Tangannya ligat mengikis lebihan kek untuk membentuk bulatan yang
sama dan sekata. Pisau bergergaji itu dileretkan penuh hati-hati di sekeliling
kek berperisa coklat tersebut. Seketika dia menghentikan gerakan, berdiri tegak
dengan tangan memusing-musing kek di hadapannya itu.
Berpuashati dengan bentuk yang terhasil, bibirnya mengukir senyuman
kecil. Pandangan dilemparkan pula kepada Kuza dan Aida yang sedang sibuk
mengukir kelopak bunga di meja sebelah sana.
“Aida, isomalt kau buat
tadi dah keras ke?” Soalnya seraya mengelap tangan dengan tuala kecil di atas
meja.
Gadis kecil molek dan bertudung itu segera bangun untuk memeriksa
acuan yang diletakkan di atas meja di hujung ruang dapur itu. “Dah Izzat. Kau
nak guna sekarang ke?”
Seketika Izzat merenung kek di hadapannya. Merangka-rangka susunan
kerja di dalam kepala.
“No, it’s okay. Aku nak
siapkan kek ni dulu.” Balasnya dengan senyuman kecil. Melihat Aida mencebikkan
bibir, dia tergelak pula.
“Dah tahu tak nak guna sekarang, kenapa suruh aku tengok? Buat penat
aku bangun aje…” Rungut Aida setelah kembali melabuhkan duduk di sisi Kuza.
Tangannya mencapai roller kecil dengan bebola kecil di hujungnya,
dipusar-pusarkan di atas fondant
nipis yang telah siap diacu. Fondant
berwarna merah jambu itu kian menipis dan kelihatan seperti kelopak bunga yang
sebenar.
“Aik, marah? Kau tu mana
boleh buat kerja duduk aje, nanti gemuk mulalah bising-bising.” Izzat yang
sedang menyapu krim di atas kek bulat itu membalas bersahaja. Gurauannya itu
disambut dengan jelingan Aida dan Kuza pula sudah tergelak besar.
“Memang! Semua ni salah kau sebab kau paksa aku kerja dekat sini.”
“Eh, salah aku pulak?” Izzat menjongketkan kening dengan senyuman
di bibir. “Aku ambik kau kerja dekat sini suruh kau tolong aku, bukan suruh kau
makan kek-kek aku buat tu!”
Lebar sengihan di bibir Aida mendengar balasan temannya itu.
Mengenali Izzat sejak dari zaman kolej dahulu, hubungan mereka berdua memang rapat. Malahan hubungannya dengan emak
dan adik Izzat juga sudah terlalu mesra bagaikan keluarga sendiri.
“Haaa… lagi sekali salah kau. Siapa suruh kau pandai buat kek? Kek Red
Velvet kau tu berhantu, aku ketagih nak kena makan hari-hari tau tak. Kau letak
dadah ke apa dalam kek tu?”
Bulat mata Izzat mendengar pertanyaan Aida. Bibirnya diketap rapat.
Perempuan ni kalau bercakap memang tak reti nak bertapis! Melihat Aida dan Kuza
tergelak-gelak, dia mencebikkan bibirnya. Berani betul gelakkan majikan
sendiri!
“Abang Izzat..”
Panggilan di muka pintu dapur mengalihkan perhatian Izzat kepada
Zuhira yang berdiri di situ. Tersengih-sengih gadis lepasan SPM itu memandang
ke arahnya. Senyuman ada makna, dia tahu sangat.
“Tu kat depan tu, buah hati abang Izzat dah sampai…”
“Siapa Ira? Cik Sophie lagi ke?” Sampuk Aida menunjuk rasa ingin
tahu.
Zuhira menganggukkan kepala dengan senyuman masih meleret di bibir.
“Iyalah akak, siapa lagi. Hari ni entah kek untuk siapa pulak dia nak tempah..”
“Hmm.. ada orang dah angaulah tu. Akak rasa bos kita ni ada letak
ubat guna-gunalah dalam kek dia Ira. Itu yang berduyun-duyun awek datang kedai
kita ni..”
Usikan Aida itu membuatkan Izzat sedikit kurang senang. Lebih-lebih
lagi terkenangkan Sophie yang saban hari bertandang ke mari untuk menempah kek.
Tiga hari lepas gadis itu datang menempah kek untuk ibu saudaranya, kelmarin
kek untuk adiknya, semalam pula kek untuk emaknya, dan hari ini kek untuk siapa
pula?
Selalunya dia jarang menunjuk muka di ruang depan, dia menyerahkan
tugas itu sepenuhnya kepada Zuhira dan Yati. Kecuali jika ada pelanggan yang
ingin menempah kek, mahu tidak mahu dia terpaksa juga bertemu mereka untuk
berbincang. Pilihan tema, bentuk dan perisa menjadi elemen yang dia titik
beratkan dalam setiap hasil kerjanya demi kepuasan pelanggan.
“Abang Izzat nak jumpa dia ke tak ni?” Tegur Zuhira apabila melihat
majikannya itu lambat-lambat saja mengelap tangan dengan tuala kecil. Muka pun
tak teruja langsung.
“Kalau kau tak nak, aku boleh gantikan..” Sahut Aida lebih kepada
mengusik.
Perlahan Izzat melepaskan keluhan kecil. Apron pendek yang terikat
di pinggangnya dikibas beberapa kali untuk membuang debu-debu tepung yang
melekat.
“It’s okay, suruh dia tunggu sekejap.” Arahnya mendatar saja.
Zuhira mengangguk tanda mengerti dan pantas beredar semula ke ruang
depan.
“Kalaulah kita ada lapan puluh orang customer macam Cik Sophie tu, confirm kau cepat kaya Izzat oii..” Ucap
Aida dengan ketawa kecil. Kuza di sisinya ikut sama tergelak mendengar
gurauannya itu. “Nanti dah kaya, jangan lupakan aku pulak. Lantik aku jadi owner bersama bakery ni ek?”
“Tak kelakar Aida, memang tak kelakar lawak kau tu.”
Semakin besar gelak Aida apabila lelaki itu mengerlingnya tajam. Nasib
kaulah Izzat, mak kau suruh kahwin cepat-cepat kau tak nak!
Melangkah sahaja keluar dari ruang dapur kedainya, mata serta merta melekat kepada seorang gadis yang duduk
berdekatan dengan kaunter. Saat terpandangkan dirinya, Sophie bergegas bangun
seraya membetulkan skirt pendek separas paha yang tersarung di tubuh
langsingnya itu.
Perlahan Izzat menarik nafas dalam-dalam. Siang-siang buta boleh dress
up macam nak pergi kelab malam, tak takut ke lelaki-lelaki miang menjeling
gatal?
“Hai you!” sapa Sophie ceria.
Menatap seraut wajah ‘pojaan Malaya’ ini, jantungnya mula berdegup
laju. Memang setiap kali begitu. Dengan apron separas pinggang, Izzat kelihatan
begitu seksi dan mempersona di matanya. Apatah lagi dia memang sukakan lelaki
yang pandai memasak, sangat cool kata
orang.
“Hai..” Izzat mengukir juga senyuman nipis. Dia mempelawa gadis itu
duduk dan kemudian dia mengambil tempat di hadapan Sophie. “So,
what brings you here? Nak tempah kek lagi?”
“Yup, kali ni kek special…”
Kelat senyuman di bibir Izzat. Semalam pun kata kek special, hari ini special lagi? Walaupun kurang senang dengan sikap Sophie yang
tergedik-gedik itu, namun dia cuba mempamer riak tenang dan bersahaja. Pen dan
sebuah buku nota sudah tersedia di tangannya untuk mencatat setiap butiran yang
dikendaki oleh pelanggannya ini.
“Hmm.. so kek apa you
nak?” Soalnya tanpa memandang ke arah Sophie.
“Of course I nak your signature cake, Red Velvet with yummy cream cheese. Itu favorite I tau..” Balas Sophie lembut dan
manja. Jenuh dia meliuk lintuk penuh menggoda namun sedikit pun Izzat tidak
mahu menjeling kepadanya. Jual mahal betul!
“Hmm.. okay. So flavor
red velvet, shape pulak you nak macam
mana?”
Sophie tersenyum lebar. “Actually
ini untuk party kawan baik I malam
esok, dia buat baby shower party. So I want
something big, comel, and girlish.”
“Oh, it’s a girl?”
“Yes.” Sophie tersengih
lebar. Melihat lelaki itu menganggukkan kepala sambil menulis pun dia sudah
rasa separuh jiwanya melayang indah. “You
single lagi ke Izzat?”
Tersentak Izzat dengan pertanyaan itu. Dia mengangkat muka,
membalas pandangan mata yang dihiasi pelbagai warna itu. “What?”
Menyedari keterlanjuran mulutnya, Sophie mengetap bibir. Macam
manalah dia boleh tertanya soalan keramat tu pulak. Hesy, mulut ni memang cabul
betullah!
“Hmm.. anything else? Special request maybe?” Tanya Izzat
tanpa mahu menjawab soalan yang dilontarkan kepadanya sebentar tadi. “Party tu ada specific theme ke?”
“Err.. ada-ada, tema safari.”
“Then I kena create some animals untuk kek ni. You
okay ke kalau I guna fondant and gum paste?” Izzat masih leka mencatat
butiran maklumat yang dia perolehi dari gadis itu.
“Oh sure. Anything yang
you rasa sesuai, I’m okay with it.”
“Okay, but berapa budget you?”
Sophie tergelak kecil. Jari jemarinya masih leka memintal-mintal
rambut sendiri. “Berapa-berapa pun I tak kisah, asalkan kek tu you yang buat. I
sanggup bayar berapa pun harganya..”
Spontan mata Izzat melirik semula kepada wajah di hadapannya itu.
Memang berani betul Sophie menunjuk aksi-aksi mahu menggodanya. Kalaulah dia
ini jenis lelaki berhidung belang, memang entah apa nasib malang yang menanti
perempuan seperti Sophie ini.
“Hmm.. nanti I akan suruh staf I call you untuk inform
harga, then you boleh collect petang esok.” Ucapnya seraya
menutup buku nota di tangan. Seketika pandangan mereka berlaga tepat. “Kalau
tak ada apa-apa, I nak sambung kerja I dekat belakang. Thanks…”
“Err.. Izzat wait!”
Tidak jadi Izzat mahu mengangkat punggung apabila Sophie
hampir-hampir saja menyentuh tangannya. Darah terasa berderau ke kepala,
terkejut dengan tindakan gadis itu yang nyata terlalu berani mahu mendekatinya.
“Yes?” wajahnya mula
menunjuk riak kurang senang.
“Err.. you free tak malam
ni?” Tanya Sophie dengan kepala sedikit menunduk. “Kalau you free, I nak ajak you dinner dengan I. Tapi you jangan risau
sebab I yang akan belanja you semua, it’s
all on me. Seriously, don’t worry about that.”
Serta merta nafas Izzat terasa panas. Dia mengetap rapat bibirnya,
kemudian memalingkan muka ke sisi. Apa yang diluahkan oleh Sophie tadi benar-benar
membuatkan dia sakit hati dan geram. Bab mengajak keluar dia tidaklah kisah
sangat, tapi bab belanja itu yang membuatkan darah lelakinya mendidih. Apa,
Sophie ingat dia ini sengkek sangat ke?
Demi Tuhan, keegoannya sebagai lelaki tercabar dengan pandangan
Sophie terhadapnya. Memanglah dia bukan lelaki yang kaya raya, dia masih baru
bertatih dalam perniagaannya ini, tapi apa hak Sophie mahu memandang rendah
kepada dirinya?
“Well, I tahu ada satu
tempat best untuk kita hangout. You bagi
I phone number you, I’ll text the place later.” Pinta Sophie
mengharap. Kali ini dia berharap benar dia mampu mendapatkan nombor telefon
bimbit Izzat. Selama ini dia cuma ada nombor telefon bakeri saja, mana sesuai
nak bergayut untuk memasang umpan.
Dengan tarikan nafas panjang, Izzat berpaling semula kepada Sophie.
Rasa geram, marah, sakit hati, cuba dihumban jauh apabila mengenangkan gadis
itu duduk di hadapannya sebagai seorang pelanggan.
“Sorry Sophie, I ada hal
malam ni..”
“What about tomorrow night?”
“Hmm.. I memang sibuk sebelah malam, I tak ada masa nak keluar.”
“Then… lusa?” Sophie
mengendurkan keningnya, menunjuk muka separuh merayu.
Malas mahu melayan, Izzat bangkit berdiri. Semakin dilayan perangai
Sophie, semakin rimas kepalanya. Sudahlah dia banyak kerja di belakang, ingat
dia ada masa sangat nak melayan drama-drama remeh macam ni? Tolonglah!
“Sorry, I got to go.”
Tanpa mempedulikan panggilan Sophie, laju saja dia mengatur langkah
menuju ke dapur. Daripada dia melayan hal-hal perasaan, lebih baik dia siapkan
tempahan kek yang masih banyak menuntut perhatiannya itu.
“Hah, apahal muka macam mati bini aje ni?”
Pertanyaan Aida pantas pula menerpa ke telinganya. Dia sudah
menjangka yang Aida pasti akan menilik reaksi wajahnya apabila dia kembali ke
ruang ini. Tidak ada mood untuk membalas pertanyaan itu, dia menyambung kerjanya
yang tertangguh sebentar tadi.
“Kau ni macam perempuanlah!” Aida menepuk kuat meja kerja temannya
itu. Izzat mengangkat muka, memandangnya dengan riak geram. Tersengih-sengih dia
melihat reaksi temannya itu.
“Kau ni kenapa? Pergilah sana siapkan kerja kau, menyibuk dekat
sini apahal?”
“Kau bad mood kenapa ni?
Cik Sophie tu kacau kau ya?” Usik Aida dengan lenggok seperti memujuk anak
kecil. Kemudian dia tergelak pula apabila melihat Izzat menjelingnya tajam. “Sebab
tu mak kau risau kau tak ada girlfriend
lagi sampai sekarang, sebab perangai kau nilah. Semacam!”
Izzat mendengus seraya meletakkan semula beg paip berisi krim vanilla
itu di atas meja. Dia berdiri tegak memandang Aida yang tersengih-sengih di
tepi mejanya.
“Kau cakap apa ni? Apa yang semacamnya?”
“Helloo.. umur kau tu dah
dua puluh enam tahun, tapi mana pernah kau ada awek. Kepala kau tu asyik fikir
nak membakor kek aje, tak terfikir ke
nak cari bakal menantu untuk mak kau tu?” Soal Aida seraya menjogketkan kedua
belah keningnya.
“Oh come on, baru dua
puluh enam tahun tapi kau kecoh macam umur aku dah tiga puluh enam tahun!”
Rungut Izzat kurang senang. “Aku dah cakap dengan kau kan, aku belum bersedia
nak ada girlfriend. Tunggulah bisnes aku ni dah maju, dah stabil, barulah aku
boleh fikir pasal tu.”
Aida tergelak kecil. Langsung tidak logik jawapan sahabatnya itu di
telinga. Selama persahabatan mereka terjalin, bukan seorang dua gadis cuba
mendekati Izzat namun lelaki itu cenderung memilih telur dan tepung. Bukan nak
dilayan perempuan-perempuan yang datang menghulur salam, yang menadah tangan
mahukan cintanya.
Kadang-kadang dia sendiri naik pelik dengan perangai Izzat. Nak kata
tak ada rupa, memang terlebih rupa pun ada dia tengok. Kalau tidak, takkanlah
bersusun peminat misterinya. Mungkin Izzat berasa rendah diri kerana pernah
hidup susah bersama ibunya setelah ditinggalkan oleh ayah kandungnya.
Melihat lelaki itu tekun meneruskan tugasnya, dia mengukir senyuman
kecil. Dia terlalu sayangkan Izzat sebagai seorang sahabat, dan dia mahu lelaki
itu hidup bahagia suatu hari nanti. Tapi dengan siapa, dia memang tidak mampu
nak meneka. Mungkin lelaki itu menunggu puteri dari kayangan agaknya.
“Izzat, aku tanya sikit boleh?”
“Hmm..” Lelaki itu membalas acuh tidak acuh sahaja.
Aida menoleh ke kiri dan ke kanan, mahu memastikan Kuza masih belum
ada di ruang itu setelah beredar menghantar kek ke depan sebentar tadi.
“Kita ni kawan baik kan? Boleh tak kau berterus terang dengan aku
pasal something?” Soalnya dengan
wajah serba salah.
Izzat memusatkan pandangannya kepada Aida dengan riak kehairanan. “What?”
“Err.. kau ni straight
kan?”
Bulat mata Izzat dengan pertanyaan Aida itu. Hampir-hampir saja keknya
tergolek ke lantai dengan apa yang didengarinya. Dari riak terkejut, matanya
mengecil tajam.
“Kau ni gila ke apa? Apahal pulak kau tanya aku macam tu?”
“Eh, salah ke aku tanya? Aku curious
kut! Sepanjang kita kenal, mana pernah kau tunjuk minat kat perempuan. Aku risau
tau, mak kau pun risau…” Balas Aida bersungguh. “Tapi kau jangan takut, kau
boleh cerita apa saja pada aku. Aku janji aku simpan rahsia kau, sumpah!”
Dengan keluhan kecil, Izzat menggelengkan kepalanya. “Selama ni itu
ke apa yang kau dan mak aku fikir? Come
on la Aida, takkanlah aku ni tak tahu dosa pahala pulak. I am damn straight!”
“Betul? Tak tipu ni?”
“Perempuan gila..” Rungutnya geram.
“Jadi betullah kau ni tak ‘senget’ kan?”
“Yang senget tu sebenarnya kau.” Tingkah Izzat. “Aku ni lelaki
sejati, kalau kau nak suruh aku buat kau mengandung pun aku boleh.”
Kali ini giliran Aida pula membeliakkan matanya. Melihat senyuman
nakal di bibir Izzat, pantas pula tangannya mencapai mold berbentuk bulat dan
dibaling kepada lelaki itu.
“Bengong kau ni kan… agak-agaklah nak gurau pun!”
“Apasal marah? Aku ingat kau nak bukti?”
Aida mencebikkan bibirnya. “Bukti apanya? Nanti kalau Norman dengar
kau cakap macam ni, memang dia belasah kau tau.”
Izzat tergelak kecil. Bukan dia tidak kenal tunang Aida itu macam
mana orangnya, lebih lemah lembut berbanding Aida sendiri. Macam tu nak belasah
dia?
“Dahlah, malas nak layan kau…” Aida bergerak semula ke meja
kerjanya. “Eh, kau jadi tak join
futsal malam ni? Norman dah asyik tanya-tanya sebab dah lama kau tak datang
main.”
Izzat tersenyum seraya menggelengkan kepalanya. “Malam ni tak
boleh, aku ada hal..”
“Hal apa? Ni mesti takde
lain ni, kau nak melepak atas bukit tu kan?” Teka Aida seolah-olah mampu
membaca fikiran temannya itu. “Apalah yang syoknya melepak atas bukit tu? Dah lah
banyak nyamuk, sunyi pulak tu. Elok lagi kalau kau join kitaorang futsal, boleh jugak fitkan badan.”
“Badan aku dah fit dah,
kau jangan risau.” Balas Izzat mengusik. Melihat Aida buat muka loya, dia
tergelak pula.
“Kalau kau duduk lepak dekat situ, lepas tu terjumpa bakal bini
takpelah jugak. Seronok jugak mak kau dapat bakal menantu. Ini tak, masuk angin
keluar asap!”
Terdengarkan rungutan dari bibir Aida itu, Izzat sekadar tersenyum.
Aida tidak pernah mengerti sebanyak mana ketenangan yang dia perolehi setiap
kali berada di atas bukit itu. Dan cuma di situ dia berasa bebas untuk
melepaskan seluruh perasaannya.
Harap-harap malam ini tak hujan, dia mahu berfikir panjang tentang perancangan masa depannya. Rancangan mencari bakal isteri mungkin? Hmm.. tengoklah kalau terjumpa dekat atas tu nanti.
Spontan bibir mengukir senyuman kecil. Nampaknya sindiran Aida yang satu itu memang melekat kuat di kepalanya. Tapi siapa tahu puteri kayangan mungkin muncul untuk menemaninya malam ini....




56 Baca Laju-Laju:
Damn! REally really love it!
ohoho...cm best je...acik PCBS cmane?
~su~
Acik,
I really liked it! Memang x puas baca. tiba² sedih pulak sebab sedikit. :D
SUKAAAAAA!!! n3 first pun da buat sy dup dap dup dap..apatah lagi n3 seterusnyer...hehe...gud job acik..:DD
terbaekkkkk....next entry plezzz..
weeee... siapa nak muncul malam nanti.. ahaks.. tp best giler kedai kek nie.. xde waiting tyme.. nak esok, esok gak dapat.. pergh... okey.. mode nak makan kek jer nie.. memandangkan ade bengkel di Equatorial Bangi.. bolehla belasah kek skali.. hahaha...
Faradina Azlin Azahar
ok,japgi nk g cari red velvet...
thanks acik for the n3~
izat,buatkan kek untuk i..haha
Haha...im fall in love weeeeeee...nk lg acik!!!!
Haha...im fall in love weeeeeee...nk lg acik!!!!
wah2 suka banngat nihhh
nk gi mkn kek cr Izzat yg pandai buat creamy chessseeee!!
acik,
buat i terasa nak makan red velvet
x sbr nk tggu heroinya..sapa pulak..hehehd
Bergegas ke bakery milik izzat.. hihi.. btw, congrats atas RV ni ^^
wuhuuuu..RV plak..nyum2..tgk izzat lg yummy..heheh..
bez ssgt ! x sbr nk tgu n3 strusnya ... ^_^
tak sabarnya utk tunggu cerita seterusnya...
yeay best2, tq acik
malam ni boleh lah mimpikan izzat haha
thank u laling2 smua... =)
waarghhh... best2... teringin pulak nak makan RV...
owh izzat yg hensemmm... tlg siapkan RV special utk lia nti je.. dan jgn lupa bawa ke bukit mlm nti..hahahaha..
acikkkk.. part 1 pun dah menaikkan semangat utk tau next2 n3... mcm selalu.. always yg terbaik dari acik.. luv u.. muahhhhhhhh
serious best..next n3 please acik
Salam, seronok citer kali ni, kat mana kedai kek ni boleh singgah...hehehe
acik..best! alamat macam ni mkn RV hari2 lah saya sebab izzat punya pasal..oh my!
hehehe...thank sbb suka.
jangan makan banyak sngat RV ye, nanti kita sama2 mok mok. hehehe.
kedai Izzat dekat depan rumah acik je. tetiap pagi weols hai-hai-bye-bye.
x lama lagi kapel la dgn acik tu. eh eh. hihi.
again, mekasih! insyaAllah next entry bebila free acik apdet k. =)
wahhh bestnyaaa ! cepat2 sambung tau kak acik lana ! anyway, best gila cita MJKTS dan ABM... :) btw , come and visit our blog syaz.paah95@gmail.com..
cool.. heeh.
permulaan yg menarik...
i likeeeee....
interesting
TERsangatlah besttt!!!
love u Acik sebab tulis cerita ni. Izzat oh Izzat!!! hahaha :)
So so. Quit interesting. Tp pling interesting ada plak nama ex bf I si izzat tu.haha
klu la bakery izzat ni betul2 wujud,
mmg berduyun2 customer..
WG jer dh brape ramai..hehehe..
oh maiiii seyes im fall in love with izzat..
teruja n teramat amat best acikkkkkkk..
mmg best sgt2..x sbr menanti sambungannya.RV phibur hati tbaru sy..thax acik..
Berbagai rasa bila baca RV. First, rasa seronok sangat sebab ada cerita baru. At the same time, takut nak follow sebab nanti nak kena tunggu lama untuk turn publish. Tapi impossible untuk tak follow. Uwaaa...siksa menanggung angau. Acik ada letak dadah ker dalam karya Acik. Serius addicted.
Waaaa..terbaik!! Excited wehh baca.
Okey izzat jgn jumpa cik ponti anak remaja kat atas bukit nun.. Kikikiki.
Next pls..thanks acik :)
Yeay. Cerita baru. Dapat pengganti PYPAC. LOL. Dok tunggu PYPAC, dapat cite baru :)
Oooooooo ok izzat U patah hati ngan sapa?. . . Tak kan dgn aida kot dlm diam diam simpan Perasan yeee
Hmmm permulaan yg mangtob
Waaa.. I ike like like ittt, acikkk...
Can u updte nxt n3 this night..
Waaa, demand kauu.. hahaaa..
Sgt teruja nka trjah blog acik hari2 klo mcm ni.. hehehehe....
What a nice beginng..tak sabor nak baca bab yg seterusnya.. Well done acik... Sape agaknya heroinnya....
wow...like it...teruja nak n3 sterusnya....
Acik red velvet ni akn ada kat bookstore ke nanti?
wow wow... nk address kedai Izzat, ade x? hihihi... kidding...:-p
neway, another nice piece of writing from u, cik acik.. menghitung hari tuk entry seterusnye...
aja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
Like it..sape la heroin ni..nntkan kemunculannya...
RV....nyummm2.....hehehehe :)
waaaa..comey nyer cerita nie..x sabar nk tahu heroin dia.. :D
kak acik, sape nama sebenar heroin ni? cantik la.
Bru first time nk baca citer acik lana dari awal....
Hehe... First part dh menarik....nk tunggu the next part lak
Hi acik. Nak tanya gambar yang atas tuh Nama dia siapa? Handsome lah. Hehe :)
(AA)
aaaaa..dah kita mmg minat gile ngan lelaki yg pandai wat kek....
yummmmyyyyyyy
Best lah acik...hehe...jap nk sambung bab 2;)
haduh...memang hensem la filipino model Xian Lim ni..^_^
best...br bab 1 dh mcm2 kemungkinan bole jd...good!!!
Nice story,ehh nak email boleh tak?
br bace da trpikat ....really nice..<3
that's a goood , really make me interested . love it . :)
Post a Comment