-kim.. Wat lagi bunga merana dlu.. Hmmm skng bru nk kejar balik yeaaa... Btw acikkkk sgt la besttttt... Xtau nk ckp cmner.. Everyday i'm wait for ur nxt n3... Heheeee....

NurAtiZa said...

Best...#^_^

putehberseri said...

Acik, awesome as ever

Tie Tinie said...

Karl... Sila pilih tinie...
Wakakakakaka...
Acik sweet ciler karl nie....
Jatuh chenta la... Lagi2 ku jatuh chenta...
Hahahahah

wani868 said...

2

wani868 said...

Best...
Bunga rasa panas...
Pas tu si karl pulak rasa panas....
La nih aku lak yg hati panas....
Acikkkkkk...nak bab 10.....

Anonymous said...

hmm best giler cita ni..ehhe..kalau bole nk je hbis cpt..x sbar rasany..anyway god job acik..nti jan lupa kuarkan cpt2 novel ni..sure hbis pnya..ehehe...

Eppy Safri said...

Marah tahap cipan si Bunga ni ngan Karl yek.. kesah 7 tahun lepas..ermmm sungguh bila marah perasaan benci menguasai.. tp boleh kah benci lama2..

dah lh karl encemmm tahap jiwa gegaq tu...fuhhh

bride to be said...
This comment has been removed by the author.
bride to be said...

thankz acik..baru je abis bce nie..sy dpt rsa watak karl dlm nie..kesian die..tapi..tapi..lagi kesian bunga okey...biar lme2 ckit bunga jual mhal..bg kaw2 dkat si karl tu..die igt sume pompuan boleh dimain2kan..not me okey..tetibe**heee

aR_aD (nAbA) said...

mmg pns pn hari neh..hehe

pnut said...

thx Acik..terbayang2 watak Karl ngan Bunga..siyes Acik mmg pandai create story line by line..terbayang2 jer kt mate ni..thumb up Acik..best sgt2..

liea said...

best! x sabar nk baca bab 10..cepat lah acikkk..

missmem mizah said...

sis....best la citer nie.. nak oderdia punya crita..please2!!!

Anonymous said...

x sabar nak tau apa jd kat cafe.apapun karl kena lipat gandakan usaha memikat Bunga..gud luck karl

raihana

Aziela said...

Bungaaaa..... dun give in...Not yet.. Hahahhahaa... Kasik Karl hapuskan sifat playboy dia dulu...

Aida Sherry said...

bukan mudah memujuk hati yg telah terluka...... nasib kaulah Karl....

mamaqish said...

hahaha...mmg xsbr nk tgu bab 10 acikk oiii!!!aduyaii...btw,7 yrs ago mmg karl yg tglkan bunga ke acik...atau salah paham..acaner tuh...hohoho...penat neh nk jdk mind reader acik..

Acik Lana said...

hehehe. thank u semua darlingku. berdesup komen memasing ye. hehe. alhamdulillah..

apa berlaku selepas ni, acik pun tak tahu. almaklumlah menaip ikut kepala dan ikut mood semasa. haha.

yg penting, Bunga tidak akn mudah menyerah kalah ini. U go girl! hehe

Karl.. wake up call utk anda. tak semua pmpuan senang2 dipikat hokayy. eceh cam betul2 je bg pesanan.

akhir kata teruskan menanti bab seterusnya. oh man, sok acik ada appointment kat sepital la pulak. hehe.

see how k. =)

bride to be said...

ye bunga jgn mnyerah kalah..perjuangan belom berakhir..hehehe alooo esok xde n3 ke nie..so saadd..hidup ku sepi tanpa n3 mu acik..sobs..sobs..

Anonymous said...

Wah... Best banget... I like sesangat....

Bunga, pls jual mahal, jgn nak jiwang2 dgn si kasanove... Bagi dia up sikit skill dia sehingga insaf... Hahaha...

dell78 said...

o0whh acik bestttt sgt...
buaat sy ternanti2 yg 10 nye plak.. cepatlah keluar yg 10..heeehe

Secret said...

Wahh . Best . Padan muka kau Karl .
Bunga , please jual mahal & bagi pengajaran kaww2 punya k :D

adiel adiela said...

Wow... Panas dlm aircond? Panas lg hati bunga pada karl.... Bila terbayangkan karl ug caring tu, hati ini bgi jatuh cinta... Hehehe..... Masak klu dah angau ni.... Walauwey...

adiel adiela said...

Wow... Panas dlm aircond? Panas lg hati bunga pada karl.... Bila terbayangkan karl ug caring tu, hati ini bgi jatuh cinta... Hehehe..... Masak klu dah angau ni.... Walauwey...

adiel adiela said...

Wow... Panas dlm aircond? Panas lg hati bunga pada karl.... Bila terbayangkan karl ug caring tu, hati ini bgi jatuh cinta... Hehehe..... Masak klu dah angau ni.... Walauwey...

farhana said...

wah...best nyer.....sanggup k-kim rndahkan sikap profesional dier sbb bunga...sweet nyer...x sabar nk tgu kisah diorg..sape yg pikat sape semula.......

Anonymous said...

arghhhh sakit hati sangat2 bace citer ni....
tp still rase nak bace..da tertarik
-Y.I-

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
rose ishak said...

lagi2 ku jatoh chenta..alahai k-kim napela hero2 acik ni sweet sgt,buat hati berbunga2 nak baca lagi..dh tak sabo ghasenya nak pelok k-kim n bunga..taniah acik!idea2 acik mmg tak menghampakan..;)

kleo said...

weeeeeeee! :D suka-suka! thank you acik! ^^ aduhhh, tiba-tiba hatiku terpaut pada Karl pulak ni! kaco acik, kacooo! *pengsannn* sambung lagi ye, acik! lebiuuuu! muaaacchh! :D

farhah rahman said...

klau di dramakan di tv .. giler best...

CIK CHUBBY said...

wahh Karl...klu ye pon xkan la kna bg alasan yg sama ngn Bunga..nmpk sgt gler kat Bunga..haha..Best la acik...!!!nk lagi....!!!

Anonymous said...

bws...bes....nk n3 bru....bia pdn mke kim 2...ske sgt men an pasaan pompuan an...=)


eka zalikha

Sal said...

bc lagi bab ni, hrp2 Bunga x cepat cair la,nk kasi Karl real panas sampai mendidih tp terpaksa ctrl macho!!hehe
ku tunggu momen2 indah itu..
Acik upkan n3 lambat2 pun x per janji kebabom!!take ur time dearie!!

Fidd said...

acik...cepat2lah siapkan manuskrip PYPAC! Chaiyok!! :)

arifuka kashirin said...

mane adil copy paste ayat bunga...kak acik nak lagi!

fatinamira said...

great...suke2..... bunga... u're the best

elynn salina said...

hu..hu...best...teruskan si Bunga tu buat bolayan aje kat karl tu.Biar mamat romeo must die tu gelabah tahap gaban....lagi best bila karl jumpa bunga kat restoran, ada mamat hensem lain yang tgh teman bunga makan...acikkkk..n3 baru plzzz

ismi nurash said...

best mcm selalu,acik..:)

leez2806 said...

Alahai bace ulang2 x penah Dan xkn bosannnnnn

Afifah Yusof said...

hahaha... good luck Karl! serius sempoi, mantap, menarik dan tertawan. cukup semua rasa. good job acik. cerita ni memang best! make me smile ^_^

adiel adiela said...

wow... K-kim yg sgt pentingkan quality tinggalkan set demi seorang bunga??? So sweet.... Klulah i dpt jadi bunga tu.. Hahahahah

Stevesary said...

bc lagi bab ni, hrp2 Bunga x cepat cair la,nk kasi Karl real panas sampai mendidih tp terpaksa ctrl macho!!hehe ku tunggu momen2 indah itu.. Acik upkan n3 lambat2 pun x per janji kebabom!!take ur time dearie!!

AKU DIRIKU said...

i just can't stop smiling acik. what a lovely couple story...heheeeee

*senyumsampaiketelinga*
tqsm acik lana...hihihihi

Anonymous said...

I'm gone to say to my little brother, that he should also visit this website on regular basis to get updated from newest news update.
Also visit my site :: Facebook Killer Game

Anonymous said...

This is my first time go to see at here
and i am truly impressed to read everthing at alone place.
Also see my web site :: galeria.ck-meble.pl

Kaunter Pertanyaan

Baiklah, jawapan DISINI