“Budak bertuah, kamu ingat kelakar ke buat macam
tu Ijat?”
Terdengarkan nada suara yang tegas itu,
lambat-lambat Izzat mengangkat muka. Dia memandang wajah ibunya dengan perasaan
berbuku di dada. Kemudian pandangan berpindah pula kepada Izzati yang
menjuih-juihkan bibir tanda ‘padan muka’ kepadanya.
Perlahan Izzat melepaskan keluhan geram. Tengok,
sekarang semua orang dalam rumah ni dah pandai nak menyalahkan dia. Macamlah
dia sengaja nak buat si Helena tu pengsan. Hujung-hujung dia jugak yang susah
sebab terpaksa menggendong perempuan itu ke kereta.
“Dia berlakon ajelah ibu.. mana ada orang pengsan
sebab takutkan pacat!”
Puan Faizah yang sedang mengupas bawang merah di
meja makan itu merenung tepat kepada anak sulungnya. Walaupun menayang muka
cemberut, Izzat tetap juga membantu dia dan Izzati menyediakan bahan-bahan untuk
memasak nasi lemak bagi jualan pagi esok.
“Takkanlah Helena berlakon pulak. Lagipun
sepanjang hari dia tak makan sebab merajuk dengan perangai kamu, mana ada
tenaga bila kamu takut-takutkan dia macam tu.”
“Merajuk dengan Ijat? Eii.. tolonglah!” Izzat
pura-pura mahu termuntah. “Ibu ni senang sangat bagi orang luar tumpang rumah
kita, kita bukan tahu pun dia tu siapa sebenarnya. Entah-entah pencuri ke,
orang gila terlepas dari wad ke, nanti hujung-hujung kita yang susah..”
Perlahan Puan Faizah menggelengkan kepalanya
dengan tuduhan Izzat yang tidak berlapik itu.
“Tak baik berprasangka pada
orang, Ijat. Lagipun tak salah kalau kita tolong orang yang dalam kesususahan.
Hari ni hari dia, esok lusa entah hari kita pulak. Hidup manusia ni bukannya
selalu senang, kena selalu beringat..”
“Entah abang ni. Zati tengok Kak Helena tu baik
aje, cantik pulak tu.” Izzati pula menyokong kata-kata ibunya.
“Apa kaitan dengan cantik pulak ni?” Soal Izzat
seraya menjeling adiknya. “Muka cantik macam mana sekalipun, tapi kalau
perangai buruk buat apa. Useless!”
“Ya Allah budak bertuah ni, mulut tu tak boleh nak
berlapik sikit ke Ijat?” Soal Puan Faizah kurang senang. “Yang kamu anti sangat
dengan si Helena tu kenapa? Kamu pernah mengurat dia tapi kena reject ke?”
Bulat mata Izzat dengan pertanyaan yang tidak
disangka-sangka itu. Melihat Izzati mengekek ketawa, dia mengetap rapat
bibirnya dengan perasaan geram. “Apa ibu ni? Bila masa pulak Ijat mengurat
dia?”
Puan Faizah tersenyum simpul, kemudian
mengangkat-angkat pula keningnya kepada Izzati. “Manalah tahu, kan Zati kan?
Kut-kutlah abang kamu ada terserempak dengan Kak Helena dekat mana-mana sebelum
ni…”
“Oh, tolonglah… ibu jangan nak mula karang cerita
dongeng. Ijat tak pernah jumpa dia sebelum ni, memang tak pernah.” Sanggah
Izzat bersungguh-sungguh.
“Dah tu tak payahlah nak cemas, ibu tanya aje
kan?”
Melihat senyuman di bibir ibunya, Izzat membuang
pandang ke sisi. Malu juga sebab dia beria-ia benar menafikan semua itu. Buat
selamba sudah, ini dia pulak yang terlebih menggelebah!
“Ibu, abang kata Kak Helena tu cuba bunuh diri ya?
Ibu ada tanya kenapa dia buat macam tu?” Tanya Izzati dengan tangan masih sibuk
menggunting cili kering.
“Kamu jangan sibuklah Zati, ini hal orang tua. Tak
elok kamu tanya macam tu, kalau Kak Helena terdengar macam mana? Dah, jangan
bukak cerita pasal ni lagi.”
Memuncung bibir Izzati dengan balasan ibunya.
Soalan tanpa jawapan, memang sungguh tidak senang hati dibuatnya. Dia
benar-benar mahu tahu kenapa perempuan secantik Kak Helena sanggup mengambil
jalan sekeji itu. Manalah tahu ada situasi yang sama macam dalam novel-novel
yang pernah dia baca selama ini.
“Orang kalau takde iman memang macam tu, suka
bertindak ikut perasaan, dah tak fikir hukum Tuhan.” Komen Izzat bersahaja.
Kata-katanya itu membuatkan ibu dan Izzati serentak memandang ke arahnya.
“Habis tu, iman kamu tu dah cukup sangat ke?”
Sindir Puan Faizah dengan maksud tersirat. “Hah, kalau dah cukup sangat iman di
dada, cepat-cepat dirikan masjid. Ibu ni dah teringin nak dapat menantu, nak
menimang cucu, bila kamu nak bagi?”
Izzat merengus perlahan. “Ibu ni… cari bini bukan
macam cari ikan dekat pasar.”
“Eh, cari bini dekat pasarlah elok.
Sekurang-kurangnya kita tahu perempuan tu kenal ikan sayur segala, rajin
memasak..”
“Ah, bukan betul sangat teori ibu tu. Yang Ijat
nampak selama ni perempuan muda terjengket-jengket dekat pasar, geli sangat
kononnya. Lepas tu pegang ikan pun hujung-hujung ekor aje, baik tak payah
pegang.”
“Eh, itu namanya pembersih. Eloklah cari bini
macam tu..”
Tergelak-gelak Izzati mendengar perbualan ibu dan
abangnya itu. Bila bab-bab kahwin yang menjadi topik, memang hangatlah
perdebatan di dapur ini. Dia sudah terbiasa,
sudah masak dengan kerenah abangnya yang terlalu sukar mencari kekasih hati.
Entah apa ‘syarat-syarat wajib’ yang ditetapkan oleh abangnya sehingga gagal
mencari yang berkenan untuk dijadikan isteri.
Bukan sekali dua ibu memperkenalkan gadis-gadis
muda kepada abangnya, namun sekadar pertemuan pertama dan ianya terus menjadi
pertemuan terakhir. Dan dia faham kenapa ibu risaukan abangnya, maklum sajalah
zaman sekarang ini macam-macam hal. Tak cukup bercinta dengan perempuan, ada
pula yang bercinta dengan kaum sejenis. Nauzubillah, dia tahu abangnya bukan
begitu!
“Err.. makcik.”
Perbualan Izzat dan ibunya serta merta berakhir
apabila suara itu menerjah perlahan ke ruang dapur. Serentak mereka bertiga
memandang ke arah yang sama, melihat Helena yang menunjuk muka serba salah di ambang
pintu dapur. Spontan bibirnya mencebik. Sekejap benar pengsannya!
“Helena dah sedar? Eh, jangan berdiri dekat situ
aje, meh duduk sini.”
Melihat ibunya bangun mendapatkan Helena, semakin
meluat hati Izzat. Seronoklah agaknya perempuan tu dapat bermanja-manja dengan
ibu. Dah besar kepala, bertambah besar kepalalah jawabnya.
“Tadi kamu pengsan, Ijat yang bawak kamu balik ke
sini. Kamu tak sihat ke?”
“Izzat ibu, Izzat.” Potong Izzat membetulkan
sebutan namanya. Bagi dirinya, cuma keluarga rapat saja boleh memanggilnya Ijat, orang lain
memang memanggil dia dengan nama Izzat seperti yang tertera di dalam kad
pengenalannya.
“Alah, bukannya berbeza sangat pun.” Getus Puan
Faizah bersahaja. Tidak diendahkan muka membentak Izzat, dia kembali memandang
wajah Helena yang kelihatan sedikit pucat. “Kamu lapar tak Helena? Dari siang
tadi tak makan, mesti kamu lapar sangat kan..”
Helena tersenyum kelat. Dia menundukkan kepala,
tak kuasa mahu memandang jelingan Izzat di hadapannya itu. “Saya mintak maaf
makcik, saya dah banyak menyusahkan keluarga makcik. Tapi saya memang takut
sangat dengan pacat, memang tak boleh tahan kalau nampak benda tu..”
Puan Faizah tergelak kecil. “Tak ada menyusahlah,
lagipun si Ijat ni yang buat perangai sebab menyakat kamu..”
“Err.. menyakat?” Mukanya kembali diangkat memandang wajah
Puan Faizah, kemudian berpindah pula ke muka Izzat yang masih mencuka. Apa
pulak mamat hati ais ni dah buat pada aku? Rasa geram di dada mula meluap-luap
namun dia cuba mengawalnya sebaik mungkin.
“Sebenarnya yang ada dekat betis kamu tu bukan
pacat, tapi rumput kering. Maaflah sebab anak makcik ni memang kuat sangatmenyakat,
tak sangka pulak sampai boleh buat kamu pengsan.”
Zap! Darah panas terasa menyerbu ke muka. Tajam matanya
memanah wajah Izzat yang masih selamba mengasingkan ikan bilis di dalam dua
buah bekas plastik.
Rumput kering? Dia pengsan sebab rumput kering? Damn!
Memang buat malu kalau didengar dek orang! Bedebah betul si Izzat ni, berani
dia main-mainkan aku.
“Ijat, kamu tolong masakkan sup panas untuk
Helena. Sejuk-sejuk macam ni memang sedap kalau dapat hirup sup. Nasi pun ada
lagi dalam periuk tu, Helena jangan malu-malu pulak nak makan ya?”
Helena tersenyum kepada wanita budiman itu,
manakala dia lihat wajah Izzat serta merta bertukar tegang. Padan muka,
last-last kena jadi tukang masak aku jugak!
“Ibu, Ijat takde masa nak masakkan dia. Dia kan
perempuan, suruhlah dia masak sendiri.” Bantah Izzat sedikit kasar. Walaupun
ibunya menjegilkan mata sebagai amaran, namun dia buat-buat tidak nampak.
“Helena kan tetamu kita, dan kamu kan memang suka
memasak. Selalu tu tiap-tiap malam kamu buatkan kudapan untuk ibu dan Zati, apa
salahnya malam ni buatkan untuk Helena pulak.”
Izzat mencebikkan bibirnya. Kudapan bermakna
goreng keropok, buat cekodok, bukannya buat sup bagai! Malas mendengar desakan
ibunya, Izzat bangkit dari kerusi. Sempat juga dia melihat sengihan mengejek di
bibir Helena.
Oh girl,
you just have to wait and see..!
Walaupun menyampah tahap tertinggi, namun terpegun juga Helena
melihat ketangkasan Izzat di dapur. Masak sup ayam macam masak magi saja. Tidak
sampai setengah jam, sup panas bersama isi ayam dan kentang sudah terletak
indah di hadapannya. Bau bukan main sedap lagi, rupa pun cantik membuka
seleranya.
Dan ketika Izzat meletakkan sepinggan nasi, dia
mendongak dengan senyuman lebar tanda kemenangan. Lelaki itu menjeling tajam, kemudian
menarik muka seketat mungkin. Oh tolonglah, dia tidak rasa gentar langsung
setakat menghadap muka cemberut begini.
“Makan Helena, jangan malu-malu. Ijat ni memang
pakar masak sup ayam, bukan setakat sup ayam aje, macam-macam masakan dia
pandai. Masakan ala kampung ke, Western ke, semua dia reti tau. ”
Pujian ibunya membuatkan Izzat sedikit kurang
senang. Memanglah dia suka memasak kerana dia benar-benar cintakan dunia
masakan, namun memuji di hadapan perempuan seperti Helena samalah seperti
merendahkan keegoannya.
Dia ini lelaki, dan lelaki pasti lebih sinonim
dengan kerja-kerja kasar dan keras. Kalau Helena asyik disogokkan dengan ‘kelembutan’
hobinya, pasti kepala perempuan itu berfikir yang bukan-bukan. Dia tidak rela
Helena memandang dia ini sebagai lelaki lembut!
Helena tersengih-sengih dengan apa yang
didengarinya. Kemudian dia mencapai sudu di dalam mangkuk sup. Perutnya yang
berkeroncong kelaparan benar-benar membuatkan dia tidak sabar mahu menjamah
setiap hidangan yang ada. Dia yakin dia mampu menghabiskan sepinggan nasi ini
tanpa banyak soal.
Melihat Izzat kembali meneruskan tugasnya dengan
si bilis, perasaan sedikit gelisah. Kenapalah mamat tu tak balik saja ke rumah
belakang? Orang nak makan pun tak senang. Bukan apa, kalau dia makan sampai
habis licin nanti, kembang pulak hidung si Izzat tu.
Namun menurut saja rasa lapar yang tidak
tertanggung, dia menyudu juga sup yang sedikit keruh itu. Ditiup-tiup beberapa
kali sebelum menyuanya ke mulut. Belum sempat sup itu ditelan, lidahnya terasa
kebas dan pijar. Mahu dimuntah keluar, dia tahu ini bukan tempat yang sesuai.
Dan ketika pandangannya melekat ke singki, Helena
segera bingkas berdiri. Tergesa-gesa dia berlari ke hujung dapur untuk membuang
takungan sup di dalam mulutnya itu.
Ah, dia tahu ini memang kerja Izzat! Memang kerja
lelaki gila tu!
“Helena, kenapa ni?” Soal Puan Faizah sebaik saja
melihat Helena berlari ke singki. Terbatuk-batuk gadis itu membuang apa yang
ada di dalam mulutnya. Terpandangkan sup yang belum luak itu, segera matanya
mencari wajah Izzat. “Apa Ijat letak dalam sup tu?”
“Letak apa ibu? Letak ramuan biasa yang Ijat buat
tulah..”
Balasan Izzat semakin menerbitkan rasa curiga di
hati Puan Faizah. Pantas dia menyudu sup itu ke mulutnya. Sesaat kemudian
wajahnya berkerut-kerut dengan mata kian mengecil. “Ya Allah.. berapa kilo kamu
letak garam ni Ijat? Rasa air laut!”
“Kenapa ibu? Tak sedap ke?” Tanya Izzati sebaik
saja melihat reaksi ibunya yang agak keterlaluan. Dia kemudian menarik mangkuk
berisi sup itu untuk merasanya. “Ewww… masinnya! Abang sengaja nak kenakan Kak
Helena ya?”
“Eh, apa pulak? Abang rasa okay aje tadi..”
“Hesy, apa nak jadilah kamu ni Ijat? Dengan perempuan
pun nak cari pasal.” Gerutu Puan Faizah sedikit geram. “Dah, kamu pergi balik
rumah belakang. Biar ibu bawak Helena pergi kedai mamak dekat depan tu. Makanan
dekat situ lagi sedap dari sup kamu ni!”
Izzat tidak membalas sebaliknya dengan bersahaja
dia bangkit dari kerusi. Sempat juga dia mengerling Helena yang masih berdiri
berdekatan dengan singki. Tajam renungan gadis itu kepadanya, namun percayalah
dia sedikit pun tidak terkesan apa. Rasa bersalah? Lagilah tak ada!
“Jom Helena, kita pergi kedai depan. Malam ni kamu
tidur awal sikit, esok pagi-pagi kamu boleh tolong makcik dekat gerai nasi
lemak tu. Tak adalah kamu bosan sangat dekat rumah..”
Tersentak Izzat dengan pelawaan ibunya. Amboi, nak
suruh minah tu tolong dekat gerai pulak?
“Ibu, mesti laku gerai ibu esok. Iyalah, ada awek
cun tolong jualkan nasi lemak.” Tambah Izzati pula.
Mata Izzat beralih ke wajah Helena yang
tersipu-sipu segan. Hmm.. memang tidak mampu dinafi hati yang kelebihan paras
Helena pasti mengundang kegilaan baru di gerai ibunya. Maklumlah, di situ
memang port kawan-kawan lelaki dia bersarapan. Dan dia cukup yakin Fairol, Aziff
dan Danial akan menyoal siasat dirinya setelah memandang Helena nanti. Bukan dia
tidak tahu betapa nakalnya budak bertiga itu, memang pantang tengok perempuan.
Dan ketika dia
memandang langkah ibu meninggalkan ruang dapur itu bersama Helena dan Izzati,
tiba-tiba saja gadis itu menoleh kepadanya. Seketika mata bertentang mata,
anehnya renungan itu terlalu memukau, begitu lembut menusuk ke hati tanpa sebarang
sebab.
Pantas Izzat mengalihkan pandangan ke sisi dengan
dada berdebar-debar. Nafas dihela perlahan. Rasa ini sama seperti pertama kali
dia memandang Helena sebagai ‘puteri kayangan’ ketika awal pertemuan mereka
dahulu. Sungguh, sama sekali tidak berbeza.
Ah, dia tahu Helena sengaja mahu menggodanya, mahu
membuat dia tewas dengan cara yang paling perit. Sekilas bibirnya mengukir senyuman
sinis.
Silap besarlah Helena, kerana perasaannya ini sama
sekali tidak akan terusik begitu sahaja. Mungkin dia terpesona, tapi dia yakin
dia tidak akan jatuh cinta… dia sangat yakin.




40 Baca Laju-Laju:
nk lg..hehehe
Acik. Sy nk tnye. Buku yg dah order bileee nak dpt eh? :)
ceceh! x mau konon Izzat tu
tgk la nasi lemak ibu dia esok laris
baru dia tahu..
Tak masuk lg geng2 kwn dia nnt nk ngendeng helena
Jgn nnt Izzat tingin bwk helena pegi kedai dia sudah!!
Acik..bila nk kuar kudup2 cinta
Tom & Jerry bagus juga..
nk jugak rs dup dap sikit2..just a little bit
Helena x de nk cari kerja ke..
mcm mana yer nnt dia pegi keje?
Tq lots rvs..nk lagi tau
ok for now stay healthy & dont be noti2..kikiki, bye!
wah..seksinya laki yang pandai masak ni acik.. :)
amboi marah & anti btul izzat dgn helena ni..tp izzat sweet sbb dia pndai masak!
tq acik
oh patutlah aritu lunch sup ayam ye, mesti feeling abg ijat masakkan kan
dah nak masuk part cinta mula berputik la ni ye, heeeee tak sabar nak tunggu sambungan
cehhh...cehhh...ijat dlm marah2 suka rupanya kat helena....betul2..lelaki pandai masak mmg look sexy...huhuhu
ACIK NOVEL PPAC DAH ADA KAT PASARAN KE,NAK LA.
Lelaki yg pandai masak romantik..tp kalau suka buli gal..tak suka la..hehehe
eleh jual mahal plak abg ijat ni..
sok jgn terkejar2 plak si cantik Helena tuh..
yuhuu..tetibe rase rindu kt abg Kimi..
x lame agi dpt peluk..
yesss...
jgn takbur izzat hehe..wait n see nanti..
Hahaha jgn yakin sgt ijat oiiii.. kita tgk la nnti mcm mner awk jtuh cnta gila kat helena too..
A...a..yakin la sgt...kita tengo la nti wahai ijat...sape yg meroyan...bila dah tangkap cintan dgn helena...huhuhu
alahai, tak sabar nak tggu ijat n helena berbaik, jd couple, kahwin hehe
uhuk uhuk so sexy la abg ijat!! aummm!!
yahoooo...ijat dah kena panahan arjuna...
Post entry banyak sikitlah acik ... Tak puas baca 1 bab je. Nak lagi nak lagi! :D
alamak aiii izzat.. sampainya hatimu masakkan sup ayam yg masin utk helena.. ni kes balas dendam sbb terpksa masak la ni.. ishhh...
owhhh... renungan tu belum cukup kuat utk meluntur dan melembutkan hati izzat utk jatuh cinta? mcmna lagi agaknya ye... mmg suspen nak tau kisah2 yg seterusnya...
tggu team acik pos la ye....
skrg bku dh siap cetak.. :)
PYPAC skrg ni dh siap cetak...
lau nk order trus ke email acik lana..
kt blog ni acik ada ltk cra2 tuk order ny... cer cri blik y acik post tu... :)
tlg jwb kn....jgn marah ye...
pesal la hati ijat ni beku beno? cm anti ngn pompuan y dia x kenai pn ada gk...
ke...ada cite d sblik kedinginan dia tu... mybe bpak dia d rmpas dek pompuan y x malu ke... pepandai je aku ni...hehehh ;)
eleh dh ada debar la tu..konon nk deny la ek ijat..nk tengok lama mana ble tahan..
amboi confidentnya Izzat xkn jatuh cinta ngan Helena ya..hati aisberg ke pe hati Izzat n..
acik, sape name sebenar helena ni?
Suke suke..xsaba nk tnggu entry baru..thanks acik..;)
Sukw suke..xsaba nk tnggu entry baru.thanks acik..;)
Hati batu betul Izzat ni. haha... nice entry Acik. Terima kasih :D
Acik! Macam mana nak dapatkan semua novel acik ye? Yg novel mjats kmhb saya dh ada. Saya nak yg lama punya. Kt bookstore dah takde. Saya nak sangat novelnya ;( help me acik!
Achik bile nk continue bab 6 ni..xsabar nk tnggu..
ye le tak sabar nak tau sambungan ijat dgn helena ni, bab 6 msh gaduh2 ke dah mula berputik cinta mereka... acik nak bab 6 pula.
best best.
bab gaduh2 ijat dan helena memang lawak.
saya pun tgh buat novel. baru nk try2. hehe.
ada jugak watak dua org gaduh2 mcm ni.huhu. bolehlaa check kt blog saya jugak ^^
Assalamualaikum...
terima kasih acik, nvl PYPAC sy dh dpt...br dpt kat ofis td...TQVM
Have you ever considered about including a little bit more than just your articles?
I mean, what you say is important and everything. However think
about if you added some great pictures or videos to give your posts
more, "pop"! Your content is excellent but with pics and videos, this website could undeniably be one of the most beneficial in its niche.
Very good blog!
Here is my web-site: FDA approved diet and appetite suppressors in Miami
My website: FDA approved diet and appetite suppressors in Miami
bila nak sambung bab 6 ni?? xsabar la acikk
Pretty! This was an incredibly wonderful post. Thanks for supplying these details.
Here is my website walking calculator
singgah blog acik baca sambungan red velvet. tp dh tukar tajuk ey? hmn..xksh la. tp cerita ni mmg best. izzat always kelakar walaupun ego. tp mmg smart la acik gambarkn sifat helena. blh bygkn bertapa cantiknya helena. thanks acik, utk bacaan yg sgt mmuaskn hati ni. oh, ya. btw, blh jemput singgah blog sy utk baca penulisan sy juga... hrp dpt berikan komen. tq!(^_^)
http://missvioletsofia.blogspot.com/
Hai Macam best pulak dapat suami CHEF!!
Hai Macam best pulak dapat suami CHEF!!
Post a Comment