Bebola mata Aida berkali-kali singgah ke raut masam mencuka di
hadapannya ini. Sejak masuk ke bakeri pagi tadi, mahu melihat Izzat tersenyum
pun bukan main susah lagi. Jauh sekali mahu bergurau senda seperti selalu. Mahu
bertanya, dia bimbang pula jika Izzat menuduhnya busy body!
Aida masih memerhati walaupun tangannya ligat menekap fondant ke
bentuk bulat-bulat kecil. Tangan lelaki itu masih lincah mengukir zirafah
menggunakan rice crispy treats yang telah dikaramelkan dengan gula pasir
sebentar tadi. Pandangannya kini terhala pula kepada kek Cik Sophie yang sudah
separuh siap. Sakit sungguh badannya ini mengenangkan kerja keras mereka
bertiga sejak semalam.
Tidak dinafikan yang idea Izzat memang kreatif. Dan kali ini Izzat
mewujudkan tema safari yang begitu comel dan cantik. Kek bijiran berbentuk
singa, gajah, kuda belang sudah dibalut dengan fondant dan diletakkan di dalam
baby crib yang diperbuat daripada kek red velvet dan coklat modeling.
“Kau pergi rollkan fondant warna baby blue sekejap.”
Arahan serius Izzat itu membuatkan Aida terkebil-kebil. Wah, ini
betul-betul bad mood ni! Angin taufan mana yang dah melanggar si Izzat ni?
“Kau kena sampuk ke apa?” Soalnya seraya mengelap tangan yang
sedikit melekit dengan tuala kecil di atas meja. Dulang berisi fondant-fondant
bulat itu ditolak kepada Izzat supaya mudah lelaki itu mahu mengambil dan
menampal di badan zirafah yang diukirnya itu.
“Sampuk apa pulak ni? Aku suruh kau rollkan fondant, pelik ke?”
Melihat jelingan Izzat, Aida tergelak kecil. “Iyalah, kau mengarah
macam Hitler tahu tak? Kau kenapa wei… muka masam mencuka, kek kau pun tak
manis hari ni kut!”
Izzat mengeluh perlahan. Ketara benar ke dia tidak ada mood hari
ini? Mana nak datangnya mood ceria kalau hati tengah sakit, jiwa pun tengah
memberontak bagai nak gila. Semua ini sebab minah senget dekat rumah dia tulah!
Dia masih ingat lagi sebelum dia keluar dari rumah pagi tadi, ibu
sudah siap-siap mengemaskan pakaiannya. Tergamak sungguh ibu meminta dia
berpindah ke rumah kosong di belakang kediaman mereka itu. Rumah sewa itu
dahlah kosong, TV pun tak ada. Ibu ingat dia ini pendatang tanpa izin ke apa?
“Menung pulak? Nak kata bergaduh dengan girlfriend, sorang awek pun
kau takde. Apa masalah kau ni Izzat?”
Sekali lagi Izzat mengerling kepada Aida yang masih berdiri di
hadapannya. Dia melepaskan keluhan berat, masih mempamer wajah serius. “Aku
risau sebab bakeri kita ni banyak rugi. Nak bayar gaji kau pun aku tak mampu.
Aku tengah fikir nak tendang kau keluar ke tak…”
“What?” Terbeliak luas mata Aida kepada Izzat. “Rugi apa pulak ni?
Macam mana boleh rugi kalau sehari berbelas-belas dulang kita jual cupcake kat
depan tu? Itu tak termasuk tempahan-tempahan custom made kek customer kita. Kau
buat akaun betul ke tak ni?”
Melihat riak kalut di wajah Aida, Izzat sembunyi senyum. Tahu pulak
nak cemas minah ni!
“Kau ni betul ke Izzat, betul ke kau nak buang aku? Habis tu aku
nak kerja kat mana?”
“Bukan kau kata kau tak heran ke kalau tak kerja dekat sini?”
Laju pula Aida menggelengkan kepalanya, masih menunjuk reaksi
kalut. “Aku bergurau aje cakap macam tu, takkanlah kau percaya kut! Lagipun aku
mana boleh hidup kalau sehari tak makan red velvet kau, boleh meleleh air
liur..”
Izzat mencebik kecil. “Huh, drama sangat.”
“Serius ke wei? Serius ke?” Aida masih merengek-rengek dengan nada
kesedihan. Parah juga kalau dia bergelar penganggur selepas ini. Macam mana nak
kumpul duit nak kahwin!
“Dahlah, pergi roll fondant kau tu. Kalau asyik melawan cakap bos,
memang takde sebablah aku nak simpan kau kat sini.” Rungut Izzat pura-pura
membentak.
“Haa… kau tipu tadi kan? Kan? Kau saja je nak propa aku kan?” Aida
tersengih-sengih memandang wajah sahabatnya itu. “Aau tahu, kau mana boleh
hilang aku. Aku ni kan assistant Kelas A kau…”
“Semua itu poyo!” Ejek Izzat mengajuk gaya Awie yang sering
dilihatnya di dalam rancangan Maharaja Lawak baru-baru ini. Mengekek Aida
tergelak dengan gurauannya itu.
Seketika Izzat memandang meja kerja yang bersepah-sepah dengan
pelbagai perkakasan dan fondant berwarna warni. Kek tempahan Sophie hampir
siap,dan selepas ini dia perlu mengadun bahan untuk membuat cupcake pula.
Kerjanya memang tak pernah habis, namun dia tidak akan merungut walaupun sedikit. Ini
keghairahannya, dan dia mahu membuktikan dia mampu berjaya seperti usahawan
yang lain. Bakeri Dulceamor miliknya ini pasti akan terkenal suatu hari nanti.
Dia yakin.
*******************
“Izzat, Zati ada kat luar..”
Izzat yang sedang meletakkan kek-kek berbentuk binatang ke dalam
baby crib mengangkat muka memandang Aida yang memasuki ruang pantry. Sekilas
pandangannya berpindah kepada jam yang tersangkut di dinding. Patutlah perutnya
berkeroncong kelaparan, sudah masuk waktu makan tengahari.
“Zati pun ada hati nak adjustkan kau dengan kawan dia ya?”
Usikan Aida itu sekali lagi mengalih perhatian Izzat.
Terpinga-pinga dia memandang temannya yang kembali menyambung tugas menghias
cupcake di meja sebelah sana bersama Kuza.
“Kau cakap apa ni Aida?”
“Iyalah, hari ni dia bawak kawan bukan main cun lagi. Saja nak
suruh abang dia tengoklah tu..”
Berkerut-kerut kening Izzat dengan apa yang dikatakan oleh Aida.
Kawan cun? Sejak bila pulak Izzati rajin membawa kawan ke sini? Enggan
tertanya-tanya, dia segera mengelap tangannya dengan tuala. Dalam kepala
terlintas juga sebaris nama, tapi mustrahil pula sampai ke sini gadis itu mahu
menunjuk muka.
“Alhamdulillah… pertama kali aku nampak kau teruja bila sebut pasal
perempuan!” Usik Aida seraya menadah tangan. “Syukurlah Kuza, lepas ni kita
boleh makan nasi minyak bos kita ni..”
“Kau jangan nak merepek boleh tak? Aku lapar, aku teruja nak ambik
makanan dari adik aku, that’s all!” Tingkah Izzat menafikan. Melihat Aida dan
Kuza terkekeh-kekeh ketawa, dia mendengus pula.
Langkahnya segera diatur ke ruang depan tanpa mahu mendengar lebih
lama gelak-gelak mengusik itu. Dia tidak faham kenapa semua orang kisahkan
sangat bila dia tidak ada girlfriend. Tak normal ke macam tu? Dia cuma belum
bersedia mahu memberi komitmen, mahu menjaga hati dan perasaan seorang
perempuan. Masa untuk diri sendiri pun tak ada, lagi sibuk-sibuk nak bagi masa
pada orang lain pulak.
“Abang!” ceria Izzati menyambutnya di ruang kedai yang agak sempit
itu.
Izzat tersenyum dan menganggukkan kepala. Namun sesaat kemudian
pandangannya berpindah kepada seorang gadis di sisi Izzati. Dadanya berderau,
serta merta senyuman di bibir terpadam.
“Ini lunch abang. Hari ni ibu tak pergi pasar, tak dapatlah nak
masak banyak lauk.” Ucap Izzati seraya menghulurkan mangkuk tingkat kepada
Izzat.
Dengan wajah tidak semanis tadi, Izzat menyambut juga huluran
adiknya. Sempat juga dia menjeling kepada Helena yang masih leka memerhati
ruang bakerinya ini. Perempuan penyibuk, macam parasit!
“Hmm.. apahal pulak Zati bawak dia datang kedai abang ni?” Soalnya
kurang senang. Dia nampak kepala Helena pantas terpusing kepadanya, sengaja dia
buat-buat tidak nampak.
“Saja, lagipun Kak Helena bosan dekat rumah tadi. Ibu yang suruh
Zati bawak dia jalan-jalan dekat sini..” terang Izzati dengan wajah ceria.
Helena mengerling wajah Izzat yang masih seperti pagi tadi, muka
cemberut. “Hmm.. cantik bakeri ni, simple dan comel..”
“Kalau akak nak tahu, kek red velvet abang paling famous dekat sini
tau. Sedap sangat-sangat, akak nak rasa?” Pelawa Izzati bersungguh.
“Kek red velvet? Oh please, I’m on diet. I tak boleh makan kek-kek
manis ni, too much calories yang boleh menggemukkan badan I.” Balas Helena
tanpa sedikit pun menunjuk rasa ragu. Lagipun mendengar Izzati memanggilnya
sebagai ‘akak’ dia rasa kurang vogue pula. Macam dah tua sangat!
Rapat Izzat mengetap bibir dengan kata-kata Helena. Gemuk? Amboi…
mulut tu memang cabul betul! “Kalau kau nak kurus sangat, kau pergi duduk
bergelandangan tepi jalan. Apahal pulak kau nak makan minum dekat rumah aku tu?
Kau tak takut gemuk?”
Bulat mata Izzati dengan apa yang diluahkan oleh abangnya, namun
lebih bulat lagi mata Helena yang mendengar ayat serupa.
“What did you say? You suruh I merempat tepi jalan?”
“Yalah, apa masalahnya? Kau tak takut gemuk kalau kau makan
sedap-sedap dekat rumah aku tu?”
Giliran Helena pula merengus geram. Kalau tidak dikenangkan ada
beberapa orang pelanggan di dalam kedai ini, memang dia sudah menjerit dan
memaki hamun sekuat hati. Izzat memang benar-benar menyakitkan hati. Lelaki
jahat, lelaki bertanduk macam syaitan!
“Bila I dah kerja nanti, I akan bayar setiap sen makanan yang I
makan dekat rumah tu. Puas hati you?”
“Kerja? Then pergilah cari kerja! Kau ingat duduk rumah aku tu
free-free aje nak goyang kaki?”
“You…” Helena mengetap rapat bibirnya dengan tangan digenggam erat.
Sakit hati!
“Aku nak kau cepat-cepat keluar dari rumah aku. We don’t know you,
entah-entah kau ni perompak licik atau jugak banduan lari dari penjara. Aku tak
nak kau menyusahkan emak aku lagi..”
Perompak? Banduan? Berdesing telinga Helena mendengar apa yang
dikatakan oleh Izzat. Baru sehari dia di rumah itu, takkanlah dia sudah
menyusahkan semua orang. Dia bukannya buat perangai tidak elok, dan dia memang
sudah bercadang mahu mencari kerja sebaik saja Biha menghantar semua pengenalan
dirinya ke sini. Namun sikap Izzat benar-benar membuat dia rasa tercabar dan
sakit hati, tidak tertahan rasanya.
“Fine, I pun tak heranlah! You ingat rumah you tu rumah banglo
sampai I nak curi semua barang dekat rumah tu?” Sindir Helena geram. Tangannya
naik melurut rambut dengan kasar, menunjuk reaksi memprotes. “Zati, kirim salam
dengan your mom. Cakap dengan dia, I ucap terima kasih banyak-banyak sebab
tumpangkan I semalam.”
“Errr…. Akak nak pergi mana?”
“Anywhere. Lagipun duduk dekat rumah tu bukannya senang hati I ni.
Kena menghadap orang gila hari-hari, lama-lama I pun boleh jadi gila.” Sengaja
dia menjelingkan matanya kepada Izzat yang sudah mengetap bibir kepadanya. Nak marah?
Marahlah. Lagipun belum tentu selepas ini ada pertemuan kedua diantara mereka
berdua.
Melihat Helena melangkah ke pintu kedai, Izzati cuba menghalang
namun abangnya lebih pantas menarik tangannya.
“Biarkan dia Zati, memang elok kalau dia berhambus..”
“Abang ni kenapa? Kenapa layan Kak Helena macam tu?”
“Kenapa apanya? Dia bukan ada kena mengena dengan kita pun, tak
payahlah Zati nak pening-pening kepala pasal dia. Biarkan dia cari haluan dia
sendiri, dia bukan budak kecik lagi..” Ucap Izzat meyakinkan adiknya itu.
“Hmm.. kalau ibu marah, abang tanggung sendiri!”
Perlahan Izzat menghela nafasnya. Ibu nak marah? Alah, pandailah
dia pujuk ibu nanti.
Malam itu seperti yang dijangka, memang teruk dia dibebel oleh
ibunya. Berkali-kali dia dipersalahkan kerana membiarkan Helena membawa diri
entah ke mana. Dia tidak nampak apa kaitan mereka sekeluarga dengan Helena,
jadi biarlah perempuan itu mahu ke mana pun!
Namun setelah berkali-kali didesak oleh ibunya, dia terpaksa juga
menghidupkan enjin kereta dan keluar mencari gadis itu. Tak ke kerja gila
namanya, keluar mencari perempuan yang paling dia menyampah sekali! Pulak tu
ibu tergamak mengugutnya dengan ayat ‘kalau tak jumpa, jangan balik!’. Amboi..
dah angkat Helena jadi anak sendiri ke apa?
Hampir sejam juga dia berpusing-pusing di sekitar kawasan itu namun
kelibat yang dicari tidak juga ditemui. Dengan badan yang keletihan setelah seharian
bekerja, dia mencari ala kadar sahaja. Kalau terjumpa, adalah. Kalau tidak, dia
akan mencipta alasan lain untuk menenangkan hati ibunya nanti.
Bosan mencari di kawasan perumahan dan deretan-deretan kedai itu,
dia membawa Jazz kuningnya mendaki ke bukit yang menjadi tempat istirehatnya. Kalau
dia terus balik ke rumah, bimbang pula ibu menuduhnya mencari dengan sambil
lewa. Lebih elok jika dia menghabiskan masa beberapa jam di sini sebelum pulang
ke rumahnya.
Keretanya diparkir di tepi jalan yang sudah menjadi port rasminya. Suasana
lengang malam ini, sama seperti malam-malam sebelumnya. Cuma sekali sekala ada
kenderaan lalu lalang di kawasan tersebut.
Beberapa minit merebahkan tubuh di atas bonet kereta, pandangannya
masih kekal menatap dada langit yang indah ditaburi bintang. Tanpa dipinta
peristiwa malam semalam menjelma di ruang fikirannya. Peristiwa yang akhirnya
mengikat dan menjerat kehidupan dia kepada seorang perempuan bernama Helena.
Helena… seulas nama itu meniti lembut di bibirnya. Nama yang cukup
unik, ringkas, namun empunya diri tidak pula seringkas itu. Dalam hati dia
tertanya-tanya, apa punca yang membuatkan Helena tekad menamatkan hidupnya di
sini. Dia yakin semua itu kerana cinta, tapi cinta apa yang terlalu kuat
seperti itu? Dan dicintai oleh perempuan secantik Helena, apa yang menghalang seorang
lelaki dari membalas dengan rasa yang serupa?
Kalau dikira pada normal manusia, mustahil ada lelaki mampu menolak
kehadiran Helena yang cukup sempurna parasnya. Atau mungkin sikap gadis itu
tidak seiring dengan keindahan rupa? Sekilas bibirnya mencebik. Mungkin benar,
dia sendiri naik jelak dengan sikap Helena yang menjengkelkan.
Cakap tak pernah elok, otak pulak otak beku, sebab tu singkat
sangat akalnya sampai sanggup nak bunuh diri sebab seorang lelaki. Bodoh! Kutuknya
sesedap rasa.
“What are you doing here?”
Kedengaran suara gemersik Helena menyoalnya. Rapat Izzat memejamkan
mata, tidak sangka dia terlalu trauma sampai terngiang-ngiang suara perempuan
itu di telinganya. Memang kena ajak ibu jumpa ustaz pergi berubat ni!
“Tak payah nak berlakon tidur pulak boleh tak?”
Tercelik luas mata Izzat dengan sindiran itu. Kelam kabut dia
bangkit duduk di bonet keretanya. Pandangannya yang terkelip-kelip terhala
tepat kepada susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapannya. Helena??
“Kau.. kau buat apa dekat sini?”
Helena menjulingkan matanya ke atas. Orang tanya dia, dia tanya
kita pulak!
“Menuai padi, tak nampak?” Sindirnya sinis. Takkanlah dia mahu
berterus terang pula yang sejak tadi dia meredah semak samun untuk mencari
telefon bimbitnya yang tercicir semalam. Teringatkan sesuatu, dia memandang
lelaki itu dengan pandangan aneh.
“You cari I ke apa ni?”
“What? Kau ingat aku banyak masa sangat nak cari kau? Ini memang
tempat aku melepak kut, kau tu yang menyibuk!” Balas Izzat seraya mencebikkan
bibirnya.
Dia mencuri pandang kepada Helena yang mengeluh kecil. Terfikir
juga di kepalanya, macam mana perempuan ini mahu hidup sehelai sepinggang begini?
Melihat mata Helena liar memerhati ke sana sini, hatinya terdetik dengan tanda
tanya.
“Kau cari apa?”
“Hmm.. adalah.”
“Perempuan sombong.” Komennya perlahan. Dia tahu Helena terdengar,
tajam renungan gadis itu memanah kepadanya. Bebola mata Izzat melurut turun ke
betis Helena yang terdedah kerana hanya mengenakan skirt kembang paras bawah
lutut. Skirt itu kebiasaannya dipakai Izzati ketika di dalam rumah, tapi
perempuan ini selamba saja memakainya untuk keluar bersiar-siar.
Pandangan yang tadi mengecil, dibulatkan apabila mengesan sesuatu
di betis putih melepak itu.
“Ada benda kat betis kau.”
“Hah?” Helena mengerutkan kening kepada Izzat yang masih duduk
santai di bonet kereta. Dia menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat apa
yang dikatakan oleh Izzat sebentar tadi. Hati tiba-tiba cemas. Tahu sajalah
dalam kawasan semak begini, macam-macam makhluk ada.
“What? What is it?” Kelam kabut dia melihat kakinya.
“Hmm.. pacat kut.”
“Pa.. pacat??” Mata Helena terbeliak luas. Terasa darahnya terus hilang
disedut oleh pacat yang mungkin bertenggek di betisnya. Dia lemah untuk
berdiri, terasa longlai sendinya serta merta.
Izzat sembunyi tawa. Kelakar melihat gadis itu tidak tentu arah
membelek kaki sendiri sebentar tadi. Namun ketika pandangannya terhala semula
kepada Helena, tubuhnya spontan melompat turun dari kereta.
Bergegas dia berlari kepada Helena yang sudah rebah ke tanah. Dan
kemudian dia segera melutut di sisi gadis itu, menepuk berkali-kali pipi yang
agak dingin bersentuhan dengan kulitnya.
Hek eleh, menyakat sikit pun dah pengsan? Itu bukan pacatlah, itu rumput
kering!





29 Baca Laju-Laju:
Hamboi..jahat nyer izzat..
mulut mmg la..org kt mulut longkang..hahaha
cehh! dgn pacat pun boleh pengsan ker? satu lagi heroin acik yang suka pengsan. lemah semangat kot... hehe
sian kat helena..sampai pengsan budak tu dikenakan ijat..
ijat...ijat....
Akhirnya, yg d tggu2 mnjelma juga.. dr mggu lpas I wait for this n3... hehehe..
Ble la ijat nak beromantik ngan helena ni acik... hehehe...
ijat
nyakat anak dara org sampai pengsan tu
hihi tapi comelnya, sampai pengsan
hehehe.. yalah. dahlah dari tengahari dia tak makan kan,... sampai ke malam.
maunya x pengsan bila terkujat beruk. eh terkujat pacat. haha
Best.... #^_^
Hahahha...lawak..lawak.
best brjuta3 lemon acik! abg ijat sakat anak dara org ye,,piat telinga kan baru tau..btw,helena mmg selamba xde control2 ayau..thumbs up acik :)
noti boy..eeehee...
hahaha.. melawak kasar la plk si izzat ni.. but sweet je...
tqvm acikkkkkkkk.. muahhhhhh
kta xska tp da msa lg nk mengusik.. izzat2... hehehehe..
nex en3 plz...
msti izzat ketaq kn bila helena pgsan.. ha amek kau nyakat sgt ank dara org
nakal jgk si izzat kita ni.. suka suka..next2 acik yer..
haha..luculah izzat..nanti ada yg bsemi dhati baru tahu..
mintak2 helena saje buat2 pengsan..biar padan muka izzat..tu la, suka nyakat orang sgt..hehehe
hahaha smpai pengsan bdak helena tuh..last2 rumput kering je? rugi plak pengsan hikhikhik =P
lol..takut pacat bawa sampai pitam..adoi ijat apsal garang sgt weh..
Isk kot ya pun nak nyakat...sampai pengsan awek tu....
jahat tul ijat nie, lemah jantung si helena tu...kot nak menyakat pun..
hahaha....adehhh helena....telebih panik sgt pengsan terus..ambik ko izzat...bejawab lg la bila balik rumah mak dia tu...hehe
hahaha...agak2 la helena ni terus percaya ape yg izzat ckp..
klaka..yg izzat ni pun blh tahan mengusik org..
noty ek abg ijat ni..hihihi..sukeee...
Kihkihkih....mmg best la acik...good job..
jahat izzat nih..buat helena pengsan
i pon geli sgt2 kt pacat ..especially bila dia dh kembong gilers
menjwb la ko Izzat nnt kt ibu
kelakar betul
x mkn red velvet cake..takut gems!!
mkn nasik pun leh gems apa
Jd sila pantau diet memasing
tingkatkan protin anda & sila turunkan kabo anda..
selamat berjaya
Acik!!sambung lg tau..i do enjoy!
Aduhai Acik cpt la update RV...rndu sgt da ni...kalah rindu kat pakwe huhuhuh...
best sgt2
Nakal tul ijat ni...
suai sgt Izat ngan Helena nie...poyo!!!
Post a Comment