Getaran telefon bimbit
yang sengaja dimatikan bunyinya menganggu lamunan Bunga yang sejak tadi jauh
melayang entah ke mana. Bibir merengus geram. Kemudian tangan mencapai bantal
dan menekup mukanya. Dia berharap benar bunyi getaran itu tidak lagi mengganggu
perasaannya yang masih kalut.
Sejak dia pulang ke
rumah petang tadi, Karl Hakimi tidak putus-putus menghubunginya. Dari siang sampai
ke malam, telefon bimbitnya diasak dengan panggilan bertalu-talu dari lelaki
itu.
Bunga bungkam. Peristiwa
tengahari tadi benar-benar membuat dia hampir putus nyawa. Benci konon! Tapi
bila lelaki itu menyentuh dan memeluknya, dia hanyut entah ke mana. Leka dan
terbuai dengan kehangatan sentuhan yang pernah singgah di tubuhnya suatu ketika
dahulu.
Fitrah manusia… dia juga
punya hati, perasaan dan nafsu. Sekuat mana pun kebenciannya terhadap lelaki
itu, hatinya layu juga dibelai manja sebegitu. Dipeluk penuh kasih, hatinya
sedikit terawat. Bukan kerana desakan nafsu semata-mata, tapi kerana Karl
Hakimi pernah menjadi lelaki paling istimewa di hatinya. Lelaki yang pernah dia
sayang, dia cinta dan dia rindu setiap hari. Karl Hakimi cinta pertamanya.
Benarlah kata orang..
cinta pertama sukar dilupakan. Apatah lagi jika lelaki itu menjadi lelaki
pertama menyentuh dirinya, meragut kesuciannya.
Bantal yang menutup muka
dicampak ke sisi. Lemas tanpa udara untuk dia bernafas bebas. Lambat-lambat
telefon bimbitnya dicapai dan dibelek malas. 18 missed calls dalam masa setengah jam, Karl Hakimi memang tak
reti nak putus asa! Orang dah tak ingin nak jawab, lagi sibuk nak telefon. Dah
kurang kerja sangat agaknya.
Setengah hatinya meluat
dan membenci, namun separuh lagi membawa rasa malu dek kelalaiannya tengahari
tadi. Dia ada ruang untuk menolak dan membantah, namun reaksinya lemah seolah-olah
beralah. Malu kalau dikenangkan yang dia ikut sama terleka menikmati momen hangat
di antara mereka berdua ketika itu.
Sekali lagi telefon di tangannya
bergetar. Dikerling dada skrin itu dan nama Karl Hakimi terpapar jelas. Lelaki ini
memang sengaja menguji sabarnya. Rimas! Selagi tak dengar suaranya, selagi itulah
Karl Hakimi sibuk mengganggu. Tubuh bangkit duduk di atas katil. Nak memaki
hamun dalam keadaan berbaring memang kurang feel, vocal tak sampai ke nada tinggi. Punat telefon ditekan kasar.
“You nak apa hah? Dari
tadi sibuk mengacau orang!” Ayat ‘manis’ menjadi pembuka kata.
“Finally..” Kedengaran keluhan lega di sebelah sana. “Bunga, I need to see you. I nak jumpa you, I belum
habis bincang dengan you tadi..”
Bunga mendengus geram.
Mendengar suara lunak Karl Hakimi, semakin menggelegak darah panas di
kepalanya. “Macam tu berbincang kata you? You jangan ingat I nak terpedaya
dengan you sekali lagi.. I tak nak tengok muka you lagi, faham?”
“Bunga..”
“Hidup I tenang selama
you hilang, dan kenapa sekarang you balik dan ganggu I?” Tempelak Bunga
meluahkan rasa tidak puas hatinya. Tangan meramas geram hujung bantal di
sisinya. Berkali-kali telinganya menangkap keluhan Karl Hakimi di sebelah sana.
Lantak, dia tak peduli apa lelaki itu rasa atau fikir tentangnya.
“Bunga.. I think about you all the time, even when I have
so much things to worry about. I tak tenang selagi kita tak selesaikan
masalah kita, I stress you tahu tak?”
suara itu sedikit tertekan membayangkan apa yang dilalui lelaki itu.
Bunga mencebik tanda
meluat. Ada aku kisah kau stress ke tidak? Tujuh tahun dia hidup dalam perasaan
yang sama, pernah ke Karl Hakimi ambil peduli? Langsung tak pernah!
“Oh ya? Ada ke I suruh
you fikir pasal I? You yang sibuk nak peningkan kepala you fikir pasal I kenapa?”
“Because I want you Bunga!”
“Okay I get it. But suddenly you nak I la pulak kan? For what? Bukan ramai ke perempuan
keliling pinggang you tu boleh temankan you? I rasa diaorang pun tak banyak kompelin
kalau you ajak diaorang balik rumah you kan?”
sindirnya tajam. Dalam menyindir-nyindir, hatinya ikut sama pedih membayangkan
ada gadis lain di sisi lelaki itu. Ah, hatinya memang sudah gila!
“No, you don’t get it. There isn’t one person in this world that I want
more than I want you. Don’t you get a
clue? You tak faham ke yang I nak betulkan kesilapan I? Please give me a chance Bunga..”
Nafas Bunga tersekat
dengan kata-kata rayuan Karl Hakimi. Hatinya dingin terasa namun dia sama
sekali tidak akan mudah mengalah. Setiap kesakitan, kejerihan dan kepayahan
yang dia lalui selama tujuh tahun itu perlu ‘dibayar’ Karl Hakimi satu persatu.
Dia takkan beralah!
“Please Bunga.. I promise you
as long as you trying, I’m staying. I janji..”
Seketika Bunga
mendiamkan diri. Sedaya upaya dia cuba mengumpul kekuatan, menambak tinggi
keegoan dan keengganannya. Dia mahu Karl Hakimi mengerti bahawa kesilapan itu
terlalu besar dan jalan untuk mereka kembali bersama sudah lama mati.
“Do you ever wish you hadn’t let me go?” soal Bunga dengan nada
mendatar perlahan. Entah kenapa soalan itu terlontar dari bibirnya.
Karl Hakimi di sebelah
sana menarik nafas panjang, jelas kedengaran rasa resah lelaki itu di
telinganya.
“Honestly, I tak pernah terfikir pasal tu sebelum ni. I tak pernah fikir
pasal you and I’m sorry for that. But now,
I memang menyesal dengan apa yang I dah buat…”
Bunga melepaskan keluhan
perlahan. Hatinya perit dan pedih membayangkan selama tujuh tahun ini dia
langsung tidak wujud di fikiran lelaki itu. “Instead of feeling sorry for yourself, do something about it.
Hentikan perangai tak senonoh you yang suka sangat mempermainkan hati dan perasaan
perempuan. You have an ugly heart
Karl, and your looks mean nothing.”
Terdiam Karl Hakimi di
sebelah sana. Mungkin terkesan dengan kata-kata tajamnya yang menyindir penuh
makna. Biarkan, lelaki itu perlu sedar yang hati perempuan bukan barang mainan
yang boleh diambil dan dicampak sesuka hati. Dah bosan, buang!
“I takde apa nak cakap
dengan you, please jangan ganggu hidup I lagi. I ada Elman and I don’t need you.”
“Bunga wait!” Lelaki itu menegahnya dari
mematikan talian. Seketika dia memberi peluang untuk Karl Hakimi menyambung
kata. “Whatever you say or think, I don’t
care. I will try super hard to get you back Bunga. I promise you I will..”
Terkesan dengan tekad
Karl Hakimi yang kedengaran bersungguh-sungguh, pantas Bunga mematikan talian.
Kalut dia menyedut nafas untuk melegakan debaran di dadanya. Mata dipejam rapat
dan tubuh direbahkan ke tilam. Kepalanya kosong biarpun terlalu banyak benda
mengasak di dalam sana.
Kimi…. cukuplah, jangan
diuji lagi hatinya.
*****************
“Again? Kau biar betul bro!”
Bulat mata Ramlan terbeliak memandang raut wajah Karl Hakimi yang tenang di
hadapannya. “Agak-agaklah weh, kau nak pujuk dia tapi benda lain pulak jadi? Oh god, aku tak tahu apa Bunga akan
fikir pasal kau lepas ni..”
Karl Hakimi mengeluh
perlahan. Kopi pekat di dalam cawan dicapai dan diteguk beberapa kali. Dia tahu
tindakannya di luar kawalan, dia gagal memujuk sebaliknya dia pula naik hantu
apabila menyentuh Bunga. Bukan dia sengaja, perasaannya bergelora tiba-tiba.
Terlalu kerap termimpikan gadis itu kebelakangan ini, naluri lelakinya gagal
dikawal tatkala mereka bertentang muka di ruang sunyi seperti itu.
“Aku tak sengaja Alan, semuanya
berlaku tanpa aku sedar..”
“Dan Bunga tak menolak?”
Soal Ramlan ingin tahu.
“Itu yang aku tak
faham.. awal-awal dia bantah jugak, tapi lepas tu dia pun macam bagi respons
pada aku Alan. Sebab tu aku fikir dia masih ada perasaan pada aku, I can feel it!”
Ramlan tersengih-sengih.
“I don’t know bro. Kau kena bezakan sama
ada perasaan tu perasaan cinta atau pun perasaan lain gara-gara sentuhan kau tu. Kita manusia biasa,
semua orang ada naluri tu..”
Perlahan Karl Hakimi
menyandarkan tubuh ke kerusi kayu yang didudukinya sejak tadi. Jiwa menggelisah
tidak tenteram selepas berbual di telefon bersama Bunga sebentar tadi. Dan
kerana rasa itu dia terus menghubungi
Ramlan untuk berkongsi cerita. Kepalanya kusut menghadap semua masalah ini
sendirian dan Ramlan teman paling tepat untuknya meluah rasa.
“Did she say anything about your baby?”
Pertanyaan Alan mengalih
semula perhatian Karl Hakimi yang termenung kosong ke ruang restoran yang agak lengang.
Dadanya memberat setiap kali perihal anaknya disebut-sebut. Anak yang dia
sendiri tidak tahu sama ada bernafas atau tidak di muka bumi ini.
“Entahlah. Bunga
mati-mati nafikan pasal baby tu.. dia
kata kalau ada pun, dah lama dia buang.” Nafas ditarik dalam-dalam, sakit
sungguh dadanya terkenangkan kata-kata Bunga itu. “Ya Tuhan, hati aku tak sedap
betul pasal ni Alan. Aku boleh rasakan anak aku memang ada dekat dunia ni, I just don’t know where. Aku nak cari
tapi aku tak tahu dekat mana nak mula..”
Ramlan mengetap bibir seketika.
Kepalanya ligat berfikir, mencari jalan untuk membantu Karl Hakimi. “Dah cuba
tanya kawan-kawan rapat dia? Aku yakin masa dia menghilang tu dia mesti dia ada
mintak tolong dengan kawan baik dia. Mesti budak tu tahu apa berlaku pada anak
kau..”
“Bestfriend?
Who? Aku tak kenal kawan-kawan dia kecuali perempuan yang pakai tudung tu. See.. nama perempuan tu pun aku tak
ingat!” Dengus Karl Hakimi kesal. Silapnya kerana tidak pernah ambil peduli
siapa teman-teman rapat Bunga ketika mereka bersama dulu. Dan sekarang, jalan untuknya
kembali kepada Bunga kian kabur. Begitu juga jalan untuk mencari zuriatnya.
“Hmm.. Hidayah tak silap
aku. Masa Alumni dua tahun lepas aku ada terjumpa dia.”
Kening Karl Hakimi
berkerut-kerut. Hidayah? Sebaris nama yang didengar dari bibir Ramlan itu sedikit
sebanyak mengembalikan ingatannya. Mungkin betul Hidayah orangnya. Tapi agak
malang kerana dari dulu teman rapat Bunga itu tidak menyenanginya, hubungan
mereka tidak pernah baik. Dan jika kali ini dia kembali mahu mengorek cerita,
pasti Hidayah lebih membencinya.
“Kau tahu dia kerja
dekat mana?” Tanya Karl Hakimi mengharap.
“Hmm.. nanti aku tanya
dengan budak-budak kolej kita. Aku yakin ada budak-budak yang still keep in touch dengan Hidayah tu.”
“Thanks Alan. Thanks sebab
tolong aku..” luah Karl Hakimi perlahan.
Ramlan menganggukkan
kepala sambil tersenyum. “InsyaAllah aku cuba yang termampu. Tapi ada benda aku
nak tanya kau ni..” riaknya berubah serba salah.
Karl Hakimi
menjungkitkan keningnya dengan pandangan ingin tahu. “What?”
“Kau betul-betul sukakan
Bunga?”
Sedikit terkejut dengan
soalan itu, Karl Hakimi mengeluh perlahan. “I
do, I really do. Mungkin semua ni nampak pelik, macam terlalu cepat. Tapi
aku tahu ada sesuatu yang menggerakkan hati aku untuk balik ke sini Alan. Dan
aku yakin semua tu sebab Bunga.. sebab aku bersikap kejam pada dia dan
tinggalkan dia macam tu aje.”
Ramlan menganggukkan
kepala tanda bersetuju. “Allah mahu tunjukkan sesuatu pada kau Karl. Jadi kau
janganlah cepat give up, berusaha
sampai Bunga yakin dengan perasaan kau pada dia. InsyaAllah kau akan bahagia
nanti..”
Kelat senyuman terukir
di Karl Hakimi. Setahun balik ke Malaysia, dia masih keliru dengan gerak
hatinya. Dia masih samar-samar melihat tujuannya melangkah pulang ke sini. Dan
mungkin benar semuanya kerana perasaan Bunga terhadapnya. Begitu cantik aturan
takdir, mereka ditemukan tanpa sebarang pencarian.
“So many words left unsaid, and I hope I’ll get a chance to say everything to her..” ucap Karl Hakimi dengan nada sedikit bergetar. “Dan
paling aku harapkan, anak aku masih hidup supaya aku berpeluang jaga dia..”
“InsyaAllah, kau
banyak-banyak berdoa. Allah akan tunjukkan kau jalannya nanti..”
Tenang sedikit hati Karl
Hakimi mendengar sokongan temannya itu. Ramlan memang sudah berubah menjadi
lelaki yang baik, bertanggungjawab dan lebih mendalami ilmu agama. Kadangkala
berbual-bual dengan Ramlan membuatkan hatinya sedikit tenteram. Setiap nasihat
dan kata-kata Ramlan berisi dan cukup membuatkan dia beberapa kali tersedar.
Mungkin kini dia juga perlu
berbuat yang sama untuk mencari ketenangan. Dia harus melupakan gaya hidupnya yang sering
berfoya-foya dengan bermacam perempuan. Cukuplah dengan segala dosa yang pernah
dia lakukan, cukuplah dia mendera banyak hati demi kepuasan sendiri. Dia mahu
bertaubat… dia mahu hidup sebagai lelaki budiman di dunia ini.
Dan tidak kurang penting,
dia benar-benar mahu menjaga Bunga seumur hidupnya. Biarlah Bunga kembang mekar
dan berbahagia di dalam taman syurga mereka nanti. Kerana dia tahu, tempat itu
adalah tempat yang sepatutnya didiami gadis itu…
Diamati berkali-kali rasa di hati dan dia pasti dengan apa yang dia mahukan. Cuma Bunga yang mampu membuat hidupnya senanar ini. Cuma Bunga yang mampu membenihkan rasa sehalus ini. Demi Tuhan, dia tahu dia sudah jatuh cinta!





57 Baca Laju-Laju:
pestime komen..sbb teruja sgt dgn citer ni .. best!
karl da insaf n kali nie die betol2 sygkn bunga..kesian karl..u must try super2 hard okey..hati pempuan kn mcm kerak nasi..hehee
syukur kerna diberi peluang utk mengecapi rasa cinta....
kenapalah gambar Karl tu mengancam sangat? nak marah dia pun x sampai hati..kehkehkeh..
btw, okeylah tu Karl dah sedar..tapi biar Bunga ambik masa sikit nak terima dia ya acik? biar Karl sakit hati tengok Bunga dengan Elman..
tapi TAK NAK BUNGA DGN ELMAN tau! Tak nak! :D
p/s - tq acik..
ohhh.....speechless :)
best la entri kali ni..memang puas ati, tersentuh dgn karl yg dah insaf..usaha gigih ye karl..Bunga masih mencintaimu..perempuan ni lembut jiwanya,belai lah dia dgn sifat2 lelaki muslim..pasti Bunga akan cair..huhu..siannyer karl..go go karl..Bunga, jgn keras sgt ye...
mabeles la acik
arrgghhhhh.. melantun2 debaran di hati ni membaca part kali ni... speku2 mengatakan lif rosak, kaki tersadung dan sbgnya tu xjdi langsung ye.hehehe...
cinta karl pada bunga dah mula terasa hangatnya, karl perlu berusaha lgi dgn gigih utk tautkan kembali hati bunga bersama hatinya..
persoalan mengenai anak still tiada jawapan hingga skrg ni.. masih tertanya2 lgi, adakah mereka ada anak atau sebaliknya...
Tahniah acik... bagus jln citer ni, makin hari penulisan dan gaya penyampaian acik buat peminat dan pembaca terpegun, tertarik dan tertanya2 apakah yg akan berlaku di next episod dan seterusnya...
acik,,love this n3..finally,k kim dah insap..hohoho..acik,bila novel pypac nie keluar?sy dah email dah..2 kali tau,tp x reply pun?sya dah angau hbis ngan pypac nie..please,takut terlepas..hihihi
akhirnyeee!! hilanglah sawanku yg meroyan tunggu entry ni, acik!!
best best! tenkiu acik, kalau sudi sambunglahh cecepat yerr! :D
lebiu muah muah!! :)
oh my...almost tears..k-kim dh insaf..mr.kasa dah cuci tgn..sebak pulak rsenya..i can feel it..rasanya k-kim ni memang benar2 wujud kat dunia nyata ni :'(
btw, acik..great as usual..thanks acik..get well soon :)
alamak...kecian bunga..tp dlm ms yg sm juga kecian karl..
btul ke karl ni tobat..ke tau buat...harap2.dia btul2 la nak bertaubat & cintakan bunga
Good entry. I really like it! Before this i selalu jd silent reader. But theres something special about this story.. i enjoy! You pandai mainkan perasaan dlm satu keadaan. Keep it up babe :)
kecik ati tau....nape karl tetap ganggu bunga???
Mau terjojol bijik mata tgk pic Bunga & Karl..awesome la Acik..tiba2 tgk Karl mcm muka suci..hehe
Okay dh insaf yer..
Mulakan dgn clean up ur 100 lists itu..BUT dont get rid of ur Smart Sexy Bearded itu..
Gaya seorg player dh jatuh cinta..mcm mana ya???
Kedua..Karl kene pastikan Elman x kacau daun..bahaya itu
Ke tiga..doakan Hidayah lembut ati..makanya jalannya amat mudah sekali untuk place Bunga in ur own design Taman Bunga..
Karl..i always support u!!way to go Bro!!
Acik!!lev2 u stronger each day
Alhamdulillah.. ramai suka entry ni. syukurlah sedangkan menaip entry ni 50-50 nk post ke tidak sbb kepala weng pening sbb sore eyes. tp syukur.. terkesan juga entry ni,
mekasih yang komen dan hello Izz, annon dan silent readers lain yg slama ni sembunyi malu2. hehe. dun malu2 dgn ai k.. i makan nasik je tau, org x penah mkn lagi. :)
thanks everyone. u all take care too k. skang ni musim demam and all.. byk minom air.
insyaAllah.. later acik update lg. mekasihhh..
p/s : yg dh order PYPAC, dun wori kalau dah email. acik blm ada masa nk check satu2. nk reply satu2 lagilah pengsan kan. hehe. but nanti acik akan come out dgn satu list nama yg dah order. so kalau email tu better bg nama betol supaya senang uols nk sort cari.
thanks again. lap uolsss =)
waaaa...seyes...K-Kim sudah jatuh cinta sama Bunga..
acikkkk beshhh....
Huhu..ksian ngan karl..xpe2..teruskn mencuba ya karl..xlama cair la Bunga tue..hahaha..keras sungguh hati Bunga..klau sy..dah lama cair..hahahaha..p/s..acik ade typo sket..everything dah jd averything..hehe.. ;)
thanks veron. taip lelaju, x check dh pastu. mekasih.. acik betulkan nanti.
=)
TQ Acik. Akak sukaaa sangat! Tp sowwy, akak nak tanya. Ramlan dengan Kimi tak cuba cari through fb ke? Zaman sekarang nie, semua org connected thru fb kan? Well, tak semua lah, mostly sbb akak pun close fb acct. Hihihihi. But news does travel thru fb.
Tak sabar nak tunggu next steps from Kimi. Make us fall for u Kimi!
acik pelangi cinta uat suami tu dah keluar ka?
likeeee..
sian lak ngan Karl bile dia di tolak oleh bunga, tp betui ker meke ader anak?...ishhh x sabo nk tau nexttt...
bunga ngan Elman, sureee???
yeayyyy thanx acik 4 thz n3..
very3 gud job,, xsbr yg 17 plak..he3..
go go Karl ;)
waaaa kesian kat dorang berdua bunga n karl! huhu hopefully they will be together n anak dorang tu hidup! huhu nice job acik! :D cant wait for next n3~~ :D thanx!
yaallah acik besh sgt cite nii...karl da insaff... sedih plak rasae nye...heheh
hope bunga ngan karl together2 laaa...x mau ngan elman yer ..heheh
harap2 anak diorang tu wujud la ekk...baru senang ckit karl nak tackle bunga balik..hihi..tiba2 jatuh kesian plak kat karl..dia dh mcm btol2 insaf jer...i hope so la...good job acik...!!!
Best ssgt.. suke n3 nie.. taip lajulaju acik. nak tau ksudahan hubungan mereka pas nie
cik do
suka sangat.....syukur alhamdulillah..Karl dah insaf....semoga ada perkembangan yang baik dalam perhubungan mereka.
waaa..karl dah insaf...bagus2..xnk elman..nk karl jugak..hehe
ah...karl dah jatuh cinta...suka3, acik next plz...lps ni wat bunga plak jatuh cinta...
hope Karl dh btul2 insaf n nk brubah..smga Bunga n Karl brsatu kembali secara SAH yer nnt...
ELMAN amik je la kat Acik....heheheh
mmg tahap obses dgn kimi dan bunga, selang jam buka blog ni tngu entry baru. hehehehe....
acik, biaq bunga juai mahai lama2 skit. jgn cepat sgt kalah dgn kimi yer.
al last, terubat rindu i ni... i suke sgt coz karl dah taubat & dia dah sedar yg dia mmg betol2 cintakan bunga... just dia kena berusaha gigih jer utk dpt semula cinta bunga.keras btol hati si bunga ni....
pasal anak tu wujud ke x sebenarnya?? klu wujud, umur dia dah almost 7 year la kan??? tp acik x penah bg kte seme hint pasal anak dorang ni... hmmmm jawabnya kena tunggu lg ler.
Best gla!!!
bersungguh2 k-kim nak bunga ya? tetapi apabila teringatkan yg k-kim pernah tingglkan bunga selepas diorang bersama tu rasa benci pulak kat k-kim. rasa geram bertambah apatah lagi dpt thu yg bunga mengandung anak k-kim tp k-kim dh lri ke luar negara. kalau bunga dngn elman pun tak nak sebb elman mcm snggup jual maruah bunga klau melibtkn hal kerja.
Best le acik... hehehehe... tiada kata selain mmmuuuahhhh luv u lah acik... ♡♥♡♥♡♥♡♥
-Ika Hatika-
I like...likeeeee
Alahai....jatuh Dan terus jatuh cinta dgn Karl............huhuhu
Best giler!!! serius, dah jatuh cinta dengan Karl... hahaha... harap hidayah dapat bantu Karl... dan harap Karl memang betul-betul serius kali ni dengan Bunga. Jangan putus asa Karl. Tawan hati Bunga... lama-lama pasti cair... kihkih. thank you acik . Take care ya cik writer ^__^
Best...#^_^
best..best..dan terbaikkkk la acik.. nk lagi cepat2 n3 baru.
kak acik! . sesak dada kite bce cite ni . bila manuskrip nk siap ni? . ohh...xsbar2 . =)
~chuink2~
Yeay...finally my k-kim udah jatuh cinta!!
Acik thank you...waiting for next n3 hopefully b4 weekend...tak sabar nunngu karya acik yang lain2 tu diterbitkan.....:)
Mekasey utk n3 ini! Ya..Karl, mmg awak kena beria sakan2 utk dptkan kembali BUnga!!
Paling terkesan di hati kak bila bc part Bunga mtk Karl jgn senang2 suka mainkan hati/prsaan pmpuan...kita ni pmpuan, esp kalu yg tak ada kwn lelaki, bila baru ada, itulah segalanya...kkdg org tak bg harapan pd kita..tp mybe kita plak yg "ter"mengharap kan...kan..( sori Acik, hari ni terlebih emo plak )ni semua pasai Karl ni la :-)
Karl kalau nak berubah biar dengan hati yang ikhlas bukan sebab terpaksa atau dipaksa.....
Berusaha lah dengan sebaik mungkin untuk mengambil hati Bunga tapi dengan cara yang lebih berhikmah bukan dengan cara playboy ok...
Wahhhh!! Acik...1st time i drop komen kt sni..ehek..
I baru abs marathon PYPAC. i love ini cerita... Smbung laju2 tau... Nk K-Kim ngn Bunga... Ahaksss..!! Chaiyookkkk acik !!!
-yid-
hihihi! thank you acikkk! go k-kim! go get her! kita campak elman masuk gaung jauh-jauh okay, acik!! :p
thanks acik for this entry! :)
cter kali ni mmg lain dr yg lain.. ble laa dpt pluk btul2 pypac ni,.
uikss mcm mana leh terlepas n3 ni.. waaa..
Acik ur words sgt menyentuh hati wehh terbuai2 ai ols baca.
mcm-mcm rasa bila baca n3 ni..
baca part Bunga - kuar perasaan eeeii jahatnye Karl!!padan muka diaa dah Bunga Jual mahal.
Baca Part Kimi lak - sian kat kimi..harap kuat semangat nak tackle balik Bunga!!
part baby-harap baby Kimi-Bunga selamat.mcm manalah keadaan dia kalau dia ada kat muka bumi ni.
Tq Acik.. Superb story!!
suka! suka !
bca nvel acik...pnlsan acik sllu uat prsaan sy trbuai2,trsyum sorg2 n trmmpi2 akn mncul llki sprti ini dlm hdup sy..hihihi
lomah jantung den tiap kali bukak blog acik sb tgk k-kim yg cekci yg sgt ni.. :)
Best!!!!
karlll .. comell gmbar uu,, haha, karl akan lenturkan hatii bungaaa :)
wahhh best lah acik citer ni....karll ni pon hensem sape ye karl ni di alam realiti....melting2
waaa..karl dah insaf...bagus2..xnk elman..nk karl jugak..hehe
Huhu..ksian ngan karl..xpe2..teruskn mencuba ya karl..xlama cair la Bunga tue..hahaha..keras sungguh hati Bunga..klau sy..dah lama cair..hahahaha..p/s..acik ade typo sket..everything dah jd averything..hehe.. ;)
Post a Comment